ujian pisa adalah merupakan akronim kepada programme international student assessment yang...

Upload: razia-aziz

Post on 08-Oct-2015

40 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Ujian PISA

TRANSCRIPT

Ujian PISA adalah merupakan akronim kepada Programme International Student Assessment yang diperkenalkan oleh OECD (Organisation For Economic Co-operation and Development). Ujian ini diadakan 3 tahun sekali bermula pada tahun 2000, dan negara kita Malaysia mula menyertainya pada tahun 2009.

PISA 2012 merupakan kajian ke-5 yang diadakan. Ujian ini adalah bagi menguji tahap penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap keupayaan membaca, Sains dan Matematik. Sebanyak 65 buah negara terlibat pada Ujian PISA 2012, dengan hampir seramai 510 000 pelajar terlibat.

Ujian berlangsung selama 2 jam. Ujian terdiri daripada gabungan soalan terbuka (open-ended) dan juga soalan pelbagai pilihan jawapan (multiple-choice).

Ada dua lagi ujian atau pun kajian yang juga berkaitan dengan PISA, iaitu TIMSS dan PIRLS.

TIMSS adalah singkatan kepada Trends in International Mathematics and Science Study, dan PIRLS adalah singkatan kepada Progress in International Reading Literacy Study. Boleh dikatakan bahawa Ujian PISA adalah gabungan kepada dua ujian/kajian ini.

Bezanya, TIMSS diadakan bagi mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam subjek Matematik dan Sains sahaja. Dan juga TIMSS dilaksanakan 4 tahun sekali.

Videoini boleh membantu anda memahami apa itu Ujian PISA

Antara negara-negara yang sering mengungguli Ujian PISA ini adalah Finland, Korea, Hong Kong, Jepun, Shanghai (China) serta Singapura. Disebabkan itu jugalah negara-negara ini sering dijadikan rujukan bagi sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia, terutamanya sistem pendidikan negara Finland.

Ujian PISA yang terkini pada tahun 2012 juga mendapati Shanghai (China), Hong Kong dan Singapura merupakan tiga negara yang mendapat kedudukan tertinggi dalam ujian membaca, Sains dan Matematik.

Manakala kedudukan Malaysia dalam Ujian PISA adalah seperti berikut:Sumber

2009Matematik - 57 (mata 404)Sains - 53 (mata 422)Membaca - 55 (mata 414)

2012Matematik - 52 (mata 421)Sains - 53 (mata 420)Membaca - 59 (mata 398)

Jika diperhatikan daripada segi mata yang diperolehi oleh pelajar dari Malaysia, jelas menunjukkan penurunan bagi subjek Sains dan Membaca.

Dikatakan ada 3 faktor yang menyumbang kepada keputusan ini, iaitu sikap pelajar yang tidak menjawab dengan bersungguh-sungguh, format soalan PISA yang berbeza daripada format soalan peperiksaan Malaysia yang lebih ringkas dan keutamaan guru dalam menghabiskan sukatan berbanding menerangkan konsep sebenar pengetahuan.Sumber

Untuk itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang beberapa strategi bagi mengatasi masalah ini.Sumber

1. KSSR / KSSMElemen baharu, iaitu inovasi dan kreativiti dengan subjek keusahawanan dan teknologi maklumat komunikasi (ICT). KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) diperkenalkan pada tahun Januari 2011 dan akan diteruskan dengan KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah) pada tahun 2017.

2. i-ThinkKerjasama antara KPM dengan Agensi Inovasi Malaysia. Kaedah pembelajaran dengan menggunakan8 Peta Pemikiran. Dirintis pada tahun 2012 di 10 buah sekolah, dan dilaksanakan di seluruh Malaysia pada 2014.

3. Kajian SusulanKPM menjalankan kajian kes di sekolah yang mendapat keputusan yang cemerlang pada Ujian PISA 2009. Hasil dapatan daripada kajian kes tersebut akan dikongsikan sebagai amalan terbaik pengajaran.

4. PPPMHasil kajian PISA dan TIMSS juga menjadi input utama dalam merangkaPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ini kerana PISA dan TIMSS merupakan penandaaras kepada pencapaian pelajar seluruh dunia dalam penguasaan Matematik, Sains dan Membaca.

Peperiksaan peringkat sekolah dan kebangsaan akan diubahsuai dengan menambahkan bilangan soalan aras tinggi yang menggunakanKemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

5. Task Force TIMSS dan PISAPasukan khas ini ditubuhkan bagi memberi tumpuan dalam meningkatkankemahiran berfikir aras tinggidalam kalangan murid dan guru.

Mudah-mudahan artikel mengenai PISA dan TIMSS ini, mampu memberi ruang kepada kita untuk memahami dan menilai semula rasional di sebalik transformasi pendidikan yang sedang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ujian PISA adalah merupakan akronim kepada Programme International Student Assessment yang diperkenalkan oleh OECD (Organisation For Economic Co-operation and Development). Ujian ini diadakan 3 tahun sekali bermula pada tahun 2000, dan negara kita Malaysia mula menyertainya pada tahun 2009.

PISA 2012 merupakan kajian ke-5 yang diadakan. Ujian ini adalah bagi menguji tahap penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap keupayaan membaca, Sains dan Matematik. Sebanyak 65 buah negara terlibat pada Ujian PISA 2012, dengan hampir seramai 510 000 pelajar terlibat.

Ujian berlangsung selama 2 jam. Ujian terdiri daripada gabungan soalan terbuka (open-ended) dan juga soalan pelbagai pilihan jawapan (multiple-choice).

Ada dua lagi ujian atau pun kajian yang juga berkaitan dengan PISA, iaitu TIMSS dan PIRLS.

TIMSS adalah singkatan kepada Trends in International Mathematics and Science Study, dan PIRLS adalah singkatan kepada Progress in International Reading Literacy Study. Boleh dikatakan bahawa Ujian PISA adalah gabungan kepada dua ujian/kajian ini.

Bezanya, TIMSS diadakan bagi mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam subjek Matematik dan Sains sahaja. Dan juga TIMSS dilaksanakan 4 tahun sekali.

Videoini boleh membantu anda memahami apa itu Ujian PISA

Antara negara-negara yang sering mengungguli Ujian PISA ini adalah Finland, Korea, Hong Kong, Jepun, Shanghai (China) serta Singapura. Disebabkan itu jugalah negara-negara ini sering dijadikan rujukan bagi sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia, terutamanya sistem pendidikan negara Finland.

Ujian PISA yang terkini pada tahun 2012 juga mendapati Shanghai (China), Hong Kong dan Singapura merupakan tiga negara yang mendapat kedudukan tertinggi dalam ujian membaca, Sains dan Matematik.

Manakala kedudukan Malaysia dalam Ujian PISA adalah seperti berikut:Sumber

2009Matematik - 57 (mata 404)Sains - 53 (mata 422)Membaca - 55 (mata 414)

2012Matematik - 52 (mata 421)Sains - 53 (mata 420)Membaca - 59 (mata 398)

Jika diperhatikan daripada segi mata yang diperolehi oleh pelajar dari Malaysia, jelas menunjukkan penurunan bagi subjek Sains dan Membaca.

Dikatakan ada 3 faktor yang menyumbang kepada keputusan ini, iaitu sikap pelajar yang tidak menjawab dengan bersungguh-sungguh, format soalan PISA yang berbeza daripada format soalan peperiksaan Malaysia yang lebih ringkas dan keutamaan guru dalam menghabiskan sukatan berbanding menerangkan konsep sebenar pengetahuan.Sumber

Untuk itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang beberapa strategi bagi mengatasi masalah ini.Sumber

1. KSSR / KSSMElemen baharu, iaitu inovasi dan kreativiti dengan subjek keusahawanan dan teknologi maklumat komunikasi (ICT). KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) diperkenalkan pada tahun Januari 2011 dan akan diteruskan dengan KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah) pada tahun 2017.

2. i-ThinkKerjasama antara KPM dengan Agensi Inovasi Malaysia. Kaedah pembelajaran dengan menggunakan8 Peta Pemikiran. Dirintis pada tahun 2012 di 10 buah sekolah, dan dilaksanakan di seluruh Malaysia pada 2014.

3. Kajian SusulanKPM menjalankan kajian kes di sekolah yang mendapat keputusan yang cemerlang pada Ujian PISA 2009. Hasil dapatan daripada kajian kes tersebut akan dikongsikan sebagai amalan terbaik pengajaran.

4. PPPMHasil kajian PISA dan TIMSS juga menjadi input utama dalam merangkaPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ini kerana PISA dan TIMSS merupakan penandaaras kepada pencapaian pelajar seluruh dunia dalam penguasaan Matematik, Sains dan Membaca.

Peperiksaan peringkat sekolah dan kebangsaan akan diubahsuai dengan menambahkan bilangan soalan aras tinggi yang menggunakanKemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

5. Task Force TIMSS dan PISAPasukan khas ini ditubuhkan bagi memberi tumpuan dalam meningkatkankemahiran berfikir aras tinggidalam kalangan murid dan guru.

Mudah-mudahan artikel mengenai PISA dan TIMSS ini, mampu memberi ruang kepada kita untuk memahami dan menilai semula rasional di sebalik transformasi pendidikan yang sedang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ciri-ciri maklumat muktabar[sunting|sunting sumber] Authoriti yang adil Menegah penyebaran maklumat palsu Perlu memeriksa sumber sesuatu maklumat itu Orang fasik tidak boleh dijadikan sumber maklumat kerana tidak memiliki sifat-sifat terpuji atau tidak berupaya memproses dan mengakses maklumat dalam bentuk yang tepat & benar Berlandaskan wahyu ( al-Quran & as-Sunnah) Sebagai contoh sekumpulan saintis / penyelidik menemui bahawa babi boleh menyihatkan tubuh badan Kefahaman & kepakaran diyakini umum Kecanggihan dunia tanpa sempadan menyebabkan maklumat boleh disebarkan tanpa menyatakan siapa yang menyebarkannya. Pengaksesan maklumat perlulah meneliti samaada penulis atau organisasi tersebut boleh dipercayai atau tidak