buletin budaya korporat - jknj.moh.gov.myjknj.moh.gov.my/ebuletin/fail/buletinbudayakorporat.pdf ·...

19
BULETIN BUDAYA KORPORAT

Upload: trinhminh

Post on 07-Mar-2019

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BULETIN BUDAYA KORPORAT

Pada tarikh 10 Februari 2012

Satu Majlis Yassin dan Tahlil telah diadakan.

Majlis tersebut bertujuan untuk Allahyarham

Tuan Haji Alias Bin Jamal (suami kepada

Matron Hjh Zaiton Binti Yusoff) yang telah

Kembali ke Rahmatullah pada 26 Januari 2012

Dan Allahyarham Encik Ahmuddhi Bin Mohd

Miskam (ayah kepada Nurshaliza) juga

telah kembali ke Rahmatullah pada 04

Februari 2012. Majlis ini berlangsung pada

Hari Jumaat dengan dihadiri seramai 62 orang

Dikalangan semua dari anggota pekerja dari

Bahagian Kesihatan Awam.

Di Bahagian Kesihatan Awam ini kerap kali menjalankan akticiti berbentuk keagamaan selain daripada

Majlis Tahlil ini banyak lagi Majlis seperti Sambutan Maulidur Rasul, Majlis Khatam Al-Quran, Majlis

Doa Akhir Tahun Awal Tahun, Mengimarahkan Al-Quran pada setiap Hari Jumaat dan banyak lagi.

Kekuatan Ukhuwah sesama Insan dan kerjasama serta sikap gotong royong dalam setiap kali Majlis

Yang dijalankan.Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada Allahyarham dan Allahyarhamah yang telah

Dahulu meninggalkan kita selalu agar roh-roh nya dicucuri Rahmat Allah Insya’Allah.Setiap kali

Berlakunya kematian dikalangan ahli keluarga anggota pekerja di Bahagian Kesihatan Awam pasti

Majlis sebegini akan dilaksanakan dan derma kilat akan dilancarkan, tidak kurang juga sumbangan

Ikhlas dari Tabung Budaya Korporat juga akan diberikan bagi meringankan beban keluarga.

Selawat Keatas Junjungan

Besar Nabi Muhammad S.A.W.itulah

Tandanya kasih sayang yang kita tunjukkan

Pada Rasullah Kekasih Allah. Tanggal

17 Februari 2012 sekali lagi Sambutan

Hari Maulidur Rasul telah diadakan

Di perkarangan tingkat 9 Menara MSC

Cyberport. Majlis pada tahun 2012 ini telah

Berjaya terlaksana dengan jayanya

Berikutan kerjasama yang telah ditunjukan

Dikalangan anggota pekerja dari BahagianKesihatan Awam. 2 minggu sebelum Sambutan Hari Maulidur Rasul telah diadakan Mesyuarat

Khas bagi membincangkan halatuju Program ini dengan pembahagian tugas dikalangan Ahli

Jawatankuasa Kecil yang dilantik. Setelah berbincangan dari segi persiapan, makanan,

Peralatan dan jemputam pihak Ahli Jawatankuasa Kecil dapat melaksanakan tugas yang diberi

Dengan baik. Kehadiran juga amatlah membanggakan dengan kehadiran dari Bahagian

Kesihatan Awam mahupun para jemputan dari Bahagian-Bahagian lain termasuklah dari

Bahagian Perubatan, Pergigian, BKKM, Pengurusan dan Farmasi. Semangat kerjasama dan

Gotong royong yang ditunjukkan dengan memasak sendiri makanan untuk jamuan. Kawasan

Pejabat di Unit Vektor menjadi tempat utama untuk penyediaan makanan. Antara menu utama

Adalah Nasi Beriyani, Ayam Masak Merah, Dalca, Acar Nenas, Buah-buahan & air minuman.

Tentetif Program pada Sambutan Maulidur Rasul adalah seperti berikut :

1.Bacaan Al-Quran & Terjemahan.

2. Solat Dhuha Berjemaah.

3. Ceramah Agama Oleh Penceramah Khas Ustaz Muhammad Arshad (Imam Masjid Perling)

4. Selawat Beramai-ramai yang dipimpin Unit Vektor.

5. Jamuan & Bersurai