apa itu ujian timss dan pisa

48
1. Pengenalan 1.1 Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa Malaysia adalah sebuah negara yang memberi banyak penekanan kepada aspek pendidikan. Ini adalah kerana pendidikan adalah perlu bagi sesebuah negara untuk membangun dan mencapai kemajuan dan kecemerlangan. Kerajaan Malaysia telah berusaha untuk memberi penekanan kepada pendidikan ini melalui pembentukan beberapa dasar seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Namun begitu dalam melaksanakan dasar-dasar ini kerajaan, sekolah dan guru telah menghadapi beberapa cabaran. Cabaran-cabaran ini adalah disebabkan oleh kerana Malaysia ialah negara berbilang kaum dan juga faktor perubahan yang begitu pantas diperingkat global. Guru sebagai pelaksana utama dalam bidang pendidikan berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam aspek Integrasi Nasional, pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh TMK dan gejala sosial. Negara memerlukan guru yang komited, berdedikasi dan mampu berhadapan dengan semua cabaran tersebut. Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan merangkap Timbalan Perdana Menteri pada 6 September lalu adalah persiapan untuk menyediakan generasi penerus dan negara menghadapi cabaran alaf 21. Antara cabaran alaf 21 ialah perkembangan ilmu dan proses pendidikan yang dinamik. Perkembangan teknologi terutama teknologi 1

Upload: norizan-din

Post on 11-Nov-2015

1.374 views

Category:

Documents


66 download

TRANSCRIPT

1. Pengenalan 1.1 Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa

Malaysia adalah sebuah negara yang memberi banyak penekanan kepada aspek pendidikan. Ini adalah kerana pendidikan adalah perlu bagi sesebuah negara untuk membangun dan mencapai kemajuan dan kecemerlangan. Kerajaan Malaysia telah berusaha untuk memberi penekanan kepada pendidikan ini melalui pembentukan beberapa dasar seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Namun begitu dalam melaksanakan dasar-dasar ini kerajaan, sekolah dan guru telah menghadapi beberapa cabaran. Cabaran-cabaran ini adalah disebabkan oleh kerana Malaysia ialah negara berbilang kaum dan juga faktor perubahan yang begitu pantas diperingkat global.Guru sebagai pelaksana utama dalam bidang pendidikan berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam aspek Integrasi Nasional, pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh TMK dan gejala sosial. Negara memerlukan guru yang komited, berdedikasi dan mampu berhadapan dengan semua cabaran tersebut.

Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan merangkap Timbalan Perdana Menteri pada 6 September lalu adalah persiapan untuk menyediakan generasi penerus dan negara menghadapi cabaran alaf 21.Antara cabaran alaf 21 ialah perkembangan ilmu dan proses pendidikan yang dinamik. Perkembangan teknologi terutama teknologi maya dan media baru adalah cabaran yang perlu dihadapi dengan perancangan yang rapi dan strategik.Faktor globalisasi adalah faktor paling utama mendepani cabaran perubahan hari depan. Faktor hak asasi manusia mengikut ukuran Barat, budaya popular dan hedonistik yang sedang menular, hegemoni pihak luar terhadap faktor teknologi, ekonomi dan budaya memberikan Malaysia pilihan mencabar untuk terus maju dan berubah.Oleh itu generasi muda harus dipersiapkan untuk respons kepada cabaran globalisasi di samping mengukuhkan asas-asas fundamental dan relevan dengan iklim Malaysia yang ingin maju dalam acuan kita sendiri.Perubahan dalam ilmu dan pendidikan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Tradisi penyelidikan dan pengembangan menyebabkan ilmu berkembang dinamik. Ia menuntut kebijaksanaan bagaimana perkembangan ilmu khususnya dalam bidang sains dan teknologi dapat disantuni dan dimanfaatkan dengan bijaksana.PPPM melibatkan kajian terhadap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, murid dan orang ramai di seluruh negara. Ia telah menilai prestasi semasa sistem pendidikan negara dengan mengambil kira pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa.Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan. Kualiti kurikulum dan guru, pengurusan sekolah dan masyarakat, kaedah penyampaian dan cara pengukuran mempunyai kaitan rapat membangun pelan ini.Terdapat enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing di peringkat global. Ciri-ciri itu ialah ilmu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional.Ilmu pengetahuan adalah sesuatu yang amat penting bagi mendepani perubahan. Integrasi ilmu dan nilai adalah sesuatu yang amat penting supaya ilmu tidak hanya dipelajari secara mekanistik tetapi sekali gus membentuk sahsiah dan jati diri pelajar.Kemahiran berfikir merupakan faktor penting perubahan berlaku. Ilmu tidak hanya dihafaz semata-mata untuk keperluan peperiksaan. Dalam tradisi umat Islam yang membawa kepada tamadun proses pengajaran dan pembelajaran melalui lima tahap yang sifatnya saling mengukuh. Di samping hafazan, kefahaman adalah perlu.Selepas faham, berfikir adalah amat utama. Berfikir melahirkan pemikiran (fikrah). Daripada nya proses internalisasi (penyerapan) harus berlaku. Akhirnya manifestasi ilmu itu terlihat pada amal.Kemahiran memimpin memerlukan latihan. Kokurikulum dan ekstra kurikulum yang harus disusun semula supaya potensi pelajar dapat dingilap secara praktis dan bersifat lapangan. Kepimpinan dan pengikutan adalah asas penting lahirnya sistem dan masyarakat yang baik.Kemahiran dwi bahasa dan beberapa bahasa dalam konteks Malaysia amat mustahak. Penguasaan bahasa Melayu yang berstatus ilmu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa harus dijadikan fokus. Dalam tradisi tamadun Islam terdahulu penguasaan banyak bahasa menjadi resam amalan dalam kalangan ilmuwannya dan bahasa Arab dijadikan bahasa utama.Etika dan kerohanian adalah sesuatu yang paling utama dalam mana-mana proses transformasi pendidikan. Agama yang mendukung Nilai Paling Utama (Supreme Values) dan Nilai-nilai Interaktif (sejagat) adalah penting membentuk watak dan sahsiah.Barat suatu ketika menjadikan agama sebagai latar penting pembinaan etika dan nilai.Mendepani Barat dan Timur, warga Malaysia harus memanfaatkan faedah berbanding yang sifatnya menyumbang ke arah pembangunan tamadun. Tradisi Islam silam menjadikan ini sebagai resam tradisi yang sifatnya menyumbang terhadap kemajuan tamadun Islam itu sendiri.Dalam konteks Islam faktor berbanding ini perlu melalui penyesuaian epistemologi (falsafah ilmu) supaya ia terbina dengan kekuatan etika dan nilai. Inilah yang dikatakan integrasi dan islamisasi ilmu yang giat dilaksanakan di Malaysia supaya tasawwur mengenai ilmu sifatnya merangkumi.Malaysia ada perjalanan sejarah dan budayanya sendiri. Kemajmukan adalah ciri penting masyarakatnya. Amat penting sistem pendidikannya mendidik warga pelajarnya dengan rasa kecintaan yang tinggi terhadap negaranya dan bersikap patriotik terhadapnya.Patriotisme di Amerika Syarikat umpamanya boleh dipelajari bagaimana konsep melting-pot menghasilkan warga yang patriotik walaupun wujud perbezaan kaum dan kelainan faham politik.Enam ciri di atas ditunjangi dengan 11 anjakan utama supaya proses transformasi berlaku.1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.2. Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan memperlajari bahasa tambahan.3. Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.4. Mentransformasi misi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasakan keperluan.7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran.8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian.9. Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung.Sekiranya anjakan tersebut dapat dijadikan proses utama dalam menyediakan ejen perubahan dalam pendidikan Wawasan 2020 akan menjadi suatu kenyataan. Malah PPPM melampaui sehingga tahun 2025 supaya kemajuan itu menuju kepada suatu peradaban.Malaysia memilih pendekatan transformatif yang sifatnya gradual tetapi konsisten. Ia menginsafi proses membentuk manusia tidak boleh berlaku dengan sekelip mata apalagi untuk merubah sistem ke arah etika tinggi dan berasaskan nilai menuntut perancangan yang rapi dalam meraikan agenda yang strategik supaya yang dikejar dapat dan yang dikendung tidak berciciran.

1.2 Pendidikan Malaysia Bertaraf DuniaMalaysia Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia yang telah diilhamkan oleh Y.A.Bhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Malaysia di Sidang Kemuncak Pendidikan 2004 beliau menyatakan Membangunkan Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan agenda kerajaan saya. Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan wahana penting bagi mencapai hasrat wawasan 2020 ialah mahu menjadikan masyarakat Malaysia maju dan saintifik. Masyarakat maju perlu bersedia untuk menerima sesuatu yang baru, maju dan berdaya saing. Agen perubahan utamanya ialah pendidikan. Pendidikan merupakan alat terpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara. Pendidikan bertaraf dunia atau world class akan menentukan kejayaan perubahan insan. ( Mohd Najib , 1997 ). Ini adalah antara kata-kata terawal pemimpin kita mengenai pendidikan bertaraf dunia.Tepat pada masanya, Wawasan 2020 dan pendidikan bertaraf dunia berada di dalam lingkungan abad ke -21 menunjukkan betapa besar hasrat dan cita-cita kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Apakah maksud sistem pendidikan bertaraf dunia? Mengikut Merian-Webster Online world class is defined as being of the highest caliber in the world. Pada pendapat saya bertaraf dunia bermaksud satu pencapaian yang tertinggi atau yang setaraf dengannya di dunia. Ia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, Pendidikan Bertaraf Dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu :i.Pembangunan tenaga manusia ii.Kepesatan pertumbuhan ekonomi iii.Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial iv.Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat v.Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual vi.Pembangunan teknologi dan sains vii.Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.Terdapat enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing di peringkat global. Ciri-ciri itu ialah ilmu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional.Ilmu pengetahuan adalah sesuatu yang amat penting bagi mendepani perubahan. Integrasi ilmu dan nilai adalah sesuatu yang amat penting supaya ilmu tidak hanya dipelajari secara mekanistik tetapi sekali gus membentuk sahsiah dan jati diri pelajar.Kemahiran berfikir merupakan faktor penting perubahan berlaku. Ilmu tidak hanya dihafaz semata-mata untuk keperluan peperiksaan. Dalam tradisi umat Islam yang membawa kepada tamadun proses pengajaran dan pembelajaran melalui lima tahap yang sifatnya saling mengukuh. Di samping hafazan, kefahaman adalah perlu.Selepas faham, berfikir adalah amat utama. Berfikir melahirkan pemikiran (fikrah). Daripada nya proses internalisasi (penyerapan) harus berlaku. Akhirnya manifestasi ilmu itu terlihat pada amal.Kemahiran memimpin memerlukan latihan. Kokurikulum dan ekstra kurikulum yang harus disusun semula supaya potensi pelajar dapat dingilap secara praktis dan bersifat lapangan. Kepimpinan dan pengikutan adalah asas penting lahirnya sistem dan masyarakat yang baik.Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan merangkap Timbalan Perdana Menteri pada 6 September lalu adalah persiapan untuk menyediakan generasi penerus dan negara menghadapi cabaran alaf 21.Antara cabaran alaf 21 ialah perkembangan ilmu dan proses pendidikan yang dinamik. Perkembangan teknologi terutama teknologi maya dan media baru adalah cabaran yang perlu dihadapi dengan perancangan yang rapi dan strategik.Faktor globalisasi adalah faktor paling utama mendepani cabaran perubahan hari depan. Faktor hak asasi manusia mengikut ukuran Barat, budaya popular dan hedonistik yang sedang menular, hegemoni pihak luar terhadap faktor teknologi, ekonomi dan budaya memberikan Malaysia pilihan mencabar untuk terus maju dan berubah.Oleh itu generasi muda harus dipersiapkan untuk respons kepada cabaran globalisasi di samping mengukuhkan asas-asas fundamental dan relevan dengan iklim Malaysia yang ingin maju dalam acuan kita sendiri.Perubahan dalam ilmu dan pendidikan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Tradisi penyelidikan dan pengembangan menyebabkan ilmu berkembang dinamik. Ia menuntut kebijaksanaan bagaimana perkembangan ilmu khususnya dalam bidang sains dan teknologi dapat disantuni dan dimanfaatkan dengan bijaksana.PPPM melibatkan kajian terhadap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, murid dan orang ramai di seluruh negara. Ia telah menilai prestasi semasa sistem pendidikan negara dengan mengambil kira pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa.

1.3.4 ISU PENDIDIKAN : Mendepani cabaran pendidikan NegaraBARU-BARU ini semasa majlis Perutusan Tahun Baharu 2015 Kementerian Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Menteri Pendidikan yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan empat cabaran utama kementerian itu sepanjang 2015.Pertama, cabaran bagi mendepani perkembangan ekonomi ASEAN yang pesat yang dijangka muncul sebagai blok ekonomi kelima terbesar di dunia. Kedua, cabaran untuk meningkatkan kerjasama dan hubungan antarabangsa bagi mendepani kemajuan dan ketidakpastian masa depan.Ketiga, cabaran memperkasa peranan kementerian untuk menghasilkan modal insan minda kelas pertama. Keempat, cabaran melahirkan pengguna teknologi maklumat dan komunikasi yang bertanggungjawab.Keempat-empat cabaran yang digariskan tersebut adalah sangat penting untuk dihayati oleh semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam dunia pendidikan. Hanya melalui penghayatan dan pemahaman mendalam membolehkan usaha dan strategi digerakkan bagi memastikan kejayaan untuk mendepani cabaran-cabaran tersebut.Dalam konteks cabaran pertama, Menteri Pendidikan menyarankan agar sektor pengajian tinggi merangka perancangan strategik bagi menangani cabaran mobiliti tenaga kerja mahir dalam pasaran pekerjaan serantau yang dilihat lebih terbuka. Perkembangan pesat ekonomi negara-negara ASEAN akan merangsang pertumbuhan ekonomi serantau yang seterusnya dapat meningkatkan perdagangan antara negara-negara tersebut.Hasil rangsangan perdagangan ini secara langsung dapat menggalakkan perkembangan sektor perniagaan. Hal ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan keperluan terhadap tenaga kerja mahir antara negara-negara anggota.Cabaran mobiliti tenaga kerja mahir boleh berlaku dalam pelbagai sektor sama ada sektor korporat, pendidikan dan sebagainya. Justeru, pelan perancangan strategik bagi mengurus hal ini wajar diusahakan agar mobiliti ini dapat diuruskan dengan baik dan negara mendapat manfaat yang besar daripadanya.Dalam konteks cabaran kedua, sektor pendidikan negara diharap mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara lain di dunia. Ini penting kerana negara bukan sahaja berdepan dengan pendidikan dunia yang berkembang pesat, namun negara juga berhadapan dengan ketidaktentuan dunia ekonomi dan politik dunia.Bagi mengurus cabaran ini kerjasama wajar dijalinkan dengan sektor pendidikan di negara-negara yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pendidikan. Kerjasama dengan negara-negara seperti Amerika Syarikat (AS), China dan Australia boleh terus diperkasakan.Selain itu, kerjasama dengan negara-negara lain terutamanya negara-negara Islam wajar juga diberi perhatian serius. Ini kerana perkembangan pendidikan di negara-negara tersebut adalah sangat menggalakkan dan ia mempunyai potensi yang besar untuk terus maju pada masa hadapan.Jika dilihat kepada sejarah, sektor pendidikan di negara-negara Islam berada pada satu tahap yang cukup membanggakan pada suatu ketika dahulu. Ia berkembang ke negara-negara Eropah dan Asia sehingga negara-negara ini mendapat manfaat yang besar.Justeru, usaha untuk mengembalikan zaman kegemilangan ini wajar dilakukan. Negara kita yang menjadi contoh kepada negara-negara Islam lain perlu menggerakkan usaha ini. Di samping menjadi contoh, kita juga dapat mengutip khazanah-khazanah pendidikan silam yang maju untuk disuburkan kembali di negara-negara Islam.Dalam cabaran seterusnya, aspirasi negara untuk mencapai status negara maju tidak akan dapat dicapai sekiranya sektor pendidikan negara tidak mampu melahirkan modal insan minda kelas pertama. Inilah cabaran besar sektor pendidikan iaitu untuk memastikan negara mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.Modal insan yang mempunyai minda kelas pertama adalah individu atau kumpulan orang dalam masyarakat yang mampu menguasai sesuatu bidang ilmu yang tinggi, berdaya saing, akhlak yang hebat, budaya kerja cemerlang, berintegriti, menjunjung nilai-nilai murni dan mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.Modal insan ini dilahirkan dalam acuan budaya, kesenian dan warisan tanah air. Mereka menjaga agama, bangsa dan negara. Hanya dengan perancangan yang baik dan berterusan mampu melahirkan modal insan ini.Cabaran terakhir adalah berkaitan moral dan disiplin diri yang kuat yang harus ada pada anak bangsa kita untuk mendepani kecanggihan dan kepesatan teknologi. Secanggih mana pun teknologi dengan infrastruktur berkelas dunia yang ada dalam negara kita akan tidak membawa makna sekiranya masyarakat dan anak-anak muda tidak mempunyai akhlak dan etika yang baik sebagai pengguna teknologi.Umum dapat melihat bagaimana salah guna teknologi berlaku dalam negara kita. Penyebaran berita-berita palsu, provokasi, mengadu domba dalam kalangan masyarakat, fitnah dan macam-macam lagi merupakan antara contoh salah guna teknologi yang melibatkan masyarakat kita.Adalah menjadi tanggungjawab institusi pendidikan untuk melahirkan generasi pengguna teknologi yang bertanggungjawab. Pengguna teknologi wajar dididik dengan ilmu, akhlak dan nilai-nilai murni agar mereka tidak menyalahgunakan teknologi.Sebagai kesimpulannya, pendidikan merupakan nadi kemajuan dan kejayaan sesebuah negara. Perancangan pendidikan negara harus dirangka sebaik-baiknya agar mampu melahirkan generasi berilmu pengetahuan, mempunyai kemahiran dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

1.3.5 Peranan Guru dalam dalam merialisasikan matlamat melahirkan modal insan bertaraf dunia. Guru memainkan peranan dalam merealisasikan matlamat pendemokrasian pendidikan dengan memastikan peluang yang sama diberikan kepada semua pelajar tanpa mengira etnik, jantina, status sosio-ekonomi, latar belakang budaya, agama, dan kecerdasan supaya mereka dapat memperkembangkan potensi mereka secara maksimum dan mencapai kecemerlangan dalam akademik.1.3.5.1 Belajar Untuk MelakukanBelajar untuk melakukan bermaksud pendidikan mesti dapat melengkapkan seseorang dengan kemahiran yang penting yang mana akan membolehkan seseorang itu terus hidup dan mengambil bahagian dalam dunia global secara berkesan. Potensi seseorang akan digilap dalam proses pembelajaran sehingga seseorang dapat melakukannya perubahan kepada persekitarannya pada masa hadapan. Dalam erti kata lain, seseorang itu mampu untuk mencipta inovasi berdasarkan pengetahuan yang telah diperolehinya. Kompetensi personal dan profesional seperti kemahiran interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah adalah faktor-faktor penting dalam menentukan Belajar Untuk Melakukan berhasil. Peranan pendidikan dalam Belajar Untuk Melakukan adalah untuk meningkatkan inisiatif individu dalam penyertaan pembangunan masa depan mereka yang berasaskan pengetahuan teoritikal dan praktikal. Peranan sekolah dan guru-guru adalah untuk memastikan pelajar dapat menguasai dengan baik kompetensi personal dan melakukan yang terbaik1.3.5.2 Belajar Untuk Menjadi ApaBelajar Untuk Menjadi Apa menekankan bahawa pendidikan seharusnya mampu untuk membangunkan seseorang secara holistik dari segi fizikal, intelek, rohani, emosi dan estetik seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan mesti menyediakan peluang untuk seseorang membangunkan potensi sepenuhnya supaya dia boleh berfikir dan menilai secara kritis dan bebas, dapat membuat keputusan yang terbaik, mengambil tindakan yang paling sesuai dalam kehidupan mereka dan seterusnya bertanggungjawab ke atas tindakan yang telah diambil. Tugas penting pendidikan adalah untuk memastikan bahawa semua orang menikmati kebebasan untuk berfikir, membuat pertimbangan yang wajar, kebebasan merasa dan membuat imaginasi untuk membangunkan bakat mereka dan seterusnya menentukan cara hidup mereka. Cabaran yang dihadapi oleh guru adalah untuk memastikan bahawa semua pelajar sentiasa dilengkapi dengan sumber-sumber personal dan alat intelektual yang diperlukan untuk memahami dunia dan bertindak sebagai seorang manusia yang bertanggungjawab dan adil. Keadaan begini boleh ditingkatkan melalui kerja berkumpulan, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan projek.1.3.5.3 Belajar Untuk Hidup Bersama.Belajar untuk hidup bersama adalah satu lagi tonggak penting erana tiada siapa yang boleh hidup bersendirian di dunia ini. Pendidikan perlu menyedarkan individu tentang kepentingan kedamaian di dunia. Individu mesti diberi pendedahan tentang nilai-nilai hak asasi manusia, prinsip-prinsip demokrasi, memahami dan menghormati kepelbagaian sosio budaya, toleransi dan memupuk keamanan dalam masyarakat dan menjalin hubungan sesama manusia tanpa mengira perbezaan latar belakang supaya semua manusia sentiasa hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Sekolah dan guru-guru perlu mengajar dan menggalakkan para pelajar untuk mengelakkan konflik dan menyelesaikan masalah dengan cara yang aman. Dua elemen yang perlu diajar kepada pelajar-pelajar di dalam proses Belajar Untuk Hidup adalah untuk memahami perbezaan individu dan bekerjasama dengan orang lain ke arah matlamat yang sama.

1.4 CADANGAN DAN RUMUSAN

Berdasarkan pandangan yang diutarakan oleh, saya berpandangan bahawa seseorang guru berkualiti masa kini mesti mengikuti perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan perkembangan antarabangsa. Maka, guru inovasi masa kini perlu berkemahiran tinggi dari aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) memandangkan pada abad ini, negara berdepan dengan cabaran globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan pengembangan TMK. Bagi melahirkan guru yang berinovasi, perkara paling utama yang mesti diutamakan adalah latihan kemahiran kepada bakal guru dan para guru dalam perkhidmatan. Latihan kepada para guru praperkhidmatan bermula daripada latihan guru sama ada di Institut Pengajian Tinggi (IPTA) atau Institut Pendidikan Guru (IPG). Pembentukan modal insan guru harus diberi keutamaan bagi untuk membolehkan pembentukan modal insan yang cemerlang. Bertitik tolak daripada ini, maka perubahan dalam latihan perguruan yang selari dengan tuntutan perkembangan semasa merupakan suatu keperluan.Bagi meningkatkan ilmu pengetahuan pendidikan, Mok Soon Sang, 2011, mencadangkan agar guru harus sentiasa membaca buku ilmu pendidikan, mengikuti kursus peningkatan ilmu profesionalisme keguruan serta menghadiri seminar atau konvensyen pendidikan di dalam atau luar negeri. Guru akan keluar daripada amalan pengajaran dan pembelajaran yang lapuk hanya apabila mereka didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran pedagogi terkini. (Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, 2012). Maka dalam hal ini, pelaksanaan program Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) yang dijalankan secara berkesan akan menyumbang ke arah pembentukan guru yang inovatif seperti yang diharapkan oleh sistem pendidikan kini.Selaras dengan transformasi pendidikan yang mementingkan TMK, menurut Zahri Ramlan dalam Pendidik bil. 58, Mac 2009, para guru di Malaysia diberi pendedahan dengan kepelbagaian kursus pengkayaan dalam kemahiran dan kompentensi menggunakan peralatan TMK seperti kemahiran perkakasan dan perisian aplikasi. Kursus-kursus kemahiran TMK yang dilaksanakan dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah sekiranya guru yang menerima kursus ini berjaya mengintegrasikan kursus yang diterima.

Di samping itu, amalan reflektif dan penyelidikan tindakan wajar menjadi amalan para guru dalam menyuburkan nilai-nilai inovasi dalam profesionalisme keguruan. Pendekatan guru sebagai penyelidik akan memberi ruang kepada guru untuk merancang sendiri inovasi seterusnya memerhati dan menilai sendiri tindakan yang dilaksanakan. (Noraini Idris dan Shuki Osman, 2009). Hal ini akan lebih mendatangkan keberhasilan terhadap perubahan sebarang bentuk amalan dalam bilik darjah kerana individu guru sendiri melalui pengalaman dalam melaksanakan perubahan tertentu.Galakan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada para guru untuk melaksanakan inovasi merupakan sesuatu usaha dan sangat baik dan wajar diteruskan. KPM telah memperkenalkan Pertandingan Inovasi pada peringkat bahagian dan institusi bertujuan memupuk dan mencungkil kehebatan inovasi dalam kalangan warga kementerian. Selain itu, KPM telah menjadikan elemen kreativiti dan inovasi sebagai satu daripada elemen yang terdapat dalam Pelan Strategik Interim Kementerian Pelajaran Malaysia 2011-2020.Perkongsian pintar antara pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengan pihak swasta yang bermula apabila sistem pendidikan negara terlibat secara langsung dalam usaha melahirkan dan membekal tenaga manusia yang mempunyai kemahiran dalam bidang TMK merupakan sesuatu yang sangat bermanfaat kepada bidang pendidikan. Antara projek perkongsian pintar termasuklah program i-Think seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, Schoolnet , GSB Technology Learning in School, Program Sekolah Angkat bersama Samsung Digital Classroom, K-Perak E-Learning Cluster No.1 (KPEC) dan Cyberkids Camp.Selain itu, budaya kolaborasi dalam pendidikan juga adalah suatu usaha yang baik dalam mempertingkatkan amalan inovasi dalam kalangan guru. Budaya ini boleh dijadikan amalan sama ada sesama guru dalam sekolah yang sama atau dalam program-program tertentu merangkumi peringkat daerah, kebangsaan bahkan antarabangsa. Penyelidkan tindakan juga boleh dijalankan secara kolaborasi. Pada era ini, terdapat juga kolaborasi guru dalam bentuk atas talian melalui pembinaan laman web tertentu seperti laman portal cikguNet dan portal pendidikan utusan. Hal ini membolehkan para guru dan pelajar berbincang serta berkongsi ilmu dan kemahiran tanpa sempadanAdalah menjadi tanggungjawab institusi pendidikan untuk melahirkan generasi pengguna teknologi yang bertanggungjawab. Pengguna teknologi wajar dididik dengan ilmu, akhlak dan nilai-nilai murni agar mereka tidak menyalahgunakan teknologi.Sebagai kesimpulannya, pendidikan merupakan nadi kemajuan dan kejayaan sesebuah negara. Perancangan pendidikan negara harus dirangka sebaik-baiknya agar mampu melahirkan generasi berilmu pengetahuan, mempunyai kemahiran dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

2. Apa itu Ujian TIMSS dan PISA ?TIMSS dan PISA sebenarnya bukan ujian tetapi adalah suatu kajian yang dijalankan oleh organisasi antarabangsa untuk menilai dan membandingkan kualiti tentang pendidikan sesebuah negara. Kajian ini juga membantu negara-negara di seluruh dunia untuk meningkatkan pembelajaran dalam Sains dan MatematikUjian PISA adalah merupakan akronim kepada Programme International Student Assessment yang diperkenalkan oleh OECD (Organisation For Economic Co-operation and Development). Ujian ini diadakan 3 tahun sekali bermula pada tahun 2000, dan negara kita Malaysia mula menyertainya pada tahun 2009. PISA 2012 merupakan kajian ke-5 yang diadakan. Ujian ini adalah bagi menguji tahap penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap keupayaan membaca, Sains dan Matematik. Sebanyak 65 buah negara terlibat pada Ujian PISA 2012, dengan hampir seramai 510 000 pelajar terlibat.Ujian berlangsung selama 2 jam. Ujian terdiri daripada gabungan soalan terbuka (open-ended) dan juga soalan pelbagai pilihan jawapan (multiple-choice).Ada dua lagi ujian atau pun kajian yang juga berkaitan dengan PISA, iaitu TIMSS dan PIRLS.TIMSS adalah singkatan kepada Trends in International Mathematics and Science Study, dan PIRLS adalah singkatan kepada Progress in International Reading Literacy Study. Boleh dikatakan bahawa Ujian PISA adalah gabungan kepada dua ujian/kajian ini.Bezanya, TIMSS diadakan bagi mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam subjek Matematik dan Sains sahaja. Dan juga TIMSS dilaksanakan 4 tahun sekali.Antara negara-negara yang sering mengungguli Ujian PISA ini adalah Finland, Korea, Hong Kong, Jepun, Shanghai (China) serta Singapura. Disebabkan itu jugalah negara-negara ini sering dijadikan rujukan bagi sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia, terutamanya sistem pendidikan negara Finland.Ujian PISA yang terkini pada tahun 2012 juga mendapati Shanghai (China), Hong Kong dan Singapura merupakan tiga negara yang mendapat kedudukan tertinggi dalam ujian membaca, Sains dan Matematik.Manakala kedudukan Malaysia dalam Ujian PISA adalah seperti berikut: Sumber2009 :Matematik - 57 (mata 404)Sains - 53 (mata 422)Membaca - 55 (mata 414)2012 :Matematik - 52 (mata 421)Sains - 53 (mata 420)Membaca - 59 (mata 398)

Jika diperhatikan daripada segi mata yang diperolehi oleh pelajar dari Malaysia, jelas menunjukkan penurunan bagi subjek Sains dan Membaca.Untuk itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang beberapa strategi bagi mengatasi masalah ini. Sumber

2.1. KSSR / KSSMElemen baharu, iaitu inovasi dan kreativiti dengan subjek keusahawanan dan teknologi maklumat komunikasi (ICT). KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) diperkenalkan pada tahun Januari 2011 dan akan diteruskan dengan KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah) pada tahun 2017.

2.2. i-ThinkKerjasama antara KPM dengan Agensi Inovasi Malaysia. Kaedah pembelajaran dengan menggunakan 8 Peta Pemikiran. Dirintis pada tahun 2012 di 10 buah sekolah, dan dilaksanakan di seluruh Malaysia pada 2014.

2.3. Kajian SusulanKPM menjalankan kajian kes di sekolah yang mendapat keputusan yang cemerlang pada Ujian PISA 2009. Hasil dapatan daripada kajian kes tersebut akan dikongsikan sebagai amalan terbaik pengajaran.

2.4. PPPMHasil kajian PISA dan TIMSS juga menjadi input utama dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ini kerana PISA dan TIMSS merupakan penanda aras kepada pencapaian pelajar seluruh dunia dalam penguasaan Matematik, Sains dan Membaca.Peperiksaan peringkat sekolah dan kebangsaan akan diubahsuai dengan menambahkan bilangan soalan aras tinggi yang menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

2.5. Task Force TIMSS dan PISABerdasarkan Gelombang 1 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia akan memberikan tumpuan pada peningkatan prestasi sistem pendidikan negara. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA) adalah pentaksiran peringkat antarabangsa yang merupakan instrumen yang digunakan sebagai penanda aras kualiti pendidikan Sains, Matematik dan Bacaan. PPPM menyasarkan pada tahun 2015, Malaysia mencapai sekurang-kurangnya purata antarabangsa dalam pentaksiran berkenaan. Menjelang tahun 2025 pula, PPPM menyasarkan agar Malaysia berada pada kedudukan satu pertiga teratas dalam kedua-dua pentaksiran TIMSS dan juga PISA.Dalam usaha merealisasikan hasrat PPPM, Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Sains dan Matematik dibangunkan dengan berteraskan pembentukan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Peningkatan KBAT dalam kalangan murid adalah kritikal bagi memastikan murid dapat menjawab soalan TIMSS dan PISA dengan baik. Dapatan TIMSS dan PISA jelas menunjukkan murid di Malaysia lemah dalam domain kognitif yang melibatkan KBAT seperti menaakul, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.Bahan sumber PdP Sains dan Matematik ini dibangunkan berasaskan gabungan kerangka kurikulum kebangsaan dan juga Kerangka Kerja TIMSS dan PISA yang berteraskan KBAT. Beberapa tajuk seperti Kebarangkalian bagi mata pelajaran Matematik dan Sains Bumi bagi mata pelajaran Sains perlu diajar kepada murid-murid yang bakal menduduki TIMSS dan PISA memandangkan tajuk-tajuk ini dinilai dalam pentaksiran yang berkenaan.Guru perlu menggunakan bahan sumber ini dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah atau di masa lain yang telah diperuntukkan. Usaha ini penting dalam memastikan murid dibekalkan dengan kemahiran berfikir, kritis dan kreatif serta dapat meningkatkan pencapaian negara seperti yang dihasratkan oleh PPPM.TIMSS merujuk kepada Trends in Mathematics and Science Study. Kajian ini dijalankan oleh International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA).PISA merujuk kepada Programme for International Student Assessment. PISA dikelola oleh Organization for Economic Cooperation and Development (OECD), sebuat organisasi dibawah NCES dan berpusat di US.

2.6 Bahan MatematikBahan Sumber PdP Matematik mengandungi 32 modul yang dibangunkan berasaskan gabungan kerangka kurikulum kebangsaan dan Kerangka Kerja TIMSS dan PISA serta berteraskan KBAT. Selain modul konten, terdapat empat modul umum iaitu Penyelesaian Masalah, Motivasi, Kemahiran Belajar, dan Penaakulan. Guru disarankan menggunakan modul-modul ini sebagai usaha meningkatkan pencapaian murid dalam aspek konten, meningkatkan motivasi dan juga KBAT dalam kalangan murid.Terdapat empat bahan utama bagi setiap modul yang dibangunkan iaitu Persembahan Powerpoint, Persembahan Prezi, Panduan Guru dan Pentaksiran.Persembahan Powerpoint dan Persembahan Prezi, yang berasaskan kandungan yang sama, bertujuan memberikan pilihan kepada guru untuk menyesuaikan dengan minat dan kecenderungan murid mereka. Kandungan dalam kedua-dua bahan ini membolehkan guru membuat pilihan serta menentukan kesesuaian penggunaannya berdasarkan tahap kebolehan dan pencapaian murid yang pelbagai. Dalam hal ini, guru perlu menggunakan pertimbangan profesional mereka.Panduan Guru bertujuan memberikan panduan penggunaan Persembahan Powerpoint dan Persembahan Prezi kepada guru. Penerangan terperinci tentang kandungan dalam Persembahan Powerpoint dan Persembahan Prezi memudahkan guru untuk merancang dan melaksanakan PdP dengan lebih berkesan dan bermakna.Pentaksiran bertujuan memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan KBAT mereka melalui soalan yang pelbagai bentuk dan tahap. Soalan dalam Pentaksiran dibangunkan berasaskan kepada tiga tahap pencapaian dan menggunapakai ikon yang berikut: Pengkelasan soalan ini dilakukan bagi mengambil kira tahap kebolehan dan pencapaian murid yang pelbagai. Soalan Emas disediakan bagi murid yang mempunyai tahap penguasaan yang cemerlang. Soalan Perak disediakan bagi murid yang mempunyai tahap penguasaan yang baik dan seterusnya soalan Gangsa disediakan bagi murid yang mempunyai tahap penguasaan yang rendah ke sederhana. Seperti Persembahan Powerpoint dan Persembahan Prezi, guru perlu menggunakan pertimbangan profesional dalam menentukan kesesuaian soalan yang akan diberikan kepada murid mereka.Malaysia mampu mencapai kedudukan lebih baik dalam Program Penilaian Murid Antarabangsa (Pisa) 2015 melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), seterusnya meletakkan negara setanding piawaian antarabangsa.Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini, PPPM akan dapat menangani cabaran sedia ada serta mengubah sistem pendidikan negara supaya lebih memenuhi keperluan ekonomi global yang semakin kompetitif."Walaupun keputusan Pisa 2012 yang dikeluarkan baru-baru ini agak tidak memberangsangkan, kementerian yakin Malaysia mampu mencapai kedudukan lebih baik dalam Pisa 2015 melalui pelaksanaan PPPM yang dilancar 6 Sept lalu," katanya.Kenyataan itu menyebut keputusan Pisa 2012 menunjukkan peningkatan pencapaian dalam Matematik sebanyak 17 mata iaitu daripada 404 dalam Pisa 2009+ kepada 421."Dalam ujian Matematik, Malaysia berada pada kedudukan ke-52 daripada 65 negara yang mengambil bahagian berbanding kedudukan ke-57 dalam Pisa 2009," katanya. Menurut kenyataan itu, keputusan Sains pada 2012 pula menunjukkan pencapaian yang hampir serupa dengan Pisa 2009, iaitu menurun dua mata daripada 422 kepada 420 dan berada pada kedudukan ke-53, jatuh satu tangga berbanding sebelumnya.Pencapaian Pisa 2012 dari aspek bacaan pula menurun 16 mata daripada 414 kepada 398 dan Malaysia menduduki tempat ke-59 berbanding ke-55 dalam Pisa 2009.Kementerian Pendidikan juga akan terus komited memperhebat usaha dan inisiatif bagi melonjakkan sistem pendidikan negara untuk berada dalam kalangan negara sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik di dunia.Kenyataan itu menyebut Malaysia mengambil bahagian dalam Pisa buat pertama kali pada 2010 (Pisa 2009+) di mana lebih kurang 5,000 murid dari 154 sekolah dinilai manakala seramai 5,700 murid bagi Pisa 2012, yang melibatkan 164 sekolah sebelum PPPM dilancar.Kementerian mengenal pasti kelemahan dalam pelaksanaan kurikulum sebelum ini yang kurang menekankan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), menyebabkan murid kurang berkemampuan untuk mengaplikasi kemahiran itu semasa menjawab soalan pentaksiran berkenaan.Menurut kenyataan itu, sebagai langkah segera, kementerian menubuhkan Jawatankuasa Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Pisa yang diterajui Bahagian Pembangunan Kurikulum serta dianggotai kesemua bahagian profesional kementerian.Jawatankuasa itu akan mengenal pasti dan memantau inisiatif yang perlu dijalankan untuk penambahbaikan program penilaian murid antarabangsa.Kementerian juga sedang menyusun pelbagai tindakan penambahbaikan yang selari dengan amalan terbaik antarabangsa dan menangani segera kelemahan yang dikenal pasti melalui penilaian Pisa.

Satu daripada inisiatif dalam PPPM untuk meningkatkan prestasi Malaysia dalam TIMSS serta Pisa ialah dengan membangunkan modul latihan Matematik dan Sains bagi menangani jurang khusus dalam kandungan dan kemahiran yang diuji dalam Pisa dan TIMSS serta format soalan Pisa dan TIMSS. Kementerian turut menambah baik inisiatif berkaitan KBAT dan menambah kemahiran guru yang akan meningkatkan hasil pembelajaran bagi keseluruhan murid. Menurut kenyataan itu, bagi menjayakan inisiatif berkenaan, kementerian sedang mengemas kini kurikulum sekolah rendah dan menengah agar selari dengan piawaian antarabangsa.Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang diperbaharui dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang baharu akan dilancar pada 2017."Di samping itu, kementerian juga menambah baik sistem penilaian kebangsaan dengan memasukkan unsur KBAT dalam ujian. Pada 2016, 40 peratus soalan KBAT akan dimasukkan ke dalam kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) manakala 50 peratus untuk kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.Kementerian juga sedang memperhebat sokongan kepada guru dengan menambah baik cara mereka menyampaikan kurikulum itu dan pelbagai program bagi mempertingkat kemahiran sedang dirangka untuk mempersiapkan guru dengan KBAT seperti program i-Think."Di samping itu, program peningkatan kemahiran literasi bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan Matematik (Linus 2.0) juga dijangka menyokong keputusan yang lebih baik dalam TIMSS dan Pisa," menurut kenyataan itu.

3.0 Sekolah Berprestasi tinggi (SBT)Definisi:Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan masyarakat.Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) mula diperkenalkan pada tahun 2010 bawah Bidang keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengiktiraf sekolah terbail di Malaysia. SBT secara tekal menghasilkan murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan bukan akademik, mempunyai ciri yang terserlah dan berupaya bersaing pada peringkat antarabangsa. Sekolah ini dipilih setelah melalui proses pemilihan yang ketat, dan melihat kepada dua kategori: (i) pencapaian akademik; dan (ii) prestasi dalam aktiviti kokurikulum. Sehingga kini, terdapat 66 sekolah berprestasi tinggi. bagi menghargai pencapaian mereka, setiap SBT menerima peruntukan sebanyak RM700,000 pada tahun pertama, RM500,000 pada tahun kedua dan RM300,000 setiap tahun itu untuk melaksanakan program peningkatan mengikut pilihan sekolah. Sekolah ini mempunyai lebih keluwesan operasi terhadap hal-hal khusus berkaitan pengambilan murid, pengurusan kewangan, dan sumber manusia. Sekolah Kluster merupakan sekolah yang mempamerkan inovasi dan kecemerlangan dalam biang kebitaraan. Sekolah ini mula diperkenalkan pada tahun 2007 sebagai model untuk sekolah lain dalam sistem. Setiap sekolah mempunyai pengkhususan masing masing seperti seni dan muzik, atau sains dan teknologo. Seperti SBT, sekolah perlu memohon untuk dipertimbangkan sebagai Sekolah Kluster. Walaubagaimana pun, syarat pemilihan sebagai Sekolah Kluster adalah ketat, wujud kelonggaran dalam pencapaian dan kecemerlangan akademik. Oleh yang demikian, Sekolah Kluster terdiri daripada sekolah yang berada daripada Band 1 hingga 5. Sekolah ini mempunyai keluwesan dari segi perbelanjaan kewangan untuk membangunkan bidang kebitaraan dan sekolah boleh memilih 10% daripada ambilan murid setiap tahun. Sehingga kini terdapat sebanyak 170 Sekolah Kluster dalam sistem.Sebelum dianugerah taraf SBT, sekolah tersebut perlu memenuhi beberapa kriteria mantap termasuk pencapaian akademiknya, sokongan alumni, pengiktirafan dan mewujudkan rangkaian dan jaringan pada peringkat antarabangsa. Kriteria SBT ini ditunjukkan dalam Rajah

SBT akan diberi ganjaran bagi melonjakkan kecemerlangan sedia ada. Walau bagaimanapun, SBT akan diberi tanggungjawab untuk mewujudkan perkongsian pintar dengan sekolah-sekolah lain bagi meningkatkan prestasi sekolah-sekolah tersebut. Mengupayakan autonomi dalam membuat keputusan: SBT akan diberikan kelonggaran dalam memilih kurikulum dan kaedah pengajaran termasuk proses pemilihan serta penempatan semula guru sekiranya prestasi guru tidak memuaskan. Kajian mendapati bahawa peningkatan autonomi berkait rapat dengan peningkatan prestasi sekolah Mengupayakan autonomi dalam membuat keputusan: SBT akan diberikan kelonggaran dalam memilih kurikulum dan kaedah pengajaran termasuk proses pemilihan serta penempatan semula guru sekiranya prestasi guru tidak memuaskan. Kajian mendapati bahawa peningkatan autonomi berkait rapat dengan peningkatan prestasi sekolah Keprihatinan terhadap perbelanjaan yang kurang berhemah akan ditangani dengan memastikan autonomi fiskal setimpal dengan keberhasilan. Antara langkah kawalan perbelanjaan termasuk menyediakan garis panduan kewangan bagi mencegah penggunaan dana yang tidak bijak (misalnya, urus niaga telus berkaitan penyedia perkhidmatan), mentakrifkan sasaran prestasi dengan jelas, menjadikan sekolah bertanggungjawab atas penggunaan sumber dan melaksanakan langkah pemulihan ketat sekiranya SBT gagal mencapai sasaran yang ditetapkan. Insentif kewangan bagi sekolah, pemimpin sekolah, guru dan kakitangan bukan akademik: Insentif kewangan yang disediakan termasuklah peruntukan tahunan untuk sekolah dan warga sekolah. Setiap sekolah disediakan sebanyak RM 700,000 dan RM 1,000 bagi setiap orang di sekolah menengah serta RM 700 bagi setiap orang di sekolah rendah. Pelbagai opsyen untuk pembangunan modal insan: Pelbagai kursus dan program pembangunan diri disediakan untuk meningkatkan profesional pemimpin sekolah antaranya diberikan cuti sabatikal. Kelonggaran bagi pelajar cemerlang memacu kejayaan dalam sistem pendidikan. Ibu bapa diberi opsyen untuk membenarkan anak mereka memendekkan tempoh waktu pembelajaran bagi sesuatu tahun tertentu. Pelajar ini boleh melangkau Tahun 2 dengan menghabiskan 50% sukatan pelajaran tahun tersebut semasa Tahun 1 dan selebihnya dalam Tahun 3. Kementerian pelajaran telah mengumumkan 20 buah Sekolah Berprestas Tinggi (SBT) membabitkan 10 buah sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara.Sasaran utama Kementerian Pelajaran adalah untuk meletakkan semua SBT sebagai penanda aras dalam soal kecemerlangan pendidikan, supaya menjadi contoh dan teladan kepada semua sekolah di negara ini.Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang terpilih bagi 2010 adalah;Sekolah Berasrama penuh1. Sekolah Tun Fatimah (STF) Johor Bahru2. Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) Seremban3. Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK) Perak4. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya5. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah6. Kolej Tunku Kurshiah (TKK) Seremban7. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putera, Perlis9. Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya10. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka Sekolah Menengah Harian1. Sekolah Menengah Kebngsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya2. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah4. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau PinangSekolah Rendah1. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara Kuala Lumpur2. Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Baharu, Kelantan3. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr ismail, Kuala Lumpur4. Sekolah Convent Kota Taiping, Perak5. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara Kuala Lumpur6. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Baharu.OBJEKTIFMENGANGKAT KUALITI SEKOLAH-SEKOLAH YANG TERBAIK:Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing(pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota Perkhidmatan)

MENGHASILAN PELAJAR YANG CEMERLANG:Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang.MERAPATKAN JURANG ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH DI DALAM SISTEM:Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah-sekolah tersebut. CIRI-CIRI SBTPemimpin Sekolah: Boleh deliver, mempunyai akauntabliti dan kredibilit dalam pengurusan sekolah. SKT disediakan berpandukan Pengurusan Berasaskan Sekolah. Melibatkan sekolah ke peringkat antarabangsa. Membangunkan bakat kepimpinan guru dan murid. Sentiasa bersedia. Proaktif dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan

GURU: Boleh deliver, mempunyai akauntabliti dan kredibilit dalam pengurusan bilik darjah dansekolah SKT disediakan berpandukan Pengurusan Berasaskan bilik darjah dan sekolah. Membantu melibatkan murid ke peringkat antarabangsa. Membangunkan bakat kepimpinan murid. Sentiasa bersedia. Proaktif dalam melaksanakan perubahan dan pembangunan dalam proses P&P

MURID: Boleh menyediakan sasaran tahunan bagi peningkatan diri sendiri. Boleh bertanggungjawab untuk pembelajaran kendiri. Berupaya mengendalikan dan menguruskan diri dan aktiviti sekolah. Boleh bekerjasa dalam kumpulan dan berkomunikasi dengan berkesan. Boleh menggunakan kuasa autonomi yang diberikan dengan berkesan.

CIRI-CIRI PEMBANGUNAN BERTERUSAN SBT: Peningkatan pelan strategik, pengurusan,program akademik dan kokurikulum sokongan. Peningkatan tahap prestasi( akademik,kokurikulum dan sukan) Peningkatan program jalinan dengan universiti Menambahkan jaringan dengan institusi tempatan dan antarabangsa Menjayakan lebih banyaj program yang melibatkan komuniti Menjadu penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan luar Negara. Peningkatan jumlah murid cemerlang serta meningkatkan keberhasilan untuk semua pelajar Peningkatan jumlah murid cemerlang serta meningkatkan keberhasilan untuk semua pelajar. Peningkatan jumlah murid yang memasuki Universiti dan institusi yang terkemuka. Peningkatan jumlah guru cemerlang Peningkatan program immersion untuk Pengetua/Guru Besar dan Guru

PENCAPAIAN AKADEMIK YANG CEMERLANG: Skor komposit yang berasaskan Skor GPS(pemberatan 70%) Skor verifikasi SKPM(pemberatan 30%)SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI Peningkatan ke taraf dunia. SKPM 90% Membina aspirasi untuk semua sekolah Peluasan sasaran 20 SBT menjelang 2010

KRITERIA ANNEX:Personaliti UnggulRekod pembangunan kejayaan individu dan pemimpin yang berpengaruh dan sekolah baru, memberi aspirasi yang jelas untuk memupuk pemimpin.

Anugerah Kebangsaaan dan Antarabangsa Penyertaan dan pencapaian dalam pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Jalinan Dengan Institut Pengajian Tinggi Jalinan dengan universiti dalam program pemindahan kredit,kajian tindakan bersama, perkongsian kemudahan dan prasarana.

Jaringan Kukuh Jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan luar Negara(cth. Program pertukaran staf dan pelajar), komuniti, organisasi awam dan swasta.Penandaarasan Kebangsaan dan Antarabangsa Sekolah digunakan sebagai penandaarasan di peringkat kebangsaan dengan menggunakan piawaian antarabangsa(cth.

6. PenutupKita percaya, perancangan Pembangunan Pendidikan abad ke-21 bertujuan melahirkan insan yang dapat menangani isu dan cabaran globalisasi serta K-ekonomi. Bagi memenuhi matlamat tersebut, pembangunan pendidikan dilandaskan kepada empat teras iaitu meningkatkan akses, ekuiti, kualiti serta kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan. Pendidikan yang berkualiti dan berkesan dapat menghasilkan individu yang seimbang dan baik selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Individu sedemikian akan mempunyai nilai moral yang mulia, daya ketahanan yang kukuh, dan daya saing yang tinggi. Di samping itu, sistem pendidikan yang berkualiti dan berkesan dapat menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tingggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Sistem pendidikan yang berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik tersebut amat hebat dan pantas. Jika kita leka boleh menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. Intellectual capital akan menjadi asas kukuh berbanding kekayaan yang berupa tanah, wang atau bahan mentah. Budaya korperat yang berasaskan pendemokrasian kuasa akan menggantikan amalan hiraki tradisional. Persaingan melebihi batas kawasan kepada persekitaran sejagat dan terlalu sengit. Pendek kata prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan sesuatu institusi, organsisasi atau negara. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan di Malaysia sangat penting dalam menghadapi gelombang perubahan ini.

REFLEKSI

Sepanjang melalui proses menyelesaikan tugasan EDU 3109, saya telah memperoleh banyak pengalaman dan mendapat input-input baru berkaitan pendidikan serta isu keguruan. Tugasan bagi subjek ini bukanlah sesuatu yang mudah dan agak mencabar buat saya. Tambahan pula ini merupakan pengalaman pertama saya dalam mengulas artikel berunsurkan pendidikan secara kolaboratif bersama rakan-rakan lain.Walaupun menghadapi pelbagai cabaran sepanjang usaha saya menyelesaikan kerja kursus ini, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan. Langkah pertama bagi pelaksanaan tugasan ini adalah pencaran isu yang bertepatan dengan guru dan keguruan. Saya telah melayari laman-laman web tertentu, mencari, memahami dan memilih isu yang tertentu. Seterusnya saya telah berbincang dengan rakan-rakan dan merujuk kepada pensyarah subjek ini bagi membincangkan kesesuaian isu yang dipilih dengan kehendak tugasan subjek.Dari aspek pemerolehan maklumat, saya telah membuat rujukan bahan-bahan ilmiah seperti buku-buku yang berkaitan dan artikel daripada majalah serta akhbar atas talian. Di samping itu saya melayari laman-laman web tertentu berkaitan Pelan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2012-2025 bagi meningkatkan pemahaman saya berkaitan PPPM ini. Saya turut membuat pembacaan berkaitan program-program dan pelan-pelan yang direncanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).Melalui kerja kursus ini, saya dapat memperoleh pengalaman dan kemahiran untuk membaca secara dan berfikir secara kritikal. Aspek ini saya peroleh melalui proses menganalisis bahan bacaan yakni artikel yang telah saya pilih dan kemudiaannya mencari bahan rujukan bagi proses mengulas perkara-perkara tertentu yang terdapat dalam artikel berkenaan. Pembacaan secara kritikal memerlukan saya memahami konsep, istilah, logik dan sebagainya. Manakala pemikiran kritis menuntut saya membuat banyak rujukan untuk penjanaan idea.Bagi perbincangan atas talian saya mengambil bahagian dalam portal pembelajaran dengan mengemukakan pendangan seca ra aktif dalam forum yang disediakan. Semasa di laman ilmu ini, kerjasama sesama ahli kumpulan merupakan sesuatu yang sangat penting. Selain itu, ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan amalan kolaboratif sesama kami dalam membangunkan blog laman ilmu bagi memenuhi tugasan bagi subjek ini. Hal ini menyedarkan saya bahawa perkongsian kemahiran melalui amalan kolaboratif sememangnya memberi manfaat dan meningkatkan kemahiran guru sekali gus memberi impak positif kepada profesionalisme keguruan.Tugasan bagi subjek ini telah membuka hati saya untuk menjadi seorang yang lebih sensitif tentang profesin yang telah saya pilih iaitu profesin keguruan. Isu-isu berkaitan pendidikan dan keguruan merupakan antara isu yang kerap diperkatakan. Dalam hal ini, sebagai seorang guru, saya tidak sepatutnya mengambil remeh tentang isu-isu ini memandangkan saya sendiri berada dalam bidang ini. Anlisis daripada artikel yang saya pilih mendorong saya supaya sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan dari semasa ke semasa kerana setiap saat dunia ini mengalami perubahan.Harapan saya agar segala ilmu dan kemahiran yang saya peroleh sepanjang proses yang saya lalu bagi menyelesaikan tugasan ini tidak saya persia-siakan. Ilmu hanya benar-benar bermanfaat sekiranya dijadikan amalan.

Bibliografi

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia, Edisi Pelancaran PIPP 2006

Hussein Hj. Ahmad (2001). Mandat UNESCO dan cabaran globalisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Tajul Ariffin Mohd Noordin & Nor Aini Dan (2002). Pendidikan pembangunan manusia. Bangi: As Syabab Media.

Tajul Ariffin Mohd. Noordin & Nor Aini Dan (1992). Pendidikan dan wawasan 2020. Kuala Lumpur : Arena Ilmu Sdn. Bhd.

Wan Mohd.Nor bin Wan Daud. (2003). Budaya ilmu: Satu penjelasan. Singapura: Pustaka Nasional.

Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. (1993). Wawasan pendidikan: Agenda pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

BIBLIOGRAFIBUKUAhmad Sarji Abdul Hamid. (1993). Penerapan Nilai dan Budaya Kerja Cemerlang dalam Pentadbiran Awam Malaysia. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).Choong Lean Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). (1994). Citra Karya Falsafah, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).Kamus Dewan. (edisi keempat). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mok Soon Sang. ( 2011). Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Mahmud Khalifah, Usamah Khutub. Menjadi Guru Yang Dirindu. Bagaimana Menjadi Guru Yang Memikat dan Profesional. Kuala Lumpur : SynergyMedia, S.A.Majeed & Co. Sdn. Bhd.Noraini Idris, Shuki Osman. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran Teori dan Praktis. Kuala Lumpur : Mc Graw HillNoriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Rashid. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Zainal bin Haji Bujang. (2008). Guru Bestari Pelajar Jauhari. Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publication.

MAJALAHZahri Ramlan. (Bil. 58 Mac 2009). Guru Inovatif didik pelajar alaf kini. Pendidik, muka surat 50-53.

INTERNETBaharom Mohamad, Mohamad Johdi Salleh. Kepimpinan Pendidikan Dalam Pembangunan Modal Insan diakses daripada http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/1998/98_Muhd.pdf pada 27 Ogos 2012.Berita Harian Online. (16 Mei 2012). Guru berinovasi adalah guru berkualiti: Muhyiddin diakses daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Guruberinovasiadalahguruberkualiti_Muhyiddin/Article pada 13 Ogos 2012.Azmy Mohamed. (5/12/201). Rasional Pelaksanaan PBS diakses daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm pada 27 Ogos 2012.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Khutbah Jumaat 19 Jamadilakhir 1433h (11 Mei 2012m) Guru Penjana Inovatif Pendidikan diakses daripada http://www.jheains.sabah.gov.my/downloads1/Khutbah-Jumaat/Tahun-2012/05-Mei/11-Mei-2012.pdf pada 27 Ogos 2012.Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Pelan Strategik Interim Kementerian Pelajaran Malaysia 2011-2012. http://www.moe.gov.my/userfiles/file/Pelan%20Strategik%20Interim%20KPM%202011-2020.pdf diakses pada 28 Ogos 2012.Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia diakses daripada http://www.moe.gov.my/ pada 27 Ogos 2012.Modul i-Think diakses daripada http://www.ipkent.edu.my/ipkent/images/ithink/ithink.pdf pada 26 Ogos 2012.Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20131028/pe_01/Seminar-HOTS-Utusan-tepati-PPPM#ixzz3RJYdtLa2 Utusan Melayu (M) Bhd http://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-mampu-capai-kedudukan-lebih-baik-dalam-pisa-26808?cpArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130912/re_02/PPPM-Persiapan-hadapi-alaf-21#ixzz3RJXq9lUd Utusan MelayuPROF. DATUK DR. SIDEK BABAProf. Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.PENULIS ialah Pengarah Penerbitan UUM (UUMPRESS) merangkap Pensyarah Kanan Perakaunan Islam, Pusat Pengajian Perakaunan (SOA), Universiti Utara Malaysia.http://abihulwa.blogspot.com/2015/01/isu-pendidikan-mendepani-cabaran.htmlSumber : http : //www.utusan.com.my/Dicatat oleh Cikgu Taufiq di 7:40 PTG Label: RENCANA PILIHANhttp://sarjana.tripod.com/taraf1.htmlDR. RAM AL JAFFRI SAAD ([email protected])

BIBLIOGRAFIBUKUAhmad Sarji Abdul Hamid. (1993). Penerapan Nilai dan Budaya Kerja Cemerlang dalam Pentadbiran Awam Malaysia. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).Choong Lean Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). (1994). Citra Karya Falsafah, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).Kamus Dewan. (edisi keempat). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mok Soon Sang. (Jun 2009). Pedagogi Untuk Pengajaran & Pembelajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Mok Soon Sang. ( 2011). Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Mahmud Khalifah, Usamah Khutub. Menjadi Guru Yang Dirindu. Bagaimana Menjadi Guru Yang Memikat dan Profesional. Kuala Lumpur : SynergyMedia, S.A.Majeed & Co. Sdn. Bhd.Noraini Idris, Shuki Osman. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran Teori dan Praktis. Kuala Lumpur : Mc Graw HillNoriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Rashid. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Zainal bin Haji Bujang. (2008). Guru Bestari Pelajar Jauhari. Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publication.

MAJALAHZahri Ramlan. (Bil. 58 Mac 2009). Guru Inovatif didik pelajar alaf kini. Pendidik, muka surat 50-53.

INTERNETBaharom Mohamad, Mohamad Johdi Salleh. Kepimpinan Pendidikan Dalam Pembangunan Modal Insan diakses daripada http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/1998/98_Muhd.pdf pada 27 Ogos 2012.Berita Harian Online. (16 Mei 2012). Guru berinovasi adalah guru berkualiti: Muhyiddin diakses daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Guruberinovasiadalahguruberkualiti_Muhyiddin/Article pada 13 Ogos 2012.Azmy Mohamed. (5/12/201). Rasional Pelaksanaan PBS diakses daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm pada 27 Ogos 2012.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Khutbah Jumaat 19 Jamadilakhir 1433h (11 Mei 2012m) Guru Penjana Inovatif Pendidikan diakses daripada http://www.jheains.sabah.gov.my/downloads1/Khutbah-Jumaat/Tahun-2012/05-Mei/11-Mei-2012.pdf pada 27 Ogos 2012.Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Pelan Strategik Interim Kementerian Pelajaran Malaysia 2011-2012. http://www.moe.gov.my/userfiles/file/Pelan%20Strategik%20Interim%20KPM%202011-2020.pdf diakses pada 28 Ogos 2012.Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia diakses daripada http://www.moe.gov.my/ pada 27 Ogos 2012.Modul i-Think diakses daripada http://www.ipkent.edu.my/ipkent/images/ithink/ithink.pdf pada 26 Ogos 2012.

Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20131028/pe_01/Seminar-HOTS-Utusan-tepati-PPPM#ixzz3RJYdtLa2 Utusan Melayu (M) Bhd

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130912/re_02/PPPM-Persiapan-hadapi-alaf-21#ixzz3RJXq9lUd31