(ulasan) usik-usik-koleksi sinikal dunia pendidikan_kazim

18
Tajuk : Usik-Usik (Koleksi Sinikal Dunia Pendidikan) Kartunis: Kazim Terbitan: Utusan Melayu (M) Berhad. Tahun : 2009 Inilah sebuah koleksi kartun-kartun yang menterjemahkan beberapa isu-isu pendidikan. Sangat sesuai untuk difikirkan akan isu-isunya yang besar. Penulis mengakhiri bacaan minggu ini dengan bacaan kartun-kartun dalam buku ini. Penulis sifatkan inilah buku koleksi kartun-kartun yang paling membawa makna bersama lawak-lawanya yang cerdik dan tentunya lebih baik daripada koleksi-

Upload: mohammad-hidir-baharudin

Post on 15-Jun-2015

339 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Bacaan Karun-Kartun Besar Di Masa Lapang

TRANSCRIPT

Page 1: (Ulasan) Usik-Usik-Koleksi Sinikal Dunia Pendidikan_Kazim

Tajuk : Usik-Usik (Koleksi Sinikal Dunia Pendidikan)

Kartunis: Kazim

Terbitan: Utusan Melayu (M) Berhad.

Tahun : 2009

Inilah sebuah koleksi kartun-kartun yang menterjemahkan beberapa isu-isu

pendidikan. Sangat sesuai untuk difikirkan akan isu-isunya yang besar.

Penulis mengakhiri bacaan minggu ini dengan bacaan kartun-kartun dalam buku

ini. Penulis sifatkan inilah buku koleksi kartun-kartun yang paling membawa makna

bersama lawak-lawanya yang cerdik dan tentunya lebih baik daripada koleksi-

Page 2: (Ulasan) Usik-Usik-Koleksi Sinikal Dunia Pendidikan_Kazim

koleksi kartun yang tidak membawa makna, disertai lawaknya ‘kurang cerdik’ yang

banyak bertebaran dalam pasaran. Dengan itu, walaupun penulis istilahkan sebagai

‘rehat’ daripada membaca, tetapi inilah rehat daripada membaca yang masih

menggerakkan akal.

Bermula di halaman pertama hinggalah di halaman terakhir, penulis membaca

dengan senyuman ceria yang diselangi dengan tawa yang sopan. Untuk mengulas,

penulis hanya memilih beberapa lukisan kartun dan penulis mengulas isu-isunya

daripada pemahaman penulis. Hanya yang baik diharapkan daripada Allah.

Isu:

Jadual Murid Sekolah

Latar Belakang:

Isu ini pernah dileterkan oleh Ustaz Basri (Mantan Exco ABIM) kepada penulis

suatu ketika dahulu. Para pembuat dasar pembelajaran dan pendidikan di Malaysia

berkata bahawa mereka mahu lepasan-lepasan pusat pengajian di Malaysia menjadi

‘Pekerja Yang Berintegriti’ tetapi mereka lupa bahawa mereka telah menyorokkan

agama di belakang. Susunan jadual sekalipun sudah melambangkan perkara ini.

Cadangan:

Wujudkan kembali Pendidikan Sivil untuk setiap peringkat pengajian.

Hari pembelajaran dan pendidikan dimulakan dengan agama. Sebagai

contoh: Bacaan Al-Quran dijalankan sebelum mulanya hari pembelajaran dan

pendidikan.

Mempluraliskan agama HANYA pada akhlak. Semaikan pada setiap

murid/pelajar nilai-nilai baik pada pandangan agama. Sebagai contoh: Setiap

agama memandang baik perbuatan menolong orang yang dalam kesusahan

dan memandang keji kepada perbuatan zina.

Page 3: (Ulasan) Usik-Usik-Koleksi Sinikal Dunia Pendidikan_Kazim

Isu:

Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Latar Belakang:

Dasar pengajaran dan pembelajaran yang dikecam hebat oleh pakar-pakar Bahasa

Melayu. Dibuat ketika di bawah pemerintahan Dr. Seri Mahathir Mohammad. Dan

kini, Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa dasar

ini akan dimansuhkan perlahan-lahan dengan mansuhan sepenuhnya pada tahun

2012 (Jika tidak terkhilaf). Apapun, diucapkan tahniah kepada dua pemimpin

negara ini.

Penulis secara peribadi tidak menyokong dasar ini hanya selepas membaca buku

yang disusun oleh Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (Bawah). Dan ucapan tahniah

kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) kerana perjuangan

membantah dasar ini.

Page 4: (Ulasan) Usik-Usik-Koleksi Sinikal Dunia Pendidikan_Kazim

Cadangan:

Memansuhkan PPSMI sepantas mungkin untuk mengurangkan kadar bilangan

pelajar Melayu yang tercicir dalam pembelajaran mereka.

Mewujudkan lebih banyak pusat-pusat perterjemahan bahasa asing ke dalam

Bahasa Melayu dan menyediakan peruntukan dan insentif yang besar kepada

penterjemah-penterjemah.

Mewajibkan kepada bukan Melayu (Cina dan India) belajar Bahasa Melayu

dan menjadikan Bahasa Melayu sebagai syarat wajib (lebih tegas) jika mereka

mahu bekerja dalam perkhidmatan awam.

Page 5: (Ulasan) Usik-Usik-Koleksi Sinikal Dunia Pendidikan_Kazim
Page 6: (Ulasan) Usik-Usik-Koleksi Sinikal Dunia Pendidikan_Kazim
Page 7: (Ulasan) Usik-Usik-Koleksi Sinikal Dunia Pendidikan_Kazim
Page 8: (Ulasan) Usik-Usik-Koleksi Sinikal Dunia Pendidikan_Kazim

Isu:

Ragam Percintaan Ketika Usia Muda

Latar Belakang:

Inilah anak muda! Anak muda lelaki dan perempuan yang normal akan tertarik di

antara satu sama lain. Ramai yang sudah Berjaya: Bercinta dan berkahwin, dan

ramai yang tidak berjaya: bercinta dan tidak berkahwin atupun bercinta dan gagal

dalam pelajaran. Jika diamati, pertalian melampau di antara anak muda lelaki dan

perempuan ini akan menyumbang kepada kelahiran anak luar nikah. Tentunya

persoalannya adalah ‘Persoalan Kawalan’. Dan persoalan ini tidak pantas dijawab

dengan kawalan ibu bapa atau guru. Kawalan yang lebih perlu diutamakan adalah

‘Kawalan Agama’.

Penulis menyifatkan bahawa ‘Kawalan Agama’ yang disemai ketika penulis

bersekolah dahulu adalah penting. Dilentur buluh ketika masing rebung dan apabila

sudah menjadi buluh sangat susahlah usaha lenturnya.

Dan penulis teringat sebuah lagu yang bertajuk ‘Kiara’ yang menceritakan

kegagalan lelaki yang bercinta ketika alam persekolahan.

Cadangan:

Didikan seks Islam perlu diutamakan ketika alam sekolah menengah.

Didikan nilai-nilai Islam (seperti nilai malu) perlu menjadi tujuan utama

pelajaran.

Lebih usaha untuk melenturkan peribadi pelajar dengan lenturan Islam

daripada usaha untuk kajayaan menjawab peperiksaan.

Page 9: (Ulasan) Usik-Usik-Koleksi Sinikal Dunia Pendidikan_Kazim
Page 10: (Ulasan) Usik-Usik-Koleksi Sinikal Dunia Pendidikan_Kazim

Isu:

Pemikiran Pelajar Melayu

Latar Belakang:

Inilah pelajar Melayu! Malas membaca dan maka ilmu ditinggalkan di sisi. Seperti

mereka yang beragam Islam itu tidak pernah mendengar kalimah ‘Iqra’’ dalam Al-

Quran. Pelajar Cina yang ramai bergama Buddha dan Kristian pula yang mendengar

suruhan ‘Iqra’’ Al-Quran. Dan penulis tidak menghukum semua pelajar Melayu

sealiran tidak suka membaca.

Dan sekarang, ramai Melayu yang memegang ijazah menganggur, tidak bekerja.

Masih menjadi tanggungan ibu bapa walaupun sudah habis pengajian. Apakah

mereka menduga dengan memegang segulung ijazah tanpa nilai tambah mereka

sudah pasti bekerja. Ini adalah dugaan yang batil.

Membaca adalah nilai tambah yang paling bermakna untuk pelajar Melayu. Nilai

tambah untuk berfikir dan fikirkanlah.

Cadangan:

Memperkasakan setiap perpustakaan di setiap pusat pendidikan dengan

memperbanyakkan bahan bacaan dan memperbanyakkan jenis-jenisnya.

Suruhan membaca perlu disemai di sekolah juga di rumah. Guru dan ibu

bapa perlu menjadi contoh terbaik dalam aktiviti membaca.

Jadikan satu ruang di rumah sebagai ‘Perpustakaan Mini’.

Dan semua cadangan hanyalah kepada orang yang berkehendak.

Page 11: (Ulasan) Usik-Usik-Koleksi Sinikal Dunia Pendidikan_Kazim

Isu:

Mengadabkan Pemuda

Latar Belakang:

Adab sebagai tujuan akhir pelajaran dan pendidikan. Biarpun seorang yang

memiliki ‘PhD’ tetapi tidak pandai merendah diri, ‘PhD’nya hanya selayaknya

dibuang di longkang.

Tahniah kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Melaysia (PKPIM) dan

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), kerana usaha ‘menta’dibkan’ yang

dilakukan. Istiqamahlah.

Page 12: (Ulasan) Usik-Usik-Koleksi Sinikal Dunia Pendidikan_Kazim

Isu:

Guru Pendidikan Jasmani dan Kad Laporan

Latar Belakang:

Yang pertama penulis sifatkan ‘guru makan gaji’. Tiada usaha untuk melihat ‘islah’

dalam pendidikan. Sedangkan ‘islah’lah tujuan bidang perguruan.

Yang kedua adalah bapa zaman dahulu, bapa zaman sekarang tidak begitu.

Page 13: (Ulasan) Usik-Usik-Koleksi Sinikal Dunia Pendidikan_Kazim
Page 14: (Ulasan) Usik-Usik-Koleksi Sinikal Dunia Pendidikan_Kazim

Isu:

Perubahan Pemikiran Sejajar Dengan Perubahan Masa

Page 15: (Ulasan) Usik-Usik-Koleksi Sinikal Dunia Pendidikan_Kazim
Page 16: (Ulasan) Usik-Usik-Koleksi Sinikal Dunia Pendidikan_Kazim

Isu:

Ibu Bapa Zaman Dahulu Dan Apabila Guru Dan Murid Sekapal

Page 17: (Ulasan) Usik-Usik-Koleksi Sinikal Dunia Pendidikan_Kazim
Page 18: (Ulasan) Usik-Usik-Koleksi Sinikal Dunia Pendidikan_Kazim

Penutup:

Ini hanya bacaan ‘suka-suka’ hujung minggu. Salah silap mohon ampun dan maaf.

Sekian.

السالم عليكن ورمحة اهلل تعاىل وبركاته