universiti teknologi malaysia...iv penghargaan segala puji bagi allah s.w.t, pentadbir sekalian...

24
TAHAP AMALAN PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN (PPK) GURU PELATIH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) NORASHIKIN BINTI MIZAL @ MIZAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 12-Mar-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah s.w.t, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Illahi

TAHAP AMALAN PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN (PPK)

GURU PELATIH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

NORASHIKIN BINTI MIZAL @ MIZAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah s.w.t, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Illahi

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2009/ 2010

SAYA NORASHIKIN BINTI MIZAL @ MIZAN

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

Alamat Tetap :

Nama Penyelia

Tarikh: 23 APRIL 2010 Tarikh: 23 APRIL 2010

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai

SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan

atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana

Muda (PSM).

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

TAHAP AMALAN PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN (PPK)

GURU PELATIH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

(HURUF BESAR)

EN MOHD ALI BIN IBRAHIM

NO 56, FELDA PALONG 3

73460 GEMAS

NEGERI SEMBILAN

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah s.w.t, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Illahi

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik )”

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah s.w.t, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Illahi

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan

yang setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”.

Tandatangan :

Nama Penulis : NORASHIKIN BINTI MIZAL @MIZAN

Tarikh :

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah s.w.t, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Illahi

iii

DEDIKASI

Buat mak dan ayah, insan yang teristimewa serta semua ahli keluarga yang tersayang

Kasih sayang kalian memberi semangat kepadaku

Untuk meneruskan perjuangan ini

Doa kalian memberi kekuatan sehingga aku berjaya menerima segulung ijazah

Sekalung terima kasih di atas dorongan dan sokongan kalian

Buat pensyarah pembimbing, serta pansyarah yang menjagar selama ini

Tunjuk ajar yang kalian berikan amat bermakna

Terima kasih di atas ilmu yang dicurahkan

Jutaan terima kasih juga buat rakan–rakan, khususnya Fadilah, Farah, Ain, Shidah dan 4

SPF

Segala tunjuk ajar, dorongan dan nasihat

Akan ku kenang selama-lamanya…

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah s.w.t, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Illahi

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah s.w.t, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas

Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Illahi dengan izinNya, akhirnya

dapat juga saya menyiapkan projek sarjana muda ini.

Pertamanya, saya ingin merakamkan setinggi – tinggi penghargaan kepada

pensyarah pembimbing PSM yang dihormati, iaitu En Mohd Ali bin Ibrahim kerana telah

banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam proses menyiapkan PSM ini.

Kesabaran yang di tunjukkan dalam memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu amatlah saya

hargai.

.

Tidak lupa juga, ucapan terima kasih buat emak, ayah dan keluarga di atas

sokongan, dorongan dan doa kalian yang mengiringi saya selama ini. Tanpa doa dan

sokongan kalian adalah sukar untuk saya menyiapkan kajian ini.

Terima kasih juga buat bekas guru pelatih UTM sesi 08/09 yang telah memberi

kerjasama yang tidak berbelah bahagi sepanjang kajian ini. Terima kasih juga buat rakan

–rakan sekuliah yang memberi nasihat dan sokongan sehingga kajian ini selesai. Terima

kasih.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah s.w.t, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Illahi

v

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat tahap amalan PPK guru pelatih serta

menentukan adakah terdapat perbezaan yang antara program yang diikuti dengan tahap

amalan PPK responden. Seramai 345 guru pelatih UTM sesi 08/09 terlibat dalam kajian

ini, dan dibahagikan kepada tiga jabatan yang berlainan iaitu Jabatan Pendidikan Sains

dan Matematik, Jabatan Pendidikan Sains Sosial serta Jabatan Pendidikan Teknikal dan

Kejuruteraan. Data yang diperolehi mengenai tahap amalan PPK guru pelatih diperolehi

dari satu set instrumen yang mengandungi kelima-lima komponen PPK. Komponen

tersebut adalah, pengetahuan guru terhadap kurikulum, isi kandungan, kaedah dan

strategi pengajaran, pemahaman pelajar serta kaedah penilaian. Komponen- komponen

ini mengikut model yang dikemukakan oleh Magnusson. Nilai kebolehpercayaan bagi

soal selidik adalah α= 0.830. Sebanyak 20 soalan dijawab oleh responden bagi menguji

kelima-lima komponen tersebut. Dapatan kajian menunjukkan min amalan PPK guru

pelatih ialah 2.23 yang memberikan tahap amalan yang baik. Berdasarkan ujian-t yang

dilakukan terhadap Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) dan tahap amalan PPK guru

pelatih nilai p = 0.70 (p>α 0.05) menunjukkan tidak terdapat perbezaan terhadap tahap

amalan PPK berdasarkan PNGK yang diperolehi. Merujuk kepada dapatan ujian-t

terhadap tahap amalan PPK dengan gred semasa latihan mengajar nilai p = 0.11 (p>α

0.05), juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan amalan PPK berdasarkan gred latihan

mengajar. Selain itu, melalui ujian anova yang dilakukan terhadap tahap amalan PPK

berdasarkan program yang diikuti memberikan nilai singnifikan p=0.00 (p<α 0.05). Nilai

signifikan menunjukkan terdapat perbezaan tahap amalan PPK mengikut program yang

diikuti semasa latihan mengajar. Guru pelatih bagi program sains dan matematik

memperolehi min 2.15, manakala program sains teknik dan kejuteraan memberikan min

2.23 dan program sains sosial memberikan min 2.37. Walaupun nilai min yang berbeza

diperolehi adalah berbeza tetapi tahap amalan PPK bagi responden yang mengikuti

ketiga-tiga program ini adalah baik.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah s.w.t, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Illahi

vi

ABSTRACT

This study was conducted to determine the practices level of PCK among the pre-

service teacher and determine whether there is exist differences between all courses and

their practices level of the PCK. There are 345 respondents involved in this study, who

did their practical teaching in 08/09 session in UTM. The entire respondents are divided

into three departments which are Department of Science and Mathematics Education,

Department of Social Science Education and Department of Technical and Engineering

Education. The data was obtained from a set of questionnaire that consists of five

components of PCK. The components are teachers' knowledge of curriculum, content,

methods and teaching strategies, student understanding and assessment methods. The

components are constructed according to the model by Magnusson. The reliability for

questionnaires are α = 0.830. There were 20 questions answered by respondent to test

the five components. Research findings indicate that the mean value of the practices

level of PCK is 2.23 which indicate a good level. Based on t-test according to the

practices level of the PCK and Cumulative Pointer Achievement (CPA) p = 0.70 (p>α

0.05) also indicate that there are no significant differences between CPA and practices

level of the PCK. Based on t-test according practices level of PCK and grade of

practical teaching p = 0.11 (p>α 0.05) means that there was no differences of practes

level of the PCK and grade in teaching practice in training program. Besides that,

according to ANOVAs test between course under each department and practices level of

the PCK give the significant value of p=0.00 (p<α 0.05), means that there are significant

differences between course and the practice level of practicing the PCK. For pre-service

teacher from science and mathematics department the mean obtained is 2.15, while the

technical and engineering course obtained mean of 2.23 and science social course and

social obtain mean of 2.37. The means obtain for three course although have different

value; it still indicates good practices level of the PCK for those courses.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah s.w.t, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Illahi

vii

KANDUNGAN

BAB Perkara

Muka Surat

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL KAJIAN i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL / RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah

1.2.1 Kualiti guru

1.2.2 Masalah yang dihadapi

Semasa mengajar

3

5

1.3 Penyataan Masalah 6

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah s.w.t, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Illahi

viii

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Rasional dan Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Amalan

1.9.2 Tahap Pengetahuan

1.9.3 Pedagogi

1.9.4 Kandungan

1.9.5 Program Teknikal dan

Kejuruteraan

1.9.6 Program Sains Sosial

1.9.7 Program Sains dan

Matematik

1.9.8 Guru Pelatih

11

11

11

11

12

12

12

13

2.0 Rumusan

13

2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan 15

2.2 Pengetahuan Kandungan 15

2.3 Pengetahuan Pedagogi Kandungan

(PPK)

2.3.1 Matlamat Pengajaran Sesuatu

Pembelajaran

2.3.2 Pengetahuan Tentang Kurikulum

2.3.3 Pengetahuan Tentang Kefahaman

Pelajar

17

18

18

18

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah s.w.t, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Illahi

ix

2.3.4 Pengetahuan Tentang Strategi

Pembelajaran

2.3.5 Pengetahuan Tentang Kaedah Penilaian

19

20

2.4 Pengaruh PPK Guru Terhadap Proses

Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah

21

2.5 Hubungan di antara PPK Guru

dengan Tahap Keyakinan Pengajaran

22

2.6 Tahap Pelaksanaan PPK Guru Pelatih 24

2.7 Permasalahan Guru Pelatih dalam

Pengajaran

2.7.1 Membuat Persediaan

2.7.2 Membina Alat/ Bahan Bantu

Mengajar

2.7.3 Pengetahuan Isi Pengajaran

2.7.4 Pengetahuan Tentang Pelajar

2.7.5 Persekitaran Pembelajaran

24

25

25

25

26

26

2.8 Rumusan

27

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 28

3.2 Reka Bentuk Kajian 29

3.3 Responden Kajian 29

3.4 Instrumen Kajian 30

3.5 Prosedur Kajian

3.5.1 Kajian Rintis

3.5.2 Kajian Sebenar

37

38

40

3.6 Andaian Kajian 41

3.7 Analisis Kajian 41

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah s.w.t, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Illahi

x

3.8 Rumusan

43

4 ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 44

4.2 Analisis Data

4.2.1 Latar Belakang Responden

4.2.2 Persekitaran Sekolah

4.2.3 Taburan Pencapaian Responden

45

45

46

47

4.3 Amalan Guru Pelatih Terhadap Lima

Komponen PPK

47

4.4 Adakah Terdapat Perbezaan Amalan PPK Guru

Pelatih UTM Mengikut Program

49

4.5 Analisis ujian- t 50

4.6 Rumusan

52

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pendahuluan 53

5.2 Rumusan Perbincangan Kajian

5.2.1 Tahap Amalan PPK

54

54

5.2.2 Pencapaian Responden 55

5.2.3 Persoalan Kajian I 55

5.2.4 Persoalan Kajian II

5.2.5 Persoalan Kajian III

56

58

5.3 Faktor Lain Yang Mempengaruhi Amalan PPK

Guru Pelatih

58

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah s.w.t, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Illahi

xi

5.3.1 Persekitaran Sekolah

5.3 2 Faktor Bimbingan Ketika Latihan

Mengajar

69

60

5.4 Percanggahan Dapatan Kajian dengan Kajian

Lain

60

5.5 Cadangan dan Pemulihan 62

5.6 Cadangan untuk Kajian Lanjut 63

5.7 Rumusan

64

RUJUKAN 65-70

LAMPIRAN 71-74

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah s.w.t, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Illahi

xii

SENARAI JADUAL

No. Jadual Tajuk Muka Surat

3.1 Pengetahuan dan kepercayaan guru tentang tujuan

matlamat sesuatu matapelajaran.

31

3.2 Pengetahuan tentang isi kandungan pelajaran 33

3.3 Pengetahuan guru tentang kefahaman pelajar 34

3.4 Pengetahuan guru tentang strategi dan

penyampaian

35

3.5 Pengetahuan guru tentang kaedah penilaian 36

3.7.1. Pembahagian pelajar mengikut bidang 41

3.7.2 Jadual analisis taburan pencapaian responden 42

3.7.3 Jadual rujukan analisis amalan PPK guru pelatih 43

4.1 Menunjukkan bilangan responden yang terliba

mengikut bidang yang diikuti

45

4.2 Pendapat responden terhadap persekitaran sekolah 46

4.3 Pendapat responden terhadap bimbingan ketika

latihan mengajar

46

4.4 Taburan pencapaian responden 47

4.5 Tahap amalan responden terhadap kelima- lima

komponen PPK

48

4.6 Amalan responden terhadap PPK mengikut

program

49

4.7 Penganalisisan menggunakan ujian Anova terhadap

tahap amalan PPK merentas program

49

4.8 Penganalisisan menggunakan ujian-t terhadap gred

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah s.w.t, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Illahi

xiii

latihan mengajar dan amalan PPK guru pelatih 51

4.9 Penganalisisan menggunakan ujian-t terhadap

PNGK dan amalan PPK guru pelatih

51

SENARAI RAJAH

3.6 Carta aliran kajian yang dilakukan 38

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah s.w.t, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Illahi

xiv

SENARAI SINGKATAN

ABM - Alat Bantu Mengajar

KH - Kemahiran Hidup.

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

SPF - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Fizik minor Matematik

SPP - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Fizik minor Komputer

SPSS - Statistical Packages for the Social Sciences

PPK - Pengetahuan padagogi kandungan

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPM/T -Ijazah sarjana muda pendidikanMatematik minor kimia/ Komputer

SPK/SPC - Ijazah Sarjana muda Pendidikan Kimia minor matematik/Komputer

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

PPK - Tahap Pengetahuan Pedagogi Kandungan

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah s.w.t, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Illahi

xv

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Tajuk Muka Surat

1 Set instrumen 75

2 Surat kebenaran melakukan kajian dari fakulti pendidikan 79

3 Borang pengesahan item –item dalam instrumen 80

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah s.w.t, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Illahi

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) adalah salah satu daripada tujuh

asas pengetahuan yang perlu dikuasai oleh seseorang pendidik. Ketujuh-tujuh asas

ini memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Antara asas pengetahuan tersebut adalah pengetahuan pedagogi am, pengetahuan isi

kandungan, pengetahuan kurikulum, pengetahuan tentang konteks pendidik,

pengetahuan matlamat-matlamat pendidikan dan beberapa asas lagi. Asas

pengetahuan ini penting dalam membentuk pengajaran guru yang berkesan.

Pengajaran yang berkesan akan memastikan sesuatu ilmu itu mudah difahami oleh

pelajar dan disampaikan oleh guru. Terdapat kajian luar negara dan dalam negara

yang memperlihatkan kepentingan pengetahuan pedagogi kandungan dalam

pembentukan pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

Mengikut kajian dalam negara yang dilakukan oleh Lilia (2001), bagi

mewujudkan pengajaran yang berkesan seseorang guru pelatih seharusnya

mempunyai tahap PPK yang tinggi. Hal ini belaku kerana, PPK menyatupadukan

isi kandungan dan pedagogi. Penyatupaduan ini membantu guru pelatih membentuk

kefahaman tentang bagaimana topik, masalah atau sesuatu isu itu diorganisasikan,

diwakilkan dan diadaptasi berdasarkan minat dan kebolehan pelajar yang pelbagai.

Terdapat beberapa komponen utama yang membentuk PPK. Bermula dari Shulman

(1987) yang menyenaraikan dua komponen PPK sehinggalah terhasilnya lima

komponen pedagogi kandungan seperti yang di senaraikan sekarang oleh pengkaji-

pengkaji selepas Shulman.

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah s.w.t, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Illahi

2

Menurut Magnusson (1998) terdapat lima komponen PPK. Komponen

PPK yang pertama ialah pegetahuan dan kepercayan guru tentang matlamat

pengajaran dengan erti kata lain guru mengetahui matlamat atau objektif

pengajaran. Matlamat atau objektif pengajaran sesuatu matapelajaran seharusnya

dapat mendukung Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang dirumuskan pada 1988,

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Pusat Perkembangan Kurikulum.

Komponen yang kedua merujuk kepada, pengetahuan tentang isi kandungan

pelajaran iaitu melibatkan pengetahuan tentang matapelajaran yang akan diajar serta

mempunyai pengetahuan dalam pemilihan alat bantu mengajar di samping

pemilihan bahan pengajaran yang bersesuaian untuk membantu proses pengajaran

dan pembelajaran. Komponen ketiga pula merujuk kepada pengetahuan guru

tentang kefahaman pelajar yang terbahagi kepada dua kategori, iaitu pertimbangan

terhadap pengetahuan sedia ada pelajar yang diperlukan untuk mempelajari sesuatu

topik dan pengetahuan tentang kesukaran serta miskonsepsi pelajar terhadap

pembelajaran. Miskonsepsi bermaksud pelajar mempunyai idea yang berlainan dari

yang difahami oleh pakar mengenai sesuatu konsep atau fenomena, miskonsepsi ini

mungkin wujud hasil daripada interaksi mereka dengan persekitaran bukan hasil

pembelajaran secara formal dalam bilik darjah. Miskonsepsi perlu dikenal pasti agar

permasalahan pelajar dapat diatasi lantas pembelajaran yang lebih bermakna akan

berlaku.

Komponen yang keempat adalah pengetahuan guru terhadap strategi dan

penyampaian. Strategi pengajaran melibatkan kecerdikan guru membuat penilaian

dalam memilih dan merancang teknik serta kaedah yang akan digunakan untuk

menyampaikan pengajaran. Teknik- teknik serta kaedah yang digunakan haruslah

bersesuian dengan matlamat pengajaran dan bersesuaian dengan tahap kongnitif

pelajar. Komponen yang terakhir iaitu yang kelima merupakan pengetahuan guru

tentang kaedah penilaian. Kaedah penilaian merupakan cara yang digunakan untuk

mengukur penguasaan pelajar terhadap sesuatu pambelajaran sama ada secara teori

atau praktikal. Penguasaan praktikal merujuk kepada kebolehan pelajar

menggunakan teknik yang betul atau menjawab soalan serta ujian yang diberi bagi

melihat tahap kemahiran dan kefahaman pelajar.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah s.w.t, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Illahi

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Latar belakang masalah menyentuh isu- isu terkini yang berlaku dalam

sistem pendidikan negara. Isu - isu yang dibincangkan merupakan isu negatif yang

berlaku dalam sistem pendidikan negara dan menjadi sebab kajian ini dilakukan.

Terdapat beberapa isu yang dibincangkan antaranya mengenai kualiti guru yang

dihasilkan oleh pihak universiti dan masalah yang dihadapi oleh guru pelatih semasa

mengajar.

1.2.1 Kualiti guru baru

Isu yang hangat diperkatakan sekarang adalah mengenai kualiti guru,

kurikulum dan pengajaran dalam sistem persekolahan peringkat menengah dan

rendah. Apabila berbincangkan mengenai kualiti guru, kurikulum dan pengajaran

sebenarnya kita boleh merangkumkan hal ini kepada permasalahan yang berlaku

dalam proses pengpengajaran dan pembelajaran (P&P). Menurut Asariah Mior

Shaharuddin menyatakan bahawa kualiti mesti ada dalam diri seseorang guru.

“Guru berkualiti itu ialah seorang guru yang sentiasa berkualiti

pada masa ini dan masa depan dan untuk menjamin sistem

pendidikan kita kekal berkualiti, guru kita perlu sentiasa relevan

dengan cabaran semasa dan akan datang, ini suatu kemestian jika

kita hendak berjaya dan mencapai hasrat Wawasan 2020,”

tegasnya.

(keratan akhbar Berita Harian)

Pembentukan guru yang berkualiti secara langsung akan membentuk

pelajar untuk menjadi insan yang kamil dan cemerlang. Guru yang berkualiti

mampu meningkatkan pengetahuan pelajar kerana pembentukan pengetahuan

pelajar adalah bersandarkan kepada pengetahuan profesionalisme pendidik.

Pengalaman menjadi keutamaan kepada pendidik untuk memudahkan pengajaran.

Melalui pengalaman kualiti perguruan seseoarang individu mampu dipertingkatkan

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah s.w.t, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Illahi

4

tetapi pengalaman juga akan membawa kepada ulangan terhadap aktiviti pengajaran

serta paraturan yang dikekalkan tanpa mengira keberkesanan pengajaran. Maka

guru harus bijak menggunakan pengalaman bukan untuk ulangan cara pengajaran

tetapi menggunakan pengalaman untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh

pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Perbincangan tentang kualiti perguruan tidak lari dari aspek pengetahuan

kandungan yang dimiliki oleh guru tersebut. Pengetahuan kandungan merupakan

perkara asas yang perlu dikuasai oleh pendidik sebelum mengajar. Menurut

Elexender (Elliot et al, 2000)

……… what knowledge learns posses is a powerful force in what

information they attend to, hoe to information is perceive, what

learners judge to be relevant of important, and what they understand

and remember. Truly, one’s knowledge base is scaffolds that support

the construction of all future learning…

Keupayaan pendidik untuk mengajar akan berkurangan sekiranya

pengetahuan terhadap sesuatu isi kandungan adalah lemah. Dalam hal ini, dapat

dilihat kekurangan pengetahuan akan menyebabkan guru tidak mampu

menghuraikan dengan lebih mendalam dan akan menyebabkan topic itu sukar

dikuasai oleh pelajar.

Baru-baru ini negara dihangatkan dengan pemansuhan pengajaran dan

pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Banyak pihak yang

berpendapat bahawa dengan perlaksanaan PPSMI menyekat golongan bumiputra

untuk mengembangkan ilmu pengetahuan. Namun sekiranya dikaji dengan mendalam

masalah bahasa tidak seharusnya ditimbulkan sekiranya seseorang guru itu mampu

menterjemahkan isi kandungan yang diajar agar difahami oleh murid. Di sini dapat

dilihat, sekiranya guru memiliki PPK yang tinggi masalah ini sepatutnya tidak timbul.

Ishak (2008) mendapati guru yang memiliki pengetahuan pedagogi kandungsn yang

rendah menjadikan bahasa sebagai masalah dalam penyampaian ilmu. Guru yang

hanya mengetahui bahasa dan tidak mampu menterjemahkan isi kandungan kepada

sesuatu yang mudah difahami oleh pelajar. Seharusnya bahasa bukan menjadi

kekangan dalam proses penyebaran ilmu sekiranya guru mempunyai pengetahuan

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah s.w.t, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Illahi

5

pedagogi yang tinggi iaitu bagaimana cara yang terbaik untuk menyampaikan ilmu

pengetahuan.

1.2.2 Masalah yang dihadapi guru pelatih dalam pengajaran

Terdapat kajian lepas yang mengkaji masalah yang dihadapi oleh guru

pelatih semasa latihan mengajar. Zakaria dan Abdul Rahman (1995) menyenaraikan

lapan kesukaran yang dihadapi oleh guru pelatih semasa latihan mangajar antaranya

ialah, kesukaran dalam mengekalkan fokus pelajar semasa sesi pengajaran, kesukaran

dalam memilih alat bantuan mengajar, kesukaran dalam mengenali pelajar serta

kesukaran dalam membuat penilaian.

Berbincang mengenai kesukaran guru dalam mengenali pelajar merangkumi,

miskonsepri serta pra-konsep yang dimiliki oleh pelajar seharusya diketahui.

Pengenalpastian terhadap pelajar adalah penting kerana maklumat ini akan digunakan

dalam pemilihan strategi pengajaran dan membantu dalam mengemukakan soalan.

Mengikut Gardners’s (1983) “theory of multiple intelligence”, beliau menyatakan

sekurang-kurangnya terdapat lapan pecahan kepandaian atau kebijaksanaan antaranya

verbal, muzik, logik matematik dan sebagainaya. Kepelbagaian kepandaian ini,

memberi gambaran bahawa setiap kelompok pelajar memerlukan teknik dan

pendekatan yang berbeza untuk mereka memahami sesuatu topik baru. Maka guru

pelatih akan mengamalkan teknik pengajaran tradisional iaitu mengamalkan

pengajaran menggunakan kuliah semata-mata. Di mana guru pelatih menyampaikan

maklumat secara terus tanpa melibatkan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran.

Lantas, penyelidikan dilakukan bagi mencari punca dan mengatasinya segera.

Selain daripada itu, kebanyakan guru hanya mampu mengekalkan tumpuan

pelajar terhadap sesi pangajaran dalam tempoh yang singkat. Terdapat juga segelintir

pelajar yang tidak berminat untuk mengikuti pembelajaran yang dilakukan, mereka

lebih tertarik untuk membuat bising atau tidor semasa sesi pengajaran dilakukan.

Menurut Ismail (2006), hal ini kebanyakannya berpunca dari sesi pembelajaran yang

membosankan dan kurangnya kemahiran guru dalam mencari kaedah atau strategi

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah s.w.t, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Illahi

6

semasa sesi pengajaran. Selain itu, masalah juga berpunca dari guru yang mempunyai

ilmu yang lemah maka guru tidak mampu membuat dan membina alat bantuan

mengajar untuk memudahkan penyampaian isi kandungan. Oleh itu penyelarasan

pegetahuan tentang kaedah mengajar dan isi kandungan adalah penting.

Kekangan juga berpunca dari guru pelatih yang tidak mengetahui matlamat

dan objektif pengajaran maka menyebabkan pembelajaran berlaku tiada arah tuju

kesannya guru pelatih mangajar ikut suka tanpa mengambil kira tentang pelajar yang

diajar. Melalui kajian Abd. Shatar (2007) terhadap tiga orang guru pendidikan Moral,

menunjukkan pengetahuan guru tersebut terhadap elemen pengetahuan adalah tidak

selaras dengan Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan empat. Kajian juga

menunjukkan guru cenderung kepada pendekatan memupuk nilai dan kaedah

tradisional di mana guru memainkan peranan yang aktif semasa pengajaran. Dapatan

kajian juga menunjukkan tumpuan pengajaran guru adalah kepada peperiksaan

bukannya kepada dimensi pembentukan moral yang seimbang.

Kesemua kenyataan terhadap kesukaran yang dihadapi oleh guru pelatih

merupakan kelima-lima komponen yang terkandung dalam PPK seperti yang

bincangkan olah Magnusson (1998). Sekiranya guru mempunyai pengetahuan yang

yang PPK yang tinggi maka masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dapat

dikurangkan. Hal ini harus di ambil perhatian kerana guru adalah pencorak kepada

anak bangsa. Hasil kajian terhadap amalan PPK guru akan mampu memperlihatkan

kualiti produk yang dihasilkan oleh pengjian tinggi. Sekiranya amalan PPK kurang

secara tidak langsung menggambarkan guru mempunyai pengetahuan yang kurang

terhadap PPK. Seharusnya pusat pengajian tinggi memandang serius dalam

permasalahan ini dan memikir cara terbaik untuk mengatasinya, sebagai contoh

mungubah kurikulum pendidikan di pusat pengajian tinggi.

1.3 Penyataan Masalah

Secara umum masyarakat sering memperkatakan kegagalan murid

memahami sesuatu pelajaran adalah kerana subjek itu susah. Hal ini memang tidak

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah s.w.t, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Illahi

7

dapat disangkalkan, tetapi guru juga memainkan peranan yang penting dalam

penyampaian. Menurut Shulman (1987) menyatakan mata pelajaran yang susah itu

boleh dipermudahkan apabila guru mempunyai kebolehan menyampaikan isi

kandungan kepada kaedah yang mudah difahami dan disentisis oleh pelajar. Hal ini

menunjukkan kepentingan kualiti guru untuk mengajar sesuatu mata palajaran.

Terdapat pandangan yang menyatakan guru pelatih hasilan institusi pengajian tinggi

tidak mampu manjalankan proses pengajaran yang berkesan dan baik. Maka satu

kajian dilakukan bagi melihat amalan PPK guru pelatih yang memberi jawapan

kepada tahap pengetahuan PPK guru pelatih UTM. Tahap amalan yang tinggi

memberi makna bahawa pengetahuan PPK guru pelatih adalah tinggi.

Sebelum kajian ini dilakukan, satu soal selidik telah dilakukan terhadap

pengetahuan pelajar pendidikan Fizik UTM terhadap Pengetahuan Pedagogi

Kandungan. Ternyata masih ramai yang tidak mengetahui definisi sebenar pedagogi

kandungan dan apakah yang dikatakan dengan PPK. Hal ini menunjukkan

kurangnya pendedahan terhadap ilmu berkaitan PPK di sepanjang proses pengajaran

dalam membentuk seorang guru. Walaupun guru pelatih tidak mengetahui definisi

sebenar PPK tidak bermakna amalan PPK dikalagan guru pelatih adalah redah.

Maka adalah wajar kajian dilakukan untuk menjawab persoalan ini.

Sering kali pemahaman yang dibina oleh pelajar secara formal adalah salah

berbanding konsep yang sebenar oleh ahli sains ( Kuethel, 1963). Terbitnya masalah

ini kerana pengetahuan guru yang kurang terhadap PPK dan kurangnaya guru

merungkai salah faham konsep yang dimiliki oleh pelajar semasa pengajaran. Maka

proses penyampaian isi kandungan pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara

tidak bermakna dan efektif. Maka kajian mengenai tahap PPK guru harus dilakukan

agar masalah ini dapat diatasi pada masa depan demi menghasilkan pelajar-pelajar

yang terbaik untuk membangunkan Malaysian di masa hadapan.