universiti putra malaysia satu perbandingan …psasir.upm.edu.my/9180/1/fpp_1999_72_a.pdf ·...

25
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SATU PERBANDINGAN TENTANG KESAN PENDEKATAN MODEL PROSA DENGAN PENDEKATAN KONVENSIONAL DALAM PENGAJARAN PENULISAN KARANGAN PAUZIAH BT. MOHAMAD FPP 1999 72

Upload: lamkiet

Post on 17-May-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SATU PERBANDINGAN TENTANG KESAN PENDEKATAN MODEL PROSA DENGAN PENDEKATAN KONVENSIONAL DALAM

PENGAJARAN PENULISAN KARANGAN

PAUZIAH BT. MOHAMAD

FPP 1999 72

SATU PERBANDINGAN TENTANG KESAN PENDEKATAN MODEL PROSA DENGAN PENDEKATAN KONVENSIONAL DALAM

PENGAJARAN PENULISAN KARANGAN

01eh :

PAUZIAH BT. MOHAMAD

Kcrtaa Projek Yang Dikemukakan Sebagai Memeuuhi Sebahagian Daripada Syarat KeperluaD Uutuk Ija.zah

Master Saius di Fakulti PeugaJiaD Peudidikaa, Uuiversiti Putra Malaysia

April 1999

PENGHARGAAN

Pengkaji mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana

dengan limpah dan kurnia-Nya, kertas projek ini dapat disiapkan.

Dengan rasa rendah diri, pengkaji ingin merakamkan rasa

penghargaan yang tinggi dan tidak terhingga kepada Dr. Rohani

Ahmad Tarmizi (selaku penyelia) di atas segala usaha beliau

menunjuk ajar, menegur, dan membimbing pengkaji menyiapkan

kertas projek ini dari awal hingga akhir.

Jutaan terima kasih juga kepada kakitangan Perpustakaan

Universiti Putra Malaysia dan kakitangan Pusat Sumber Fakulti

Pendidikan, Universiti Malaya kerana memberi kemudahan kepada

pengkaji menggunakan bahan-bahan rujukan yang terdapat di

dalamnya.

Kepada para pensyarah dan kakitangan bahagian siswazah,

Fakulti Pengajian Pendidikan, khasnya Puan Rohani, yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung, guru -guru SMK Seri Serdang,

terutama Puan Rohaida Atan, rakan-rakan seperjuangan, Yati dan

Jasimah, budi kalian tidak akan dilupakan.

Buat bonda tersayang, suami tercinta, dan anak-anak yang

dikasihi, terhna kasih yang tidak terhingga di atas segala kerjasama

dan doa restu yang diberi. Akhirkata, terima kasih buat semua

yang turut membantu pengkaji dalam menyempurnakan kertas

projek ini.

Wassalam.

lSI KANDUNGAN

HALAMAN

I'ICNG�G�............................................. ii

�ltll� "�1J� ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• 17i

SICNARAI SINGKATAN •............•.....••.........•.. viii

�E;1r� •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• ix

�fi1r��1r ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• � ••••••• xii

BAB

I

II

�1C!f])�t1�t1AN ••••••••••••• •••.•••••••••••••••

Penyataan. Masalah. .......................... .. Objektif Kajian. ................................. . Kepentingan Kajian ........................... . Batasan Ka.jian .. " ....... ... ..... . .. .......... . llipotesis ........................................ . Defmisi Operasional ............................ .

Penulisan Karangan ................ . Pendekatan Model Prosa ......... . Pendekatan Konvensional ........ .

S()ll()TJl!f I,ITJ&ItJ.LTUll .........•.......••.......

Teori-teori Pembelajaran Bahasa Yang Berkaitan Dengan Pendekatan

1

6

15

16

18

19

20

20

22

26

28

Model Prosa .............. .......... ..... .. 31

Pendekatan Pengajaran Penulisan Karangan Menggunakan Model Prosa . .......... 38

Kajian Yang Berkaitan Dengan Pengajaran Penulisan Karangan ..... ........... 42

Rumusan ..... ............................................ 54

iv

III

IV

v

METODOLOGI PENYELIDIKAN ...•............. 55

Reka Bentuk Kajian . ....... ..... ...... ........... .. ... .. .. . 55

Alat Kajian .. . 0 0 . o . 0 • . .. • .. . •. . . . . ....• . . . . .. . . . . . . . ..... . .. 0 .. . . 57

PersaIIl pelan ..... ... ...... ........... ....... ........ ....... ....... 60

Prosedur Kajian .. ........ ....... ........... .............. ...... 61

Penganalisisan Data........................................... 64

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN ...................................... . 65

Profll Responden ................ ....... ........ ......... . .. 66

Analisis Dapatan Kajian dan Perbincangan ............ ..... .. .. ......... .... .. o....... 67

Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Penulisan Karangan..................... 79

KESIMPULAN DAN CADANGAN ..•...•........ 84

Kesimpulan Dapatan Kajian . .. .... . .. ... . ............ .. .. 84

Cadangan .......... ........ ....... ................................ 87

Cadangan Penyelidikan Lanjutan . ....... ................ 90

BIBLIOGRAFI ....................•...•..........••...........•.•. 93

LAMPIRAN ..•..•.....................................•...••.... 98

A I3<>rflll� �oGll �li<iilc . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .... . . . . . . 98

B Contoh karan�an pelajar .................... .. 102

v

JADUAL HALAMAN

SENARAI JADUAL

PERKARA

1 Bilangan responden mengikut jantina 66

2 Min pre stasi penulisan karangan ujian pra, ujian pasca dan fasa latihan bagi pelajar kumpulan pendekatan model prosa 68

3 Perbandingan min pencapaian penulisan karangan antara ujian pra dengan ujian pasca bagi pelajar kumpulan pendekatan model prosa 69

4 Min pre stasi penulisan karangan semasa ujian pra, ujian pasca dan rasa latihan bagi pelajar kumpulan pendekatan konvensional 7 1

5 Perbandingan min pencapaian penulisan karangan antara ujian pra dengan ujian pasca bagi pelajar kumpulan pendekatan konvensional 72

6 Perbandingan min pencapaian penulisan karangan semasa fasa latihan bagi karangan jenis surat rasmi antara pelajar kumpulan eksperimen dengan dengan pelajar kumpulan konvensional 73

7 Perbandingan min pencapaian penulisan karangan semasa fasa latihan bagikarangan jenis surat kiriman tidak rasmi antara pelajar kumpulan eksperimen dengan pelajar kumpulan konvensional 75

vi

8 Perbandingan min pencapaian penulisan karangan semasa fasa latihan bagi karangan jenis dialog antara pelajar kumpulan eksperimen dengan pelajar kumpulan pendekatan konvensional 76

9 Perbandingan min pencapaian penulisan karangan semasa ujian pasca antara pelajar kumpulan eksperimen dengan pelajar kumpulan konvensional 78

10 Bilangan dan peratusan jawapan responden terhadap soalan-soalan soal selidik 80

BM

HO

KPMP -

KPK

PMR

SP

SPM

SPSS -

STPM -

UPSR

SENARAI SINGKATAN

Bahasa Melayu

Hipotesis nol

Kumpulan pendekatan model prosa

Kumpulan pendekatan konvensional

Peperiksaan Menengah Rendah

Sisihan piawai

Sijil Pelajaran Malaysia

Statistical Package For The Social Sciences

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

Ujian Penilaian Sekolah Rendah

viii

ABSTRAK

Abstrak kertas projek yang dikemukakan kepada Universiti Putra Malaysia sebagai sebahagian daripada syarat keperluan untuk

Ijazah Master Smns.

SATU PERBANDINGAN TENTANG KESAN PENDEKATAN MODEL PROSA DENGAN PENDEKATAN KONVENSIONAL

DALAl\! PENGAJARAN PENULISAN KARANGAN

Penye1ia : Dr. RohaDi Ahmad Tarmizi

Fakulti : Pengajian Pendidikan

Kajian ini cuba mendapatkan bukti ten tang kesan

pendekatan model prosa dalam pengajaran penulisan karangan di

kalangan pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di

Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Tujuan kajian ini dibuat

adalah untuk membuat perbandingan ten tang kesan pendekatan

model prosa dengan pendekatan konvensional dalam pengajaran

penulisan karangan.

Kajian ini menggunakan kaedah eksperimen. Instrumen

atau alat yang digunakan ialah markah penulisan karangan

responden dan jawapan soal selidik responden. Data-data kajian

ix

yang dikumpulkan ialah markah pencapaian penulisan karangan

semasa ujian pra, fasa latihan, dan ujian pasca. Soal selidik

digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang persepsi

pelajar terhadap pengajaran penulisan karangan menggunakan

pendekatan model prosa.

Bahan-bahan tersebut dianalisis secara terperinci dan dibuat

perbandingan terhadap pre stasi penulisan karangan semasa ujian

pra, fasa latihan dan ujian pasca pelajar kumpulan eksperimen

dengan pelajar kumpulan konvensional. Perbandingan dibuat

menggunakan program SPSS untuk mencari perbezaan berasaskan

Ujian t. Di samping itu, jawapan soal selidik dianalisis mengikut

taburan kekerapan dan peratusan.

Hasil perkiraan Ujian t menunjukkan bahawa terdapat

perbezaan yang signifikan terhadap min pencapaian ujian pasca

pelajar kumpulan eksperimen berbanding dengan min pencapaian

pelajar kumpulan konvensional dalam pencapaian penulisan

karangan, nilai t (29) = 3.17, P = 0.05. Di samping itu, terdapat

juga perbezaan yang signifikan antara pelajar kumpulan eksperimen

dengan pelajar kumpulan konvensional dalam fasa latihan

penulisan karangan jenis dialog, nilai t (29) = - 3.42, P = 0.05.

Manakala perbandingan intra kumpulan terhadap

pencapaian penulisan karangan ujian pra dan ujian pasca dalam

kumpulan eksperimen menunjukkan terdapat perbezaan yang

signifikan,nilai t(29)= -10.09, P = 0.05. Manakala tidak terdapat

perbezaan yang signifikan antara min pencapaian penulisan

karangan bagi ujian pra dan ujian pasca kumpulan konvensional.

Kesimpulannya, dalam kajian ini pengajaran penulisan

karangan menggunakan pendekatan model prosa terbukti lebih

berkesan jika dibandingkan dengan pendekatan konvensional.

Selain itu, pendekatan model prosa menjadi pilihan utama para

pelajar dibandingkan dengan pendekatan konvensional. Daripada

borang soal selidik yang diedarkan kepada responden

menunjukkan 88.30/0 pelajar-pelajar lebih gemar guru

menggunal�an contoh-contoh karangan dalam pengajaran penulisan

karangan kerana pendekatan tersebut dapat memudahkan mereka

memahami format karangan dan memberi mereka idea untuk

menulis.

xi

ABSTRACT

Abstract of the project paper presented to the Senate of University Putra Malaysia in partial fulfillment of the requirements

for the degree of Master of Science

THE COMPARISON OF THE EFFECTIVENESS OF THE PROSE

MODEL APPROACH WITH THE CONVENTIONAL APPROACH

IN TEACHING WRITING COMPOSITION

Chairman Dr. Rohani Ahmad Tannizi

Faculty Faculty of Educational Studies

The aim of this research is to find out the effect of using prose

model approach in the teaching of writing composition to the form

three students in one of the secondat-y schools in the disttict of

Petaling, Selangor Darul Ehsan.

The research design undertaken is the pre and post

experimental design. Data was obtained using via students' writing

compositions and questionnaires. The questionnaires were used

to retrieve the respondents' perceptions about the prose model

approach used in the teaching of writing composition. The

students' writing composition were graded and comparisons were

made on their performance on the post test between the

experimental group and the conventional group.

Xli

Several t -test analysis were carried out. The findings of

this research shows that there is significant difference in the mean

score of post test in the writing performance between the

experimental group and the conventional group, t (29) = 3. 17, P =

0.05. There is also a significant difference in the writing

performance between the pre test mean score and the post test

mean score of the experimental group, t (29) = -10.09, P =

0.05. Where as, there is no significant difference in the writing

performance between the pre test mean score and the post test

means score of the conventional group.

In conclusion, findings in this research shows that the prose

model approach is more effective than the conventional approach

in the writing performance among students. In addition, students

have also indicated preference to the use of prose model approach in

the acquisition of writing skills, 88.30/0 agreeing to its useability.

xiii

PENDAHULUAN

BAB I

PENGENALAN

Kemahiran menulis merupakan salah satu daripada

empat kemahiran bahasa iaitu bertutur, mendengar,

membaca, dan menulis. Pentingnya kemahiran menulis

sebagai satu kemahiran bahasa dalam pendidikan sekolah

menengah jelas digambarkan dalam Sukatan Pelajaran

Sekolah Menengah (1987) yang menyatakan bahawa salah

satu objektif pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk

membolehkan pelajar menghasilkan pelbagai jenis penulisan.

Banyak pakar bahasa dan ahli pendidik mengakui

bahawa kemahiran menulis merupaka kemah iran yang paling

sukar dikuasai oleh seseorang pelajar. Kemahiran ini

1

bukanlah merupakan kemahiran yang boleh berkembang dengan

sendirinya tetapi perlu dipelajari. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib

( 1990), antara beberapa kemahiran bahasa iaitu kemah iran

lisan, membaca dan menu lis, kemahiran menulis boleh dianggap

sebagai kemahiran yang paling tinggi tatatingkat kedudukannya

dan yang paling sukar diajar.

Chance ( 1973) juga berpendapat bahawa salah satu

kemahiran bahasa yang sukar diajar dan dinilai ialah

kemah iran menulis. Kemahiran mendengar dan bertu tur

merupakan kemah iran semulajadi bagi individu yang normal,

manakala kemahiran membaca dan menulis merupakan

kemah iran yang periu dipelajari.

Bagi Muhamad Zain ( 1 987), kerja menulis

memerlukan pendedahan makluman yang Ian car dan mudah

difahami oleh sesiapa jua. Ia berbeza sekali dengan

pendedahan secara lisan. Pendedahan fikiran ini memerlukan

aturan bahasa yang kejap, dan tatabahasa yang licin, agar ia

mudah difahami oleh pembaca dengan perasaan yang

mendalam lagi berkesan. Oleh itu, menulis adalah satu

2

kemahiran yang harus dipelajari dan kemahiran akan timbul

apabila ia dilakukan secara lebih kerap.

Manakala Flower (1981) yang dipetik oleh Mohd.

Jonit (1994) pula berpendapat, penulisan ialah satu proses

kognitif yang berlaku melalui penyelesaian masalah.

Penyelesaian masalah melalui penulisan dapat membantu

seseorang membereskan urusan dengan orang-orang yang

mempunyai hubungan dengannya dalam bentuk penulisan

berfungsi seperti karangan jenis eksposisi, surat kiriman dan

pengbujahan. Komunikasi yang seumpama ini sangat

diperlukan dalam dunia moden ini selain komunikasi melalui

telefon untuk menyampaikan sesuatu mesej dengan tepat.

Untuk memastikan komunikasi melalui penulisan ini

beIjalan dengan lancar dan tepat, seseorang penulis mesti

menguasai kecekapan-kecekapan tertentu. Menurut D'Angelo

(1980) yang dipetik oleh Koh Bob Boon (1996), seseorang

penulis mesti menguasai tiga kecekapan terpenting iaitu

kebolehan untuk mencari idea yang bersabit, kebolehan untuk

menyusun idea itu dalam satu cara yang dapat difahami dan

3

meyakinkan pembaca, serta kebolehan untuk memilih

struktur ayat dan kata yang sesuai semasa menulis.

Di samping itu, Glatthorn (198 1) telah menyatakan

beberapa prinsip umum dalam mengarang. Prinsip-prinsip

tersebut adalah seperti berikut:

1. Proses mengarang adalah suatu proses yang kompleks,

melibatkan daya ingatan, kognitif, bahasa dan perlakuan

psikomotor.

11. Proses mengarang adalah bertingkat -tingkat. la

melibatkan tahap yang berlainan dan mempunyai

banyak subproses.

111. Proses mengarang seolah-olah berulang-ulang dan saling

berkait antara satu sarna lain, tahapnya bertindih­

tindih, berkait rapat, dan saling mempengaruhi antara

satu sarna lain.

Marohaini Yusoff ( 1996) berpendapat bahawa

kemahiran menu lis penting bagi membolehkan para pelajar

menjawab soalan peperiksaan . Dalam konteks sistem

pendidikan di Malaysia, para pelajar bukan sahaja

dikehendaki menjawab soalan Bahasa Melayu, tetapi juga bagi

4

PERPUSTAKAAN UNIVERSlTI PUTRA MALAYSIA

mata pelajaran lain dalam Bahasa Melayu. Sebagaimana yang

diketahui, pengujian terhadap kemahiran menulis secara

formal dan tidak formal, tidak terbatas pada mata pelajaran

Bahasa Melayu sahaja tetapi dalam hampir kesemua subjek

dalam kurikulum sekolah kecuali mata pelajaran bahasa lain.

Pelajar dikehendaki menulis jawapan mereka dalam bentuk

huraian atau mengarang. Dengan itu, kemahiran menu lis

amat penting dikuasai terutamanya bagi pelajar-pelajar

sekolah menengah.

Bagi Mohamad Harun (1990) pula , mengarang, baik

daripada jenis esei mahupun kreatif adalah laksana

mendirikan sebuah bangunan yang keteguhannya bergantung

pada kerapian struktur pembinaannya Kekuatan sesebuah

karangan itu bergantung pada organisasi karangan ini

disusun atau dibina supaya menjadi suatu ciptaan yang

padu, sedap dibaca dan yang lebih penting dapat

menyalurkan pemikiran yang mahu disampaikan dengan jelas

lagi berkesan. Oleh itu, kemahiran menu lis di kalangan

pelajar tidak boleh dipandang ringan kerana kelemahan

pelajar dalam kemahiran penulisan karangan Bahasa Melayu

sudah tentunya akan mempengaruhi pencapaian pelajar

dalam subjek-subjek yang lain terutamanya pada peringkat

persekolahan menengah atas.

PENYATAAN MASALAH

Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat

Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed berhasrat menjadikan

Malaysia sebuah negara yang maju berasaskan industri moden

menjelang tahun 2020. Untuk menghasilkan sebuah

masyarakat yang maju berasaskan industri moden ini, kita

memerlukan manusia yang cerdas, yang cekap berbincang

tentang segala ilmu moden, yang berasaskan sains dan

teknologi. Ilmu-ilmu moden ini disampaikan kepada generasi

atau masyarakat melalui sekolah-sekolah dan institusi­

institusi pengajian yang menggunakan Bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar. Oleh itu, peranan Bahasa Melayu

untuk mencapai cita-cita Wawasan 2020 amatlah penting dan

tidak boleh dipandang ringan.

Menurut Nik Safiah Karim (1992) , kejayaan Wawasan

2020 amat bergantung kepada kejayaan bahasa yang menjadi

saluran pernyataan ilmu. Persoalan bahasa hendaklah

6

dibincangkan bersama-sama dengan persoalan ekonomi dan

ilmu pengetahuan moden. Kaitan antara kejayaan Wawasan

2020 dengan Bahasa Melayu menjadi semakin jelas. Jika

berjaya Wawasan 2020, maka berjaya juga Bahasa Melayu.

Sebaliknya, jika lemah Bahasa Melayu dari segi struktur dan

perkembangannya, maka bahasa itu tidak dapat menampung

perkembangan ilmu yang amat diperlukan. Jikalau

masyarakat Malaysia tidak dapat menguasai ilmu

selengkapnya, maka cita-cita Wawasan 2020 tidak almn

tercapai.

Walaupun tahap pencapaian penggunaan Bahasa

Me1ayu sudah dapat dibangga jika dibandingkan dengan

keadaan pada sepuluh atau dua puluh tahun yang lampau,

namun pencapaian Bahasa Melayu para pelajar dalam

peperiksaan-peperiksaan yang penting masih lagi di tahap

yang kurang memuaskan. Zulkifley Hamid (1994)

menyatakan, secara umum, taraf pencapaian para pelajar di

Malaysia dalam mata pelajaran Bahasa Melayu amatlah

menyedihkan. Peratusan pe1ajar yang mencapai taraf

cemerlang amat keeil, manakala peratusan yang gaga! dan

yang hanya meneapai taraf sekadar lulus amat tinggi.

7

Fenomena ini berlaku semenjak beberapa tahun yang

lampau. Analisis keputusan Bahasa Melayu dalam

peperiksaan MCE / SPM 1978 dan 1979 di Semenanjung

Malaysia yang dipetik oleh Azman Wan Chik ( 1989)

menunjukkan bahawa pada tahun 1978, hanya 6.33%

daripada jumlah calon MCE , dan 3.22% daripada calon SPM

mendapat kelulusan cemerIang. Keadaan ini bertambah

menurun pada tahun 1979. Peratus yang mendapat gred 7

dan 8 (lulus) saja pada tahun 1978 dan 1979 adalah melebihi

400/0 daripada semua calon yang mengambil peperiksaan

tersebut.

Pada tahun 1980 pula, Azman Wan Chik (1989) juga

menyatakan bahawa keputusan peperiksaan SPM bagi mata

pelajaran Bahasa Melayu telah menggemparkan masyarakat

kerana 5 000 orang pelajar Melayu gagal mendapat pangkat

pertama akibat tidak mendapat kepujian dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu. Ketika mengulas pre stasi para

pelajar Melayu dalam peperiksaan SPM dan STPM, Farid

M.Onn ( 1989) menyatakan bahawa kelemahan pelajar-pelajar

Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tercermin dalam

keputusan-keputusan peperiksaan SPM dan STPM beberapa

8

tahun kebelakangan ini. Masalah ke1emahan pelajar-pelajar

Melayu ini sering kali dibincangkan dan pelbagai alasan serta

sebab musabab dikemukakan sebagai justifikasi kepada

kelemahan-kelemahan tersebut.

bahawa,

Laporan Pre stasi UPSR ( 1993 ) pula melaporkan

, murid dalam golongan sederhana atau lemah banyak melakukan kesilaparL Selain isi-isinya cetek, berulang­ulang dan membosankan, kelemahan murid, termasuk salah menggunakan tanda baca, salah menggunakan perkatan, ayat tidak lawar dan banyak menggunakan poZa ayat berbentuk dialek. Semua ini mengakibatkan murid tidak dapat menyampailcan buah fikiran dengan tepat dan menjejaslcan markah mereka.'

Laporan tersebut menunjukkan bahawa kebanyakan

pelajar yang telah mempelajari Bahasa Melayu selama dua

belas tahun, masih lemah dalam penulisan karangannya. Jika

perkara ini dibiarkan berterusan, maka sudah pasti ianya

akan menjejaskan pencapaian Bahasa Melayu pelajar tersebut

seterusnya.

Isahak Haron {1994} telah menjalankan satu lagi

kajian tentang pencapaian Bahasa Me1ayu. Kajian yang

dijalankan adalah berdasarkan laporan tahunan keputusan

9

UPSR dari tahun 1989 hingga 1993. Hasil kajian beliau telah

dilaporkan oleh Choo Li Lean dalam akhbar Berita Harian,

14 November 1994, yang menyatakan bahawa kira-kira 60 000

murid sekolah kebangsaan di seluruh negara yang menduduki

UPSR setiap tahun didapati 1emah dalam pembacaan dan

penulisan Bahasa Melayu. Menurut beliau, masalah

kelemahan membaca serta menulis di kalangan murid-murid

tersebut, biasanya bukan berpunca daripada mereka sendiri

tetapi hasH kaedah pengajaran Bahasa Melayu yang kurang

sesuai ketika di peringkat asas pembe1ajaran iaitu tahun satu

dan dua.

Manakala Koh Boh Boon (1996) dalam kajiannya

tentang kebolehan pe1ajar Tingkatan Enam Rendah dalam

penulisan karangan mendapati secara keseluruhan,

sebahagian besar pelajar iaitu kira-kira dua pertiga (67.5<70)

daripada srunpel, berkebolehan sederhana (gred C) dalam

penulisan karangan perbincangan. Yang lain iaitu hampir

satu pertiga daripada sampel adalah pada tahap 1emah atau

sangat 1emah ( Gred D / E). Tiada seorang pun pe1ajar yang

mencapai tahap cemerlang (Gred A) atau baik (Gred B) secara

keseluruhan.

10

Manakala dalarn kajian yang dijalankan oleh Abdul

Hamid Mahmood (1 997) ke atas tiga golongan pelajar iaitu

pelajar yang mengambil peperiksaan SPM, STPM dan pelajar

kelas persediaan (matrikulasi) mendapati pelajar-pelajar

tersebut menghadapi masalah dalam aspek tatabahasa

melalui skrip-skrip jawapan dan ujian lisan yang dijalankan.

Daripada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar­

pelajar peringkat SPM, STPM, dan kelas persediaan,

menunjukkan bahawa masih rarnai pelajar, baik pelajar

bumiputra maupun bukan bumiputra yang lemah dalam

Bahasa Melayu. Mereka bukan sahaja belum mempunyai

kecekapan berbahasa Melayu secara lisan, tetapi juga secara

tulisan.

Ekoran daripada masalah kelemahan pelajar dalam

Bahasa Melayu khususnya dalarn bahagian penulisan

karangan, beberapa persoalan telah ditimbulkan oleh para

pendidik, terutama daripada segi keberkesanan kaedah dan

teknik pengajaran penulisan di sekolah-sekolah. Dalam

aspek pengajaran Bahasa Melayu, keberkesanan pengajaran

guru banyak bergantung pada kaedah pengajaran yang

digunakan oleh guru . Jika guru tidak arif tentang kaedah

11