pengurusan zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · selawat dan salam atas junjungan...

34

Upload: docong

Post on 11-Jul-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil
Page 2: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

1

Pengurusan Zakat di Malaysia:

Satu Pendekatan Analisis Gelagat

Hairunnizam Wahid Mohd Ali Mohd Noor Adibah Abdul Wahab

Muhammad Tajuddin Abdul Rahim

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI • 2017 http://www.ukm.my/fep

Page 3: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

2

Cetakan Pertama, 2017

Hak cipta Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM)

Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,

disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan

sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan

sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.

Diterbitkan di Malaysia oleh

Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM),

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi,

Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

http://www.ukm.my/ekonis

e-mel:[email protected]

Dengan Kerjasama

Lembaga Zakat Selangor (LZS)

3-01-1, Presint ALAMI, Pusat Perniagaan Worldwide 2,

Persiaran Akuatik, Seksyen 13

40100 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA

e-mel: [email protected]

Unit Zakat UKM

Pejabat Unit Zakat UKM

Jabatan Bendahari, Aras 1, Masjid UKM

43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA

e-mel: [email protected]

Dicetak di Malaysia oleh

UKM CETAK

UKM Holdings Sdn. Bhd.

Aras Bawah, Bangunan Penerbit UKM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Perpustakan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Hairunnizam Wahid

Pengurusan Zakat Di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat /

Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor, Adibah Abdul Wahab, Muhammad

Tajuddin Abdul Rahim

1. Zakat. 2. Islam—Charities. 3. Islamic Giving. I. Mohd Ali Mohd Nor, II.

Adibah Abdul Wahab, III. Muhammad Tajuddin. IV. Judul

ISBN 978-983-3198-98-6

Page 4: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

3

Kandungan

Kandungan …3

Kata Pengantar …6

Sekapur Sirih…7

Prakata …8

Senarai Penulis…9

Bab 1 Pengurusan Zakat Institusi Pengajian Tinggi: Pengalaman Unit Zakat

Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Tajuddin Abdul Rahim & Wan Mohd Al Faizee

Wan Ab Rahaman...11

Bab 2 Aplikasi SEM-PLS dalam Menentukan Faktor Pembayaran Zakat oleh

Syarikat

Adibah Abdul Wahab …23

Bab 3 Kodifikasi Akta Zakat Nasional: Persepsi dan Implikasi

Mohd Suffian Mohamed Esa, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid ... 39

Bab 4 Prestasi Kutipan Serta Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat:

Kajian di Malaysia

Mohd Fisul Ismail, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor …65

Bab 5 Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu Kajian

Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri

Ummi Amirah Alias, Hairunnizam Wahid & Azrina Abdullah Al-Hadi …83

Bab 6 Kesan Cukai Korporat dan Zakat Perniagaan Terhadap Prestasi

Kewangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Sri Nooridayu Salleh, Rubayah Yakob & Aisyah Abdul Rahman…103

Bab 7 Pendanaan Awam (Crowdfunding) dan Zakat: Satu Tinjauan Awal Ke

Atas Pendekatan yang Digunakan

Suhaili Alma’amun ... 125

Bab 8 Dana Zakat Untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan

Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia

Muhammad Haffiz Muhamad Isa & Hairunnizam Wahid …133

Page 5: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

4

Bab 9 Pembangunan Harta Aqar Zakat: Kajian Terhadap Model Pembangunan

Harta Aqar Majlis Agama Islam Negeri Johor

Mohd Azlan Bunasir & Hairunnizam Wahid …155

Bab 10 Kontrak Wakalah dalam Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam

Wilayah Persekutuan

Atiah Ahmad & Hairunnizam Wahid ...171

Bab 11 Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan e-Fidyah dalam

Urusan Pembayaran Fidyah di Majlis Agama Islam Johor: Kajian di Muar,

Johor

Muhammad Shukri Ab Ghani, Hairunnizam Wahid &

Mohd Ali Mohd Noor …189

Bab 12 Pembayaran Zakat Pendapatan Melebihi Kadar Kewajipan Zakat:

Kajian dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan di Wilayah Persekutuan,

Putrajaya

‘Abdullah Khairi Mohd Asri & Hairunnizam Wahid …211

Bab 13 Persepsi Asnaf Zakat Al-Gharimin (Perubatan) Terhadap Kaedah

Agihan Zakat oleh Lembaga Zakat Selangor: Kajian di Gombak, Selangor

Nur Aliah Mohd Sukeri, Zulaikha Mohd Hanafiah & Hairunnizam Wahid ... 227

Bab 14 Keberkesanan Pelaksanaan Ceramah Zakat Terhadap Kefahaman Serta

Amalan Membayar Zakat Perniagaan: Kajian di Sepang, Selangor

Siti Umairah Kamaruddin, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor & Abdul

Halim Abu Bakar …245

Bab 15 Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup: Kajian

dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)

Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Hairunnizam Wahid &

Mohd Ali Mohd Noor …269

Bab 16 Persepsi Masyarakat Islam Terhadap Agihan Zakat oleh Tabung

Baitulmal Sarawak (TBS) dan Peranan Medium Promosi: Kajian di Bintulu,

Sarawak

Abdul Hayy Haziq Mohamad & Hairunnizam Wahid …287

Page 6: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

5

Bab 17 Hubungan Antara Uruf, Amalan Adat Perpatih Terhadap Pembayaran

Zakat Pendapatan: Kajian di Rembau, Negeri Sembilan

Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib & Hairunnizam Wahid …305

Bab 18 Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan dalam Kalangan Kakitangan

Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

Nur Liana ‘Aqilah Derus & Mohd Ali Mohd Noor …319

Bab 19 Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang

Baru

Siti Norhidayah Hamzah & Hairunnizam Wahid …331

Bab 20 Keberkesanan Bantuan Modal Zakat Daripada Perspektif Penerima:

Kajian di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu

Solehuddin Zulkifli, Nurmaizura Marzuki &

Hairunnizam Wahid …353

Bab 21 Zakat, Tekanan Kewangan dan Pembiayaan Hutang bagi Institusi

Kewangan di Malaysia

Aisyah Abdul-Rahman & Muhammad Haziq Abdullah …373

Bab 22 Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat

Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru Riau, Indonesia

Sri Hartati, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor & Febri Arahman ...393

Page 7: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

6

Kata Pengantar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha

Penyayang atas limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya. Selawat dan salam

atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang

terlibat khususnya kepada sidang penyunting dalam menghasilkan buku

bertajuk Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat.

Usaha murni semua pihak yang terlibat menghasilkan buku ini memperlihatkan

komitmen yang tinggi ke arah perkongsian ilmu dan pendedahan kajian-kajian

kotemporari berkaitan gelagat penerima juga pembayar zakat semasa.

Peranan zakat terhadap agama dan sosioekonomi masyarakat tidak

harus dipandang kecil. Pembayaran zakat bukan sahaja dapat menyucikan

harta, jiwa dan sifat tamak pembayar zakat, bahkan ia juga dapat menyucikan

sifat mazmumah seperti sifat hasad dengki penerima zakat terhadap mereka

yang berharta yang akhirnya secara tidak langsung dapat melahirkan

ukhuwwah dalam kalangan masyarakat. Hanya dengan pengamalan akhlak

yang murni dan sifat mahmudah dalam masyarakat secara holistik dapat

membantu hasrat negara membangunkan ekonomi ummah ke arah agenda

futuristik iaitu Transformasi Nasional 2050. Kefahaman masyarakat mengenai

perkara ini amat penting untuk menggalakkan umat Islam menunaikan

tanggungjawab berzakat dan pihak institusi pengurusan zakat dapat

mengagihkan harta zakat kepada asnaf dengan efisien dan sempurna mengikut

kerangka syariah yang akhirnya akan memastikan pertumbuhan ekonomi

negara yang lestari dan inklusif.

Saya yakin buku ini dapat dijadikan sumber rujukan kepada para

karyawan zakat, institusi zakat, Majlis Agama Islam Negeri, institusi

perbankan dan kewangan, ahli akademik, para ilmuan dan masyarakat dalam

mengetahui isu-isu terkini khususnya yang berkaitan dengan gelagat agen

ekonomi dalam sistem fiskal Islam yang berkaitan zakat. Buku ini diharapkan

dapat menambahkan idea para pengkaji dan menjadi panduan dalam

memperkasa pengurusan institusi zakat khususnya di Malaysia dan di dunia

amnya. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah

SWT.

Amin ya rabbal alamin.

HAJI HUSSIN MOHD ALI

Ketua Pegawai Eksekutif

Lembaga Zakat Selangor

Majlis Agama Islam Selangor

Page 8: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

7

Sekapur Sirih

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT atas limpahan nikmat dan

rahmat-Nya.

Unit Zakat UKM sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memperkukuhkan

dan memperkasakan pendidikan mahasiswa UKM. Antara saranan Unit Zakat

UKM adalah dengan menggalakkan para mahasiswa UKM untuk menyertai

pelbagai konvensyen akademik yang dianjurkan di peringkat universiti, yang

berpotensi untuk memangkin kecemerlangan akademik dan inovasi dalam

pembelajaran. Sejarah Islam jelas membuktikan bahawa zakat telah memberi

sumbangan besar dalam dunia pendidikan dan telah melahirkan jutaan

cendikiawan.

Usaha memperkasakan ilmu dalam kalangan mahasiswa sangat

diambil berat oleh pihak kami walupun berdepan dengan pelbagai cabaran.

Usaha ini menuntut kepada tindakan dan kerjasama yang serius daripada

semua pihak agar benar-benar mencapai matlamat dalam memberikan

kebajikan khususnya kepada para mahasiswa. Dengan cabaran ketirisan ilmu

dalam kalangan mahasiswa, inisiatif Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM

dalam mengadakan Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017

(PERKEM 2017) adalah satu langkah yang tepat pada masanya dan wajar

disertai oleh setiap mahasiswa. Unit Zakat UKM sentiasa mengalu-alukan

program seperti ini supaya dapat membudayakan keilmuan dalam kalangan

mahasiswa dan seterusnya menjana keintelektualan untuk melahirkan graduan

beraspirasi kebangsaan, berkompeten, berdaya saing dan inovatif.

Akhir kata, Unit Zakat UKM ingin merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan tahniah kepada penerbitan buku ini bersempena Persidangan

Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 (PERKEM 2017) sebagai salah

satu usaha memperkasakan kecemerlangan mahasiswa. Koloberasi ini amat

baik dan bertepatan dengan maqasid zakat yang telah dianjurkan dalam Islam.

Semoga PERKEM 2017 menghasilkan impak yang tinggi dalam

merealisasikan seruan kerajaan untuk memperkasakan pendidikan tinggi di

Malaysia.

Salam Hormat

MUHAMMAD TAJUDDIN ABDUL RAHIM

Unit Zakat UKM

Page 9: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

8

Prakata

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala

pujian untuk Allah SWT serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi

Muhammad SAW.

Perkembangan ilmu dalam pengkajian zakat telah berkembang luas

dengan begitu pesat di serata dunia. Gabungan kekuatan ilmu asas dan ilmu

alat dalam menganalisis sesuatu fenomena gelagat manusia berkaitan zakat

serta hasil dapatan dan penemuan kajian secara empirikal merupakan satu

keperluan yang mainstream pada masa kini. Maka sudah pastilah segala

dapatan yang bersifat empirik tersebut memerlukan kepada metodologi yang

bersifat saintifik dan sistematik yang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi

sesuatu teori serta meyakinkan para penggubal dasar dengan penemuan yang

diperolehi.

Buku ini merupakan kompilasi artikel berkaitan zakat di Persidangan

Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) ke 12 2017. Sebahagian besar

artikel ini adalah disumbangkan oleh para pelajar dalam Program Sarjana

Ekonomi Islam di Pusat Pengajian Ekonomi, UKM tahun 2017. Fokus kajian

zakat dalam buku ini adalah kajian yang berkaitan dengan gelagat manusia

dalam sistem pengurusan zakat yang terdiri daripada amil, asnaf serta

pembayar zakat di Malaysia. Hanya terdapat satu artikel yang mengkaji aspek

pengurusan zakat di Riau, Indonesia.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kami kepada penyumbang

utama dana bagi penerbitan buku ini iaitu Unit Zakat UKM. Penghargaan juga

kepada pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang bersama-sama menjayakan

penerbitan buku ini. Tidak dilupakan kepada semua pelajar program Sarjana

Ekonomi Islam yang bertungkus-lumus menyiapkan artikel ini untuk

dibentangkan di PERKEM 2017 dan bakal berkonvokesyen tahun 2017.

Penghargaan juga kepada pihak CRIM-UKM selaku penyumbang geran

kepada beberapa penyelidikan dalam menghasilkan bab dalam buku ini iaitu

Geran DPP-2014-005, DPP-2015-FEP, GGP-2014-008 dan GUP-2016-001.

Akhir kata, diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada

semua pihak pemegang taruh dalam pengurusan zakat. Harapan kami

penerbitan buku ini dapat meningkatkan dan memperkukuhkan lagi ilmu dalam

korpus bidang ekonomi Islam terutamanya dalam bidang kajian zakat. Kami

mohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dalam penulisan buku ini.

Sekian, terima kasih.

Sidang Penyunting

Page 10: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

9

Senarai Penulis

‘Abdullah Khairi Mohd Asri, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi

& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abdul Halim Abu Bakar, Eksekutif, Divisyen Dakwah dan Syariah Lembaga

Zakat Selangor

Abdul Hayy Haziq Mohamad, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti

Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Adibah Abdul Wahab, PhD. Ketua Divisyen Dakwah dan Syariah, Lembaga

Zakat Selangor

Mohd Suffian Mohamed Esa, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi

& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Aisyah Abdul Rahman, PhD. Profesor Madya, Pusat Pengajian Pengurusan,

Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Atiah Ahmad, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan,

Universiti Kebangsaan Malaysia

Azrina Abdullah Al-Hadi, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi,

Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Febri Arahman, Kakitangan Lembaga Amil Zakat Swadaya Ummah (LAZSU),

Riau, Indonesia Hairunnizam Wahid, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi,

Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti

Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Ali Mohd Noor, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi,

Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Azlan Bunasir, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Fisul Ismail, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Haffiz Muhamad Isa, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti

Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Haziq Abdullah, Pelajar Sarjanamuda Pengurusan Perniagaan,

Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Shukri Ab Ghani, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti

Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Tajuddin Abdul Rahim, Ketua Unit Zakat, Jabatan Bendahari,

Universiti Kebangsaan Malaysia

Nur Aliah Mohd Sukeri, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nur Liana ‘Aqilah Derus, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nurmaizura Marzuki, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 11: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

10

Rubayah Yakob, PhD. Profesor Madya, Pusat Pengajian Pengurusan, Fakulti

Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti Ekonomi

& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Siti Norhidayah Hamzah, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Siti Umairah Kamaruddin, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Solehuddin Zulkifli, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Sri Hartati, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan,

Universiti Kebangsaan Malaysia

Sri Nooridayu Salleh, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Suhaili Alma’amun, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti

Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Ummi Amirah Alias, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Wan Mohd Al Faizee Wan Ab Rahaman, Pensyarah, Institut Profesional

Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Zulaikha Mohd Hanafiah, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 12: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

Dana Zakat untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia /133

Bab 8

Dana Zakat untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan

Asnaf Mualaf di Malaysia

Muhammad Haffiz Muhamad Isa Hairunnizam Wahid

Pengenalan

Kewajiban berzakat bagi umat Islam adalah suatu pensyariatan yang bukan

sekadar memberikan manfaat secara teologikal buat penganutnya – iaitu suatu

bentuk perilaku ketaatan yang akan diganjari Tuhan – tetapi lebih jauh dari itu,

ia ternyata memberikan manfaat yang besar kepada orang-orang yang

memerlukan. Firman Allah SWT dalam Surah al-Tawbah (9) ayat 103 yang

bermaksud:

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah

(zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari

dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan

doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu

menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha

Mendengar,lagi Maha mengetahui”

(Surah Al-Tawbah: 103)

Salah satu golongan asnaf yang layak menerima zakat adalah golongan

mualaf. Menurut Kamus Dewan, ‘mualaf’ bermaksud ‘orang yang baru

memeluk agama Islam’ atau juga disebut sebagai saudara baharu (Kamus

Dewan Edisi Keempat, 2010). Azman, Irwan, Mahazan (2015) menyenaraikan

beberapa peristilahan mualaf yang dikemukakan para ulama kontemporari

seperti Yusuf al-Qaradhawiyy ‘Umar al-Ashqar, dan Wahbah al-Zuhaily yang

kesemuanya menyetujui bahawa mualaf ialah “golongan yang dijinakkan

hatinya supaya cenderung dengan agama Islam atau yang baru memeluk

Islam dan belum kukuh keIslamannya” (Azman, Irwan dan Mahazan 2015).

Dalam konteks Malaysia, definisi mualaf mempunyai maksud teknikal yang

berbeza mengikut negeri walaupun intipati dan asasnya sama. Antara

Page 13: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

134 /Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

perbezaan paling ketara dalam pendefinisian mualaf oleh otoriti agama negeri-

negeri adalah berkenaan had tempoh menjadi mualaf.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal

Ugama Islam Malaysia Kali ke-71 telah membahaskan berkenaan perihal ‘Had

Tempoh Panggilan Mualaf’. Persidangan yang berlangsung pada 22-24

November 2005 telah memutuskan bahawa,

“di dalam Islam tiada sebarang nas yang mewajibkan seseorang

yang baru memeluk agama Islam dipanggil sebagai Mualaf.

Sebutan dan had tempoh panggilan mualaf ini lebih bersifat ‘urf

semata-mata”

(JAKIM, 2015).

Oleh yang demikian, otoriti keagamaan negeri-negeri memberikan

pentafsiran masing-masing dalam aspek ini. Didapati bahawa hanya beberapa

negeri sahaja yang meletakkan had tempoh mualaf iaitu Selangor (lima tahun),

Melaka (lima tahun), Pahang (tujuh tahun), Terengganu (tiga tahun) dan Sabah

(lima hingga tujuh tahun) (Azman et al., 2015).

Sesuai dengan peredaran zaman, maka proses pengumpulan dan agihan

zakat juga tidak terlepas daripada mengalami evolusi. Pemahaman yang

semakin meluas tentang maqasid syariah atau objektif-objektif pensyariatan

menuntut institusi pengurusan zakat dan otoriti keagamaan di Malaysia

melakukan pembaharuan atas kaedah pengagihan sumber pungutan zakat

kepada asnaf-asnaf yang terbabit. Salah satunya adalah penggunaan dana zakat

untuk pembiayaan pendidikan bagi golongan asnaf. Skim dana zakat

pendidikan ini bukan sahaja terbukti membantu golongan asnaf meringankan

beban kehidupan mereka malah menjadi instrumen yang memangkin ekonomi

asnaf tersebut. Ini disebabkan oleh realiti dewasa ini di mana tahap kelayakan

akademik menentukan jenis pekerjaan yang baik dan berpendapatan lumayan.

Bagi golongan mualaf, yang termasuk dalam salah satu golongan asnaf

yang layak menerima zakat, zakat pendidikan adalah salah satu medium

menjaga dan memelihara kebajikan mereka. Kajian oleh Azman, et al. (2015)

menyenaraikan 34 jenis skim agihan dana zakat dalam pelbagai bentuk khusus

untuk golongan asnaf mualaf. Walaupun berbeza kaedah pelaksanaan dan

prosedurnya, skim-skim agihan ini dikenalpasti ditawarkan oleh otoriti agama

dan pusat pengurusan zakat bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia dengan

matlamat yang sama iaitu demi memenuhi amanah umat bagi membantu dan

menyediakan keperluan golongan asnaf mualaf ini.

Di Selangor misalnya, jumlah kutipan zakat keseluruhan setiap tahun

yang kian meningkat mempengaruhi jumlah agihan kepada asnaf mualaf.

Dalam tempoh waktu lima tahun bermula tahun 2011 hingga 2015, Lembaga

Zakat Selangor (LZS) telah memperuntukkan sebanyak RM183.77 juta untuk

agihan keseluruhan kepada golongan asnaf mualaf. Daripada jumlah tersebut,

sebanyak 23.3 peratus iaitu sebanyak RM42.82 juta dikeluarkan untuk agihan

bantuan pendidikan asnaf Mualaf sebagaimana yang diindikasikan dalam

Page 14: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

Dana Zakat untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia /135

Jadual 1. Agihan perbelanjaan zakat ke atas mualaf di Selangor

Tahun Agihan zakat

kepada mualaf

(RM Juta)

Perbelanjaan

pendidikan mualaf

(RM Juta)

Bil. mualaf

penerima bantuan

pendidikan

(orang)

Nisbah

perbelanjaan

pendidikan kepada

agihan (%)

2011 15.52 5.39 18,609 34.75

2012 23.08

(48.71)

5.07

(-5.94)

3,387 21.99

2013 38.75

(67.89)

4.93

(-2.76)

2,979 12.72

2014 52.63

(35.82)

10.07

(104.26)

td 19.14

2015 53.77

(2.17)

17.35

(72.29)

td 32.27

Jumlah1

183.77 42.81

Purata2 36.75

(38.64)

8.56

(41.96)

24.17

Nota: 1 Jumlah keseluruhan tahun 2011-2015

2 Purata keseluruhan tahun 2011-2015

td tiada data

( ) peratus perubahan tahunan

Sumber: Laporan Pengurusan Zakat Selangor 2011-2015

Page 15: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

136 /Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

Jadual 1. Secara puratanya, jumlah agihan zakat kepada mualaf adalah

sebanyak RM36.75 juta setahun dan purata perbelanjaan pendidikan mualaf

pula adalah sebanyak RM8.56 juta setahun. Kajian juga mendapati peratusan

pertumbuhan purata tahunan agihan zakat kepada mualaf dan perbelanjaan

pendidikan mualaf juga agak memberangsangkan iaitu masing-masing

sebanyak 38.64 peratus dan 41.96 peratus. Agihan ini merangkumi bantuan

umum pelajaran, derma siswa mualaf, dan elaun kehadiran kelas asas agama

iaitu agihan yang berbentuk pemberian kepada individu asnaf mualaf yang

berkelayakan. Jumlah ini belum lagi termasuk kos perbelanjaan program-

program berbentuk pendidikan untuk mualaf seperti kursus dan latihan,

ceramah dan lain-lain. Ini jelas menunjukkan sumbangan zakat terhadap asnaf

mualaf setiap tahun amat besar terutamanya dalam aspek perbelanjaan

pendidikan asnaf.

Walaupun begitu banyak skim agihan dana zakat diimplementasikan di

Malaysia, namun cabaran semasa tetap memerlukan pihak berotoriti untuk

menyemak semula skim yang diwujudkan agar lebih releven dan signifikan

dalam menyelesaikan masalah dan kemelut yang dihadapi golongan asnaf

mualaf ini. Oleh sebab itu, regulator dan pihak yang berotoriti wajar

mengetahui secara empirik keadaan, kemampuan dan kehendak golongan

asnaf mualaf ini khususnya dalam konteks pendidikan agar polisi dan rencana

pengagihan zakat pendidikan menjadi lebih efektif dan memberikan kesan

yang berpanjangan.

Mualaf merupakan golongan yang wajar dibantu baik dari aspek

pendidikan akademik mahupun latihan kemahiran, sehingga memungkinkan

golongan ini menjadi salah satu kelompok asnaf yang layak menerima agihan

daripada perolehan kutipan zakat. Malah, dalam banyak keadaan seperti yang

dibuktikan para pengkaji, ramai dalam kalangan asnaf mualaf juga merupakan

golongan yang berada di bawah tahap kemiskinan (Aishah, Junaida, Muna, Siti

Rafidah dan Kamaruzaman, 2011). Ternyata, dalam banyak keadaan, tahap

dan kelayakan akademik mempengaruhi karier atau kerjaya seseorang. Dalam

erti kata lain, semakin tinggi tahap akademik seseorang, maka semakin

semakin bagus kerjayanya. Kerjaya yang baik akan mendatangkan pendapatan

yang baik. Oleh yang demikian, salah satu strategi mengeluarkan golongan

asnaf penerima zakat khususnya mualaf daripada kepompong kemiskinan,

ialah dengan memenuhi keperluan pendidikan mereka. Oleh sebab tujuan

(maqsud) daripada bantuan zakat adalah untuk membantu golongan ini

meningkatkan tahap ekonomi mereka, dan tahap pendidikan yang baik akan

mendatangkan kerjaya dengan pendapatan yang baik, maka tidak disangkal

lagi bahawa zakat pendidikan adalah suatu usaha yang sangat releven.

Walaupun begitu, dalam konteks bantuan pendidikan melalui

pembiayaan dana zakat, persoalan berkaitan minat, kecenderungan dan

kompetensi golongan asnaf mualaf ini dalam menempuh jenis aliran

pendidikan wajar untuk diteliti. Persoalan ini penting untuk diselidiki

memandangkan aliran pendidikan sama ada yang bersifat akademik, ataupun

aliran pendidikan berkemahiran, masing-masing akan membawa golongan ini

kepada laluan kerjaya masing-masing. Adakah institusi pengurusan zakat dan

Page 16: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

Dana Zakat untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia /137

otoriti agama di Malaysia memberikan tawaran pendidikan dalam aliran yang

pelbagai kepada asnaf mualaf? Apakah kecenderungan pemilihan terhadap

aliran pendidikan golongan ini? Malah apakah langkah-langkah yang lebih

realistik dapat diambil oleh otoriti agama dan institusi pengurusan zakat bagi

membangunkan polisi dan skim bantuan berdasarkan kecenderungan mereka?

Kesemua persoalan ini mesti diambil kira bagi memastikan tercapainya

maqsud daripada pensyariatan zakat dalam Islam.

Justeru, objektif kajian ini ialah seperti berikut: (1) menganalisis

kecenderungan pilihan aliran pendidikan antara aliran akademik dengan aliran

kemahiran dalam kalangan asnaf mualaf di pusat-pusat latihan mualaf yang

terpilih di Malaysia; (2) mengkaji faktor penentu pemilihan aliran pendidikan

oleh asnaf mualaf; dan (3) mengkaji kecenderungan minat golongan asnaf

mualaf terhadap jenis kerjaya dengan pengaplikasian pentaksiran psikometrik

minat kerjaya.

Kajian Lepas

Zakat merupakan suatu kewajiban yang diperintahkan dalam kalangan Umat

Islam dengan persyaratan dan kaedah yang tertentu. Tidak sekadar menjadi

suatu ibadah yang merupakan perilaku ketaatan terhadap syariat, zakat juga

berperanan sebagai suatu instrumen ekonomi yang penting dalam pengukuhan

masyarakat Islam. Di Malaysia, pengurusan zakat yang melibatkan kutipan

dan pengagihan serta penyeliaan aspek regulatori ditadbir urus secara

profesional dan berstruktur di bawah badan otoriti agama bagi negeri masing-

masing. Terlepas daripada membahaskan polemik efisensi dan kelemahan

institusi-institusi ini, ternyata badan-badan pengurusan zakat di Malaysia

menjadi suatu wahana dalam menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf

yang memerlukan.

Pelbagai kaedah dan sarana kontemporari dibangunkan oleh otoriti

keagamaan dan pihak pengurusan zakat di Malaysia dalam memastikan agihan

dana zakat yang diterima dapat disalurkan kepada para asnaf sesuai dengan

keperluan mereka dalam menempuh kehidupan zaman kini yang kian

mencabar. Pembangunan sarana dan kaedah agihan zakat kontemporari

dilaksanakan selaras dengan semangat maqasid syariah iaitu bagi memenuhi

kemaslahatan insan dalam pensyariatan.Salah satu sarana kontemporari dalam

pengagihan zakat kepada golongan asnaf adalah melalui rencana dana zakat

pendidikan. Dana zakat untuk pembiayaan pendidikan bagi asnaf penerima

zakat di Malaysia adalah suatu strategi pemerkasaan ekonomi golongan asnaf.

Peruntukan yang banyak disalurkan daripada dana zakat untuk program-

program pendidikan asnaf dan pembiayaan pendidikan seperti dilaporkan oleh

Azman et. al. (2017).

Dana zakat pendidikan turut membantu kerajaan Malaysia dalam

menangani masalah pendidikan dalam kalangan fakir dan miskin. Sebagai

contoh, sebanyak hampir RM35.54 juta telah diperuntukkan dan dibelanjakan

pada tahun 2012 oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Page 17: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

138 /Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

kepada seramai 28,696 orang penerima (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat

Melayu Kelantan, 2014). Manakala di negeri Johor, sebanyak RM11.25 juta

dana zakat pendidikan diberikan kepada seramai 3,087 orang pelajar (Majlis

Agama Islam Johor (MAIJ), 2014). Ini jelas menunjukkan bahawa dana zakat

turut memperuntukkan dana yang sangat besar dalam pendidikan negara. Jelas

di sini bahawa, majlis agama Islam dan pusat zakat memperuntukkan

sebahagian besar dana zakat dalam bentuk pendidikan bagi membantu

golongan asnaf dalam pendidikan. Kesemua institusi zakat bagi negeri-negeri

di Malaysia mempunyai skim bantuan pendidikan dan program pembiayaan

pendidikan yang dilaksanakan di wilayah masing-masing. Program dan skim

bantuan zakat pendidikan yang direncana dan dilaksanakan itu walau beragam

bentuk dan modus operandinya, tetapi matlamatnya adalah tetap sama iaitu

bagi memenuhi keperluan asasi golongan asnaf dalam pendidikan (Azman dan

Siti Martiah, 2014).

Dalam konteks penerima zakat, secara umum terdapat beberapa

golongan yang digolongkan sebagai asnaf atau kelompok yang layak

menerima zakat. Golongan mualaf adalah tergolong sebagai salah satu

daripada asnaf penerima zakat sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-

Tawbah (9), ayat 60 bermaksud:

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk

orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang

mengurusnya, dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya,

dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan

orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan

Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) Dalam

perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai

satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah

Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

Berfokus kepada golongan asnaf mualaf pula, kajian oleh Azman et al.

(2015) mendapati setiap organisasi pengurusan zakat di seluruh negeri-negeri

di Malaysia menyediakan skim yang pelbagai untuk bantuan zakat kepada

asnaf mualaf termasuklah bantuan kewangan bulanan, bantuan pendidikan,

bantuan khas menyambut hari keraian Islam, bantuan kecemasan, bantuan

perumahan, bantuan modal perniagaan, bantuan perubatan dan lain-lain lagi.

Kajian tersebutjuga menyimpulkan terdapat 34 jenis skim bantuan disediakan

oleh institusi pengurusan zakat di Malaysia khusus untuk golongan asnaf

mualaf (Azman et. al, 2015).

Dalam konteks dana zakat pendidikan dan kesannya terhadap asnaf

mualaf, kajian oleh Fuadah, Muhammad Ridhwan, Mohd Faisol dan Ahmad

Fahme (2014) meneliti secara khusus keberkesanan bantuan dana zakat

terhadap tahap kefahaman dan keberagamaan golongan ini. Kajian ini

memberi tumpuan kepada aspek pendidikan agama golongan asnaf mualaf

melalui perencanaan program-program kependidikan yang dibangunkan

dengan dana zakat. Kajian mendapati bahawa sejumlah dana yang besar telah

diperuntukkan khusus untuk golongan asnaf mualaf dengan harapan supaya

Page 18: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

Dana Zakat untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia /139

golongan ini dapat terus memantapkan keimanan dan meningkatkan tahap

keberagamaan mereka. Kajian ini menyenaraikan banyak program-program

pendidikan dan skim pembiayaan pendidikan yang disediakan oleh otoriti

pengurusan zakat khusus di negeri Selangor, walau bagaimanapun kajian tidak

secara jelas memberikan indikator tahap kemantapan iman dan tahap

keberagamaan asnaf mualaf hasil program pendidikandi bawah skim zakat

pendidikan. Dana zakat pendidikan dianggap sesetengah pengkaji sebagai

sangat penting dalam mengubah masa depan golongan asnaf. Manakala kajian

oleh Abd Halim dan Mohd Saladin (2011) menyimpulkan bahawa bentuk dan

kaedah bantuan kepada asnaf perlu dimantapkan lagi khususnya dalam konteks

bantuan pendidikan memandangkan bantuan yang berterusan dalam konteks

pendidikan adalah kunci bagi mengubah kehidupan seterusnya memberi

impakkepada ekonomi negara (Abd Halim dan Mohd Saladin, 2011).

Sementara itu,beberapa kajian dilakukan bagi meneliti secara khusus

aspek-aspek tertentu berkaitan pendidikan asnaf di Malaysia.(Aishah et al.

2011; Razaleigh dan Marlon, 2014). Kajian-kajian ini secara spesifik menjurus

kepada penelitian terhadap asnaf mualaf di satu-satu lokasi dengan objektif

tertentu terkait pendidikan mualaf dan isu yang bersangkutan. Aisah et al.

(2011) dalam kajiannya terhadap pola pemelukan Islam dalam kalangan asnaf

mualaf di sebuah pusat latihan mualaf di Kedah mendapati kebanyakan asnaf

mualaf bukan sahaja datang daripada keluarga yang daif tetapi juga

berpendidikan rendah. Manakala, Razaleigh dan Marlon (2014) secara khusus

melakukan kajian terhadap tanggapan asnaf mualaf di sebuah pusat latihan

mualaf di Kelantan tentang keadaan dan kualiti pendidikan dan latihan amali

yang disediakan di pusat latihan tersebut. Kedua-dua kajian ini

mengaplikasikan metod kaji selidik secara kuantitatif dalam pengumpulan data

penyelidikan mereka.

Dalam perkembangan yang sama, penelitian oleh Siti Martiah, Azman,

Nor Asiah dan Mohd Faez (2014) dan Azman dan Ainatul Syafiqah (2015)

pula merupakan kajian terhadap polisi, dasar, dan rencana oleh otoriti agama

di Negeri Sembilan dan Negeri Selangor berkaitan dana zakat pendidikan

secara khusus untuk golongan asnaf. Menariknya kajian terhadap polisi zakat

di Negeri Sembilan menyenaraikan golongan “al-riqab” iaitu “golongan yang

terbelenggu” sebagai salah satu penerima zakat pendidikan (Siti Martiah et al,

2014). Selain itu, kajian terhadap polisi zakat pendidikan di Selangor

mendapati, otoriti pengurusan zakat juga menaja pelajar-pelajar yang

merupakan mualaf yang dibawa daripada negeri lain (yang sudah semestinya

bukan kelahiran dan rakyat negeri Selangor) untuk melanjutkan pengajian di

institusi pendidikan dalam negeri Selangor (Azman dan Ainatul Syafiqah

2015). Dapatan daripada kedua-dua kajian ini adalah penting dalam

memberikan gambaran berkaitan kategori asnaf yang menerima bantuan dana

zakat pendidikan. Berdasarkan dapat kajian-kajian ini, kebanyakan asnaf

mualaf juga dapat digolongkan dalam pengkategorian asnaf “ibnu sabil” dan

“al-riqab” yang memberikan mereka peluang untuk menikmati skim bantuan

zakat pendidikan walaupun kebanyakan otoriti pengurusan zakat negeri-negeri

Page 19: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

140 /Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

yang tidak membangunkan secara spesifik skim bantuan zakat pendidikan

mualaf.

Penelitian oleh Azman et. al. (2017) adalah antara kajian terkini yang

cuba memberikan suatu saranan baharu dalam pengagihan zakat pendidikan

bagi membasmi kemiskinan dalam kalangan asnaf fakir dan miskin. Kajian ini

mengesyorkan skim bantuan dana zakat pendidikan melalui penekanan

terhadap pembelajaran sepanjang hayat (PSH). Menurut kajian, walaupun

pelbagai skim pendanaan zakat untuk pendidikan telah dilaksanakan oleh

institusi-institusi pengurusan zakat di Malaysia sebagai strategi mengeluarkan

golongan ini daripada kepompong kemiskinan, namun penumpuan kepada

pendidikan aliran kemahiran khususnya pendidikan berkonsepkan

pembelajaran sepanjang hayat (PSH) dan latihan kemahiran masih dianggap

sangat sedikit. (Azman et al, 2017).

Dalam menyingkap kecenderungan pemilihan aliran pendidikan dalam

kalangan asnaf mualaf, masih belum ditemui sebarang kajian khusus

tentangnya. Walau bagaimanapun, kajian-kajian terhadap kecenderungan

pemilihan minat aliran pendidkan dengan sasaran pelajar daripada latar

belakang yang pelbagai banyak dilakukan. Mohamad Fhaizal et. al. (2015)

mengkaji pola kecenderungan pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) terhadap aliran pendidikan pra-Universiti. Kajian

mengenalpasti beberapa kekangan oleh responden dalam pemilihan dan

penentuan aliran pendidikan:Pemilihan bukanlah suatu perkara yang mudah

dan seseorang pelajar itu lazimnya akan dipengaruhi oleh beberapa faktor

luaran dan dalaman yang terdapat dipersekitarannya. Bagi pelajar yang telah

mengenal pasti kerjaya yang diinginkan, maka adalah lebih mudah untuk

mereka membuat pemilihan tetapi bagi pelajar yang masih belum melakukan

pemilihan kerjaya akan menghadapi masalah dan dilema untuk membuat

pemilihan mengikut minat serta kriteria yang ada pada diri mereka.

Menarik untuk diketengahkan, bahawa aliran pendidikan yang dipilih

seseorang akan membawa kepada laluan kerjayanya setelah menamatkan

pelajaran. Justeru Hamat (2001) dalam kajiannya terhadap pelajar-pelajar salah

sebuah universiti di Johor menekankan bahawa pendidikan bukan sekadar

menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi pendidikan

juga mempersiapkan mereka untuk kehidupan selepas alam persekolahan atau

pasca alam kampus (Hamat, 2001). Oleh yang demikian, antara persediaan

yang perlu ada sebelum membuat pemilihan kerjaya ialah minat dan

pengetahuan dalam bidang yang ingin mereka ceburi (Coulter-Kern, Schenkel,

Walker dan Fogle, 2013) termasuklah aliran pendidikan yang diikuti.Atas

sebab kecenderungan aliran pendidikan berkait rapat dengan kecenderungan

pemilihan jenis pekerjaan, adalah signifikan untuk membincangkan aspek

pemilihan kerjaya bagi menluaskan horizon pemikiran terhadap topik kajian

ini.

Menurut Debra Adrian (2007), personaliti, minat, dan persekitaran

adalah melambangkan minat kerjaya bagi individu. Beliau memerik John

Holland (1966, dalam Savickas & Spokane, 1999) yang menyimpulkan

bahawa pengetahuan berkaitan dengan minat kerjaya, pemilihan kerjaya dan

Page 20: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

Dana Zakat untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia /141

penglibatan pekerjaan akan dapat diperoleh dengan rujukan kepada enam

dimensi utama dalam model Holland’s code iaitu Realistik (R), Investigatif (I),

Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Conventional (C) atau

akronomnya ‘RIASEC’. Memetik kajian oleh Siti Noorjannah dan Yusfaiza

(2015), terdapat empat andaian asas yang menjadi nadi kepada model Holland

(1980). Kepentingan mengetahui personaliti dan minat kerjaya adalah penting

demi masa depan seseorang. Justeru aliran pendidikan perlu seiring dengan

minat kerjaya seseorang bagi memastikan laluan kerjaya yang teratur dalam

konteks perkembangan karier seseorang. Dapatan kajian Boon dan Ilias (2011)

menunjukkan beberapa pola gaya pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar di

Malaysia disebabkan faktor persekitaran ahli keluarga, keistimewaan sesuatu

kerjaya seperti ganjaran gaji dan sebagainya.

Rajah 1: Hubungan antara personaliti, aliran pendidikan dan minat kerjaya

Berdasarkan sorotan literatur sebelumnya, dapat diandaikan bahawa

kecenderungan pemilihan aliran pendidikan dapat dikenalpasti melalui

pentaksiran ke atas tret dan personaliti individu. Dalam masa yang sama,

dengan mengaplikasikan teori Holland’s code dan model RISEAC, didapati

tret dan personaliti dapat disesuaikan dengan minat kerjaya yang ditaksir

melalui inventori psikometrik tertentu. Justeru, pemilihan aliran pendidikan

mempunyai hubungan dengan personaliti dan minat kerjaya seseorang. (Rujuk

Rajah 1).

Dapatan-dapatan ini jelas menunjukkan kepentingan untuk mengetahui

secara empirik akan kecenderungan aliran pendidikan dalam kalangan asnaf

mualaf di Malaysia. Ternyata polisi dan rencana skim bantuan dana zakat

pendidikan mestilah mengambilkira kecenderungan pemilihan aliran

pendidikan dan penisbahan zakat pendidikan dalam skim yang diwujudkan

mestilah memenuhi kehendak dan keperluan semasa golongan ini demi

menjamin masa depan mereka sesuai dengan tujuan pensyariatan zakat itu

sendiri.

Page 21: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

142 /Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

Metodologi

Kajian ini dijalankan dengan menggunapakai pendekatan kaedah kuantitatif

dengan strategi persampelan rawak berstratifikasi tidak bernisbah. Borang kaji

selidik digunakan sebagai instrumen untuk pengumpulan data. Menurut

Cohen, Manion & Morrison (2001), kaedah persampelan rawak berstratifikasi

merupakan suatu kaedah adunan antara perawakan dan pengkategorian (a

useful blend of randomization and categorization). Memandangkan populasi

keseluruhan kelompok asnaf mualaf sukar dikenalpasti disebabkan kekangan

data pendaftaranrasmi, penentuan had tempoh mualaf dan ketidakselarasan

pengurusan negeri-negeri (Azman et. al, 2015), justeru kaedah persampelan

rawak berstratifikas itidak bernisbah dilihat sesuai dengan kondisi kajian ini.

Populasi sasaran bagi kajian ini adalah golongan asnaf mualaf di

Malaysia. Walau bagaimanapun, asnaf mualaf yang melanjutkan pengajian di

beberapa institut latihan mualaf dijadikan populasi capaian atau populasi

realistik. Empat buah institut latihan mualaf dipilih untuk tujuan ini iaitu Pusat

Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (PUSBA) Kedah,

Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) Kelantan, Pusat Pengukuhan

Muallaf Selangor, dan Komplek Al-Saadah Negeri Sembilan. Keempat-empat

pusat latihan ini dipilih kerana dikenalpasti sebagai pusat latihan yang diiktiraf

oleh pihak pengurusan zakat di bawah otoriti Majlis Agama Islam Selangor

(MAIS) bagi penajaan pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian.

Penyelidik telah pergi ke institusi-insitusi latihan mualaf tersebut dan

mengedarkan borang soal selidik tersebut. Penyelidik mensasarkan 600

responden memberikan maklumbalas yang lengkap berdasarkan kriteria ‘siapa

yang ditemui dahulu dipilih, sehingga jumlah dipenuhi’ sebanyak 514

responden dikenalpasti melengkapkan borang kaji selidik itu dengan 95 orang

responden (18.5%) daripada Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim

Mu'adzam Shah (PUSBA) Kedah, seramai 57 responden (11.1%) daripada

Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) Kelantan, seramai 298 responden

(58%) daripada Pusat Pengukuhan Muallaf Selangor, dan seramai 64

responden (12.5%) daripada Komplek Al-Saadah Negeri Sembilan (rujuk

Jadual 2). Kekangan yang dihadapi oleh penyeliddik adalah sebahagian

responden tidak dapat membaca dan kebanyakkan kelas pengajian yang cuti

sepanjang bulan puasa Penyelidik menyasarkan saiz sampel dengan jumlah

melebihi 384 orang yang mewakili populasi sebanyak 1,000 orang (Krejcie &

Morgan, 1970). Menurut Cohen, Manion, & Morrison (2001), saiz sampel ini

mengindikasikan 5 peratus ralat persampelan dengan tahap keyakinan kajian

dengan kadar 95 peratus (rujuk Jadual 3). Justeru, saiz sampel 514 orang

dianggap munasabah bagi mewakili populasi dalam kajian ini. Penyelidik

menghadapi masalah untuk mendapatkan jumlah pelajar tajaan LZS 2014 dan

2015 kerana perubahan pengurusan Mualaf. Sebelum ini pengurusan pelajar

Mualaf dibawah Majlis Agama Islam dan telah ditukar kepada LZS. Menurut

Unit Korporat LZS pelajar mualaf tajaan LZS tidak melebihi 5,000 orang, ini

menjadi justifikasi penyelidik mendapatkan 500 responden untuk kajian ini

Page 22: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

Dana Zakat untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia /143

Jadual 2. Taburan pusat latihan mualaf yang disertai responden golongan asnaf

mualaf

Pusat latihan mualaf yang disertai responden Kekerapan (F) Peratus

(%)

Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim

Mu'adzam Shah (PUSBA), Kedah Darul

Aman

95 18.5

Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP),

Kelantan Darul Naim 57 11.1

Pusat Pengukuhan Muallaf Selangor 298 58.0

Pusat Saadah Negeri Sembilan 64 12.5

Jumlah 514 100.0 Sumber: Soal Selidik, 2017

Terdapat lima pembolehubah yang dimanipulasikan bagi kajian ini iaitu

motivasi dan minat, personaliti dan kebolehan, konsep dan pelaksanaan aliran

pendidikan, persekitaran dan dorongan luar, dan peluang kerjaya.

Pembolehubah ini diadaptasi dengan pindaan daripada model Holland’s code.

Dalam kajian ini, setiap pelajar yang menjadi responden diminta untuk

memberikan jawapan atas soalan-soalan soal selidik yang merangkumi tiga

bahagian. Bahagian I adalah bertujuan mendapatkan data demografi responden

dan bahagian ini mesti dijawab oleh semua responden. Di penghujung

bahagian I ini, terdapat soalan tentang kecenderungan pemilihan aliran

pendidikan sama ada aliran akademik atau aliran kemahiran. Jika responden

memilih aliran akademik, maka seterusnya mereka perlu menjawab soalan-

soalan di bahagian II sahaja, manakala sekiranya responden memilih aliran

kemahiran, mereka perlu beralih ke bahagian III dan menjawab soalan-soalan

di bahagian tersebut sahaja. Dalam kajian ini, setiap penyataan dalam borang

soal selidik diberikan lima skala pilihan (skala Likert) iaitu ‘Sangat Tidak

Setuju’ (1), ‘Tidak Setuju’ (2), ‘Sederhana Setuju’ (3), ‘Setuju’ (4) dan ‘Sangat

Setuju’ (5).

Setelah itu, ujian pentaksiran minat kerjaya juga dilaksanakan

menggunakan inventori RIASEC model Holland’s code bagi menentusahkan

hasil dapatan kajian ini. Holland’s Code dipilih sebagai model adaptasi

pembolehubah dan inventori minat kerjaya disebabkan faktor kebolehujian

yang empirik, pengoperasian yang ringkas, mudah diaplikasikan dan

keputusan pentaksiran yang mudah diinterpretasikan. (Nauta, 2010). Menurut

Meireles, Everson & Primi, Ricardo (2015) dalam kajian mereka bagi

membuktikan kebolehsahan dan kebolehpercayaan dalam pentaksiran tipologi

kerjaya Holland, andaian asas kepada enam jenis personaliti vokasional –

(RIASEC) seperti yang dibincangkan di atas – mempunyai pembuktian

empirikal yang luas dengan keputusan yang diperoleh daripada pelbagai

pentaksiran merentas budaya dan jenis analisis penelitian membuktikan

kebolehsahannya. Di samping itu, laporan kajian oleh Timothy, O'Connell &

William E. Sedlacek (1971) membuktikan kesesuaian dan kebolehpercayaan

Page 23: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

144 /Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

model ini dalam perencanaan pendidikan dan kerjaya. Malah kajian yang

diusahakan oleh Amla (1984) mengesahkan kebolehsahan dan

kebolehpercayaan model Holland’s code untuk diaplikasikan dalam kalangan

populasi Malaysia. Oleh sebab-sebab yang dinyatakan, maka ia diadaptasikan

dalam kajian sebagaimana model konseptual dalam Rajah 2.

Rajah 2: Model kerangka kajian

Maklumbalas yang lengkap menjadi data terkumpul yang kemudiannya

dianalisis mengikut turutan soalan dan disusun dalam bentuk jadual. Setelah

itu, data yang diperoleh bagi persoalan faktor-faktor yang mempengaruhi

pemilihan aliran pendidikan dianalisis dengan rujukan terhadap statistik

deskriptif, iaitu daripada nilai skor min yang diperoleh. Menurut Mohamad

Najib (1999), analisis skor berasaskan markah minimum satu item ialah 1 dan

markah maksimum ialah 5. Bahril B. Balli dan Wahid Razzaly (2010)

menunjukkan apabila ia dikaitkan dengan skala Likert, analisisnya adalah

seperti dalam Jadual 4. Jadual interpretasi min yang digunapakai oleh kajian

ini diadaptasi daripada kajian Bahril B. Balli dan Wahid Razzaly (2010) yang

mengubahsuai daripada jadual interpretasi oleh Wiersma untuk kajian

pendidikan, sepertimana yang ditunjukkan dalam Jadual 5.

Hasil Kajian

Data demografi responden golongan asnaf mualaf yang diperoleh untuk kajian

ini terdiri daripada jantina, umur, kelayakan akademik, negeri asal, pusat

latihan mualaf yang disertai, tahun memeluk Islam, bilangan isi rumah/ ahli

Page 24: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

Dana Zakat untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia /145

keluarga, pendapatan isi rumah (bulanan), pernah atau tidak menerima bantuan

pembiayaan zakat pendidikan dan pilihan bidang sekiranya diberi peluang

melanjutkan pengajian. Demografi responden memberikan latar kepada hasil

dan dapatan kajian ini di samping mendapatkan beberapa gambaran umum

berkaitan pengaruh faktor demografi terhadap hasil kajian.

Jadual 6. Demografi Responden

Kekerapan (F) Peratus (%)

Jantina

Lelaki 223 43.4

Perempuan 291 56.6

Jumlah 514 100.0

Umur

18 tahun ke bawah 39 7.6

19 – 25 tahun 132 25.7

26 tahun ke atas 343 66.7

Jumlah 514 100.0

Kelayakan akademik

Sarjana Muda 68 13.2

Pra-Universiti 45 8.8

SPM 194 37.7

PMR 55 10.7

UPSR 58 11.3

Lain-lain 94 18.3

Jumlah 514 100.0

Tahun memeluk Islam

Setahun ke bawah 64 12.5

2 – 3 tahun 88 17.1

4 – 5 tahun 97 18.9

6 tahun ke atas 265 51.6

Jumlah 514 100.0 Sumber: Soal Selidik, 2017

Hasil kajian menunjukkan sebahagian besar responden golongan asnaf

mualaf di Malaysia terdiri daripada perempuan iaitu seramai sebanyak 56.6

peratus. Manakala jumlah responden golongan asnaf mualaf lelaki pula adalah

sebanyak 43.4 peratus. Ini menunjukkan responden golongan asnaf mualaf

perempuan merupakan majoriti dalam kajian ini iaitu berjumlah 291 orang

daripada 514 orang keseluruhan responden golongan asnaf mualaf. Manakala

umur responden dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu 18 tahun ke bawah,

19-25 tahun, 26 tahun ke atas. Hasil kajian menunjukkan daripada jumlah 514

responden, paling banyak ditunjukkan oleh responden yang berada dalam

kumpulan umur 26 tahun ke atas iaitu sebanyak 66.7 peratus (343 orang),

diikuti dengan kumpulan umur 19-25 tahun iaitu sebanyak 25.7 peratus (132

orang). Manakala responden yang paling kecil bilangannya ialah kumpulan

umur 18 tahun ke bawah iaitu sebanyak 7.6 peratus (39 orang). Daripada segi

Page 25: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

146 /Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

kelayakan akademik, hasil kajian menunjukkan sejumlah 13.2 peratus iaitu

seramai 68 orang berkelulusan Sarjana Muda, 8.8 peratus (45 orang)

berkelulusan Pra-Universiti, sejumlah 37.7 peratus atau seramai 194 orang

dengan kelulusan SPM, sejumlah 10.7 peratus atau 55 orang dengan kelayakn

PMR, sejumlah 11.3 peratus atau 58 orang berkelayakan UPSR dan seramai 94

orang atau 18.3 peratus dengan lain-lain kelayakan akademik. Ini

menunjukkan majoriti kelayakan akademik responden adalah terdiri daripada

SPM. Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh golongan asnaf mualaf

berkaitan tahun memeluk Islam, majoriti responden iaitu sebanyak 265 orang

(51.6%) telah memeluk Islam selama enam tahun ke atas, seramai 97 orang

(18.9%) responden memeluk Islam dalam tempoh empat ke lima tahun,

manakala seramai 88 orang (17.1%) responden memeluk Islam antara dua ke

tiga tahun dan berbaki 64 orang (12.5%) responden memeluk Islam dalam

tempoh setahun ke bawah.

Profil responden mengikut pendapatan isi rumah (bulanan)

dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu RM 3,860 dan ke bawah (B40), RM

3,861-RM 8,319 (M40) dan RM 8,320 dan ke atas (T20). Hasil kajian

menunjukkan sebahagian besar pendapatan isi rumah (bulanan) responden

golongan asnaf mualaf di Malaysia terdiri daripada pendapatan RM3,860 dan

ke bawah iaitu seramai sebanyak 93.6 peratus (481 orang). Manakala

responden yang paling kecil bilangannya ialah kumpulan pendapatan RM8,320

dan ke atas iaitu sebanyak 1.4 peratus (7 orang) dan diikuti dengan kumpulan

pendapatan RM3,861- RM8,319 iaitu sebanyak 5.1 peratus (26 orang). Dari

segi bantuan pembiayaan zakat pendidikan, hasil kajian menunjukkan majoriti

responden iaitu sebanyak 390 orang (75.9%) responden tidak menerima

bantuan pembiayaan zakat dari mana-mana pihak, manakala baki seramai 124

orang (24.1%) responden lagi telah pernah menerima bantuan pembiayaan

zakat pendidikan dari pihak yang perlbagai. Berikut adalah antara senarai

institusi yang membiayai pendidikan responden menerusi dana zakat untuk

pembiayaan pendidikan. Antaranya ialah Astin College, Baitulmal, Darul

Hidayah Penaga, IDIP, ILDAS & Saadah, KFAM-KLANG, Kolej Dar al-

Hikmah Kajang, Kolej Perubatan, Kompleks al-Saadah, Kolej Universiti Islam

Selangor (KUIS), LZS, Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Majlis Agama

Islam Negeri Sembilan (MAINS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),

Kerajaan Negeri Johor, OUM Bangi, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

(PERKIM) Negeri Kedah, PERTUMA, PUSBA, Universiti Teknologi MARA

(UiTM) Perak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Wilayah

Persekutuan, Zakat Negeri Sembilan dan Zakat Negeri Perak.

Jadual 7. Taburan kecenderungan pilihan bidang pengajian responden

golongan asnaf mualaf

Pilihan bidang pengajian Kekerapan (F) Peratus (%)

Aliran akademik 280 54.5

Aliran kemahiran 234 45.5

Jumlah 514 100.0 Sumber: Soal Selidik, 2017

Page 26: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

Dana Zakat untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia /147

Kecenderungan pilihan aliran pendidikan: Berdasarkan Jadual 7, kajian ini

mendapati kecenderungan pilihan bidang pengajian oleh mualaf adalah hampir

seimbang namun majoriti mualaf memilih aliran akademik berbanding aliran

kemahiran. Seramai 280 orang mualaf (54%) berminat dengan aliran akademik

berbanding seramai 234 orang mualaf (45.5%) memilih aliran kemahiran.

Hasil kajian ini jelas menunjukkan aliran akademik adalah pilihan majoriti

oleh asnaf mualaf.

Faktor penentu pemilihan aliran pendidikan: Secara keseluruhan, Jadual 8

menunjukkan kesemua skor tahap faktor-faktor pemilihan aliran pendidikan

akademik dalam kalangan responden berada pada tahap ‘sederhana’ dengan

faktor utama iaitu faktor “motivasi dan minat” (min =3.69), diikuti dengan

faktor “persekitaran dan dorongan luar” (min = 3.66), faktor “konsep dan

pelaksanaan aliran pendidikan” (min = 3.58), “faktor peluang kerjaya” (min =

3.57) dan yang terakhir dengan faktor “personaliti dan kebolehan” (min =

3.52). Manakala kesemua skor tahap faktor-faktor kepada pemilihan aliran

pendidikan kemahiran dalam kalangan responden juga adalah berada pada

tahap ‘sederhana’ dengan faktor utama iaitu faktor “peluang kerjaya” (min =

3.58), diikuti dengan faktor “konsep dan pelaksanaan aliran pendidikan” (min

= 3.58), faktor “persekitaran dan dorongan luar” (min = 3.47), faktor “motivasi

dan minat” (min = 3.45) dan faktor yang terakhir iaitu faktor “personaliti dan

kebolehan” (min = 3.39). Nilai purata min untuk aliran akademik ialah bernilai

3.60 berbanding nilai min keseluruhan aliran kemahiran iaitu bernilai 3.49. Ini

menunjukkan persepsi faktor pemilihan oleh mualaf aliran akademik adalah

lebih tinggi berbanding aliran kemahiran tetapi kedua-duanya masih di tahap

sederhana. Manakala nilai GAP min antara aliran akademik dan kemahiran

menunjukkan hanya faktor ‘peluang kerjaya’ yang menunjukkan mualaf lebih

tinggi keyakinan prospek kerjaya dalam aliran kemahiran (0.01) dan tiada

perbezaan persepsi antara kedua-dua aliran terhadap faktor ‘konsep dan

perlaksanaan aliran pendidikan’.

Page 27: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

148 /Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

Jadual 8. Tahap skor faktor-faktor pemilihan dalam pendidikan aliran akademik

Akademik Kemahiran

Faktor Min1

Tahap2

Min1

Tahap2

Nilai GAP3

Faktor Motivasi dan Minat 3.69 Sederhana 3.45 Sederhana 0.24

Faktor Personaliti dan Kebolehan 3.52 Sederhana 3.39 Sederhana 0.13

Faktor Konsep dan Pelaksanaan Aliran Pendidikan 3.58 Sederhana 3.58 Sederhana 0.00

Faktor Persekitaran dan Dorongan Luar 3.66 Sederhana 3.47 Sederhana 0.19

Faktor Peluang Kerjaya 3.57 Sederhana 3.58 Sederhana -0.01

Purata 3.60 Sederhana 3.49 Sederhana 0.11 Nota: 1 berasaskan skala seperti berikut: 1 sangat tidak setuju; 2 tidak setuju; 3 sederhana; 4 setuju; 5 sangat setuju

2 Skala Tahap Persetujuan; < 2.4; Rendah; 2.41-3.80; Sederhana; >3.81 Tinggi

3 Nilai GAP: Min Akademik – Min Kemahiran

Sumber: Soal Selidik, 2017

Jadual 9. Taburan dapatan ujian psikometri pemilihan kerjaya responden golongan asnaf mualaf

Pilihan bidang pengajian3

Ujian psikometri2 pemilihan kerjaya Perbezaan (F)

1

Pilihan bidang pengajian Kekerapan

(F)

Peratus

(%)

Kekerapan

(F)

Peratus

(%)

Kekerapan

(F)

Peratus

(%)

Aliran akademik 280 54.5 266 51.8 14 2.7

Aliran kemahiran 234 45.5 248 48.2 -14 -2.7

Jumlah 514 100.0 514 100.0 Nota: 1 Perbezaan nilai kekerapan (F) antara nilai (F) pilihan pengajian – nilai (F) ujian psikometri

2 berdasarkan Holland Code 3 berdasarkan Jadual 7

Sumber: Soal Selidik, 2017

Page 28: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

Dana Zakat untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia /149

Kecenderungan minat mualaf terhadap aliran pengajian dan perbandingan

dengan model Holland’s code: Bagi menentusahkan hasil dapatan kajian ini,

ujian pentaksiran minat kerjaya dilaksanakan menggunakan inventori RIASEC

model Holland’s code. Secara keseluruhannya, daripada 514 orang responden

yang terlibat, hasil kajian mendapati majoriti responden iaitu sebanyak 266

orang (51.8%) lebih cenderung kepada aliran kerjaya bersifat akademik,

manakala bakinya seramai 248 orang (48.2%) responden lagi lebih cenderung

kepada aliran kerjaya bersifat kemahiran. Berbanding dengan pilihan bidang di

Jadual 7, kajian mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara pemilihan

aliran pengajian dan pengesahan pemilihan aliran pengajian berdasarkan

model Holland’s code. Nilai perbezaan bilangan mualaf yang minat aliran

akademik dengan pengesahan pilihan oleh model Holland’s code hanya

pertambahan seramai 14 orang mualaf yang melibatkan perbezaan tambahan

sebanyak 2.7 peratus. Manakala bagi aliran kemahiran pula, perbezaannya

adalah berlaku pengurangan bilangan mualaf seramai 14 orang dan peratusan

pengurangan sebanyak 2.7 peratus. (lihat Jadual 9).

Perbincangan dan Implikasi Dasar

Berdasarkan hasil dapatan kajian, penyelidik mendapati bahawa majoriti asnaf

mualaf cenderung memilih aliran pendidikan akademik berbanding pendidikan

aliran kemahiran iaitu dengan kadaran 54.5 peratus berbanding 45.5 peratus.

Daripada lima faktor yang dikenalpasti menjadi sebab kepada kecenderungan

pemilihan tersebut, faktor “motivasi dan minat” didapati menjadi faktor utama,

diikuti faktor “persekitaran dan dorongan luar”, faktor “konsep dan

pelaksanaan aliran pendidikan”, faktor “peluang kerjaya” dan faktor

“personaliti dan kebolehan”. Menarik untuk diperhatikan juga bahawa dalam

kalangan asnaf mualaf, walaupun majoriti cenderung memilih pendidikan

aliran akademik, namun ramai yang mempercayai bahawa pendidikan aliran

kemahiran memberikan “peluang kerjaya” berdasarkan nilai gap 0.008 seperti

dalam Jadual 8. Langkah penentusahan hasil dapatan kaji selidik (iaitu

kecenderungan pemilihan aliran akademik) dilakukan melalui pentaksiran

ujian pikometri minat kerjaya menggunakan inventori RIASEC model

Holland’s code. Hasil pentaksiran keseluruhan didapati selari dengan hasil

dapatan melalui kaji selidik. Majoriti golongan asnaf mualaf cenderung kepada

minat kerjaya bersifat akademik berbanding kerjaya bersifat kemahiran di

mana nilai gap 2.7 peratus mengindikasikan perbezaan antara kedua-dua

kecenderungan tersebut.

Kajian ini merupakan langkah awal dalam mengenalpasti

kecenderungan aliran pendidikan oleh asnaf mulaf. Kerangka kajian ini juga

dapat diaplikasikan kepada golongan mualaf daripada latar belakang berbeza

samada daripada pusat latihan mualaf yang lain ataupun institusi-institusi yang

berbeza daripada yang disasarkan dalam kajian ini. Penyelidik menyedari

bahawa kajian terhadap beberapa dimensi lain yang berkaitan perlu dilakukan

untuk masa akan datang sebagai lanjutan daripada kajian ini. Apabila meneliti

Page 29: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

150 /Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

hasil kajian ini iaitu kecenderungan asnaf mualaf memilih aliran pendidikan

akademik, persoalan lain yang timbul adalah apakah jenis pendidikan aliran

akademik yang sesuai dengan golongan asnaf mualaf? Bagaimana struktur

yang terbaik untuk aliran pendidikan akademik bagi golongan ini? Institusi

manakah setakat ini ada menyediakan model pendidikan aliran akademik yang

dapat memenuhi keperluan golongan sasar ini? Sejauh manakah kebolehan dan

keupayaan mereka dalam menempuh pendidikan aliran akademik serta

cabaran-cabaran yang mereka hadapi?

Di samping itu, memandangkan kajian ini berada dalam domain ‘kajian

persepsi’, dicadangkan juga kajian lapangan yang lebih spesifik dan mendalam

terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan pemilihan aliran

akademik oleh golongan mualaf ini. Metodologi kajian yang berbeza dan

instrumen yang bervariasi dapat diaplikasikan selanjutnya. Dalam

perkembangan yang sama, ‘pemetaan’ terhadap taburan pembiayaan dana

zakat dan kajian keberkesanannya juga wajar dilakukan, memandangkan

kepelbagaian skim dan program pembiayaan pendidikan menggunakan dana

zakat pendidikan oleh otoriti keagamaan dan institusi zakat negeri-negeri di

Malaysia. Merujuk kepada hasil dapatan kajian ini, diajukan beberapa usul

sebagai saranan pihak-pihak terbabit, melibatkan individu asnaf mualaf, pihak

otoriti agama dan institusi pengurusan zakat. Bagi pihak individu asnaf sendiri,

mereka perlulah mengetahui secara sedar akan kecenderungan aliran

pendidikan yang ingin mereka ceburi. Dalam perkembangan yang sama, pihak

otoriti agama dan institusi pengurusan zakat negeri-negeri – sebagai badan

yang bertanggungjawab menguruskan agihan dan pemberian dana zakat

pendidikan – pula disarankan untuk mengenalpasti secara objektif tentang

kecenderungan pemilihan aliran akademik golongan ini melalui penilaian yang

sistematik terhadap pengenalpastian personaliti, minat dan kecenderungan

aliran pendidikan seterusnya merancang laluan kerjaya mereka masing-

masing. Setidak-tidaknya kajian ini telah berusaha membangun suatu model

instrumen penilaian kecenderungan pemilihan aliran pendidikan ya

Selain itu, pihak otoriti agama melalui badan pelaksananya

merangkumi institusi pengurusan zakat perlu melakukan penilaian semula

terhadap skim bantuan zakat pendidikan yang ditawarkan selama ini

khususnya yang berkaitan dengan aliran pendidikan dan struktur pengajian

yang lebih berfokus. Daripada itu, pihak otoriti agama bersama pusat latihan

mualaf dan juga institusi pengajian tertentu dapat mencari jalan dan strategi

bersama dalam membangun polisi, rencana dan program yang mengambilkira

keperluan terkini golongan asnaf khususnya asnaf mualaf agar tujuan

pengagihan zakat pendidikan akan lebih baik. Kajian ini juga mengusulkan

kepada pihak pengurusan zakat agar melakukan pentaksiran terhadap skim dan

program pembiayaan pendidikan melalui dana zakat terutama dalam

menyediakan data-data empirik bagi memudahkan penelitian lanjut dilakukan.

Sesungguhnya, menggalas amanah umat dalam pengurusan dan pengagihan

zakat termasuk zakat pendidikan bagi membantu memenuhi keperluan

golongan asnaf mualaf tidak boleh dipandang enteng dan mestilah dirangka

secara objektif dan teliti, bukan sekadar duga-dugaan semata. Ini merupakan

Page 30: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

Dana Zakat untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia /151

tanggungjawab yang perlu dipenuhi demi maslahat umat bersendikan prinsip

maqasid syariah dalam pensyariatan ibadah zakat.

Kesimpulan

Keedaran dan kepekaan umat terhadap maqasid syariah atau tujuan-tujuan

penyariatan dalam Islam menuntut otoriti agama dan institusi pengurusan

zakat negeri-negeri di Malaysia untuk lebih peka terhadap pengendalian

program dan rencana zakat pendidikan untuk golongan asnaf mualaf mencapai

matlamatnya sesuai dengan maqsud pensyariatan zakat itu sendiri yang antara

lainnya adalah untuk membangun sosio-ekonomi golongan asnaf mualaf di

Malaysia. Oleh yang demikian, penekanan terhadap kehendak dan keperluan

semasa golongan asnaf mualaf khususnya dalam aspek kecenderungan

pemilihan aliran pendidikan adalah suatu aspek yang perlu dititikberatkan.

Kajian ini telah meninjau kecenderungan golongan asnaf mualaf terhadap

aliran pendidikan sama ada aliran akademik atau aliran kemahiran dan

mengenalpasti faktor-faktor kecenderungan pemilihan tersebut dengan

pengaplikasian pendekatan kuantitatif. Daripada sampel 514 orang asnaf

mualaf yang terdiri daripada para pelajar empat buah institusi latihan dakwah

di Malaysia, asnaf mualaf didapati cenderung memilih pendidikan aliran

akademik berbanding aliran kemahiran dengan faktor utama ‘motivasi dan

minat’. Dapatan ini adalah selari dengan hasil ujian pentaksiran minat kerjaya

di mana majoriti responden cenderung kepada pendidikan aliran akademik.

Justeru, cabaran semasa dewasa ini menuntut pihak berotoriti untuk menyemak

semula skim pembiayaan zakat pendidikan yang diwujudkan dengan

berbasiskan data-data kajian yang objektif, agar lebih releven dan signifikan

dalam menyelesaikan masalah dan kemelut yang dihadapi golongan asnaf

mualaf ini serta memastikan polisi dan rencana pengagihan zakat pendidikan

menjadi lebih efektif dan memberikan kesan yang pragmatik.

Rujukan

Abd Halim & Mohd Saladin (2011). “Pengurusan Agihan Zakat”, Fiqh Zakat Malaysia.

Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ), Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Aishah M, Junaida I, Muna A. J, Siti Rafidah M. D, and Kamaruzaman Jusoff, (2011).

Conversion Patterns among Mualafs at Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul

Halim Mu’azam Syah Negeri Kedah Darul Aman. Elixir Soc. Sci.34 (2011):

2509–2511.

Azman, A.R, Irwan, M.S, Nuradli Ridzwan Shah, M.D, Mahazan, A.M, Wan Mohd.

Fazrul Azdi, W.R, Rose Irnawaty, Ibrahim & Norlina Ismail (2015) Skim

Bantuan Zakat Asnaf Mualaf: Satu Analisis Kontemporari di Malaysia.

Kongres Pendidikan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (ECNA 2015), 11 Jun 2015,

Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia

(USIM).

Azman Ab Rahman dan Ainatul Syafiqah Mohd Din, Bantuan Zakat Pendidikan kepada

Asnaf: Kajian di negeri Sembilan. Proceeding of the International Conference

on Masjid, Zakat and Waqaf (IMAF 2015). Dec 2015

Page 31: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

152 /Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

Azman Ab Rahman dan Siti Martiah Anwar (2014). Zakat Pendidikan kepada

Golongan Asnaf di Malaysia: Peranan dan Cabarannya pada Masa Kini,

Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqaf

(IMAF 2014) Dec 2014. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Azman Ab Rahman dan Siti Martiah Anwar (2014). Dana Zakat dalam Pendidikan

Asnaf dan Sumbangannya Terhadap Ekonomi Malaysia. Prosiding PERKEM

ke-9, 208-215

Azman Ab Rahman, Ummu Salamah Ahmad, Tengku Mansur Bin Tengku Zainal

Abidin (2014). Skim Bantuan Zakat Kepada Muallaf Oleh Institusi Zakat di

Malaysia: Satu Tinjauan Awal. Proceeding of the International Conference on

Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2014), Dec 2014

Azman Ab Rahman, Hasanah Abd Khafidz, Zahari Mahad Musa, Irwan Mohd Subri,

Nor Asiah Yaakub & Siti Martiah Anwar (2017). Keperluan Kepada Skim

Bantuan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) atau Lifelong Learning untuk

Fakir Miskin Menerusi Zakat. Proceedings of the International Conference on

Islam, Development and Social Harmony in Southeast Asia 2017. Faculty of

Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Malaysia

and Academy of Islamic and Arabic Studies, Princess of Naradhiwas

University, Thailand

Boon, Y., & Ilias, S. Z. M (2011). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan

Profesion Perguruan di Kalangan Pelajar Tahun 4 Perdana, Jabatan Pendidikan

Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan UTM. Journal of Technical,

Vocational and Engineering Education, 1, 22-40/ISSN: 2231-7376

Coulter-Kern, R. G., Coulter-Kern, P. E., Schenkel, A. A., Walker, D. R., & Fogle, K.

L. (2013). Improving Student‟s Understanding of Career Decision-making

through Service Learning. College Student Journal, 47(2).

Debra Adrian (2007). Hubungan antara Personaliti Warna denganPersonaliti Minat

Kerjaya. Universiti Malaysia Sarawak: Tesis Sarjana Muda

Fuadah Johari, Muhammad Ridhwan Ab. Aziz, Mohd Faisol Ibrahim, Ahmad Fahme

Mohd Ali (2014). Zakat Distribution and Programme for Sustaining Muallaf

Belief and Thought. Jurnal Teknologi (Social Sciences) 66:1 (2014), 35–43

Hamat, R. (2001). Fungsi Program Persediaan Kerjaya: Satu Kajian Kes di Kalangan

Siswazah Program Sarjana Pendidikan (Teknikal) KuiTTHO. Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.

John L. Holland (1980), Making Vocational Choices: A Theory Of Careers, New

Jersey: Prentic-Hal.

Mahyuddin Haji Abu Bakar & Abdullah Haji Abd. Ghani. (2011). Towards Achieving

the Quality of Life in the Management of Zakat Distribution to the Rightful

Recipients (The Poor and Needy). International Journal of Business and Social

Science. 2(4): March 2011.

Mohamad Fhaizal Mohamad Bukhori, Rohaiza Daud, Nur Fazliana Rahim, Nor

Amalina Ahmad, Mohd Aminudin Mustapha, Farah Liyana Azizan, Mohd

Alhafiizh Zailani & Dhana Jay Raja Gopal (2015). Kajian Empirikal Awal

Terhadap Pola Kecenderungan Pemilihan Aliran Pengajian Peringkat Pra-

Universiti oleh Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Jurnal

Personalia Pelajar 18(1)(2015): 23 – 34

Mohd Helmi Ali, Azman Ismail, Norhidayah Suleiman & Mohammad Azrul Tajuddin

(2016). Faktor Pemilihan Kerjaya di Kalangan Pelajar Universiti Kebangsaan

Malaysia: Satu Panduan untuk Industri. Jurnal Personaliti Pelajar 19

(2)(2016): 9-15

Page 32: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

Dana Zakat untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia /153

Pallant, J. (2007). SPSS Survival Manual A Step by Step Guide to Data Analysis using

SPSS 3rd ed. Allen and Unwin.

Razaleigh Muhamat@Kawangit, Marlon Pontino Guleng (2014). Respon Muallaf

Terhadap Pendidikan Dan Latihan Amali yang Dilaksanakan oleh Institut

Dakwah Islamiah PERKIM, Kota Bharu Kelantan. Prosiding Seminar

Antarabangsa Dakwah & Etnik 2014: Da'wah & Ethnicity: Multidisciplinary

Perspective. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sarip bin Adul (2014). Sumber Pengetahuan Beragama dan Tahap Kefahaman Muallaf

di Bahagian Pantai Barat Sabah. Prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah &

Etnik 2014: Da'wah & Ethnicity: Multidisciplinary Perspective. Bangi:

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Fathimatul Zahrah binti Yusri & A’thiroh Masyaa’il Tan binti Abdullah @ Tan Ai

Pow (2015). Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Muallaf : Satu

TinjauanLiteratur. Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan

Ummah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Martiah Anwar, Azman Ab Rahman, Nor Asiah Yaakub, Mohd Faez Abu Bakar

(2014). Bantuan Zakat Pendidikan kepada Golongan Asnaf: Kajian

Perbandingan antara Negeri Sembilan dan Negeri Selangor, Muktamar Waqaf

Iqlimi 2014, Universiti Sains Islam Malaysia.

Siti Noorjannah Binti Abd Gani dan Yusfaiza Binti Yussoff (2015) Keselarasan Antara

Personaliti Dan Pemilihan Kerjaya: Satu Kajian Di Sekolah Tunas Bakti Teluk

Air Tawar

Zairoslawanee Zaib (2014). Pemilihan Kerjaya Pelajar Tingkatan 6 Atas di Sekolah

Menengah Kluster di Kelantan. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Ijazah

Sarjana

Lampiran

Jadual 3. Saiz Sampel, Tahap Keyakinan dan Ralat Persampelan

Saiz Populasi Keseluruhan

(N)

Ralat Persampelan 5%

dengan Tahap Keyakinan 95%

Saiz Sampel

(S)

50 44

100 79

200 132

500 217

1,000 278

2,000 322

5,000 357

10,000 370

20,000 377

50,000 381

100,000 383

1,000 000 384 Sumber: Diadaptasi daripada Cohen, L. et al. (2001)

Page 33: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil

154 /Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

Jadual 4. Analisis Skala Likert

Skor min Interpretasi

0.00 hingga 1.50 Sangat Tidak Setuju

1.51 hingga 2.50 Tidak Setuju

2.51 hingga 3.50 Sederhana Setuju

3.51 hingga 4.50 Setuju

4.51 hingga 5.00 Sangat Setuju Sumber: Mohammad Najib (1999)

Jadual 5. Interpretasi skor min bagi melaporkan dapatan deskriptif statistik

Skor min Interpretasi

1.00 hingga 2.40 Rendah

2.41 hingga 3.80 Sederhana

3.81 hingga 5.00 Tinggi

Sumber: Bahril B. Balli & Wahid Razzaly (2010)

Page 34: Pengurusan Zakat - ukm.my kerja/perkem2017-muhammad haffiz.pdf · Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil