ulasan artikel

Upload: amanda-hopkins

Post on 09-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

1. ULASAN ARTIKEL

Artikel yang saya pilih adalah berkaitan dengan keruntuhan moral dan gejala sosial di kalangan remaja dan cara mengatasinya. Gejala sosial merupakan masalah yang sering dibicarakan dalam komuniti hari ini. Terdapat pelbagai jenis gejala sosial yang berlaku iaitu penyalahgunaan dadah, gangster, melepak, Khalwat, minum arak, lari dari rumah, gejala bohsia, pelacuran, pengkid dan sebagainya. Peranan agen moral merupakan unsur paling penting dalam menangani masalah sosial. Agen-agen moral adalah keluarga, rakan sebaya, sekolah atau institusi pendidikan, komuniti atau masyarakat, media massa dan sebagainya. keluarga merupakan agen yang sangat penting sebab keluarga boleh disifatkan sebagai agen sosialisasi yang paling rapat dengan setiap individu. Dalam sebuah keluarga itu orang paling penting adalah ibu bapa. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan kehidupan bayi tersebut. Oleh hal demikian, masalah sosial dapat diatasi dengan baik. Rakan sebaya sebagai agen moral yang kedua penting. Apabila kanak-kanak meningkat remaja, pengaruh keluarga akan semakin merosot manakala pengaruh rakan sebaya pula akan semakin diutamakan. Kerenggangan hubungan di antara ahli keluarga akan menyebabkan golongan remaja ini lebih mempercayai rakan-rakan sebaya berbanding dengan kedua ibu bapa sendiri sebagai tempat untuk meluahkan masalah atau melepaskan tekanan. Agen sosial yang seterusnya adalah sekolah ataupun institute pendidikan. Peranan utama institusi pendidikan dalam perkembangan dan pembentukan sahsiah diri anak-anak. Bukan itu sahaja, sekolah bertindak sebagai agen kebudayaan dan sebahagian daripada fungsi pengajaran adalah untuk melahirkan nilai-nilai kebudayaan. Dengan adanya pengetahuan pendidikan dan nilai-nilai kebudayaan maka, masalah social dapat ditangani dengan mudah. Seterusya, agen komuniti ataupun disebut sebagai masyarakat merupakan tempat dimana seseorang individu itu dibesarkan dalam membentuk sahsiah diri anak-anak.

Media massa merupakan agen moral yang mempengaruhi perkembangan dan pembentukan sahsiah diri kanak-kanak. Media massa seperti media cetak dan media elektronik mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan moral kanak-kanak. Tetapi, melalui media massa, kanak-kanak akan terpengaruh dengan tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.