Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAg
IMPAK SOSIO-EKONOMI PEMBINAAN KILANG SERAMIK DI KOTA SAMARAHAN KE ATAS MASYARAKAT
PINGGIRANNYA P. KNIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK
ýin uuu1000248016
SHARIFF BIN BUJANG
Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat pengijazahan Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian
(Kajian Perancangan Dan Pengurusan Pembangunan)
FAKULTI SAINS SOSIAL
1997
Pusat Khidmat Maklurnat Akademik UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
KANDUNGAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
SENARAI JADUAL
SENARAI LAMPIRAN
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1.2.1 Sektor Perkilangan Di Sarawak 1.2 Kenyataan Masalah 1.3 Objektif Kajian 1.4 Kepentingan Kajian 1.5 Definisi Konsep
BAB 11
ULASAN KARYA LEPAS
BAB III
METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan 3.1 Lokasi Kajian 3.2 Persampelan 3.3 Pengukuran 3.4 Instrumen Pengukuran 3.5 Pembolehubah 3.6 Pengutipan Data 3.7 Analisis Data 3.8 Batasan Kajian
H
111
V
vi
1 1 1 4 6 9 9 10
12
12
18
18 18 18 19 20 22 24 25 26 27
BAB IV 29
ANALISA DATA 29
4.1 Ciri-Ciri Responden 4.1.1 Tempat Kerja Dan Kampung Responden 29 4.1.2 Jantina Responden 30 4.1.3 Umur Responden 30 4.1.4 Status Perkahwinan responden 31 4.1.5 Taraf Pendidikan Responden 32
4.2 Persepsi Terhadap Pendapatan Kerja Kilang 4.2.1 Pendapatan Telah Meningkat 33 4.2.3 Sumber Pendapatan Utama 34 4.2.4 Memudahkan Mendapat Kemudahan Kredit 35 4.2.5 Pendapatan Bulanan Stabil 35 4.2.5 Perbelanjaan Bulanan Berkurangan 36
4.3 Pemilikan Material 4.3.1 Pemilikan Kenderaan 37 4.3.2 Pemilikan Barangan Elektrik 38 4.3.3 Pemilikan Akaun Simpanan 40 4.3.4 Kemampuan Menabung 41
4.4 Perubahan Pendapatan 4.4.1 Pekerjaan Sebelum Bekerja Kilang 42 4.4.2 Pendapatan Responden Sebelum Bekerja Kilang 43 4.4.3 Pendapatan Setelah Bekerja Kilang 44 4.4.4 Perbelanjaan Sebulan Responden Setelah
Bekerja Kilang 45
4.5 Pengaruh Pekerjaan Ke Atas Kesihatan 4.5.1 Pengaruh Tempat Kerja
4.5.1.2 Masalah Kesihatan 47 4.5.1.3 Tahap Pengaruh Tempat Kerja Ke Atas
Kesihatan 48 4.5.1.4 Faktor-Faktor Masalah Kesihatan 49
4.5.2 Pengaruh Insentif Kesihatan Ke Atas Kesihatan 4.5.2.1 Tahap Pengaruh Insentif Ke Atas
Kesihatan 4.5.3 Pengaruh Pendapatan Diperolehi Ke Atas
Kesihatan 4.5.3.1 Tahap Pengaruh
4.6 Faktor-Faktor Penarik Bekerja Di Kilang
BAB V KESIMPULAN DAN PERBINCANGAN
5.1 Rumusan Kajian 5.2 Cadangan
49
51
52 53
54
57 57 57 62
ýAMPIRAN 65-82
ýý#ýJOGRAFI 83
ii
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmannirahim
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S. W. T atas rahmat dan keizinannya, serta
selawat dan salam buat junjungan Rasulullah S. A. W telah memberikan penulis
kekuatan fizikal dan mental untuk menyiapkan Latihan Ilmiah ini dalam masa yang
ditelapkan.
Terlebih dahulu, penulis ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Puan Janice Kaur Munster selaku penyelia kerana bimbingan, pandangan
dan tunjuk ajar behau dalam membantu penulis melengkapkan Latihan Ilmiah ini.
Khas buat emak dan ayah segala kasih sayang, doa, pengorbanan dan sokonganmu
tetap ku ingati dan abadikan dalam hiduopku. Juga untuk Kakak, Abang dan Adik-
adik semangat dan doanya kalian akan dikongsibuat selama-lamanya.....
Penulis juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak perpustakaan arkib
negeri Sarawak, Sameon bin Morshidi yang membantu dalam menjalankan soal
selidik, rakan-rakan seprogram dan sefakulti yang telah membantu secara langsung
atau tidak dalam melengkapkan kajian ini. Teguran, pendapat dan kritikan serta
keprihatinan anda meransangkan pemikiran.
Segala sumbangan dan jasa baik yang diberikan akan tetap menjadi kenangan abadi.
Semoga Allah S. W. T. memberikan taufik dan hidayah ke atas kalian semua.
Iklas dariku
Shariff bin Bujang
mac 1997
111
ABSTRAK
Walau apapun pendekatan yang digunakan untuk memberikan pembangunan kepada
masyarakat sama ada melalui pendekatan pembangunan tanah ataupun perindustrian,
ianya masih mempunyai matlamat iaitu membuat perubahan kepada penerimanya
terutama dalam aspek sosio-ekonomi. Perubahan yang dimaksudkan adalah dari
keadaan lebih baik sebelumnya. Menggalakkan bentuk ekonomi yang moden
terutamanya yang berbentuk perkilangan menjadi agenda utama pembangunan
sekarang. Adalah menjadi objektif utama kajian ini melihat perubahan sosioekonomi
penduduk di Kota Samarahan yang bekerja di kilang seramik KIG dan Borneo Enamel.
Di samping itu, faktor-faktor penarik mereka bekerja di kilang ini akan turnt
dikenalpasti. Data-data yang diperolehi dari soal selidik telah dianalisis dengan
mengunakan program SPSS. Penemuan kajian menunjukkan persepsi pekerja terhadap
pendapatan kerja kilang adalah baik. Terdapat perubahan positif dalam pendapatan
masyarakat dipinggiran setelah bekerja di kilang seramik, di samping peningkatan
pemilikan material dikalangan mereka. Kajian juga menunjukkan tahap pengaruh
tempat kerja memberi kesan negatif kepada pekerja yang bekerja di kilang ini. Ternyata
taraf pendidikan yang dimiliki oleh pekerja yang menjadi faktor penarik responden
bekerja di kilang seramik di samping faktor-faktor penarik yang lain.
iv
ABSTRACT
Whichever the approach either land development or industrialisation to bring
development to the people, the main goal is still to bring on socio-economic
improvement. The objective of the modern economy is to encourage development of
the manufacturing sector. The main objective of this study is to evaluate the socio-
economic changes brought to the peoples of Kota Samarahan when they work in KIG
and Borneo Enamel ceramic factories. Besides that, this study also aims to find the pull
factors that influence peoples to work in these factories at Kota Samarahan. The result
of this study is evaluate using the data from questionnaire and interviews and analysed
with the SPSS programs. The results of this study shows that the perception of
workers towards the income improvement from working in these factories is good.
There are also positive changes of income and material ownership after people from
Kota Samarahan work in ceramics these factories. However, working in these places
does have a negative impacts. Analysed also shows that the level of education is the
most important pulls factor that influences people from Kota Samarahan to work in the
ceramics factories there.
V
SENARAI JADUAL
Jadual 4.1: Jadual 4.2: Jadua14.3: Jadual 4.4: Jadual 4.5: Jadual 4.6: Jadual 4.7: Jadual 4.8: Jadua14.9: Jadua14.10: Jadual 4.11: Jadua14.12: Jadula 4.13: Jadua14.14: Jadua14.15: Jadual 4.16: Jadual 4.17: Jadua14.18: Jadua14.19: Jadua14.20: Jadua14.21: Jadual 4.22: Jadua14.23: Jadua14.24: Jadua14.25:
Tempat Kerj a Responden Jantina Responden Kategori Umur Responden Status Perkahwinan Responden Kategori Taraf Pendidikan Responden Pendapatan Meningkat Sumber Pendapatan Utama Memudahkan Mendapat Kredit Pemiutang Pendapatan Bulanan Stabil Belanja Bulanan Berkurangan Pemilikan Kenderaan Pemilikan Barangan elektrik Pemilikan Akaun Simpanan Mudah Menyimpan Wang Pekerjaan Responden Sebelum Bekerja Kilang Kategori Pendapatan Responden Sebelum Bekerja Kilang Pendapatan Setelah Bekerja Kilang Perbelanjaan Bulanan Meningkat Masalah Kesihatan Dialami Responden Masalah Dipengaruhi Tempat Kerja Faktor-Faktor Tempat Kerja Pernah Menggunakan Insentif Kesihatan Kekerapan Menggunakan Insentif Cara Penggunaan Untuk Tujuan Kesihatan Faktor-Faktor Penarik Bekerja Di Kilang
29 30 31 32 33 33 34 35 36 37 38 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 53 56
Vi
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran 1 Lampiran 2 Lampiran 3 Lampiran 4 Lampiran 5 Lampiran 6 Lampiran 7 Lampiran 8 Lampiran 9 Lampiran 10 Lampiran 11 Lam[piran 12 Lampiran 13
Kampung Responden Umur Responden Tahun Sekolah Responden Simpanan Sebulan Pendapatan Sebelum Bekerja Di Kilang Pendapatan Selepas Bekerja Di Kilang Tahap Peningkatan Belanja Tahap Pengaruh Guna Tujuan Kesihatan Perbelanjaan Sebulan Responden Guna Tujuan Kesihatan Menyimpan Wang Dari Pendapatan Borang Soal Selidik
Muka Surat
65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang menunjukkan
pencapaian ekonomi yang begitu pesat pada abad ke 20 ini. Pertumbuhan Keluaran
Negara Kasarnya yang meningkat pada kadar 6.7 peratus setahun disepanjang tahun
1971-1979, adalah diketuai oleh sektor perkilangan yang berkembang pada kadar 10.3
peratus. Pencapaian ini terus meningkat pada awal tahun 1990an. Apabila ekonomi
berkembang pada kadar 8.1 peratus per annum sektor perkilangan pula telah
berkembang pada kadar 12.3 peratus. Ini merupakan kadar pertumbuhan tertinggi
perindustrian di Asia tidak termasuk China (Lall et al., Lall. S, 1995: 759-773).
Lall (1995) mengatakan pencapaian yang diperolehi ini telah membawa
kepada perubahan struktur ekonomi yang ketara dal-am negara. Contohnya, apabila
sumbangan sektor perkilangan ini meningkat kepada 30 peratus pada tahun 1993
daripada 14 peratus pada tahun 1971, ia telah membawa kepada penurunan
sumbangan sektor pertanian dan perlombongan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
negara iaitu dari 43 peratus kepada 24 peratus.
Ekoran dari berkembang sektor perindustrian ini, semakin banyak kilang-
kilang baru telah dibuka sarna ada di kawasan bandar mahupun di luar bandar. Ini
I
2
bertepatan dengan hasrat negara kita untik menjadi sebuah negara perindustrian yang
maju. Usaha menggiatkan sektor perindustrian ini adalah amat ditekankan oleh
kerajaan. Dalam Rancangan-Rancangan Malaysia (RM) dari RM pertama hingga ke
enam telah contohnya ditekankan tentang pembangunan sektor perkilangan ini
terutamanya dalam sektor pembuatan contohnya elektronik. Usaha ini semakin jelas
kelihatan dengan terbentuknya Pelan Induk Perindustrian 1986 yang mana
mempunyai objektif untuk menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst
pertumbuhan perindustrian negara, menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber
asli negara dan meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi
tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian yang maju
(INTAN 1994: 24)
Tumpuan yang diberikan kepada sektor perkilangan ini dibuat memandangkan
kesannya yang besar kepada pembangunan ekonorni negara. Banyak di antara negara
mau yang mempunyai sektor perkilangan yang maju mengalami pembangunan
ekonorni yang pesat. Oleh kerana itulah banyak diantara negara-negara membangun
yang berusaha memajukan sektor ini, tidak terkecuali Malaysia. la bukan sahaja
memberi kesan kepada pendapatan negara tetapi pengerak kepada pembangunan yang
lain seperti pernbinaan infrastruktur baru dan penyediaan peluang pekerjaan.
Bagi mengadakan pembangunan yang seimbang di kawasan luar bandar dan
bandar, usaha membawa sektor perkilangan ini ke kawasan luar bandar semakin
digiatkan. Ianya untuk mengembang perindustriannya iaitu tidak hanya tertumpu
3
kepada bandar-bandar utama. Dengan adanya pembukaan kilang baru di luar bandar,
dijangka ianya memberikan impak yang balk kepada masyarakat di pinggirannya
terutamanya dalam aspek sosio-ekonomi dan seterusnya memesatkan pembinaan
infrasturktur yang bare dikawasan berkenaan.
Kewujudan sektor perkilangan telah dianggap salah satu penggerak kepada
pembangunan sesuatu kawasan. Teori struktulist contohnya menyatakan tentang
peranan perindustrian sebagai enjin kepada pertumbuhan. Teori ini pada asasnya
menekankan perubahan dalam struktur ekonomi yang memainkan peranan yang
penting dalam pembangunan. Peranan industri dalam ekonomi ditekankan untuk
pembangunan ekonomi dan ia merupakan aset penting untuk menggalakkan
perindustrian. Pendekatan Struktulist ini boleh dilihat dalam penekanan ahli ekonomi
tradisional seperti neo-classsical dan Marx, yang melihat industri secara umum, dan
perkilangan seterusnya memainkan peranan penting sehagai penggerak kepada
pembangunan (Weiss, 1993: R3)
Memandangkan kepada ketipayaan sektor perindustrian ini sebagai sektor
ekonomi yang memberi kesan kepada masyarakat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
untuk Perancangan dan Pembangunan mengatakan yang perindustrian hendaklah
dilihat sebagai asas untuk meningkatkan keadaan tempat kerja dan taraf hidup bagi
kemiskinan yang berlaku di seluruh dunia, dan ia tidak semata-mata bermakna
menghasilkan pelbagai barangan dengan penggunaan teknologi moden (Pal, 1992: 47).
Keupayaannya sebagai pengcrak pembangunan ini telah memberikan impak yang baik
4
dan tidak kurang yang tidak balk. Namun yang jelasnya masyarakat semakin terdedah
kepada impak yang ditimbulkan oleh sektor perkilangan ini terutama sekali
pekerjanya.
1.1.2 Sektor Perkilangan di Sarawak
Kerajaan negeri Sarawak seperti mana kerajaan Malaysia telah menggalakkan
pertumbuhan sektor perkilangan ini. lanya dilaksanakan dengan tujuan untuk
mempelbagaikan struktur ekonomi negeri yang lebih tertumpu kepada sektor
perlombongan, perhutanan dan pertanian. Bertepatan dengan usaha ini pelbagai
strategi, program dan rancangan pembangunan telah, sedang dan akan dilaksanakan
bagi memenuhi hasrat tersebut. 1)i antaranya adalah pembentukan dasar perindustrian
Sarawak yang mana menggalakkan dan memperccpatkan pertumbuhan industri asas
sumber dan industri berorientasikan eksport dengan memobilasikan penyertaan
pelabur tempatan dan asing.
Bagi menjayakan usaha ini pelbagai bentuk bantuan telah disediakan oleh
pihak kerajaan negeri. Kerajaan pusat contohnya telah banyak memberikan
keistimewaan kepada pelabur di Sarawak baik dari segi insentif istimewa mahupun
insentif khas untuk industri terpilih seperti perkayuan dan rotan. Dalam pada itu,
insentif harga tanah perindustrian yang lebih murah lelah diperkenalkan di samping
pemberian insentif istimewa untuk para pengilang di Sarawak.
Pusat Khidmat Maklumat Akademik 5 ýJriNERSITI MALAYSIA SARAWAK
Kerajaan juga telah memperkenalkan beberapa insentif bagi mengalakkan
pengagihan industri yang lebih seimbang dan menarik lebih banyak pelaburan ke
negeri pantai timur Semenanjung serta Sabah dan Sarawak. Syarikat yang layak
mendapat taraf perintis telah diberikan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 85
peratus daripada pendapatan berkanun mereka untuk tempoh selama lima tahun jika
menempatkan kilang-kilang mereka di negeri-negeri pantai timur Semenanjung serta
Sabah dan Sarawak berbanding dengan pengecualian hanya 70 peratus sekiranya
menempatkan kilang di kawasan yang lain. Elaun cukai pelaburan juga telah
dinaikkan daripada 60 peratus kepada 80 peratus untuk projek yang ditempatkan
dikawasan yang diwartakan. Di samping itu, elaun infrastruktur sebanyak 100 peratus
telah diberikan untuk perbelanjaan yang dikeluarkan bagi pembangunan infrastruktur
seperti pembinaan jeti, jambatan, jalan sambungan, kabel elektrik, penyediaan air paip
dan peralatan guna semula air sisa (Rancangan Malaysia Ke 7).
Walaupun sektor ini masih belurn ketara di Kota Samarahan namun, ia telah
ada sejak tahun 1988 yang sebuah kilang telah diluluskan pembinaannya. Sementara
pada tahun 1990 sebuah kilang lagi telah menjalankan operasinya dan pada tahun
1992 sebanyak 2 buah kilang telah diluluskan penempatannya di Kota Samarahan.
Estet perindustrian di Kota Samarahan pula hanya satu diluluskan penempatannya
pada tahun 1992. Kawasan perindustrian Kota Samarahan ini mempunyai keluasan 10
hektar dan telah dimajukan. Bentuk perkilangan yang dijalankan pula adalah
berasaskan pertanian, workshops dan non-Metallic (Wan 1994: 79-81).
6
1.2 Kenyataan Masalah
Kota Samarahan merupakan di antara 9 bahagian di Sarawak yang sedang
mempergiatkan aktiviti pembangunannya. Pelbagai bentuk infrastruktur baru sama
ada berbentuk sosial dan ekonomi telah dibina untuk menampung aktiviti
pembangunan yang dijalankan. Pembangunan ini pula meliputi pelbagai aspek sama
ada berbentuk ekonomi mahupun sosial dan budaya.
Pembangunan dalam bidang perindustrian turut ditekankan di kawasan Kota
Samarahan, di samping memajukan lagi sektor pertanian yang menjadi sektor
pekerjaan utama di kawasan ini. Dari semasa ke semasa sektor perkilangan ini
menunjukkan pertumbuhannya. Ini jelas kelihatan dengan bertambahnya kilang-kilang
yang didirikan, dan tidak kurang juga yang masih dalam proses pembinaan. la seiring
dengan hasrat kerajaan yang mahu mewujudkan kawasan perindustrian di kawasan
Kota Samarahan. Semakin tumbuhnya kilang ini semakin giatnya aktiviti perkilangan
di sini. Di antara kilang-kilang seramik yang telah sedia ada menjalankan operasinya
adalah Borneo Enamel dan kilang Seramik KIG (Kedaung Industrial Group).
Pembinaan kilang di Kota Samarahan ini merupakan sumber ekonomi yang
baru untuk penduduk di sini. Ini kerana sebelum ini ramai penduduk yang bekerja di
sektor pertanian, peniaga, jabatan kerajaan, pembinaan dan perkhidmatan contohnya
penambang perahu. Setelah adanya kilang-kilang ini ramai yang telah menjadikannya
sebagai sumber pekerjaan. Namun apakah persepsi mereka kepada sektor perkilangan
,ý
7
yang baru timbul ini terutama darf segi pendapatannya? Apakah wujud tarikan yang
kuat sektor ini dari aspek pendapatan?
Berkembang pesatnya sektor perkilangan ini diharapkan ianya akan dapat
menimbulkan impak sosio-ekononi yang balk kepada masyarakat pinggirannya?
Namun sejauh manakah ianya berlaku? Apakah hasrat kerajaan yang menggalakkan
rakyatnya menyertai sektor perindustrian ini memenuhi kemahuan penduduk untuk
mendapatkan kehidupan yang lebih balk terutamanya dari aspek pendapatan? Apakah
sumber pekerjaan ini mampu mengubah pendapatan masyarakat dan bagaimana pula
tahap perubahan itu pendapatan itu? Dalam pada itu, mampukah ia menyumbang
kepada pendapatan yang lebih balk kepada penduduk di sekitar kilang yang semakin
ramai bekerja di kilang ini?
Usaha mengerakkan sektor perkilangan ke kawasan luarhandar sememangnya
telah memberikan peluang pekerjaan yang lebih moden kepada penduduk di kawasan
ini. Penduduk kini herpeluang untuk menikmati pendapatan yang lebih stabil dan
tetap. Namun apakah dengan adanya pendapatan ini ianya mampu meningkatkan
keupayaan pekerjanya memiliki harta henda atau barangan? Adakah dengan adanya
pekerjaan ini perubahan dalam aspek pemilikan harta henda turut berlaku ataupun ia
hanya mampu memenuhi keperluan hidup semata-mata dan tidak kepada pemilikan
kekayaan? Ini penting untuk melihat peruhahan taraf hidup terutamanya dalam aspek
pemilikan harta benda.
8
Dalam pada itu, dasar kerajaan menggerakkan sektor perkilangan ini ke
kawasan luar bandar bertujuan menggalakkan masyarakat luar bandar menyertai
sektor ekonorni yang moden di samping sebagai penggerak pembangunan yang lain.
Dijangkakan impak sosio-ekonomi yang positif akan berlaku. Ini jelas dinyatakan
dalam RM ke Enam yang mana pembangunan perindustrian di luar bandar akan
diteruskan sebagai alat utama untuk meningkatkan taraf hidup penduduk kawasan luar
bandar (RM 6 1991: 148). Apakah pula kesan pekerjaan kilang ini kepada pekerjanya?
Adakah wujud pengaruh tempat kerja ke atas kesihatan pekerja? Di samping itu
adakah penyediaan perkhidmatan kesihatan di kilang mempengaruhi tahap kesihatan
penduduk kampung yang bekerja di kilang?
Dalam pada itu, apakah faktor yang mendorong kepada impak sosio-ekonomi
yang diperolehi? Adakah wujud faktor-faktor tertentu yang mendorong mereka
bekerja di sektor perkilangan ini ataupun ada faktor penolak dari sektor ekonomi yang
lain? Ini perlu untuk mengenalpasti perhubungan impak yang diperolehi dengan
pengaruh sektor perkilangan ini.
1.3 Objektif Kajian
Secara umurnnya, ohjektif kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengetahui
impak sosio-ekonomi yang dialami oleh masyarakat di pinggiran kilang Seramik
KIG(Kedaung Industrial Group), Borneo Enamel dan sejauh manakah kesannya
9
kepada mereka. la juga untuk mengenalpasti perhubungan faktor -faktor penyumbang
dengan impak yang diperolehi.
Objektif spesifik dalam kajian ini pula adalah:
1. menentukan kriteria sosio-ekonomi responden seperti umur, tempat kerja,
pendidikan, taraf perkahwinan, jantina, lama bekerja, dan bilangan ahli keluarga;
2. mengenalpasti persepsi pekerja tentang pendapatan kerja kilang;
3. mengenalpasti peruhahan pendapatan, dan pemilikan kekayaan (kenderaan,
barangan elektronik dan hiburan, akaun simpanan dan sebagainya);
4. mengenalpasti tahap pengaruh pekerjaan ke atas kesihatan; dan
5. menentukan faktor-faktor penarik memasuki pekerjaan di sektor perkilangan
seperti pendapatan, kelayakan, jarak tempat kerja, minat dan beban kerja.
1.4 Kepentingan Kajian
Dengan adanya kajian ini adalah diharapkan ia dapat membantu memahami
impak sosio-ekonomi yang telah dialami oleh masyarakat di pinggiran sektor
perkilangan ini. la akan membantu dalam menilaikan perubahan sosio-ekonomi
dialami oleh masyarakat terutama pekerja kilang setelah memilih sektor perkilangan
sebagai sumber pekerjaan mereka.
10
Kajian ini diharapkan dapat menambah ilmu pengetahuan tentang peranan
sektor perkilangan dalam memberikan impak sosio-ekonomi kepada pekerjanya dan
keberkesanannya dalam memberikan pembangunan kepada masyarakat.
Hasil kajian juga boleh digunakan sebagai asas kajian untuk pelajar yang ingin
meneruskan kajian tentang impak pembinaan kilang di sesuatu kawasan terutamanya
di Kota Samarahan.
1.5 Definisi Konsep
Impak sosio-ekonomi- tanya didefinisikan sebagai kesan yang ditimbulkan
oleh sektor perkilangan kepada pekerjanya. Aspek sosio-ekonomi yang diliputi dalam
kajian ini adalah pemilikan kekayaan, perubahan pendapatan dan kesan pekerjaan
kilang kepada kesihatan.
Kilang Seramik-. Kilang yang akan dirujuk adalah kilang Borneo Enamel dan
kilang Seramik KIG.
Masyarakat Pinggiran- lanya merujuk kepada penduduk berdekatan dengan
kilang seramik Borneo Enamel dan kilang Seramik K1G. Bagi kajian ini masyarakat
pinggirannya adalah lebih merujuk kepada pekerja kilang yang menetap dan
bermastautin di Kota Samarahan. Ini bermakna hanya pekerja kilang dari pinggiran
kilang ini yang dijadikan kajian dan tidak memasukkan penduduk yang tidak bekerja
di kilang.
11
Pemilikan material-Pemilikan kekayaan yang dimaksudkan dalam kajian ini
adalah barangan yang telah diperolehi oleh masyarakat pinggiran di kilang KIG dan
Borneo Enamel khususnya pekerja-pekerja kilang. Bagi pemilikan kenderaan ianya
dibahagikan kepada motosikal, basikal dan kereta. Barangan elektronik dan hiburan
pula dibahagikan kepada Televisyen, radio, kipas, periuk elektrik, dan perakam video.
Pemilikan akaun simpanan juga dipilih sebagai barangan kekayaan. Beberapa jenis
akaun dipilih sebagai contoh. Antaranya simpanan Amanah Saham Berhad, simpanan
01 RO dan akaun simpanan Bank tltama. Kemampuan menabung juga turut dikaji.
Faktor-faktor penarik- Faktor yang dimaksudkan oleh pengkaji adalah faktor
yang mendorong penduduk kampung di sekitar kilang memilih pekerjaan kilang. Di di
sini pengaruh kilang yang dikaji iaitu kekuatannya menarik penduduk disekitarnya
menyertai sektor perkilangan.
12
BAB 11
ULASAN KARYA LEPAS
Kajian mengenai impak sektor perkilangan kebanyakan merujuk kepada sektor
perindustrian. Ini kerana dengan wujudnya banyak kilang-kilang akan terbentuklah
sektor perindustrian. Walaupun tidak dapat dipastikan tentang kajian yang sebenar-
benarnya impak sosio-ekonomi sektor pekilangan kepada masyarakat terutamanya
pekerjanya namun akan dinyatakan penulisan yang berhubung kalt tentang kesan
yang ditimbulkan sektor industri ini.
Pembangunan adalah aspek yang ºnenjadi tumpuan untuk setiap individu,
masyarakat mahupun Wegara. Ianya bukan sahaja meliputi aspek fizikal tetapi
pemikiran, dimana masyarakat melalui kombinasi sosioal, ekonomi dan proses
institusi mencapai kehidupan yang lebih baik. Penekanan dalam objektif
pembangunan mengikut Todaro hendaklah mempunyai 3 objektif utama iaitu pertama,
meningkatkan dan membesarkan pengagihan barangan keperluan asas seperti
makanan, tempat tinggal, kesihatan dan keselamatan. Kedua, meningkatkan taraf
hidup seperti pendapatan peluang pekerjaan, pendidikan yang lebih balk, memberi
penekanan kepada nilai budaya dan kemanusiaan yang akan memberikan kekayaan
serta membina keyakinan did. Ketiga, membesarkan jarak dan pilihan ekonomi yang
membolehkan individu dan negara bebas dari hamba dan bergantung kepada
perhubungan antara penduduk dan negara (Todaro, 1994).
13
Polisi kerajaan untuk menyokong perindustrian dan pembuatan menjadi kunci
utama untuk untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia sejak Perang Dunia
Kedua. Polisi Malaysia dalam perindustrian ditekankan dalam perancangan
pembangunan negara bermula dengan Rangka Pelan Pembangunan 1950 dan ia
dimulakan dengan pemhentukan Ordinan Industri Perintis 1958. la telah mencipta
persekitaran yang menggalakkan pelaburan dan keluaran asing kerana keadaan
sosialnya sesuai untuk proses perindustrian tercapai. 4 objektif utama yang ingin
dicapai dalam polisi perindustrian negara adalah i) menjadikan industri pembuatan
sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan eknonii ii) menjadikan industri
pembuatan sebagai sumber utama kepada pertumbuhan pekerjaan iii) menggalakkan
penyertaan humiputera dalam pembuatan iv) menyebarkan wilayah industri
pembuatan untuk seirang dengan objektif untuk pertumbuhan dan kesimbangan
wilayah (Taylor & Ward 1994: 114).
Polisi yang diadaptasikan oleh kerajaan Malaysia untuk mengalakkan
perindustrian dan pembangunan ekonomi bertujuan bukan sahaja untuk mencapai
matlamat ekonomi, dalam bentuk peningkatan kekayaan negara, tetapi juga
bermatlamat equiti, dalam erti kata menghapuskan kemiskinan, meningkatkan
kepentingan etnik Melayu dan memperbaiki ketidakseimbangan wilayah-wilayah.
Ketidakseimbangan ekonomi antara kawasan berbeza dalam negara basil daripada
proses pelbagai dan beoperasi bersama masyarakat telah membentuk keadaan
kemiskinan dan perbezaan peranan ekonomi oleh kumpulan etnik (Tylor & Ward,
1994).
14
Peranan perkilangan atau pembuatan dalam memberikan pembangunan kepada
Malaysia sememangnya amat ditekankan. Perkilangan telah menjadi sasaran untuk
memainkan peranan kritikal dalam proses pembangunan semenjak tahun 1971 yang
mana menganjurkan perubahan struktur ekonomi utama dan permulaan program yang
menumpukan perindustrian di Malaysia. Ini adalah benar berdasarkan potensi yang
disumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi dan penciptaan peluang pekerjaan. la
juga menjadi locus untuk memberikan kernahiran kepada buruh. Oleh kerana itulah,
selepas kemerdekaan sektor perkilangan menjadi sektor paling cepat berkembang
dalam ekonomi. Ualam masa 30 tahun yang lepas peningkatan berterusan dalam
sektor perkilangan telah mentransformasikan Malaysia daripada ekonomi berasaskan
pertanian kepada kedudukan kedua Negara Perindustrian Baru (NIC) (O'Brien, 1994).
Bautista (1992) menyatakan bahawa kejayaan negara NIC Asia meningkatkan
pendapatan perkapitanya adalah melalui pertumbuhan eksportnya. Ianya banyak
disumbangkan oleh sumber pertumbuhan utamanya iaitu perkilangan yang
menggunakan intensif buruh (tidak mahir). Prestasi industri ini telah membawa
pembangunan industri berterusan dan penyerapan buruh, meningkatkan perbelanjaan
pekerjanya dan juga meningkatkan pengagihan pendapatan.
Sebagai sektor yang mempunyai daya pengeluaran, keupayaan pertumbuhan
dan daya saingan yang tinggi sektor perkilangan telah diberi keutamaan untuk terus
menjadi teras pertumbulian ekonomi antnya. Sehingga tahun 1980, sektor perkilangan
merupakan sektor yang paling dinamik dan mempunyai kadar pertumbuhan yang