unsur sastera dalam pendidikan pemulihan.docx

7
Unsur Sastera Dalam Pendidikan Pemulihan Bahasa dan sastera umpama irama dan lagu, kedua- duanya saling perlu memerlukan di antara satu sama lain. Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu mula bergerak seiring jalan apabila Jepun mengambil alih tampuk pemerintahan sama ada di Tanah Melayu ataupun di Singapura. Kekalahan Kerajaan Inggeris dan kekejaman pemerintahan Jepun telah menyalakan semangat kebangsaan. Mestipun tempuhnya amat singkat, namun zaman itu telah berhasil mendorong dan mendesak orang Melayu melancarkan perjuangan politik ke arah kemerdekaan sama ada melalui parti politik ataupun pertubuhan- pertubuhan yang bersifat bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan. Penggunaan bahan sastera yang penuh dengan ilmu dan nilai estetikanya yang tersendiri membantu guru dalam memperkembangkan potensi murid secara konprehensif dan harmonis. Oleh yang demikian, seni dan sastera sangat penting dan sesuai untuk dipilih sebagai bahan rangsangan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu pada peringkat rendah khususnya kepada murid pemulihan khas. Maka, adalah lebih baik sekiranya guru pemulihan khas menelusuri kepentingan dan peranan sastera dan melihat kesesuaian bahan sastera yang akan digunakan dalam pendidikan pemulihan khas di sekolah. Sebagai guru pemulihan khas, kita seharusnya sedar akan kepentingan penggunaan bahan sastera sebagai bahan rangsangan yang boleh menarik minat murid yang lambat dan mundur untuk belajar. Guru pemulihan khas juga perlu kreatif dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi unsur-unsur sastera supaya dapat membantu mereka daripada terus menderita dengan kegagalan mereka dalam pelajaran. Bahan sastera sebenarnya dapat membantu murid-murid dalam meningkatkan daya fizikal apabila mereka melakukan pelbagai gerakan sambil menghayati unsur-unsur sastera yang indah dan unik. Bagi merangsang kemahiran secara fizikal, murid-murid pemulihan khas memerlukan pengajaran

Upload: suziliana-sulaiman

Post on 27-Sep-2015

46 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Unsur Sastera Dalam Pendidikan Pemulihan Bahasa dan sastera umpama irama dan lagu, kedua-duanya saling perlu memerlukan di antara satu sama lain. Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu mula bergerak seiring jalan apabila Jepun mengambil alih tampuk pemerintahan sama ada di Tanah Melayu ataupun di Singapura. Kekalahan Kerajaan Inggeris dan kekejaman pemerintahan Jepun telah menyalakan semangat kebangsaan. Mestipun tempuhnya amat singkat, namun zaman itu telah berhasil mendorong dan mendesak orang Melayu melancarkan perjuangan politik ke arah kemerdekaan sama ada melalui parti politik ataupun pertubuhan-pertubuhan yang bersifat bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan.

Penggunaan bahan sastera yang penuh dengan ilmu dan nilai estetikanya yang tersendiri membantu guru dalam memperkembangkan potensi murid secara konprehensif dan harmonis. Oleh yang demikian, seni dan sastera sangat penting dan sesuai untuk dipilih sebagai bahan rangsangan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu pada peringkat rendah khususnya kepada murid pemulihan khas. Maka, adalah lebih baik sekiranya guru pemulihan khas menelusuri kepentingan dan peranan sastera dan melihat kesesuaian bahan sastera yang akan digunakan dalam pendidikan pemulihan khas di sekolah.Sebagai guru pemulihan khas, kita seharusnya sedar akan kepentingan penggunaan bahan sastera sebagai bahan rangsangan yang boleh menarik minat murid yang lambat dan mundur untuk belajar. Guru pemulihan khas juga perlu kreatif dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi unsur-unsur sastera supaya dapat membantu mereka daripada terus menderita dengan kegagalan mereka dalam pelajaran.Bahan sastera sebenarnya dapat membantu murid-murid dalam meningkatkan daya fizikal apabila mereka melakukan pelbagai gerakan sambil menghayati unsur-unsur sastera yang indah dan unik. Bagi merangsang kemahiran secara fizikal, murid-murid pemulihan khas memerlukan pengajaran yang cenderung kepada pergerakan agar mereka menjadi lebih cergas dan aktif semasa belajar. Sebagai contoh, lagu-lagu rakyat boleh dijadikan salah satu bahan rangsangan bagi meningkatkan potensi jasmani dan fizikal murid-murid pemulihan khas. Contohnya seperti lagu Nenek Si Bongkok Tiga. Lagu ini boleh mengajak murid untuk belajar menyanyi sambil bermain. Permainan ini boleh digunakan dengan menyanyikan lagu Nenek Si Bongkok Tiga.

Nenek-nenek si bongkok tigaSiang mengantuk malam berjaga,Mencari cucu di mana ada,Nenekku kahwin dengan anak raja.Cucu-cucu tak dapat lari,Nenek tua banyak sakti,Di mana cucu hendak lari,Siapa yang kena dia yang jadi.

Seorang murid boleh jadinenek dan ditutup matanya. Kemudian apabila lagu dinyanyikan beramai, nenek akan duduk di tengah-tengah bulatan yang dikelilingi oleh murid-murid yang menyanyi lagu tersebut. Murid-murid yang menyanyikan lagu tersebut akan diminta untuk membuat gerakan mengikut lagu yang dinyanyikan. Pergerakan tersebut akan dibuat oleh guru dan ditiru oleh murid-murid. Setelah habis lagu dinyanyikan, nenek perlu menangkap seorang cucu dan meneka siapakah yang berjaya ditangkap. Permainan ini sangat menyeronokkan dan menjadi satu medium hiburan kepada kanak-kanak agar mereka tidak berasa bosan dan jemu untuk belajar.Kesusasteraan kanak-kanak sebenarnya dapat membantu murid dalam meningkatkan keupayaan kognitif dan intelektual murid-murid pemulihan khas. Bahan sastera berperanan sebagai medium bagi mempertingkatkan tahap keintelektualan, daya imaginasi dan kreativiti khalayak kanak-kanak Murid pemulihan dilihat golongan yang lemah dalam menguasai ilmu pengetahuan. Menurut Julia Unggai (1992), hasil sastera yang tidak bermutu akan menjadikan karya tersebut tidak memberi apa-apa makna kepada kanak-kanak dari aspek pengetahuan mahupun pengalaman psikologi mereka. Oleh itu, pemilihan bahan yang sesuai perlu diberi perhatian. Mereka berpeluang berimaginasi dengan cerita yang sedang dibaca oleh mereka. Mereka juga dapat mengasah minda mereka menerusi pantun teka-teki. Pantun teka-teki akan mendorong mereka untuk meneka sesuatu di samping diberikan petunjuk di dalam pantun tersebut.Seperti contoh, pantun teka teki buah-buahan:Penulis muda berkarya hebat,Satu kisah masa mudanya,Merah warnanya berambut lebat,Isi putih manis rasanya. (rambutan)Selain itu, perkataan-perkataan baru yang dimasukkan dalam bacaan seperti pantun dan syair juga dapat menambah perbendaharaan kata kanak-kanak pemulihan. Selain itu, bahasa yang berirama seperti pantun, syair dan seloka, mampu mengukuhkan kekuatan ingatan murid akan perkataan yang diajar.Selain daripada itu, kesusasteraan penting dalam membantu pembentukan emosi positif dalam diri murid. Murid pemulihan khas seringkali dilihat mempunyai masalah emosi yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalam kehidupan mereka. Oleh itu, dengan memilih bahan sastera dalam pengajaran, guru dapat membantu mengatasi masalah emosi dan berharap agar kanak-kanak ini dapat mengamalkan tingkah laku yang baik dan berupaya membina konsep kendiri yang positif.Naffi Mat (2006) telah menerokai definisi bahasa dalam dua aspek, iaitu bidang maklumat dan bidang estetik. Menurut beliau, bahasa dalam bidang maklumat merujuk kepada keupayaan pelajar memperoleh dan menyampaikan maklumat secara berilmu. Pendapat Naffi Mat (2006) telah merujuk kepada kesan positif yang akan didapati oleh pelajar sekiranya mereka mempunyai kemahiran berbahasa. Terdapat beberapa aktiviti yang dapat membina kemahiran berbahasa contohnya aktiviti bercerita, bersajak, bersyair dan juga lakonan. Dalam bidang estetik pula Naffi Mat (2006) menyatakan bahawa melalui bahasa, pelajar dapat menikmati karya sastera dan melahirkan perasaan serta idea secara kreatif. Di sini dapat dilihat betapa pentingnya peranan bahasa dalam melahirkan suatu karya yang bermutu tinggi. Hal ini kerana bahasa yang indah akan dapat menarik minat pembaca untuk menghayati dan membuat apresiasi terhadap karya tersebut.Contohnya seperti Cerita Bawang Putih Bawang Merah, walaupun terdapat sedikit unsur khayalan dan dongengan, namun mesej atau pemikiran yang hendak disampaikan adalah jelas. Cerita tersebut menceritakan bahawa kesabaran yang ditunjukkan oleh Bawang Merah terhadap ibu dan kakak tirinya, Bawang Putih akhirnya membawa kebaikan kepada diri Bawang Merah. Pelbagai kezaliman dilakukan oleh ibu dan kakak tiri Bawang Merah, namun Bawang Merah hanya mampu bersabar dan mengadu nasib kepada ibunya yang telah meninggal dunia. Malah, Bawang Merah tidak menyimpan dendam dengan keluarga tirinya. Bawang Merah masih lagi mengajak mereka tinggal bersamanya di istana setelah Bawang Merah dilamar oleh Putera Raja. Nasihat yang cuba disampaikan dalam cerita ini ialah perbuatan baik seperti bersabar dan tidak berdendam akan mendapat balasan yang baik. Oleh itu, prosa tersebut sangat membantu membina emosi positif kanak-kanak pemulihan khas supaya bersikap penyayang, bersabar dan tidak berdendam dengan orang di sekelilingnya.Bahan sastera juga mampu menjadi pendorong dalam meningkatkan semangat dan motivasi murid pemulihan khas. Mereka seringkali menunjukkan sikap tidak minat belajar kerana di sekolah mereka sering dilabelkan sebagai murid yang lemah atau lembam. Dengan pemilihan bahan sastera yang sesuai, kanak-kanak dapat meneroka dan berusaha untuk berjaya.

Contohnya cerita binatang seperti Sang Kancil yang memperlihatkan kepandaian Sang Kancil untuk mendapatkan kemahuannya. Dia berusaha mencari akal agar dapat menyeberang sungai dengan bantuan buaya-buaya, walaupun dia tahu bahawa buaya-buaya tersebut akan memakan dirinya. Bahan bacaan seperti ini dapat mendedahkan kepada murid tentang kejayaan dan pencapaian yang baik dan berguna sekiranya kita berusaha dan menggunakan akal fikiran untuk melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, kanak-kanak mampu meningkatkan daya motivasi dan keyakinan dalam diri untuk menjadi lebih baik.Bahan sastera mampu memperkembangkan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Bahan sastera sangat penting untuk dijadikan instrumen yang dapat membantu guru dalam merancang pengajaran yang boleh meningkatkan kemahiran berbahasa murid. Hal tersebut boleh dilaksanakan ketika aktiviti bacaan secara kuat. Contohnya, guru membaca sebuah seloka rakyat dan murid berpeluang mendengar sebuatan dan intonasi yang betul, menyatakan idea atau pendapat melalui perbincangan dan menceritakan semula cerita yang didengar samada secara lisan, tulisan ataupun lukisan.Melalui drama kanak-kanak juga, murid-murid dapat merasakan bahawa diri mereka telah diberikan kepercayaan dalam memegang sesuatu watak dan berusaha untuk menjalankan tanggungjawab yang diberikan. Mereka akan berusaha memberi kerjasama kepada rakan-rakan mereka untuk berlakon bersama dengan lebih baik. Hal ini dapat meningkatkan kemahiran kominakasi dan interpersonal murid-murid pemulihan khas yang selalunya lemah atau gagal berkomunikasi secara berkesan. Selain itu, mereka dapat membina keyakinan diri di samping menerima penghargaan kendiri yang positif dalam diri mereka.Sementara itu, bahan sastera juga membantu guru dalam memperkembangkan aspek kerohanian dan moral supaya murid-murid pemulihan khas dapat menjadi seseorang insan yang berakhlak mulia dan bermoral. Hal ini adalah kerana bahan-bahan sastera mempunyai unsur-unsur nasihat dan teladan. Oleh itu, bahan-bahan sastera seperti cerita teladan, pantun nasihat, sajak budi dan sebagainya amat sesuai didedahkan kepada murid-murid. Melalui bahan-bahan tersebut, murid-murid dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Bahkan, mereka dapat belajar untuk menilai perasaan orang lain, bertolak ansur dan sebagainya. Dari aspek kerohanian, murid-murid boleh didedahkan dengan kisah-kisah nabi. Guru menggunakan cerita tersebut sebagai salah satu cara untuk menyemai sifat kerohanian kepada murid melalui kisah dan teladan seperti kisah Nabi Yunus Ditelan Ikan Nun. Cerita kesusasteraan agama ini dapat menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t dalam menyelamatkan orang yang memohon pertolongan daripadaNya. Disamping itu, guru boleh memperkenalkan istilah-istilah baru yang boleh dipelajari oleh murid yang mengandungi unsur-unsur kerohanian.Tambahan pula, bahan sastera dapat memupuk semangat patriotisme dan jati diri dalam diri murid pemulihan. Contohnya, melalui cerita kepahlawanan Hang Tuah memberi inspirasi kepada murid dalam semangat menyayangi negara sendiri. Biografi tokoh-tokoh pembangun negara Malaysia memberikan inspirasi kepada mereka. Di samping itu, mereka juga akan menjadi cerita-cerita tokoh yang diceritakan sebagai idola mereka untuk berjaya dalam kehidupan. Hal ini sekali lagi menunjukkan bahawa bahan satera menjadi pendorong utama penggerak motivasi murid pemulihan yang sering patah semangat untuk berjaya.Secara tuntasnya, bahan seni dan sastera memainkan peranan yang sangat penting sebagai bahan rangsangan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid pemulihan khas. Guru pemulihan khas seharusnya sedar bahawa mereka perlu kreatif dalam menerapkan bahan-bahan sastera dalam pengajaran mereka di dalam bilik darjah darjah. Guru berperanan dalam memperkenalkan keindahan dan keunikan kesusasteraan Melayu kepada generasi muda agar tidak lapuk ditelan zaman.