ulasan artikel - siti maisarah bt. zainal (m20112001257)

25
1 KPS6054: PENDIDIKAN MULTIBUDAYA TUGASAN 2 ULASAN JURNAL DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID SITI MAISARAH BINTI ZAINAL M20112001257

Upload: zulfazakmalhusna-ibnu-mai

Post on 06-Sep-2015

883 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

rjk

TRANSCRIPT

2

KPS6054: PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

TUGASAN 2ULASAN JURNAL

DISEDIAKAN OLEH

NAMANO. ID

SITI MAISARAH BINTI ZAINALM20112001257

PENSYARAH: DR. Abdul Talib bin Mohamed Hashim

SENARAI KANDUNGAN

PERKARAMUKA SURAT

1. Ulasan Artikel 1 Educational Reforms for National Integration: The West Malaysian Experience

2. Ulasan Artikel 2 Religion, interculturalism and science in an English primary school

3-12

13-19

BEE-LAN CHAN WANG / Educational Reforms for National Integration:The West Malaysian Experience / Comparative Education Review, Vol. 22, No. 3, (1978) / 464-479Sinopsis:Artikel ini membincangkan tentang takrif dan konsep integrasi nasional secara umum di kebanyakan negara yang terdiri daripada masyarakat pelbagai etnik. terdapat 2 makna integrasi nasional iaitu Integrasi Struktur dan Integrasi Politik. Menurut Wang (1978), Integrasi Struktur bermaksud apabila setiap kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat memainkan peranan yang sama banyak dan seimbang dalam struktur ekonomi atau pekerjaan tanpa mengira perbezaan identiti, memandangkan dalam kebanyakkan masyarakat yang berbilang etnik di dunia, setiap kumpulan etnik cenderung untuk berbeza daripada satu sama lain bukan sahaja dalam agama dan bahasa tetapi juga dalam pencapaian pendidikan, ciri-ciri pekerjaan, dan ekonomi. Manakala, Integrasi Politik pula merujuk kepada penciptaan rasa kewarganegaraan yang melampaui kesetiaan hanya kepada kumpulan etnik semata. Oleh itu, walaupun kumpulan etnik boleh bersaing dengan satu sama lain dalam arena politik, mereka perlu berbuat demikian dengan pemahaman asas tentang perpaduan negara dan penenimaan perlembagaan negara . Menurut Wang (1978) lagi, pendidikan adalah penting sebagai salah satu strategi untuk membina integrasi nasional. Integrasi struktur boleh diperolehi melalui pendidikan, dengan syarat bahawa kerajaan perlu membuat satu cubaan untuk mengembangkan dan menyamakan peluang pendidikan di kalangan pelbagai kumpulan di negara manakala Integrasi politik adalah lebih sukar untuk dicapai kerana pandangan politik individu boleh dipengaruhi oleh pandangan politik ahli keluarga. "Kerajaan yang mengambil berat tentang kepentingan proses sosialisasi politik di kalangan rakyat cuba untuk memupuknya melalui saluran kurikulum dan kokurikulum di sekolah-sekolah. Malaysia merupakan salah satu daripada negara-negara yang mengamalkan konsep integrasi nasional ni yang menggambarkan secara tidak langsung mengamalkan konsep plural societies. Mior Khairul Azrin dalam (Sistem Pendidikan di Malaysia:Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional, 2011) juga perpendapat Melalui pendidikan, nilai-nilai-murni seperti hormat-menghormati, bertoleransi, bekerjasama, dan aspek-aspek moral diterapkan kepada masyarakat yang bertujuan untuk melahirkan pewaris negara yang berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing, bijak, dan mempunyai sifat patriotik di mana ia penting untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat. Langton (1969) menyokong hujah ini dengan mengatakan, sekolah berperanan untuk menanamkan kepercayaan politik secara formal melalui perancangan secara sedar dan secara tidak formal melalui pengalaman. Bagi pelajar yang mempunyai perbezaan latar belakang politik dan sosial, sekolah boleh mensosialisasikan mereka semula mengikut kumpulan yang sama sehingga melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia: Perspektif Sejarah, Keluarga Dan Pendidikan, 2010).

Tujuan/persoalan:

Artikel ini membincangkan tentang konsep integrasi nasional, definisinya dan proses penubuhannya.. Artikel ini mengkaji secara terperinci bagaimana kerajaan Malaysia membina konsep integrasi nasional di kalangan masyarakat berbilang etnik melalui reformasi pendidikan. Tujuan artikel ini adalah untuk menganalisis Perkembangan pendidikan Malaysia yang di pengaruhi oleh dasar kerajaan kolonial British dengan tujuan untuk menjawab soalan, Apa yang boleh dipelajari daripada situasi reformasi sekolah di Malaysia sebagai strategi untuk integrasi nasional?. Objektif asas reformasi pendidikan di Malaysia 2 dekad yang lepas telah berkait secara langsung dengan dua aspek integrasi nasional yang dibincangkan di atas iaitu pertama untuk menyusun semula ekonomi supaya dapat menghapuskan pengenalan kaum dengan fungsi ekonomi yang tertentu, dan kedua untuk membangunkan rasa identiti kebangsaan Malaysia, terutama di kalangan masyarakat bukan Melayu.

Idea Utama:1. Pengaruh Dasar British terhadap perkembangan pendidikan di MalaysiaMenurut artikel ini, Wang (1978) menyatakan bahawa British masuk ke Tanah Melayu dengan memegang dasar untuk mencampuri seminima mungkin adab, adat, cara hidup, dan prejudis antara bangsa yang berbeza , untuk tidak mencampuri sama sekali hal-hal yang berkaitan dengan pada semua dalam perkara-perkara yang menyentuh agama Islam dan untuk membantu pembangunan dengan membuat jalan raya, keretapi, saliran dan pengairan dengan mewujudkan keselamatan bagi nyawa dan harta benda melalui pembukaan hospital dan sekolah-sekolah secara percuma. Menurutnya lagi di samping untuk memelihara budaya tradisional dan kepercayaan agama orang Melayu, British juga melindungi mereka daripada pencerobohan ekonomi oleh kumpulan etnik yang lain. Nagendranlingan (2007) pula menyatakan bahawa pihak British berpendapat bahawa mereka bertanggungjawab untuk menyelamatkan kaum Melayu daripada dieksploitasikan oleh masyarakat pendatang. Mereka berpendapat bahawa dengan memberi pendidikan di sekolah-sekolah Melayu di tahap rendah yang menekankan kemahiran membaca, menulis dan mengira, mereka dapat menyelamatkan kaum Melayu dari dieksploitasi oleh pekedai Cina dan Chetty India. Tujuan penjajah British menubuhkan sekolah-sekolah Melayu bukanlah untuk membolehkan kaum Melayu menyesuaikan diri dengan perubahan struktur dan pemodenan ekonomi, tetapi bertujuan menyebarkan budaya Melayu dan untuk memelihara kaum Melayu seperti yang sedia ada pada zaman itu. Pendidikan yang diberi di sekolah Melayu lebih cenderung kepada keperluan masyarakat kawasan pedalaman dan memastikan fabrik sosial masyarakat Melayu tidak berubah. Manakala, British kurang prihatin tentang pendidikan di sekolah Cina dan India kerana mereka menganggap kaum Cina dan India sebagai satu kumpulan sementara (transcient) dan kerajaan tidak perlu mencurahkan perbelanjaan untuk pendidikan mereka. Saya menyokong pendapat Nagendranlingan (2007). Menurut pandangan saya, pihak British membuat polisi sedemikian bukan untuk melindungi kaum Melayu, tetapi mereka ingin menyekat pendidikan kaum Melayu di tahap yang rendah yang hanya berada dalam lingkungan asas pertanian supaya kaum Melayu tidak sedar tentang tujuan sebenar British datang ke Tanah Melayu dan seterusnya tidak menggagalkan usaha British mengaut keuntungan di Tanah Melayu. Manakala, pendidikan bagi kaum Cina dan India tidak dititikberatkan kerana British beranggapan dua kaum ini tidak memberi kepentingan terhadap mereka dan tidak akan mengganggu tujuan mereka.

2. Reformasi Pendidikan Integrasi NasionalArtikel ini menyatakan bahawa, reformasi pendidikan di Malaysia bermula pada tahun 1951, iaitu penjajah pentadbiran British mewujudkan satu komiti untuk mengkaji pendidikan Melayu dan mencadangkan bahawa sekolah vernakular yang berbeza sistem akan digantikan dengan sistem satu Sekolah Rendah Kebangsaan, yang akan mengambil pelajar daripada semua kumpulan etnik dan menyediakan pembelajaran seragam, dwibahasa (Melayu dan Inggeris) selama 6 tahun. Cadangan ini walaubagaimanapun tidak dijalankan. Akta Pendidikan 1957, mencadangkan bahawa, "a national system of education acceptable to the people of the Federation as a whole which will satisfy their needs and promote their cultural, social, economic and political development as a nation, having regard to the intention to make Malay the national language of the country whilst preserving and sustaining the growth of the language and the culture of other communities living in the country" (Wang, 1978). Dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan menggunakan kurikulum yang seragam, kerajaan berharap untuk memupuk perpaduan nasional. Wang (1978) berpendapat bukan sahaja usaha ini tidak mampu untuk mengintegrasikan sekolah-sekolah pelbagai etnik ini, malahan, tujuan utama kerajaan untuk menyusun semula ekonomi supaya dapat menghapuskan pengenalan kaum dengan fungsi ekonomi yang tertentu juga tidak dapat dicapai. Tambahan pula, sebarang percubaan untuk menghapuskan sekolah vernacular akan membawa kepada penarikan balik sokongan kaum Cina dan India. Usaha kerajaan mewujudkan sekolah menengah kebangsaan dan menukarkan sekolah menengah bantuan Cina dan India ke sekolah menggunakan aliran inggeris mengukuhkan lagi jurang perbezaan antara etnik. Pendidikan kaum cina dan india jauh ke hadapan berbanding kaum melayu kerana mereka belajar menggunakan bahasa inggeris dan fokus kepada sektor swasta dan profesional.Walaubagaimanpun, Nagendranlingan (2007) menyatakan the attachment of the vernacular schools to a particular ethnic groups had also bred primordial group loyalties and to reduce this government embarked on a programme of national integration. This was to be acheived via the process of multiple integration by making the diverse and disparate subsystems parts of national system. Dr. Ismail pula menyatakan bahawa (The Sosial Origins of the Educational System in Paninsular Malaysia, 2007) For those who want Malay only to be used in this country and that the other races must study Malay and discard own languages, it would that if this country attains Independence, the Malays would be imperialists with no consideration for the Chinese and Indians who are already in this countryI we want to achieve Independence we should not be imperialists and those who are loyal to this country must be considerate and accept the language of the country. Saya bersetuju dengan pendapat Nagendranlingan (2007) dan Dr. Ismail ini. Untuk mewujudkan integrasi kebangsaan, bahasa melayu menjadi satu bahasa yang menyatukan semua kaum etnik di Negara ini. Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan yang boleh difahami oleh semua kaum di Malaysia. Kaum Melayu disebabkan oleh dasar kerajaan British yang menyekat pendidikan mereka pada zaman penjajahan dan kerana takut anak-anak mereka di pengaruhi oleh budaya orang Barat menjadi kurang berminat untuk menghantar anak mereka mempelajari bahasa inggeris. Ini secara tidak langsung membataskan mereka untuk mempelajari bidang sains dan perniagaan. Manakala, kaum Cina dan Kaum India juga diberi peluang yang sama banyak untuk belajar di sekolah menengah kebangsaan selain daripada memasuki sekolah aliran bahasa inggeris.

3. Kesan Hak Keistimewaan org Melayu dan Bantuan Kerajaan terhadap pendidikan orang Melayu terhadap Integrasi Struktur.Wang (1978) menyatakan bahawa, Heightened Malay expectations resulting from government "sponsorship" have had two negative effects for national integration. The first has to do with structural integration-more specifically, the lack of Malays in technical and professional fields. Menurut beliau, kerana terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan dan kerana wujudnya persaingan yang tinggi dalam bidang sains dan perniagaan dengan kaum lain menyebabkan kaum melayu kekal berada dalam kumpulan kategori bidang ekonomi. Mereka menjadi tidak bersemangat untuk turut mendalami bidang sains dan teknikal yang mencabar. Manakala, pada masa yang sama kaum bukan Melayu, pula sedar peluang yang lebih besar bagi mereka dalam pertumbuhan sektor swasta, sabar bersaing untuk tempat dalam bidang sains dan bidang teknikal. Oleh itu, kaum bukan Melayu mendominasi pekerjaan dalam bidang ini. Ini bermaksud, integrasi Struktur masih belum dicapai. Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2010) menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu atau Malay Polity... istilah Tanah Melayu, Malaysia dan Malaya adalah jelas merujuk pada negeri-negeri Melayu atau Tanah Melayu atau Land of the Malays. Fakta ini menunjukkan bahawa Tanah Melayu (Malaysia) adalah kepunyaan satu bangsa yang bernama Melayu dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British, sikap lunak orang Melayu terhadap orang lain dan kepandaian orang lain mengekspoitasikan orang Melayu turut menyumbang kepada masalah kaum sehingga ke hari ini. Dengan kebijaksanaan penjajah dan imigran ini juga, negara ini diberikan kemerdekaan dengan bersyarat iaitu mereka mesti sanggup berkongsi kuasa dan ekonomi.Berdasarkan penyataan diatas, pendapat saya adalah wajar untuk kerajaan memberi hak keistimewaan kepada orang melayu, dan memberi bantuan secara berterusan untuk kemajuan pendidikan dan ekonomi orang Melayu. Walaubagaimanpun, saya juga bersetuju dengan penyataan Wang (1978) mengenai Integrasi Struktur yang sukar dicapai disebabkan sikap kaum Melayu yang terlalu bergantung terhadap bantuan kerajaan, dan lemah untuk bersaing dengan bangsa lain menyebabkan mereka masih berada dalam kategori ekonomi yang sama.

4. Kesan Hak Keistimewaan org Melayu dan Bantuan Kerajaan terhadap pendidikan orang Melayu terhadap Integrasi Politik.Wang (1978) menyatakan bahawa, impak kesan ini adalah lebih terhadap sikap kaum bukan Melayu. since 1969, political competition from the highly nationalistic Pan-Malayan Islamic Party has been significant in causing the government to respond more rapidly and unambiguously to Malay aspirations by expanding educational and occupational "special privileges" for Malays. The result is that non-Malay disenchantment with the government, already deep, is further intensified. Thus, government efforts to promote structural integration through facilitating the socioeconomic mobility of Malays are the primary reason for non-Malays' feelings of being second-class citizens. Beliau berpendapat, kerajaan terlalu memberi perhatian yang berlebihan kepadakaum melayu menyebabkan kaum bukan melayu merasa terpinggir. Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2010) menyatakan bahawa Sejarah keluarga dan perkembangan system pendidikan Cina di Tanah Melayu bermula sejak penghijrahan masuk orang Cina pada awal abad ke-19. Imigran Cina bukan sahaja membawa bersama-sama adat, kepercayaan, agama dan kebudayaan keluarga, tetapi juga system pendidikan mereka ke Tanah Melayu pendidikan berorientasikan negeri China ini langsung tidak membantu melahirkan generasi baru di Tanah Melayu Secara umum boleh dikatakan bahawa, orang Cina tidak menunjukkan sebarang minat terhadap sistem pendidikan lain, kecuali pendidikan Cina. Walaupun sistem pendidikan lain (pendidikan teras Melayu) menawarkan khidmat secara percuma atau dengan kos yang rendah, mereka tetap menyatakan tidak.Saya melihat tidak wajar jika dikatakan kerajaan terlalu member perhatian yang berat sebelah sehingga menjadikan kaum bukan melayu penduduk kelas kedua. Ini dapat dilihat kepada usaha-usaha berterusan kerajaan mewujudkan peluang-peluang yang sama rata antara kaum untuk mendapatkan pendidikan di Malaysia. Tetapi kerana sikap kaum bukan melayu itu sendiri yang menyebabkan Integrasi Politik semakin sukar dicapai.5. Dasar bahasa telah menjadi punca utama bagi rasa tidak puas hati kaum bukan Melayu.Wang (1978) menyatakan bahawa dasar kerajaan yang mewajibkan Bahasa Melayu di ajar di sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan dan di institusi yang lebih tinggi memberi impak yang negatif terhadap etnik bukan melayu. The socioeconomic implications of these changes for non-Malaysare profound. Indeed, many Chinese regard these policies to be aimed at "keeping them down." The frustration of the lower socioeconomic groups is that, after years of struggle studying in a language not of their choosing, they still face great odds in finding salaried employment because of high rates of school-leaver unemployment coupled with preferential hiring of Malays. The frustration of the middle and higher classes is that being educated in Malay effectively closes the door to higher education in Western countries, which has been a very important. Etnik bukan melayu terperangkap antara keperluan untuk mengekalkan warisan identiti kaum mereka dengan keperluan untuk meningkatkan tahap pendidikan anak mereka, dan ini merupakan salah satu alasan yang menyukarkan integrasi Nasional dicapai. Haris Md Jadi (Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia: Perspektif Sejarah, Keluarga Dan Pendidikan, 2010), menyatakan bahawa Integrasi nasional masih lagi jauh untuk dicapai akibat proses sosialisasi. Ini kerana, bahasa adalah persoalan yang merumitkan dalam masyarakat yang berbilang kaum kerana ia boleh menjadi penghalang kepada integrasi jika kumpulan ras dan etnik yang berlainan mahukan pengekalan bahasa-bahasa mereka sebagai alat untuk menyampaikan kebudayaan dan nilai-nilai sosial. . Walaupun agen sekolah diletakkan sebagai agen kedua pentingnya dalam sosialisasi politik, tetapi pengaruhnya memang tidak boleh dinafikan kerana ia amat berkait rapat dengan keluarga, disebabkan keluarga yang menentukan proses persekolahan anak-anak mereka (Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia: Perspektif Sejarah, Keluarga Dan Pendidikan, 2010).

Saya melihat, integrasi politik hanya dapat dicapai apabila semua kumpulan etnik mengimbangi kepentingan etnik mereka dan lebih mengutamakan kepentingan nasional. Selagi etnik bukan melayu prejudis melihat usaha kerajaan sebagai tidak adil dan tidak sama rata, selagi itu integrasi politik tidak di dapat diwujudkan dan integrasi nasional tidak dapat dicapai sepenuhnya

KesimpulanKesediaan semua kumpulan etnik di Malaysia untuk menerima pembaharuan yang dijalankan oleh kerajaan adalah kunci utama untuk mewujudkan integrasi nasional di Malaysia. Selagi kumpulan etnik yang pelbagai ini meletakkan kepentingan etnik di hadapan berbanding kepentingan nasional, segala usaha yang dijalankan oleh kerajaan tidak akan berjaya. Kita tidak seharusnya melihat situasi integrasi nasional hanya daripada sebelah pihak dan untuk kepentingan sebelah pihak sahaja. Integrasi nasional adalah adalah untuk kepentingan semua kumpulan etnik. Wujudnya sekolah yang menggunakan bahasa melayu sebagai perantaraan adalah untuk mewujudkan integari antara kumpulan etnik di Malaysia. Keadaan sudah buruk dengan mereka tidak pergi ke sekolah yang sama. Orang Cina diajar dalam bahasa Cina, sementara yang India menggunakan bahasa Tamil, mereka tidak akan bercakap di antara satu sama lain langsung, dan mereka tidak memerlukan antara satu sama lain. Setiap kali kerajaan berusaha untuk merapatkan hubungan, ada sahaja yang menghalang supaya kita terus jauh di antara satu sama lain (Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia: Perspektif Sejarah, Keluarga Dan Pendidikan, 2010). Sekiranya, usaha kerajaan disambut dengan baik oleh semua etnik dan di sokong secara berterusan, pendapat saya integrasi nasional di malaysia akan dapat dicapai.

Rujukan:

Mior Khairul Azrin B. Mior Jamaluddin, Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar,Cabaran, dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional, Sosiohumanika, 4(1) (2011), 33-48.Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia: PerspektifSejarah, Keluarga Dan Pendidikan, Institute of Islam Hadhari: Jurnal Hadhari Bil. 3 (2010), 61-84.

Nagendranlingan Ratnavadivel, 2007. The Sosial Origins of the Educational System in Paninsular Malaysia. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

David Coulby / Religion, interculturalism and science in an English primary school / Intercultural Education Vol. 19, No. 4, (2008) / 363366

Sinopsis: Artikel ini cuba untuk menunjukkan hubungan diantara satu set nilai-nilai yang berkaitan dengan watak seorang Kristian di Sekolah rendah Inggeris yang menyokong aspek kurikulum sains. Data kajian ini diperolehi daripada Pihak Pentadbiran dan dokumen-dokumen daripada sekolah. Kajian telah dijalankan di Batheaston Church of England Voluntary Controlled (CEVC) School yang terletak di England. Sekolah ini mengandungi 215 pelajar yang menduduki 7 kelas mengikut peringkat usia. Sekolah ini terletak di kawasan pinggir bandar yang penduduknya adalah golongan yang kaya dengan seni budaya dan murid-muridnya datang daripada golongan tersebut. Menurut artikel ini, perkaitan dan hubungan yang rapat antara sekolah dengan gereja Kristian menyebabkan terdapatnya beberapa jangkaan tentang aktiviti harian ibadat dan perhimpunan ibadat assembly dengan pengajaran pendidikan agama. Gabenor sekolah ini merupakan seorang guru besar yang telah berkhidmat selama 17 tahun, dan sekolah jelas mendapat manfaat daripada kesinambungan kepimpinan bangsa. Beliau mampu untuk mengimbangi jangkaan agama dengan kepelbagaian latar belakang murid.

Tujuan/persoalan:

Tujuan arikel ini adalah untuk melihat bagaimana Batheaston Church of England Voluntary Controlled (CEVC) School ini menjalankan dan mengamalkan aspek pendidikan multi budaya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Coulby (2008) mengkaji cabaran dan usaha yang telah di hadapi dan dilakukan oleh pihak sekolah untuk memastikan semua golongan dan pelbagai kumpulan budaya dapat bekerjasama dan bertoleransi di sekolah untuk memastikan prestasi pencapaian murid berjalankan dengan lancar. Idea Utama:

1. Peranan pihak Gereja dan pihak ibu bapa dalam penerapan Pendidikan Multi Budaya di sekolah

Menurut artikel ini, Gereja menggalakkan pengajaran berunsur agama Kristian confessionalist tetapi sekolah berpendapat bahawa pemahaman Kristian dan tingkah laku 'Kristian' boleh digalakkan tanpa pengajaran confessionalist. Nilai Kurikulum sekolah tersebut tidak menyentuh agama. Each half term the whole school takes on a values focus. This is designed to give the children a focus for thought and study. The areas on which we concentrate throughout the year are: Empathy, Privilege and Poverty, Race, Gender, Disability, Age (Coulby, 2008).Pihak sekolah menekankan beberapa aspek atau tema dalam pengajaran untuk menggalakkan perkembangan fikiran dan pendidikan murid iaitu empati, keistimewaan dan kemiskinan, bangsa, jantina, ketidakupayaan dan umur. Murid akan sentiasa merujuk kembali aspek ini dari masa ke masa sepanjang tahun pembelajaran. Pemimpin gereja mendapati bahawa aspek ini bagus dan meminta pihak sekolah untuk menamakan aspek ini sebagai Nilai Kristian, walaubagaimana pun, pihak sekolah menolak kerana menurut pihak sekolah, nilai yang digunakan di sekolah itu diambil secara umum daripada bimbingan pelbagai agama yang bermaksud luas dan bukanlah hak milik Kristian sahaja, seperti yang dinyatakan dalam artikel ini iaitu that it is broad and balanced in its use of distinctively, but not exclusively, Christian material. Pihak sekolah membenarkan paderi Kristian untuk mengadakan perhimpunan ibadat, tetapi untuk pembelajaran aspek diatas yang melibatkan guru lain terutamanya guru besar, akan mengutamakan hari perayaan-perayaan agama lain dan juga isu-isu sosial dan ekologi.

Walaubagaimana pun menurut guru besar sekolah, I was able to choose what the diocese is expecting in a form that will fit the school. I could only do this because I am confident and dont need the diocese approval. Other headteachers might not have that confidence (Coulby, 2008).Beliau menyedari bahawa disebabkan oleh rekod pencapaian prestasi murid yang tinggi serta konsisten setiap tahun, ramai ibu bapa yang datang daripada pelbagai latar belakang telah menyokong polisi atau dasar yang dijalankan oleh pihak sekolah. Oleh itu, untuk menjalankan dan mengamalkan konsep keagamaan Kristian semata-mata di sekolah tersebut bakal memberi impak yang negatif, dan mungkin mengakibatkan ibu bapa ini bertindak balas yang negatif terhadap pihak sekolah. . Tekanan yang seimbang antara pihak Gereja dan ibu bapa telah membolehkan amalan yang baik dapat diwujudkan dalam sebuah institusi CEVC.Dasar pendidikan agama di sekolah tersebut dengan jelas menunjukkan pendekatan multi budaya. Dua matlamat utama mereka ialah, pertama untuk membangunkan pengetahuan dan kefahaman mengenai agama Kristian dan agama-agama lain di dunia. dan mengiktiraf agama sebagai salah satu bentuk ekspresi pengalaman manusia; untuk menghargai nilai-nilai moral seperti kejujuran, kebebasan, keadilan, kesaksamaan, inclusion dan corcern perasaan mengambil berat untuk orang lain '. Dimensi Multi-budaya yang dijalankan oleh sekolah ini adalah jelas. Oleh itu, mereka telah menggunakan pelbagai peluang yang sesuai dengan proses pengajaran untuk menggunakan contoh dan rujukan yang mudah dan senang difahami oleh murid tentang kehidupan multi budaya / multi etnik serta usaha dan kejayaan yang telah disumbangkan oleh semua untuk pembangunan dunia. Menurut Coulby (2008), It is worth quoting the exemplifications of diversity at length, as they represent the focus and strength of the school across many years.Jika dilihat dan merujuk kepada situasi yang berlaku di Malaysia, semasa di awal era kemerdekaan, tekanan yang sebegini telah wujud antara pelbagai kaum dan agama di malaysia sehingga menyebabkan kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk mencari persefahaman dan menyatupadukan pendduduk malaysia. Usaha ini juga dibuat melalui saluran pendidikan. Menurut Mior Khairul Azrin B. Mior Jamaluddin (2011), Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan, merupakan elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata, bahkan ia merupakan saluran untuk menyampaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan. (Coulby, 2008).Kurikulum yang dibina dalam sistem pendidikan di Malaysia telah mengambil kira semua perbezaan dan kepentingan kaum-kaum di malaysia. Sekolah Kebangsaan adalah contoh aliran sekolah yang menerapkan satu nilai dan konsep nasional yang bertujuan untuk menyatupadukan semua kaum.

2. Ajaran agama Kristian dijadikan asas utama dalam pendidikan dan mewujudkan program tambahan yang berkolaborasi dengan pelbagai kumpulan agama yang lain untuk memperkenalkan pengetahuan multi budaya kepada murid.Coulby (2008) menyatakan bahawa, pihak sekolah telah menggunakan asas ajaran Kristian sebagai agenda yang progresif, internasional dan bersifat inklusif yang diterapkan melalui kurikulum dan aktiviti-aktiviti sekolah. Coulby memetik kenyataan di dalam dokumen sekolah mengenai program yang telah dijalankan untuk menggalakkan pendidikan multi budaya, dan menjadikan ajaran Kristian asas sebagai asas iaitu: We will choose specific experiences that are not seen as English to create an interest and excitement about diverse experiences eg. Steel pans and street percussion for school instrumental tuition; batik or Chinese calligraphy; Flamenco and South African gumboot dancing for dance; Indian/Jamaican playground games; hillside tepees in technology; native American prayers; Haiku poetry; Caribbean novels etc... There are also areas of the curriculum that are specifically designed to inform children about national and international diversity eg. Our Comenius project working on curriculum projects with schools in Norway, Slovakia, France and Greece, or our partnership with Smithy Street School (all Bangladeshi/Muslim children) in London. These partnerships are not only useful to illustrate the similarities and differences of growing up in Europe or in very multiethnic areas of Britain, they also provide excellent opportunities to look at racism and inequality.

Pihak sekolah dilihat memainkan peranan yang utama untuk memastikan nilai pendidikan multi budaya dapat dijalankan di sekolah ini. Satu komponen penting yang digunakan untuk mengintegrasikan semua aspek multibudaya ialah komponen sains terutama yang berkaitan dengan pengetahuan tentang kerperluan untuk murid belajar tentang konsep sustainability kepentingan alam semula jadi. Menurut Coulby, Community involvement in the school links both to the moral curriculum and to the commitment to science and ecology. A distinctive aspect of this approach has been a conscious and sustained project to reach out to grandparents. We involve them in sustainable and natural projects. This stresses the worth of all types of people but it also links back to the knowledge they have and the ways they can educate the children. Thus, a grandparent who was a meteorologist was brought in to teach about the weather and climate change and to establish appropriate equipment for further study. The ethos of the school allows us to embrace some Christian values but also to teach about climate change. But we teach this scientifically not through religion.Pegangan dan polisi yang dipegang oleh pihak sekolah telah membenarkan beberapa nilai dalam agama Kristian dapat digunapakai, tetapi setelah diolah semula oleh guru untuk diajar kepada murid menggunakan konsep saintifik dan bukan melalui konsep agama.Di Malaysia, kerajaan telah menggubal kurikulum sekolah yang mengambil asas agama yang dikongsi oleh semua kumpulan kepercayaan agama anutan di malaysia dan diajar kepada murid seperti dalam matapelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik. Walaubagaimana pun, hanya mata pelajaran Pendidikan Islam sahaja di ajar di sekolah-sekolah kebangsaan memandangkan malaysia mengiktiraf Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Manakala, agama-agama lain di ajar kepada kaum masing-masing di sekolah jenis kebangsaan dan di tempat-tempat ibadat mereka oleh organisasi agama masing-masing. Bagi matapelajaran lain yang tidak melibatkan agama dan budaya kaum, kurikulumnya adalah sama seperti yang di ajar di negara British, memandangkan pengaruh British dalam dasar pendidikan Malaysia yang sangat kuat kesan daripada penjajahan mereka pada era sebelum kemerdekaan Malaysia.

Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dilihat dalam artikel ini ialah, pendidikan multibudaya bukan lah sesuatu yang mustahil untuk dijalankan di setiap sekolah, sekiranya pihak pentadbiran sekolah boleh mengintegrasikan elemen-elemen utama yang dikongsi oleh pelbagai budaya dan kaum dan menjadikan elemen ini sebagai satu elemen kebangsaan yang boleh diterima oleh semua budaya. Walaubagaimana pun, semua ini hanya akan dapat dicapai sekiranya semua pihak memberikan sokongan, kerjasama dan kolaborasi yang baik dengan pihak sekolah. Coulby menyatakan The balance of forces between central government, local government, diocese, parents, staff and headteacher is an exceedingly delicate one in church schools in England and Wales. Good academic results will always give more flexibility for the school to follow its own route. A committed headteacher and enthusiastic staff, with supportive governors and parents can pursue a progressive intercultural and ecological curriculum even within the constraints of CEVC status and the English National Curriculum.Sistem pendidikan di Malaysia masih belum menerapkan elemen Multi budaya yang cukup dan efisen dalam proses pembelajaran murid di sekolah. Kerjasama yang diberikan oleh pelbagai kaum di Malaysia juga tidak menyeluruh, hanya melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan masyarakat seperti perayaan dan makanan sahaja.

Rujukan:

Mior Khairul Azrin B. Mior Jamaluddin, Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar,Cabaran, dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional, Sosiohumanika, 4(1) (2011), 33-48.