ulasan edu
DESCRIPTION
Bab 1TRANSCRIPT
Careline A/P A Pileventhram
930416-04-5458
RBT 3 (SJKT)
PISMP Sem 8 Ambilan Jan 2013
Ulasan Akta Pendidikan 1996
Akta Pendidikan 1996 merupakan akta yang sedang digunakan dalam sistem pendidikan
masa kini. Akta ini menjadi panduan dalam melaksanakan sistem pendidikan dan menjadiakan
sistem pendidikan relevan dengan era permodenan ilmu. Sebelum Akta Pendidikan 1996
digubal, perundangan pendidikan negara telah melalui empat fasa perkembangan iaitu :
i. Fasa pendidikan pada peringkat awal di bawah pentadbiran Inggeris
ii. Fasa selepas Perang Dunia Kedua apabila 2 ordinan pelajaran telah digubal dan
diluluskan
iii. Fasa pelaksanaan Akta Pelajaran 1961
iv. Fasa pelaksanaan Akta Pendidikan 1996
Perkara Penting Yang Terlaksana Dalam Akta Pendidikan 1996 :
Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai
bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan
menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan
institusi pendidikan. Selain itu, kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras
dengan kehendak negara apabila Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta
Pendididkan 1996 wajib diguna oleh semua pihak.
Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk mengambil
peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan memudahkan kita menggunakan
penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di
negara kita. Manakala Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di
semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi
pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolah-sekolah.
Di samping itu, mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat
dipertingkatkan kerana tadika-tadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan
Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Sejajar dengan
penumpuan terhadap usaha membudayakan pendidikan sains dan teknologi, pendidikan teknik
akan dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan politeknik. Akta Pendidikan 1996
memudahkan sekolah vokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik, manakala politeknik boleh
mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi
perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan,
termasuk program pertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan program bekembar bagi
kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi, sama ada
dalam negeri atau luar negeri.
Pendidikan guru akan dapat diperkukuhkan dengan adanya peruntukan yang
membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja di
peringkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara berkembar.
Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan adanya
peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi
tersebut. Dalam pada itu, institusi pendidikan swasta juga boleh dikehendaki mengadakan
pengajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk
memupuk semangat cintakan negara dan nilai-nilai murni.
Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang
cukup bagi pendidikan tersebut.
Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara
mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina
swasta. Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta
lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan.
Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di
negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan. Kelas-kelas agama seperti bible
classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996.
Secara kesimpulannya, Akta Pendidikan 1996 berusaha untuk mewujudkan suatu
sistem pendidikan kebangsaan yang boleh memenuhi kehendak negara dan menggalakkan
perkembangan budaya, social, ekonomi dan politik.
Careline A/P A Pileventhram
930416-04-5458
RBT 3 (SJKT)
PISMP Sem 8 Ambilan Jan 2013
Ulasan Akta OKU 2008
Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuk mereka yang mempunyai
kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi
dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam
masyarakat”. Akta OKU telah diluluskan di Parlimen ( Dewan Negara ) pada 24 Disember 2007
dan diwartakan pada 24 Januari 2008 serta dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008. Akta ini
memberikan pengiktirafan hak OKU dan menukar konsep OKU daripada konsep kebajikan
kepada konsep right-based.
Tujuan akta ini ialah Akta ini membolehkan OKU mempunyai hak penyamaan peluang
dan penyertaan penuh dalam masyarakat setara dengan ahli masyarakat yang lain. Akta ini
juga memperuntukan perihal berkaitan pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan
dan kesejahteraan OKU.
Dalam akta ini, OKU tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum.
Kerajaan dan penyedia pendidikan swasta hendaklah menyediakan kemudahan yang sesuai
dengan keperluan OKU dengan mengambil langkah yang sesuai membolehkan OKU
mempelajari keperluan hidup dan pembangunan sosial.
Akta OKU 2008 menyatakan bahawa hak pendidikan yang sama rata perlu diberikan
kepada golongan OKU. Antaranya ialah :
Kanak-kanak dengan keperluan khas ditempatkan di dalam bilik darjah biasa
Peluang pembelajaran yang bermakna dalam sistem persekolahan biasa
Sokongan khas bagi setiap pelajar
Peluang untuk menyuarakan keperluan mereka dalam persekitaran pembelajaran
OKU digalakkan mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana kerajaan
dapat mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini bagi maksud perancangan
perkhidmatan, program pemulihan, intervensi awal, pencegahan, latihan dan pendidikan. Selain
itu, kerajaan dapat merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan
bagi golongan kurang upaya serta dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang
bertepatan dengan OKU.
Akhir sekali, kerajaan dapat mengenal pasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan atau
sebagai kad pengenalan diri bagi mereka berurusan dengan pihak-pihak berkenaan. Manakala
jika OKU berdaftar dengan JKM, mereka dapat menggunakan kemudahan-kemudahan dan
keistimewaan oleh kerajaan.
Careline A/P A Pileventhram
930416-04-5458
RBT 3 (SJKT)
PISMP Sem 8 Ambilan Jan 2013
Ulasan Peraturan – Peraturan Pendidikan Khas 2013
Peraturan Pendidikan Khas 2013 merupakan satu usaha kerajaan untuk memastikan
pendemokrasian pendidikan dan kesaksamaan peluang pendidikan dapat diberikan kepada
semua warganegara tanpa mengambilkira latarbelakang, status ekonomi atau kecacatan
seseorang. Peraturan ini hendaklah digunakan bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan
kerajaanyang melaksanakan Pendidikan Khas.
Dalam peraturan ini, “Kod Amalan” bererti Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan
Pendidikan Khas. Kurikulum Pendidikan Khas bermaksud :
Kurikulum Kebangsaan
Kurikulum Kebangsaan yang diubahsuai oleh Ketua Pendaftar
Kurikulum yang direka bentuk khusus oleh Ketua Pendaftar
Mengikuti Akta Pendidikan 1996 “Pendidikan Khas” dijelaskan di bawah seksyen 2 (tafsiran)
yang bermaksud pendidikan yang menyediakan keperluan pendidikan khas murid. “Sekolah
Khas” dimaksudkan sebagai sekolah yang menyediakan Pendidikan Khas yang ditetapkan
mengikut peraturan yang dibuat di bawah seksyen 41.
Pendidikan Khas melibatkan guru yang dilatih khas oleh institusi tertentu, seperti Jabatan
Pelajaran Negeri, Bahagian Pendidikan Guru, serta universiti tempatan dan luar negara. Harus
diingatkan juga bahawa guru Pendidikan Khas tidak boleh dilibatkan sebagai guru ganti di
sekolah.
Pelajar Pendidikan Khas pula terdiri daripada pelajar berkeperluan khas seperti kanak-
kanak tuna pendengaran, kanak-kanak tuna penglihatan, kanak-kanak bermasalah kerana
kecacatan akal yang ringan dan sederhana, serta kanak-kanak yang mengalami gangguan
emosi dan tingkah laku dan bermasalah kerana faktor genetik Untuk pelajar Pemulihan Khas,
mereka perlu melalui ujian tertentu, seperti ujian saringan dan ujian diagnostik. Apabila berjaya
dipulihkan, mereka akan kembali ke kelas biasa. Pelajar Pendidikan Khas pula ditentukan
melalui pengesanan pakar perubatan.
Pelajar Pendidikan Khas menggunakan kurikulum Khas yang berdasarkan Peraturan
Pendidikan Khas 1997 dan Akta Pendidikan 1996. Kurikulum khas itu disesuaikan dengan
mengambilkira masa, bahan, budaya, kelas, teknik, bantuan kepakaran dan penglibatan
masyarakat. Bagi Pemulihan Khas, mereka mengikuti jadual waktu kelas biasa dan pelajar
dibawa ke kelas pemulihan semasa mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu.
Pendidikan Khas lebih istimewa dari segi keanjalan masa. Sesi pengajaran dan
pemelajaran bagi kumpulan itu agak lewat berbanding dengan pelajar normal dan banyak
bergantung pada pengurusan diri dan kesediaan belajar pelajar tersebut. Masa rehat pelajar
Pendidikan Khas juga diawalkan 10 minit daripada pelajar normal bagi memberikan keselesaan
kepada mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Pendidikan Khas memerlukan kelas khas atau sekolah tertentu melalui program
integrasi. Kelas khas perlu mengandungi kelas, ruang tamu, ruang dapur, bilik tidur, bilik air dan
tandas, ruang rekreasi, bilik pentadbiran dan keperluan lain yang difikirkan dapat memberikan
sumbangan kepada pelajar untuk hidup berdikari.