universiti putra malaysia pengajaran kesusasteraan … · 2016-08-03 · bab i pendahuluan latar...

25
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU: SATU KAJIAN MENGENAI PERMASALAHANNYA DI PERINGKAT TINGKATAN 4 DAN 5 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IBRAHIM HAJI SALLEH FPP 1985 1

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGAJARAN KESUSASTERAAN … · 2016-08-03 · BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Kesusasteraan Melayu Dalam Kurikulum Sekolah Pengajaran dan pembelajaran

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU: SATU KAJIAN MENGENAI PERMASALAHANNYA DI PERINGKAT TINGKATAN 4 DAN 5 SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN

IBRAHIM HAJI SALLEH

FPP 1985 1

Page 2: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGAJARAN KESUSASTERAAN … · 2016-08-03 · BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Kesusasteraan Melayu Dalam Kurikulum Sekolah Pengajaran dan pembelajaran

PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU: SATU KAJIAN MENGENAI PERMASALAHANNYA

DI PERINGKAT TINGKATAN 4 DAN 5 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

Oleh

IBRAHIM HAJI SALLEH

Sebuah tesis yang diajukan kepada

Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia

bagi memenuhi sebahagian daripada syarat untuk mempero1ehi

ijazah Master Sains (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama)

APRIL 1 98 5

Page 3: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGAJARAN KESUSASTERAAN … · 2016-08-03 · BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Kesusasteraan Melayu Dalam Kurikulum Sekolah Pengajaran dan pembelajaran

PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU: SATU KAJIAN MENGENAI PERMASALAHANNYA

DI PERINGKAT TINGKATAN 4 DAN 5 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

IBRAHIM HAJI SALLEH

UNlVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

SERDANG, SELANGOR

1 9 8 5

Page 4: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGAJARAN KESUSASTERAAN … · 2016-08-03 · BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Kesusasteraan Melayu Dalam Kurikulum Sekolah Pengajaran dan pembelajaran

Adalah disahkan bahawa kami telah rrenbaca tesis ini yang bertajuk "Pengajaran Kesusasteraan Melayu: Satu Kajian Mengenai Pennasalahannya Di Peringkat Tingkatan 4 dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan" oleh Ibrahim Haj i Salleh, dan pada pendapat kami tesis ini .memuaskan dari segi skop, kuali ti dan persembahan sel:agai memenuhi sebahagian daripada syarat keperluan ijqzah Master Sains

�'Ph'D' Profesor Madya/Dekan Pengaj ian Siswazah

Universiti Pertanian Malaysia (Pengerusi Lembaga Pemeriksa)

� � AZMAN WAN cm:K, M.Etl. Profesor Madya/Png. Dekan

Fakulti Perrlidikan Uni versiti Malaya (Pemeriksa Luar)

�. z:).f. TAHA HAJI ABOOL !<ADIR M.Etl

Profesor Madya/Ketua Jabatan Bahasa Fakulti Pengajian Perrlidikan Uni versiti Pertanian Malaysia

(Pene:iksa Dalam)

ABOOL HAMID MAIHXD M. A. Profesor Madya, Jabatan Bahasa

Fakulti Pengajian Perrlidikan Universiti Pertanian Malaysia

(Pemeriksa 0,1 am/Penyella)

Page 5: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGAJARAN KESUSASTERAAN … · 2016-08-03 · BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Kesusasteraan Melayu Dalam Kurikulum Sekolah Pengajaran dan pembelajaran

Thesis ini telah diserahkan kepada Senat Universiti Pertanian Malaysia dan telah diterima sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat untuk ijazah Master Sains.

Tarikh: , .. NOV 1985 AL RANG ZAINUDDIN, Ph.D. Profesor Madya/

Dekan Pengajian Siswazah

Page 6: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGAJARAN KESUSASTERAAN … · 2016-08-03 · BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Kesusasteraan Melayu Dalam Kurikulum Sekolah Pengajaran dan pembelajaran

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan sedalam-dalam penghargaan dan

ucapan terima kasih kepada semua pihak yang te lah membantu

penulis dalam usaha menyiapkan tesis ini , terutama :

Pro f. Madya Abdul Hamid Mahmood sebagai penye lia utama , di atas segala usaha be liau membaca , menyemak , menegur dan memberi cadangan terhadap tesis ini;

Pro f . Madya Taha Abd. Kadir sebagai penyelia kedua , di atas nasihat dan bimbingannya dari segi metodologi, pemerosesan , penganalisisan dan penafsiran data;

Pro f . Madya Azman Wan Chik , atas sumbangan dan nasihat dalam penyediaan soal selidik dan pemerhatian;

Encik Awang Mohd . Amin dan Encik Ahmad Hj . Mohd . Tahir atas nasihat dan idea mengenai metodo logi dan penafsiran data;

Encik Mohd. Zainuddin Hashim atas nasihatnya mengenai pener j emahan;

Pihak Universiti Pertanian Malaysia yang telah memberi sumbangan kewangan dalam penye lidikan ini;

Pihak Kementerian pe laj aran Malaysia kerana memberi kebenaran men j alankan penyelidikan di seko l ah-s eko l ahi

Semua Guru Besar , Guru Kanan dan guru Kesusasteraan Melayu yang terlibat dalam penye lidikan ini;

Dan Dekan serta rakan seker j a di Jabatan Bahasa , Fakulti pengaj ian Pendidikan yang banyak memberi galakan dan ker j asama kepada penulis .

ili

Page 7: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGAJARAN KESUSASTERAAN … · 2016-08-03 · BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Kesusasteraan Melayu Dalam Kurikulum Sekolah Pengajaran dan pembelajaran

PENGHARGAAN . • . •

SENARAl KANDUNGAN

SENARAl JADUAL DAN RAJAH

ABSTRAK

ABSTRACT

SENARAl KANDUNGAN

KETERANGAN MEN GENAl PERKATAAN YANG DlSlNGKATKAN

BAB I

PENDAHULUAN

BAB II

Latar Be lakang • • • •

Pernyataan Masalah

Pentingnya Kaj i an

Obj ektif Kaj ian

Definisi Operasional

Pembatasan Kaj ian • •

TINJAUAN TERHADAP KAJIAN YANG BERKAITAN

Pengajaran Kesusasteraan

Kaj ian Di Barat

Kaj ian Di Malaysia

BAB III

KAEDAH DAN PROSEDUR PENYELIDlKAN

Rekabentuk Penyel idikan

Pro sedur Penye lidikan

iv

Halaman

iii

iv

vii

x

xii

xiv

1

2 2

2 9

3 2

3 3

36

38

46

62

74

75

Page 8: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGAJARAN KESUSASTERAAN … · 2016-08-03 · BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Kesusasteraan Melayu Dalam Kurikulum Sekolah Pengajaran dan pembelajaran

Contohan 7 9

Alat Pemungutan Data 82

penganalisisan Data . . 87

BAB IV

BASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

BAB V

Pendahuluan , . 89

Butir-butir Responden 89

Obj ekti f Pengaj aran . . 107

Pendekatan , Kaedah �an Teknik Pengaj iran KM 1 1 3

Pemilihan , Penyes�aian dan Penggunaan Bahan 1 30

Sikap Guru dan Pel a j ar 142

Masalah Lain Dalam Pengaj aran KM 146

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pendahuluan 1 50

Kesimpulan 1 5 0

Cadangan 1 5 7

BIBLIOGRAFI • . . • . • • . . . . . • • . . • • • • . • • . . • • • 165

LAMPlRAN A Nilai-nilai Tersurat dan Tersirat dalam Kurikulum Sekolah • • . . . • 1 7 2

B Sej arah Kesusasteraan Melayu 1 77

C Soalan P eperiksaan S i j i l Pelaj aran Malaysia Kesusasteraan Melayu 1 80

D Jadual Penyelidikan . • • • 189

E Surat Kebenaran Bagi Men j alankan Kaj ian Di S ekolah • • . . . • . . . . • • . • . • . . • • . . 1 90

v

Page 9: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGAJARAN KESUSASTERAAN … · 2016-08-03 · BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Kesusasteraan Melayu Dalam Kurikulum Sekolah Pengajaran dan pembelajaran

F

G

H

I

J

K

Borang

Borang

Soal Selidik . .

S enarai Semakan

. . . .

Alat

. . . . . . . . . .

Bantu Mengaj ar

Borang P emerhatian Pengaj aran Kesusasteraan Melayu . . . . . .

Hasil Pemerhatian

. . . . . . . . . . . .

Soalan-soalan Temuduga Berstruktur

Hasil Temuduga Berstruktur

. . . . . .

1 91

205

206

209

213

2 1 4

L Opsyen Guru dan Mata Pelaj aran Yang Diaj ar Di S ekolah " . • " . . . . . . . . . . . . . . 2 1 8

M Sukatan Pelaj aran Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 . . . . . . 2 2 0

N Peringkat Pendidikan Guru Kes usasteraan 2 3 5

o Persediaan Mengaj ar Ke susasteraan Melayu 2 38

P Cara Menggunakan Teks Kesusasteraan Melayu 241

Q Penyediaan Soa1an Peperiksaan Kes usasteraan Melayu . . . . . . . . • . . . . . . . . . . . . . 245

vi

Page 10: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGAJARAN KESUSASTERAAN … · 2016-08-03 · BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Kesusasteraan Melayu Dalam Kurikulum Sekolah Pengajaran dan pembelajaran

SENARAI JADUAL DAN RAJAH

JADUAL

1 Buku Bacaan Bahasa Malaysia

2 Unsur/Nilai Dalam Buku Teks Bahas a Mal aysia Seko l ah Menengah Atas

3 Minat Membaca Novel

4 Minat Membaca Cerpen

5 Minat Membaca Hikayat

6 Senarai Contohan Seko l ah

. .

. .

. .

. .

. .

. .

. .

. .

Hal aman

1 1

1 8

6 4

6 4

64

77

7 Taburan Contohan Guru Mengikut Seko l ah 80

8 Taburan Contohan Pe l a j ar Mengikut S ekol ah 82

9 Taburan S ekol ah dan Guru Dalam Pemerhatian 86

10 Taburan Guru Mengikut Jantina 90

11 Taburan Guru Mengikut Urnur . . 91

1 2 Taburan Guru Mengikut'Ke lulus an Akademik 92

13 Taburan Guru Mengikut Kelulusan Bahasa Malaysia 92

14 Taburan Guru Mengikut Ke lulusan Kesusasteraan Me layu . . . . . . . . . . . . . . . • . . . . . • . • • . 93

1 5 Taburan Guru Mengikut Ke lulusan Bahasa Malaysia P eringkat STP . . . . . . . . . . . . 94

16 Taburan Guru Mengikut Universiti 95

17 Taburan Guru Mengikut Jurusan pengajian 97

18 Taburan Guru Mengikut Kelas I j azah 98

1 9 Taburan Guru Mengikut Kelulusan Ikhtisas 99

20 Taburan Guru Mengikut Jenis Kursus D i Maktab P erguruan 100

2 1 Taburan Guru Mengikut Kelulusan D ip loma Pendidikan 1 01

22 Taburan Guru Mengikut Kaedah Mengaj ar Kursus Tumpuan Utama d an Kursus Tumpuan Kedua • • • • • . . • 102

vii

Page 11: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGAJARAN KESUSASTERAAN … · 2016-08-03 · BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Kesusasteraan Melayu Dalam Kurikulum Sekolah Pengajaran dan pembelajaran

2 3 . Taburan Guru Mengikut Kursus Dalam Perkhidmatan 103

24. Taburan Guru Mengikut Pengalaman Mengajar 104

2 5 . Taburan Guru Mengikut Mata Pe1ajaran Yang Diajar Selain daripada Kesusasteraan Me1ayu . . . . . . . . 105

2 6 . Taburan Guru Mengikut Objekti f pengajaran 1 07

2 7 . Taburan Guru Mengikut Objekti f Lulus Peperiksaan dan Pengalaman Mengajar . . . . . . . . 109

2 8 . Unsur Dalam Objektif P engajaran 1 1 1

2 9. Unsur Tersurat dan Tersirat 1 1 2

3 0 . Taburan Guru Mengikut Pendekatan Yang Digunakan . . 1 1 3

3 1 . Taburan Guru Mengikut Faktor Penentu Kaedah Pengajaran 1 1 6

3 2 . Taburan Guru Mengikut Kaedah Mengajar Kesusasteraan I . . 1 1 7

3 3 . Taburan Guru Mengikut Kaedah Mengajar Kesusasteraan II 1 1 8

34 . Taburan Guru Mengikut Teknik Pengajaran

3 5 . Taburan Guru Mengikut Jenis Kerja Tambahan/Lanjutan

3 6 . Taburan Guru Mengikut Penentu Teknik Pengajaran

37 . Taburan Guru Mengikut Bentuk Soalan Unian

38 . Taburan Guru Mengikut Objektif Pengujian

3 9 . Taburan Guru Mengikut Bahan Rujukan

40 . Taburan Guru Mengikut Penggunaan Alat Bantu Mengajar

4 1 . Taburan Guru Mengikut penyesuaian Bahan

42. Taburan Guru Mengikut Kekerapan Penggunaan Bahan

4 3 . Taburan Guru Mengikut Pengguna Bahan

44 . Taburan Guru Mengikut Persediaan Mengajar

4 5 . Taburan Guru Mengikut Faktor Yang Menyebabkan Pelajar Tidak Memahami Bahan " . . . . . . . • . • . . . .

4 6 . Taburan Guru Mengikut Ahli Persatuan dan Penghasilan Karya . . • • • • . . . . • . . • . . . .

47 . Taburan Guru Mengikut Seminar Yang Dihadiri

viii

119

1 2 2

1 24

1 2 5

126

1 3 3

1 34

1 37

1 3 8

1 3 8

1 3 9

. . 141

143

144

Page 12: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGAJARAN KESUSASTERAAN … · 2016-08-03 · BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Kesusasteraan Melayu Dalam Kurikulum Sekolah Pengajaran dan pembelajaran

48 Taburan Guru Mengikut Masa Per sediaan Tiap-tiap Pelaj aran KM . . . . . . . . . . . . . . . . . . 1 4 5

4 9 Taburan Guru Mengikut Anggapan pentingnya KM 1 4 5

5 0

5 1

52

RAJAH

1

2

3

4

5

Taburan Guru Mengikut Masalah Dalam

Taburan Guru Mengikut Punca Masalah

Taburan Guru Mengikut Aspek Penting Keberke sanan Pengaj aran KM . .

Kegiatan Kesusasteraan

Masa1ah Pengajaran KM

Guru Dan Masalah Pengaj aran KM

Contohan Guru

Contohan pelaj ar

ix

. . . .

pengajaran KM

P engaj aran KM

Dalam Menj amin . . . . . .

1 4 7

1 4 8

1 49

8

36

7 5

7 9

81

Page 13: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGAJARAN KESUSASTERAAN … · 2016-08-03 · BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Kesusasteraan Melayu Dalam Kurikulum Sekolah Pengajaran dan pembelajaran

ABSTRAK

Objektif kajian ini ialah untuk melihat permasalahan

dalam pengajaran Kesusasteraan Me layu di peringkat Tingkatan 4

dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan . Sebanyak 2 2 buah Sekolah

Menengah Kebangsaan di Negeri Sembilan dan �ebanyak 1 08 orang

guru yang mengajar Kesusasteraan Melayu di sekolah- seko lah itu

terlibat dalam kajian ini . Kajian ini dijalankan kerana masalah

pengajaran Kesusasteraan Melayu , terutama dari segi objektif

pengajaran , pendekatan , kaedah dan teknik pengajaran , pemilihan,

penyesuaian dan penggunaan bahan serta sikap guru masih lagi

wujud walaupun mata pe lajaran Ke susasteraan Me layu telah lama

diperkenalkan.

Data-data te lah dikumpulkan menerusi soal s elidik ,

temuduga berstruktur dan pemerhatian . Data-data tersebut te lah

dianalisis dengan menggunakan s tatistik deskriptif . Hasil yang

didapati ialah guru-guru yang mengajar Kesusasteraan Melayu

di Sekolah Menengah Kebangsaan itu tidak jelas mengenai objektif

pengajaran Kesusasteraan Melayu yang sebenarnya . Mereka juga

tidak jelas mengenai makna istilah pendekatan, kaedah dan teknik

serta tidak dapat membezakan istilah-istilah ters ebut . Guru­

guru Kesusasteraan Melayu juga didapati mengabaikan aspek

pemilihan , penyesuaian dan penggunaan bahan . Bahan-bahan yang

dipilih dan digunakan itu adalah terdiri daripada bahan-bahan

yang mudah diperolehi d an tidak terjamin kebo lehpercayaannya

s eperti buku-buku ulasan teks dan siri buku panduan luI us

peperiksaan .

Page 14: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGAJARAN KESUSASTERAAN … · 2016-08-03 · BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Kesusasteraan Melayu Dalam Kurikulum Sekolah Pengajaran dan pembelajaran

Mengenai sikap dan rninat guru pula, kajian ini rnendapat i

bahawa kebanyakan guru rnenganggap rnata pelajaran Kesusasteraan

Me layu terletak pada taraf yang rendah jika dibandingkan dengan

rnata-rnata pelajaran lain . Mereka juga didapati kurang berrninat

terhadap rnata pelajaran Kesusasteraan Melayu . Oleh itu kebanyakan

guru Kesusasteraan Me layu kurang rnenggunakan alat bantu rnengajar

dalam pengajaran rnereka .

Masalah yang tersebut di at as itu adalah disebabkan o leh

ketiadaan Sukatan pelajaran Kesusasteraan Me layu yang lengkap

dan sistematik dan dapat digunakan secara menyeluruh di s ekol ah­

s ekolah menengah kebangsaan . Guru-guru Kesusasteraan Melayu

juga didapati tidak layak untuk mengajar mata pelajaran itu.

Ini disebabkan oleh pengetahuan guru dalam i lmu kesusasteraan

Melayu itu tidak rnemadai dan mereka juga tidak mendapat latihan

yang cukup untuk mengajar Kesusasteraan Me layu.

Bagi rnengatasi rna salah di atas , beberap a cadangan te lah

dikemukakani antaranya yang penting i alah menyediakan Sukatan

Pelajaran Kesusasteraan Me layu yang lengkap dan sistematik ,

mengubah corak latihan guru Kesusasteraan Melayu , membuat

persediaan mengajar yang lengkap dan menggunakan buku teks

secara si stematik.

xl

Page 15: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGAJARAN KESUSASTERAAN … · 2016-08-03 · BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Kesusasteraan Melayu Dalam Kurikulum Sekolah Pengajaran dan pembelajaran

ABSTRACT

The objective o f this research i s to determine the problems

o f teaching Malay Literature to Form 4 and 5 students in the

National Secondary School s in Malaysia. In order to determine

the related problems o f teaching Malay Literature , approximately

22 national secondary school s in Negeri Sembi Ian and 1 0 8 Ma lay

Literature te achers were involved. The main objective o f this

research i s to gauge the existing problems o f teaching Malay

Literature , speci fically the problems related to teaching

objectives , approache s , teaching methods and techni que s and

materials selection , eventhough the subject has been taught

for quite sometime .

Data to this e ffect have been col lected through questionares ,

structured interviews and observations . These data have been

analysed using descriptive statistics . The result shows that

teachers teaching Malay Literature in the National Secondary

Schools are sti ll not sure of the real objective of teaching

Malay Literature . They are also uncertain o f the dif ferences

among the terms 'approach' , 'method' and 'techniques' in teaching

the subject . There seems to be a measure o f uncertainty too

with regard to the aspects o f s election , adaptation and usage

o f materials . Materials selected and used , for example , books

on reviews and guides to examinat ions , are easi ly available

but their reliabi lity is que stionable .

With regard to the attitude and interest o f teachers

on the subject , this research shows that most teachers are not

xll

Page 16: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGAJARAN KESUSASTERAAN … · 2016-08-03 · BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Kesusasteraan Melayu Dalam Kurikulum Sekolah Pengajaran dan pembelajaran

highly motivated in te aching thi s subject compared to other

subjects and thus they are not really interested in the subject

itself . As a result thes e teachers use very few teaching aids

when teaching the subject .

The lack of a complete and systematic syllabus on the

subject for teaching purposes has further accentuated this

problem . Moreover , thes e teachers are not quali fied to teach

Malay Literature as they either lack the knowledge in the subject

or they do not have adequate training to teach the subject .

To overcome the above problems some suggestions have

been put forward . Among them are preparing a complete and

systematic Malay Literature syllabus , reviewing the training

of teachers of Malay L iterature , preparing complete lesson plans

and using systematic text books .

xiii

Page 17: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGAJARAN KESUSASTERAAN … · 2016-08-03 · BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Kesusasteraan Melayu Dalam Kurikulum Sekolah Pengajaran dan pembelajaran

KETERANGAN MENGENAI PERKATAAN YANG DISINGKATKAN

G = Guru

M = Masalah

P = Pe laj ar

EM = Bahasa Malaysia

GL = Guru Lelaki

GP Guru Perempuan

KM Kesusasteraan Melayu

PL Pelaj ar Lelaki

PP = Pelaj ar Perempuan

SG Sikap Guru

FMC = Federation of Malaya

GT4 Guru Tingkatan 4

GT5 = Guru Tingkatan 5

HSC = Higher School Certificate

PT4 Pelaj ar Tingkatan 4

PT5 = Pe laj ar Tingkatan 5

SMK

SPM

STPM

Jum.

OPKM

PKTPKM

S ekolah Menengah Kebangsaan

= S ij i l Pelaj aran Malaysia

= Si j i l Tinggi Persekolahan Malaysia

Jumlah

Obj ektif Pengaj aran Kesusasteraan Melayu

= Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengaj aran Kesusasteraan Melayu

PPPBPKM = Pemi lihan, Penyesuaian dan Penggunaan Bahan Pengaj aran Kesusasteraan Me layu

xiv

Page 18: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGAJARAN KESUSASTERAAN … · 2016-08-03 · BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Kesusasteraan Melayu Dalam Kurikulum Sekolah Pengajaran dan pembelajaran

BAB I

PENDAHULUAN

Latar Belakang

Kesusasteraan Melayu Dalam Kurikulum Sekolah

Pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu

(KM) dalam sistem pendidikan di Malaysia bukanlah satu

perkara baru. Mata pelajaran KM di peringkat tingkatan 4,

5 dan 6 merupakan satu disiplin ilmu yang tersendiri. Mata --

pelajaran ini mula diperkenalkan pada t�un 1957 kepada

/ pelajar aliran Inggeris dalam peperiksaan 'Federation of

Malaya' (FMC) dan 'Higher School Certificate' (HSC).1

Pada

tahun 1962, mata pelajaran KM diperkenalkan pula kepada

pelajar aliran Melayu, iaitu sebagai satu mata pelajaran

pilihan dalam peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia (Khatijah

Abdul Hamid, 1980: 2). Sehingga �i mata pelajaran KM

masih dianggap sebagai Kertas 2 mata pelajaran Bahasa Malaysia

di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (Majlis

Peperiksaan Malaysia, 1984a: 2).

Bahan KM banyak digunakan dalam pengajaran bahasa

Malaysia sebagai bahasa pertama dan bahasa Malaysia sebagai

bahasa kedua2

di peringkat sekolah rendah dan menengah

lpada masa itu peperiksaan 'Higher School Certificate' dikelola­kan oleh Lembaga peperiksaan Tempatan Universiti Cambridge dengan kerjasama Universiti Malaya. Mulai tahun 1982, Majlis Peperiksaan Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) (Majlis Peperiksaan Malaysia, 1984b: 1).

2Bahasa pertama adalah bahasa yang mula-mula sekali diperolehi dan dikuasai oleh seseorang sejak dari zaman kanak-kanak, sebelum ia mempelajari bahasa lain. Bahasa kedua pula adalah bahasa yang dikuasai melalui proses pembelajaran, iaitu selepas seseorang memperolehi dan menguasai bahasa pertama.

Page 19: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGAJARAN KESUSASTERAAN … · 2016-08-03 · BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Kesusasteraan Melayu Dalam Kurikulum Sekolah Pengajaran dan pembelajaran

di Malaysia (Asmah Haj i Omar, 1 978: 3). Memandangkan

keadaan ini, pengaj aran KM sepatutnya telah membentuk satu

tradisi yang kukuh dan dapat meninggalkan ke san yang

po sitif kepada pelaj ar . Malangnya dalam beberapa hal,

tradisi yang ditinggalkan dan kesan yan9 dapat dilihat

daripada pengaj aran KM adalah negatif, terutama dari segi

menarik minat pelaj ar untuk mempelaj ari mat a pel aj aran

KM (Mohd . Taib Osman, 1 977: 194) .

Kesan negatif ini terj adi atas beberapa s ebab,

antaranya ialah ketiadaan kurikulum3

KM dan ketiadaan

keterangan mengenai obj ektif pengaj aran mata pelaj aran

tersebut (Mohd . Taib Osman, 1977 : 185) . Di peringkat

2

sekolah rendah dan menengah rendah, pengaj aran kesusasteraan

diterapkan dalam pengajaran bahasa Malaysia . Ini bermakna

obj ektif pengaj aran kesusasteraan Melayu itu sarna dengan

4 obj ektif pengaj aran bahas a . Obj ektif pengaj aran bahasa

pula berdasarkan kepada matlamat pendidikan, iaitu untuk

mewuj udkan s atu masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin

dan terlatih (Kementerian Pelaj aran Malaysia, 1 979: 2).

3Bagi maksud yang luas kurikulum itu bolehlah dirumuskan sebagai semua pengalaman pembelaj aran di dalam dan di luar sekolah yang menyentuh soal teori dan praktik, dititik­beratkan kepada bidang pengaj aran dan pembelaj aran, ter­masuklah 'all the opportunities planned by teachers for pupi ls' (Audrey Nicholl, 1972 : 34). Hal ini terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaj i Pelaksanaan Dasar Pelaj aran, 197 9 : 6 6) .

4S aya menggunakan perkataan obj ektif pengajaran kerana kita boleh mengukur obj ektif, tetapi kita tidak boleh mengukur matlamat (Edgar Faure, 1977 : 198).

Page 20: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGAJARAN KESUSASTERAAN … · 2016-08-03 · BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Kesusasteraan Melayu Dalam Kurikulum Sekolah Pengajaran dan pembelajaran

Di peringkat tingkatan 4 dan 5, apa yang ada

hanyalah obj ektif peperiksaan SPM mata pelaj aran KM,

manakala di peringkat tingkatan 6 , kertas Bahasa Malaysia 2

tiada obj ektif langsung� sedangkan obj ektif mata-mata

pelaj aran lain terkandung di dalam Suka�an Pelaj aran

mata-mata pelaj aran tersebut (Maj lis Peperiksaan Malaysia,

1 984a : 3) . Objektif peperiksaan KM di peringkat SPM

ialah untuk menguj i kebolehan calon:

a . Memahami, mentafsir dan menilai KM dalam

bentuk prosa dan pui s i .

b . Memahami dan menghurai tema, plot, watak

dan perwatakan .

c . Menganalisis karya puisi dari segi bentuk,

teknik penulisan dan gaya bahasa yang

digunakan .

d . Membezakan hasi l tulisan klasik dan moden

dan bentuk-bentuk kesusasteraan lain

seperti novel, cerpen dan puisi .

e . Memahami motif dan perkembangan watak­

watak dalam buku yang dikaj i .

(Kementerian Pelaj aran Malaysia, 1980 : 8)

3

Page 21: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGAJARAN KESUSASTERAAN … · 2016-08-03 · BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Kesusasteraan Melayu Dalam Kurikulum Sekolah Pengajaran dan pembelajaran

Obj ektif peperiks aan di atas lebih menekankan

peringkat kognitif dan bukannya peringkat afektif .5

Akibatnya pelaj ar lebih mudah dan lebih gemar berpandukan

buku-buku ulasan teks dalam pembelaj aran mata pelaj aran

KM di sekolah . Kebiasaan yang serupa ini tidak menggalak-

kan minat s ebenar pelaj ar terhadap kesusaste raan , yakni

kesusasteraan sebagai bahan untuk mengenali hati nurani

manusia secara indah6

dan kesusasteraan sebagai sumber

bagi manusia dari mana pun mereka datang untuk bertindak

kreatif dalam hidupnya.

4

5peringkat kognitif menekankan aspek pengetahuan , iaitu pengetahuan mengenai perkara khusus (terminologi dan fakta khusus) , pengetahuan mengenai cara dan us aha (peraturan , per­edar an dan urutan , pengel as an dan kategori , kri teria dan metodologi) , pengetahuan mengenai perkara universal dan abstrak dalam sesuatu bidang (prinsip dan generalisasi s erta teori dan struktur) , kefahaman (penterjemahan , interpretasi dan ekstrapolasi) , aplikasi (analisis elemen , analisis per­hubungan dan analisis prinsip), sintesis (pengeluaran s atu perutusan unik dan pengeluaran s atu rancangan atau cadangan kerj a) , penilaian (pertimbangan dari segi bukti dari dal� yang sedia ada dan pertimbangan dari segi kriteria luar) . Peringkat afektif pula menekankan aspek peras aan , emosi dan perkara-perkara yang kurang nyata , iaitu mengenai penerimaan/ pemerhatian (ke sedaran , kes anggupan menerima dan perhatian yang terkawa1 atau terpi1ih), memba1as (persetujuan pasif ketika memba1as , kesanggupan membalas dan kepuasan membalas ) , menghargai (penerimaan sesuatu ni1ai , lebih suka akan sesuatu nilai dan kamitmen), organisasi (mengkonsepkan s esuatu nil ai , mengorganisasi s esuatu sistem nilai) , perwatakan o leh s esuatu nilai atau kompleks nilai (set am dan perwatakan) (Sharifah Alwiah Alsagoff , 1983: 273-276).

6Ini penting kerana keindahan itu merupakan s ifat obj ek , tidak hanya s ekadar s elera yang subj ektif (Sidi Gazalba , 1977: 13). Keindahan juga adalah sifat yang memberi kepuasaan rohani , apabil a dikenali fikiran, kerana sifat itu sempurna atau mendekati kesempurnaan (Slamet Mulj ana , 1956: 17).

Page 22: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGAJARAN KESUSASTERAAN … · 2016-08-03 · BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Kesusasteraan Melayu Dalam Kurikulum Sekolah Pengajaran dan pembelajaran

Dalarn j adual yang menunj ukkan nilai-nilai , sifat

dan tabiat yang baik , terkandung secara tersurat dan

tersirat di dalam mata-mata pelaj aran kurikulum seko lah

hari ini , tidak terdapat mata pelaj aran KM ( lihat

Larnpiran A) . Ini menunj ukkan bahawa m�ta pelaj aran KM

seo lah-o lah dinafikan kewuj udannya . Namun demikian

bayangan obj ektif mata pelaj aran KM tetap wuj ud sarna

dengan mata-mata pelaj aran lain s eperti Bahasa Malaysia ,

Sivik , Agama Islam , S ains , S ains Pertanian, Geografi ,

S e j arah , Matematik , Muzik , S eni Lukis dan Pertukangan

Tangan , Kes ihatan , Perdagangan , S ains Rumahtangga dan

Pendidikan Jasmani ( Kementerian Pelaj aran Malaysia ,

1 981: 16- 21 ) .

5

Secara implisit dan mudah dapatlah kita katakan

bahawa obj ektif pengaj aran KM di sekolah-s ekolah ialah

supaya pelaj ar lulus peperiksaan mata pelaj aran itu dan

mendapat sij il SPM atau STPM , sarna ada sebagai tiket untuk

mendapat pekerj aan atau melanj utkan pelaj aran ke universiti .

Obj ektif begini amat merbahaya dan dapat memberi kesan

negatif terhadap pengaj aran KM di sekolah-sekolah menengah

di Malaysi a . Kes an mata pelaj aran KM tidak boleh diketepi­

kan sama sekali dalarn aspek memheri ilmu pengetahuan ,

kerana pengetahuan itu adalah kemuliaan (Hasan Langgulung ,

1 981: 1 ) . Demikian j uga kesan pengajaran KM dalam

aspek penguasaan dan pengayaan bahasa Malaysia di kalangan

pelaj ar-pelaj ar bahasa Malay sia sebagai bahasa pertarna.

Page 23: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGAJARAN KESUSASTERAAN … · 2016-08-03 · BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Kesusasteraan Melayu Dalam Kurikulum Sekolah Pengajaran dan pembelajaran

Kesusasteraan j uga dapat mernberi kesan dalam pem-

bentukan personaliti, mempertaj amkan pemikiran d engan

asuhan kreatif dan imaginatif, mengilhamkan misteri,7

menghalusi nilai etika dan estetika ,8

di samping memheri

panduan ke arah keharmonian hidup bermasyarakat . I ni

bermakna bahawa guru-guru yang mengaj ar kesusasteraan,

bukan s ahaj a mengaj ar ilmu itu sebagai satu disiplin,

tetapi j uga bertindak sebagai agen pendidik morru dan

etika so sial (Azman Wan Chik , 1980: 4 ) . Dua tugas

yang dilaksanakan s erentak inilah yang mernbezakan guru

kesusasteraan dengan guru-guru mata pelaj aran lain .

Kesusasteraan Me layu sebagai alat pendidikan

Mengikut Profesor Mohd. Taib Osman dan Hashim

Awang ada tiga dasar pengaj aran KM sebagai alat pendidikan,

iaitu:

i . Aspek pemakaian bahasa sebagai medium kesusasteraan . Hasil-hasil s astera kreatif seperti cerpen, novel dan puisi merupakan pendidikan bahasa yang lebih luas daripada pelaj aran Ipenggunaan , l Ipemakaianl atau I kemah iran I bahasa ,

kerana bahan-bahan itu mencakup bidang­bidang bahasa yang kreatif, imaginatif dan estetis .

7Albert Eistein pernah mengatakan bahawa IYang paling indah dapat kita alami ialah yang mengandungi misteri . I a merupakan sumber seni dan segala s ains yang sebenar . 1 (Edgar Faure , 1 977: 90) .

6

8Ha1 ini sesuai dengan teori-teori mengenai keindahan seperti P lotinus dengan Teori Rohaniah, Hegel, S chopenhauer , Benedetto Croce dengan Teori Metafizika, Ruskin dengan Teori Kemurnian dan Immanuel Kant dengan Teori Estetika (Sidi Gazalba, 1 977: 1 2 ) .

Page 24: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGAJARAN KESUSASTERAAN … · 2016-08-03 · BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Kesusasteraan Melayu Dalam Kurikulum Sekolah Pengajaran dan pembelajaran

ii. Sifat kej adian hasil s astera sebagai penyataan seni . Aspek estetik dan keindahan di alam j asmani dan alam rohani manusi a .

i i i . Kesusasteraan itu tidak lahir dalam

' vacuum ' tetapi i a adalah hasil sesuatu kebudayaan dan masyarakat . Satu khazanah ciri-ciri pilihan daripada pemikiran inteleKtual , pengo lahan s eni serta pengalaman hidup sesuatu masyarakat .

(Mohd . Taib Osman , 1 977: 165).

Ketiga-tiga dasar tersebut dapat dirumuskan sebagai

9 kemah iran bahasa , pembentukan dan perubahan tingkah laku ,

kehalusan budi pekerti dan s ebagai hiburan yang menyeronok-

kan (P. J. Roe , 1 970: 95) . Semua itu ada kaitannya

10 dengan Teori Kegiatan Kesusasteraan , iaitu:

i.

ii.

iii.

iVa

Mencipta hasil karya kesusasteraan

Menghayati hasil karya kesusasteraan

Mempelaj ari hasi l karya kesusasteraan termasuk kegiatan mengaj arkannya

11 Mengkritik hasil karya kesusasteraan

(Azman Wan Chik , 1981 : 62)

7

9perubahan yang dimaksudkan itu i alah meruj uk pada suatu proses pendidikan yang harus dilalui oleh pelaj ar . Tanpa proses pendidikan ini , perubahan tingkah laku tidak mungkin terj adi dan obj ektif pengajaran tidak dapat dic apai .

10Teori ini berdasarkan kepada pemecahan teori penciptaan kesusasteraan , iaitu Teori Peniruan yang menekankan pada catatan s emula pengalaman hidup sarna ada ditiru dengan j uj ur atau ditafsirkan kernbali , Teori Kesan yang menekan­kan pada faedah , kepuasan dan penga j aran , Teori Perasaan yang menekankan pada pengucapan , Teori Ide Cereka yang menekankan pada kebenaran dalam kesusasteraan dan Teori Ide Struktur yang menekankan pada aspek struktur yang membina kesatuan . (M . K. Danziger , 1983: 14-28)

11Mengkritik kesusasteraan bermakna menganalisis , mentafsir dan meni lai .

Page 25: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGAJARAN KESUSASTERAAN … · 2016-08-03 · BAB I PENDAHULUAN Latar Belakang Kesusasteraan Melayu Dalam Kurikulum Sekolah Pengajaran dan pembelajaran

Keempat- empat kegi atan kes usasteraan itu dapat

. . hk . b . k 12

dlgambara]a an sepertl erl ut:

RAJAH 1: KEGIATAN KESUSASTERAAN

Fenomena di atas itu dapat di lihat dalam pengajaran

Kes usasteraan Me layu yang digabungkan dengan pengajaran

Bahasa Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah

di Malaysia.

Peringkat Sekolah Rendah

Di peringkat ini, mata pelaj aran Kesusasteraan

menj adi pembantu kepada mata pelaj aran Bahasa Malaysia.

Bahan-bahan pengajaran kesusasteraan diterapkan ke da1am

Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia. Obj ektif pengaj aran

Bahasa Malaysia di peringkat ini i a1ah:

12Da1am Rajah 1 di atas ke1ihatan kesusasteraan sentiasa berputar daripada Kl (Kegiatan mencipta karya kesusasteraan)

menuju ke arah K2 (Kegiatan menghayati karya kesusasteraan) terus kepada K3 (Kegiatan mempe1aj ari dan mengaj arkan karya kesusasteraan) , terus kepada K4 ( Kegiatan mengkritik karya kesusasteraan) dan berba1ik semula ke Kl. Begitu1ah s eterusnya kegiatan kesus asteraan berputar di atas 1andasan yang te lah ditentukan itu (Azman Wan Chi k , 1981: 63).