nazir bin khalid - fp.utm.my · penghargaan dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha...

38
MESIN PEMBERSIH SISIK IKAN NAZIR BIN KHALID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 24-Jan-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MESIN PEMBERSIH SISIK IKAN

NAZIR BIN KHALID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

i

MESIN PEMBERSIH SISIK IKAN

NAZIR BIN KHALID

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian

Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2008

iii

DEDIKASI

Assalamualaikum Warohmatullah Hiwabarokatuh

Buat isteriku tersayang Norzianeh Mohd Hanafi... Segala pengorbanan dan kesabaranmu sentiasa ku hargai...

Semangat yang engkau berikan... Membuatkan ku tabah...

Demi mencapai impian kita bersama... Buat anak-anak ku : Nurul Izzati, Mohd Firdaus,

Mohd Zikri dan Nurul Izzah... Kalian sentiasa dalam ingatanku... Apabila rindu menerjah sanubari... Semakin kuat azam dan semangat...

Walaupun kita dihalang dengan Laut China Selatan... Doaku tetap bersama kalian...

Buat ayahbondaku tersayang Puan Salmah dan Hj Kahlid... Terima kasih di atas segala doamu... Mengharap kesejahteraan buat ku...

Buat kedua arwah ayahbonda mertuaku... Semoga Allah memberi ganjaran syurga buat kalian...

Dilapangkan penghidupan alam kubur... Dan ditempatkan bersama orang-orang soleh dan solehah...

Buat rakan-rakan seperjuangan... Syam, Dol, Lan, Mie, Wan, Mail... Dan semuanya SPH 2005-2008...

Banyak kenangan yang kita harungi bersama... Buat pensyarah-pensyarah JPTK... Jasa kalian sentiasa ku kenang...

Sepanjang kita bersama... Minta dihalalkan segala-galanya...

Dunia dan Akhirat... Semoga berjumpa lagi...

InsyaAllah...

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan

Salam Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Syukur Alhamdulillah ke hadrat

ALLAH S.W.T. kerana dengan izin-Nya, projek ini dapat juga disiapkan dengan

seadanya yang termampu.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Dr. Mohd Sukri Bin Saud selaku

pensyarah pembimbing yang telah banyak memberi tunjuk ajar, nasihat dan bantuan

sepanjang proses penghasilan projek ini.

Terima kasih juga kepada Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah

membiayai pengajian saya ini dan juga kepada pihak Universiti Teknologi Malaysia

yang telah memberikan peluang kepada saya meneroka bidang yang amat bermakna

dan banyak memberi manfaat.

Juga tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan

yang tidak henti-henti memberi galakan. Penghargaan ini juga ditujukan kepada para

peniaga ikan dan pengusaha restoran yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung semasa proses menyediakan bahan-bahan rujukan. Semoga Allah akan

membalas segala jasa baik kalian.

Penghargaan istimewa buat keluarga khasnya ayahbonda, isteri dan anak-

anakku yang tersayang di atas pengorbanan dan kesabaran sepanjang mengikuti

kuliah.

Yang benar

Nazir Bin Khalid

PKPG Kemahiran Hidup (KH) 2005/2008

v

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu projek rekacipta Mesin Pembersih Sisik Ikan.

Mesin ini direkacipta oleh pereka dan digunakan untuk membuang sisik ikan

terutamanya dalam kuantiti yang banyak. Proses membuang sisik ikan adalah

dengan menggunakan tenaga elektrik dan motor digunakan sebagai nadi utama

mesin. Mesin pembersih sisik ikan ini adalah gabungan daripada pelbagai bahan-

bahan kecil yang terdapat dipasaran. Hampir 80% komponen utama pembinaannya

adalah terdiri daripada bahan logam yang dibentuk mengikut spesifikasi rekacipta.

Objektif utama rekacipta ini adalah bagi memperkenalkan satu lagi produk industri

peralatan dapur disamping memudahkan pengguna apabila mengendalikan ikan

terutama dalam kuantiti yang banyak. Selain daripada itu, pereka juga mendapatkan

persepsi para peniaga ikan dan pengusaha restoran terhadap mesin ini. Pengujian

yang dijalankan menunjukkan bahawa rekacipta ini mempunyai tahap ketahanan

yang tinggi dan berkesan dalam menjalankan kerja membuang sisik ikan. Melalui

soal selidik pula sebanyak 50 responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik

dan 10 daripada 50 responden telah dipilih dalam menjalankan kajian rintis. Data

yang didapati dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Pakage for

the Social Science). Hasil analisa soal selidik yang didapati menunjukkan bahawa

min keseluruhan ialah 3.28. Dalam kajian ini juga akan membincangkan tentang

masalah-masalah yang dihadapi sepanjang proses pembuatan mesin dan cadangan

pereka turut dikemukakan bagi memperbaiki serta memantapkan lagi mutu hasil

rekacipta pada masa yang akan datang.

vi

ABSTRACT

This research is a project on an invention of The Fish Scales Removal

Machine. The machine was invented by an inventor which is used to remove fish

scales especially in a large quantity. The process of the fish scale removal is using

electrical power and a motor is used as the main source of the machine. This Fish

Scales Removal Machine is combination of a various kind of small materials which

can be found in the market. Almost 80% of the main manufacturing components are

made of metal which is formed according to the specification of the invention. The

main objective of this invention is to introduce another product from the kitchen

appliance industry besides to help consumers manage a large quantity of fish easier.

Furthermore, the inventor obtains perception from fishmongers and the owners of

restaurants about this machine. When it is tested, the machine shows that it has the

highs level of durability and is able to remove fish scales effectively. Based on

interviews made 50 respondent were chosen to answer questions while 10 out of 50

respondent were picked to carry out the first research. Data’s gathered from the study

are analyses using SPSS (Statistical Pakage for the Social Science) software. Result

of the interviews analysis shows that the overall min is 3.20. The research will also

discuss over the problems occurred during the machine manufacturing process and

the inventor’s point of views will also be revealed to improved the quality of the

invention in the future.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

STATUS PENGESAHAN TESIS

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI GAMBAR FOTO xv

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI SIMBOL xviii

SENARAI LAMPIRAN xix

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.2.1 Papan Pemotong 7

1.2.2 Pisau 7

1.2.3 Masa 8

1.2.4 Keselamatan 8

1.2.5 Kebersihan Persekitaran 8

1.3 Penyelesaian Masalah 9

1.4 Objektif Kajian Reka Cipta 9

viii

1.5 Persoalan Kajian Reka Cipta 10

1.6 Kepentingan Kajian Reka Cipta 11

1.7 Skop Kajian Reka Cipta 11

1.8 Definisi Terminologi 12

1.8.1 Mesin Pembersih Sisik Ikan 12

1.8.2 Talikod AC 12

1.8.3 Fius 13

1.8.4 Perumah 13

1.8.5 Elemen Pengikis 13

1.8.6 Piring 13

1.8.7 Jaring 14

1.8.8 Roda 14

1.8.9 Suis 14

1.8.10 Steel Plat 15

1.8.11 Transformer 15

1.8.12 Ikan 15

1.8.13 Memotong 15

1.9 Kesimpulan 16

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Teori Reka Cipta 19

2.3 Proses Reka Cipta 20

2.4 Ciri-ciri Bahan 21

2.5 Kajian Terhadap Bahan 21

2.6 Kesimpulan 22

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 23

3.2 Komponen-komponen Mesin Pembersih

ix

Sisik Ikan 23

3.3 Mesin dan Peralatan 24

3.4 Bahan Binaan 25

3.5 Langkah-langkah Kerja 26

3.5.1 Membuat Meja Mesin, Meja Pemotong

Ikan, Kaki Pengikis Sisik Ikan, Laci

Buangan Sisik Ikan dan Bingkai Jaring 26

3.5.2 Mencantumkan Meja Pemotong Dengan

Meja Mesin 27

3.5.3 Memasang Jaring 27

3.5.4 Memasang Motor Mesin 28

3.5.5 Memasang Kaki Pengikis Sisik Ikan 28

3.5.6 Memasang Roda 28

3.6 Pengiraan kos 32

3.7 Kaedah Kajian 33

3.8 Kajian Berbentuk Tinjauan 34

3.9 Populasi Kajian 34

3.10 Instrumen Kajian 34

3.11 Kesahan Soal Selidik 35

3.12 Kajian Rintis 36

3.13 Analisis Data 36

3.14 Kesimpulan 38

BAB 4 ANALISA REKA CIPTA

4.1 Pengenalan 39

4.2 Ciri-ciri Mesin Pembersih Sisik Ikan 40

4.2.1 Kelasakkan 40

4.2.2 Dinamik 40

4.2.3 Pengendalian Sempurna 41

4.2.4 Ringkas dan Mudah 41

4.2.5 Keselamatan 41

4.2.6 Penyelenggaraan 42

x

4.3 Objektif Pengujian 42

4.4 Uji kaji Mesin Pembersih Sisik Ikan 43

4.5 Uji kaji 1 – Tahap Keselamatan Mesin 43

4.5.1 Objektif 43

4.5.2 Bahan Yang Digunakan 44

4.5.3 Langkah-langkah Uji kaji 1 44

4.5.4 Keputusan Uji kaji 1 45

4.6 Uji kaji 2 - Kuantiti Ikan Yang Dapat Dibuang

Sisik Dalam Sekali Operasi 45

4.6.1 Objektif 45

4.6.2 Bahan Dan Peralatan Yang Digunakan 46

4.6.3 Langkah-langkah Uji kaji 2 46

4.6.4 Keputusan Uji kaji 2 46

4.7 Ujiakji 3 – Peratus Sisik Ikan Yang Mampu

Ditanggalkan Oleh Mesin 47

4.7.1 Objektif 47

4.7.2 Bahan Dan Peralatan Yang Digunakan 48

4.7.3 Langkah-langkah Uji kaji 3 48

4.7.4 Keputusan Uji kaji 3 48

4.8 Uji kaji 4 – Menentukan Jenis Ikan Yang Sesuai

Digunakan Pada Mesin 49

4.8.1 Objektif 49

4.8.2 Bahan Dan Peralatan Yang Digunakan 50

4.8.3 Langkah-langkah Uji kaji 4 51

4.8.4 Keputusan Uji kaji 4 51

4.9 Uji kaji 5 – Jenis Berus Pengikis Yang Sesuai 52

4.9.1 Objektif 52

4.9.2 Bahan Dan Peralatan Yang Digunakan 52

4.9.3 Langkah-langkah Uji kaji 5 53

4.9.4 Keputusan Uji kaji 5 53

4.10 Uji kaji 6 – Menentukan Pusingan Puli Dalam

Sekali Pengoperasian 54

4.10.1 Objektif 54

4.10.2 Bahan Dan Peralatan Yang Digunakan 54

xi

4.10.3 Langkah-langkah Uji kaji 6 54

4.10.4 Keputusan Uji kaji 6 55

4.11 Analisis Dan Keputusan Tinjauan 55

4.12 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian A 56

4.12.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut Jantina 57

4.12.2 Taburan Peratusan Responden Mengikut Umur 57

4.12.3 Taburan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 58

4.12.4 Taburan Peratusan Responden Mengikut Status 58

4.12.5 Taburan Peratusan Responden Mengikut

Pekerjaan 59

4.12.6 Taburan Peratusan Responden Mengikut

Pengalaman Bekerja 59

4.13 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian B 60

4.13.1 Persoalan Kajian Pertama 60

4.13.2 Persoalan Kajian Kedua 62

4.13.3 Persoalan Kajian Ketiga 63

4.13.4 Persoalan Kajian Keempat 65

4.13.5 Persoalan Kajian Kelima 67

4.13.6 Persoalan Kajian Keenam 68

4.14 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 70

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 73

5.2 Rumusan Kajian 74

5.2.1 Rumusan Ujikaji 74

5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian 76

5.2.3 Rumusan Keseluruhan 78

5.3 Kesimpulan 79

5.4 Perbincangan 80

5.4.1 Hasil Ujikaji 80

xii

5.4.2 Hasil Soal Selidik 81

5.5 Cadangan Kajian Akan Datang 83

5.6 Penutup 84

BIBLIOGRAFI 86

LAMPIRAN A - E

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat mesin. 25

3.2 Anggaran kos bahan yang digunakan. 32

3.3 Jumlah kos keseluruhan reka cipta Mesin Pembersih

Sisik Ikan. 33

3.4 Pemeringkatan skala Likert 1. 37

3.5 Pemeringkatan skala Likert 2. 37

4.1 Data hasil ujikaji 2. 47

4.2 Data hasil ujikaji 3 49

4.3 Jenis-jenis ikan yang digunakan dalam ujikaji 4. 50

4.4 Jenis-jenis berus yang digunakan dalam ujikaji 5. 52

4.5 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut

jantina. 57

4.6 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut

umur. 57

4.7 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut

bangsa. 58

4.8 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut

status. 58

4.9 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut

pekerjaan. 59

4.10 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut

Pengalaman bekerja. 59

xiv

4.11 Analisis kekerapan, peratus dan min responden yang

menjawab item bagi persoalan kajian pertama. 60

4.12 Analisis kekerapan, peratus dan min responden yang

menjawab item bagi persoalan kajian kedua. 62

4.13 Analisis kekerapan, peratus dan min responden yang

menjawab item bagi persoalan kajian ketiga. 64

4.14 Analisis kekerapan, peratus dan min responden yang

menjawab item bagi persoalan kajian keempat. 65

4.15 Analisis kekerapan, peratus dan min responden yang

menjawab item bagi persoalan kajian kelima. 67

4.16 Analisis kekerapan, peratus dan min responden yang

menjawab item bagi persoalan kajian keenam. 69

4.17 Analisis keseluruhan purata min bagi keseluruhan

persoalan kajian. 70

xv

SENARAI GAMBAR FOTO

NO. TAJUK HALAMAN

GAMBAR FOTO

1.2.1 Alatan tradisional yang biasa digunakan untuk

membersih dan memotong ikan. 4

1.2.2 Seekor ikan yang akan dibersihkan. 4

1.2.3 Seekor ikan yang sedang dibuang sisik. 4

1.2.4 Seekor ikan yang sedang dibuang insang. 5

1.2.5 Ikan yang telah dibuang sisik dan dipotong secara

tradisional. 5

1.2.6 Antara sisik-sisik ikan yang berselerakkan di atas

lantai. 5

3.1 Antara alatan yang digunakan semasa proses

menyiapkan Mesin Pembersih Sisik Ikan. 25

3.2 Motor yang digunakan sebagai penggerak mesin. 29

2.3 Aktiviti memotong lebihan besi dengan menggunakan

mesin Grander untuk dijadikan kaki meja pemotong ikan. 29

3.4 Aktiviti memotong besi bulat untuk dijadikan pemegang

laci buangan sisik ikan. 29

3.5 Aktiviti memeteri bahagian kaki pengikis sisik ikan dengan

menggunakan mesin MIG. 30

3.6 Aktiviti memetri ensile untuk penyambungan meja mesin

dengan meja pemotong ikan. 30

3.7 Aktiviti memeteri pemegang laci untuk buangan sisik ikan. 30

xvi

3.8 Aktiviti memotong besi dengan menggunakan mesin

pemotong besi. 31

3.9 Aktiviti memotong steel plat dengan menggunakan

gunting logam. 31

3.10 ktiviti mencanai bahagian kaki mesin yang mempunyai

bucu-bucu tajam selepas memeteri. 31

4.1 Gambaran Mesin Pembersih Sisik Ikan. 44

xvii

SENARAI SINGKATAN

KH - Kemahiran Hidup

PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

SPSS - Statistical Package for Social Science

MIG - Metal Inert Gas

xviii

SENARAI SIMBOL

f - Frekuensi / Kekerapan

% - Peratus

xix

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Surat Kebenaran Universiti Teknologi Malaysia

B Pengesahan Soal Selidik

C Gambar Foto Semasa Ujikaji Dijalankan.

D Soal Selidik

E Lukisan Autocad

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada sejarah kehidupan manusia pada zaman dahulu lagi, sejarah telah

menunjukkan bahawa manusia mempunyai keistimewaan tersendiri dan

berkeupayaan dalam mereka cipta atau mereka bentuk sesuatu benda. Sesuatu

penciptaan itu adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan kehidupan manusia.

Pandangan atau idea untuk mereka cipta sesuatu benda akan tercetus bilamana

timbulnya sesuatu masalah yang dihadapi oleh seseorang pencipta itu atau sesuatu

masalah lain yang sering diperhati oleh pencipta. Sejauh mana seseorang pereka

cipta itu mampu untuk menghasilkan sesuatu ciptaan yang baik adalah bergantung

kepada pengetahuan, kemahiran berfikir dan kreativiti seseorang pereka cipta

tersebut. Seseorang pencipta haruslah berpandangan jauh dalam hal ini. Oleh yang

demikian ada kalanya rekaan atau ciptaan yang dihasilkan tidak dapat untuk

menyelesaikan sesuatu masalah yang hendak diatasi. Terdapat juga rekaan yang

dihasilkan gagal berfungsi dengan baik. Ini berkemungkinan disebabkan oleh pereka

tersebut kekurangan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi.

Begitu juga halnya dengan peralatan di rumah mahupun peralatan di restoran

di mana terdapat berbagai-bagai jenis peralatan telah dihasilkan seperti pisau, mesin

2

pemerah santan, mesin pengisar dan sebagainya. Walaupun begitu masih belum

terdapat mesin khas yang mampu untuk membuang sisik ikan. Jika dilihat pada masa

dahulu di mana seseorang yang hendak membuang sisik ikan akan menggunakan

cara tradisional iaitu dengan menggunakan pisau dan kini telah ada peralatan baru

untuk membuang sisik ikan tetapi masih memerlukan tenaga tangan. Dari segi reka

bentuk dan teknologinya peralatan membuang sisik ikan tersebut tidaklah dianggap

canggih tetapi maju jika dibandingkan dengan kaedah membuang sisik ikan secara

tradisional iaitu dengan cara menggunakan tangan dan pisau. Walaupun peralatan

tersebut boleh digunakan untuk membuang sisik ikan tetapi ia masih dianggap tidak

berteknologi pada zaman ini. Oleh itu sesuatu pembaharuan mesin moden haruslah

dicipta untuk mengatasi masalah ini.

Ilmu pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang kejuruteraan dan teknologi

dilihat mampu untuk membantu seseorang pereka dalam menghasilkan sesuatu

rekaan yang baik lagi bermutu. Ilmu pengetahuan dan kemahiran adalah perlu di

mana ia dapat mencetuskan idea serta teknologi yang boleh digunakan untuk

menghasilkan berbagai-bagai jenis barangan atau produk. Dalam pada itu segala idea

yang tercetus perlulah mengambil kira pelbagai aspek penting seperti ciri-ciri

keselamatan, cara pengendalian, tenaga, masa, kesesuaiannya dengan kehendak

pengguna serta dapat memberikan kepuasan dan perkhidmatan yang terbaik.

Menurut Hosking A.K dan Hairis M.R (1981), reka cipta dan reka bentuk

adalah merupakan satu perkara yang menggunakan elemen dalam pengetahuan

kejuruteraan matematik, grafik dan prinsip saintifik dalam usaha untuk menghasilkan

perencanaan yang akan membantu kepada sesuatu penyelesaian dan seterusnya dapat

menyumbangkan idea kepada keperluan manusia.

Feirer J.L (1967) pula menyatakan bahawa sesuatu ciptaan atau rekaan yang

baik dan bermutu adalah hasil daripada model yang direka cipta terlebih dahulu.

Daripada imbasan model tersebut, kreativiti para pereka akan dapat dipertingkatkan

bagi penyusunan bahagian-bahagian, struktur bahan dan reka bentuk barangan yang

dicipta. Dalam proses mereka bentuk lukisan lakaran adalah penting untuk

mendapatkan gambaran tentang model yang akan dicipta. Kesedaran ini

menggalakkan manusia dalam menghasilkan ciptaan-ciptaan dalam bidang reka cipta

3

yang membolehkan masyarakat hidup dalam gaya teknologi yang beraneka ragam

dan dalam keselesaan yang lebih sempurna.

1.2 Latar Belakang Masalah

Di Malaysia, makanan laut seperti ikan adalah merupakan salah satu

daripada makanan yang sangat popular bagi semua orang tanpa mengira bangsa dan

kaum. Ikan biasanya dimakan bersama nasi pada masa makan tengah hari mahupun

makan malam. Walaupun begitu ada kalanya juga ikan dimakan bersama nasi semasa

sarapan pagi. Tidak ketinggalan juga pada hari-hari perayaan seperti Hari Raya dan

kenduri perkahwinan serta majlis-majlis tertentu di mana ikan juga digunakan

sebagai lauk hidangan.

Proses pengendalian ikan tidaklah susah sangat tetapi agak cerewet di mana

seseekor ikan tersebut haruslah dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasak untuk

dihidangkan. Proses membersihkan ikan termasuklah dengan membuang sisik ikan,

membuang insang dan perut, memotong dan membasuh ikan tersebut. Secara

tradisional, pisau digunakan sebagai satu alat untuk membuang sisik ikan.

Penggunaan pisau bukanlah mudah seperti yang dijangkakan kerana kita hendaklah

berhati-hati semasa mengendalikannya bagi mengelakkan sebarang kecederaan dan

kini terdapat alat baru iaitu alat membuang sisik ikan berbentuk berus yang

mengandungi gigi-gigi yang tajam bagi membuang sisik ikan. Walaupun ia

dianggap alat yang terkini tetapi penggunaan alat tersebut tidak menggambarkan alat

tersebut sebagai alat yang moden dan berteknologi.

Proses pengendalian ikan secara tradisional dan peralatan yang digunakan

serta kerja-kerja yang dilakukan adalah seperti yang ditunjukkan dalam gambar foto-

gambar berikut:

4

Gambar foto 1.2.1: Alatan tradisional yang biasa digunakan untuk membersih dan

memotong ikan.

Gambar foto 1.2.2 : Seekor ikan yang akan dibersihkan.

Gambar foto 1.2.3 : Seekor ikan yang sedang dibuang sisik.

5

Gambar foto 1.2.4 : Seekor ikan yang sedang dibuang insang.

Gambar foto 1.2.5 : Ikan yang telah dibuang sisik dan dipotong secara

tradisional.

Gambar foto 1.2.6 : Antara sisik-sisik ikan yang berselerakan di atas lantai.

6

Kebanyakan peniaga ikan mahupun pengusaha-pengusaha restoran gemar

menggunakan peralatan dapur seperti pisau, berus bergigi dan sebagainya bagi

menyelenggarakan proses membuang sisik ikan. Berbagai-bagai jenis peralatan

tersebut mudah didapati di kedai-kedai mahupun pasaraya-pasaraya di sekitar kita

yang direka cipta oleh pereka-pereka terdahulu bermula dari peralatan biasa

sehinggalah kepada peralatan berelektronik iaitu dengan menggunakan bateri. Jikalau

adapun peniaga ikan atau pun pengusaha-pengusaha restoran yang membeli alat khas

seperti berus yang bergigi untuk membuang sisik ikan bilangannya sangat terhad. Ini

bermakna jenis alatan yang dinyatakan adalah beroperasi dengan menggunakan

tenaga tangan apabila kita menjalankan sesuatu kerja seperti membersihkan ikan

termasuklah membuang sisik ikan. Walaupun peralatan tersebut dianggap murah

tetapi kerja yang akan dilakukan agak merumitkan dan membazir masa.

Walaupun kini terdapat berus bergigi biasa dan berelektronik bagi tujuan

membuang sisik ikan, namun fungsinya masih sama seperti menggunakan pisau

biasa di mana pengguna terpaksa menggunakan tenaga tangan. Dari segi harga

mungkin tidak menjadi masalah kepada golongan berada, golongan sederhana

mahupun golongan rendah. Tetapi dari segi masa, ia akan dianggap sebagai

membazir masa. Tambahan pula jika pengguna ingin mengadakan majlis-majlis

tertentu seperti majlis kenduri perkahwinan. Ikan akan digunakan sebagai lauk untuk

juadah para tetamu dalam kuantiti yang banyak. Jadi proses untuk menyelenggara

atau membuang sisik ikan sudah tentu mengambil masa yang agak lama.

Berdasarkan daripada kaedah pemerhatian dan temu bual, pereka dapati

kaedah untuk membuang sisik ikan secara tradisional terdapat banyak masalah tanpa

kita sedari. Oleh yang demikian maka pereka terfikir perlunya untuk menghasilkan

satu mesin untuk membuang sisik ikan bagi mengatasi masalah tersebut. Antara

masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka yang biasa mengendalikan ikan

termasuklah membuang sisik ikan adalah seperti berikut:

7

1.2.1 Papan pemotong

Papan pemotong adalah satu alat yang biasa digunakan oleh peniaga ikan,

pengusaha restoran dan orang perseorangan apabila melakukan kerja-kerja dapur

seperti memotong sayuran, daging, ikan dan sebagainya termasuklah urusan

membuang sisik ikan. Papan pemotong mudah didapati di kedai-kedai runcit

mahupun pasar raya besar dengan harga yang bersesuaian tetapi papan pemotong

tersebut haruslah disediakan terlebih dahulu apabila hendak membersihkan dan

membuang sisik-sisik ikan. Jika menggunakan bekas-bekas lain dalam urusan

membuang sisik ikan mungkin tidak bersesuaian malah boleh mendatangkan

kecederaan kepada pengguna jika tidak berhati-hati semasa menggunakannya. Papan

pemotong juga haruslah di bersihkan dan di simpan apabila selesai menggunakannya.

Pengguna haruslah menyimpan papan pemotong di tempat yang sesuai agar tidak

bersepah. Kadang kala papan pemotong tidak dititik beratkan apabila pengguna

membuang sisik ikan.

1.2.2 Pisau

Bagi setiap peniaga ikan atau pengusaha-pengusaha restoran, pisau adalah

satu nama yang tidak asing lagi bagi mereka. Setiap kedai pasti terdapat pisau sama

ada pisau tersebut kecil ataupun besar dan gunanya adalah untuk memotong sebarang

benda sama ada daging mahupun sayuran. Pisau juga biasanya digunakan oleh

peniaga ikan mahupun pengusaha restoran untuk membuang sisik ikan dan

memotong ikan. Pisau tersebut perlulah sentiasa tajam dan perlu diasah selalu

apabila tumpul kerana pisau tersebut sering digunakan untuk tujuan lain juga.

8

1.2.3 Masa

Bagi pengusaha-pengusaha restoran, peniaga ikan mahupun sesiapa sahaja

masa merupakan satu faktor yang amat penting. Dengan adanya pengurusan masa

yang baik dan bijak maka segala kerja yang dilakukan akan menjadi lebih teratur dan

berkesan. Kesukaran dalam membersihkan ikan wujud bila mana seseorang itu perlu

membuang sisik ikan dan memotong ikan terutamanya dalam kuantiti yang banyak.

Ini bermakna seseorang itu terpaksa mengambil masa yang agak lama melakukan

kerja tersebut dan tidak dapat melakukan kerja lain selagi proses membersihkan ikan

belum selesai.

1.2.4 Keselamatan

Semasa proses membuang sisik ikan, pisau atau berus bergigi yang

digunakan perlulah tajam. Andai kata benda yang tumpul digunakan untuk

membuang sisik ikan maka berkemungkinan proses tersebut akan menjadi bertambah

rumit. Ikan yang dikendalikan perlulah dialih kedudukannya atau menterbalikkan

bahagian ikan tersebut bagi melakukan kerja membuang sisik ikan di bahagian

tersebut. Pisau mahu pun berus bergigi yang tajam boleh membahayakan

penggunanya andai kata kerja yang dilakukan tidak dibuat dengan berhati-hati.

1.2.5 Kebersihan Persekitaran

Semasa melakukan proses membuang sisik ikan, faktor kebersihan

merupakan sesuatu yang harus dititik beratkan. Semasa mengendalikan ikan, sisik

9

ikan biasanya akan terpelanting dan ini sedikit sebanyak sudah pasti akan

mengotorkan keadaan sekeliling. Ini akan mendatangkan masalah kepada pengguna

kerana pengguna terpaksa membersihkan dan membuang sisik ikan pula selepas ikan

tersebut dibersihkan kerana tidak terdapat bekas khas untuk menahan sisik ikan dari

berselerakkan semasa mengendalikan seseekor ikan.

1.3 Pernyataan Masalah

Pengusaha-pengusaha restoran mahupun peniaga ikan biasanya akan

menggunakan pisau dalam mengendalikan atau membersihkan ikan. Ini termasuklah

dengan membuang sisik ikan serta memotong ikan. Walaupun kini terdapat alatan

baru seperti berus bergigi tajam di pasaran namun ia tidak banyak membantu dalam

proses mengendalikan ikan. Lantaran itu, maka pereka mengambil keputusan untuk

mereka cipta sebuah mesin khas yang dipanggil Mesin Pembersih Sisik Ikan. Mesin

ini boleh digunakan untuk membuang sisik ikan dalam pelbagai saiz dan dalam

kuantiti lebih dari satu. Mesin ini juga mempunyai takungan khas untuk menahan

sisik-sisik ikan yang telah dibersihkan daripada berselerakan serta mempunyai

tempat khas untuk memotong yang terdapat pada mesin ini.

Dengan terhasilnya reka cipta ini maka diharap agar ianya dapat membantu

pengusaha restoran mahupun penjual-penjual ikan di pasar dalam menyelesaikan

masalah ketika mengendalikan ikan terutamanya dalam kuantiti yang banyak.

1.4 Objektif Kajian Reka Cipta

Objektif-objektif kajian reka cipta ini adalah seperti berikut:

10

1. Memperkenalkan satu lagi reka cipta iaitu Mesin Pembersih Sisik Ikan dalam

bidang industri peralatan dapur di mana ia dapat memenuhi keperluan

pengguna.

2. Mengurangkan penggunaan tenaga tangan ketika mengendalikan ikan.

3. Menjimatkan masa pengguna apabila mengendalikan ikan.

4. Mengatasi masalah sisik ikan yang berselerakan.

5. Memberi keselesaan kepada pengusaha restoran mahupun penjual ikan di

pasar dalam mengendalikan ikan.

6. Mengatasi masalah kecederaan apabila mengendalikan ikan yang bersisik

tajam.

1.5 Persoalan Kajian Reka Cipta

Berikut adalah persoalan kajian reka cipta yang dibina bagi menjawab objektif reka

cipta yang disediakan:

1. Apakah bentuk reka cipta ini sesuai dalam bidang industri peralatan dapur

dan memenuhi keperluan pengguna?

2. Apakah mesin ini dapat mengurangkan penggunaan tenaga tangan ketika

mengendalikan ikan?

3. Apakah ia menjimatkan masa pengguna apabila mengendalikan ikan?

4. Apakah penggunaan mesin ini dapat mengatasi masalah sisik ikan yang

berselerakan?

5. Apakah penggunaannya dapat memberi keselesaan kepada pengusaha

restoran atau penjual ikan di pasar?

6. Apakah penggunaan mesin ini dapat mengatasi masalah kecederaan apabila

mengendalikan ikan?

11

1.6 Kepentingan Kajian Reka Cipta

Berikut adalah merupakan beberapa kepentingan kajian yang dihasilkan:

i. Menjimatkan masa terutamanya bagi pengusaha restoran mahupun penjual

ikan ketika menggunakannya.

ii. Reka cipta ini tidak memerlukan tempat khas untuk menyimpannya.

iii. Reka cipta ini boleh diubah kedudukannya kerana ia mempunyai roda di

bahagian kaki meja.

iv. Mempunyai bentuk yang ringkas dan mudah dikendalikan.

v. Mempunyai tempat memotong khas.

vi. Dapat menyumbangkan idea atau penambahbaikan untuk mereka cipta atau

mereka bentuk mesin yang lebih canggih berdasarkan konsep yang telah

dicipta.

1.7 Skop Kajian Reka Cipta

Reka cipta Mesin Pembersih Sisik Ikan sebenarnya menggunakan konsep

putaran maka motor pemotong besi yang terdapat pada mesin pemotong besi

digunakan dan diubahsuai. Selain itu meja yang dibuat dari besi adalah bertujuan

bagi mengukuhkan kedudukan keseluruhan mesin ketika mesin sedang beroperasi.

Oleh yang demikian, pereka menggunakan motor pemotong besi tersebut sebagai

komponen asas reka cipta mesin ini. Komponen-komponen lain termasuklah

perumah, elemen pengikis, bealting, jaring, bearing, roda, puli, transformer dan suis

untuk menghidupkan.

Memandangkan ikan sering dimakan oleh semua masyarakat tanpa mengira

kaum dan agama maka pengendalian ikan iaitu membuang sisik ikan sudah sinonim

dengan peniaga ikan di pasar mahupun para pengusaha restoran. Oleh itu skop

12

kajian adalah tertumpu pada peniaga-peniaga ikan dan pengusaha restoran di sekitar

Taman Universiti di Skudai selain uji kaji produk untuk menilai tahap keselamatan

dan kefungsiannya.

1.8 Definisi Terminologi

Dalam reka cipta Mesin Pembersih Sisik Ikan ini, pereka telah menggunakan

beberapa istilah seperti di bawah:

1.8.1 Mesin Pembersih Sisik Ikan.

Mesin ini sesuai digunakan untuk membuang sisik ikan dan sekali

gus menyediakan tempat khas untuk memotong ikan apabila telah dibuang sisiknya.

1.8.2 Talikod AC

Talikod ini merupakan wayar tiga teras yang akan digunakan untuk

menyalurkan kuasa elektrik dari soket iaitu punca kuasa elektrik kepada motor bagi

menggerakkan elemen pembersih ikan.

13

1.8.3 Fius

Dawai atau logam yang dimasukkan ke dalam litar elektrik adalah

bertujuan untuk mengganggu atau membuka litar apabila arus elektrik melebihi had

maksimum yang telah ditetapkan memasuki litar.

1.8.4 Perumah

Bahagian ini adalah merupakan badan utama atau bahagian induk reka

cipta mesin ini yang akan memegang motor, tempat pemotong dan pembuang sisik

ikan.

1.8.5 Elemen Pengikis

Elemen pengikis adalah merupakan komponen atau bahagian mesin yang

berfungsi sebagai alat untuk mengikis sisik ikan dari bahagian badan ikan tersebut.

1.8.6 Piring

14

Dalam konteks ini, piring merupakan satu elemen yang penting di mana

piring ini digunakan untuk menarik lelengan kaki pengikis bagi menggerakkan alat

pengikis untuk menjalankan fungsinya.

1.8.7 Jaring

Aksesori jaring digunakan sebagai alat bagi menahan ikan dari bergerak.

Jaring juga berfungsi sebagai tempat jatuhan sisik-sisik ikan ke dalam bekas yang

disediakan.

1.8.8 Roda

Aksesori roda diguna pakai adalah bertujuan untuk memudahkan pergerakan

kedudukan mesin andai kata kedudukan mesin tidak begitu sesuai maka mesin dapat

diubah kedudukannya hanya dengan menolaknya.

1.8.9 Suis

Suis adalah satu alat yang digunakan bagi menyambungkan bekalan elektrik

yang ada di bahagian punca kuasa kepada motor mesin. Dengan ini mesin dapat

menjalankan fungsinya mengikut apa yang telah ditetapkan.

15

1.8.10 Steel plat

Ia adalah bahan logam yang tidak berkarat, kukuh dan mudah dibentuk.

1.8.11 Transformer

Sejenis alat untuk merendahkan arus elektrik yang akan disalurkan kepada

mesin.

1.8.12 Ikan

Makanan yang berasal dari laut dan digemari oleh semua golongan dan

bangsa tanpa ada sebarang halangan serta penuh dengan sumber protein yang

diperlukan oleh badan manusia.

1.8.13 Memotong

Membahagikan sesuatu kepada beberapa bahagian yang dikehendaki dengan

cara memotong dengan menggunakan benda tajam.

16

1.9 Kesimpulan

Sesuatu benda, produk atau peralatan yang dicipta oleh seseorang pereka

cipta adalah bertujuan untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna

dalam menjalani kehidupan seharian. Selain daripada itu, sesuatu produk yang

dicipta juga adalah bertujuan bagi memenuhi permintaan pasaran di samping

mengatasi masalah yang berkemungkinan dihadapi oleh pengguna. Dengan adanya

penciptaan baru maka sesuatu kerja itu adan dapat dilakukan dengan lebih baik lagi

jika dibandingkan dengan sebelumnya.

Hasil daripada pengalaman serta pemerhatian pereka terhadap masalah ini

maka pengurusan semasa mengendalikan ikan terutama dalam kuantiti yang banyak

dan kecederaan yang mungkin berlaku kepada pengguna telah membantu pereka

dalam mereka cipta Mesin Pembersih Sisik Ikan ini. Dengan ini, melalui Bab Dua,

kita akan membincangkan dengan lebih mendalam lagi mengenai reka cipta Mesin

Pembersih Sisik Ikan ini.