persepsi jemaah haji terhadap pelaksanaan kursus … · sesungguhnya kupanjatkan syukur tidak...

28
PERSEPSI JEMAAH HAJI TERHADAP PELAKSANAAN KURSUS HAJI MALAYSIA WAN NAFISAH BINTI WAN A.RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: dangdung

Post on 15-Mar-2019

267 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERSEPSI JEMAAH HAJI TERHADAP PELAKSANAAN

KURSUS HAJI MALAYSIA

WAN NAFISAH BINTI WAN A.RAHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19: 16 (Pind. ll97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISO

JUDUL: PERSEPSI JEIVIAAH HAJI TERI{ADAP PELAKSANAANKT'RSUS HAJI MALAYSIA

Saya

SESI PENGAJIAN z 20l0f20lr

WAI\ NAFISAH BINTI WAI\ A.RAHMAN(HURUF BESAR)

mangaku membenarkan tesis (PSM /@* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

l. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuaf satinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( { )

tltlE

(TANDATAI\GAI\I PENULIS)

Alamat Tetap:

2651TAMAN SEPAI(AT,KG.PADAI\IG LUAS,220ry0 JERTEH TERENGGAhT.

Tarikhi 14 APRIL 201I

SULIT

TERHAD

TIDAKTERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTA RAHSTA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

DR ARIEF SALLEH BIN ROSMANNama Paryelia

Tarikh: 14 APRIL 20ll

Disahkan oleh

(TANDATAI\IGAN PENY E LIA)

cArArAItl : l* itl|'l":il??3ill?-F#,"f1TilI3, s'a rampirkan surat daripada pihakberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

I Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafrh dan Sarjana

secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

*Saja akui telah menrbaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah mernadai

dad segl skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Fengaj ian Islarn)."

Tandatangan :

NamaPenyelia : DR. ARIEF SALLEHBINROSI{AN

Tarikh : 14 APRIL}0LL

i

PERSEPSI JEMAAH HAJI TERHADAP PELAKSANAAN KURSUS HAJI

MALAYSIA

WAN NAFISAH BINTI WAN A. RAHMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2011

ii

iii

DEDIKASI

Dengam Nama Allah SWT Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Sesungguhnya Kupanjatkan Syukur Tidak Terhingga Kepadamu. Selawat Dan Salam Buat Junjungan Nabi Muhammad SAW, Seluruh Keluarga Baginda, Para Sahabat, Tabiin, Tabi’ Tabi’in, Ambia’, Solafus Soleh, Dan Para Pejuang Islam Hingga Akhir

Zaman.

Ku Abadikan Karya Ini Teristimewa Buat:

Suami tersayang, Mohd Yusof Bin Ahmad

Doa, Pengorbanan, Dan Bantuanmu Sumber Kekuatanku.

Ayahanda Dan Bonda, Wan A.Rahman Bin Jusoh & Fatimah Binti Abdullah

Terima Kasih Kuucapkan Di Atas Dorongan Dan Kesabaran Melayan Kerenahku ..Kalian Amat Kucintai Selamanya..

Abang-Abangku, Kakakku, Dan Adikku, Wan Nadzri, Wan Mohd Nadzmi, Wan Mohd Nadzir, Wan Nadzlin, Wan Nadzariah,

Dan Wan Mohd Najib ..Terima Kasih Di Atas Bimbingan Dan Sumbangan Kalian..

Buat Penyelia Yang Dikagumi, Dr. Arief Salleh Bin Rosman

Syukran Jazilan, Terima Kasih Di Atas Tunjuk Ajarmu..

Kesemua Para Pendidikku, Jasa Dan Sumbangan Kalian Teramat Bernilai Pada Diriku,

Halalkan Segala Ilmu Yang Dicurahkan.

Sahabat Seperjuangan, SPI 1 Julai 2007 – 15 Mei 2011

Terima Kasih Atas Segala-Galanya. Semoga Akhirnya Kita Mengecapi Kejayaan

iv

PENGHARGAAN

��� ا ا���� ا�����

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan

kurnianya, dapatlah penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat dan Salam

buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang membawa rahmat sekalian alam.

Sekalung penghargaan buat suami dan ibu bapa di kampung yang tidak jemu-

jemu memberi semangat dan dorongan kepada penyelidik dalam menyiapkan kajian ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr.Arief Salleh

bin Rosman selaku penyelia yang banyak memberi tunjuk ajar dan panduan kepada

penyelidik sepanjang menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Fakulti

Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana sentiasa

bersedia untuk membimbing penyelidik.

Tidak ketinggalan kepada teman-teman seperjuagan, terima kasih diucapkan

kerana sudi memberi tunjuk ajar, kerjasama yang baik, dan berkongsi idea dengan

penyelidik. Diharapkan segala usaha yang dilakukan ini mendapat redha dan keberkatan

daripada Allah SWT. Kepada responden yang terlibat, terima kasih diucapkan atas

kesudian kalian menjawab soal selidik yang diedarkan penyelidik. Sekian, Wassalam.

v

ABSTRAK

Kursus ini merupakan prasyarat untuk mengerjakan ibadat haji. Ia dijalankan

bagi membantu jemaah haji memahami proses pelaksanaan ibadat haji. Selain itu,

memberi gambaran kepada mereka kaedah yang betul pelaksanaan ibadat haji. Kajian ini

bertujuan untuk mengenalpasti persepsi bakal jemaah haji terhadap kepentingan

pelaksanaan kursus ibadat haji, mengenalpasti persepsi bakal jemaah haji terhadap

penceramah, tempat, dan waktu dalam mengikuti kursus haji dan mengenalpasti persepsi

jemaah haji terhadap penggunaan ICT dalam kursus haji. Seramai 46 orang responden

terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada peserta kursus haji di Masjid Hadhari,

Besut Terengganu. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan mengedarkan soal

selidik yang mengandungi 43 item soalan sebagai instrumen kajian. Analisis statistik

deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus, dan min. Data

yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian ‘Statistical Packages For

Social Sciences’ (SPSS) versi 12.0 for windows. Secara keseluruhannya, analisis

menunjukkan bahawa responden mempunyai persepsi positif terhadap kepentingan

pelaksanaan kursus ibadat haji berdasarkan kepada nilai min yang diperolehi iaitu 4.45.

Manakala persepsi responden terhadap penceramah, tempat, dan waktu dalam mengikuti

kursus haji adalah berada pada tahap yang tinggi iaitu 4.34. Hasil analisis juga

menunjukkan bahawa responden mempunyai persepsi positif terhadap penggunaan

teknologi ICT dalam kursus haji berdasarkan nilai min 4.45. Di akhir kajian, penyelidik

mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk diberi perhatian

terhadap masalah yang dikaji.

vi

ABSTRACT

Hajj course is compulsory. It is conducted to help congregation understand the

hajj process. Furthermore, it provides them a clear picture the correct method in

performing hajj. This study is conducted to determine the perception of hajj

congregation regarding to implementation of Malaysia hajj course, to identify the

perception of hajj congregation towards speaker, venue and time, and lastly to identify

of hajj congregation towards using ICT in the hajj course. 46 respondents involve in this

study are participants of hajj course at Masjid Hadhari, Besut Terengganu. This study

was conducted by using quantitative method which is a set of questionnaire consisted of

43 items as the instrument. The descriptive statistical analysis was carried out to obtain

the frequency value, percentage and mean. The data was analyzed by using the statistical

package of social sciences (SPSS) software for window version 12.0. Overall, this

analysis shows that respondents have positive perception to the important of hajj course

implementation based on the min value, 4.45. Futhermore, respondents have high

perception regarding to speaker, venue and time that is 4.34. In addition, this analysis

shows that respondents have high perception regarding to the usage of ICT technology

in hajj course refer to min value 4.45. At the end of the research, a few suggestions have

been proposed to the related parties to ensure the full attention is paid towards the

studied problem.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.6.1 Tabung Haji Malaysia 8

1.6.2 Syarikat Pengelola Haji 9

1.6.3 Jemaah Haji 9

1.7 Skop dan Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 10

viii

1.8.1 Persepsi 10

1.8.2 Jemaah 10

1.8.3 Pelaksanaan 11

1.8.4 Kursus 11

1.9 Kesimpulan 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 13

2.2 Konsep Ibadat Haji 14

2.2.1 Definisi Haji 14

2.2.2 Pensyariatan Ibadat Haji 14

2.2.3 Kedudukan dan Hikmat Haji 15

2.2.4 Hukum Mengerjakan Haji 18

2.2.5 Rukun Haji 19

2.2.6 Syarat Sah Haji 20

2.2.7 Wajib Haji 21

2.2.8 Perbezaan Rukun dan Wajib Haji 22

2.2.9 Jenis Haji 22

2.2.10 Perkara Larangan Ketika Ihram 23

2.2.11 Dam 24

2.3 Prosedur Kursus Haji Malaysia 25

2.4 Modul Kursus Asas Haji 26

2.5 Kajian Lepas 31

2.6 Kesimpulan 32

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 33

3.2 Reka Bentuk Kajian 34

3.3 Tempat Kajian 34

ix

3.4 Populasi Kajian dan Sampel Kajian 35

3.5 Instrumen Kajian 36

3.5.1 Pengumpulan Data Primer 36

3.5.1.1 Soal Selidik 36

1) Bahagian A 37

2) Bahagian B 37

3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 39

3.6 Prosedur Kajian 39

3.7 Analisis Data 41

3.8 Tatacara Kajian 42

3.8.1 Kajian Rintis 42

3.8.2 Kajian Sebenar 43

3.9 Jangka Masa Kajian 43

3.10 Kesimpulan 44

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 45

4.2 Bahagian A: Analisis Data Latar Belakang 46

Responden

4.2.1 Jantina Responden 46

4.2.2 Umur Responden 47

4.2.3 Status Responden 48

4.2.4 Tahap Pendidikan Responden 49

4.2.5 Pekerjaan Responden 50

4.3 Bahagian B, C, dan D: Analisis Data Maklum

Balas Responden

4.3.1 Analisis Mengikut Item 51

4.3.1.1 Bahagian B (Persepsi Bakal Jemaah 52

Haji Terhadap Kepentingan

Pelaksanaan Kursus Ibadat Haji)

x

4.3.1.2 Bahagian C (Persepsi Bakal Jemaah 63

Jemaah Haji Terhadap Penceramah,

Tempat, dan Waktu Dalam Mengikuti

Kursus Haji).

4.3.1.3 Bahagian D (Persepsi Jemaah Haji 70

Terhadap Penggunaan Teknologi

ICT Dalam Kursus Haji).

4.3.2 Analisis Keseluruhan Item 77

4.3.2.1 Dapatan Kajian Bagi Item 78

Bahagian B

4.3.2.2 Dapatan Kajian Bagi Item 81

Bahagian C

4.3.2.3 Dapatan Kajian Bagi Item 84

Bahagian D

4.4 Kesimpulan 86

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 87

5.2 Perbincangan 88

5.2.1 Bahagian A: Maklumat Latar Belakang Responden 88

5.2.2 Bahagian B: Persepsi Bakal Jemaah Haji Terhadap 90

Kepentingan Pelaksanaan Kursus Ibadat Haji

5.2.3 Bahagian C: Persepsi Bakal Jemaah Haji Terhadap 94

Penceramah, Tempat, dan Waktu Dalam Mengikuti

Kursus Haji

5.2.4 Bahagian D: Persepsi Bakal Jemaah Haji Terhadap 97

Penggunaan Teknologi ICT Dalam Kursus Haji

5.3 Rumusan 99

5.3.1 Mengenalpasti Persepsi Bakal Jemaah Haji 99

Terhadap Kepentingan Pelaksanaan Kursus

xi

Ibadat Haji

5.3.2 Mengenalpasti Persepsi Bakal Jemaah Haji 100

Terhadap Penceramah, Tempat, dan Waktu

Dalam Mengikuti Kursus Haji

5.3.3 Mengenalpasti Persepsi Bakal Jemaah Haji 100

Terhadap Penggunaan Teknologi ICT Dalam

Kursus Haji

5.4 Cadangan 101

5.4.1 Bakal Haji 101

5.4.2 Pihak Yang Menganjurkan Kursus Haji 101

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 102

5.6 Kesimpulan 103

BIBLIOGRAFI 104

LAMPIRAN

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL PERKARA MUKA SURAT

2.1 Isi Kandungan Modul Kursus Asas Haji Musim 27 Haji 1432H 3.1 Jadual Penentuan Ujian Soal Selidik 38 3.2 Pengkelasan Nombor Dalam Skala Likert 38 4.1 Taburan responden mengikut jantina 46 4.2 Taburan responden mengikut umur 47 4.3 Taburan responden mengikut status 48 4.4 Taburan responden mengikut tahap pendidikan 49 4.5 Taburan responden mengikut pekerjaan 50 4.6 Taburan skor bagi item pernah mengikuti kursus 52

persediaan untuk menunaikan ibadah haji

4.7 Taburan skor bagi item setiap modul yang 53 diperkenalkan dalam kursus haji dapat menunjukkan gambaran sebenar mengerjakan haji

4.8 Taburan skor bagi item kursus haji yang saya ikuti 54 memberikan banyak informasi

4.9 Taburan skor bagi item saya mengetahui bahawa 54 wujudnya perbezaan antara rukun haji dan wajib haji selepas daripada menghadiri kursus

4.10 Taburan skor bagi item kefahaman dan pengetahuan 54 setiap amalan yang dilakukan tentang perkara-perkara

xiii

sunat dan wajib dalam mengerjakan haji ditekankan dalam kursus

4.11 Taburan skor bagi item kepatuhan dalam memelihara 55 larangan-larangan berihram amat ditekankan dalam kursus

4.12 Taburan skor bagi item seseorang yang menunaikan haji 56 diharuskan memilih sama ada hendak melakukan haji ifrad, tamattu’, atau qiran

4.13 Taburan skor bagi item Multazam dan Maqam Ibrahim 57 adalah tempat berbeza 4.14 Taburan skor bagi item dalam kursus telah dijelaskan 57 bahawa hukum mengerjakan tawaf ifadah atau tawaf rukun adalah wajib 4.15 Taburan skor bagi item saya telah didedahkan secara 58 praktikal cara mengerjakan haji terutamanya cara melaksanakan tawaf 4.16 Taburan skor bagi item selepas daripada kursus, barulah 59 saya mengetahui tentang waktu-waktu melontar Jamratul 'Aqabah 4.17 Taburan skor bagi item saya memahami tentang dam 59

setelah dijelaskan oleh penceramah dalam kursus

4.18 Taburan skor bagi item saya memahami dengan jelas 60 tentang perkara-perkara larangan ketika ihram setelah berkursus haji 4.19 Taburan skor bagi item dalam kursus, telah dijelaskan 61 tentang perbezaan mazhab 4.20 Taburan skor bagi item dalam kursus, saya mendapat 61 panduan untuk mengerjakan haji dengan sempurna 4.21 Taburan skor bagi item saya banyak menghafal doa-doa 62 yang disarankan oleh penceramah kursus 4.22 Taburan skor bagi item kursus haji sesuai dilakukan pada 63 waktu pagi. 4.23 Taburan skor bagi item suasana tempat mempengaruhi 64 bakal jemaah haji untuk memberi sepenuh tumpuan

xiv

sepanjang kursus 4.24 Taburan skor bagi item kursus haji sepatutnya diadakan 64 di tempat yang mempunyai alat penghawa dingin 4.25 Taburan skor bagi item kursus haji yang dilaksanakan 65 berdekatan dengan rumah saya 4.26 Taburan skor bagi item lokasi kursus yang jauh daripada 65 rumah saya, bukanlah satu halangan untuk tidak menghadirinya 4.27 Taburan skor bagi item tempoh masa yang panjang dan 66 berterusan diperlukan untuk melaksanakan kursus haji 4.28 Taburan skor bagi item kursus haji perlu dilakukan dalam 67 masa 2 jam sahaja pada setiap sesi 4.29 Taburan skor bagi item penerangan daripada penceramah 67 kursus haji jelas dan mudah difahami 4.30 Taburan skor bagi item saya mendapat bayangan yang jelas 68 tentang pelaksanaan ibadah haji 4.31 Taburan skor bagi item penceramah kursus haji yang saya 69 ikuti kebanyakannya sentiasa bersedia menjawab pertanyaan-pertanyaan jemaah yang menghadirinya 4.32 Taburan skor bagi item penceramah perlu membuat 69 persediaan yang rapi sebelum menyampaikan kursus haji 4.33 Taburan skor bagi item saya merasakan penggunaan 70 komputer dalam kursus haji sangat penting 4.34 Taburan skor bagi item penggunaan slaid power point 71 dan persembahan video dalam kursus haji membantu kefahaman saya 4.35 Taburan skor bagi item penggunaan teknologi ICT dalam 71 kursus haji yang sedia ada sekarang mencukupi dalam menyampaikan kursus haji dengan berkesan 4.36 Taburan skor bagi item teknologi ICT diperlukan dalam 72 kursus haji sebagai penambahbaikan kursus tersebut 4.37 Taburan skor bagi item teknologi ICT diperlukan dalam 72 kursus haji sebagai penambahbaikan kursus tersebut

xv

4.38 Taburan skor bagi item penggunaan video semata-mata 73 tanpa rujukan mana-mana buku atau nota bukan langkah terbaik dalam meningkatkan pemahaman bakal jemaah haji 4.39 Taburan skor bagi item penggunaan slide power point dan 74 juga selingan video dapat mengelakkan bakal jemaah haji daripada bosan ketika menjalani kursus 4.40 Taburan skor bagi item penceramah kursus haji mesti 74 mahir dalam menggunakan multimedia supaya kursus berjalan dengan lancar 4.41 Taburan skor bagi item penggunaan multimedia 75 meningkatkan lagi pemahaman saya dan tahap kesediaan untuk mengerjakan ibadah haji 4.42 Taburan skor bagi item penggunaan teknologi ICT seperti 76 simulasi berkomputer dapat menambahkan lagi pemahaman saya 4.43 Taburan skor bagi item latihan haji secara maya 76 (berbantukan komputer) seperti saya sedang mengerjakan ibadah haji sebenar dapat meningkatkan lagi penghayatan saya terhadap ibadah haji 4.44 Rumusan dapatan kajian tentang persepsi bakal jemaah 78 haji terhadap kepentingan pelaksanaan kursus ibadat haji 4.45 Rumusan dapatan kajian tentang persepsi bakal jemaah 81

haji terhadap penceramah, tempat, dan waktu dalam mengikuti kursus haji

4.46 Rumusan dapatan kajian tentang persepsi jemaah haji 84

terhadap penggunaan teknologi ICT dalam kursus haji

xvi

SENARAI SINGKATAN

a.s - ‘Alaihis Salam

Bil - Bilangan

ICT - Information Communications Technology

Kg - Kampung

KS - Kurang Setuju

PSM - Projek Sarjana Muda

PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah

r.a - Radhiyallahu ‘Anhu

S - Setuju

SAW - Sallallahu ‘Alaihi Wasallam

SPSS - Statistical Package For Social Science

SS - Sangat Setuju

TS - Tidak Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

SWT - Subhanahu Wa Ta’ala

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

xvii

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN PERKARA

Lampiran A Soal Selidik

Lampiran B Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat

Lampiran C Jadual Kursus Haji Bersiri bagi Negeri/Daerah

Besut, Terengganu Musim Haji 1431/2010

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Menunaikan ibadat haji merupakan rukun Islam yang kelima dan mula

difardukan pada tahun keenam Hijrah. Haji daripada segi bahasa bermaksud,

mengunjungi tempat yang mulia. Manakala menurut syara’, haji ialah mengunjungi

Baitillahil Haram dalam bulan haji kerana mengerjakan tawaf, saie, dan wukuf di Arafah

dengan syarat-syarat tertentu serta menunaikan segala kewajipannya (Lembaga Tabung

Haji, 2001:23). Ibadat haji merupakan suatu kewajipan ke atas setiap orang Islam yang

cukup syarat-syaratnya dan yang berkemampuan. Firman Allah SWT:

2

¬!uρ ’n? tã Ĩ$ ¨Ζ9 $# ÷kÏm ÏMø�t7ø9 $# Ç tΒ tí$sÜ tGó™ $# ϵø‹ s9 Î) Wξ‹ Î6 y™ .....4 Maksudnya: Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji dengan mengunjungi Baitillah kepada sesiapa yang mampu sampai kepadanya.

(Surah ali-Imran: 97)

Umat Islam hendaklah berazam dan merancang untuk menunaikan ibadat haji

dalam usia yang muda. Ekoran daripada itu, azam tersebut mestilah disertai dengan niat

yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT, bukannya untuk mendapat gelaran tertentu

dan sebagainya. Firman Allah SWT:

(#θ‘ϑÏ?r& uρ ¢kpt ø:$# nοt� ÷Κ ãèø9 $# uρ ¬! 4 Maksudnya : Sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah SWT

(Surah al-Baqarah: 196)

Lantaran itu juga, segala pengurusan dan perbelanjaan untuk mengerjakan ibadat

haji mestilah diambil daripada sumber yang halal supaya ibadat yang dilaksanakan

mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.

Sebelum bermulanya musim haji, pihak Lembaga Tabung Haji akan

menganjurkan kursus kepada bakal haji, sekurang-kurangnya dalam tempoh empat bulan

dari tempoh berangkatnya ke tanah suci. Tujuan pelaksanaan kursus haji ini bagi

membantu para jemaah haji memahami dan mendalami proses mengerjakan haji yang

betul. Selain itu, memberi persediaan dan gambaran kepada mereka bagaimana suasana

dan pelaksanaan ibadat haji itu sendiri.

3

Kursus haji dilaksanakan mengikut negeri. Namun modul yang digunakan adalah

sama di setiap negeri untuk melancarkan lagi urusan ibadat haji. Peringkat pertama

kursus haji dinamakan sebagai kursus haji bersiri. Namun, ianya ditukarkan kepada

nama kursus haji asas pada tahun 2011. Pada peringkat kursus ini, semua masyarakat

Islam boleh menghadirkan diri tidak kira sama ada yang akan pergi haji pada tahun

tersebut ataupun tidak. Kursus tersebut terbuka kepada seluruh umat Islam amnya.

Setelah selesai sahaja tempoh pelaksanaan kursus haji asas, kursus intensif haji

akan menyusul. Kursus intensif hanya terbuka kepada mereka yang benar-benar akan

mengerjakan ibadat haji pada tahun tersebut. Ia terhad kepada beberapa orang sahaja,

tidak melebihi 70 orang. Kemudian, kursus haji khas akan dibuat kepada bakal jemaah

haji yang buta huruf serta tidak boleh membaca. Seterusnya, kursus haji perdana akan

dilaksanakan yang mana maksimum jemaah haji yang terlibat ialah hampir 1000 orang.

Setiap bakal haji dari daerah yang berasingan dalam satu-satu negeri akan dikumpulkan

bersama. Kursus perdana merupakan kursus terakhir kepada bakal jemaah haji sebelum

berangkat menunaikan ibadat haji (temubual: Tuan Haji Razali bin Abdul Majid,

Pengurus Tabung Haji Daerah Besut, pada 16 Februari 2011, jam 10.00pagi).

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Persediaan sebelum mengerjakan ibadat haji amat penting. Ini kerana,

pelaksanaan haji memerlukan pemahaman yang jelas daripada segi rukun haji, syarat

wajib haji, perkara yang dilarang semasa berihram dan cara-cara mengerjakan ibadat

haji. Selain itu, bacaan doa tertentu perlu diketahui oleh semua bakal jemaah haji apabila

berada pada tempat-tempat tertentu. Oleh itu, dalam kursus haji ditekankan tentang

aspek tersebut bagi membantu bakal jemaah haji mengerjakan ibadat haji dengan

sempurna.

Walaupun majoriti jemaah haji Malaysia biasanya mengikuti 15 hingga 17 siri

pengajian dalam kursus-kursus haji, masih ramai yang melakukan kesilapan semasa di

Tanah Suci. Kesilapan-kesilapan ini boleh menghalang mereka mendapat haji mabrur.

Antara kesilapan umum yang dilakukan oleh jemaah haji ialah terikut-ikut dengan

amalan jemaah negara lain yang berbeza mazhab apabila tiba di Kota Mekah. Apabila

tersedar kesilapan yang telah dilakukan, mereka ingin mengulanginya. Contohnya,

semasa tawaf jemaah tidak boleh menyentuh Kaabah dan memusingkan bahu tetapi ada

yang melakukannya. Apabila tersedar akan kesilapan tersebut, mereka ingin

melakukannya semula sedangkan mereka telahpun tawaf, saie, dan bergunting.

Kesilapan ini berlaku setiap tahun sebab yang ke Mekah adalah jemaah baru (Noorzila

Jamaludin, 2002:27-28)

Masalah yang berkaitan dengan tawaf, penjagaan pantang-larang, dan dam masih

mencatatkan angka yang tinggi. Punca-punca yang telah dikenalpasti ialah masih ada

jemaah haji yang tidak begitu jelas kefahaman mereka walaupun telah mengikuti kursus

5

haji. Berikut disertakan masalah dan jumlah kes yang diterima pada tahun 1994 dan

1995 (Bahagian Bimbingan Haji, 1995:87):

BIL

MASALAH

JUMLAH KES

1994 1995

1 Hikmah dan Falsafah Haji - 2

2 Pemilihan Jenis-jenis Haji 121 53

3 Pakaian Ihram 324 232

4 Berniat Ihram 396 237

5 Melanggar Pantang Larang Ihram 575 533

6 Wukuf 202 93

7 Bermalam Di Muzdalifah 265 83

8 Melontar 445 281

9 Bermalam Di Mina/Muaissim 266 118

10 Tahallul 477 264

11 Tawaf 630 457

12 Saie 376 224

13 Dam 527 414

14 Haid/Nifas 384 229

15 Ibadat Sembahyang 309 136

16 Badal Haji/Umrah 111 166

17 Ziarah Madinah/Makkah 211 145

18 Pelbagai Masalah 219 550

JUMLAH 6,138 4,217

6

Selain itu, terdapat juga dalam kalangan jemaah haji yang tidak dapat

menyesuaikan diri dengan suasana di Tanah Suci dan melakukan kebiasaan di Malaysia.

Contohnya, mereka tahu bahawa bersembahyang di Masjidilharam dan di Masjid

Nabawi mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda tetapi ada yang masih mahu

sembahyang di surau yang dibuat oleh Tabung haji. Alasan mereka ialah masjid jauh

sedangkan jarak tempat penginapan dengan masjid hanya sekitar 700 meter sahaja.

Kesedaran mereka amat kurang kerana terbiasa di tanah air (Noorzila Jamaludin,

2002:27).

Terdapat juga jemaah yang tidak mengikuti kursus haji, sebaliknya hanya

mempelajari cara mengerjakan haji melalui buku, pita video, kaset, dan sebagainya.

Persediaan ilmu untuk menunaikan ibadat haji tidak seperti belajar sembahyang yang

lebih mudah. Mereka yang tidak membuat persiapan ilmu dan pergi menunaikan haji

dengan penerbangan terakhir akan menghadapi masalah. Contohnya tawaf akan

mengambil masa lebih sejam kerana orang terlalu ramai dan pembimbing mungkin

menghadapi kesukaran mengawal jemaahnya. Mereka terpaksa melakukannya sendirian

dan ini menyulitkan jika tidak membuat persediaan ilmu lebih awal (Noorzila

Jamaludin, 2002:28).

Masalah seterusnya ialah ada yang menganggap pegawai Tabung Haji akan

sentiasa memberi panduan kepada jemaah. Tetapi jemaah harus juga meneliti jadual

kertas tanpa perlu sentiasa diingatkan oleh pembimbing mereka untuk mengelakkan

sebarang kesulitan. Sikap jemaah yang menaruh harapan tinggi kepada pegawai-pegawai

Tabung Haji dan pembimbing juga boleh menimbulkan perasaan hampa atau marah.

Justeru, jemaah haji perlulah sentiasa peka dengan suasana dan keadaan semasa

mengerjakan haji dan tidak terlalu mengharapkan orang lain sepenuhnya (Noorzila

Jamaludin, 2002:28).

7

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah-masalah yang berlaku menunjukkan bahawa terdapat jemaah haji yang

tidak dapat mengerjakan ibadat haji dengan sempurna ekoran daripada tahap kefahaman

yang kurang tentang ilmu berkenaan haji. Bahkan ada jemaah yang sudah mengetahui

tentang fadilat dan pantang-larang semasa haji tetapi tetap juga melakukan kesilapan.

Berdasarkan isu-isu yang timbul, maka penyelidik merasakan perlu diadakan kajian bagi

melihat persepsi jemaah haji terhadap pelaksanaan kursus yang dikendalikan oleh pihak

Tabung Haji.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut :

1.4.1 Untuk mengenalpasti persepsi bakal jemaah haji terhadap kepentingan

pelaksanaan kursus ibadat haji

1.4.2 Untuk mengenalpasti persepsi bakal jemaah haji terhadap penceramah, tempat

dan waktu dalam mengikuti kursus haji

1.4.3 Untuk mengenalpasti persepsi bakal jemaah haji terhadap penggunaan ICT

dalam kursus haji

8

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dilakukan untuk menjawab persoalan berikut:

1.5.1 Apakah persepsi bakal jemaah haji terhadap pelaksanaan kursus ibadat haji?

1.5.2 Apakah persepsi bakal jemaah haji terhadap penceramah, tempat dan waktu

dalam mengikuti kursus haji?

1.5.3 Apakah persepsi bakal jemaah haji terhadap penggunaan ICT dalam kursus haji?

1.6 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini perlu untuk pihak berkepentingan iaitu:

1.6.1 Tabung Haji Malaysia

Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberikan input kepada pihak Tabung

Haji tentang respon jemaah haji terhadap kursus haji yang dijalankan.