ujian kekutuban
TRANSCRIPT
UJIAN KEKUTUBAN
Tujuan :
i. Memastikan setiap fius atau kawalan kutub tunggal (satu kutub) dan peranti perlindungan disambung pengalir fasa sahaja.
ii. Sentuhan tengah pemegang lampu skru Edison disambung pengalir fasa.
iii. Memastikan sambungan pada soket alir keluar bagi setiap pengalir fasa, neutral dan bumi disambung ke terminal yang betul.
Alat penguji yang digunakan – Litar mati. i. Jangka ohm (Ohmmeter)ii. Jangka Pelbagai (Multimeter)
Tatacara menjalankan ujian :
i. Putuskan bekalan utama (‘OFF’ Suis Utama)
ii. Putuskan (tanggalkan) beban.
1. Litar Lampu
i. Pintaskan pengalir pelindung litar dan pengalir fasa (yang dijangkakan).
ii. Keputusannya – bacaan yang dicatatkan adalah hampir 0Ω.
iii. Ini menunjukkan pengalir tersebut adalah pengalir fasa.
2. Pemegang Lampu Skru Edison
i. Litar pintaskan pengalir pelindung litar dan terminal tengah pada pemegang lampu skru Edison.
ii. Keputusan yang betul seperti rajah dibawah :-
Suis ON - ada bacaan (0 Ω)Suis OFF - infiniti (∞)
iii. Litar pintaskan pengalir pelindung litar dan neutral pada pemegang lampu skru Edison.
iii. Keputusan – ada bacaan (0 Ω)
3. Litar Soket Alir Keluar.
i. Litar pintaskan pengalir pelindung litar dan pengalir fasa (yang dijangkakan) pada soket alir keluar.
ii. Keputusan – ada bacaan (0 Ω)
iii. Litar pintaskan pengalir pelindung litar dan pengalir neutral pada soket alir keluar.
vi. Keputusan – ada bacaan (0 Ω)
v. Sekiranya litar tersebut mengandungi lebih dari satu soket alir keluar – ulang langkah diatas pada soket alir keluar yang berikutnya.