kepuasan bekerja guru-guru agama: satu kajian di … · selawat dan salam buat junjungan nabi...

21

Upload: others

Post on 02-Nov-2019

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEPUASAN BEKERJA GURU-GURU AGAMA: SATU KAJIAN DI … · Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan
Page 2: KEPUASAN BEKERJA GURU-GURU AGAMA: SATU KAJIAN DI … · Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan
Page 3: KEPUASAN BEKERJA GURU-GURU AGAMA: SATU KAJIAN DI … · Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan

KEPUASAN BEKERJA GURU-GURU AGAMA: SATU KAJIAN DI

KALANGAN GURU AGAMA SEKITAR NEGERI JOHOR

SITI FATIMAH BINTI MOHD NOR

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains

serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2004

Page 4: KEPUASAN BEKERJA GURU-GURU AGAMA: SATU KAJIAN DI … · Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan

ii

Page 5: KEPUASAN BEKERJA GURU-GURU AGAMA: SATU KAJIAN DI … · Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan

iii

DEDIKASI

Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan rahmat dan izinNya

terhasillah laporan PSM ini yang menemui titisan ayat terakhir.

Khas buat, Ayahanda & Bondaku tercinta

Mohd Nor Bin Mat & Che Esah Bt Che Waill Kesabaran dan ketabahanmu membesarkanku tanpa mengenal erti susah

Tiada kata-kata yang mampu mentafsir.... Mentafsir segala pengorbananmu

Hanya ucapan terima kasih yang mampu ku lafazkan.

Kekanda yang di sayangi, Kak long, Abang Z, Abang Yie, Abang, Kak Na, Kak Nah & Kak Yah

Kata-kata mu sumber inspirasiku

Adinda yang di kasihi, Hasmah, Khairiah, Nazira, Syahirah, Syakirah & Rusydi

Apa yang ada di hadapanmu haruslah direntangi.... Hidup mesti di teruskan...Semoga berjaya

Juga anak saudara yang sentiasa menghiburkan hatiku, Afifah, Adilah, Aida, Aqil, Fazlini, Faisal, Fatihah, Hafizah & Farhani

Engkaulah.permata dan pendorong semangat, semoga dapat menuruti jejak langkah kejayaan dunia dan akhirat....

Sahabat seperjuangan, Sumbangan kalian, jasa kalian & pengorbanan kalian...

Akan kuabadikan ....Bersama kita menegakkan Apa yang sebenarnya perlu kita tegakkan...

Page 6: KEPUASAN BEKERJA GURU-GURU AGAMA: SATU KAJIAN DI … · Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Syukur al-Hamdulillah, dengan limpah kurnia serta hidayah-Nya akhirnya

dapat juga saya menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini bagi memenuhi

sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Pengajian Islam).

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

ikhlas dan terima kasih kepada Ustaz Abdul Aziz Daeng Malebik selaku penyelia

projek ini dan juga kepada semua pensyarah PPIPS di atas bimbingan dan tunjuk ajar

yang diberikan sepanjang tempoh meyiapkan Projek sarjana Muda ini.

Tidak ketinggalan juga kepada Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan

Pihak Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi kelulusan kepada saya untuk

menjalankan projek ini. Tidak lupa juga kepada bonda dan ayah tercinta serta

sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada saya. Jutaan

terima kasih saya ucapkan. Begitu juga dengan pihak yang terlibat dengan (SPACE)

kerana memberikan kerjasama dalam mendapatkan maklumat tentang guru (SPACE)

bagi menyiapkan kajian ini.

Akhirnya, kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung didoakan semoga sumbangan ikhlas anda diberkati dan dirahmati Allah

S.W.T. di dunia dan akhirat.

Page 7: KEPUASAN BEKERJA GURU-GURU AGAMA: SATU KAJIAN DI … · Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dibuat untuk mengetahui kepuasan bekerja di kalangan

guru-guru agama di negeri Johor. Seramai 90 responden yang sedang mengikuti

program SPACE dalam kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian

Islam) di Universiti Teknologi Malaysia telah menjawab soal selidik yang diedarkan.

Maklumat dan data dianalisis menggunakan perisian Statistical Process for The

Social Sciences Versi 11.0. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan ditafsir secara

kuantitatif. Hasil keputusan kajian menunjukkan bahawa responden berpandangan

positif terhadap profesion perguruan yang diceburi. Begitu juga keputusan terhadap

empat faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan bekerja seperti faktor ganjaran,

beban tugas, rakan sekerja dan penyeliaan. Keputusan menunjukkan kepuasan

bekerja terhadap faktor ganjaran dan bebanan tugas berada pada tahap sederhana.

Manakala kepuasan bekerja responden terhadap faktor rakan sekerja dan penyeliaan

berada pada tahap yang tinggi. Dalam kajian ini tidak wujud perbezaan min skor

kepuasan bekerja yang signifikan di antara responden lelaki dan perempuan. Di akhir

kajian ini, dicadangkan beberapa cadangan yang sesuai bagi meningkatkan tahap

kepuasan bekerja di kalangan guru-guru.

Page 8: KEPUASAN BEKERJA GURU-GURU AGAMA: SATU KAJIAN DI … · Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan

vi

ABSTRACT

The purpose is to find about job satisfaction among teachers who is major in

Islamic subject in Johore. This research involved 90 respondents from SPACE

program, who were taking the course of Bachelor of Science and Education (Islamic

Education) in University Technology of Malaysia, Skudai. The data were analyzed

using software Statistical Process for Social Sciences Version 11.0. The way of this

research is descriptive with quantitative translation. The results shows that the

respondents are positive towards their profession as teacher. They are also positive

towards four factors of job satisfaction, which are reward, duty loads, colleagues and

supervisory. The rate of respondents’ job satisfaction about factor of reward and

teaching loads are in the middle level. While, the respondents’ satisfaction about

their colleagues and supervisory are at the high rate. There is no significant different

in min score of job satisfaction between male and female respondents. At the end of

this research, there are several recommendations have been brought forward to

increase the level of job satisfaction among teachers.

Page 9: KEPUASAN BEKERJA GURU-GURU AGAMA: SATU KAJIAN DI … · Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI LAMPIRAN xii

BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.8 Batasan Kajian 9

Page 10: KEPUASAN BEKERJA GURU-GURU AGAMA: SATU KAJIAN DI … · Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan

viii

1.9 Definisi Konsep Dan Istilah 9

1.10 Penutup 12

BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pendahuluan 13

2.2 Definisi Kepuasan 15

2.3 Persepsi terhadap Kerjaya Dan Kaitannya Dengan

Kepuasan Bekerja 17

2.4 Kepentingan Kepuasan Bekerja 18

2.5 Teori Motivasi Dan Kaitannya Dengan Kepuasan Bekerja 21

2.5.1 Teori Hierarki Keperluan Maslow 21

2.5.2 Teori Dua Faktor Herzberg 23

2.6 Tahap Kepuasan Bekerja 24

2.7 Faktor-Faktor Penentuan Kepuasan Bekerja 26

2.7.1 Faktor Ganjaran 26

2.7.2 Faktor Peluang Kenaikan Pangkat 28

2.7.3 Faktor Bebanan Tugas 30

2.7.4 Faktor Penyeliaan 33

2.7.5 Faktor Rakan Sekerja 34

2.8 Penutup 35

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 36

3.2 Rekabentuk Kajian 37

3.3 Skop Kajian 37

3.4 Instrumen Kajian 38

3.5 Prosedur Kajian 40

Page 11: KEPUASAN BEKERJA GURU-GURU AGAMA: SATU KAJIAN DI … · Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan

ix

3.6 Jangkamasa Kajian 41

3.8 Analisis Data 42

3.9 Penutup 43

BAB IV ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 Pendahuluan 40

4.2 Analisis Data 45

4.2.1 Bahagian Pertama 45

4.2.1.1 Taburan Maklumat Jantina Responden 45

4.2.1.2 Taburan Maklumat Sekolah Responden 46

4.2.1.3 Taburan Maklumat Umur Responden 47

4.2.1.4 Taburan Maklumat Ikhtisas Responden 47

4.2.1.5 Taburan Maklumat Tempoh 48

Berkhidmat Responden

4.2.2 Bahagian Kedua 49

4.2.2.1 Taburan Maklum Balas Persepsi 50

Responden Terhadap Kerjaya

4.2.2.2 Taburan Maklum Balas Responden 53

Terhadap Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

Tahap Kepuasan Bekerja

4.2.2.3 Taburan Perbezaan Kepuasan Bekerja 68

Di kalangan Responden Berdasarkan Jantina

4.3 Penutup 73

Page 12: KEPUASAN BEKERJA GURU-GURU AGAMA: SATU KAJIAN DI … · Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan

x

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan 74

5.2 Perbincangan

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 75

5.2.2 Persepsi Responden Terhadap Kerjaya mereka 76

5.2.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi 77

Tahap Kepuasan Bekerja Di kalangan Responden

5.2.3.1 Kepuasan Bekerja Dari segi Ganjaran 78

5.2.3.2 Kepuasan Bekerja Dari Segi 81

Bebanan Tugas

5.2.3.3 Kepuasan Bekerja Dari Segi 82

Rakan Sekerja

5.2.3.4 Kepuasan Bekerja Dari Segi Penyeliaan 84

5.3 Rumusan 85

5.4 Cadangan 87

5.4.1 Cadangan Kepada Pihak 87

Kementerian Pendidikan

5.4.2 Cadangan Kepada Pihak Pentadbir Sekolah 88

5.4.3 Cadangan Kepada Guru-Guru 89

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 90

SENARAN RUJUKAN 92

LAMPIRAN 95

Page 13: KEPUASAN BEKERJA GURU-GURU AGAMA: SATU KAJIAN DI … · Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan

xi

SENARAI JADUAL

NOMBOR TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jadual Jangka Masa Kajian 41

3.2 Tafsiran Taburan Min 42

3.3 Pengkelasan Skala Likert 43

4.1 Maklumat Jantina Responden 45

4.2 Maklumat Sekolah Responden 46

4.3 Maklumat Umur Responden 47

4.4 Maklumat Ikhtisas Responden 47

4.5 Maklumat Tempoh Berkhidmat Responden 48

4.6 Persepsi Responden Terhadap Kerjaya Perguruan 50

4.7 Maklum Balas Responden Terhadap Faktor Ganjaran 53

4.8 Maklum Balas Responden Terhadap Faktor Beban tugas 59

4.9 Maklum Balas Responden Terhadap Faktor Rakan Sekerja 62

4.10 Maklum Balas Responden Terhadap Faktor Penyeliaan 65

4.11 Keputusan Analisis Ujian-T Tentang Perbezaan Kepuasan Bekerja

Di kalangan Responden Dari Segi Ganjaran 69

4.12 Keputusan Analisis Ujian-T Tentang Perbezaan Kepuasan Bekerja

Di kalangan Responden Dari Segi Bebanan Tugas 70

4.13 Keputusan Analisis Ujian-T Tentang Perbezaan Kepuasan Bekerja

Di kalangan Responden Dari Segi Rakan Sekerja 71

4.14 Keputusan Analisis Ujian-T Tentang Perbezaan Kepuasan Bekerja

Di kalangan Responden Dari Penyeliaan 72

Page 14: KEPUASAN BEKERJA GURU-GURU AGAMA: SATU KAJIAN DI … · Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan

xii

SENARAI LAMPIRAN

NOMBOR TAJUK MUKA SURAT

1. Soal selidik 95

2. Surat Kebenaran Universiti 100

Page 15: KEPUASAN BEKERJA GURU-GURU AGAMA: SATU KAJIAN DI … · Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Hasrat pemimpin negara untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju

menjelang tahun 2020 telah mewujudkan satu cabaran baru kepada sistem

pendidikan di Malaysia. Hasrat untuk melahirkan masyarakat saintifik, progresif dan

inovatif merupakan cabaran yang terkandung dalam wawasan 2020. Pembangunan

manusia melalui dasar, sistem dan kemudahan pendidikan yang baik merupakan

elemen-elemen yang kukuh bagi memenuhi hasrat wawasan negara. Lantaran itu

Malaysia perlukan komitmen dan inisiatif yang bersungguh-sungguh dan mantap

bagi menentukan pendidikan negara setanding dengan negara maju di dunia.

Guru merupakan golongan profesional yang melaksanakan tugas kearah

mencapai matlamat pendidikan. Pihak pentadbir sebagai perancang dan perencana

sentiasa mengharapkan supaya guru-guru sentiasa mempunyai komitmen dan cita-

cita yang unggul bagi membina masyarakat yang bertamadun tinggi, Anuar Ibrahim

1988 dalam Hamidi bin Jaafar (1997: 28). Bagi melaksanakan tugas tersebut, guru

perlulah mempunyai kecekapan dan kebolehan yang mantap.

. Sebagaimana yang diketahui manusia bukan mesin yang digerakkan

mengikut kemahuan orang yang mengoperasinya, manusia sebagai individu yang

kompleks dari segi psikologi. Ia mempunyai perasaan yang perlu dipuaskan sama

ada keperluan intrinsik atau keperluan ekstrinsik. Pakar-pakar psikologi manusia

juga sependapat dalam perkara ini. Setiap manusia adalah berbeza dari segi kedua-

dua keperluan ini kerana menurut Locke dalam kajian Hasmah Binti Din (1999: 30)

Page 16: KEPUASAN BEKERJA GURU-GURU AGAMA: SATU KAJIAN DI … · Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan

menyatakan, kepuasan kerja adalah tindak balas emosi individu secara langsung.

Sungguh pun terdapat kumpulan yang menyatakan kepuasan, tetapi sesetengah

individu dalam kumpulan tersebut tidak merasa kepuasan. Kepuasan kerja berkait

rapat dengan nilai seseorang individu sebagai seorang yang bebas, berpeluang dan

berperibadi dapat memenuhi kehendaknya serta mempunyai hak dalam kehidupan

manusia. Kepuasan bekerja di kalangan kaki tangan organisasi adalah dipengaruhi

oleh faktor-faktor motivasi yang ada dalam sesebuah organisasi itu. Faktor-faktor ini

akan mempengaruhi prestasi dan kepuasan kerja di kalangan individu dalam

organisasi yang mereka ceburi. Memang tidak dapat dinafikan, prestasi sesebuah

organisasi itu bergantung kepada tahap kepuasan bekerja kaki tangannya

Oleh itu, setiap individu perlulah mempunyai tahap kepuasan kerja yang

optimum demi meningkatkan prestasi kerja dan menghasilkan produktiviti yang

bermutu tinggi. Nor Azizah Mohd Salleh (1996: 87) menyatakan, dalam konteks

kerja atau tugas guru, kepuasan kerja guru merupakan reaksi yang menunjukkan rasa

kesenangan dan keseronokan apabila memperolehi keperluan-keperluan yang

diingini dalam proses, konteks dan hasil kerja yang dilakukan. Perlaksanaan tugas

yang baik ditunjukkan oleh guru apabila mereka menerima ganjaran yang setimpal

serta keperluan tugas mereka dipenuhi. Guru akan mempamerkan reaksi kepuasan

yang tinggi dan sentiasa didorongi untuk mancapai mutu kerja yang baik apabila

keperluan konteks dan keperluan proses dipenuhi. Sebaliknya mereka menyatakan

ketidakpuasan kerja atau rasa kurang senang apabila keperluan konteks tidak dapat

dipenuhi. Menurut Khaleque dalam Noran & Mahdzan (1990:57), keperluan konteks

dalam kerjaya perguruan merangkumi perkara-perkara berkaitan gaji, keadaan fizikal

persekitaran tempat kerja, kelengkapan, perhubungan antara rakan sekerja serta

penyeliaan. Keperluan proses mencakupi perkara-perkara seperti pencapaian dalam

tugas, menerima pengiktirafan tugas, diberikan tanggungjawab dan memperolehi

kemajuan kerjaya. Keperluan-keperluan konteks dan proses dalam organisasi kerja,

sama ada dipenuhi atau sebaliknya akan mempengaruhi tahap kepuasan kerja dan

mutu hasil kerja yang dilakukan.

Page 17: KEPUASAN BEKERJA GURU-GURU AGAMA: SATU KAJIAN DI … · Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan

Kesimpulannya, jika seseorang pekerja tidak memperolehi kepuasan dari

kerja yang dilakukan, akan berlakunya pertukaran kerja dan penurunan prestasi kerja.

Bila keadaan ini berlaku, akibatnya produktiviti akan menurun dan seterusnya

memberi kesan negatif kepada organisasi dalam jangka masa tertentu. Dengan itu,

para guru perlu diberi jaminan kebajikan supaya mereka boleh bekerja dalam

keadaan tenang, gembira dan puas dalam kerjayanya. Ini bertepatanlah dengan

matlamat pendidikan untuk melahirkan dan membentuk insan yang sempurna dari

segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Oleh itu, peranan yang dimainkan

oleh kaum guru amatlah penting dalam usaha untuk membentuk dan mencorak

generasi akan datang sebagaimana yang dicita-citakan oleh negara.

1.2 Latar belakang masalah

Perubahan sudah menjadi fitrah alam. Ia sentiasa berlaku dan akan terus

berlaku. Sudah menjadi sesuatu naluri yang diterima umum bahawa manusia sentiasa

berkehendakkan sesuatu perubahan yang lebih menarik, mencabar dan dapat

memenuhi kehendak-kehendak semasa. Begitulah apa yang berlaku dalam bidang

keperluan asas keatas tamadun manusia khususnya bidang pendidikan. Perubahan

dalam bidang ini berlaku disebabkan perubahan persekitaran dan dasar organisasi

tersebut. Perubahan yang ketara yang dapat disaksikan ialah seperti yang berlaku

dalam bidang komunikasi. Dunia seolah-olah sudah tiada sempadan. Apa sahaja

perubahan yang berlaku dalam sesebuah negara dapat dirasai oleh negara lain.

Bahangnya sudah tentu dirasai oleh guru-guru yang menjadi agen perubahan yang

utama. Tanggungjawab dan peranan akan menjadi lebih meluas, mencabar dan

memerlukan pengorbanan yang jitu khususnya bagi guru-guru agama. Menurut

pandangan (Ahmad Mohd Salleh, 1997: 81), kejayaan dan keberkesanan pendidikan

adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjawabnya,

kelengkapan ilmunya dan keluhuran peribadinya. Agen untuk membantu dalam

menjadikan pendidikan itu berkesan sebagaimana yang dikehendaki tidak lain tidak

bukan adalah guru. Walau sebaik mana sekalipun sistem pendidikan, maksud yang

disampaikan tidak berjaya mencapai matlamat atau objektif yang digariskan,

sekiranya agen tersebut tidak menyampaikan pengajarannya secara efektif.

Page 18: KEPUASAN BEKERJA GURU-GURU AGAMA: SATU KAJIAN DI … · Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan

Berpandukan kepada fenomena tersebut, pihak yang terlibat secara langsung

dalam bidang pendidikan perlu meneliti, memahami dan cuba untuk memenuhi

sebaik mungkin keperluan guru-guru. Usaha ini cukup penting dan menjadi asas

utama kearah melahirkan seorang guru yang betul-betul beriltizam dan berpuas hati

dengan kerjanya. Sebagai manusia, segala keperluan asas menjadi penggerak utama

untuk bekerja sebaik mungkin. Sekiranya keperluan tersebut tidak dipenuhi sudah

pasti mempengaruhi keadaan kepuasan kerja. Kepuasan kerja biasanya melahirkan

individu yang berdedikasi, bermotivasi dan bertanggungjawab. Sebagaimana yang

diketahui, kerumitan dan kesulitan kerjaya dalam bidang pendidikan diakui ramai

kerana sesebuah institusi formal itu mempunyai matlamatnya tersendiri yang.perlu

dicapai.

Secara amnya Sufean Hussin (1993: 64), menyenaraikan beberapa tugas

utama guru iaitu sebagai agen pemangkin dalam perkembangan pelajaran, fasilitator,

pembimbing dan model, pengurus dan pengatur keadaan yang sesuai untuk

pengajaran dan pembelajaran dan pembuat keputusan dalam penggunaan peluang -

peluang yang ada untuk kebajikan pelajar. Tambahan pula bagi guru-guru agama,

peranannya sangat besar terutama dalam usaha untuk mendidik mengikut syariat dan

berakhlak sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Secara umum, guru

pendidikan Islam berperanan dan bertanggungjawab dalam aspek pendidikan,

pengajaran dan pembelajaran, pembangunan akhlak, peningkatan mutu pendidikan

serta menanamkan keimanan.

Di samping beban tugas guru agama yang mencakupi segala aspek dan

mencabar, guru agama juga sentiasa terdedah kepada perubahan yang berlaku

menurut kehendak kementerian pendidikan ekoran daripada perubahan drastik dalam

bidang pendidikan dunia. Beban kerja yang banyak merupakan unsur utama yang

menyebabkan ketidak puasan kerja menurut Berg & Riding dalam Mohd Yusoff Bin

Dagang (2002: 32) . Selain penambahan tugasan dan perubahan dasar, guru-guru

juga terdedah dengan pelbagai bentuk perubahan sosial yang berlaku dalam

persekitaran pelajar. Perubahan tersebut menyebabkan masyarakat mula menuding

jari kepada guru-guru agama. Pelbagai andaian telah dilemparkan kepada mereka

terhadap peranan yang mereka berikan sebelum ini. Keadaan ini seolah-olah

Page 19: KEPUASAN BEKERJA GURU-GURU AGAMA: SATU KAJIAN DI … · Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan

masyarakat tidak menghargai pengorbanan yang telah dicurahkan oleh guru-guru

agama. Dengan ini sedikit sebanyak telah memberi kesan terhadap kepuasan kerja di

kalangan guru-guru agama.

Antara lain, tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa

pendidikan Islam tidak memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan

pelajaran berbanding dengan mata pelajaran lain yang mempunyai nilai ekonomi.

Dengan ini penumpuan pelajar terhadap pendidikan Islam tidak dapat dijayakan

sepenuhnya. Di samping itu, tanggapan guru-guru lain bahawa pendidikan Islam

adalah berstatus rendah (Low class subject) dan tidak mempunyai nilai ekonomi

menyebabkan guru-guru agama tertekan dan rendah diri, sedangkan faktor

penghormatan rakan sekerja terhadap tugas mempunyai kaitan yang signifikan

dengan kepuasan kerja (Sylia dan Hutchinsin) dalam Hasmah bt. Din (1999: 89).

Natijah daripada pelbagai situasi tersebut, menjadikan profesion ini semakin

mencabar dan mendedahkan guru-guru agama kepada pelbagai tekanan dan akhirnya

mereka tidak mendapat kepuasan bekerja. Sebagai jalan keluar kebanyakan mereka

bekerja dalam kadar yang minima dan ada sebahagiannya yang tidak masuk kelas

dan sentiasa mencari peluang untuk tidak memberikan perkhidmatan yang

sepatutnya.

Jika dilihat secara kasar, pihak kerajaan dan swasta telah menyediakan

pelbagai kemudahan dan keistimewaan kepada pekerjanya, tetapi masih terdapat

pekerja-pekerjanya meletakkan jawatan sebelum usianya mencukupi untuk bersara.

Mereka lebih suka berpindah ke sektor lain daripada sektor asal. Mengapakah

keadaan seumpama ini boleh berlaku? Umumnya, kepuasan kerja amat sukar

dijelaskan dengan tepat dalam semua bidang pekerjaan kerana ia mempunyai

pengertian yang subjektif.

Sebagaimana sedia maklum bahawa kaum guru merupakan agen perubahan

yang melaksanakan dasar kerajaan yang dilihat sebagai penggerak segala tuntutan

pembangunan fizikal mahupun kerohanian. Oleh itu sebagai agen atau pemangkin

kemajuan, sepatutnya golongan ini diberi perhatian yang sewajarnya. Tahap

Page 20: KEPUASAN BEKERJA GURU-GURU AGAMA: SATU KAJIAN DI … · Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan

kepuasan kerja amat ketara bezanya di antara individu disebabkan faktor pemuasan

yang berbeza. Oleh itu, kepuasan kerja amat sukar dijelaskan dengan tepat dalam

semua bidang pekerjaan kerana ia mempunyai pengertian yang subjektif. Melalui

kajian ini, pengkaji ingin meninjau tahap kepuasan kerja guru-guru agama dengan

menilai dari beberapa faktor. Menurut Robbin dalam Nor Azizah Md. Salleh (1996:

21) kepuasan bekerja sebagai sikap umum individu terhadap kerja. Individu yang

mempunyai kepuasan kerja yang tinggi mempunyai sikap yang positif terhadap

kerjanya. Manakala individu yang tidak berpuas hati terhadap kerjayanya akan

menunjukkan sikap negatif terhadap tugasnya.

1.3 Pernyataan masalah

Individu mendapat kepuasan dengan cara yang berbeza-beza. Tidak

dinafikan apabila perubahan dan penstrukturan baru berlaku, beban tugas guru

semakin bertambah sedangkan kadangkala imbuhannya masih statik, maka tekanan

kerja berlaku dan ini menjurus kepada perubahan sikap. Faktor ini pasti

mempengaruhi kepuasan kerja dan akhirnya mendorong kepada permasalahan besar

seperti guru tidak berminat, tidak bermotivasi, tindakan guru bersara awal, stress,

guru tidak masuk kelas, guru curi masa, guru kurang bertanggungjawab dan

sebagainya.

Berdasarkan permasalahan di atas, pengkaji ingin mengkaji sejauhmanakah

faktor-faktor yang sering dibincangkan seperti, minat atau tanggapan, ganjaran,

beban tugas rakan sekerja dan penyeliaan mempengaruhi tahap kepuasan bekerja di

kalangan guru-guru agama. Di samping itu apakah terdapat perbezaan dari faktor

demografi seperti jantina terhadap tahap kepuasan bekerja responden. Melalui

penelitian masalah asas ini, diharap dapat diketahui apakah faktor-faktor yang

terpilih itu mempengaruhi kepuasan kerja di kalangan guru-guru agama pada masa

kini. Dengan ini, diharap dapat memberi manfaat kepada semua guru khususnya

guru-guru agama.

Page 21: KEPUASAN BEKERJA GURU-GURU AGAMA: SATU KAJIAN DI … · Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan

1.4 Objektif kajian

Dalam menjalankan kajian ini terdapat beberapa objektif yang ingin

dicapai oleh penulis iaitu:

1.4.1 Untuk mengetahui persepsi guru-guru agama terhadap kerjaya mereka. 1.4.2 Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan bekerja di

kalangan guru-guru agama.

1.4.3 Mengetahui sama ada terdapat perbezaan kepuasan bekerja di kalangan guru-

guru agama berdasarkan jantina. 1.5 Persoalan kajian Persoalan kajian adalah merujuk kepada manifestasi objektif yang telah

dinyatakan. Persoalan kajian adalah seperti berikut: 1.5.1 Apakah persepsi guru-guru agama terhadap kerjaya mereka? 1.5.2 Apakah faktor-faktor seperti faktor ganjaran, bebanan tugas, rakan sekerja

dan penyeliaan mempengaruhi tahap kepuasan bekerja responden?

1.5.3 Adakah terdapat perbezaan kepuasan bekerja di kalangan guru-guru agama

berdasarkan jantina.