rancangan pengajaran harian berbantukan komputer (kesusasteraan melayu)

25
Rancangan Persediaan Mengajar Tingkatan 5 Butiran Am Nama Guru Pelatih : Alina Binti Harun Tingkatan : 5 A Mata Pelajaran : Kesusasteraan Melayu Masa : 80 minit Tarikh : 19 Ogos 2009 Tajuk : Plot dan teknik penceritaan dalam cerpen Sahabat karya Anwar Ridhwan Objektif : i. Melengkapkan rajah binaan plot berdasarkan peristiwa dalam karya. ii. Menyenaraikan teknik-teknik plot dalam cerpen Sahabat . Hasil Pembelajaran Utama : 5.0 Menghuraikan plot dalam karya prosa. Hasil Pembelajaran Khusus : 5.3 Menjelaskan binaan plot dalam karya. 5.4 Menghuraikan teknik plot dalam karya. 1

Upload: pu3deja

Post on 13-Jun-2015

1.043 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian Berbantukan Komputer (Kesusasteraan Melayu)

Rancangan Persediaan Mengajar Tingkatan 5

Butiran Am

Nama Guru Pelatih : Alina Binti Harun

Tingkatan : 5 A

Mata Pelajaran : Kesusasteraan Melayu

Masa : 80 minit

Tarikh : 19 Ogos 2009

Tajuk : Plot dan teknik penceritaan dalam cerpen “Sahabat” karya

Anwar Ridhwan

Objektif :

i. Melengkapkan rajah binaan plot berdasarkan

peristiwa dalam karya.

ii. Menyenaraikan teknik-teknik plot dalam cerpen

“Sahabat”.

Hasil Pembelajaran Utama : 5.0 Menghuraikan plot dalam karya prosa.

Hasil Pembelajaran Khusus : 5.3 Menjelaskan binaan plot dalam karya.

5.4 Menghuraikan teknik plot dalam karya.

1

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian Berbantukan Komputer (Kesusasteraan Melayu)

Huraian Hasil Pembelajaran : Aras 1

iii. Melakarkan binaan plot karya.

Aras 2

i. Melengkapkan rajah binaan plot berdasarkan

peristiwa dalam karya.

ii. Mengenal pasti teknik dalam plot iaitu dialog,

monolog dan monolog dalaman dalam karya.

Pendekatan : Struktural, Konstruktivisme

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mempelajari plot dan jenis plot semasa berada

di tingkatan empat.

Pengisisan Kurikulum

Ilmu : Kesusasteraan Melayu dan Pendidikan

Peraturan

Sosiobudaya : Kepentingan menjaga hubungan persahabatan

Nilai Kemanusiaan : Tolong menolong, Bertimbang rasa

Kewarganegaraan : Perpaduan

Kemahiran Bernilai

Tambah : Kemahiran Berfikir, Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (ICT).

2

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian Berbantukan Komputer (Kesusasteraan Melayu)

Bahan Bantu

Mengajar/Alat

Alat Bahan

1. Komputer : Tayangan

2. Power Point : Slaid tentang cerpen ‘Sahabat’, plot, aktiviti.

3. Papan Tulis

4. Buku Teks ‘Bacalah dalam

Bahasamu, Jilid B’

Sumber Pengajaran

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Bacalah Dalam Bahasamu, Jilid B. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Isi Pelajaran Aktiviti Catatan

Induksi Set (8 minit)

Murid diperdengar kan

lagu serta lirik lagu

‘Kawan’ oleh kumpulan

nasyid Nur Kasih.

3

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian Berbantukan Komputer (Kesusasteraan Melayu)

Video klip lagu ‘Kawan’ dipaparkan di skrin.

Lirik lagu ‘Kawan’ nyanyian Nur Kasih

KAWAN

Kawan,

Bertahun kita bersama

Bagai semalam baru bersua

Kawan,

Di hadapan oh indahnya

Kita bersama berkelana (2x)

Namun kita jauh di dunia sendiri

Bekalan sendiri impian sendiri

Meskipun jauh namun kita tetap bersama

Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit

Yang tidak selalu cerah

Klik butang

untuk

memulakan set induksi.

Guru meminta murid

untuk menghayati lirik

lagu tersebut.

Klik untuk

mendengar lagu.

4

Page 5: Rancangan Pengajaran Harian Berbantukan Komputer (Kesusasteraan Melayu)

Kawan hidup ini umpama awan

Yang tidak selalu putih

Ingatlah, kita bintang di langit

Takkan terus berkelipan

Ingatlah kelahiran kita

Pasti akan hilang….

Kawan jangan biarkan dirimu

Seperti rama-rama

Nanti namun akhirnya

Menjadi perhiasan di dinding…

Kawan,

Jangan biarkan dirimu

Umpama lipan dan kala

Berbisa namun akhirnya

Menjadi perhiasan di meja tulis

Oh kawan jadilah seperti si matahari

Membakar diri demi insan sejagat

5

Page 6: Rancangan Pengajaran Harian Berbantukan Komputer (Kesusasteraan Melayu)

Oh kawan jadilah seperti bulan purnama

Menerangi malam yang gelap gelita

Menunjukkan jalan demi umat semesta (3x)

Adakah anda faham lirik lagu tersebut?

Apakah yang anda faham tentang lirik tersebut?

JAWAPAN:

1. Lirik lagu yang berkaitan dengan

sahabat/kawan

2. Erti sebuah persahabatan

3. Nasihat kepada kawan

Guru bertanya murid

sama ada mereka

memahami lirik lagu

tersebut.

Untuk melihat jawapan,

klik pada

Untuk meneruskan

pembelajaran, sila klik

pada butang

untuk

kembali ke LAMAN

UTAMA.

Langkah 1 (20 minit)

Aktiviti 1

Klik pada

untuk

meneruskan

6

Page 7: Rancangan Pengajaran Harian Berbantukan Komputer (Kesusasteraan Melayu)

Latar tempat dalam sedutan video 1 adalah di

hospital sama seperti permulaan sinopsis dalam

cerpen ‘Sahabat’ iaitu berlaku di hospital.

Video 2 ini menunjukkan amalan tolong

menolong walaupun berlainan bangsa. Dalam

cerpen ‘Sahabat’ ini, sikap tolong menolong

ditunjukkan oleh Anwar dan Ismail tetapi tidak

ditunjukkan oleh Yaakob atau Mr. Jacob

walaupun mereka pernah tinggal sekampung.

pembelajaran.

Kemudian klik pada

butang

untuk melihat video.

Terdapat dua video yang

hendak dipaparkan dalam

aktiviti ini (video 1 dan

video 2).

Guru klik pada

terlebih dahulu.

Guru memaparkan video

dan murid diminta untuk

memerhatikan sedutan

video tersebut.

Kemudian, guru klik

pada

untuk pengajaran

seterusnya.

Guru bersama-sama

murid berbincang

mengenai kedua-dua

video tersebut dan

membuat persamaan

7

Page 8: Rancangan Pengajaran Harian Berbantukan Komputer (Kesusasteraan Melayu)

dengan sinopsis cerpen

‘Sahabat’.

Klik pada butang

untuk kembali

kepada ISI

PELAJARAN.

Langkah 2 (25 minit)

Aktiviti 2

Guru bertanya kepada

murid sama ada mereka

masih mengingati

definisi plot dan binaan

plot.

Guru klik pada butang

untuk

pembelajaran seterusnya.

Seterusnya guru klik

pada video 3 dan

meminta murid 8

Page 9: Rancangan Pengajaran Harian Berbantukan Komputer (Kesusasteraan Melayu)

Jawapan:

Video 3 memaparkan jalan cerita yang bersifat

kronologi iaitu mengikut urutan masa.

Binaan plot pula bermula daripada permulaan

cerita, kemudian berlaku pengembangan,

puncak atau klimaks, mengalami penurunan

sedikit demi sedikit dan akhirnya menuju

kepada peleraian.

Nota:

Plot ialah jalinan perkembangan atau

pembinaan cerita secara kronologi atau tidak

kronologi ataupun rentetan yang berdasarkan

sebab dan akibat.

Dalam sesebuah karya kreatif, sesuatu plot itu

dibina dengan pelbagai cara. Cara yang biasa

disebut sebagai pembinaan alur normal atau

memerhatikan sedutan

video tersebut.

Guru bersama-sama

murid berbincang

mengenai jalan cerita

dalaam video 3 yang

ditayangkan sebentar

tadi.

Perbincangan hendaklah

dikaitkan dengan binaan

plot yang terdapat dalam

video tersebut.

Kemudian, guru akan

mengaitkannya pula

dengan jalan cerita dan

binaan plot yang terdapat

dalam cerpen ‘Sahabat’.

Selepas perbincangan

tersebut, guru klik pada

untuk

menjelaskan lebih lanjut

mengenai plot dan binaan

plot yang digunakan

dalam setiap karya

sastera.

Guru menayangkan slaid

9

Page 10: Rancangan Pengajaran Harian Berbantukan Komputer (Kesusasteraan Melayu)

yang tidak kompleks bagi sesebuah karya itu

ada lima aspek penting iaitu:

i. Permulaan

Dalam sesebuah karya, selalunya

pembaca akan mengetahui dan

memahami secara eksposisi apabila

watak-watak, latar, arah tuju dan

permasalahan cerita diketengahkan

oleh pengarang.

ii. Pengembangan

Perkembangan cerita dengan

penemuan bermacam-macam watak,

latar dan permasalahan.

iii. Puncak atau Klimaks

Bahagian cerita yang menjadi

penentu kepada persoalan yang

dilalui oleh watak utama. Persoalan

yang diketengahkan oleh penulis

menjadi semakin berat, padat dan

konflik-konflik yang mendebarkan.

iv. Penurunan

Konflik yang berlaku semakin

berkurangan. Persoalan yang

diketengahkan oleh penulis terjawab

sedikit demi sedikit.

tentang definisi plot dan

jenis-jenis plot untuk

membuat ulang kaji

semula.

Paparan tentang definisi

dan binaan plot terdapat

dalam slaid demi slaid.

Klik pada

Untuk melihat slaid demi

slaid tersebut.

Untuk kembali kepada

slaid sebelumnya, klik

pada

Klik pada

untuk kembali ke ISI

PELAJARAN.

10

Page 11: Rancangan Pengajaran Harian Berbantukan Komputer (Kesusasteraan Melayu)

v. Peleraian

Bahagian akhir cerita yang

menjadikan sesebuah cerita itu

selesai sama ada peristiwa gembira

atau sedih.

Jawapan:

Klik pada butang

untuk topik pengajaran

dan aktiviti seterusnya.

Paparan aktiviti untuk

struktur dan binaan plot

muncul dalam slaid

seterusnya.

Untuk meneruskan

aktiviti ini, klik

Murid diminta untuk

melengkapkan gambar

rajah struktur plot yang

dipaparkan.

Murid hanya diberikan

masa selama 5 minit

untuk melengkapkan

gambar rajah struktur

11

Page 12: Rancangan Pengajaran Harian Berbantukan Komputer (Kesusasteraan Melayu)

1. Permulaan

2. Pengembangan

3. Klimaks

4. Penurunan

5. Peleraian

plot tersebut.

Klik pada butang

untuk melihat jawapan.

Klik pada

untuk kembali ke ISI

PELAJARAN.

Jawapan:

Teknik plot yang juga dikenali sebagai teknik

penceritaan merupakan kaedah atau cara yang

dipilih oleh pencerita atau penulis untuk

membina atau menyampaikan sesuatu cerita

agar cerita yang dikemukakannya itu menarik

dan tidak membosankan pendengar, penonton

atau pembaca.

Langkah 3 (20 minit)

Aktiviti 3

Guru klik pada butang

untuk ke

topik pengajaran dan

aktiviti seterusnya.

Paparan slaid tentang

teknik plot akan muncul

selepas menekan butang

TEKNIK PLOT.

Guru menerangkan 12

Page 13: Rancangan Pengajaran Harian Berbantukan Komputer (Kesusasteraan Melayu)

Biasanya, bagi menjadikan sesuatu cerita atau

kisah itu menarik dan tidak membosankan,

pencerita atau pengkarya akan menggunakan

banyak cara atau kaedah. Antaranya ialah:

i. Dialog

Perbualan antara watak dalam

sesebuah cerita, drama atau novel.

Contohnya adalah seperti “Anwar

berdialog dengan Yaakob tentang

penangguhan untuk membayar sewa

bilik’ dalam cerpen ‘Sahabat’.

ii. Imbas Kembali

Mengenang kembali kisah silam.

Contohnya Anwar yang mengimbas

kembali setahun yang lalu iaitu

kesusahannya bersama rakan

sewaktu mencari apartmen dalam

keadaan kewangan yang tidak

mencukupi.

iii. Imbas Muka

Gambaran atau bayangan tentang

sesuatu yang akan berlaku. Tujuan

imbas muka adalah untuk

menyediakan pengetahuan awal

kepada pembaca tentang apa yang

teknik-teknik plot yang

digunakan dalam

sesebuah karya.

Guru hanya perlu

menekan setiap butang

DIALOG, IMBAS

KEMBALI, IMBAS

MUKA, KONFLIK,

MONOLOG,

PEMERIAN dan

SASPENS, KEJUTAN

untuk pengajaran teknik

plot.

Klik pada

untuk meneruskan

pelajaran berkaitan

teknik plot.

13

Page 14: Rancangan Pengajaran Harian Berbantukan Komputer (Kesusasteraan Melayu)

akan berlaku seterusnya.

iv. Konflik

Pertentangan atau perselisihan antara

individu atau antara dua / lebih

pihak. Ada dua jenis konflik iaitu:

a) Konflik Dalaman : Pertentangan

yang berlaku dalam jiwa

seseorang sama ada konflik itu

terjadi dalam fikiran, dalam

perasaan atau dalam hatinya.

b) Konflik Luaran : Pertentangan

sama ada pertentangan secara

melintang seperti manusia

sesama manusia, manusia

dengan alam atau pertentangan

secara menegak iaitu manusia

dengan pencipta.

v. Monolog

Monolog ialah pengucapan watak

secara bersendirian. Ada dua jenis

monolog iaitu monolog luaran dan

monolog dalaman.

a) Monolog Luaran : Watak

berkata-kata sendiri dalam

hatinya tanpa didengari oleh

watak lain. Selalunya, segala

perasaan, fikiran dan hatinya

14

Page 15: Rancangan Pengajaran Harian Berbantukan Komputer (Kesusasteraan Melayu)

dilahirkan sendiri melalui kata-

kata yang diucapkannya.

b) Monolog Dalaman : Teknik

yang menonjolkan watak-watak

berkata dalam hati tanpa

sebarang ucapan. Semua

perasaan atau kata-kata yang

tersirat di hati watak-watak itu

dipaparkan oleh penulis atau

pengarangnya.

vi. Pemerian

Bercerita tentang sesuatu keadaan

atau peristiwa (deskriptif)

vii. Saspens

Peristiwa yang mendebarkan atau

yang mencemaskan yang menjadi

tanda tanya kepada pembaca

sehingga boleh menimbulkan

ketegangan ataau peristiwa yang

membuat pembaca tertanya-tanya.

viii. Kejutan

Kisah, kejadian atau peristiwa dalam

sesebuah cerita yang terjadi tanpa

jangkaan pembaca. Biasanya,

pengarang akan membuat sesuatu

kejadian yang berada di luar

jangkaan watak dan tidak disangka

15

Page 16: Rancangan Pengajaran Harian Berbantukan Komputer (Kesusasteraan Melayu)

oleh pembaca.

Aktiviti 1:

Aktiviti 2:

Klik pada

untuk aktiviti seterusnya.

Terdapat dua aktiviti

yang guru ingin murid

lakukan di dalam kelas

(aktiviti 1 dan aktiviti 2).

Guru klik pada

AKTIVITI 1 terlebih

dahulu.

Murid diminta untuk

mencipta dialog,

monolog luaran dan

monolog dalaman

berdasarkan gambar yang

diberikan.

Guru akan memilih

secara rawak seramai

sembilan orang untuk

menyampaikan dialog,

monolog luaran dan

monolog dalaman yang

mereka cipta sendiri

dengan gaya dan intonasi

yang betul.

16

Page 17: Rancangan Pengajaran Harian Berbantukan Komputer (Kesusasteraan Melayu)

Jawapan:

1. Dialog

2. Imbas Kembali

3. Konflik

4. Monolog (Dalaman dan Luaran)

5. Saspens

6. Kejutan

Klik untuk

meneruskan aktiviti ini.

Kemudian, guru klik

pada AKTIVITI 2 untuk

aktiviti seterusnya.

Guru memaparkan tiga

sedutan video kepada

murid. Guru meminta

murid untuk

memerhatikan video

tersebut.

Guru bertanya kepada

murid apakah teknik

penceritaan yang

digunakan ketiga-tiga

video tersebut.

Guru memanggil enam

orang murid untuk

memberikan jawapan

mereka.

Klik pada

pautan ke LAMAN

UTAMA.

17

Page 18: Rancangan Pengajaran Harian Berbantukan Komputer (Kesusasteraan Melayu)

Soalan 1:

Berikan dua peristiwa (konflik) yang berlaku

dalam perkembangan cerpen sahabat?

Jawapan:

Anwar dan Ismail tidak mampu

melunaskan sewa bulan yang ketiga

kerana Malaysian Students Department

belum mengirimi mereka wang.

Anwar dan Ismail bekerja kontrak

mengecat sebuah restoran Itali kerana

tidak mampu melunasi sewa bilik.

Soalan 2:

Apakah yang anda faham tentang plot dan

Langkah 4 ( 20 minit)

Untuk meneruskan

pengajaran, klik butang

Terdapat lima soalan

yang dipaparkan pada

slaid.

Murid diminta untuk

memilih soalan yang

ingin dijawab untuk

menguji pemahaman

mereka terhadap

pembelajaran hari ini.

Soalan satu hingga tiga

bersifat subjektif. Murid

diminta untuk menjawab

ketiga-tiga soalan dengan

memberikan jawapan

pendek bagi tiap-tiap

soalan yang

dikemukakan.

Soalan empat merupakan

soalan BENAR dan

SALAH. Murid diminta

untuk mencari jawapan

yang benar pada setiap

18

Page 19: Rancangan Pengajaran Harian Berbantukan Komputer (Kesusasteraan Melayu)

apakah jenis plot dalam cerpen sahabat?

Jawapan:

Plot ialah jalinan cerita yang berlaku

berdasarkan hukum sebab dan akibat.

Jenis plot dalam cerpen sahabat ini ialah

tidak kronologi kerana penulis

menggunakan teknik imbas kembali

dalam cerita.

Soalan 3:

Apakah konflik yang berlaku antara Anwar dan

Yaakob (Mr. Jacob) dalam cerpen sahabat ini?

Jawapan:

Konflik berlaku semasa Anwar meminta

penangguhan untuk melunasi sewa bilik.

Konflik kedua, Anwar meminta untuk

tinggal di bilik sewa untuk sebulan lagi

sedangkan mereka telah memberitahu

kepada Yaakob bahawa mereka akan

berpindah.

pernyataan yang

diberikan.

Murid diminta klik pada

butang BENAR atau

SALAH jikan ingin

menjawab.

Soalan lima merupakan

soalan objektif. Murid

diminta untuk menjawab

sama ada A, B, C atau D

dengan meng ‘klik’ pada

jawapan.

Untuk melihat jawapan

yang sebenar untuk

setiap soalan, murid

diminta untuk menekan

butang

Klik untuk

kembali ke soalan.

19

Page 20: Rancangan Pengajaran Harian Berbantukan Komputer (Kesusasteraan Melayu)

Soalan 4:

Pernyataan yang manakah benar?

1. Pengembangan ialah perkembangan

cerita dengan penemuan bermacam-

macam watak dan permasalahan. (Benar

/ Salah)

2. Klimaks ialah perkembangan cerita

dengan penemuan bermacam-macam

watak, latar dan permasalahan. (Benar /

Salah)

3. Penurunan ialah konflik yang berlaku

semakin berkurangan. Persoalan yang

diketengahkan oleh penulis terjawab

sedikit demi sedikit. (Benar / Salah)

4. Peleraian ialah bahagian cerita yang

menjadi penentu kepada persoalan yang

dilalui oleh watak utama. Persoalan

yang diketengahkan oleh penulis

menjadi semakin berat, padat dan

konflik-konflik yang mendebarkan.

(Benar / Salah)

Soalan 5:

Antara yang berikut, yang manakah teknik plot

yang menggunakan penceritaan semasa

menerangkan sesuatu keadaan atau peristiwa?

20

Page 21: Rancangan Pengajaran Harian Berbantukan Komputer (Kesusasteraan Melayu)

A. Pemerian

B. Saspens

C. Monolog

D. Dialog

Klik pada

ataupun butang LAMAN

UTAMA untuk pautan ke

LAMAN UTAMA.

Sasterawan Negara Malaysia ke-10

Nama Komersil : Anuar Ridhwan

Nama Sebenar : Anuar Haji Rethwan

Tarikh Lahir : 5 Ogos 1949

Penutup (7 minit)

Klik untuk

melihat sedikit secara

umum biodata pengarang

cerpen ‘Sahabat’ iaitu

21

Page 22: Rancangan Pengajaran Harian Berbantukan Komputer (Kesusasteraan Melayu)

Pendidikan : Sarjana Muda Sastera (1973),

Ijazah Sarjana Sastera (1983),

Ijazah Doktor Falsafah (1998)

di Universiti Malaya.

Kerjaya : Pengarah Penerbitan Dewan

Bahasa dan Pustaka – Bersara

(2005)

Karya : Novel Hari-hari Terakhir

Seorang Seniman, Novel Arus,

Cerpen Perjalanan Terakhir,

Cerpen Menjadi Tua, Cerpen

Dunia Adalah Sebuah

Apartment, Cerpen Sahabat

dll.

Info Sasterawan Negara

1981 – Kamaludian Muhamad (Keris Mas)

1982 – Datuk Shahnon Ahmad

1983 – Datuk Dr. Usman Awang

1985 – Datuk A. Samad Said

1987 – Dr. Arena Wati

1991 – Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh

1993 – Datuk Noordin Hassan

1996 – Datuk Abdullah Hussain

2003 – S. Othman Kelantan

2009 – Datuk Dr. Anwar Ridhwan

Anwar Ridhwan.

Selain itu, murid

diperlihatkan info tentang

sasterawan negara sejak

tahun 1981 hingga 2009.

Klik pada

22

Page 23: Rancangan Pengajaran Harian Berbantukan Komputer (Kesusasteraan Melayu)

Rumusan:

Setiap karya yang dihasilkan memerlukan

pelbagai teknik agar karya tersebut menjadi

lebih menarik. Salah satu gaya penulisan yang

penting ialah plot dan teknik plot. Tanpa plot

dan teknik plot ini, sesuatu cerita menjadi

‘kaku’ dan tidak berkembang.

Dalam cerpen ‘Sahabat’ ini, pelbagai teknik

plot yang digunakan oleh pengarang. Plotnya

juga berubah daripada pemulaan, mengalami

konflik, klimaks dan seterusnya menemui

penyelesaian. Teknik yang digunakan

menjadikan cerpen ini lebih menarik.

ataupun butang LAMAN

UTAMA untuk pautan ke

LAMAN UTAMA.

Klik pada

untuk

meneruskan

pembelajaran.

Paparan slaid rumusan

ditayangkan dan guru

merumuskan

pembelajaran pada hari

ini.

Dalam slaid yang

terakhir, murid akan

ditanya sama ada ingin

keluar atau tidak.

Klik pada butang Ya jika

ingin keluar ataupun

butang TIDAk jika masih

ingin meneruskan.

23

Page 24: Rancangan Pengajaran Harian Berbantukan Komputer (Kesusasteraan Melayu)

Tugasan :

Ulasan Guru :

Ulasan Pensyarah/ :

Guru Pembimbing

24