ulasan artikel

8
Kepentingan Sejarah Kepada Manusia Dan Negara Mohd Yusuf Ibrahim Ulasan Keseluruhan Sejarah adalah suatu unsur yang penting terhadap manusia, apatah lagi seluruh manusia mempunyai sejarah masing-masing, atau dalam kata lain sejarah adalah masa lalu seseorang manusia, tidak kira ia menerangkan kebaikan seseorang atau keburukan manusia itu. Semenjak kecil lagi kita diperkenalkan akan pelajaran sejarah, sama ada sejarah yang berkaitan dengan negara, agama, mahupun keturunan dan keluarga. Namun kita tidak dapat memastikan apakah kepentingan sejarah terhadap menusia itu sendiri. Artikel ini menerangkan segala-galanya tentang sejarah, marilah kita menelusuri jalan-jalan ini kearah memahami tentang sejarah itu sendiri, kerana ia memainkan peranan yang tersendiri dalam proses pergerakan sejarah manusia itu. Apa yang peliknya, manusia itu memang mempunyai minat yang tersendiri untuk menyelami sejarah, terutama tentang dirinya sendiri, kerana pasti ada sesuatu yang berguna kepada diri mereka selepas banyak pengalaman ditempuh sepanjang hidupnya lalu berbangga dengan merasakan hidupnya penuh dengan harga diri. Selain itu, manusia cenderung untuk mengenal dirinya selepas menempuh kehidupan yang penuh pancaroba sama ada dipenuhi kenangan pahit atau kenangan manis. Malahan, dengan meneliti sejarah hidupnya, timbul kepuasan emosi yang dapat memacu masa depannya. Ini berlaku kerana sejarah adalah suatu proses yang bersambung dan mempengaruhi satu sama lain, sama ada masa lalu, masa kini dan masa depannya.. Semua ini adalah hasil usaha yang berterusan menjadi pendorong kejayaan seseoranng itu atau natijah kejahatannya yang berterusan menjadikannya menjalani hidup yang sengsara seperti hari ini. Kepentingan sejarah kepada manusia yang lain adalah sebagai sumber abstrak dan nyata, apa yang dikatakan sebagai abstrak itu adalah kerana adalah mustahil bagi manusia itu untuk menghidupkan kembali sejarah yang telah berlaku itu secara jasadnya. Maksudnya, manusia itu pernah melihat sesuatu peristiwa

Upload: arelal

Post on 10-Jun-2015

4.941 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Artikel

Kepentingan Sejarah Kepada Manusia Dan Negara

Mohd Yusuf Ibrahim

Ulasan Keseluruhan

Sejarah adalah suatu unsur yang penting terhadap manusia, apatah lagi seluruh

manusia mempunyai sejarah masing-masing, atau dalam kata lain sejarah adalah masa

lalu seseorang manusia, tidak kira ia menerangkan kebaikan seseorang atau keburukan

manusia itu. Semenjak kecil lagi kita diperkenalkan akan pelajaran sejarah, sama ada

sejarah yang berkaitan dengan negara, agama, mahupun keturunan dan keluarga. Namun

kita tidak dapat memastikan apakah kepentingan sejarah terhadap menusia itu sendiri.

Artikel ini menerangkan segala-galanya tentang sejarah, marilah kita menelusuri jalan-

jalan ini kearah memahami tentang sejarah itu sendiri, kerana ia memainkan peranan

yang tersendiri dalam proses pergerakan sejarah manusia itu. Apa yang peliknya,

manusia itu memang mempunyai minat yang tersendiri untuk menyelami sejarah,

terutama tentang dirinya sendiri, kerana pasti ada sesuatu yang berguna kepada diri

mereka selepas banyak pengalaman ditempuh sepanjang hidupnya lalu berbangga dengan

merasakan hidupnya penuh dengan harga diri. Selain itu, manusia cenderung untuk

mengenal dirinya selepas menempuh kehidupan yang penuh pancaroba sama ada

dipenuhi kenangan pahit atau kenangan manis. Malahan, dengan meneliti sejarah

hidupnya, timbul kepuasan emosi yang dapat memacu masa depannya. Ini berlaku kerana

sejarah adalah suatu proses yang bersambung dan mempengaruhi satu sama lain, sama

ada masa lalu, masa kini dan masa depannya.. Semua ini adalah hasil usaha yang

berterusan menjadi pendorong kejayaan seseoranng itu atau natijah kejahatannya yang

berterusan menjadikannya menjalani hidup yang sengsara seperti hari ini. Kepentingan

sejarah kepada manusia yang lain adalah sebagai sumber abstrak dan nyata, apa yang

dikatakan sebagai abstrak itu adalah kerana adalah mustahil bagi manusia itu untuk

menghidupkan kembali sejarah yang telah berlaku itu secara jasadnya. Maksudnya,

manusia itu pernah melihat sesuatu peristiwa dan apabila mengingatkannya kembali, ia

tidak dapat mengngat dan menghidupkan kembali keseluruhan peristiwa, bahkan

adakalanya manusia itu gagal memahami peristiwa itu sewaktu kita memerlukannya.

Page 2: Ulasan Artikel

Juga dikatakan sebagai sumber nyata bagi manusia itu, kerana manusia itu mampu

membentuk dan menggambar kembali sesuatu peristiwa itu, walaupun buka secara

keseluruhannya. Ini bermaksud peristiwa itu pernah berlaku dan boleh digambarkan

semula secara sekadar yang diingatinya. Natijah dari kajian sejarah sebagai sumber

abstrak dan sumber nyata, dapatlah kita simpulkan bahawa tiada manusia yang tidak

mempunyai masa lalunya dan adalah mustahil bagi manusia itu untuk melupakan sejarah

yang telah dilaluinya kecuali manusia itu hilang ingatan. Proses menyimpan dan

mengingat ini tidak akan terputus, bahkan jika ia terputus seperti kejadian hilang ingatan,

akan mewujudkan kepincangan terhadap manusia sekitar dan manusia itu sendiri.

Kepentingan sejarah terhadap manusia itu juga dapat dilihat pada hubungan sejarah dan

manusia itu sendiri. Hubungan sejarah dan manusia itu adalah manusia dan sejarah itu

saling perlu memerlukan kerana kesedaran manusia itu tentang kepentingan

pengalamannya yang lalu. Sejarah yang berkaitan dengan manusia juga berkait dengan

agama dan orang-orang agama. Contohnya, orang agama berkonsepkan bahawa hidup

manusia ada permulaan dan pengakhiran yang terakhir, iaitu kiamat. Bahkan kita juga

sedar yang perjalanan sejarah sama ada manusia, mahupun dunia sedang bergerak

menuju kematian dan kiamat, dan itu adalah pengakhiran sejarah selama ini. Hasilnya,

setiap manusia yang waras akan memandang masa depan yang cemerlang dengan

merujuk sejarah lalunya, sama ada menebus kembali kehidupan yang lalu ke tempat yang

lebih baik, atau mengekalkan kejayaannya dahulu. Namun, bukan mudah untuk menebus

atau mengekalkan kejayaan kerana ia berdasarkan kesedaran insan, ditambah pengalaman

dan kewarasan serta kekuatan azam dan cita-citanya. Sejarah juga membuktikan bahawa

ada yang gagal menebus kembali, bahkan menjadi gila dan bunuh diri atas kekesalan

yang dihadapi. Hubungan manusia dan sejarah juga dapat dijadikan sebagai petunjuk

dengan melihat masa lalu untuk melangkah masa depan dengan penuh keyakinan dan

kekuatan. Kesimpulan yang dapat diperhatikan ialah sejarah amat penting kerana

ketiadaan masa lalu akan menyebabkan tiadanya juga masa kini dan hasilnya tiada masa

depan. Perancangan amatlah penting untuk memastikan masa depan terjamin dan hidup

didalam sentosa sentasa. Namun, perancangan hanya perancangan kerana yang

menentukan perjalanan hidup kita adalah Tuhan Yang Maha Esa, adakalanya ketentuan

Tuhan menyebabkan kita menderita, atas nama ujian Tuhan yang pasti membalas dengan

Page 3: Ulasan Artikel

balasan yang baik di sisi-Nya. Namun, kita sebagai hamba sangat dituntut untuk berusaha

mengubah nasib diri dan keluarganya untuk memperbaiki ke arah yang lebih baik, dan

sejarahlah sebagai landasan untuk keluar dari hidup sengsara yang membelenggu. Sejarah

dengan manusia sangat mempengaruhi antara satu sama lain, sehingga banyak skop yang

dapat disentuh dan dikupas. Seterusnya, kita melihat sejarah dan kepentingan dari sudut

psikologi dan falsafah manusia itu sendiri. Orang-orang Barat dan sekular sangat

menyanjung sejarah, sehingga ada yang menganggapnya sebagai falsafah dan agama.

Tetapi, ini tidak dapat diterima oleh orang yang beragama Islam, kerana Islam adalah

tidak terpisah dengan kehidupan penganutnya, sedang orang sekular itu bukan sahaja

memisahkan dirinya dengan agama, bahkan keyakinan terhadap Tuhannya sudah musnah

dan hanya bergantung pada nilai-nilai murni yang boleh berubah-ubah mengikut akal

fikiran mereka sendiri. Kita juga lihat sendiri tentang takrif sejarah iaitu satu kumpulan

masa lalu dan ilmu pengetahuan yang menerangkan keadaan yang sedang berlaku.

Sejarah bila dihayati, sama ada tentang diri, keluarga, masyarakat, dan negara serta dunia

akan menyebabkan kita sedar akan perkembangan diri dan persekitaran serta kesan

pergerakan dunia keatas kita. Orang barat juga menganggap sejarah sebagai suatu ilmu

yang tidak boleh dikaitkan dengan kegunaannya, seperti ilmu sains gunaan. Maksudnya,

pengkajian sejarah itu hanyalah untuk mencari atau mewujudkan kebenaran tanpa

mempunyai motif yang lain, contohnya kepentingan sesutau pihak. Namun, ada juga dari

kalangan orang barat sendiri yang menganggap ilmu sejarah itu sebagai omong kosong

belaka, kerana bagi mereka peristiwa didalam sejarah itu boleh disalahgunakan dan

menmbulkan bahaya didalam politik dan struktur masyarakat. Asas anggapan mereka itu

kerana sudah terdapat banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah itu telah

disalahgunakan,diselewengkan dan dipalsukan untuk mencapai tujuan tertentu bagi

golongan yang berkepentingan tertentu. Membincangkan tentang sejarah yang

diselewengkan ini, terkenang pula cerita dari anak benua India, dimana didalam satu

pilihanraya, kerajaan yang pro-Hindu telah menang besar dan cukup anti dan benci

terhadap Islam, sama ada agama, bangunan bersejarah Islam, mahupun masyarakat Islam

di India itu sendiri. Kemuncak kebencian itu, dapat dilihat dengan keengganan kerajaan

itu untuk mengiktiraf sumbangan dan mengakui pemerintahan Islam yang telah

berlangsung selama beberapa abad yang lalu didalam buku teks sekolah di negara itu.

Page 4: Ulasan Artikel

Bahkan, ia menonjolkan maharaja-maharaja Hindu sebagai raja yang baik, adil dan

banyak meninggalkan sumbangan dan membina bangunan-bangunan yang megah di

India, termasuk mengatakan Taj Mahal dan bangunan Islam yang lain sebagai

kepunyaannya. Ini dilakukan untuk menghalang generasi baru dari menganggap negara

itu sebagai negara Islam dan mencantikkan sejarah negara tanpa pengaruh kuasa Islam.

Kejadian ini menimbulkan kemarahan umat Islam di India dengan alasan kerajaan India

mahu menghapuskan masyarakat Islam. Akhirnya, peristiwa itu senyap tanpa ada

pembetulan dan maaf dari parti kerajaan itu. Ini membuktikan sejarah amat penting

hingga kandungan buku teks sekolah digubal semula bagi memastikan generasi baru

tidak faham peristiwa sebenar, dan kepentingan parti itu tercapai dengan menipu sejarah.

Sebenarnya tindakan itu hanyalah mempamerkan perbuatan keji, pengecut dan kejam

kerana akhirnya orang tetap akan mengetahui kepalsuan dan kebenaran yang sejati.

Akhirnya, dapat kita sedari bahawa sejarah bukan sahaja menyedarkan, menerang dan

mengajar sahaja tetapi ia adalah sesuatu yang sedag bergerak bersama-sama kita, dan

pelengkapnya, kita juga adalah manusia bersejarah dan bahan sejarah. Seterusnya, kita

memasuki bahagian menenai kepentingan sejarah dan kaitannya dengan sesebuah negara.

Sesebuah negara memerlukan sejarah untuk melaksana, melengkap dan melancarkan lagi

kegiatannya. Ini kerana, Herodotus (Bapa Sejarah Dunia) mengatakan bahawa terdapat

pengulangan atau kitaran diantara sejarah semua tamadun dan negara secara berganti-

ganti, umpama roda. Setiap tamadun mempunyai persamaan daei segi kelahiran dan

kewujudan, lalu melalui perkembangan dan zaman kemuncak kejayaan, yang akhirnya

membawa kepada keruntuhan tamadun dan negara itu. Peristiwa yang berlaku berzaman-

zaman dahulu, akan berlaku lagi pada zaman atau generasi seterusnya, walaupun

peristiwa yang berlaku adalah berbeza tetapi tahap-tahap perkembangan diantara

tamadun adalah sama. Ini dapat dijadikan sebagai petunjuk, dan pengajaran serta iktibar

bagi generasi seterusnya dalam memacu negara kearah yang lebih gemilang. Ada pula

yang menganggap sejarah itu sebagai suatu falsafah yang berulang-ulang dan memberi

pengajaran, kerana ia memperlihatkan tentang tindak laku (perbuatan) orang masa lalu

dan akibat dari perbuatan itu. Oleh itu, manusia perlulah belajar tentnag sesutu peristiwa

dengan merujuk sejarah agar mendapat pengajaran. Proses kitaran itu juga menunjukkan

hidup sesebuah negara itu berada dalam pusingan yang tidak putus-putus, dimana sistem

Page 5: Ulasan Artikel

pemerintahan yang lain pula akan menjalani dan mengalami kitaran tersebut. Hakikat

yang boleh diterima disini ialah sejarah itulah yang berulang, bukan tamadun atau bangsa

itu. Contoh yang boleh dilihat ialah pada rakyat tamadun China suatu ketika dahulu

sewaktu mengguna sistem maharaja, berbagai keturunan mengganti pemerintahan yang

bersandarkan kepada tanda-tanda kemarahan Tuhan (banjir, kemarau dan kemelesetan

ekonomi) dan kebangkitan keturunan lain, lalu rakyat akan memberontak dan

mengguling pemerintah, menggantikan dengan keturunan yang baru dengan

menggunakan sistem pemerintahan yang sama, iaitu sistem maharaja. Dalam merenung

tentang konsep sejarah yang berulang itu, kita lihat pula sesebuah negara itu adalah suatu

entiti yang mempunyai sistem politik, ekonomi, agama dan kerajaan serta penduduk yang

menghuninya. Wujud suatu penerusan didalam lingkungan sejarah, bahawa pergerakan

dan peristiwa yang berlaku disepanjang sejarah perkembangannya adalah berulang-ulang.

Berbagai contoh dapat dilihat dari berbagai tamadun, termasuk tamadun Islam semenjak

kelahirannya pada zaman Nabi Muhammad s.a.w hingga zaman malap Bani Uthmaniyah,

adalah sama dengan kewujudan tamadun-tamadun dunia yang lain. Kemunduran tamsdun

Islam itu pula disebabkan oleh kebangkitan bangsa dari Barat yang mengambil alih

peranan kuasa besar dunia dengan memegang politik, ekonomi dan organisasi sosial

masyarakat dunia. Dan hari ini, dapat pula kita lihat ambang permulaan kejatuhan

empayar barat yang pasti runtuh, dengan diganti oleh satu bangsa yang lain. Maknanya

yang berulang hanyalah perkara yang besar, tetapi tidak melibatkan perkara-perkara yang

kecil. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa sejarah memainkan peranan yang sangat

penting dalam hidup matinya sesebuah negara, bahkan negara itu akan gelap jika tidak

memiliki sejarahnya yang tersendiri. Ini kerana pertalian antara masa lalu dan kini adalah

sangat jelas. Masa kini adalah hasil atau kesan dari gejala sama ada dari segi sains,

ekonomi mahupun politik, yang akhirnya akan menjadi sebahagian dari sejarah negara

itu. Jadi, tidak dapat tidak, ahli ekonomi dan politik negara itu tidak akan dapat melihat

selain sejarah sebagai sumber rujukan yang sangat berguna, untuk mencerminkan

keadaan masa lalu, kini dan masa depan. Ketiga-tiga elemen itu tidak akan terpisah dan

mencerminkan antara satu sama lain. Namun, tidak mustahil ia terpisah disebabkan

revolusi dan pemberontakan, yang bertujuan untuk menyingkirkan sistem negara itu dan

berbeza dari yang lalu, atau dengan kata lain, ingin mengubah sejarah negaranya. Tetapi,

Page 6: Ulasan Artikel

ia belum tentu dapat menghapus langsung sejarah negara itu. Tidak mustahil juga

pemberontakan itu berlaku untuk menegakkan sistem yang lama, setelah sekian lama

diseleweng oleh golongan tertentu. Berbagai pemberontakan dan revolusi telah berlaku

didunia ini, Revolusi Perancis 1789, Revolusi Rusia 1917 dan Revolusi Iran 1980-an.

Mereka memberontak untuk menegakkan apa yang dipandang sebagai adil dan sesuai

bagi mereka. Sampai suatu masa, ada revolusi yang diperjuangkan dahulu hancur

disebabkan ketidaksesuaian dengan rakyat, dan ada pula yang diterima hingga muncul

sistem yang lain yang dipercayai mampu menyelamat dan membahagiakan manusia. Jadi

perhubungan diantara masa-masa itu, mampu membawa manfaat dengan menjadikan

masa kini adalah merujuk kepada masa lalu, untuk kepentingan masa depan. Terpaparlah

dimata kita betapa pentingnya sejarah sebagai faktor penting didalam sesebuah negara

itu. Sejarah juga amat penting didalam memilih kepimpinan, dimana sejarah sesebuah

organisasi, dan sejarah kehidupan para pemimpinnya, serta sejarah kemampuan mereka

membangun, mendidik, dan berkhidmat kepada masyarakat, dijadikan sandaran didalam

membuat pemilihan pemimpin, demi memastikan negara selamat dan terpelihara dibawah

naungan mereka. Oleh itu, dalam ayat yang lain, sejarah adalah jalan yang menjadi

landasan dalam memeilih pemimpin yang jujur, berani, adil dan berkebolehan

memimpin. Betapa besarnya peranan sejarah itu dalam sesebuah negara dan masyarakat,

tetapi ramai yang tidak sedar. Ini kerana, pemimpin memaimkan peranan penting dalam

memacu negara dan rakyat, agar tidak membawa negara kearah kehancuran dan

kebinasaan negara itu. Contoh yang dapat dilihat ialah, negara Jerman dan pemimpinnya,

Hitler yang membawa negara dan rakyat itu kearah perang dan kemusnahan yang

memberi kesan sehingga hari ini. Kesalahan meletakkan pemimpin yang betul dan waras

akan mengelakkan berlakunya berbagai-bagai perkara yang tidak sepatutnya terjadi dari

berlaku, seperti kepimpinan Jepun yang mengikut emosi tanpa pertimbangan, hingga

negara itu diheret kepada perang dan mengakibatkan dua bandar utamanya hancur sama

sekali. Demikianlah betapa berperanannya sejarah yang mempunyai berbagai kegunaan

dan manfaat terhadap sesebuah negara dan bangsa, termasuk individu itu sendiri.

Memang benarlah sejarah sebagai ilmu masa silam yang amat penting, kerana

kesejahteraan mampu lahir hasil manusia menjadikannya sebagai teladan dan sempadan

bagi individu, bangsa dan negara serta agama tercinta.

Page 7: Ulasan Artikel

Pendapat Pengulas

Setelah diterangkan akan segalanya mengenai kepentingan sejarah terhadap

manusia dan negara, dapatlah dinyatakan mengenai pendapat pengulas mengenai isu-isu

yang dibangkitkan oleh penulis artikel ini. Mengenai isu satu, dibawah tajuk kepentingan

sejarah teradap manusia, pengulas bersetuju dengan penulis mengenai manusia secara

fitrahnya sangat tertarik dengan masa lalu terutama tentang diri, keluarga, negara dan

agama individu itu. Demikian juga, pengulas bersetuju mengenai sejarah sebagai sumber

yang abstrak dan nyata didalam kehidupan manusia. Ini kerana tidak dapat dibayangkan

hidup tanpa masa lalu sebagai panduan dan kenangan sepanjang hidup manusia.

Sehubungan itu, adalah tepat mengenai gambaran penulis tentang hubungan sejarah

dengan manusia didalam kehidupan manusia itu sendiri. Natijah dari perbincangan ini,

dapatlah disimpulkan bahawa sejarah amat penting dan mempengaruhi manusia disegala

aspek, kerana yang bersejarah itu adalah manusia itu sendiri. Begitu juga mengenai

pandangan pengulas mengenai kepentingan sejarah terhadap negara, dan hubungan

diantara keduanya. Sejarah yang membabitkan negara ini dilihat sebagai berulang-ulang

antara tamadun-tamadun yang secara bergilir-gilir menguasai dunia dan khazanahnya.

Sejarah yang membuktikan tiada yang kekal dalam pembangunan manusia kerana ia

adalah hukum Tuhan atau Sunnatullah yang menjadi ketetapan bagi manusia demi

kesejahteraan mnusia itu sendiri. Segala yang terjadi pasti terdapat pengajaran dan

hikmah dari Tuhan yang mentadbir segalanya, termasuk sejarah itu sendiri. Begitu juga

peranan sejarah didalam proses pemilihan pemimpin, dalam memastikan pemimpin yang

dipilih itu dapat menjalankan pemerintahan dengan cemerlang dan gemilang, serta tidak

membawa negara dan rakyat kearah kehancuran, sebaliknya membawa keamanan yang

hakiki. (bukan keamanan yang dibawa oleh para ratu cantik dunia yan menjelajah seluruh

dunia mengatakan “world peace”, tapi tidak membawa sebarang kebaikan, bahkan tidak

berkesan menghalang Amerika dan Israel meneruskan peperangan dan keganasannya)

Dengan kebernasan pendapat penulis, saya sebagai pengulas juga, bukan sahaja

bersetuju, bahkan turut menyokong apa yang dikatakan sebagai sejarah yang memainkan

peranan yang penting, didalam kehidupan seseorang manusia dan sesebuah negara yang

bertamadun.