universiti putra malaysia falsafah program...

25
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FALSAFAH PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN: ANUTAN DI BEBERAPA BUAH AGENSI DI MALAYSIA JAAFAR BIN HJ. ABD. RAHMAN FPP L 1996 8

Upload: hakhanh

Post on 16-Mar-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

    

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FALSAFAH PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN: ANUTAN DI BEBERAPA BUAH AGENSI

DI MALAYSIA

JAAFAR BIN HJ. ABD. RAHMAN

FPP L 1996 8

F ALSAFAH PROGRAM PEMBAN GUNAN INSAN :

ANUTAN DI B EBERAPA BUAH AGEN S I

DI MALAYSIA

JAAFAR BIN HJ . ABD. RAHMAN

MASTER SAINS

UNIVERSITI PERT ANIAN MALAYSIA

1996

F ALSAF AH PROGRAM PEMBAN GUNAN INSAN :

ANUTAN DI B EB ERAPA BUAH A GENSI

DI MALAYSIA

JAAFAR BIN HJ. ABD. RAHMAN

Proj ek Penyelidikan Ini Disediakan S ebagai Memenuhi Sebahagian D aripada

Syarat Untuk Mendapat Ij azah S arj ana Sains Pembangunan Sumber Manusia

MAS TER SAINS

UNIVERSITI P ERT ANIAN MALAYSIA

1996

Kertas Proj ek bertaj uk "Falsafah Program Pembangunan Insan : Anutan Di

Beberapa Buah Agensi Di Malaysia" , yang disediakan oleh Jaafar B in Hj . Abd.

Rahman memenuhi syarat mendapatkan Master S ains Pembangunan Sumber

Manusia, Universiti Pertanian Malaysia.

Disahkan oleh :

� Profesor Madya Dr. Hj . Azimi Hamzah

7' - b- ere.. Tarikh : _______ _

( Penyelia Proj ek)

Tarikh : q- b '- 9b

( Pemeriksa )

PENGHARGAAN

Dengan Nam a Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha

Mengasihani

Segala puj i-puj i bagi Allah S wt . Tuhan sekelian Alam. Selawat dan S alam

ke atas Junj ungan B esar Nabi Muhammad Saw . , para Sahabat serta seluruh

kaum muslimin dan muslimat. Sepanj ang menj alankan kaj ian ini, saya telah

mendapat sokongan, bantuan dan kerj asama yang tidak ternilai dari berbagai

pihak. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada i steri saya Puan

F aridah Hj . Embe dan anak saya Naj muddeen Rabbani Jaafar yang banyak

berkorban, memberikan sokongan serta galakkan dalam berbagai bentuk dari

awal hingga akhir. Moga-moga Allah Swt. memberikan ganj aran yang setimpal

d i atas pengorbanan mereka itu serta mel impahkan kebahagiaan kepada kami

sekeluarga di dunia dan akhirat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

s aya tuj ukan kepada penyeli a proj ek, Profesor M adya Dr. Hj . Azimi Hamzah

kerana telah memberi banyak b imbingan, galakan, saranan, tunjuk aj ar dan

b antuan yang sangat berguna sej ak dari peringkat penyedi aan c adangan

peny e l i d i kan h ingg al ah ke per ingkat kertas proj e k i n i d i se mpurnakan.

Kesabaran beliau dalam membimbing dan berbincang dengan meluangkan m asa

tanpa j emu-j emu hingga membolehkan kertas proj ek ini disempurnakan pada

masa yang ditetapkan, amat mem beri makna kepada saya. Demikian j uga

kepada Pn . Norizan Abu Bakar, setiausaha beliau . Budi, j asa dan bakti mereka

yang sungguh murni dan mulia itu, saya mohon agar diganjari Allah Swt. dengan

anugerah yang berlipat kali ganda dan diterima sebagai amal soleh. Amin.

S aya juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

kepada Dr. Shamsuddin Ahmad di atas maklumbalas serta tunjukaj ar y ang

sangat berguna yang diberikan, terutama di peringkat akhir penyediaan laporan

kertas penyelidikan ini . Saya memohon kehadrat Allah Swt. agar j asa dan

bakti beliau itu diterima Allah sebagai amalan soleh serta diberikan ganjaran

y ang setimpal . Amin.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

j ug a saya tuj ukan kepada kesemua agens i -agens i y an g ter l ibat da lam

penye l idikan ini , terutama kepada mereka-mereka y ang turut membantu

memberikan m aklumat semasa penyelidikan dijalankan . S aya memohon agar

segala sokongan dan kerj asama tersebut diberikan Allah Swt. dengan ganjaran

yang setimpal serta diterima sebagai amal soleh belaka. Amin.

S ay a juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

kepada seluruh pensyarah Universiti P ertanian Malaysia terutama pensyarah­

pensyarah di Pusat Pengembangan Dan Pendidikan L anjutan (PPPL) serta

kakitangan mereka di atas segala bimbingan, galakan, tunjukaj ar dan bantuan

y ang sangat berguna yang mereka telah berikan kepada saya, sejak dari mula

saya menj ej aki PPPL sebagai pelaj ar hinggalah penyelidikan kertas projek ini

s iap disempurnakan . Saya memohon kehadrat Al lah Swt . agar j asa dan b akti

mereka itu diterima Allah sebagai amalan para shuhada' serta diberikan ganjaran

yang setimpal . Amin.

11

Akhirnya doa dan harapan saya agar usaha-usaha yang telah dij alankan

b agi menyiapkan projek penyelidikan ini , yang juga telah melibatkan berbagai

p ihak baik individu mahupun perkumpulan, merupakan usaha murni yang

menyumbang ke arah peningkatan keilmuan di bidang pembangunan sumber

m anusia khusus dari perspektif I s l am . Justeru itu moga-moga Al lah S wt .

menerimanya sebagai sumbangan amal soleh j ua . Amin.

111

KANDUNGAN

Muka Surat

PENGHARGAAN

KANDUNGAN

SENARAI MATRIK

SENARAI RAJAH

SENARAI JADUAL

ABSTRAK

ABSTRACT

I

IV

IX

X

Xl

XU

XIV

BAB I PENDAHULUAN

BAB

Konteks Kajian 1 Program Pembangunan Insan 2

Pendekatan Universal Program Pembangunan Insan 2

Pendekatan Negara-Negara Dunia Ketiga Program Pembangunan Insan 4 Evolusi Program Pembangunan Insan Di Malaysia 8

Perlaksanaan Program Pembangunan Insan Di Malaysia 14 Pe:1dekatan Program Pembangunan Insan Di Malaysia 15

Pertama : Pendekatan Pengendalian Dalaman 15

Kedua : Pendekatan Menggunakan Khidmat Perunding Latihan 15

Penyataan Masalah 17 Objektif Kajian 19

Objektif Umum 19 Objektif Khusus 19

Kepentingan Kajian 20 Skop Kajian 21 Batasan Kajian 21 Definisi Operasional 22

II KAJIAN BAHAN BERTULIS Rangka T eori 24

25

28

28

29

Fenomena Pembangunan Yang Tidak Seimbang

Falsafah

Pengertian Falsafah

Fungsi Falsafah Dalam Pendidikan

IV

BAB

Asas- Asas Falsafah Kepada P endekatan Islam Terhadap P embangunan 32

Kep entingan Falsafah P rog ram P embangunan Insan 34 P embangunan Insan 37

P engertian P embangunan 37

P engertian P embangunan Insan 39

P rogram P embangunan Insan : Metod Menggembl eng Unsur Fitrah Manusia Ke Arah P embangunan S eimbang 42

Konsep-Kons ep Utama Falsafah P rogram P embangunan Insan 45

Konsep Manus ia 51 Kons ep Fitrah 51 Konsep Keh idupan 52

Kons ep Bekerja Dan Beramal 54 Kons ep I lmu 56 Konsep P embangunan Insan 59

Konsep P ertanggung jawaban 60

Konsep Berkerjasama 61 Konsep Kec emerlangan 62 Kons ep S epadu 65

Falsafah P rogram P embangunan Insan S epadu 66

III METODOLOGI KAJIAN Metodologi Kajian 69

70 72 73 75

76

77 78

80 80

81 82

83

83

85

86

86

87

Mengapa Kaedah P eny el idikan Kualitatif ? Populasi Kajian Info rman Kajian Instrum en Kajian Val id it i Dan Rel iabil it i

Val id it i Rel iab il it i

P engumpulan Data P ers ed iaan S eb elum P engumpulan Data P engumpulan Data S ebenar

Anal is is Data Transkrib Data Membuat Daftar Kategori Mengkod Data Menggunakan P eris ian TD C I I Menc etak Output Proses Analis is Kandungan

v

BAB IV PENEMUAN KAJIAN

P enemuan Kajian 89

P rofail Ag ensi Iumpuan Kajian 90 Biro Iatanegara, labatan P erdana Menteri (BIN) 90

D ewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 9 1

INSPEN Manag ement Consultant Sdn. Bhd. ( INSP EN) 9 1 AMR Consultant Sdn. Bhd. ( AMR) 92

Konsep-Kons ep Utama Falsafah P rogram P embangunan Insan 92

Konsep -Konsep Utama Yang D ianuti Oleh BIN 92

Konsep-Konsep Utama Yang Dianuti Oleh DBKL 93

Konsep-Konsep Utama Yang D ianuti Oleh INSPEN 93

Kons ep-Konsep Utama Yang D ianuti Oleh AMR 93

Konsep Manus ia 98

Kepentingan Konsep Manus ia 99 P engamalan Kons ep Manus ia 100

Kons ep Fitrah 102

Konsep Kehidupan 102

Kep entingan Kons ep K eh idupan 103

P engamalan Konsep Keh idupan 104

Konsep Bekerja Dan Beramal 105

Kepentingan Kons ep Bekerja Dan Baramal 107

P engamalan Konsep Bekerja Dan Beramal 108

Kons ep I lmu 109

Kepent ingan Kons ep I lmu 1 10 P engamalan Kons ep I lmu 1 10

Konsep Pembangunan Insan 1 1 1 Kepentingan Konsep P embangunan Insan 1 13

P engamalan Konsep P embangunan Insan 1 14

Konsep P ertanggung jawaban 1 15 Kepentingan Konsep P ertanggung jawaban 116 Pengamalan Konsep P ertanggung jawaban 1 17

Konsep Kerj asama 1 17

Kepentingan Konsep K erj asama 1 18 Pengamalan Konsep Kerjasama 1 19

Konsep C emerlang 120

Kepentingan Konsep C emerlang 120

P engamalan Konsep C emerlang 121

Kons ep S epadu 12 1

Kep entingan Konsep S epadu 123

P engamalan Kons ep S epadu 124

Falsafah P rogram P embangunan Insan Anutan Agensi- Ag ensi Ierpilih 125

VI

Evolus i P rogram P embangunan Insan 125 Agensi BTN 125 Ag ensi D BK L 125 Agensi I NSPEN 126 Agens i AMR 127

Matlamat Ag ensi Dalam Melaksanakan PPI 127 Matlamat BTN 127 Matlamat D BK L 128 Matlamat I NSPEN 129 Matlamat AMR 13 0

Falsafah P rogram P embangunan Insan Ag ensi- Ag ensi Terpil ih 131

Falsafah PPI BT N 131 Falsafah PPJ D BKL 131 Falsafah PPJ I NSPEN 13 2 Falsafah PP J AMR 132

Sumb er Falsafah P rogram P embangunan Insan Yang D i Anuti 133

Sumb er Falsafah PP J BTN 133 Sumber Falsafah PPI DBK L 133 Sumber Falsafah PPI JNSPEN 134 Sumb er Falsafah PPI AMR 134

P enel itian Terhadap Falsafah PPI Dari Negara Lain / P endekatan Lain 135

P enelitian Ol eh BTN 135 P enelitian 01eh D BKL 135 P enel itian Ol eh I NSPEN 135 P enel itian Ol eh AMR 13 6

Ringkasan 136

BAB , V RINGKASAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

Ringkasan 13 8 P enyataan Masalah 13 8 Ob jektif Kajian 13 9 Kepentingan Kaj ian 140 Rangka Teo ri 141 Metodologi 142 Ringkasan P enemuan Kajian 143

P erbincangan 149 Konsep -Konsep Utama Falsafah P rog ram P embangunan Insan 149 Falsafah P rog ram P embangunan Insan 154 Temuan S erend ipit i 155 Metodolog i 157

VB

Kes impulan 158

Cadangan 160

Bibl iografi 163 Lampiran

Lamp iran A : Surat P ermohonan Kebenaran 177 Lampiran B : Panduan T emuduga 178 Lampiran C : Panduan Menggunakan

P eri s ian TD C I I 183

Lamp iran D : D efinis i Kategori 197 Lamp iran E: Matrik 2,3,4, 5,6,7,8,9,10 &11 202 Lamp iran F : Matrik 12 224 Lampiran G : P erinc ian Tahap-Tahap "Audit Trail " 229

V111

SENARAI MATRIK

Matrik

1 Mat rik Jelas-Tidak Jelas Anutan Kons ep-Kons ep Utama Falsafah PPI Di Kalangan Ag ensi- Agensi

Muka Surat

Terpi lih 96

IX

SENARAI RAJAH

Rajah

1 Development Process 2 Fungsi-Fungsi Falsafah Dalam P endid ikan 3 Hikmat S ebagai Ghayah Dan Falsafah S ebagai

Wasilah 4 Hubungan Konsep , Falsafah Dan Dasar 5 Struktur Hirarki I lmu P engetahuan 6 Rangka Kons ep ( Conc eptual F ramework) 7 Tumpuan Konsep-Kons ep Utama Falsafah PPI

D i Kalangan Agens i- Agensi Terp ilih

x

Muka Surat

13

3 1

48

49

57

64

94

SENARAI JADUAL

Rajah

1 Maklumat Ringkas Sampel Dan Penemuan Kajian

Xl

Muka Surat

97

ABSTRAK

Ka jian in i d ijalankan b ertu juan untuk m emaham i falsafah p rogram

p embangunan insan (PP I) yang dianuti o leh beberapa agensi terp il ih d i Malay­

s ia . S ecara khusus kajian ini bertu juan untuk memahami kons ep-konsep utama

falsafah PPI yang dianuti ol eh ag ens i-ag ensi terp il ih. Kajian ini juga bertu juan

untuk memahami perbezaan dan persamaan konsep-konsep utama yang dianuti,

m emahami s ejauhmana kons ep -kons ep ters e but d ip raktikkan, m engenalpasti

fal safah dan konsep-kons ep yang dapat melahirkan insan yang dapat berfungs i

bag i mencapai kejayaan dunia dan akhirat serta mel ihat sejauhmana falsafah

PPI yang d ianuti itu sejajar d engan falsafah PPI sepadu.

Kajian ini d ijalankan k e atas empat buah agensi terdiri daripada dua buah

ag en s i k erajaan dan dua buah ag ens i p erunding lat ihan swasta. Kaedah

p eny el idikan adalah s ecara kual itat if kajian kes . Metod semi- structured

interview digunakan bag i p engumpulan data. S eramai lapan o rang info rman

telah d i temubual berasaskan kepada criterion-base sampling menggunakan

panduan temubual dan pita rakaman m ik ro.

Kajian ini m endapati terdapat sebanyak s emb ilan kons ep-konsep utama

yang d idapati dalam l iteratur telah d ianuti di kalangan ag ensi-agensi yang

terp il ih. Konsep-konsep ters e but adalah, 1) kons ep manusia, 2) konsep bek erja

dan beramal, 3) kons ep pembangunan insan, 4) kons ep s epadu, 5) konsep ilmu,

6) kons ep k erjasama, 7) kons ep keh idupan, 8) konsep p ertanggungjawaban dan

9) konsep c emerlang . Walaubagaimanapun hanya empat kons ep utama yang

Xll

d ianuti ol eh keempat- empat ag ensi berkenaan, k onsep-k ons ep lain d ianuti

s ecara b eras ingan.

K es impulan daripada kajian ini d idapati bahawa kons ep-k ons ep yang

d ianuti itu adalah t idak menyeluruh dan mempunyai jurang berbanding dengan

k ons ep dan fal safah prog ram pembangunan insan s epadu. Pengamalan konsep­

k on s ep juga d idapat i l eb ih m en ekankan k epada m emb eri k es edaran dan

k einsafan dalam jangkamasa yang s ingkat . Kajian ini mencadangkan agar

d ib entuk panel di kalangan ulama' bag i menyel idik dan memperkembangkan

lag i p endekatan PPI k e arah yang l eb ih ters elaras, bers epadu, m endapat

k om itm en dari s emua p ihak s erta m en jad i t eras kepada s emua p rog ram

pembangunan d i Malays ia.

Xill

ABSTRACT

The study was conduct ed with the aim of reveal ing the s piritual d evelop­

ment philosophies ado pted by the s el ected ag enc ies in their Human D evelop­

ment t rain ing programme. S pecifically the ob jectives o f the study were to de­

termine the majo r conc epts assoc iated with the ado pted philosoph ies, the s im i­

larities and d ifferenc es o f the conc epts and philoso ph ies ado pted between the

agenc ies, the interpretation o f the conc epts and philoso phies into practic e by

the s el ected agenc ies, the conc epts and philoso ph ies that were instrumental in

attaining the succ ess in this world and the h ereafter and whether the concepts

and philoso phies ado pted by the sel ected agenc ies were in congru enc e with

the Integrated Human D evelopment philoso ph ies establ ished in the l iteratures .

F our agenc ies, two from the go vernment s ecto r and the other two from

the private secto r, were sel ected as the units o f analysis . The study employed

the qual itative res earch methodology -- the cas e study des ign. S em i·, :st ruc­

tured interview technique was used to gather data. Bas ed on the c riterion-bas e

sam pl ing princ ipl e, eight info rmants were interviewed. A mic ro cassette and a

guid ed interview l ist were used to aid in capturing the conversation during

each interview.

In general the study reveals that the s el ected ag encies as a g roup had

adopted nine majo r concepts in their Human D evelopment t raining programmes.

These majo r concepts are; 1) the conc ept of man, 2) the conc ept of wo rk and

good deed, 3 ) the concept o f human develo pment, 4) the conc ept o f integ rated

d evel o pment, 5) the conc ept o f knowledg e, 6) the conc ept o f coo peration,

XIV

7) the concept of life, 8) the concept of accountability and 9) the concept of

excellence. On closer scrutiny, however, the study reveals that only four con­

cepts that were adopted cut accross the four agencies.

Basically, the study concludes that there is a gap between the actual ma­

jor concepts and philosophies adopted by the selected agencies in their Human

Development training programmes and the concepts and philosophies of Inte­

grated Human Development established in the literatures. Also, the interpreta­

tion of the major concepts and philosophies into practice among the selected

agencies was found to emphasise on creating short term awareness and con­

cern. The study suggests that there is a need to established a panel of scholars

in the area of Integrated Human Development to conduct research and dis­

seminate the approaches in Human Development training programmes so as to

achieve coordination, integration and wide scale commitment in accepting the

Integrated Human Development concepts and philosophies in all development

programmes in Malaysia.

xv

BAB I

PENDAHULUAN

Konteks Kaj ian

Menangani pembangunan negara secara seimbang di antara pembangunan

j asmani dan rohani memang sering diutarakan (Hassan Langgulung, 1993 dan

Mohd. Kamal Hassan, 198 8) . Tindakan yang lebih bersepadu dari p ihak

pembuat polisi dan perancang pembangunan dengan mengambil kira kedua­

dua aspek pembangunan tersebut, sentiasa menj adi tuntutan. Gej ala keruntuhan

moral dan peradaban moden masa kini , yang dianggap oleh Roger Garaudy

( 1982) sebagai sedang menuj u kepada pembunuhan diri sendiri, sememangnya

menimbulkan rasa cemas tentang keupayaan manusia moden mengendalikan

masa depan dunia (M . K amal Hassan , 1992) . Sesungguhnya pro gram

pembangunan f izikal yang pesat, perlu diimbangi dengan program pembangunan

insan yang diasaskan kepada kemurnian dan kesucian j iwa dan rohani . Justeru

itu pembangunan bangsa M alaysia yang menuj u ke arah negara maju seperti

yang tersirat di dalam Wawasan 2 020, perlulah berasaskan kepada pembangunan

i n s an ( I smai l I brah i m, 1993) . O l e h d e m i k i an per laksanaan prog ram

pembangunan insan di Malaysia, adalah sebagai usaha untuk mengimbangi

kepesatan program pembangunan f izikal , dan ia perlu dimanfaatkan sepenuhnya

(Mahathir Mohamad, 199 1 a, 199 1 b ; Anwar Ibrahim, 1996) .

Sesun gguhnya perlaksanaan program pembangunan insan memerl ukan

perancangan yang menyeluruh, bukan sahaja mengambilkira dari aspek

pengendal iannya, tetapi yang lebih penting lagi ialah dari aspek f al saf ahnya.

Husain Fauzy AI -Najj ar ( 197 1, hal . 14 - 24) menyatakan ;"Tidak akan tumbuh,

1

2

berkembang, dan selaras dalam bidang kemajuan selagi hal itu tidak bersandar

pada pemikiran falsafah yang selalu disertai dengan pembaharuan dan daya­

cipta dalam dunia yang selalu bertarung dengan ilmu dan teknologi . . . " Justeru

itu falsafah pembangunan insan yang menjadi as as kepada pencapaian matlamat

mengimbangi di antara pembangunan jasmani dan rohani, perlulah di dasarkan

kepada nilai yang murni dan sepadu. Program pembangunan insan yang

dibentuk dan dilaksanakan secara sepadu, dengan menggabungkan pembinaan

potensi jasmani dan rohani akan dapat menyumbang ke arah pembangunan

moral dan kerohanian (M. Kamal Hassan, 1992). Ia secara langsung akan

menyumbang ke arah melahirkan peradaban manusia yang tinggi. Manusia yang

memiliki nilai peradaban yang tinggi, sudah tentu berpotensi besar untuk

membangunkan negaranya secara seimbang.

Sesungguhnya pendekatan ini perlu agar pembangunan dalam negara maju

yang dicita-citakan menjadi kenyataan, dan dapat dikekalkan. Oleh yang

demikian kajian perlu dibuat bagi melihat apakah terdapat falsafah yang murni

dan sepadu dalam program pembangunan insan yang dilaksanakan oleh agensi­

agensi yang terlibat.

Program Pembangu nan Insan

Pendekatan Universal Program Pembangunan Insan

Pendekatan program pembangunan insan yang universal sentiasa

memberikan penekanan utama kepada keseimbangan di antara kehidupan dunia

dan akhirat. Keseimbangan di antara kedua-duanya pula, bergantung kepada

bagaimana manusia itu mengimbangi di antara tuntutan pembangunan jasmani

dan rohani. Maka fokus utama program pembangunan insan, adalah terhadap

3

konsep manusia itu send iri. Namun demikian berbagai fahaman, pandangan

dan andaian telah dibuat o leh para sarjana dalam berbagai disipl in ilmu tentang

manus ia. Berbagai fahaman , pandangan dan tanggapan in i akh irnya t elah

melahirkan berbagai teori dan amalan yang berb eza (Mohd. Idris J auzi, 1991) .

Stevenson (1974) telah menun jukkan bagaimana kefahaman yang berlainan

terhadap manus ia yang dibina o leh Plato , Krist ian , Marx, Freud, Sarte, Skin­

ner dan Lo renz, telah menghas ilkan pendekatan yang berbeza dalam usaha

m embangunkan mas yarakat dan tama dun. Muhammad Al -Buraey (19 86)

m en yatakan mas yarakat yan g m eman dan g manus ia dalam uku ran yan g

material ist ik tentu akan memil iki st rat egi yang berb eza dengan mereka yang

menitikb eratkan pada nilai-nilai ro han iah. Sehubun gan itu , M. Utsman Najat i

(19 82) mengatakan bahawa akibat dari kecend erungan menerapkan metod ilmu

fizik dalam pen el it ian ilmu jiwa, maka t imbul dominas i pandangan yang

mat erial ist ik yang akhirnya mengarah kepada memandang manus ia s epert i

memandang ha iwan.

Ol eh itu dari pers pekt if Islam , manus ia dil ihat sebagai makhluk yang

diciptakan o leh Allah untuk melaksanakan tugas khal ifah (AI-Baqarah , 2 :

3 0) . Ianya merangkum i tugas lihirasatud-din wa s iyasatud-dunya yakni demi

memel ihara agama dan mengurus dunia (S iddiq Fadh il , 1995) . Tugas ini adalah

t ermasuk d i dalam p ro gram pengabd ian diri manusia kepada Allah (Az­

Zaariyaat , 51 : 56) . Sehubungan itu manusia berperanan melaksanakan dua

fungs i hidup , iaitu fungsi yang kekal s ebagai hamba dan fungs i s ementara

sebagai pewaris Allah di bum i (N ik Aziz Nik Pa, 1990). Kedua-dua fungs i

terse but adalah merupakan amanah yang harus dipikul o leh manusia s ejajar

d engan matlamat pen ciptaan mereka (AI-Mu'minun , 23 : 115) .

4

U ntuk memikul amanah yang diberikan itu, manusia dic ipta oleh Allah

dengan sebaik-baik kejadian (At-Tiin, 95 : 4). Allah telah memberikan kepada

manusia keistimewaan dan kemuliaan yang tidak terdapat pada makhluk lain.

Manusia dibekalkan dengan unsur roh dan jasad (Haron Din, 1988). Di

samping itu, manusia j uga dibekalkan dengan i lmu wahyu yakni AI-Quran

dan pembimbing yakni sunnah Nabi (AI- A'raaf, 7 : 52 ; AI-Baqarah, 2 : 15 1) .

Unsur- unsur roh, j asad, i lmu wahyu ( al-Quran), dan pembimbing (sunnah

Nabi) adalah merupakan unsur f i trah (N ik Aziz N ik Pa, 1990) . Oleh kerana

tugas memelihara agama dan mengurus dunia amat mencabar, maka manusia

perlu menggemblengkan unsur-unsur fi trah tersebut . Dalam konteks inilah Nik

Azis Nik Pa ( 1990) menyatakan, syarat bagi jawatan pewari s bumi (khal ifah)

perlulah manusia i tu mengenali Tuhannya dengan sebenar-benar, dan beribadat

kepadaNya dengan sebenar-benar ibadat . Ini memerlukan manusia sentiasa

mengambil panduan dan bimbingan dari Tuhannya .

P andangan dari perspektif di atas merupakan perbezaan yang nyata di

antara barat dan I s lam. P erspekt if yang mel ihat manusia secara sepadu,

gabungan di antara roh dan j asad akan member i impak kepada program

p e mb a n gunan yang s e i m b an g . Se sun gguhny a p e nde katan p ro gram

pembangunan insan yang universal sentiasa menitik beratkan soal keseimbangan

dengan mengambil fal safah dan n i lai pegangan yang murni dan sepadu

berteraskan i lmu wahyu.

Pendekatan Negara-Negara Dunia Ketiga Program Pembangunan Insan

Program pembangunan insan sememangnya dipandang p enting oleh

negara-negara di dunia. Beberapa negara dunia ketiga telah pun melaksanakan

program seumpamanya bagi merubah sikap dan sistem nilai di negara mereka.

PERPUSTAK-\AN UNlVERSITlPUTRt\ MALAYSIA

5

D i Korea S elatan dilaksanakan program Saemaul Undong. Di Filipina pula

d i l aksanakan pro gram Sam ahang Nayon . Di India d i l aksanakan pro gram

Panchayati Raj. Di Sri Langka d ilaksanakan program Sarvodaya Shramadana.

Di Tanzania j uga di laksanakan program Ujamaa Fijijini . Di Republik Rakyat

China pula dilaksanakan program Commune System dan d i Kenya dilaksanakan

program Harambee (Hassan Mohd . Al i , 1 986).

Dalam melaksanakan program seumpama itu, negara-negara berkenaan

semuanya mempunyai fal safah atau pegangan yang d ij ad ikan asas bagi

menggerakkan program tersebut . Di Korea Selatan misalnya, program Saemaul

Undong yang dicetuskan oleh Presidennya Park Chung Hee pada 22 April, 1 970,

menekankan kepada amalan semangat Saemaul iaitu keraj i nan (di l igence) ,

meno long diri (self-he lp) dan berkerj asama (cooperation) . Ia adalah sebagai

usaha untuk menghasi lkan kemakmuran dalam menangani masalah kemelaratan

dan kemiskinan rakyat terutama di kawasan pendalaman (Ministry of Home

Affairs Republ ic of Korea, 1 980 ; Park Chung Hee, 1 979 ) . Di Republik Rakyat

China pula, Commune System yang di laksanakan dalam tahun 1 95 8 menekankan

kepada semangat berdikari (self-reliance) dan berkerj asama (cooperation) di

kalangan masyarakat komune yang dibentuk . I a membina semangat rakyat

secara menyeluruh, mengurangkan perbezaan sosial serta menanamkan moraliti

sosiali sma dan komunisma, sebagai usaha meningkatkan hasil pertanian yang

pesat (Stavis , 1 974) .

Sementara program Ujamaa Fijijini yang dilaksanakan di Tanzania sekitar

tahun 1 970an j uga, menekankan kepada semangat gotong royong masyarakat

tradisi Afrika dan semangat berdikari (self-rel iance) . Ia adalah sebagai usaha

meningkatkan hasi l pertanian masyarakat perkampungan Uj amaa. Program ini

6

memudahkan pihak pemerentah untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan

dan pend id ikan kepada rakyat (The Wor ld B ook Encyc loped ia , 1 9 9 2 ) .

Program Harambee yang diperkenalkan d i Kenya dalam tahun 1 963 pula, adalah

berbentuk pendidikan. Sekolah-sekolah Harambee ini bertujuan membangunkan

masyarakat Kenya ke arah kemajuan. Ia menggerakkan rakyat kepada semangat

menolong diri (self-help) dan berkerj asama (pull ing together) bagi melepaskan

diri mereka dari belenggu kemiskinan (The World Book Encyclopedia, 1 992) .

P endekatan-pendekatan di atas menj el askan bahawa matlamat untuk

membangunkan negara dari aspek fizikal ke arah kemajuan , amat memerlukan

penggemblengan tenaga manusia yang menyeluruh . Ni lai-ni lai pembinaan diri

yang positif seperti raj in, berdikari , menolong diri dan berkerj asama menj adi

fokus utama kepada program pembangunan di negara-negara tersebut . ln i

sememangnya dipersetujui o leh pakar-pakar di bidang pembangunan, khususnya

pembangunan di peringkat akar umbi . Mereka bersepakat mengatakan bahawa

faktor utama yang menj ej askan kelancaran program-program pembangunan

adalah d isebabkan oleh n i lai pembinaan s ikap dan si stem ni lai dalam diri

indiv idu itu sendiri (Hasan Mohd . Al i , 1 986) .

Namun fenomena yang berlaku hari ini di beberapa buah negara yang

melaksanakan program seumpama itu, telah menimbulkan tanda tanya berkaitan

dengan keberkesanannya. Sebagai contoh, kemarahan rakyat Korea Selatan

terhadap korupsi dan penyelewengan pemimpin-pemimpin negara mereka

sehingga saat ini (penyelidikan ini dibuat) masih sukar dibendung. Pembinaan

semangat Saemaul, seolah-olah dilupakan begitu sahaja . B eribu-ribu rakyat

Korea Selatan bangkit menunjuk perasaan terhadap bekas pemimpin mereka

Roh Tae-Woo yang dituduh melenyapkan wang negara sebanyak RM 1 . 6 bi l ion.