universiti teknologi malaysia 2011...alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat...

23
PERANAN NASYID SEBAGAI MEDIUM DAKWAH ISMANIZA BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2011

Upload: others

Post on 03-Nov-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2011...Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat IIahi, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh umat

PERANAN NASYID SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

ISMANIZA BINTI ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2011

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2011...Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat IIahi, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh umat
Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2011...Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat IIahi, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh umat
Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2011...Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat IIahi, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh umat

PERANAN NASYID SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

ISMANIZA BINTI ISMAIL

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2011...Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat IIahi, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh umat
Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2011...Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat IIahi, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh umat

iii

DEDIKASI

Khas Buat

Bonda Tercinta,

Nik Khadijah Binti Nik Him

Setulus kasihmu bonda memberikan sokongan dan kasih sayang

Juga kekuatan untukku terus berjuang

Doamu, menjadi azimat buatku.

Abang, Kakak, Adik Serta Ipar Yang Tersayang,

Sokongan dan kasih sayang kalian amat bermakna buatku

Terima kasih di atas pertolongan dan pengorbanan kalian semua

Semoga keakraban kita kekal selamanya.

Buat Para Pendidik Yang Dihormati,

Ilmu yang kalian curahkan tidak terperi

Walaupun kering air di lautan namun tak mampu ku balasi

Hanya sekalung budi tersemat di hati

Semoga Allah memberkati kalian.

Buat Sahabat-Sahabat Perjuangan Dan Si Dia Yang Disayangi,

Kehadiran kalian menghiburkan hati

Yang selalu memberikan kata semangat dan juga inspirasi

Suka duka bersama kita hadapi

Kenangan indah kita bersama pasti tidak mungkin ku lupa.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2011...Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat IIahi, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh umat

iv

PENGHARGAAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat IIahi, selawat

dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh umat Islam

sekalian. KepadaMu kupanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana dengan

taufik dan inayah Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan.

Dalam kesempatan ini, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Buerah Binti Tunggak selaku penyelia

projek di atas segala nasihat, dorongan dan bimbingan serta tunjuk ajar yang telah

diberikan sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Jutaan terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah Fakulti Tamadun Islam

dan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia di atas tunjuk ajar yang

diberikan membantu melengkapkan lagi laporan ini. Buat sahabat-sahabat tahun

akhir Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) sesi 2007/2011, terima

kasih kerana sentiasa memberikan sokongan dan bantuan dalam usaha menyiapkan

projek ini.

Akhir kata, kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung, terima kasih diucapkan. Semoga Allah melipatgandakan pahala amalan

kalian seterusnya dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat, amin.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2011...Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat IIahi, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh umat

v

ABSTRAK

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh para pendakwah dalam

menyebarkan dakwah Islamiah. Kesenian seperti nasyid juga merupakan salah satu

cabang dakwah dalam Islam. Justeru itu kajian ini dijalankan bagi mengkaji persepsi

mahasiswa tahun akhir Fakulti Pendidikan mengenai peranan nasyid sebagai medium

dakwah. Seramai 120 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa tahun akhir

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai telah dipilih

secara rawak. Satu set soal selidik yang mengandungi 35 item telah diedarkan

kepada responden untuk membantu kajian ini. Soal selidik telah dibahagikan kepada

empat bahagian. Bahagian A mengandungi latar belakang responden, bahagian B

persepsi mahasiswa terhadap hiburan nasyid, bahagian C faktor yang mempengaruhi

mahasiswa meminati nasyid sementara bahagian D mengenai peranan nasyid

sebagai medium dakwah. Setiap item soal selidik adalah dinilai berdasarkan skala

Likert lima peringkat. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif untuk

mendapatkan kekerapan, peratusan dan min dengan menggunakan perisian Statistical

Package of Social Science (SPSS) For Windows version 15.0. Keputusan kajian

rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha α = 0.896. Dapatan kajian menunjukkan

responden memberi persepsi yang positif terhadap peranan nasyid sebagai medium

dakwah. Sebagai maklum balas terhadap kajian yang dijalankan, kajian ini turut

mengemukakan beberapa cadangan kepada pendakwah untuk menjadikan medium

nasyid ini sebagai satu saluran dakwah yang lebih berkesan.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2011...Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat IIahi, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh umat

vi

ABSTRACT

There are a lot of method that can be used by preacher to wide spreading the

Islamic dakwah. Arts, such as nasyeed also one of the method that can be used in

dakwah. Therefore this study were carried out know the students final year of

Faculty of Education University Technology Malaysia (UTM) Skudai perception on

nasyeeds role as a dakwah’s medium. For that purpose, 120 students were randomly

selected as the respondents. A set of form which contains 35 items were handed to

each respondent to extract the raw data for the study. The form items were divided

to 4 section, section A respectively where respondents background, section B

respondents perception on nasyeed, section C influencing factors that committing

respondent to nasyeed, and section D nasyeed as a dakwah’ s medium. Each items

studied were evaluated based on 5 Likert score scale. The gained data were

descriptively analyzed to get the mode, percentage as well as mean value by using

Statistical Package of Social Science (SPSS) For Windows version 15.0. The initial

study result shows that the Cronbach’s Alpha value α = 0.896. The study conclusion

also reflecting the respondent’s positive perception on the studied issue. As a

response, this study also appointing out a few ideas to be further thinked by

preachers in wide spreading the Islamic Dakwah.

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2011...Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat IIahi, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh umat

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI AYAT AL-QURAN & HADIS xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xiv

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2011...Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat IIahi, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh umat

viii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.6.1 Industri Nasyid Tempatan 6

1.6.2 Pentadbiran Universiti 6

1.6.3 Mahasiswa Yang Bakal Bergelar Guru 6

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 7

1.8.1 Peranan 7

1.8.2 Nasyid 8

1.8.3 Medium 8

1.8.4 Dakwah 9

1.9 Kesimpulan 9

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Dakwah dan Metodologi 11

2.3 Kesenian dan Dakwah dalam Islam 15

2.4 Muzik dan Nyanyian dalam Islam 17

2.5 Hukum Mendengar Muzik dan Nyanyian 20

2.5.1 Pendapat yang Mengharamkan 20

2.5.2 Pendapat yang Mengharuskan 22

2.6 Sejarah Perkembangan Nasyid di Malaysia 26

2.7 Elemen Yang Terdapat dalam Nasyid 28

2.8 Faktor Nasyid diterima Masyarakat 31

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2011...Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat IIahi, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh umat

ix

2.9 Sumbangan Nasyid sebagai Medium Dakwah 34

2.9 Kajian Lepas 36

2.10 Kesimpulan 37

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 38

3.2 Reka Bentuk Kajian 39

3.3 Tempat Kajian 39

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 40

3.5 Instrumen Kajian 41

3.5.1 Pengumpulan Data 42

3.5.1.1 Soal Selidik 42

3.5.2 Data Sekunder 45

3.6 Prosedur Kajian 45

3.7 Kajian Rintis 46

3.8 Analisis Data 47

3.9 Jangka Masa Kajian 47

3.10 Kesimpulan 48

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 49

4.2 Analisis Data (Bahagian A) 50

4.2.1 Latar Belakang Responden 50

4.3 Analisis Data (Bahagian B) 55

4.3.1 Persepsi Mahasiswa Terhadap Hiburan Nasyid 55

4.3.2 Faktor yang Mempengaruhi Mahasiswa 62

Meminati Nasyid

4.3.3 Peranan Nasyid Sebagai Medium Dakwah 67

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2011...Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat IIahi, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh umat

x

4.4 Analisis Keseluruhan 73

4.5 Kesimpulan 79

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 80

5.2 Perbincangan 80

5.2.1 Latar Belakang Responden 81

5.2.2 Persepsi Mahasiswa terhadap Hiburan Nasyid 83

5.2.3 Faktor yang Mempengaruhi Mahasiswa 86

Meminati Nasyid

5.2.4 Peranan Nasyid sebagai Medium Dakwah 87

5.3 Rumusan 89

5.4 Cadangan 90

5.4.1 Industri Nasyid Tempatan 90

5.4.2 Pihak Universiti 91

5.4.3 Semua Mahasiswa UTM 91

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 92

5.6 Kesimpulan 93

BIBLIOGRAFI 94

LAMPIRAN

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2011...Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat IIahi, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh umat

xii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Bilangan Pelajar Tahun Empat Mengikut Kursus 41

3.2 Pengkelasan Instrumen Kajian 43

3.3 Aras Persetujuan 44

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 50

4.2 Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan 51

4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 51

4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 52

Tertinggi

4.5 Taburan Responden Mengikut Kursus Pengajian 53

4.6 Taburan Responden Mengikut Alat yang Disukai 54

Untuk Mendengar Nasyid

4.7 Taburan Skor Item 1 55

4.8 Taburan Skor Item 2 56

4.9 Taburan Skor Item 3 56

4.10 Taburan Skor Item 4 57

4.11 Taburan Skor Item 5 57

4.12 Taburan Skor Item 6 58

4.13 Taburan Skor Item 7 58

4.14 Taburan Skor Item 8 59

4.15 Taburan Skor Item 9 59

4.16 Taburan Skor Item 10 60

4.17 Taburan Skor Item 11 60

4.18 Taburan Skor Item 12 61

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2011...Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat IIahi, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh umat

xiii

4.19 Taburan Skor Item 13 61

4.20 Taburan Skor Item 14 62

4.21 Taburan Skor Item 15 62

4.22 Taburan Skor Item 16 63

4.23 Taburan Skor Item 17 63

4.24 Taburan Skor Item 18 64

4.25 Taburan Skor Item 19 64

4.26 Taburan Skor Item 20 65

4.27 Taburan Skor Item 21 65

4.28 Taburan Skor Item 22 66

4.29 Taburan Skor Item 23 66

4.30 Taburan Skor Item 24 67

4.31 Taburan Skor Item 25 67

4.32 Taburan Skor Item 26 68

4.33 Taburan Skor Item 27 68

4.34 Taburan Skor Item 28 69

4.35 Taburan Skor Item 29 69

4.36 Taburan Skor Item 30 70

4.37 Taburan Skor Item 31 70

4.38 Taburan Skor Item 32 71

4.39 Taburan Skor Item 33 71

4.40 Taburan Skor Item 34 72

4.41 Taburan Skor Item 35 72

4.42 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Persepsi 73

Mahasiswa terhadap Hiburan Nasyid

4.43 Rumusan Dapatan Kajian Faktor yang 75

Mempengaruhi Mahasiswa Meminati Nasyid

4.44 Rumusan Dapatan Kajian Peranan Nasyid sebagai 77

Medium Dakwah

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2011...Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat IIahi, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh umat

xiv

SENARAI AYAT AL-QURAN

SURAH AYAT HALAMAN

Al-An’am 141 2

As-Syuaraa’ 224-227 29

An-Nahl 125 31

Luqman 6 21

SENARAI HADIS

HADIS HALAMAN

Sahih Bukhari 17

Sunan Abu Daud 18

Sahih Bukhari 18

Sahih Bukhari 21

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2011...Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat IIahi, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh umat

xv

SENARAI SINGKATAN

KS - Kurang Setuju

TS - Tidak Setuju

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

SAW - Sallahu ‘Alaihi Wassalam

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

SPSS - Statistical Package of Social Science

FTI - Fakulti Tamadun Islam

SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

SPS - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains Sukan)

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

SPM - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Matematik)

SPC - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Kimia)

SPL - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(TESL)

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2011...Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat IIahi, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh umat

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA

A Lirik Lagu

B Borang Soal Selidik

C Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan

Maklumat Fakulti Pendidikan

D Bilangan Pelajar Mengikut Tahun dan Kursus

Semester 1 Sesi 2010/2011

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2011...Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat IIahi, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh umat

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Jiwa, fitrah dan naluri manusia secara semulajadinya adalah halus dan mudah

tersentuh. Dalam kesibukan melakukan aktiviti seharian, pastinya seseorang individu

tersebut memerlukan kepada istirehat, hiburan dan juga keseronokan. Tanpa hiburan,

jiwa akan menjadi kosong serta tubuh badan akan menjadi tidak bersemangat untuk

melakukan sesuatu.

Terdapat pelbagai cara yang telah digariskan dalam Islam untuk berhibur. Antara

hiburan yang dapat menghiburkan jiwa dan menenangkan hati serta telinga ialah

nyanyian (Ghazali Darusalam, 2001: 204). Selain menghiburkan diri dikala kepenatan,

hiburan ini juga disunatkan dalam situasi gembira, bagi melahirkan perasaan riang dan

menghiburkan hati seperti hari raya, perkahwinan dan juga akikah.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2011...Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat IIahi, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh umat

Kemunculan artis-artis nasyid di persada industri muzik tanah air merupakan

salah satu alternatif yang dapat menarik perhatian penggemar hiburan. Selain menjadi

hiburan alternatif bagi setiap golongan peringkat umur, lagu-lagu nasyid ini dapat

memberikan sedikit sebanyak nasihat, mengajak mengingati Allah dan juga menyeru

kepada kebaikan melalui mesej yang terkandung di dalam lirik lagu yang disampaikan.

Walau apapun bentuk hiburan yang ingin dicari, namun ia haruslah tidak

melampaui batas. Ia perlu digariskan agar tidak menjadi keterlaluan sehingga menjadi

kegilaan dan kelalaian, yang bukan lagi dinikmati kerana keindahan

(http://www.islam.gov.my/). Sebagaimana Firman Allah SWT;

Terjemahannya: Dan Dialah (Allah) yang menjadikan tanaman-tanaman

yang merambat dan yang tidak merambat, pohon, kurma tanaman yang

beraneka ragam rasanya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan

warnanya) dan tidak serupa (rasanya). Makanlah buahnya apabila ia

berbuah dan berikanlah haknya (zakatnya) pada waktu memetik hasilnya,

tapi janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai

orang-orang yang berlebih-lebihan.

(al-An’am:141)

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2011...Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat IIahi, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh umat

Abd Ghafar Hj. Don dalam Fariza Md. Sham et.al (1997) menyatakan bahawa

hiburan yang keterlaluan boleh memberikan kesan negatif terhadap pembinaan sahsiah

dan pembentukan minda terutamanya kanak-kanak dan remaja.

1.2 Latar Belakang Masalah

Saban hari, perkembangan muzik di Malaysia semakin mendapat tempat di hati

masyarakat. Kelahiran artis yang semakin hari semakin ramai ini diumpamakan seperti

pepatah melayu “bak cendawan tumbuh selepas hujan” yang bermaksud terlalu banyak

pada sesuatu masa (http://bmspm.net/snperibahasa.htm). Muzik merupakan satu elemen

yang boleh merangsangkan hati setiap orang apabila menghayatinya. Muzik dapat

membawa kita ke alam lain dengan sekelip mata sahaja, apabila dihayati dengan

mendalam. Muzik juga mempunyai unsur yang positif dan negatif dalam senikata yang

disertakan (http://www.scribd.com/doc//).

Kehadiran ramai artis baru ini tentunya membawa pelbagai imej serta pengaruh

yang tersendiri. Media merupakan penggerak utama dalam penyebaran hiburan kepada

masyarakat. Pengaruh yang dibawa ini amat besar terhadap masyarakat terutamanya

kepada remaja. Hal ini amat menggusarkan kerana dibimbangi semakin ramai remaja

yang akan rosak akhlaknya akibat budaya ikutan terhadap artis ini.

Antara pengaruh yang banyak dibawa oleh artis-artis di luar sana ialah melalui

pakaian, akhlak, gaya hidup dan banyak lagi. Sekiranya pengaruh tersebut adalah ke

arah positif dan kebaikan, ianya tidaklah merungsingkan. Apa yang dibimbangi ialah

sekiranya pengaruh tersebut ke arah keburukan. Namun yang pasti, kebanyakan

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2011...Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat IIahi, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh umat

pengaruh yang dibawa ialah banyak kepada keburukan. Contohnya ialah cara pemakaian

yang kurang sopan dan juga pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

1.3 Pernyataan Masalah

Lagu-lagu yang dimainkan di corong-corong radio dan juga yang disampaikan

melalui media lain mempunyai lirik yang pelbagai serta mesej yang berbeza. Oleh itu,

sudah pasti lirik dan muzik yang dibawa dapat mempengaruhi masyarakat yang

mendengarkannya. Terdapat pelbagai jenis lagu yang mempunyai unsur seperti

percintaan, kekecewaan, pemujaan dan lain-lain lagi yang berada di pasaran sekarang.

Lagu- lagu tersebut dikhuatiri dapat melalaikan serta merosakkan akidah pendengar.

Menurut Yusuf al-Qaradhawi (1999: 484), “nyanyian yang dibolehkan dalam Islam ialah

nyanyian yang tidak mengandungi kata-kata yang kotor, cabul dan yang menghasut

kepada perbuatan dosa dan maksiat. Tidak mengapa jika diiringi dengan alat-alat muzik

yang tidak membangkitkan nafsu”.

Oleh itu, penyelidik ingin mengkaji peranan nasyid sebagai medium dakwah.

Kajian ini juga untuk mengenalpasti faktor yang dapat mempengaruhi mahasiswa

meminati nasyid serta mengkaji peranan nasyid sebagai medium dakwah.

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2011...Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat IIahi, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh umat

1.4 Objektif Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk:

1.4.1 Mengenalpasti persepsi mahasiswa terhadap hiburan nasyid.

1.4.2 Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi mahasiswa meminati nasyid.

1.4.3 Mengkaji peranan nasyid sebagai medium dakwah.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan yang diutarakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:

1.5.1 Apakah persepsi mahasiswa terhadap hiburan nasyid ?

1.5.2 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi mahasiswa meminati nasyid ?

1.5.3 Bagaimanakah nasyid dapat berperanan sebagai medium dakwah ?