unit 7 adhd

Upload: nur-nur-nur

Post on 04-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Unit 7 ADHD

    1/14

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 77

    UNIT PELAJARAN 7

    KANAK-KANAK HIPERAKTIF (ADHD)

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir unit ini, anda diharapkan dapat:

    1. Menyatakan definisi hiperaktif2. Mengenalpasti ciri tingkahlaku kanak-kanak hiperaktif.3. Menjelaskan punca berlakunya hiperaktif

    PENGENALAN

    Perasaan marah, cemas dan gusar sering membelenggu ibu bapa setiap kali

    menerima panggilan atau surat daripada pihak sekolah yang mengatakan anak

    mereka nakal, tidak mendengar ajaran guru malah mendapat keputusan yang lemah

    di dalam kelas. Sifat anak yang tidak boleh duduk diam dan asyik bermain

    kemungkinan disebabkan sejenis sindrom dipanggil hiperaktif (attention deficit

    hyperactivity disorder-ADHD). ADHD biasanya lapan peratus ke sepuluh peratus dikesan bagi

    kanak-kanak yang sudah bersekolah. Lelaki adalah tiga kali ganda lebih ramai menghidap

    ADHD berbanding kanak-kanak perempuan. Ibu bapa boleh memastikan anak mengalami

    ADHD jika mereka kelihatan lebih bertenaga daripada biasa, cepat gelisah serta hilang

    tumpuan.

    Ramai ibu bapa yang mendapati sukar untuk menguruskan kanak-kanak yang terlalu

    aktif. Kanak-kanak begini sentiasa bergerak ke sana ke mari menerokai persekitaran mereka

    dan dalam proses ini menyebabkan berlakunya huru-hara ke atas ibu bapa dan individu yang

    berada di persekitaran mereka. Sebenarnya ibu bapa tidak seharusnya cepat melatah untuk

    melabelkan anak-anak mereka atau kanak-kanak yang terlalu aktif dan riuh sebagai hiperaktif

    sebelum membuat pemeriksaan dan penilaian dari pihak tertentu. Adalah menjadi kelaziman

    bagi kanak-kanak yang sedang mengalami tahap perkembangan mempunyai dorongan yang

    kuat untuk mencuba sesuatu yang baru walaupun tingkahlaku mereka yang aktif mendatangkan

    kerisauan kepada kedua ibu bapa.

    Kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar

    menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas. Kanak-kanak ini boleh memahami dan berfikir,

    tetapi tidak mengendahkannya. Sememangnya lumrah semua kanak-kanak bersikap begini,

    tetapi bagi ADHD perangai mereka agak luar biasa nakal daripada kebiasaannya, terutama jika

    berminat terhadap sesuatu perkara baru. Kelemahan bagi kanak-kanak ini ialah mereka sukar

    bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik.

  • 7/29/2019 Unit 7 ADHD

    2/14

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 78

    Apabila kanak-kanak gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak

    pandai berinteraksi sesama rakannya, mungkin ini menandakan kanak-kanak menghadapi

    masalah tingkah laku hiperaktiviti. Kerapkali kanak-kanak yang hiperaktif dianggap sebagai

    nakal atau jahat. Walaupun kanak-kanak ini ada kalanya menunjukkan tingkah laku yang terlalu

    aktif atau lasak, ibubapa harus berhati-hati agar tidak tersilap membuat andaian dan

    menganggap anak mereka hiperaktif. Semangat berkobar-kobar, bertindak mengikut gerak hatidan suka bergurau dianggap normal. Tetapi semuanya bergantung kepada usia dan tahap

    pertumbuhan mereka.

    Oleh sebab itu, topik 7 ini akan akan mengupas mengenai kanak-kanak yang

    mengalami masalah ADHD. Penulisan ini akan membincangkan isu mengenai definisi dan

    konsep ADHD untuk mengetahui dengan tepat apakah itu ADHD, punca yang menyebabkan

    berlakunya ADHD, ciri-ciri individu yang mempunyai simptom ADHD dan masalah pendidikan

    yang dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami ADHD.

    DEFINISI KANAK-KANAK HIPERAKTIF(Attention Deficit Hyperactive

    Disorder(ADHD) )

    Attention Deficit Hyperactive Disorder(ADHD) adalah istilah perubatan yang digunakan kepada

    kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah daripada segi tingkah laku dan kognitif

    dalam aspek penting kehidupan mereka seperti dalam keluarga dan hubungan peribadi di

    sekolah dan ditempat kerja. Kesukaran ini mungkin disebabkan oleh desakan yang tidak

    terkawal, terlalu aktif dan tidak memberi perhatian (Paul Cooper dan Katherine 2002: 9).

    Rief (2005) pula mendifinisikan Attention Deficit Hyperactive Disorder(ADHD) sebagai

    ADHD is neurobiological behavioral disorder characterized by chronic and

    developmentally inappropriate degrees of inattention, impulsivity and in some

    cases hyperactivity.

    ADHD is a brain based disorder that arises out of differences in the central

    nervous system (CNS)-both in structural and neurochemical areas.

    ADHD is a developmental disorder of self-control, consisting of problem with

    attention span, impulse control and activity level.

    ADHD refers to a family of related chronic neurobiological disorders that interfere

    with an individuals capacity to regulate activity level (hyperactivity), inhibit

    behavior (impulsivity) and attend to task (inattention) in developmentallyappropriate way

    Marilyn Friend (2006) pula mendefinisikan ADHD sebagai mereka yang memenuhi

    kriteria seperti yang dinyatakan.

    For some student with ADHD, inattention is the primary symptom. These student might skip

    important parts of an assignment may appear to be day dreaming during large group instruction,

  • 7/29/2019 Unit 7 ADHD

    3/14

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 79

    cannot seem to get organized and generally seem forgetful both in school and at home. This

    variation of the disorder is call ADHD.

    Foe another group of student with ADHD, the primary symptom is combination of hyperactivity

    and impulsivity and inability to put on the brakes before acting.

    Menurut Oregan (2005) mendefinisikan ADHD seperti berikut

    ........ attention deficit hyperactivity disorder,more commonly known as ADHD,is a complex and

    often controversial term. It is an internationally validated medical condition, involving brain

    dysfunction, in which individuals have difficulty in controlling impulses, inhibiting their behaviour

    and sustaining their attention span. This leads to a variety of educational, behavioural, social

    and related difficulties.

    Merujuk kepada Wintraub (1997) dalam Natural Treatments for ADD and Hyperactivity,

    bunyi, imej, warna dan pergerakan semuanya berterusan bergerak dan berterusan

    mengganggu. Pemikiran merawang dan mengembara kerana rangsangan yang ada. Mereka

    sukar mengawal diri secukupnya untuk menumpukan perhatian dan menyelesaikan segala

    tugasan. ingatan dan pemikiran berlaku dan ini akan menyebabkan mereka tidak menghiraukan

    sesiapa yang bercakap dengan mereka. Manakala mengikut The DSM (Dragnostic & Statistical

    ManualUS), hiperaktif adalah sebahagian dari ADHD, berlaku sebelum umur 7 tahun,

    berulang-ulang selama tidak kurang 6 bulan. Ciri-ciri yang tetap ialah tingkahlaku yang sukar

    dikawal disebabkan rangsangan-rangsangan luar, tumpuan yang singkat, pergerakan tangan

    dan kaki yang kerap, menghilangkan barang dan gagal mendengar dengan baik (American

    Psychiatic Association, 1987). Selain itu, menurut Lahey et.al (1997) ADHD adalah masalah

    kanak-kanak yang mempunyai kesukaran untuk menumpukan perhatian keranan terhadnya

    kebolehan untuk memberi tumpuan dan mereka menunjukkan tanda-tanda tingkah-laku yangtidak sabar.

    Menurut Azizi Yahaya et al. (2006) gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD

    merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang

    mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsiviti yang lebih kerap dan

    teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat

    perkembangan yang normal.Selalunya ibu bapa dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak

    yang mudah terangsang, lasak atau tidak mendengar cakap ini sebagai hiperaktif. Istilah

    gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan (ADD) digunakan oleh profesional dalam bidang

    perubatan untuk menggambarkan masalah yang lebih serius dan berpanjangan pada kanak-

    kanak. Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti (terutama sekali jenis yang tidakmemberi perhatian penuh) adalah subkategori kepada ADHD. Biasanya, kanak-kanak dalam

    golongan ini kurang memberi perhatian penuh dan tumpuan mudah terganggu. Adalah

    dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti kerapkali tidak didiagnosa dengan tepat. Gangguan

    hiperkinetik merupakan satu lagi istilah yang digunakan untuk menggambarkan ADHD. Justeru

    itu, kanak-kanak ADD tidak hiperaktif, biasanya kanak-kanak ini tidak menimbulkan gangguan

    di bilik darjah dan tingkah laku mereka tidak membimbangkan dan dapat di kawal oleh guru.

  • 7/29/2019 Unit 7 ADHD

    4/14

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 80

    Walau bagaimanapun, ADHD boleh memberi masalah kepada kanak-kanak dan menyebabkan

    pencapaian dan konsep kendiri yang rendah.

    PUNCA DAN CIRI TINGKAHLAKU

    Punca yang pertama adalah keturunan. Kajian oleh Friend (2006) menunjukkan

    bahawa sifat dan ciri ibu bapa, adik beradik atau ahli keluarga yang rapatmempengaruhi kecacatan. Individu yang mengalami ADHD selalunya dipengaruhi

    oleh faktor keturunan. Kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai ADHD

    adalah tiga kali ganda lebih berpotensi menjadi ADHD berbanding mereka yang tidak

    mempunyai sejarah ADHD. Beliau juga membuat kajian terhadap sepasang kembar di mana

    kembar ini dibesarkan dalam dua persekitaran yang berbeza. Hasilnya beliau mendapati

    bahawa kanak-kanak ini tetap menunjukkan sindrom hiperaktif walaupun dibesarkan di

    kawasan dan suasana yang berbeza. Menurut Baekley (1998) 80 peratus kanak-kanak ADHD

    adalah berpunca daripada keturunan. Pendapat ini turut dipersetujui oleh Lombroso et.al

    (1998). Kanak-kanak yang mengalami simptom ADHD biasanya mempunyai ibu atau bapa, adik

    beradik, nenek moyang ataupun saudara rapat yang mempunyai masalah atau simptom ADHD

    semasa kanak-kanak.

    Menurut Mohd Sharani Ahmad (2004) kejadian ADHD berkait dengan baka ia bermula

    dengan hubungan seksual suami dan isteri. Ia dibahagikan kepada dua iaitu jika ibu bapa

    mempunyai kecacatan maka ia akan diwarisi oleh anak dan jika ibu bapa tidak cacat tetapi anak

    adalah cacat. Umumnya suami menghasilkan sperma dalam 23 pasangan kromosom. Begitu

    juga isteri menghasilkan 23 pasang ovum. Setiap pasang kromosom yang wujud dalam

    pasangan itu akan menghasilkan empat percantuman apabila berlaku persenyawaan. Dalam

    keadaan inilah anak mungkin mewarisi sifat cacat (ketidaksempurnaan). Ketidakseimbangan

    kromosom yang pertama iaitu autosomal dominant di mana pewarisan baka ini diwarisi oleh

    anak. Perwarisan autosomal excessive iaitu kedua ibu bapa pembawa gen cacat. Jika salah

    seorang sahaja pembawa baka cacat maka anak yang dilahirkan tidak cacat tetapi cuma

    pembawa baka cacat. Namun bagi pasangan yang normal tetapi pembawa baka cacat maka

    kemungkinan anak yang dilahirkan cacat adalah tinggi. Rajah 1 di bawah menunjukkan

    pewarisan baka daripada ibu bapa kepada anak-anak.

    a.Bincangkan masalah kognitif yang dialami oleh kana-kanak hiperaktif

    b. Jelaskan ciri-ciri tingkahlaku utama kanak-kanak hiperaktif

    b. Terangkan masalah sosial dan emosi kanak-kanak hiperaktif

  • 7/29/2019 Unit 7 ADHD

    5/14

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 81

    Sumber daripada : Eric J. Mash & David A. Wolfe, 2004

    Menurut Sandra (2005) ADHD juga berlaku disebabkan kekurangan aktiviti dan tahap

    metabolisma yang rendah di bahagian otak yang tertentu. Kajian juga menunjukkan bahawa

    mereka yang mengalami ADHD menghadapi masalah kekurangan aktiviti di bahagian otak

    berbanding dengan mereka yang tidak mengalami ADHD di mana aktiviti ini mengawal

    perjalanan bahagian otak yang lain. Bahagian ini akan mengawal tahap aktiviti otak, dorongan

    dan perhatian seseorang. Friend (2006) menyatakan kajian yang dijalankan ke atas bahagian

    otak menunjukkan bahawa terdapat tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex, basal gangliadan

    cereblum. Ketiga-tiga bahagian otak ini mengawal fungsi yang berlainan. Bagi penghidap ADHD

    mereka kekurangan electrical activity dan kekurangan tindak balas kepada stimulasi di

    bahagian otak. Rajah di bawah menunjukkan penghidap ADHD

    Sumber daripada : Eric J. Mash & David A. Wolfe, 2004

  • 7/29/2019 Unit 7 ADHD

    6/14

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 82

    KATEGORI HIPERAKTF

    Mengikut perkembangan ADHD (Aftention Deficit Hyperactivitiy Disorder) untuk mengenalpasti

    kanak-kanak yang hiperaktif terdapat 3 gejala utama yang harus dikenalpasti iaitu Inatesi,

    Impulsif dan Hiperaktif.

    a. Inatesi (Kekurangan tumpuan perhatian ) :

    Kanak-kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan

    yang lain dan seolah-olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap dengannya

    tergolong sebagai kanak-kanak yang lemah kuasa penumpuan perhatian terhadap

    sesuatu. Kanak-kanak ini selalu tidak boleh duduk bermain dengan lama seperti kanak-

    kanak lain.

    b. Impulsif (Mengikut dorongan hati ) :

    Kanak-kanak ini tidak pernah merancang dahulu sesuatu pekerjaannya itu malahmelakukannya sahaja. Dia membuat sesuatu dan dia akan dengan cepatnya berubahpada membuat sesuatu yang lain. Ibubapa dan guru-guru mendapati sukarmengawalnya kerana dia tidak mengikut arahan yang diberikan .

    c. Hiperaktif ( Berlaku terlalu aktif ) :

    Kanak-kanak yang berkelakuan seperti suka berlari-lari, memanjat-manjat perabot sukar

    duduk diam dan seolah-olah ada kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri

    juga tergolong sebagai hiperaktif. Kelakuan hiperaktif selalunya mendapat perhatian

    serta merungsingkan ibu bapa apabila kanak-kanak yang berusia 2 tahun atau 3 tahun

    sudah pandai berlari, memanjat dan melompat. Pemeriksaan urat saraf di kalangan

    kanak-kanak yang dikatakan mengalami Sindrom Hiperaktif, selalu tidak menunjukkan

    apa-apa gangguan. Malahan di kalangan kanak-kanak yang dikatakan brain damaged

    ramai yang tidak berkelakuan hiperaktif. Anggapan umum ialah kanak-kanak yang

    hiperaktif menghadapi gangguan urat saraf yang minimum, tetapi anggapan ini juga

    penuh kontroversi.

    CIRI-CIRI KANAK-KANAK HIPERAKTIFMenurut William Cruickshank (1986) cirri-ciri kanak-kanak hiperaktif terbahagi kepada 2 jenis

    iaitu :

  • 7/29/2019 Unit 7 ADHD

    7/14

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 83

    1. Sensory Hyperactive (pancaindera) :

    Lemah dan gagal memberi tumpuan :Kanak-kanak hiperaktif ini biasanya lemah dalam pelajaran kerana terlalu suka bermain

    dan pemikiran sentiasa tertumpu kepada sesuatu yang menghiburkan walaupun

    seketika. Selalunya mereka gagal memberikan tumpuan yang baik di dalam proses

    pembelajaran.

    Mudah hilang tumpuan :Apabila proses pembelajaran sedang berlangsung, kanak-kanak ini hanya memberi

    tumpuan untuk seketika sahaja tetapi selepas beberapa minit mereka akan mengalihkan

    tumpuan mereka kepada sesuatu yang lain yang lebih memberikan sesuatu perasaan

    yang menghiburkan hatinya.

    Tumpuan perhatian dengan melihat dan mendengar berulang kali :Di dalam kelas juga atau di tempat-tempat lain seperti di rumah, perhatiannya tertumpu

    pada pandangan dan pendengaran yang berulang kali.

    Tidak boleh membuat gambaran, pengasingan dan menyatakan kaitan atauperhubungan :Biasanya kanak-kanak ini tidak dapat membayangkan sesuatu objek, membezakannya

    dan menghuraikan sesuatu perkara yang ada hubung kait seperti perbezaan di antara

    lori dan bas sebagainya contohnya.

    Lemah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ruang :Kanak-kanak ini tidak dapat membezakan suasana dan keadaan persekitaran dari segi

    saiz, jarak dan keadaan ruang.

    2. Motor Hiperaktif (motor kasar dan motor halus) :

    Tingkahlaku yang aktif dan melampau :Kanak-kanak ini terlalu aktif dalam aktiviti sehariannya. Dalam lain perkataan, kanak-

    kanak ini tidak boleh duduk diam dan ada ketikanya mereka bersikap agak agresif

    sehingga menyebabkan pergaduhan mencederakan rakan-rakan.

    Memanipulasikan bahan atau apa saja yang dipegang :Apabila mereka mendapat sesuatu, mereka akan mencuba pelbagai cara seperti

    menghentak, memukul, membaling atau sebagainya terhadap benda tersebut.

    Sasarannya adalah orang atau benda yang berada berhampiran dengannya.

    a. Bincangkan perbezaan hiperaktif sensori dengan hiperaktif motor.

    b. Sebagai guru apakah cadangan anda untuk mengurangkan masalah hiperaktif

    murid berkeperluan khas di dalam bilik darjah.

  • 7/29/2019 Unit 7 ADHD

    8/14

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 84

    CIRI-CIRI INTELEKTUAL KANAK-KANAK HIPERAKTIF

    Terdapat beberapa ciri-ciri intelektual kanak-kanak hiperaktif yang perlu kita ketahui terutama

    ibu bapa dan guru-guru. Ciri-cirinya adalah seperti :

    Mudah terganggu :Kanak-kanak yang aktif keterlaluan ini adalah mudah terganggu sama ada terganggu

    daripada orang lain atau dengan dirinya sendiri. Fikirannya sentiasa terganggu oleh

    perkara-perkara lain semasa melakukan sesuatu perkara yang dianggap penting.

    Tidak boleh tumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara :Apabila disuruh oleh guru untuk menumpukan sesuatu perkara yang sedang diajar di

    dalam kelas, kanak-kanak hiperaktif ini tidak boleh memberikan perhatian sepenuhnya.

    Mereka asyik memikirkan perkara yang lain dalam tempoh pembelajaran tersebut.

    Begitu juga di rumah atau di tempat lain, mereka biasanya tidak dapat memberikan

    perhatian yang sepenuhnya apabila diminta untuk melakukan sedemikian. Sebagaicontoh, apabila disuruh memegang sesuatu benda, kanak-kanak tersebut boleh

    memegangnya tetapi dalam masa yang sama mereka akan memikirkan sesuatu yang

    lain sehingga boleh mengakibatkan sesuatu yang dipegang itu boleh terjatuh atau

    sebagainya.

    Tidak boleh menyiapkan kerja atau tugasan :Sekiranya kanak-kanak hiperaktif ini disuruh untuk melakukan sesuatu tugasan atau

    kerja, mereka biasanya tidak boleh menyiapkannya sendirian. Mereka hanya boleh

    melakukan kerja atau tugasan tersebut dengan baik hanya dipermulaannya sahaja akan

    tetapi untuk menyiapkan dengan baik dan sempurna mereka tidak mampu lakukannya.

    Ini kerana kanak-kanak ini cepat bosan dengan sesuatu perkara atau kerja yang

    memenatkan dan menyusahkan.

    Menghasilkan kerja yang tidak berkualiti :Oleh kerana kanak-kanak yang terlalu aktif ini tidak suka kepada sesuatu perkara yang

    membosankan dan memenatkan, maka kerja yang diarahkan supaya dilakukan dengan

    sempurna tidak dapat dilakukan. Kesannya, hasil kerja yang diperolehi tidak berkualiti

    dan memberangsangkan.

    Suka membuat sesuatu aktiviti tetapi sedikit sahaja yang siap :Untuk pengetahuan, kanak-kanak yang mempunyai perlakuan hiperaktif ini adalah suka

    membuat sesuatu aktiviti, tetapi aktiviti tersebut hanya berkesan untuk seketika sahajadan menyebabkan sedikit sahaja yang siap. Ini kerana kegemaran atau sikap yang ada

    padanya adalah berbentuk sementara sebagai contoh mereka hanya suka kepada

    sesuatu aktiviti yang ringkas dan pendek sesuai dengan dirinya yang mempunyai naluri

    suka berubah-ubah dan tidak gemar kepada sesuatu yang memenatkan.

    Perkembangan bahasa yang lambat :

  • 7/29/2019 Unit 7 ADHD

    9/14

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 85

    Dalam masalah kanak-kanak yang terlalu aktif ini, perkembangan mereka juga terbantut

    misalnya perkembangan bahasa. Oleh kerana kanak-kanak ini sentiasa aktif dengan

    perlakuannya, sentiasa suka bermain, mengusik orang di sekitarnya, berkhayal dan

    sebagainya maka mereka mengalami masalah bahasa yang lambat dan pertuturan

    mereka juga turut terjejas. Boleh dikatakan di sini bahawa kanak-kanak ini tidak boleh

    berbahasa dengan baik.

    CIRI-CIRI TINGKAHLAKU KANAK-KANAK HIPERAKTIF

    Begitu juga dengan tingkahlaku kanak-kanak hiperaktif, terdapat pelbagai ciri-ciri yang telah

    dikenalpasti. Ciri-cirinya adalah :

    Suka memberontak Bertindak sebelum berfikir Memerlukan kepuasan dengan segera

    Tidak boleh menunggu giliran Suka mengganggu kawan Suka mencuri Sentiasa bermasalah Selalu merosakkan harta benda orang Selalu bergaduh dengan rakan Kadangkala berani mencederakan diri sendiri dan orang lain Suka membuat bising Perlakuan secara tiba-tiba Degil dan sukar dikawal Lemah merancang Perlukan perhatian yang lebih

    Tidak suka dengar nasihat Tidak tahu mempertahankan diri Selalu tukar aktiviti Tidak suka dibelai Suka menjerit Sensitif terhadap bau-bauan Suka bermain tanpa mengira bahaya.

    CIRI-CIRI PERKEMBANGAN MOTOR

    Risau/resah/gelisah :

    Kanak-kanak ini sentiasa risau, mereka resah dan gelisah apabila tidak dapatmelakukan sesuatu perkara yang mereka suka dan berminat.

    Suka mengelamun/berkhayal :Apabila kanak-kanak ini bersendirian, mereka banyak berkhayal dan mengelamun

    tentang perkara-perkara yang digemarinya dan apabila tersedar dari lamunannya

    mereka akan mengaplikasikan.

  • 7/29/2019 Unit 7 ADHD

    10/14

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 86

    Tidak tahu erti bahaya :Kanak-kanak ini biasanya tidak pernah membayangkan tentang bahaya atau

    kecederaan yang akan mereka alami dan tempuhi disebabkan mereka sentiasa

    berkhayal seterusnya dengan tidak disedarinya mereka terus melakukan sesuatu di luar

    kawalannya.

    Selalu melakukan perlakuan yang merbahaya :Kanak-kanak ini selalu melakukan aktiviti yang merbahaya seperti melompat longkang

    yang besar, memanjat pagar seterusnya terjun ke bawah, memegang kaca yang pecah

    dan sebagainya. Mereka ini merasa seronok apabila dapat melakukannya.

    Agresif iaitu suka berlari-lari :Apabila berada di dalam kelas atau berada di mana-mana sahaja, kanak-kanak ini suka

    berlari ke sana ke mari untuk memuaskan hatinya. Mereka merasakan berlari itu

    sesuatu yang menyeronokkan tanpa mempedulikan orang lain walaupun akan

    mengakibatkannya terjatuh atau tersungkur.

    Tidak berhati-hati :Apabila kanak-kanak hiperaktif ini melakukan sesuatu perkara, mereka tidak berhati-hati

    dan sentiasa terdedah dengan perkara-perkara yang akan mendatangkan masalah

    kepada diri sendiri atau orang lain.

    Tingkahlaku yang memerlukan pengawasan yang rapi :Biasanya kanak-kanak hiperaktif akan sentiasa berkelakuan dengan mengikut perasaan

    tanpa memikirkan tentang keselamatan diri sendiri. Oleh kerana itu, kanak-kanak ini

    perlu pengawasan yang rapi oleh guru-guru, ibu bapa atau seseorang yang lebih

    dikenalinya atau rapat dengannya.

    Tidak boleh menyesuaikan diri dalam permainan :Apabila berada di dalam sesuatu permainan atau pasukan, kanak-kanak hiperaktif ini

    tidak dapat untuk menyesuaikan dirinya dengan permainan tersebut atau tidak dapat

    untuk bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain kerana kanak-kanak ini biasanya

    berada dalam dunianya sendiri tanpa memikirkan tentang orang lain.

    Masalah tidur yang lasak, berjalan-jalan dan kurang tidur :Sewaktu tidur pula, kanak-kanak ini biasanya tidur dalam keadaan yang tidak menentu

    iaitu seringkali beralih ke kiri dan ke kanan, ke atas atau ke bawah dan posisinya sering

    beralih arah. Semasa sedang tidur juga, kanak-kanak boleh berjalan mengikut suka

    hatinya sama ada pergi tidur bersama adik-beradik yang lain atau mencari tempat yang

    lebih selesa. Kadang-kadang mereka juga kurang tidur ataupun suka tidur lewat.

    Bertindak cepat tetapi kurang berkesan :Apabila diberikan tugas oleh guru, kanak-kanak hiperaktif akan segera melakukan

    tugasan dengan penuh semangat dan berkeyakinan tetapi dalam masa yang sama

    tugasan tersebut kurang berkesan kerana dilakukannya dengan tidak teliti dan tiada

    peraturan atau strategi tertentu.

  • 7/29/2019 Unit 7 ADHD

    11/14

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 87

    Lemah koordinasi :Perlu juga kita ketahui bahawa kanak-kanak hiperaktif ini adalah lemah koordinasinya.

    Mereka sebenarnya tidak dapat menyeimbangkan dirinya atau pemikiran serta

    perlakuannya dengan lebih sempurna.

    CIRI-CIRI PERKEMBANGAN SOSIAL

    Di samping itu juga, keadaan individu yang mengalami ADHD mereka cepat berasa bosan dan

    pada waktu yang sama tidak berdaya hendak menumpukan perhatian pada tugas yang perlu

    disiapkannya. Mereka juga mungkin kurang faham atau tidak empati pada perasaan orang lain.

    Ini dapat dilihat daripada tindakan yang mengikut gerak hati dan mereka juga gagal memahami

    kenapa mereka dihukum kerana perbuatan yang dilakukan. Kanak-kanak ADHD kerap

    mengalami kesukaran pemprosesan auditori. Apa yang dimaksudkan adalah mereka mungkin

    mempunyai pendengaran yang baik dan boleh mendengar arahan tetapi tidak berkeupayaan

    memahami bunyi yang didengar. Selain daripada itu, mereka juga seorang yang pelupa dan

    tumpuan mereka mudah terganggu. Mereka juga selalunya gagal mencapai kejayaan yang

    cemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya APA (2000) dalamdalam Azizi Yahaya et al. (2006)

    RAWATAN DAN PENGENDALIAN KANAK-KANAK ADHD

    Di sini terdapat tiga cara rawatan bagi kanak-kanak hiperaktif :

    Terdapat beberapa jenis ubat yang telah digunakan oleh doktor untuk mengurangkankeadaan hiperaktif seperti Amphetamine, Ritalin dan Haloperidol. Tetapi malangnyadengan cara ini, kesannya tidak berpanjangan. Sebaik sahaja ubat diberhentikankelakuan hiperaktif akan timbul balik. Kadangkala rawatan ini tidak berkesan dan

    sebaliknya memberi kesan yang negatif.

    Teknik pengubahsuaian kelakuan (behavioural modification) cara ini lebih berkesantetapi cara-caranya perlulah ditunjukkan oleh pakar psikologi, supaya dapat dilakukandengan cara yang betul. Teknik ini perlu diamalkan.

    Pendekatan pembelajaran (educational approach) cara ini bertujuan untukmengurangkan aktiviti kanak-kanak ini dan sebaliknya melebihkan kemampuan merekamenumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang boleh memperkembangkan intelekmereka.

    Teknik kedua dan ketiga lebih berkesan jika digunakan satu demi satu. Bagi kanak-kanakmestilah disesuaikan secara orang perseorangan. Misalnya ada kanak-kanak yang memerlukan

    cara pertama dan kedua dan ada pula yang berjaya dirawat dengan cara kedua sahaja.

  • 7/29/2019 Unit 7 ADHD

    12/14

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 88

    CARA-CARA MEMBIMBING KANAK-KANAK HIPERAKTIF

    Selain daripada rawatan kanak-kanak hiperaktif, juga mesti mendapat bimbingan daripada

    pihak ibu bapa dan guru-guru. Di sini ada beberapa cara membimbing kanak-kanak hiperaktif :

    Bermula dengan mendapatkan perhatian anak-anak sebelum bercakap dengannya.Kemudian pastikan anak hiperaktif bertentang mata dengan mata anda ketika bercakap.Berikan arahan dengan tepat dan jelas.

    Buatkan satu jadual untuknya. Pastikan kanak-kanak hiperaktif ini mengikuti jadualtersebut.

    Suruh mereka mengulangi bahagian yang anda pilih untuk diingati. Berikan ganjarankepada tingkahlaku yang baik dan bersesuaian.

    Benarkan kanak-kanak hiperaktif ini berehat untuk menyegarkan dirinya (semasamembuat kerja sekolah). Mereka akan lebih baik selepas berehat selama 5 hingga 10minit.

    Jangan galakkan permainan kasar dan tidak terkawal dengan orang dewasa.

    Bagi kanak-kanak yang bersekolah, suruhlah mereka selalu berkomunikasi denganguru. Jika perlu, pertimbangkan untuk mendapatkan pertolongan dalam pelajarankanak-kanak ini dari guru yang sesuai.

    RUMUSAN

    1. Hiperaktif adalah perlakuan atau tingkahlaku yang dianggap bertentangan nilai sosial

    yang disebabkan oleh ketidakseimbangan sistem saraf pusat otak dalam mentafsirrangsangan-rangsangan yang ada di persekitaran.

    2. Pencegahan lebih baik dari rawatan. Kanak-kanak hiperaktif ini memerlukan rawatan

    yang terperinci dan pemeriksaan fizikal serta penilaian perkembangan intelek dan

    emosinya. Kaunseling yang intensif diperlukan untuk meningkatkan kemampuan ibu

    bapa melatih dan memberi rawatan kepada anak mereka. Ini memerlukan kesabaran,

    pengorbanan masa, tenaga dan kewangan.

    3. Matlamat rawatan supaya kanak-kanak ini boleh menyesuaikan diri di sekolah dan

    masyarakat dengan sebaik mungkin. Dari masa ke semasa pencapaian perlu dinilai dan

    strategi perlu diperkemaskan agar sesuai dengan usia serta keadaan. Apa yang palingpenting ialah setiap ibu bapa perlu mempertingkatkan ilmu pengetahuan tentang

    permasalahan-permasalahan kanak-kanak hiperaktif.

    4. Kepada guru-guru juga tindakan dan kaedah yang sesuai hendaklah diaplikasikan dan

    direalisasikan bagi mengelakkan kanak-kanak yang hiperaktif ini daripada berterusan

    dengan kepelbagaian masalah yang mereka timbulkan serta dapat mengawal dan

    membantu mereka dengan sewajarnya.

  • 7/29/2019 Unit 7 ADHD

    13/14

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 89

    RUJUKAN

    Fitzgerald, M. 2004. Autism And Creativity: in there a link between autism in men and

    expectional ability?. Brunner- Routledge, Taylor & Francis Group Hove and New York.

    Hamid Arshat. 2009. Kanak-kanak Autistik.http://www.hamidarshat.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=1999(akses pada 24 Disember 2011.).

    Ives, M. & Munro, N. 2002. Caring For A Child With Autism: A Practical Guide For Parents.Jessica Kingsley Publishers, London and Philadelphia, Published with the National

    Austistic Society.

    Khairul Anwar Bin Sharin. 2009. Kanak-kanak Autisme: Ciri-ciri dan Implikasi Dalam ProsesPengajaran dan Pembelajara.(akses pada 26 Disember 2011.).

    Mohd Hisyammieddy Bin Esa. 2009. Punca Kejadian.http://hisyammieddy.blogspot.com/2009/01/punca-dan-kadar-kejadian-autisma.html. (akses pada 24 Disember 2011).

    NASOM. 2009. Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia.http://rehabmalaysia.org/images/2008-03-17/Press_release_ Voc_Klang_(BM).pdf.(akses pada 24 Disember 2011).

    Wikipedia. 2009. Autisme. www.wikipedia.com. (akses pada 25 Disember 2011).

    *Worth, S. 2005. Autistic Spectrum Disorders. Continuum International Publishing Group,

    London.

    Philips. N. et al, 2007, Teching Play to Children with Autism Practical Interventions duringInterplay. Paul Chapman Publishing, London

    Hanbury. M. 2005. Educationg Pupils with Autistic Specktrum Disorder: A Practical Guide. PaulChapman Publishing, London

    Seach.D. et al, 2003, Supporting Children with Autism in Mainstream School. The QuestionsPublishing Company Ltd. Birmingham

    Plotnik. R.2001. Introduction to Psychology. 6th edition. Wadsworth Thomson Learning, US.

    Scott. J., Clark. C., Brady. M. 2000. Students with Autism: Characteristics and InstructionProgramming for Special Educators. Singular Publishing Group, San Diego California.

    Smith.C. 2005. Writing and Developing Social Stories Practical Interventions in Autism.Speechmark Publishing Ltd, UK.

    http://www.hamidarshat.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=1999http://hisyammieddy.blogspot.com/2009/01/punca-dan-kadar-kejadian-autisma.htmlhttp://rehabmalaysia.org/images/2008-03-17/Press_release_%20Voc_Klang_(BM).pdfhttp://www.wikipedia.com/http://www.wikipedia.com/http://rehabmalaysia.org/images/2008-03-17/Press_release_%20Voc_Klang_(BM).pdfhttp://hisyammieddy.blogspot.com/2009/01/punca-dan-kadar-kejadian-autisma.htmlhttp://www.hamidarshat.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=1999
  • 7/29/2019 Unit 7 ADHD

    14/14

    K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 90