(ulasan artikel)

8
1.0 Pengenalan Perangkaan perubatan menunjukkan bahawa masyarakat kini kurang mementingkan aktiviti fizikal.Ini menyebabkan keadaan fizikal yang lemah. Kekurangan aktiviti fizikal boleh menyebabkan penurunan prestasi jantung dan saluran darah tersumbat dengan kolesterol. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakupayaan fungsi seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi, aterosklerosis dan lain-lain masalah pengaliran darah (Louis J. Ignarro, Maria Luisa Balestrieri & Claudio Napoli, 2006). Oleh itu, fizikal harus dirangsang. Persatuan Jantung Amerika menyarankan agar aktiviti fizikal dijalankan sekurang- kurangnya 30 minit untuk 3 hari dalam seminggu bagi meningkatkan kecergasan fizikal seseorang. Kecergasan fizikal amat penting bagi mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (Saeid Golbidi & Ismail Laher, 2012). Aktiviti fizikal dan kecergasan fizikal sangat berkait rapat. Ini adalah kerana kecergasan fizikal adalah kemampuan seseorang melakukan aktiviti fizikal seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan. Manakala aktiviti fizikal merupakan suatu tingkah laku yang ditakrifkan dengan penggunaan tenaga, pergerakan badan yang dihasilkan oleh otot yang menyebabkan peningkatan besar fungsi psikomotor (Robert M. Malina, 2001). Mengekalkan kecergasan melalui aktiviti fizikal yang kerap boleh membantu

Upload: norazlina-zainudin

Post on 27-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Tugasan

TRANSCRIPT

Page 1: (Ulasan Artikel)

1.0 Pengenalan

Perangkaan perubatan menunjukkan bahawa masyarakat kini kurang mementingkan

aktiviti fizikal.Ini menyebabkan keadaan fizikal yang lemah. Kekurangan aktiviti fizikal boleh

menyebabkan penurunan prestasi jantung dan saluran darah tersumbat dengan kolesterol.

Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakupayaan fungsi seperti masalah jantung, tekanan darah

tinggi, aterosklerosis dan lain-lain masalah pengaliran darah (Louis J. Ignarro, Maria Luisa

Balestrieri & Claudio Napoli, 2006). Oleh itu, fizikal harus dirangsang. Persatuan Jantung

Amerika menyarankan agar aktiviti fizikal dijalankan sekurang-kurangnya 30 minit untuk 3 hari

dalam seminggu bagi meningkatkan kecergasan fizikal seseorang. Kecergasan fizikal amat

penting bagi mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (Saeid Golbidi & Ismail Laher,

2012).

Aktiviti fizikal dan kecergasan fizikal sangat berkait rapat. Ini adalah kerana kecergasan

fizikal adalah kemampuan seseorang melakukan aktiviti fizikal seharian tanpa merasa letih serta

masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan. Manakala aktiviti fizikal

merupakan suatu tingkah laku yang ditakrifkan dengan penggunaan tenaga, pergerakan badan

yang dihasilkan oleh otot yang menyebabkan peningkatan besar fungsi psikomotor (Robert M.

Malina, 2001). Mengekalkan kecergasan melalui aktiviti fizikal yang kerap boleh membantu

mengurangkan ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti

komplikasi jantung, kegemukan dan berbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem

kardiovaskular (Paul D. Tompson, Barry A. Franklin…. et al, 2007).

Penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung merupakan penyakit yang melibatkan

jantung dan saluran darah seperti penyakit jantung koronori, lemah jantung, hipertensi strok dan

penyempitan saluran darah periferi. Penyakit ini merupakan sebab utama kematian di seluruh

dunia. Walaupun faktor genetik dan umur adalah penting dalam menentukan risiko penyakit

Page 2: (Ulasan Artikel)

kardiovaskular, faktor-faktor lain termasuk tekanan darah tinggi, hiperkolesterolemia

(peningkatan kolesterol dalam darah), diabetes dan gaya hidup seperti merokok, tiadanya

kegiatan fizikal dan diet yang tidak sihat juga merupakan faktor utama yang dikaitkan dengan

penyakit ini (Louis J. Ignarro, Maria Luisa Balestrieri & Claudio Napoli, 2006).

2.0 Peranan Kecergasan Fizikal Dalam Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular.

2.1 Mengurangkan Keradangan Dengan Mengurangkan Lemak Epicardial

Lemak ektopik merujuk kepada pengumpulan trigliserida dalam sel-sel tisu bukan adipos,

tisu ini biasanya hanya mengandungi sedikit lemak. kawasan visceral, hati, jantung atau otot

adalah tempat biasa bagi pemendapan lemak ektopik. jumlah lemak epicardial adalah secara

langsung berkaitan dengan peningkatan dalam lemak visceral, ketahanan insulin, paras tahap

trigliserida dan tekanan darah dan secara umum dengan sindrom metabolik. Sindrom metabolik

merujuk kepada berbagai gangguan metabolisme yang akan menyebabkan pelbagai penyakit

seperti peningkatan gula dalam darah, gangguan metabolisme lemak, radang pembuluh darah

yang kronik, kerosakan pembuluh darah dan tekanan darah tinggi. pengumpulan lemak

epicardial juga adalah punca penyakit kardiovaskular.

Kajian yang dijalankan oleh Kim et. al telah menilai kesan senaman aerobik pada

ketebalan lemak epicardial dalam venticular. Kajian ini telah menunjukkan bahawa ketebalan

lemak epicardial telah dikurangkan dengan ketara selepas latihan senaman aerobik dan juga

dikaitkan dengan penurunan dalam tisu adipos (tisu berlemak) visceral. Oleh itu, peningkatan

aktiviti fizikal dapat mengurangkan rembesan pro-radang adipokines yang berkaitan dengan

mengurangkan jumlah lemak yang disimpan di dalam perut (Saeid Golbidi & Ismail Laher,

2012).

Page 3: (Ulasan Artikel)

Secara tidak langsung, aktiviti fizikal yang dijalankan secara berterusan dapat

mengurangkan faktor yang menyebabkan berlakunya risiko serangan jantung seperti

mengurangkan masalah obesiti dan darah tinggi akibat pengurangan lemak epicardial pada

jantung, hati, perut dan otot (Jonathan Myers, 2003).

2.2 Mengimbang Tahap Kolesterol Dalam Darah

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran

luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama

kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati. Kolesterol

pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol

diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi protein. Hati mampu menyingkirkan

kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan

kolesterol ke dalam darah. Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung

dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam

darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein

ketumpatan tinggi (HDL). Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL

dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala HDL dikenali sebagi kolesterol

baik (Saeid Golbidi & Ismail Laher, 2012).

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung apabila dia mempunyai kolesterol

LDL yang tinggi daripada HDL. Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding

arteri menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-

kelamaam, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin

sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis. Arteri koronari membekalkan darah dan

oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit, ia tidak mampu membekalkan

darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Keadaan ini akan mengakibatkan seseorang

itu diserang sakit dada dan mendapat serangan jantung .

Page 4: (Ulasan Artikel)

Aktiviti fizikal yang dilakukan secara berkala dan terancang seperti berlari, berjoging,

berjalan, berenang, lompat tali dan berbasikal akan meningkatkan tahap kecergasan fizikal

seseorang dan dapat mengurangkan tahap kolesterol ‘jahat’ (LDL) serta dapat meningkatkan

tahap kolesterol ‘baik’ di dalam darah. Seterusnya dapat mengurangkan risiko serangan jantung

kerana apabila arteri koronari bebas dari kolesterol ‘jahat’ (LDL) maka darah dan oksigen dapat

dibekalkan kepada otot jantung. Jumlah minima aktiviti fizikal yang perlu dilakukan untuk

mendapatkan faedah kesihatan yang dikehendaki ialah dengan melakukan aktiviti yang

sederhana kuatnya atau intensiti. Aktiviti yang dilakukan secara perlahan-lahan tetapi berterusan

akan memberikan kesan yang mendalam jika disertai dengan gaya hidup yang sihat (Jonathan

Myers, 2003).

2.3 Meningkatkan Fungsi dan Kekuatan Otot

Kecergasan fizikal dapat membantu dalam peningkatan fungsi dan kekuatan otot serta

meningkatkan keupayaan badan untuk menerima dan menggunakan oksigen. Apabila keupayaan

badan seseorang untuk membawa dan menggunakan oksigen bertambah baik, aktiviti harian

biasa dapat dilakukan tanpa merasa cepat letih dan lesu. Ini adalah penting terutama bagi pesakit

yang menghidap penyakit kardiovaskular yang keupayaannya untuk melakukan akvititi fizikal

adalah lebih rendah daripada individu yang sihat. Terdapat juga bukti bahawa aktiviti fizikal

mampu meningkatkan keupayaan saluran darah untuk mengembang sebagai tindak balas

terhadap aktiviti fizikal atau hormon, selaras dengan fungsi dinding vascular yang lebih baik.

Seterusnya berupaya untuk membekalkan oksigen yang mencukupi kepada otot semasa

menjalankan aktiviti fizikal (Jonathan Myers, 2003).

Kajian dalam mengukur kekuatan dan fleksibiliti otot sebelum dan selepas sesuatu

program aktiviti fizikal atau senaman menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap kesihatan

tulang dan keupayaan untuk melakukan aktiviti harian adalah tinggi bagi individu yang

mempunyai tahap kecergasan fizikal yang baik. Di samping mempunyai kemungkinan yang

lebih rendah untuk mendapat sakit belakang dan hilang upaya, terutama dalam golongan tua

(Jonathan Myers, 2003).

Page 5: (Ulasan Artikel)

3. Kesimpulan

Sejak empat dekad yang lalu, banyak laporan saintifik telah mengkaji hubungan antara

aktiviti fizikal, kecergasan fizikal dan kesihatan kardiovaskular. Panel pakar yang diadakan oleh

organisasi seperti Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Kolej Perubatan Sukan

Amerika (ACSM) dan Persatuan Jantung America (AHA) bersama-sama dengan Laporan Pakar

Bedah Negara, Amerika, 1996 mengenai Aktiviti Fizikal dan Kesihatan, diperkukuhkan dengan

bukti saintifik yang mengaitkan aktiviti fizikal yang berterusan dan kecergasan fizikal dengan

pelbagai langkah dalam menjaga kesihatan kardiovaskular. Pandangan yang lazim dalam laporan

ini adalah bahawa individu yang aktif dan cergas mempunyai risiko yang paling rendah untuk

mengalami penyakit kardiovaskular berbanding dengan individu yang tidak aktif (Jonathan

Myers, 2003).

Kesimpulannya kecergasan fizikal memang memainkan peranan penting dalam

mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Justeru itu setiap individu patut digalakkan

supaya melakukan aktiviti fizikal insentiti sederhana seperti berjalan pantas selama 30 minit

yang kerap dan secara tetap setiap minggu bagi membantu mengekalkan keanjalan arteri,

walaupun di kalangan warga yang lanjut usia, dan ini akan mengekalkan aliran darah dan

tekanan darah yang normal ((Paul D. Tompson, Barry A. Franklin…. et al, 2007).

.

.