ulasan sumber

2
Ulasan Sumber Tugasan kedua merupakan ulasan sumber daripada bahan jurnal yang telah diambil. Kelima-lima jurnal yang saya pilih menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran kooperatif merupakan jurnal yang berkaitan dengan kaedah pembelajaran kooperatif. Ini kerana kertas cadangan penyelidikan tindakan saya berkaitan dengan pembelajaran kooperatif dalam meningkatkan pengausaan kemahiran saintifik. Bedasarkan kelima-lima jurnal jelas menunjukkan dapatan bahawa pembelajaran kooperatif amat berkesan dalam pengajaran. Ini kerana kaedah ini amat menyeronokkan murid untuk belajar dan sememangnya menarik minat mereka. Kaedah pembelajaran kooperatif juga dapat menerapkan nilai-nilai yang murni di kalangan murid. Secara tidak langsung juga pembelajaran secara kooperatif dapat meningkatkan tahap kognitif murid. Murid juga dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka kerana terdapatnya kerjasama di dalam kumpulan ( R. Lestari ). Namun menurut Nor Azizah Salleh bahawa pengajaran menggunakan kaedah ini memerlukan komitmen yang tinggi. Ini bermakna guru harus bertanggungjawab mengajar dengan cara yang menarik untuk melibatkan pelajar secara aktif. Guru juga harus berusaha memastikan para pelajar disediakan dengan kemahiran- kemahiran sosial dan nilai-nilai murni untuk mempersiapkan diri mereka bagi menghadapi kehidupan masa depan bukan setakat untuk menyediakan mereka untuk peperiksaan dan ujian semata-mata. Perinteraksian yang lebih mendalam antara guru dan pelajar amat penting bagi memastikan hubungan yang berpanjangan serta dapat mewujudkan minda yang sentiasa aktif dalam pencarian ilmu. Sebagai kesimpulannya, Pembelajaran Kooperatif merupakan satu kaedah pengajaran yang bukan sahaja menarik dan dapat menimbulkan keseronokan dan minat, malah ia dapat membantu guru menangani masalah di bilik darjah. Nilai-nilai murni juga dapat diterapkan melaluinya untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih positif dan tidak tertekan akibat gangguan-gangguan di dalam bilik darjah. Guru-guru Sains harus lebih kerap dan mahir menggunakan pendekatan ini dalam

Upload: nor

Post on 12-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Ciritical Review

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Sumber

Ulasan Sumber

Tugasan kedua merupakan ulasan sumber daripada bahan jurnal yang telah diambil.

Kelima-lima jurnal yang saya pilih menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran kooperatif

merupakan jurnal yang berkaitan dengan kaedah pembelajaran kooperatif. Ini kerana kertas

cadangan penyelidikan tindakan saya berkaitan dengan pembelajaran kooperatif dalam

meningkatkan pengausaan kemahiran saintifik.

Bedasarkan kelima-lima jurnal jelas menunjukkan dapatan bahawa pembelajaran

kooperatif amat berkesan dalam pengajaran. Ini kerana kaedah ini amat menyeronokkan

murid untuk belajar dan sememangnya menarik minat mereka.

Kaedah pembelajaran kooperatif juga dapat menerapkan nilai-nilai yang murni di

kalangan murid. Secara tidak langsung juga pembelajaran secara kooperatif dapat

meningkatkan tahap kognitif murid. Murid juga dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka

kerana terdapatnya kerjasama di dalam kumpulan ( R. Lestari ).

Namun menurut Nor Azizah Salleh bahawa pengajaran menggunakan kaedah ini

memerlukan komitmen yang tinggi.

Ini bermakna guru harus bertanggungjawab mengajar dengan cara yang menarik untuk

melibatkan pelajar secara aktif. Guru juga harus berusaha memastikan para pelajar disediakan

dengan kemahiran-kemahiran sosial dan nilai-nilai murni untuk mempersiapkan diri mereka

bagi menghadapi kehidupan masa depan – bukan setakat untuk menyediakan mereka untuk

peperiksaan dan ujian semata-mata. Perinteraksian yang lebih mendalam antara guru dan

pelajar amat penting bagi memastikan hubungan yang berpanjangan serta dapat mewujudkan

minda yang sentiasa aktif dalam pencarian ilmu.

Sebagai kesimpulannya, Pembelajaran Kooperatif merupakan satu kaedah pengajaran

yang bukan sahaja menarik dan dapat menimbulkan keseronokan dan minat, malah ia dapat

membantu guru menangani masalah di bilik darjah. Nilai-nilai murni juga dapat diterapkan

melaluinya untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih positif dan tidak tertekan

akibat gangguan-gangguan di dalam bilik darjah. Guru-guru Sains harus lebih kerap dan

mahir menggunakan pendekatan ini dalam pengajaran Sains agar para pelajar kita lebih

Page 2: Ulasan Sumber

berminat untuk mempelajari Sains sekali gus dapat menguasai kemahiran saintifik dengan

baik tersebut dan meningkatkan motivasi mereka untuk mendalaminya.