ulasan jurnal

6
ULASAN JURNAL PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS Tajuk Jurnal : Penggunaan Teknologi dalam Mengajar Sains di Sekolah Rendah Penulis : Mohd Asyid b Hj Ali 1.0 Pendahuluan Sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini telah jauh berbeza dengan sistem pendidikan dahulu kerana ia telah mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah telah digunakan untuk memastikan pengajaran seseorang pendidik menjadi lebih berkesan manakala pembelajaran seseorang murid menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Oleh yang demikian, antara kaedah yang dilaksanakan ialah pengaplikasian ICT dalam sistem pendidikan di Malaysia. ICT merupakan singkatan kepada ‘Information Communication Technology’ yang bermaksud teknologi maklumat dan komunikasi dan ia telah pun diperkenalkan beberapa tahun yang lalu dalam bidang pendidikan di Malaysia. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses pengajaran dan 1

Upload: azhelmi-helmi

Post on 18-Jul-2016

70 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

Page 1: ulasan jurnal

ULASAN JURNAL PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SAINS

Tajuk Jurnal : Penggunaan Teknologi dalam Mengajar Sains di Sekolah Rendah

Penulis : Mohd Asyid b Hj Ali

1.0 Pendahuluan

Sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini telah jauh berbeza dengan sistem

pendidikan dahulu kerana ia telah mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai

kaedah telah digunakan untuk memastikan pengajaran seseorang pendidik menjadi lebih

berkesan manakala pembelajaran seseorang murid menjadi lebih mudah dan

menyeronokkan. Oleh yang demikian, antara kaedah yang dilaksanakan ialah

pengaplikasian ICT dalam sistem pendidikan di Malaysia. ICT merupakan singkatan

kepada ‘Information Communication Technology’ yang bermaksud teknologi maklumat

dan komunikasi dan ia telah pun diperkenalkan beberapa tahun yang lalu dalam bidang

pendidikan di Malaysia. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud

menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan

proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh penggunaan ICT ketika pengajaran ialah

seperti pengajaran berasaskan komputer dan pengaplikasian perkakasan seperti Note

Book, LCD, perisian CD, kamera dan lain-lain. Pengaplikasian ICT dalam proses

pengajaran dapat memudahkan kerja-kerja seorang guru dan dapat menghasil kemajuan

fikiran dalam kalangan murid yang tidak berpeluang menghadapi suasana realiti sesuatu

1

Page 2: ulasan jurnal

konsep ilmu. Penggunaan ICT di dalam kelas yang berkesan ialah apabila ia sesuai

dengan keperluan murid serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka

masa yang munasabah. Oleh yang demikian, penggunaan ICT di dalam kelas adalah

pelengkap kepada penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

2.0 Pengenalan Jurnal

Jurnal yang dipilih adalah bertajuk ‘Penggunaan Teknologi dalam Mengajar Sains di

Sekolah Rendah’. Jurnal ini secara keseluruhannya ialah berkaitan dengan kelemahan-

kelemahan dan impak penggunaan ICT atau teknologi di dalam kelas bagi guru-guru

Sains dan murid-murid sekolah rendah. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh

pengkaji, tumpuan khusus diberikan terhadap tahap kekerapan penggunaan ICT dalam

proses pengajaran dan pembelajaran, kekangan yang telah dikesan semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT dan implikasi pengaplikasian ICT dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

3.0 Latar Belakang Kajian

Menurut pengkaji, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kekerapan

penggunaan perisian pendidikan Sains yang merupakan satu daripada pekakas ICT, selain

mengesan kelemahan dan mengkaji kelemahan penggunaan bahan tersebut di dalam

proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Antara kupasan-kupasan isi yang diutarakan

oleh pengkaji di dalam jurnal ini ialah mengenai pengenalan ICT dalam bidang

pendidikan di Malaysia, kebaikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains,

implikasi dan kekangan dalam pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan

2

Page 3: ulasan jurnal

pembelajaran juga berkaitan dengan penggunaan perisian pendidikan Sains yang

dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Metodologi yang digunakan oleh pengkaji ialah secara diskriptif. Data-data secara

statistikal dikumpulkan kemudian diterjemahkan dalam bentuk yang lebih mudah untuk

dafahami. Pengkaji menjalankan kajian ini di 18 buah sekolah rendah dan tiga

daripadanya ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Populasi kajian adalah terdiri daripada

240 orang guru yang mengajar Sains Tahun 1 hingga Tahun 6. Instrumen kajian yang

digunakan oleh pengkaji ialah soal selidik yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu

kekerapan penggunaan, kelemahan dan impak penggunaan.

4.0 Ulasan Jurnal

Berdasarkan analisis data yang dikumpulkan oleh pengkaji berkaitan dengan kekerapan

penggunaan perisian pendidikan Sains, 78 peratus bersetuju bahawa penggunaan perisian

pendidikan Sains dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran manakala 73

peratus mengakui bahawa perisian hanya digunakan apabila ia diperlukan dan

kebanyakan daripadanya adalah digunakan ketika proses pengukuhan. Namun, daripada

item-item yang diutarakan tersebut, terdapat dua item yang mana mencatatkan rekod

tahap yang sederhana berbanding item-item lain iaitu tidak semua responden (guru Sains)

menggunakan perisian pendidikan Sains pada setiap waktu pengajaran sama ada di dalam

atau di luar kelas.

3

Page 4: ulasan jurnal

Kemudian, menurut pengkaji jurnal ini, terdapat purata penurunan penggunaan

perisian pendidikan Sains pada setiap tahun. Penurunan ini berlaku berikutan kekangan

daripada beberapa aspek seperti yang tercatat dalam data soal selidik yang dikumpulkan

oleh pengkaji. Antaranya ialah kurang kemahiran dalam mengendalikan komputer,

kurang pendedahan tentang penggunaan perisian, perisian pendidikan Sains yang

dibekalkan disekolah kurang mencukupi, kursus-kursus yang dijalankan oleh PPD dan

JPN kurang mencukupi, kawalan kelas terjejas akibat penggunaan perisian di dalam kelas

dan perisian yang dibekalkan ke sekolah adalah kurang berkualiti. Namun demikian,

hampir keseluruhan item mencatatkan min yang sederhana dan ini boleh dirumuskan

bahawa kekangan yang dihadapi guru ketika menggunakan perisian pendidikan Sains

dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas adalah di tahap sederhana.

Selain itu, impak penggunaan perisian ini juga turut dikaji oleh penulis jurnal.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, ramai responden bersetuju dengan kesan daripada

penggunaan perisian ini seperti murid berasa seronok dan mudah memahami isi

pelajaran, perisian menggalakkan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis dan

perisian ini juga membolehkan objektif pelajar dicapai dengan mudah.

Walaubagaimanapun, responden sederhana setuju terhadap satu penyataan iaitu perisian

pendidikan Sains mengandungi pelbagai aktiviti yang sesuai mengikut kemampuan

murid.

4

Page 5: ulasan jurnal

5.0 Kesimpulan

Keseluruhan hasil kajian boleh dirumuskan bahawa penggunaan perisian

pendidikan Sains ini yang merupakan salah satu daripada pekakas ICT masih berada di

tahap sederhana. Ini secara langsung menunjukkan bahawa penggunaan ICT oleh guru-

guru Sains di sekolah rendah masih berada di tahap minimum. Walaupun mereka

berpendapat bahawa penggunaan perisian pendidikan Sains ini dapat membantu

melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran mereka namun mereka seolah-olah

kurang percaya dengan kemampuan perisian pendidikan Sains tersebut maka kurang

menggunakannya di dalam kelas.

Rujukan

http://www.slideshare.net/shahwiran/penggunaan-ict-dalam-pp-presentation

http://eprints.utm.my/10521/1/Penggunaan_Teknologi_Maklumat_Dan_Komunikasi.pdf

Penggunaan Teknologi Dalam Mengajar Sains Sekolah Rendah

http://nzalina66.blogspot.com/2011/07/penggunaan-teknologi-dalam-

mengajar_03.html 3 July 2011

5

Page 6: ulasan jurnal

6