nasyid sebagai hiburan alternatif dan · pdf filenasyid sebagai hiburan alternatif dan...

19
NASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN PERANANNYA DALAM PEMBENTUKAN PERIBADI REMAJA : KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI, UTM NURUL HUDA BT ADZIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: phungkhuong

Post on 07-Feb-2018

263 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: NASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN · PDF fileNASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN PERANANNYA DALAM ... RAHSIA RASMI 1972) ... Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad

NASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN PERANANNYA DALAM PEMBENTUKAN PERIBADI REMAJA : KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI,

UTM

NURUL HUDA BT ADZIS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN · PDF fileNASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN PERANANNYA DALAM ... RAHSIA RASMI 1972) ... Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

NASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN PERANANNYA DALAM PEMBENTUKAN PERIBADI REMAJA : KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI, UTM

JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2003 / 2004

Saya NURUL HUDA BINTI ADZIS (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan penukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√ )

SULIT

√ TIDAK TERHAD

TERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan oleh,

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

NEGERI SEMBILAN.

USTZH ARPAH BT ABD. WAHAB

Nama Penyelia

Tarikh : Tarikh :

CATATAN : * ** ♦

Potong yang tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

NO. 1 KEDAI SIMPANG JELUTONG,

BATU KIKIR, 72200

Page 3: NASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN · PDF fileNASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN PERANANNYA DALAM ... RAHSIA RASMI 1972) ... Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).”

Tandatangan : Nama Penyelia : UST. ARPAH BINTI ABDUL WAHAB Tarikh : 11 MAC 2004

Page 4: NASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN · PDF fileNASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN PERANANNYA DALAM ... RAHSIA RASMI 1972) ... Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad

NASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN PERANANNYA DALAM

PEMBENTUKAN PERIBADI REMAJA : KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI,

UTM

NURUL HUDA BT ADZIS

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mac, 2004

Page 5: NASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN · PDF fileNASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN PERANANNYA DALAM ... RAHSIA RASMI 1972) ... Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri, kecuali nukilan-nukilan

dan ringkasan yang setiap satunya

telah saya jelaskan

sumbernya”

Tandatangan : Nama Penuh : NURUL HUDA BINTI ADZIS Tarikh : ………………………………

11 MAC 2004

Page 6: NASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN · PDF fileNASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN PERANANNYA DALAM ... RAHSIA RASMI 1972) ... Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad

iv

DEDIKASI

Istimewa Buat Suami Yang Dicintai

Mohd Lizam bin Zakariah

Segala Pengorbanan, Ketulusan dan Doronganmu

Telah Menguntum Kejayaan Indah

Sesungguhnya di Sebalik Ijazah Yang Kugenggam

Tersirat Namamu…

Untuk Permata Hati

Ayah dan Mama

Muhammad Badrul Hisyam

Dikau Mengajar Kami Erti Kematangan dan Kesabaran

Dan Dikau Membawa Sinar Bahagia Kepada Kami

Buat Ayah dan Emak,

Adzis bin Arshad dan Asnah bt Jamal

Segala Jasa dan Pengorbanan Kalian

Hanya Allah Jua Yang Membalasnya

Kudoakan Syurga Untuk Kalian

Buat Ayah dan Ibu Mertuaku

Zakariah dan Zuraidah

Terima Kasih Kerana Menerimaku

Untuk Rakan-rakan Seperjuangan

Suka Duka Kita Kongsi Bersama,

Penat Lelah Kita Telah Membuahkan Hasilnya,

Kenang Daku Dalam Doa Kalian

Khas Buat :

Ain, Asma, Kak Faez, Lia, Zila dan Raha

Kuharap Persahabatan Kita Kan Berkekalan

Page 7: NASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN · PDF fileNASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN PERANANNYA DALAM ... RAHSIA RASMI 1972) ... Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad

v

PENGHARGAAN

بسم اهللا الرمحن الرحيم

Sesungguhnya segala pujian dan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Maha

Pencipta Alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. ,

kaum keluarga dan para sahabat baginda.

Alhamdulillah, dengan bantuan dan pertolonganNya, dapat saya

menyelesaikan projek ini dengan jayanya bagi memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustazah Arpah binti Abdul

Wahab selaku penyelia projek ini. Kesabaran dan keprihatinan beliau membimbing

saya dalam menjalankan penyelidikan ini, akan dikenang. Sesungguhnya segala jasa

beliau hanya Allah jua yang dapat membalasnya.

Akhir kalam, salam penghargaan dan kasih sayang buat semua pensyarah,

rakan-rakan seperjuangan dan pihak yang terlibat dalam peyelidikan ini. Semoga

Allah merahmati kalian. Amin…

Page 8: NASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN · PDF fileNASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN PERANANNYA DALAM ... RAHSIA RASMI 1972) ... Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar-pelajar

SPI terhadap konsep hiburan dan nyanyian dalam Islam. Kajian ini juga dijalankan

untuk mengenalpasti kesan-kesan hiburan terhadap remaja , persepsi mereka

terhadap nasyid dan peranannya dalam pembentukan peribadi remaja. Seramai 49

orang responden daripada 162 orang pelajar SPI telah dipilih secara rawak. Satu set

soal selidik telah diberikan kepada mereka untuk dijawab. Data yang diperolehi

dianalisis dengan menggunakan perisian Statiscal Package For Social Sciences

(SPSS) dengan menggunakan kaedah pemeratusan dan min. Hasil kajian mendapati

bahawa majoriti responden tahu mengenai konsep hiburan dalam Islam. Mereka

juga berpendapat bahawa hiburan boleh menyebabkan kesan yang positif mahupun

negatif, mereka juga mempunyai persepsi yang positif terhadap nasyid dan

berpendapat bahawa nasyid dapat membentuk peribadi remaja

Page 9: NASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN · PDF fileNASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN PERANANNYA DALAM ... RAHSIA RASMI 1972) ... Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad

vii

ABSTRACT

This study was conducted to identify knowledge among SPI students toward

entertainment concept in Islam. This study also to identify an effects of

entertainment to adolescent, their perception about nasyid and its function in

developing personal of adolescent. A total number of 49 respondents from 162 SPI

students were chosen by random sampling technique by giving them a set of

questionnaire. The collected data is analyses by using software Statiscal Package For

Social Sciences (SPSS) in form of frequency and percentage. The findings showed

that majority of respondent knower about a concept of entertainment in Islam. They

also belief that entertainment can cause a positive or negative effects and their

perception about nasyid are positive. They also belief that nasyid can develop a

personal adolescent.

Page 10: NASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN · PDF fileNASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN PERANANNYA DALAM ... RAHSIA RASMI 1972) ... Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengesahan Status Tesis

Judul

Pengesahan penyelia ii

Pengakuan Tesis iii

Dedikasi iv

Penghargaan v

Abstrak vi

Abstrack vii

Kandungan viii

Senarai Jadual xi

Senarai Singkatan/Simbol xii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 5

1.7 Batasan Kajian 6

1.8 Definisi Istilah 6

1.9 Kesimpulan 7

Page 11: NASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN · PDF fileNASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN PERANANNYA DALAM ... RAHSIA RASMI 1972) ... Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad

ix

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 8

2.2 Hiburan Dan Kesan-kesan Negatif 9

2.3 Nasyid 10

2.4 Konsep Nyanyian Menurut Islam 12

2.4.1 Dalil Harus Mendengar Nyanyian 13

2.4.2 Situasi-situasi Yang Merubah Hukum

Mendengar Nyanyian Dari Harus

Kepada Haram 16

2.4.3 Alat Muzik Yang Diharamkan 17

2.5 Peranan Nasyid Sebagai Media dakwah 18

2.6 Peranan Nasyid Dalam Pembentukan

Peribadi Remaja 19

2.7 Kesimpulan 20

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 21

3.2 Reka Bentuk Kajian 22

3.3 Tempat Kajian 22

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 22

3.5 Instrumen Kajian 23

3.6 Kajian Rintis 24

3.7 Analisis Data 25

3.8 Jangka Masa Kajian 25

3.9 Kesimpulan 26

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 27

4.2 Analisis Borang Soal Selidik 27

4.3 Penganalisisan Data 28

Page 12: NASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN · PDF fileNASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN PERANANNYA DALAM ... RAHSIA RASMI 1972) ... Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad

x

4.4 Analisis Data Bahagian A 28

4.5 Analisis Data Bahagian B 30

4.7 Kesimpulan 47

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 48

5.2 Perbincangan 48

5.2.1 Konsep Hiburan Yang Dibenarkan

Oleh Islam 49

5.2.2 Kesan-kesan Hiburan Kepada

Remaja 54

5.2.3 Persepsi Remaja Terhadap

Nasyid dan Peranannya dalam Pembetukan

Peribadi Remaja 58

5.3 Rumusan 63

5.4 Cadangan Kajian 64

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 66

5.6 Kesimpulan 66

SENARAI RUJUKAN 67

LAMPIRAN A – C 69 - 77

Page 13: NASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN · PDF fileNASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN PERANANNYA DALAM ... RAHSIA RASMI 1972) ... Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad

xiSENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.4.1.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 30

4.4.1.2 Umur 30

4.4.1.3 Status 31

4.4.1.4 Tahun Kursus 31

4.5.1 Konsep Hiburan Dan Nyanyian Dalam Islam 32

4.5.2 Hukum Asal Sesuatu Perkara Adalah Harus 33

4.5.3 Hiburan Kini Tidak Menepati Dengan Konsep Yang Disyariatkan 34

4.5.4 Nasyid Menepati Syariat Islam 35

4.5.5 Islam Mengharuskan Hiburan Kepada Umatnya 36

4.5.6 Penggunaan Sesetengah Alat Muzik Adalah Dilarang 37

4.5.7 Hiburan Membawa Kesan Positif 37

4.5.8 Mengulangkaji Sambil Mendengar Lagu 38

4.5.9 Hiburan Membawa Kesan Yang Negatif Kepada Remaja 39

4.5.10 Hiburan Menyebabkan Remaja Lalai Terhadap Pelajaran 40

4.5.11 Nasyid Memberikan Kesan Positif 40

4.5.12 Mengetahui Mengenai Islam Melalui Nasyid 41

4.5.13 Nasyid Sebagai Santapan Rohani 42

4.5.14 Nasyid Sebagai Alternatif Dalam Bidang Hiburan 42

4.5.15 Nasyid Menepati Batas-batas Yang Ditetapkan Oleh Islam 43

4.5.16 Nasyid Adalah Satu Cara Untuk Berdakwah 44

4.5.17 Nasyid Dapat Menenangkan Hati 44

4.5.18 Nasyid Bukan Cara Berdakwah Yang Berkesan 45

4.5.19 Nasyid Diminati Kerana Lain Dari Yang Lain 46

4.5.20 Nasyid Dapat Membentuk Peribadi Remaja 46

4.5.21 Nasyid Mengajak Remaja Berhibur Melalui Batas-batas Islam 47

4.5.22 Nasyid Menyampaikan Mesej Yang Boleh Diterapkan Dalam Kehidupan 48

4.5.23 Nasyid Dapat Mengajak Kepada Bermuhasabah Terhadap Diri Sendiri 49

4.5.24 Mengetahui Dan Menghafal Zikir Melalui Nasyid 50

Page 14: NASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN · PDF fileNASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN PERANANNYA DALAM ... RAHSIA RASMI 1972) ... Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad

xii

SENARAI SINGKATAN / SIMBOL

KS - Kurang Setuju

S - Setuju

S.A.W - Solallahu Alaihi wa Sallam

S.W.T - Subhanahu wa Taala

SPSS - Statiscal Package for Social Science

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

RA Radhiallahuanhu

TS - Tidak Setuju

Page 15: NASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN · PDF fileNASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN PERANANNYA DALAM ... RAHSIA RASMI 1972) ... Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad

١١

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sekuat manapun jiwa dan fikiran seseorang manusia, ada waktunya akan

goyah oleh ujian hidup. Sebagai manusia, kita tetap lemah dan memerlukan

istirehat dan ketenangan. Bukan hanya badan, malah jiwa dan fikiran kita juga

memerlukan rehat. Cuba bayangkan jika tubuh badan kita terus-menerus

melakukan kerja tanpa istirehat, apakah akibatnya?

Begitu juga dengan kehidupan tanpa hiburan. Jiwa akan menjadi resah

dan gelisah, fikiran tidak tenteram dan akan membuatkan seseorang itu hidup

murung dan muram, kehidupan tidak bermaya, tiada idea, tiada kemahuan untuk

mara dan maju, apa lagi untuk menempuhi cabaran-cabaran hidup semasa. Maka

akan timbul kesan yang buruk kepada kehidupan manusia. Saidina Ali bin Abi

Talib pernah berkata : “Sesungguhnya hati akan bosan seperti badan. Oleh itu

carilah segi-segi kebijaksanaan demi kepentingan hati. Istirehatkanlah hatimu

sekadarnya, sebab hati itu apabila tidak suka, bisa buta”. (Seni Menurut

Perspektif Islam, Yusuf Al-Qardhawi, ms 64).

Menurut Md Hashim Hj. Yahya, Md Afandi Awang dan Tuan Anuar Nik

Him (1999:19), seni boleh memberikan kegembiraan dan hiburan kepada

manusia dan hiburan dapat mempersiapkan diri untuk menghadapi ibadat dan

melaksanakan kewajipan dengan syarat ianya dilaksanakan sekadarnya mengikut

lunas-lunas yang ditentukan oleh Islam.

Page 16: NASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN · PDF fileNASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN PERANANNYA DALAM ... RAHSIA RASMI 1972) ... Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad

2

Di antara hiburan yang dapat menghibur jiwa dan menenangkan hati serta

mengenakkan telinga ialah nyanyian.

Sudah menjadi lumrah manusia suka kepada hiburan, dunia merupakan

pentas permainan dan hiburan bagi manusia. Firman Allah SWT

وما احلياة الدنيا إال لعب وهلو

"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang

sia-sia dan hiburan yang melalaikan".

(QS :6 : Al-An’am) : 32

Ada pelbagai cara untuk mendapatkan hiburan. Namun kebanyakkan

bentuk hiburan yang ada adalah hiburan yang meleka dan melalaikan serta

mengajak kepada maksiat, angan-angan dan khayalan, hiburan yang semu, ketika

mendengar hiburan, seolah-olah hidup tiada masalah, tetapi sesudah itu jiwa

bertambah resah. Apakah tidak wujud hiburan yang dapat menenangkan jiwa dan

fikiran sekaligus bersifat merawat dan membangun keperibadian, setelah

menikmati sesuatu hiburan, samada nyanyian, lakunan dan sebagainya, jiwa yang

resah kembali tenang dan bertenaga, fikiran yang kusut dapat dileraikan dan

mendapat petunjuk, perasaan yang gundah menjadi riang gembira dan

termotivasi?

Dunia hiburan hari ini, mempamerkan satu bentuk hiburan alternatif yang

membanggakan. Kumpulan-kumpulan nasyid tanah air bagaikan cendawan di

musim hujan. Tidak dapat dinafikan, ada sentuhan-sentuhan baru dalam

persembahan mereka, dari cara dan gaya persembahan, senikata-senikata yang

mengajak mengingati dan mendekatkan diri kepada Islam, memuji kebesaran

Ilahi, keimanan, nasihat dan sebagainya.

Page 17: NASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN · PDF fileNASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN PERANANNYA DALAM ... RAHSIA RASMI 1972) ... Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad

3

Pada pandangan penyelidik, kemunculan industri nasyid di persada

industri muzik tanah air tepat pada masanya. Paling tidak, ia berperanan sebagai

hiburan alternatif bagi setiap golongan manusia, anak-anak kecil, remaja, dewasa

malah golongan tua. Termasuk juga golongan bukan muslim, yang rata-rata

perlukan hiburan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Islam tidak melarang umatnya untuk berhibur. Hiburan yang dicari

hendaklah bertepatan dengan konsep hiburan Islam diantaranya tidak melalaikan

dan mendorong kepada taat. Konsep yang dibawakan oleh nasyid dalam industri

hiburan bolehlah dikatakan bertepatan dengan ciri-ciri ini.

Namun di pihak lain, dunia menyaksikan satu bentuk hiburan yang

negatif, merosakkan jiwa dan akhlak. Konsep yang dibawakan juga bertentangan

dengan fitrah manusia. Sebagai contohnya, nyanyian yang berkonsepkan rock,

hard metal dan sebagainya. Hiburan ini tidak memberikan apa-apa makna kepada

pendengarnya serta tidak meninggalkan kesan positif sama ada dari aspek

penampilan penyanyi, pakaian, juga dari aspek senikata (lirik) lagu yang

melambangkan corak kehidupan bebas dan tidak membina peribadi mulia. Malah

ada lirik-lirik lagu tersebut yang berunsurkan lucah dan pemujaan syaitan.

Implikasi negatif industri muzik bentuk ini sangat merbahaya,

keruntuhan akhlak dikalangan remaja bagaikan tidak dapat dibendung lagi, kes-

kes jenayah dalam berbagai bentuk, terikut-ikut dengan budaya barat seperti hip-

hop,skin head, punk dan banyak lagi.

Jelasnya ada dua bentuk hiburan yang menguasai persada hiburan tanah

air dan menguasai kehidupan pendengar khususnya remaja. Fenomena inilah

yang menarik perhatian penyelidik untuk mengkajinya. Fokus kajian akan

tertumpu kepada aplikasi pembentukan peribadi remaja kerana golongan inilah

Page 18: NASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN · PDF fileNASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN PERANANNYA DALAM ... RAHSIA RASMI 1972) ... Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad

4

yang banyak terdedah dan sangat memerlukan hiburan. Persoalannya, apakah

nasyid juga berperanan untuk membentuk peribadi remaja melalui irama dan

lirik-lirik lagunya yang berunsurkan nasihat, keimanan, kebesaran Allah dan lain-

lain kebaikan itu? Apakah disamping mendengar irama lagu, jiwa juga turut

terdidik dengan senikata-senikatanya. Sebagai contohnya, lagu nyanyian Hijjaz

yang bertajuk Sifat Mahmudah (sifat terpuji). Di samping berhibur dengan lagu

ini, pendengar juga akan tahu sifat-sifat mahmudah yang diajar oleh Islam dan

mengajak meninggalkan sifat-sifat mazmumah (buruk dan keji).

1.3 Pernyataan Masalah

Penyelidik ingin mengkaji bagaimanakah persepsi remaja terhadap nasyid

dan bagaimanakah nasyid berperanan dalam pembentukan peribadi remaja

khususnya para pelajar Tahun 1,3 dan 4 yang mengambil jurusan Sains serta

Pendidikan (Pengajian Islam) di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Hal ini

kerana, sepanjang penyelidik belajar dalam jurusan yang sama dan bergaul

sesama mereka, penyelidik mendapati bahawa mereka lebih banyak mendengar

nasyid berbanding dengan lagu-lagu lain. Jadi disebabkan itu, penyelidik berasa

keadaan ini amat menarik untuk dikaji.

1.4 Objektif Kajian

Tujuan kajian ini djalankan ialah untuk :

1.4.1 Mengetahui tahap pengetahuan pelajar terhadap konsep hiburan yang

dibenarkan oleh Islam.

1.4.2 Mengenalpasti kesan-kesan hiburan kepada remaja.

Page 19: NASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN · PDF fileNASYID SEBAGAI HIBURAN ALTERNATIF DAN PERANANNYA DALAM ... RAHSIA RASMI 1972) ... Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad

5

1.4.3 Meninjau persepsi remaja terhadap nasyid pada masa kini.

1.4.4 Mengkaji peranan nasyid dalam pembentukan peribadi remaja.

1.5 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan kajian diutarakan untuk memenuhi matlamat kajian iaitu :

1.5.1 Apakah pelajar mengetahui konsep hiburan yang dibenarkan oleh

Islam?

1.5.2 Adakah hiburan mendatangkan kesan-kesan positif atau negatif

kepada remaja?

1.5.3 Bagaimanakah persepsi remaja terhadap nasyid pada masa kini?

1.5.4 Bagaimanakah nasyid berperanan dalam pembentukan peribadi

remaja?