ulasan artikel kajian pentaksiran

Upload: syahida-mohtar

Post on 20-Feb-2018

253 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Ulasan Artikel Kajian Pentaksiran

    1/6

    ULASAN ARTIKEL KAJIAN

    TAJUK ARTIKEL : SCHOOL READINESS ASSESSMENT

    Penilaian kesiapsiagaan prasekolah merupakan satu topik yang hangat diperkatakan.

    Ia perlu diketahui oleh setiap pengurus dan pengajar prasekolah dengan sebaiknya bagi

    membolehkan setiap perancangan dan teknik pengajaran dapat berjaya dalam

    perlaksanaannya. Penilaian kesiapsiagaan prasekolah merangkumi pelbagai pihak bukan

    sahaja murid, malah turut melibatkan keluarga, persekitaran pembelajaran di rumah,

    sekolah, dan juga komuniti. Ini kerana kesemua ini akan menentukan keberkesanan dan

    juga keberjayaan murid di akhir proses. Dalam ulasan ini, penilaian kesiapsiagaan adalah

    lebih kepada bagaimana sekolah dapat dijadikan asas penelitian berbanding aspek-aspek

    lain yang telah diterang di awal perenggan.

    Sekolah adalah salah satu bahagian dalam pecahan kesiapsiagaan dan ia

    merupakan bahagian utama dalam proses. Kesempurnaannya akan dapat menentukan

    keberjayaan murid walaubagaimana apapun latarbelakangnya. Melalui pelbagai kajian,

    terdapat perkara utama dan asas kepada penilaian tersebut yang mana merangkumi

    pembangunan sahsiah dan rohani, pembangunan emosi dan harga diri, pendekatan kepada

    pembelajaran, pembangunan pertuturan dan juga pembangunan pengetahuan am dan

    kogniti!. "ujuan utama dalam penilaian kesiapsiagaan secara keseluruhan juga adalah

    sebenarnya kepada murid itu sendiri. Murid tersebut akan dinilai terlebih dahulu terhadap

    kesemua pecahan pihak asas kepada penilaian kesiapsiagaan iaitu tadika, prasekolah,

    kawasan komuniti dan latar belakang keluarga. Setiap murid mempunyai kekuatan dan

    kelemahan yang berbe#a dan ini membuatkan penilaian kesiapsiagaan sekolah berbe#a-

    be#a mengikut pemahaman dan keperluan setiap sekolah dan ini membuatkan ia menjadi

    satu topik perdebatan hangat di antara komuniti.

    "erdapat perkara asas dalam topik ini yang mana harus menjadi keutamaan dansasaran sebenar setiap guru dan pengurus prasekolah. $ang pertama ialah ia harus

    menambahbaik pembelajaran murid. Kedua ialah kenalpasti murid yang memerlukan

    perhatian khas. Ketiga ialah penilaian atas keberkesanan progam pengajaran. Keempat

    pula ialah pengamatan ke atas corak dan rentak serta kesesuaian murid terhadap

    pengajaran dan akhir sekali, kebolehan atas penilaian tersebut untuk menjadi kayu pengukur

    sebenar atas keupayaan murid secara keseluruhan dan tepat.

    Perkara asas pertama memerlukan guru untuk menilai kebolehan murid dalammencerap pembelajaran. Ini adalah kerana pengetahuan ini akan membolehkan guru dan

  • 7/24/2019 Ulasan Artikel Kajian Pentaksiran

    2/6

    murid adalah saling beiringan dalam pemahaman dan pengajaran. Itulah yang dimaksudkan

    dengan menambahbaik pembelajaran murid. %uru perlu menilai setiap kebolehan dan

    kelemahan nyata setiap murid tanpa leka dan ini dilakukan secara !ormal dan juga

    bersahaja. Kedua-dua kaedah tersebut adalah kaedah terbaik bagi melihat bagaimana

    murid berinteraksi secara !ormal dan juga secara tidak sedar yang mana ia akan

    mencerminkan latar belakang pembelajaran dan pencerapan ilmu dan tingkahlaku ketika di

    luar kelas. Kedua-dua teknik selalunya akan melibatkan murid untuk melakukan sesuatu

    seperti menulis, mengira, membaca dengan kuat, membuat persembahan ataupun akti&iti

    !i#ikal dan juga mengha!al. Keberjayaan asas pertama membolehkan guru beralih arah

    kepada asas kedua iaitu mengenalpasti murid yang memerlukan perhatian khas. Ia

    dilakukan dengan proses dua tahap di mana pertama, kesemua murid akan disaring secara

    menyeluruh dan kemudian, jika didapati murid yang berada di luar kemampuan asas dari

    pelajar lain, tahap kedua dilakukan dengan cara proses latih-tubi yang bersesuaian mengikut

    murid. Saringan tahap satu dilakukan dengan mengikut pembentukan murid secara am dan

    tidak semestinya berpandukan akti&iti kurikulum yang telah digariskan oleh pihak sekolah. Ini

    adalah kerana penilaian ini adalah untuk menilai kebolehan murid atas pembelajaran

    semasa dan juga melebihi darinya. "ahap ini juga membolehkan I.' murid dapat dinilai dan

    dipupuk mengikut kesesuaian. "ahap ini juga membolehkan pengajar mencadangkan

    kepada ibubapa ataupun penjaga untuk memberikan perhatian yang lebih terhadap murid

    jagaan mereka jika didapati murid tersebut mempunyai kebolehan yang agak luar biasa.

    Kemudian, perkara asas ketiga perlu dilakukan iaitu penilaian atas keberkesanan

    pembelajaran atas murid. Penilaian ini akan mencerminkan keberjayaan program yang

    didedahkan kepada murid. Penilaian murid direkod melalui data yang sahih sebelum

    program dijalankan dan selepas program dijalankan. Ini memberikan pemahaman bahawa

    setiap murid tidak dinilai secara indi&idu seperti perkara asas pertama dan kedua.

    Persembahan secara gra! akan memberikan penilaian yang lebih tepat dan kualititi! atas

    keberkesanan program secara keseluruha dan bukannya secara indi&idu. Ini keranapemerhatian ini adalah penting bagi pihak pengurusan untuk menambahbaik program

    supaya ia tidak cenderung kepada guru mahupun murid tertentu. Dari penerangan asas

    ketiga, perkara asas keempat iaitu pengamatan atas corak dan kesesuaian murid dan

    pengajaran juga adalah melibatkan pihak pengurusan secara khusus. Ini kerana

    pengamatan tersebut akan membolehkan sesebuah negari itu dapat menganggar secara

    kasar kebolehan murid secara tahunan mengikut komuniti yang berada dalam kawasan

    tersebut. Penilaian ini sangat besar dan dalam kesannya terhadap pihak pengurusan dan

    membuatkan perkara asas keempat sangat penting walaupun tidak secara terus.

  • 7/24/2019 Ulasan Artikel Kajian Pentaksiran

    3/6

    (khir sekali, perkara asas kelima boleh dibincangkan secara terperinci kerana seperti

    yang telah diterangkan dalam perkara asas ) hingga *, iaitu data dari asas ) hingga *

    digunakan sebagai kayu pengukur sebenar atas keupayaan murid secara total dan tepat.

    Perkara ini juga adalah lebih kepada pihak pengurusan kerana data-data tersebut sering kali

    digunakan dalam peringkat perundangan contohnya bagi menidakkan kemasukan

    seseorang murid ke dalam prasekolah walaupun murid itu layak dari segi umur ataupun

    untuk menghukum para pendidik yang tidak melakukan pengajaran mereka secara serius

    dan leka yang mana dapat dibuktikan dari pengumpulan markah murid dibawah jagaannya.

    Disebabkan inilah, perkara asas kelima ini dikira sangat penting dan sering menjadi isu

    hangat dalam perdebatan semasa.

    Kemudian, perbincangan beralih kepada murid dan cara pengurusan murid yang

    perlu diberitahu dan dilakukan oleh pihak sekolah dan pihak penjaga murid tersebut. Murid

    sememangnya unik setiap satu kerana mereka adalah campuran + indi&idu berbe#a dan

    kadang-kala kebolehan mereka juga diperolehi dari keturunan sebelumnya berdasarkan

    simpanan genetik. Kebolehan murid dilihat berdasarkan latarbelakang keluarga, kumpulan

    etnik dan juga jantina. atarbelakang keluarga akan mencerminkan keadaan si!at dan

    kesedaran murid untuk belajar ataupun tidak. Murid berisiko tinggi untuk gagal dalam

    pelajaran berdasarkan statistik kajian selalunya adalah murid yang datang dari keluarga

    miskin dan dai!, murid yang datang dari keluarga ibu tunggal atau bapa tunggal, murid yang

    datang dari keluarga yang terdiri dari ibubapa yang rendah pelajaran mereka dan juga murid

    dari keluarga imigran. alaupun ada dari murid yang datang dari kelompok yang telah

    disebutkan tadi sangat berjaya ataupun melepasi tahap lemah, statisik tetap menunjukkan

    bahawa peratusan keberjayaan adalah kecil berbanding yang gagal. Murid-murid dari

    latarbelakang yang telah disebutkan di atas la#imnya berisiko untuk lemah dalam asas

    pembelajaran iaitu membaca, mengira dan pengetahuan am. /isiko yang dikira secara

    kumulati! atau terkumpul ini menyebabkan murid akan terbantut dalam pembangunan asas

    iaitu perkembangan sahsiah, perkembangan idea motor, perkembangan sosial, emosi danjuga pencerapan terhadap pembelajaran, bahasa serta kogniti! atau otak. Kumpulan etnik

    yang dipunyai oleh murid tersebut juga mempengaruhi murid tersebut. a#imnya kajian

    dapat membe#akan kesan etnik terhadap murid melalui kajian terhadap kebolehan dalam

    membaca dan mengira akan tetapi perkara ini tidak memberi kesan besar berbanding yang

    pertama. Perkara terakhir ialah jantina murid tersebut di mana, melalui kajian dan statistik,

    murid perempuan didapati mempunyai kebolehan membaca yang lebih baik berbanding

    murid lelaki tetapi mempunyai kemampuan yang sama dalam kebolehan mengira dan

    pengetahuan am. Murid perempuan juga dilihat kurang menimbulkan masalah dalamberhubung sosial sesama mereka berbanding murid lelaki. Pemahaman ke atas ketiga-tiga

  • 7/24/2019 Ulasan Artikel Kajian Pentaksiran

    4/6

    perkara tersebut membolehkan pengajar dapat membantu dalam mengurangan risiko

    terhadap murid dalam keciciran dalam pelajaran kerana segala risiko tersebut adalah

    pengiraan yang mana masih dapat dielakkan jika terdapat kerjasama semua pihak.

    0erbalik kepada kesiapsiagaan berdasarkan perbincangan kesan dan perkembangan

    murid kesan dari cerapan data dalam perenggan terdahulu, kesiapsiagaan sekolah didapati

    mempunyai beberapa kekangan. Kekangan pertama yang dapat dilihat ialah ia hanya

    menumpu kepada satu tujuan sahaja dan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain walaupun

    berkaitan sekolah. Kekangan kedua ialah setiap alatan untuk kesiapsiagaan sekolah

    pastinya memberikan de!inasi nyata dan tidak nyata dalam keberkesanannya. Kekurangan

    ini menghalang pihak pengurusan dari memilih alatan secara tepat dan pengamatan jelas

    atas keperluan pembelajaran. Malah, ada sesetengah pengurusan sekolah perlu melihat

    kelima-lima parameter yang tetah ditetapkan secara menyeluruh berbanding sekolah lain

    kerana latarbelakang murid yang datang dari kumpulan berisiko tinggi berbanding sekolah

    lain. Kekangan terakhir yang dapat dikenalpasti ialah kesiapsiagaan adalah sangat

    bergantung kepada pengajar dan pihak pengurusan. 0erdasarkan penyataan ini, boleh

    dikatakan bahawa proses ini hanya berjaya dijika dan hanya jika pengajar dan pengurus

    adalah dari kelompok yang sangat perihatin dan cekal dalam menjayakannya. 0agi

    mengatasi masalah ini, latihan yang tepat dan berkesan perlu dilakukan oleh setiap pengajar

    dan pengurusan, tetapi keberjayaannya masih lagi dapat diragui dan kegagalan masih boleh

    berlaku kerana ia melibatkan manusia.

    Persoalan utama dari ulasan ini ialah bagaimana untuk memilih penilaian

    kesiapsiagaan yang tepat dan bersesuaian, alatan untuk penilaian, pengurusan bagi murid

    yang didapati tidak layak berdasarkan penilaian dan bagaimana untuk mengimbangi

    kesesuaian dan hasil berkesan dari penilaian kesiapsiagaan tersebut. Dalam memilih

    penilaian kesiapsiagaan yang tepat yang mana la#imnya dilakukan oleh sekumpulan indi&idu

    terdiri dari pengajar, pengurusan, ibu-bapa dan pakar, persoalan ini sering diajukan. Iaadalah seperti apa de!inisi yang sekolah tersebut bayangkan dan bersesuaian dengan

    sasaran mereka. (dakah de!inisi tersebut memberatkan keperluan sekolah tetapi tidak

    secara keseluruhan asas yang telah digariskan ataupun hanya kepada berteraskan

    kurikulum yang perlu dipatuhi. Persoalan asas seperti tujuan asas sekolah juga turut perlu

    diperbincang kerana ia kemudiannya perlu melibatkan kepada perbincangan tentang si!at

    dan karakter murid yang bakal diajar dari segi kelompok keluarga, etnik dan jantina. Ini juga

    melibatkan bagaimana tahap pertuturan dan kesihatan murid yang bakal melalui tahun

    prasekolahnya. Persoalan yang terakhir adalah bagaimana si!at teknikal alatanpembelajaran dapat menghasilkan data cerapan bagi tujuan analisis dan penambahbaikkan

  • 7/24/2019 Ulasan Artikel Kajian Pentaksiran

    5/6

    yang mana di akhir proses, haruslah memenuhi keperluan garis panduan kesiapsiagaan

    sekolah.

    Seterusnya, alatan untuk penilaian yang dipilh boleh mendatangkan kesan

    keberjayaan yang berbe#a-be#a dan selalunya berakhir sama ada alatan dipilih berdasarkan

    penilaian tidak !ormal ataupun penilaian !ormal. De!inasi penilaian !ormal dan tidak !ormal ini

    kadang-kala berbe#a-be#a nama tetapi bila dilihat secara terperinci, ia tetap tergolong dalam

    golongan yang sama. Penilaian tidak !ormal selalunya berdasarkan pemerhatian, sampel

    kerja dan juga kebolehan guru. Penilaian !ormal pula adalah bersandarkan set piawaian

    yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan yang mana set ini terhasil dari pengalaman

    teori murid yang dinilai oleh set soalan yang diterbitkan oleh pihak pengurusan kepada

    murid. Penilaian seperti ini sangat penting untuk membe#akan kemampuan murid dari murid

    yang lain supaya keperluan latih-tubi, progam penilaian khas dan cerapan data dapat

    diperolehi dengan tepat dapat dilakukan. Maka, dari kedua-dua penilaian tersebut, alatan

    yang dipilh selalunya melibatkan kedua-dua penilaian secara serentak tetapi berbe#a

    peratusan dari segi aplikasi bergantung kepada penilaian sekumpulan indi&idu disebut

    sebelum ini.

    Kemasukan murid la#imnya berdasarkan umur berbanding kesediaan untuk

    bersekolah. (dalah jarang sekali murid tidak dibenarkan memasuki prasekolah kerana

    disebabkan tidak bersedia kerana tindakan tersebut lebih merugikan murid tersebut

    berbanding membantunya. Ketidaksediaan murid membolehkan pihak pengurusan lebih

    peka terhadap murid tersebut dan sekali gus dapat membantu murid serta penjaganya

    dalam menyediakan persekitaran yang lebih kondusi!. (dalah jarang berlaku murid tidak

    dibenarkan belajar dan dihalang melalui proses undang-undang melainkan terdapat masalah

    yang melibatkan jenayah, maka dengan itu, perkara sedemikian adalah kecil peratusannya.

    (pa yang lebih banyak berlaku ialah, penilaian kesiapsiagaan sekolah yang tidak seragam

    berbanding sekolah-sekolah yang juga berdekatan sesama sendiri. Ketidakseragaman inijika tidak diselenggara secara betul dan bijak akan menyebabkan perselisihan !aham dan

    kecelaruan apabila data cerapan dan pengurusan di peringkat negeri hendak dilakukan.

    Maka, untuk mengatasi masalah ketidakseragaman tersebut, pihak komuniti dan sekolah

    yang terlibat selalunya sering mengadakan !orum dan perbincangan berterusan sesama

    mereka untuk memilih setiap tindakan akti&iti dan alatan dan kesan-kesan yang dijana dari

    akti&iti sama ada baik ataupun buruk. angkah lain yang dapat digunakan dalam

    memastikan keseragaman lebih terjamin ialah dengan menjemput pakar pro!esional sama

    ada di bawah negeri ataupun swasta dalam membincangkan, menstruktur semula ataupunmembentuk satu asas set penilaian yang mungkin berasaskan komuniti di negara sendiri

  • 7/24/2019 Ulasan Artikel Kajian Pentaksiran

    6/6

    ataupun dari negara luar yang dilihat boleh memberi impak yang lebih berkesan. Kemasukan

    input dari pakar seperti ini sangat berharga akan tetapi ia berisiko sedikit kerana ada

    sesetengah komuniti yang tidak suka kepada pendedahan sedemikian kerana !aktor tara!

    hidup, agama dan juga sentimen kenegaraan yang kadang-kala lebih negati! berbanding

    positi!. 1ara lain yang mungkin juga dilihat boleh membantu adalah seperti melakukan

    program sekolah angkat, yang mana, sekolah yang dilihat berjaya dalam mempraktikkan

    penilaian kesiapsiagaan terbaik membantu sekolah-sekolah yang lain dengan cara

    menyeragam kaedah, lawatan guru sambil belajar, penilaian kaedah secara bersama dan

    macam-macam lagi. (khir sekali, kaedah yang boleh dilakukan melalui pihak penjaga di

    mana, penjaga haruslah sentiasa berin!ormasi dan proakti! dalam mencari maklumat dalam

    hal kesaipsiagaan sekolah. Ia adalah melalui pembacaan yang disediakan oleh pihak

    sekolah yang dimasuki oleh anak jagaan mereka dan juga berhubung terus dengan pihak

    pengurusan sekolah. Kemudian, langkah seterusnya yang perlu ialah pihak penjaga

    haruslah sentiasa terlibat sama dalam setiap akti&iti dan juga !orum ataupun perbincangan

    yang diatur oleh pihak terlibat. 2ika pihak penjaga merasakan mereka mempunyai kepakaran

    tertentu yang mungkin boleh digunakan oleh pihak sekolah, mungkin mereka boleh

    membantu dalam membentangkan kaedah lain supaya boleh diperhalusi dan digunapakai

    sebagai contoh program komputer ataupun pertukangan yang bersesuaian. angkah lain

    juga adalah seperti sentiasa menjalin hubungan mesra kerana walaupun kelihatan remeh,

    tindakan ini dapat mengurangkan ketegangan sesama sendiri apabila terdapat masalah

    yang tidak terselesai ataupun apabila berlaku masalah yang lebih serius.

    Sumber artikel 3 www.journal.naeyc.org4btj4+55*5)4Ma6well.pd!

    http://www.journal.naeyc.org/btj/200401/Maxwell.pdfhttp://www.journal.naeyc.org/btj/200401/Maxwell.pdf