pembangunan perisian multimedia pembelajaran … · alhamdulillah, segala pujian hanya bagi allah...

27
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN BERBANTU KOMPUTER (PBK) MATA PELAJARAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF: SISTEM PENYEJUKAN CECAIR HAIRANI BINTI ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: volien

Post on 07-Mar-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN … · Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA

PEMBELAJARAN BERBANTU KOMPUTER (PBK) MATA PELAJARAN

TEKNOLOGI AUTOMOTIF: SISTEM PENYEJUKAN CECAIR

HAIRANI BINTI ALIAS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN … · Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL : PEMBANGUNAN PERISIAN MILTIMEDIA PEMBELAJARANBERBANTU KOMPUTER (PBK) MATA PELAJARAN TEKNOLOGI : SISTEM PENYEJUKAN CECAIR. SESI PENGAJIAN : Semester 2 Sesi 2003/2004 Saya HAIRANI BINTI ALIAS ( 740623- 01- 5780 ) ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan diperpustakaan universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Univrsiti Teknologi Ma;aysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√).

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan.

√Disahkan oleh:

( TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: NO.1161, JLN. CIKU, FELDA KAHANG BARAT, 86000 KLUANG, JOHOR DARUL TA’ZIM.

EN. MOHD. FADZLI BIN ALI Nama Penyelia

Tarikh: 8 MAC 2004 Tarikh: 8 MAC 2004

(TANDATANGAN PENULIS)

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

TIDAK TERHAD

TERHAD

Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN … · Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : EN. MOHD. FADZLI BIN ALI

Tarikh : 24hb. FEBUARI 2004

Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN … · Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

i

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA

PEMBELAJARAN BERBANTU KOMPUTER (PBK) MATA PELAJARAN

TEKNOLOGI AUTOMOTIF: SISTEM PENYEJUKAN CECAIR

HAIRANI BINTI ALIAS

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBUARI, 2004

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN … · Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ........................................

Nama Penulis : HAIRANI BINTI ALIAS

Tarikh : 24 hb. FEBUARI 2004

Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN … · Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

iii

Untuk ayahanda dan bonda,

terima kasih di atas

sokongan dan kesabaran mu.

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN … · Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat

dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh keluarga serta

sahabat.

Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia

projek sarjana muda En. Mohd. Fadzli B. Ali di atas bimbingan dan panduan yang

diberikan sepanjang tempoh menjalankan pembangunan perisian ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor,

Sekolah Menengah Teknik Kluang, Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri yang

telah memberikan kerjasama dalam menjayakan pembangunan perisian ini.

Penghargaan juga kepada rakan-rakan serta individu-individu yang terlibat

bagi menjayakan projek sarjana muda ini secara langsung atau tidak langsung.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN … · Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

v

ABSTRAK

Pelbagai kaedah telah digunakan dalam pengajaran tradisional apabila

menerangkan sesuatu konsep di dalam operasi enjin. Kebiasaannya guru

menggunakan carta, gambar atau model untuk menerangkan konsep asas sesuatu

operasi terutamanya dalam sistem penyejukan cecair. Kemungkinan sesetengah

teknik penyampaian tidak dapat menunjukkan konsep operasi tersebut dengan tepat

dan jelas. Bagi mengatasi masalah tersebut perisian pembelajaran multimedia

berbentuk pengajaran berbantu komputer (PBK) bertajuk “Sistem Penyejukan Cecair”

dibangunkan. Tajuk ini adalah berasaskan kepada sukatan pelajaran tingkatan empat

mata pelajaran Teknologi Automotif, kurikulum sekolah menengah aliran teknik dan

vokasional. Perisian “Sistem Penyejukan cecair” ini dibina menggunakan perisian

Macromedia Authorware6.0 di samping perisian-perisian sokongan lain seperti

Adobe Photoshop, Adobe Premiere, Sound Fourge dan sebagainya. Adalah

diharapkan pembangunan perisian ini dapat membantu guru dalam penyampaiannya.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN … · Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

vi

ABSTRACT

Various methods were used in the traditional method of teaching to explain a

concept in the engine operation. Usually, teachers would use charts, pictures or

models to explain the basic concept of an engine operation especially the liquid

cooling system. At time the technique does not work and failed to illustrate the

concept specifically. Thus to overcome this, a multimedia software (computer-aided-

learning/CAL) on the “Liquid Cooling System” was built. This topic in based on the

form four curriculum specification for Automotive Technology for vocational and

technic school. This software was designed with Macromedia Authorware 6.0

program and other supporting software such as Adobe Photoshop, Adobe Premiere,

Sound Forge and etc. Hopefully this software will help and guide in their teaching

method.

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN … · Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI SINGKATAN PERKATAAN xv

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN … · Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

viii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 6

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Rasional Projek 8

1.5 Objektif Projek

1.5.1 Objektif Rekabentuk

1.5.2 Perisian

8

1.6 Skop Projek 9

1.7 Sasaran Pengguna 10

1.8 Kepentingan Projek 10

1.9 Definisi dan Istilah

1.9.1 Pembangunan

1.9.2 Perisian

1.9.3 Multimedia

1.9.4 Pembelajaran

1.9.5 Sistem Penyejukan Cecair

11

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Pengajaran Berbantu Komputer

2.2.1 Definisi PBK

2.2.2 Penggunaan PBK

2.2.3 Perisian Kursus ( PBK )

Sekolah Bestari

2.2.4 Jenis-jenis Pembelajaran

Berbantu Komputer

15

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN … · Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

ix

2.3 Multimedia

2.3.1 Definisi Multimedia

2.3.2 Elemen-elemen Dalam

Multimedia

23

2.4 Sistem Penyejukan Cecair

2.4.1 Definisi Sistem Penyejukan

2.4.2 Fungsi Sistem Penyejukan

2.4.3 Bahagian yang Terlibat dalam

Sistem Penyejukan Cecair

2.4.4 Kendalian SPC

27

2.5 Teori-teori Pembelajaran

2.5.1 Teori Tingkah Laku

( Behaviorism )

2.5.2 Teori Pemprosesan Maklumat

2.5.3 Teori Konstruktur ( Faham

Binaan )

30

2.6 RekaBentuk Perisian

2.6.1 Model Hanaffin & Peck

2.6.2 Model ASSURE

2.6.3 Hasilan Penggunaan

Rekabentuk

33

2.7 Rumusan 38

BAB III REKABENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan 39

3.2 Rekabentuk Perisian 39

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN … · Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

x

3.3 Teori Pembelajaran dalam

Rekabentuk Perisian

44

3.3.1 Aplikasi Teori Pembelajaran

dalam Rekabentuk Perisian

3.4 Carta Alir Rekabentuk Perisian 45

3.5 Perisian/Perkakasan Pembinaan dan

Mainbalik

3.5.1 Pemilihan Perisian dan

Perkakasan Pembangunan

45

3.6 Rumusan 47

BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pengenalan 53

4.2 Pakej Perisian 53

4.3 Panduan Pengguna 54

4.4 Paparan Perisian

4.4.1 Paparan Pendahuluan

4.4.2 Paparan Login

4.4.3 Paparan Menu Utama

4.4.4 Paparan Objektif Pelajaran

4.4.5 Paparan Bantuan

4.4.6 Paparan Kuiz ( Set Induksi )

4.4.7 Paparan Pengenalan

4.4.8 Paparan Sistem Penyejukan

Cecair

4.4.9 Paparan Latihan

4.4.10 Paparan Rehat Minda

4.4.11 Paparan Keluar

55

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN … · Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

xi

BAB V PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 66

5.2 Perbincangan

5.2.1 Model Pembangunan

Multimedia

5.2.2 Teori Pembelajaran

66

5.3 Rumusan

5.3.1 Kelebihan

5.3.2 Kekangan

69

5.4 Cadangan

5.4.1 Kemahiran dan pengetahuan

mengendalikan perisian

5.4.2 Pasukan pakar

5.4.3 Peruntukan masa

5.4.4 Animasi

71

5.5 Kesimpulan 72

RUJUKAN 73

LAMPIRAN A 78

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN … · Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Aktiviti Melalui Komputer 5

3.1 Prosedur Pembangunan Perisian 40

3.2 Carta Alir Perisian PBK “Sistem

Penyejukan Cecair”

48

3.3 Carta Alir Objektif 49

3.4 Carta Alir Bantuan 49

3.5 Carta Alir Kuiz 50

3.6 Carta Alir Pengenalan 50

3.7 Carta Alir Sistam Penyejukan Cecair 51

3.8 Carta Alir Latihan 52

3.9 Carta Alir Keluar 52

4.1 Paparan Intro 55

4.2 Paparan Login 56

4.3 Paparan Menu Utama 57

4.4 Paparan Objektif Pembelajaran 58

4.5 Paparan Bantuan 59

4.6 Paparan Kuiz 60

4.7 Paparan Pengenalan 61

4.8 Paparan Komponen 62

4.9 Paparan Kerosakan 62

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN … · Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

xiii

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.10 Paparan Latihan 63

4.11 Paparan Keputusan 63

4.12 Paparan Rehat Minda 64

4.13 Paparan Terima Kasih 65

4.14 Paparan Pembangun 65

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN … · Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Topik-topik dalam Tajuk Sistem

Penyejukan Cecair

42

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN … · Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

xv

SENARAI SINGKATAN PERKATAAN

ABM - Alat Bantu Mengajar

BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan

CD-ROM - Compact Disk-Read Only Memory

KLCC - Pusat Bandaraya Kuala Lumpur

KLIA - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

MSC - Multimedia Super Coridor

P&P - Pengajaran dan pembelajaran

PBK - Pengajaran Berbantu Komputer

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SPC - Sistem Penyejukan Cecair

TV - Televisyen

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN … · Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Era Informasi kebelakangan ini semakin berkembang, kerajaan Malaysia

tidak mahu ketinggalan menjadikan Malaysia sebagai “kerajaan elektronik”’ yang

pertama di dunia. Bagi merealisasikannya Tun Seri Dr. Mahathir Mohamad telah

mengumumkan Koridor Raya Multimedia (MSC) dalam ucapannya semasa

merasmikan pelancaran Putrajaya pada 29 Ogos 1995 (Roslan, 1997).

MSC merupakan koridor raya yang pertama di dunia yang merangkumi

kawasan seluas 15 kilometer dan 40 kilometer. Ia meliputi kawasan Pusat Bandaraya

Kuala Lumpur (KLCC), Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala

Lumpur (KLIA) yang sedang dibangunkan sebagai pusat perkembangan MSC.

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN … · Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

2

Tujuh rancangan yang dilaksanakan oleh MSC:

I. Sekolah Bestari

II. Kad Pelbagaiguna

III. Kelompok Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

IV. Kerajaan elektronik

V. Rangkaian Pengilangan Sedunia

VI. Pusat Pemasaran Tanpa Sempadan

VII. Tele-Perubatan

Dalam bidang pendidikan, Sekolah Bestari diperkenalkan atas keperluan

negara seperti berikut:

I. Melahirkan lepasan sekolah yang mampu menangani cabaran

kehidupan dalam era teknologi maklumat di abad ke 21.

II. Melahirkan pekerja ilmu bagi industri teknologi tinggi di Malaysia.

III. Menyokong usaha negara untuk mencapai dan mengekalkan daya

saing ekonomi dengan negar-negara maju.

Menurut Dato’ Seri Najib Tun Abd. Razak (Roslan, 1997) ketika itu Menteri

Pendidikan Malaysia, menyatakan bahawa konsep sekolah bestari bukan sahaja untuk

memenuhi keperluan MSC tetapi juga mewujudkan satu generasi rakyat Malaysia

yang kreatif dan inovatif dalam pemikiran mereka selaras dengan Falsafah Pendidikan

Malaysia yang menekankan kepada penghasilan rakyat Malaysia yang

bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk mencapai kebahagiaan pada tahap yang

lebih tinggi serta boleh menyumbangkan kepada keharmonian dan kemajuan negara.

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN … · Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

3

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer adalah salah satu

teknologi pendidikan yang digunakan masa kini. Secara ringkasnya teknologi

pendidikan bolehlah diertikan sebagai satu sistem yang meliputi perkakasan, bahan,

teknik, organisasi, pengetahuan dan ketrampilan yang dihasilkan melalui proses

penggunaan akal secara sistematik dan terancang untuk mendapatkan kecekapan dan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pendidikan merupakan satu profesian yang merencamkan pelbagai tugas

untuk pencapaian terhadap objektif-objektif tertentu, atau satu proses dan satu sistem

yang menekankan pendekatan sistem sebagai satu sains dan sekaligus juga sebagai

satu seni, satu pendekatan dan perkaedahan moden yang disediakan dengan keadaan

pelajar, tempat, masa, suasana dan persekitaran.

Teknologi pendidikan tidak lagi dianggap sebagai satu bidang pengkhususan

yang dipelajari dan diamalkan oleh segelintir golongan pendidik sahaja. Dalam

konteks pendidikan masa kini, proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan

berlaku tanpa penglibatan teknologi pendidikan. Oleh yang demikian bolehlah

dirumuskan bahawa setiap guru adalah guru teknologi pendidikan, kerana hanya

melalui pendirian dan sikap ini dapat mewujudkan sistem pengajaran dan

pembelajaran yang sistematik, berkesan dan berkualiti.

Teknologi pendidikan sebagai satu bentuk dan implementasi berbagai-bagai

alatan teknologi yang sistematik yang boleh menggantikan atau mengubah kehendak

manusia. Terdapat perubahan terhadap perkembangan peralatan teknologi pendidikan

iaitu dari zaman papan batu hingga ke hari ini dengan penggunaan komputer supaya

menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.

Page 22: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN … · Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

4

Menurut Abd. Rahman (1999), terdapat tiga kaedah atau bentuk

teknologi pendidikan, iaitu:

I. Kaedah pendidikan jarak jauh yang melibatkan TV, internet, mel

elektronik, radio, telefon, papan elektronik, telesidang video,

telesyarahan dan pelbagai bentuk komunikasi moden.

II. Kaedah pengajaran secara individu melibatkan makmal bahasa,

makmal komputer, simulasi, pita slaid, telesidang audio dan lain-lain.

III. Kaedah dan sistem penyampaian melibatkan individu dan pusat-pusat

sumber.

Sekolah Bestari adalah sekolah yang menggalakkan pelajar berdikari dalam

memperoleh pengetahuan. Pelajar disediakan peluang untuk belajar mengikut kadar

pembelajaran sendiri serta meneroka bidang ilmu baru yang diminati dengan sendiri.

Dengan ini pelajar akan dapat memaksimumkan potensinya ke tahap cemerlang.

Konsep ini telah dibawa ke sekolah-sekolah khususnya dalam pengajaran dan

pembelajaran (P&P) matapelajaran matematik, sains dan Bahasa Inggeris di mana

guru dibekalkan dengan perisisan-perisian kursus interaktif bagi satu-satu topik

pengajaran.

Perisian kursus interaktif inilah yang kini dikenali sebagai Pembelajaran

Berbantu Komputer (PBK). Pembelajaran Berbantu Komputer adalah suatu konsep

pembelajaran yang melibatkan penggunaan komputer secara terus dalam proses

pengajaran dan pembelajran. Proses pembelajaran ini melibatkan penggunaan

komputer oleh pelajar untuk mengendalikan pakej-pakej perisian yang mempunyai

objektif pembelajaran tertentu dengan mengikut kemampuan kognitif individu pelajar.

Ia memungkinkan pelajar belajar pada satu kadar dan peringkat yang ditentukan oleh

keupayaan serta minat masing-masing (Poh, 1996).

Page 23: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN … · Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

5

Perisian Aplikasi :- analisis data menggunakan hamparan elektronik seperti MS Excel dan lotus- sediakan laporan bagi kerja projek @ tugasan menggunakan MS Word- sediakan persembahan menggunakan MS Power Point

Perhubungan :- Mel elektronik ( e-mail )- Forum dengan sekolah- sekolah lain- Chat

Aktiviti-aktiviti melalui

komputer

Rujukan Akses Maklumat:- Laman Web di Internet- CD-ROM - Encarta

Perisian Kursus & Perisian Permainan :- menggunakan perisian kursus interaktif bagi mempelajari sesuatu pembelajaran atau topik- menggunakan perisian permainan komputer

Pelbagai aktiviti boleh dijalankan dengan menggunakan komputer, seperti

yang ditunjukkan rajah di bawah ( Rajah 1.1).

Rajah 1.1 : Aktiviti Melalui Komputer

Sumber : Kertas Kerja Bengkel Pembestarian Pengurusan Kurikulum KHB

Daerah Kluang (2000)

Page 24: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN … · Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

6

1.2 Latar Belakang Masalah

Mata pelajaran Teknologi Automotif dilaksanakan di sekolah aliran teknik

dan vokasional di seluruh Malaysia. Pelajar yang mengikuti kursus ini, akan

diajarkan tentang enjin secara teori dan amali (praktikal). Terdapat pelbagai subtajuk

dalam mata pelajaran Teknologi Automotif ini. Sistem Penyejukan merupakan salah

satu subtajuk yang akan dipelajari oleh pelajar-pelajar tersebut. Pelajar akan

didedahkan dengan jenis sistem penyejukan yang digunakan, fungsi sistem,

komponen-komponen terlibat dan kendaliannya (operasi dalam enjin).

Pemasalahan yang dihadapi oleh guru ialah bagaimana hendak

menggambarkan situasi kendalian sistem penyejukan yang berlaku di dalam enjin

kepada pelajar. Pada kebiasaannya pelajar akan diberi penerangan tentang kendalian

sistem ini dengan bantuan gambar rajah keratan rentas. Walau bagaimanapun

pergerakan/aliran cecair penyejuk masih tidak dapat diperlihatkan dengan jelas

kepada pelajar.

Selain itu guru juga menggunakan alat bantu mengajar (ABM) iaitu keratan

bahagian bongkah enjin kereta. Bahagian bongkah ini pula terpisah dari

komponen/bahagian lain yang terlibat dalam proses sistem ini sedangkan keseluruhan

operasi sistem ini melibatkan bahagian-bahagian tersebut. Bagaimana kita hendak

menunjukkan kepada pelajar kesinambungan bahagian-bahagian yang terlibat dalam

sistem ini.

Perkara yang diterangkan di atas adalah antara pemasalahan yang timbul

dari kaedah pembelajaran yang digunakan sekarang untuk subtajuk Sistem

Penyejukan. Walaupun terdapat kemudahan komputer di sekolah-sekolah, kaedah

pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi multimedia (PBK) masih tidak

dijalankan secara menyeluruh terutamanya dalam matapelajaran teknik dan

vokasional. Ini mungkin disebabkan oleh ketiadaan perisian untuk matapelajaran ini

yang disediakan oleh kementerian.

Page 25: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN … · Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

7

1.3 Penyataan Masalah

Dalam matapelajaran Teknologi Automotif khususnya tajuk Sistem

Penyejukan, sudah tentu agak sukar menyediakan satu set situasi kendalian sesuatu

sistem enjin. Kekurangan bahan pengajaran bagi matapelajaran Teknologi Automotif

di sekolah-sekolah menyukarkan guru untuk menjelaskan konsep kendalian sesuatu

sistem dalam enjin.

Kesukaran mendapatkan bahan pengajaran yang sesuai dengan keperluan

pelajar yang mengambil matapelajaran Teknologi Automatif subtajuk Sistem

Penyejukan Cecair, maka satu perisian PBK berdasarkan subtajuk tersebut akan

direkabentuk dan dihasilkan. Kepelbagaian media penyampaian akan digunakan

dalam perisian ini seperti :

I. Teks

II. Grafik

III. Audio

IV. Video

V. Animasi

Adalah diharapkan, perisian PBK ini akan dapat membantu pelajar-pelajar

dan guru yang terlibat.

Page 26: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN … · Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

8

1.4 Rasional Projek

Rasional projek pembinaan perisian PBK bertajuk “Sistem Penyejukan

Cecair” adalah untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana kendalian di dalam

sistem penyejukan cecair pada enjin yang sudah tentu tidak dapat dilihat dengan

hanya melihat fizikal (luaran) bongkah enjin.

Dengan adanya perisian PBK “Sistem Penyejukan Cecair” ini yang dilengkapi

pelbagai media (multimedia) penyampai dalam penghasilannya bukan sahaja dapat

memudahkan pengajaran guru bahkan pelajar juga dapat meneroka sendiri bagaimana

sistem ini berfungsi. Dengan kata lain P&P dapat dilakukan dengan lebih mudah dan

berkesan.

1.5 Objektif Projek

Terdapat dua objektif projek iaitu objektif rekabentuk dan objektif perisian.

1.5.1 Objektif Rekabentuk

Perisian PBK yang dibangunkan akan menggunakan pelbagai media

penyampai: teks, grafik, audio, video dan animasi. Pembelajaran akan menggunakan

kaedah, tutorial, di mana di dalamnya mengandungi segmen set induksi, pembelajaran

dan latihan.

Page 27: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN … · Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

9

Objektif rekabentuk perisian untuk:

I. Menyediakan rekabentuk perisian yang menggabungkan konsep

multimedia dan pedagogi supaya dapat menghasilkan perisian

pendidikan yang berkesan.

II. Menyediakan set pembelajaran yang terdiri dari elemen multimedia

serta arahan-arahan yang jelas untuk memudahkan pengguna dalam

P&P.

III. Menyediakan sebuah perisian interaktif yang mudah dan menarik.

IV. Satu alternatif kepada guru dalam penyediaan ABM.

1.5.2 Objektif Perisian

Objektif pembangunan perisian Pengajaran Berbantu Komputer (PBK)

bertajuk “Sistem Penyejukan Cecair” adalah supaya pelajar/pengguna dapat:

I. Menyatakan tujuan dan fungsi sistem penyejukan cecair enjin.

II. Mengenalpasti komponen yang terlibat dalam sistem penyejukan

cecair dan kegunaannya.

III. Memperihalkan kendalian sistem penyejukan cecair.

1.6 Skop Projek

Perisian PBK yang akan dibina dan dihasilkan adalah berdasarkan

matapelajaran Teknologi Automotif bagi pelajar tingkatan empat di sekolah

menengah aliran teknik dan vokasional. Tajuk utamanya ialah Sistem Penyejukan

yang mengkhusus kepada subtajuk “Sistem Penyejukan Cecair” (SPC).