universiti akademik - ir.unimas.my sosio-ekonomi pembinaan kilang...kepada puan janice kaur munster...

24

Upload: truongtruc

Post on 08-Aug-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI Akademik - ir.unimas.my sosio-ekonomi pembinaan kilang...kepada Puan Janice Kaur Munster selaku penyelia kerana bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar behau dalam membantu
Page 2: UNIVERSITI Akademik - ir.unimas.my sosio-ekonomi pembinaan kilang...kepada Puan Janice Kaur Munster selaku penyelia kerana bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar behau dalam membantu

Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAg

IMPAK SOSIO-EKONOMI PEMBINAAN KILANG SERAMIK DI KOTA SAMARAHAN KE ATAS MASYARAKAT

PINGGIRANNYA P. KNIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK

ýin uuu1000248016

SHARIFF BIN BUJANG

Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat pengijazahan Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian

(Kajian Perancangan Dan Pengurusan Pembangunan)

FAKULTI SAINS SOSIAL

1997

Page 3: UNIVERSITI Akademik - ir.unimas.my sosio-ekonomi pembinaan kilang...kepada Puan Janice Kaur Munster selaku penyelia kerana bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar behau dalam membantu

Pusat Khidmat Maklurnat Akademik UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

KANDUNGAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

SENARAI JADUAL

SENARAI LAMPIRAN

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1.2.1 Sektor Perkilangan Di Sarawak 1.2 Kenyataan Masalah 1.3 Objektif Kajian 1.4 Kepentingan Kajian 1.5 Definisi Konsep

BAB 11

ULASAN KARYA LEPAS

BAB III

METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan 3.1 Lokasi Kajian 3.2 Persampelan 3.3 Pengukuran 3.4 Instrumen Pengukuran 3.5 Pembolehubah 3.6 Pengutipan Data 3.7 Analisis Data 3.8 Batasan Kajian

H

111

V

vi

1 1 1 4 6 9 9 10

12

12

18

18 18 18 19 20 22 24 25 26 27

Page 4: UNIVERSITI Akademik - ir.unimas.my sosio-ekonomi pembinaan kilang...kepada Puan Janice Kaur Munster selaku penyelia kerana bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar behau dalam membantu

BAB IV 29

ANALISA DATA 29

4.1 Ciri-Ciri Responden 4.1.1 Tempat Kerja Dan Kampung Responden 29 4.1.2 Jantina Responden 30 4.1.3 Umur Responden 30 4.1.4 Status Perkahwinan responden 31 4.1.5 Taraf Pendidikan Responden 32

4.2 Persepsi Terhadap Pendapatan Kerja Kilang 4.2.1 Pendapatan Telah Meningkat 33 4.2.3 Sumber Pendapatan Utama 34 4.2.4 Memudahkan Mendapat Kemudahan Kredit 35 4.2.5 Pendapatan Bulanan Stabil 35 4.2.5 Perbelanjaan Bulanan Berkurangan 36

4.3 Pemilikan Material 4.3.1 Pemilikan Kenderaan 37 4.3.2 Pemilikan Barangan Elektrik 38 4.3.3 Pemilikan Akaun Simpanan 40 4.3.4 Kemampuan Menabung 41

4.4 Perubahan Pendapatan 4.4.1 Pekerjaan Sebelum Bekerja Kilang 42 4.4.2 Pendapatan Responden Sebelum Bekerja Kilang 43 4.4.3 Pendapatan Setelah Bekerja Kilang 44 4.4.4 Perbelanjaan Sebulan Responden Setelah

Bekerja Kilang 45

4.5 Pengaruh Pekerjaan Ke Atas Kesihatan 4.5.1 Pengaruh Tempat Kerja

4.5.1.2 Masalah Kesihatan 47 4.5.1.3 Tahap Pengaruh Tempat Kerja Ke Atas

Kesihatan 48 4.5.1.4 Faktor-Faktor Masalah Kesihatan 49

Page 5: UNIVERSITI Akademik - ir.unimas.my sosio-ekonomi pembinaan kilang...kepada Puan Janice Kaur Munster selaku penyelia kerana bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar behau dalam membantu

4.5.2 Pengaruh Insentif Kesihatan Ke Atas Kesihatan 4.5.2.1 Tahap Pengaruh Insentif Ke Atas

Kesihatan 4.5.3 Pengaruh Pendapatan Diperolehi Ke Atas

Kesihatan 4.5.3.1 Tahap Pengaruh

4.6 Faktor-Faktor Penarik Bekerja Di Kilang

BAB V KESIMPULAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Rumusan Kajian 5.2 Cadangan

49

51

52 53

54

57 57 57 62

ýAMPIRAN 65-82

ýý#ýJOGRAFI 83

Page 6: UNIVERSITI Akademik - ir.unimas.my sosio-ekonomi pembinaan kilang...kepada Puan Janice Kaur Munster selaku penyelia kerana bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar behau dalam membantu

ii

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmannirahim

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S. W. T atas rahmat dan keizinannya, serta

selawat dan salam buat junjungan Rasulullah S. A. W telah memberikan penulis

kekuatan fizikal dan mental untuk menyiapkan Latihan Ilmiah ini dalam masa yang

ditelapkan.

Terlebih dahulu, penulis ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih

kepada Puan Janice Kaur Munster selaku penyelia kerana bimbingan, pandangan

dan tunjuk ajar behau dalam membantu penulis melengkapkan Latihan Ilmiah ini.

Khas buat emak dan ayah segala kasih sayang, doa, pengorbanan dan sokonganmu

tetap ku ingati dan abadikan dalam hiduopku. Juga untuk Kakak, Abang dan Adik-

adik semangat dan doanya kalian akan dikongsibuat selama-lamanya.....

Penulis juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak perpustakaan arkib

negeri Sarawak, Sameon bin Morshidi yang membantu dalam menjalankan soal

selidik, rakan-rakan seprogram dan sefakulti yang telah membantu secara langsung

atau tidak dalam melengkapkan kajian ini. Teguran, pendapat dan kritikan serta

keprihatinan anda meransangkan pemikiran.

Segala sumbangan dan jasa baik yang diberikan akan tetap menjadi kenangan abadi.

Semoga Allah S. W. T. memberikan taufik dan hidayah ke atas kalian semua.

Iklas dariku

Shariff bin Bujang

mac 1997

Page 7: UNIVERSITI Akademik - ir.unimas.my sosio-ekonomi pembinaan kilang...kepada Puan Janice Kaur Munster selaku penyelia kerana bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar behau dalam membantu

111

ABSTRAK

Walau apapun pendekatan yang digunakan untuk memberikan pembangunan kepada

masyarakat sama ada melalui pendekatan pembangunan tanah ataupun perindustrian,

ianya masih mempunyai matlamat iaitu membuat perubahan kepada penerimanya

terutama dalam aspek sosio-ekonomi. Perubahan yang dimaksudkan adalah dari

keadaan lebih baik sebelumnya. Menggalakkan bentuk ekonomi yang moden

terutamanya yang berbentuk perkilangan menjadi agenda utama pembangunan

sekarang. Adalah menjadi objektif utama kajian ini melihat perubahan sosioekonomi

penduduk di Kota Samarahan yang bekerja di kilang seramik KIG dan Borneo Enamel.

Di samping itu, faktor-faktor penarik mereka bekerja di kilang ini akan turnt

dikenalpasti. Data-data yang diperolehi dari soal selidik telah dianalisis dengan

mengunakan program SPSS. Penemuan kajian menunjukkan persepsi pekerja terhadap

pendapatan kerja kilang adalah baik. Terdapat perubahan positif dalam pendapatan

masyarakat dipinggiran setelah bekerja di kilang seramik, di samping peningkatan

pemilikan material dikalangan mereka. Kajian juga menunjukkan tahap pengaruh

tempat kerja memberi kesan negatif kepada pekerja yang bekerja di kilang ini. Ternyata

taraf pendidikan yang dimiliki oleh pekerja yang menjadi faktor penarik responden

bekerja di kilang seramik di samping faktor-faktor penarik yang lain.

Page 8: UNIVERSITI Akademik - ir.unimas.my sosio-ekonomi pembinaan kilang...kepada Puan Janice Kaur Munster selaku penyelia kerana bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar behau dalam membantu

iv

ABSTRACT

Whichever the approach either land development or industrialisation to bring

development to the people, the main goal is still to bring on socio-economic

improvement. The objective of the modern economy is to encourage development of

the manufacturing sector. The main objective of this study is to evaluate the socio-

economic changes brought to the peoples of Kota Samarahan when they work in KIG

and Borneo Enamel ceramic factories. Besides that, this study also aims to find the pull

factors that influence peoples to work in these factories at Kota Samarahan. The result

of this study is evaluate using the data from questionnaire and interviews and analysed

with the SPSS programs. The results of this study shows that the perception of

workers towards the income improvement from working in these factories is good.

There are also positive changes of income and material ownership after people from

Kota Samarahan work in ceramics these factories. However, working in these places

does have a negative impacts. Analysed also shows that the level of education is the

most important pulls factor that influences people from Kota Samarahan to work in the

ceramics factories there.

Page 9: UNIVERSITI Akademik - ir.unimas.my sosio-ekonomi pembinaan kilang...kepada Puan Janice Kaur Munster selaku penyelia kerana bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar behau dalam membantu

V

SENARAI JADUAL

Jadual 4.1: Jadual 4.2: Jadua14.3: Jadual 4.4: Jadual 4.5: Jadual 4.6: Jadual 4.7: Jadual 4.8: Jadua14.9: Jadua14.10: Jadual 4.11: Jadua14.12: Jadula 4.13: Jadua14.14: Jadua14.15: Jadual 4.16: Jadual 4.17: Jadua14.18: Jadua14.19: Jadua14.20: Jadua14.21: Jadual 4.22: Jadua14.23: Jadua14.24: Jadua14.25:

Tempat Kerj a Responden Jantina Responden Kategori Umur Responden Status Perkahwinan Responden Kategori Taraf Pendidikan Responden Pendapatan Meningkat Sumber Pendapatan Utama Memudahkan Mendapat Kredit Pemiutang Pendapatan Bulanan Stabil Belanja Bulanan Berkurangan Pemilikan Kenderaan Pemilikan Barangan elektrik Pemilikan Akaun Simpanan Mudah Menyimpan Wang Pekerjaan Responden Sebelum Bekerja Kilang Kategori Pendapatan Responden Sebelum Bekerja Kilang Pendapatan Setelah Bekerja Kilang Perbelanjaan Bulanan Meningkat Masalah Kesihatan Dialami Responden Masalah Dipengaruhi Tempat Kerja Faktor-Faktor Tempat Kerja Pernah Menggunakan Insentif Kesihatan Kekerapan Menggunakan Insentif Cara Penggunaan Untuk Tujuan Kesihatan Faktor-Faktor Penarik Bekerja Di Kilang

29 30 31 32 33 33 34 35 36 37 38 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 53 56

Page 10: UNIVERSITI Akademik - ir.unimas.my sosio-ekonomi pembinaan kilang...kepada Puan Janice Kaur Munster selaku penyelia kerana bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar behau dalam membantu

Vi

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran 1 Lampiran 2 Lampiran 3 Lampiran 4 Lampiran 5 Lampiran 6 Lampiran 7 Lampiran 8 Lampiran 9 Lampiran 10 Lampiran 11 Lam[piran 12 Lampiran 13

Kampung Responden Umur Responden Tahun Sekolah Responden Simpanan Sebulan Pendapatan Sebelum Bekerja Di Kilang Pendapatan Selepas Bekerja Di Kilang Tahap Peningkatan Belanja Tahap Pengaruh Guna Tujuan Kesihatan Perbelanjaan Sebulan Responden Guna Tujuan Kesihatan Menyimpan Wang Dari Pendapatan Borang Soal Selidik

Muka Surat

65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77

Page 11: UNIVERSITI Akademik - ir.unimas.my sosio-ekonomi pembinaan kilang...kepada Puan Janice Kaur Munster selaku penyelia kerana bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar behau dalam membantu

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang menunjukkan

pencapaian ekonomi yang begitu pesat pada abad ke 20 ini. Pertumbuhan Keluaran

Negara Kasarnya yang meningkat pada kadar 6.7 peratus setahun disepanjang tahun

1971-1979, adalah diketuai oleh sektor perkilangan yang berkembang pada kadar 10.3

peratus. Pencapaian ini terus meningkat pada awal tahun 1990an. Apabila ekonomi

berkembang pada kadar 8.1 peratus per annum sektor perkilangan pula telah

berkembang pada kadar 12.3 peratus. Ini merupakan kadar pertumbuhan tertinggi

perindustrian di Asia tidak termasuk China (Lall et al., Lall. S, 1995: 759-773).

Lall (1995) mengatakan pencapaian yang diperolehi ini telah membawa

kepada perubahan struktur ekonomi yang ketara dal-am negara. Contohnya, apabila

sumbangan sektor perkilangan ini meningkat kepada 30 peratus pada tahun 1993

daripada 14 peratus pada tahun 1971, ia telah membawa kepada penurunan

sumbangan sektor pertanian dan perlombongan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar

negara iaitu dari 43 peratus kepada 24 peratus.

Ekoran dari berkembang sektor perindustrian ini, semakin banyak kilang-

kilang baru telah dibuka sarna ada di kawasan bandar mahupun di luar bandar. Ini

I

Page 12: UNIVERSITI Akademik - ir.unimas.my sosio-ekonomi pembinaan kilang...kepada Puan Janice Kaur Munster selaku penyelia kerana bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar behau dalam membantu

2

bertepatan dengan hasrat negara kita untik menjadi sebuah negara perindustrian yang

maju. Usaha menggiatkan sektor perindustrian ini adalah amat ditekankan oleh

kerajaan. Dalam Rancangan-Rancangan Malaysia (RM) dari RM pertama hingga ke

enam telah contohnya ditekankan tentang pembangunan sektor perkilangan ini

terutamanya dalam sektor pembuatan contohnya elektronik. Usaha ini semakin jelas

kelihatan dengan terbentuknya Pelan Induk Perindustrian 1986 yang mana

mempunyai objektif untuk menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst

pertumbuhan perindustrian negara, menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber

asli negara dan meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi

tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian yang maju

(INTAN 1994: 24)

Tumpuan yang diberikan kepada sektor perkilangan ini dibuat memandangkan

kesannya yang besar kepada pembangunan ekonorni negara. Banyak di antara negara

mau yang mempunyai sektor perkilangan yang maju mengalami pembangunan

ekonorni yang pesat. Oleh kerana itulah banyak diantara negara-negara membangun

yang berusaha memajukan sektor ini, tidak terkecuali Malaysia. la bukan sahaja

memberi kesan kepada pendapatan negara tetapi pengerak kepada pembangunan yang

lain seperti pernbinaan infrastruktur baru dan penyediaan peluang pekerjaan.

Bagi mengadakan pembangunan yang seimbang di kawasan luar bandar dan

bandar, usaha membawa sektor perkilangan ini ke kawasan luar bandar semakin

digiatkan. Ianya untuk mengembang perindustriannya iaitu tidak hanya tertumpu

Page 13: UNIVERSITI Akademik - ir.unimas.my sosio-ekonomi pembinaan kilang...kepada Puan Janice Kaur Munster selaku penyelia kerana bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar behau dalam membantu

3

kepada bandar-bandar utama. Dengan adanya pembukaan kilang baru di luar bandar,

dijangka ianya memberikan impak yang balk kepada masyarakat di pinggirannya

terutamanya dalam aspek sosio-ekonomi dan seterusnya memesatkan pembinaan

infrasturktur yang bare dikawasan berkenaan.

Kewujudan sektor perkilangan telah dianggap salah satu penggerak kepada

pembangunan sesuatu kawasan. Teori struktulist contohnya menyatakan tentang

peranan perindustrian sebagai enjin kepada pertumbuhan. Teori ini pada asasnya

menekankan perubahan dalam struktur ekonomi yang memainkan peranan yang

penting dalam pembangunan. Peranan industri dalam ekonomi ditekankan untuk

pembangunan ekonomi dan ia merupakan aset penting untuk menggalakkan

perindustrian. Pendekatan Struktulist ini boleh dilihat dalam penekanan ahli ekonomi

tradisional seperti neo-classsical dan Marx, yang melihat industri secara umum, dan

perkilangan seterusnya memainkan peranan penting sehagai penggerak kepada

pembangunan (Weiss, 1993: R3)

Memandangkan kepada ketipayaan sektor perindustrian ini sebagai sektor

ekonomi yang memberi kesan kepada masyarakat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

untuk Perancangan dan Pembangunan mengatakan yang perindustrian hendaklah

dilihat sebagai asas untuk meningkatkan keadaan tempat kerja dan taraf hidup bagi

kemiskinan yang berlaku di seluruh dunia, dan ia tidak semata-mata bermakna

menghasilkan pelbagai barangan dengan penggunaan teknologi moden (Pal, 1992: 47).

Keupayaannya sebagai pengcrak pembangunan ini telah memberikan impak yang baik

Page 14: UNIVERSITI Akademik - ir.unimas.my sosio-ekonomi pembinaan kilang...kepada Puan Janice Kaur Munster selaku penyelia kerana bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar behau dalam membantu

4

dan tidak kurang yang tidak balk. Namun yang jelasnya masyarakat semakin terdedah

kepada impak yang ditimbulkan oleh sektor perkilangan ini terutama sekali

pekerjanya.

1.1.2 Sektor Perkilangan di Sarawak

Kerajaan negeri Sarawak seperti mana kerajaan Malaysia telah menggalakkan

pertumbuhan sektor perkilangan ini. lanya dilaksanakan dengan tujuan untuk

mempelbagaikan struktur ekonomi negeri yang lebih tertumpu kepada sektor

perlombongan, perhutanan dan pertanian. Bertepatan dengan usaha ini pelbagai

strategi, program dan rancangan pembangunan telah, sedang dan akan dilaksanakan

bagi memenuhi hasrat tersebut. 1)i antaranya adalah pembentukan dasar perindustrian

Sarawak yang mana menggalakkan dan memperccpatkan pertumbuhan industri asas

sumber dan industri berorientasikan eksport dengan memobilasikan penyertaan

pelabur tempatan dan asing.

Bagi menjayakan usaha ini pelbagai bentuk bantuan telah disediakan oleh

pihak kerajaan negeri. Kerajaan pusat contohnya telah banyak memberikan

keistimewaan kepada pelabur di Sarawak baik dari segi insentif istimewa mahupun

insentif khas untuk industri terpilih seperti perkayuan dan rotan. Dalam pada itu,

insentif harga tanah perindustrian yang lebih murah lelah diperkenalkan di samping

pemberian insentif istimewa untuk para pengilang di Sarawak.

Page 15: UNIVERSITI Akademik - ir.unimas.my sosio-ekonomi pembinaan kilang...kepada Puan Janice Kaur Munster selaku penyelia kerana bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar behau dalam membantu

Pusat Khidmat Maklumat Akademik 5 ýJriNERSITI MALAYSIA SARAWAK

Kerajaan juga telah memperkenalkan beberapa insentif bagi mengalakkan

pengagihan industri yang lebih seimbang dan menarik lebih banyak pelaburan ke

negeri pantai timur Semenanjung serta Sabah dan Sarawak. Syarikat yang layak

mendapat taraf perintis telah diberikan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 85

peratus daripada pendapatan berkanun mereka untuk tempoh selama lima tahun jika

menempatkan kilang-kilang mereka di negeri-negeri pantai timur Semenanjung serta

Sabah dan Sarawak berbanding dengan pengecualian hanya 70 peratus sekiranya

menempatkan kilang di kawasan yang lain. Elaun cukai pelaburan juga telah

dinaikkan daripada 60 peratus kepada 80 peratus untuk projek yang ditempatkan

dikawasan yang diwartakan. Di samping itu, elaun infrastruktur sebanyak 100 peratus

telah diberikan untuk perbelanjaan yang dikeluarkan bagi pembangunan infrastruktur

seperti pembinaan jeti, jambatan, jalan sambungan, kabel elektrik, penyediaan air paip

dan peralatan guna semula air sisa (Rancangan Malaysia Ke 7).

Walaupun sektor ini masih belurn ketara di Kota Samarahan namun, ia telah

ada sejak tahun 1988 yang sebuah kilang telah diluluskan pembinaannya. Sementara

pada tahun 1990 sebuah kilang lagi telah menjalankan operasinya dan pada tahun

1992 sebanyak 2 buah kilang telah diluluskan penempatannya di Kota Samarahan.

Estet perindustrian di Kota Samarahan pula hanya satu diluluskan penempatannya

pada tahun 1992. Kawasan perindustrian Kota Samarahan ini mempunyai keluasan 10

hektar dan telah dimajukan. Bentuk perkilangan yang dijalankan pula adalah

berasaskan pertanian, workshops dan non-Metallic (Wan 1994: 79-81).

Page 16: UNIVERSITI Akademik - ir.unimas.my sosio-ekonomi pembinaan kilang...kepada Puan Janice Kaur Munster selaku penyelia kerana bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar behau dalam membantu

6

1.2 Kenyataan Masalah

Kota Samarahan merupakan di antara 9 bahagian di Sarawak yang sedang

mempergiatkan aktiviti pembangunannya. Pelbagai bentuk infrastruktur baru sama

ada berbentuk sosial dan ekonomi telah dibina untuk menampung aktiviti

pembangunan yang dijalankan. Pembangunan ini pula meliputi pelbagai aspek sama

ada berbentuk ekonomi mahupun sosial dan budaya.

Pembangunan dalam bidang perindustrian turut ditekankan di kawasan Kota

Samarahan, di samping memajukan lagi sektor pertanian yang menjadi sektor

pekerjaan utama di kawasan ini. Dari semasa ke semasa sektor perkilangan ini

menunjukkan pertumbuhannya. Ini jelas kelihatan dengan bertambahnya kilang-kilang

yang didirikan, dan tidak kurang juga yang masih dalam proses pembinaan. la seiring

dengan hasrat kerajaan yang mahu mewujudkan kawasan perindustrian di kawasan

Kota Samarahan. Semakin tumbuhnya kilang ini semakin giatnya aktiviti perkilangan

di sini. Di antara kilang-kilang seramik yang telah sedia ada menjalankan operasinya

adalah Borneo Enamel dan kilang Seramik KIG (Kedaung Industrial Group).

Pembinaan kilang di Kota Samarahan ini merupakan sumber ekonomi yang

baru untuk penduduk di sini. Ini kerana sebelum ini ramai penduduk yang bekerja di

sektor pertanian, peniaga, jabatan kerajaan, pembinaan dan perkhidmatan contohnya

penambang perahu. Setelah adanya kilang-kilang ini ramai yang telah menjadikannya

sebagai sumber pekerjaan. Namun apakah persepsi mereka kepada sektor perkilangan

Page 17: UNIVERSITI Akademik - ir.unimas.my sosio-ekonomi pembinaan kilang...kepada Puan Janice Kaur Munster selaku penyelia kerana bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar behau dalam membantu

7

yang baru timbul ini terutama darf segi pendapatannya? Apakah wujud tarikan yang

kuat sektor ini dari aspek pendapatan?

Berkembang pesatnya sektor perkilangan ini diharapkan ianya akan dapat

menimbulkan impak sosio-ekononi yang balk kepada masyarakat pinggirannya?

Namun sejauh manakah ianya berlaku? Apakah hasrat kerajaan yang menggalakkan

rakyatnya menyertai sektor perindustrian ini memenuhi kemahuan penduduk untuk

mendapatkan kehidupan yang lebih balk terutamanya dari aspek pendapatan? Apakah

sumber pekerjaan ini mampu mengubah pendapatan masyarakat dan bagaimana pula

tahap perubahan itu pendapatan itu? Dalam pada itu, mampukah ia menyumbang

kepada pendapatan yang lebih balk kepada penduduk di sekitar kilang yang semakin

ramai bekerja di kilang ini?

Usaha mengerakkan sektor perkilangan ke kawasan luarhandar sememangnya

telah memberikan peluang pekerjaan yang lebih moden kepada penduduk di kawasan

ini. Penduduk kini herpeluang untuk menikmati pendapatan yang lebih stabil dan

tetap. Namun apakah dengan adanya pendapatan ini ianya mampu meningkatkan

keupayaan pekerjanya memiliki harta henda atau barangan? Adakah dengan adanya

pekerjaan ini perubahan dalam aspek pemilikan harta henda turut berlaku ataupun ia

hanya mampu memenuhi keperluan hidup semata-mata dan tidak kepada pemilikan

kekayaan? Ini penting untuk melihat peruhahan taraf hidup terutamanya dalam aspek

pemilikan harta benda.

Page 18: UNIVERSITI Akademik - ir.unimas.my sosio-ekonomi pembinaan kilang...kepada Puan Janice Kaur Munster selaku penyelia kerana bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar behau dalam membantu

8

Dalam pada itu, dasar kerajaan menggerakkan sektor perkilangan ini ke

kawasan luar bandar bertujuan menggalakkan masyarakat luar bandar menyertai

sektor ekonorni yang moden di samping sebagai penggerak pembangunan yang lain.

Dijangkakan impak sosio-ekonomi yang positif akan berlaku. Ini jelas dinyatakan

dalam RM ke Enam yang mana pembangunan perindustrian di luar bandar akan

diteruskan sebagai alat utama untuk meningkatkan taraf hidup penduduk kawasan luar

bandar (RM 6 1991: 148). Apakah pula kesan pekerjaan kilang ini kepada pekerjanya?

Adakah wujud pengaruh tempat kerja ke atas kesihatan pekerja? Di samping itu

adakah penyediaan perkhidmatan kesihatan di kilang mempengaruhi tahap kesihatan

penduduk kampung yang bekerja di kilang?

Dalam pada itu, apakah faktor yang mendorong kepada impak sosio-ekonomi

yang diperolehi? Adakah wujud faktor-faktor tertentu yang mendorong mereka

bekerja di sektor perkilangan ini ataupun ada faktor penolak dari sektor ekonomi yang

lain? Ini perlu untuk mengenalpasti perhubungan impak yang diperolehi dengan

pengaruh sektor perkilangan ini.

1.3 Objektif Kajian

Secara umurnnya, ohjektif kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengetahui

impak sosio-ekonomi yang dialami oleh masyarakat di pinggiran kilang Seramik

KIG(Kedaung Industrial Group), Borneo Enamel dan sejauh manakah kesannya

Page 19: UNIVERSITI Akademik - ir.unimas.my sosio-ekonomi pembinaan kilang...kepada Puan Janice Kaur Munster selaku penyelia kerana bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar behau dalam membantu

9

kepada mereka. la juga untuk mengenalpasti perhubungan faktor -faktor penyumbang

dengan impak yang diperolehi.

Objektif spesifik dalam kajian ini pula adalah:

1. menentukan kriteria sosio-ekonomi responden seperti umur, tempat kerja,

pendidikan, taraf perkahwinan, jantina, lama bekerja, dan bilangan ahli keluarga;

2. mengenalpasti persepsi pekerja tentang pendapatan kerja kilang;

3. mengenalpasti peruhahan pendapatan, dan pemilikan kekayaan (kenderaan,

barangan elektronik dan hiburan, akaun simpanan dan sebagainya);

4. mengenalpasti tahap pengaruh pekerjaan ke atas kesihatan; dan

5. menentukan faktor-faktor penarik memasuki pekerjaan di sektor perkilangan

seperti pendapatan, kelayakan, jarak tempat kerja, minat dan beban kerja.

1.4 Kepentingan Kajian

Dengan adanya kajian ini adalah diharapkan ia dapat membantu memahami

impak sosio-ekonomi yang telah dialami oleh masyarakat di pinggiran sektor

perkilangan ini. la akan membantu dalam menilaikan perubahan sosio-ekonomi

dialami oleh masyarakat terutama pekerja kilang setelah memilih sektor perkilangan

sebagai sumber pekerjaan mereka.

Page 20: UNIVERSITI Akademik - ir.unimas.my sosio-ekonomi pembinaan kilang...kepada Puan Janice Kaur Munster selaku penyelia kerana bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar behau dalam membantu

10

Kajian ini diharapkan dapat menambah ilmu pengetahuan tentang peranan

sektor perkilangan dalam memberikan impak sosio-ekonomi kepada pekerjanya dan

keberkesanannya dalam memberikan pembangunan kepada masyarakat.

Hasil kajian juga boleh digunakan sebagai asas kajian untuk pelajar yang ingin

meneruskan kajian tentang impak pembinaan kilang di sesuatu kawasan terutamanya

di Kota Samarahan.

1.5 Definisi Konsep

Impak sosio-ekonomi- tanya didefinisikan sebagai kesan yang ditimbulkan

oleh sektor perkilangan kepada pekerjanya. Aspek sosio-ekonomi yang diliputi dalam

kajian ini adalah pemilikan kekayaan, perubahan pendapatan dan kesan pekerjaan

kilang kepada kesihatan.

Kilang Seramik-. Kilang yang akan dirujuk adalah kilang Borneo Enamel dan

kilang Seramik KIG.

Masyarakat Pinggiran- lanya merujuk kepada penduduk berdekatan dengan

kilang seramik Borneo Enamel dan kilang Seramik K1G. Bagi kajian ini masyarakat

pinggirannya adalah lebih merujuk kepada pekerja kilang yang menetap dan

bermastautin di Kota Samarahan. Ini bermakna hanya pekerja kilang dari pinggiran

kilang ini yang dijadikan kajian dan tidak memasukkan penduduk yang tidak bekerja

di kilang.

Page 21: UNIVERSITI Akademik - ir.unimas.my sosio-ekonomi pembinaan kilang...kepada Puan Janice Kaur Munster selaku penyelia kerana bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar behau dalam membantu

11

Pemilikan material-Pemilikan kekayaan yang dimaksudkan dalam kajian ini

adalah barangan yang telah diperolehi oleh masyarakat pinggiran di kilang KIG dan

Borneo Enamel khususnya pekerja-pekerja kilang. Bagi pemilikan kenderaan ianya

dibahagikan kepada motosikal, basikal dan kereta. Barangan elektronik dan hiburan

pula dibahagikan kepada Televisyen, radio, kipas, periuk elektrik, dan perakam video.

Pemilikan akaun simpanan juga dipilih sebagai barangan kekayaan. Beberapa jenis

akaun dipilih sebagai contoh. Antaranya simpanan Amanah Saham Berhad, simpanan

01 RO dan akaun simpanan Bank tltama. Kemampuan menabung juga turut dikaji.

Faktor-faktor penarik- Faktor yang dimaksudkan oleh pengkaji adalah faktor

yang mendorong penduduk kampung di sekitar kilang memilih pekerjaan kilang. Di di

sini pengaruh kilang yang dikaji iaitu kekuatannya menarik penduduk disekitarnya

menyertai sektor perkilangan.

Page 22: UNIVERSITI Akademik - ir.unimas.my sosio-ekonomi pembinaan kilang...kepada Puan Janice Kaur Munster selaku penyelia kerana bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar behau dalam membantu

12

BAB 11

ULASAN KARYA LEPAS

Kajian mengenai impak sektor perkilangan kebanyakan merujuk kepada sektor

perindustrian. Ini kerana dengan wujudnya banyak kilang-kilang akan terbentuklah

sektor perindustrian. Walaupun tidak dapat dipastikan tentang kajian yang sebenar-

benarnya impak sosio-ekonomi sektor pekilangan kepada masyarakat terutamanya

pekerjanya namun akan dinyatakan penulisan yang berhubung kalt tentang kesan

yang ditimbulkan sektor industri ini.

Pembangunan adalah aspek yang ºnenjadi tumpuan untuk setiap individu,

masyarakat mahupun Wegara. Ianya bukan sahaja meliputi aspek fizikal tetapi

pemikiran, dimana masyarakat melalui kombinasi sosioal, ekonomi dan proses

institusi mencapai kehidupan yang lebih baik. Penekanan dalam objektif

pembangunan mengikut Todaro hendaklah mempunyai 3 objektif utama iaitu pertama,

meningkatkan dan membesarkan pengagihan barangan keperluan asas seperti

makanan, tempat tinggal, kesihatan dan keselamatan. Kedua, meningkatkan taraf

hidup seperti pendapatan peluang pekerjaan, pendidikan yang lebih balk, memberi

penekanan kepada nilai budaya dan kemanusiaan yang akan memberikan kekayaan

serta membina keyakinan did. Ketiga, membesarkan jarak dan pilihan ekonomi yang

membolehkan individu dan negara bebas dari hamba dan bergantung kepada

perhubungan antara penduduk dan negara (Todaro, 1994).

Page 23: UNIVERSITI Akademik - ir.unimas.my sosio-ekonomi pembinaan kilang...kepada Puan Janice Kaur Munster selaku penyelia kerana bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar behau dalam membantu

13

Polisi kerajaan untuk menyokong perindustrian dan pembuatan menjadi kunci

utama untuk untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia sejak Perang Dunia

Kedua. Polisi Malaysia dalam perindustrian ditekankan dalam perancangan

pembangunan negara bermula dengan Rangka Pelan Pembangunan 1950 dan ia

dimulakan dengan pemhentukan Ordinan Industri Perintis 1958. la telah mencipta

persekitaran yang menggalakkan pelaburan dan keluaran asing kerana keadaan

sosialnya sesuai untuk proses perindustrian tercapai. 4 objektif utama yang ingin

dicapai dalam polisi perindustrian negara adalah i) menjadikan industri pembuatan

sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan eknonii ii) menjadikan industri

pembuatan sebagai sumber utama kepada pertumbuhan pekerjaan iii) menggalakkan

penyertaan humiputera dalam pembuatan iv) menyebarkan wilayah industri

pembuatan untuk seirang dengan objektif untuk pertumbuhan dan kesimbangan

wilayah (Taylor & Ward 1994: 114).

Polisi yang diadaptasikan oleh kerajaan Malaysia untuk mengalakkan

perindustrian dan pembangunan ekonomi bertujuan bukan sahaja untuk mencapai

matlamat ekonomi, dalam bentuk peningkatan kekayaan negara, tetapi juga

bermatlamat equiti, dalam erti kata menghapuskan kemiskinan, meningkatkan

kepentingan etnik Melayu dan memperbaiki ketidakseimbangan wilayah-wilayah.

Ketidakseimbangan ekonomi antara kawasan berbeza dalam negara basil daripada

proses pelbagai dan beoperasi bersama masyarakat telah membentuk keadaan

kemiskinan dan perbezaan peranan ekonomi oleh kumpulan etnik (Tylor & Ward,

1994).

Page 24: UNIVERSITI Akademik - ir.unimas.my sosio-ekonomi pembinaan kilang...kepada Puan Janice Kaur Munster selaku penyelia kerana bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar behau dalam membantu

14

Peranan perkilangan atau pembuatan dalam memberikan pembangunan kepada

Malaysia sememangnya amat ditekankan. Perkilangan telah menjadi sasaran untuk

memainkan peranan kritikal dalam proses pembangunan semenjak tahun 1971 yang

mana menganjurkan perubahan struktur ekonomi utama dan permulaan program yang

menumpukan perindustrian di Malaysia. Ini adalah benar berdasarkan potensi yang

disumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi dan penciptaan peluang pekerjaan. la

juga menjadi locus untuk memberikan kernahiran kepada buruh. Oleh kerana itulah,

selepas kemerdekaan sektor perkilangan menjadi sektor paling cepat berkembang

dalam ekonomi. Ualam masa 30 tahun yang lepas peningkatan berterusan dalam

sektor perkilangan telah mentransformasikan Malaysia daripada ekonomi berasaskan

pertanian kepada kedudukan kedua Negara Perindustrian Baru (NIC) (O'Brien, 1994).

Bautista (1992) menyatakan bahawa kejayaan negara NIC Asia meningkatkan

pendapatan perkapitanya adalah melalui pertumbuhan eksportnya. Ianya banyak

disumbangkan oleh sumber pertumbuhan utamanya iaitu perkilangan yang

menggunakan intensif buruh (tidak mahir). Prestasi industri ini telah membawa

pembangunan industri berterusan dan penyerapan buruh, meningkatkan perbelanjaan

pekerjanya dan juga meningkatkan pengagihan pendapatan.

Sebagai sektor yang mempunyai daya pengeluaran, keupayaan pertumbuhan

dan daya saingan yang tinggi sektor perkilangan telah diberi keutamaan untuk terus

menjadi teras pertumbulian ekonomi antnya. Sehingga tahun 1980, sektor perkilangan

merupakan sektor yang paling dinamik dan mempunyai kadar pertumbuhan yang