08 ujian ujian keterusan

22
MD EMRAN BIN SAIDI KKBBM UJIAN KETERUSAN

Upload: md-emran-saidi

Post on 19-Jun-2015

10.567 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: 08 ujian ujian keterusan

MD EMRAN BIN SAIDI

KKBBM

UJIAN KETERUSAN

Page 2: 08 ujian ujian keterusan
Page 3: 08 ujian ujian keterusan

PENERANGAN

Tujuan pemeriksaan dan pengujian dijalankan ke atas pemasangan pengguna atau alat-alat elektrik adalah untuk memastikan keselamatan sesuatu pemasangan telah terlaksanakan mengikut peraturan IEE, TNB dan Suruhanjaya Tenaga (ST) agar berfungsi dengan betul serta selamat digunakan.

Page 4: 08 ujian ujian keterusan

Pemeriksaan dan pengujian perlu dijalankan ke atas perkara- perkara berikut:

i. Pemasangan baru.ii. Pemasangan sedia ada untuk tujuan penambahan atau pengubahsuaian.i. Pemasangan elektrik yang sedia ada secara berkala

mengikut perancangan atau perencanaan untuk tujuan penyelenggaraan.

ii. Ujian di atas permintaan pengguna atau arahan. Ini biasanya apabila berlaku kerosakan terhadap pemasangan.

iii. Ujian untuk proses kemasukan borang kepada TNB.

Page 5: 08 ujian ujian keterusan

PEMERIKSAAN PENGLIHATANPemeriksaan penglihatan adalah dicadangkan dilakukanterlebih dahulu sebelum diadakan sebarang ujian iaitu dengancara melihat, tujuannya adalah seperti berikut:i. Untuk memastikan bahawa alat-alat yang dipasang adalah

mengikut Piawaian British (BS), Piawaian Malaysia (MS) yang diluluskan oleh Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Sirim. Sekiranya alat-alat tersebut tidak ada sebarang tanda kelulusan maka pihak pemborong hendaklah mengemukakan surat kelulusan berkenaan.

ii. Untuk memastikan bahawa keseluruhan pemasangan itu dijalankan mengikut peraturan IEE, TNB, JKR, ST dan lain-lain peraturan yang dikehendaki.

iii. Untuk memastikan bahawa tidak ada kerosakan yang nyata atau zahir pada pemasangan atau alat-alat elektrik yang disambungkan kepadanya.

Page 6: 08 ujian ujian keterusan

Senarai Pemeriksaan PenglihatanPemeriksaan Penglihatan sebagaimana yang disyorkan oleh pihak TNB adalah seperti berikut :

i. Setiap sambungan pada pengalir kabel mestilah betul serta kuat dan kukuh dari segi mekanikal dan elektrikal.

ii. Setiap pengalir kabel mestilah dibuat tanda pengenalan terutamanya pada pendawaian tiga fasa

iii. Semua kabel dan peralatan mestilah dipasang di tempat-tempat yang tidak terdedah dan yang boleh membahayakan keadaan.

iv. Pemilihan saiz kabel, penebat, kapasiti membawa arus dan susutan voltan hendaklah diberi perhatian.

v. Sambungan suiz kutub tunggal ke pangalir fasa sahaja

Page 7: 08 ujian ujian keterusan

vi. Sambungan yang betul ke atas soket, pemegang lampu dan alat-alat kawalan yang lain.

vii. Semua alat-alat yang digunakan seperti suis, soket, fius dan lain-lain mestilah diluluskan oleh Pengerusi Suruhanjaya Tenaga dan Sirim.

viii. Beban bagi sesuatu litar hendaklah diberi perhatian, contohnya bilangan point bagi sesuatu litar.

ix. Konduktor Bumi :a. Perlindungan mekanikal.b. Perlindungan dari karat.c. Sambungan yang kuat ke elektrod bumi.d. Mengikut saiz.

Sambungan….

Page 8: 08 ujian ujian keterusan

x. Elektrod Bumi

a) Saiz dan ukuran panjang.b) Jenis bahan.c) Kotak bumi (kebuk bumi).d) Label amaran.

xi. Tanda-tanda amaran dan pengenalan:

a) Label pada suis gear dan gear kawalan.b) Pengenalan pada konduit dan trunking dengan cat bewarna oren.a) Tanda amaran kehadiran voltan 240V atau 415V.

Sambungan….

Page 9: 08 ujian ujian keterusan

xii. Kaedah perlindungan daripada sentuhan terus:

a) Perlindungan dengan halangan.b) Perlindungan dengan mengelak jangkauan.c) Perlindungan dengan bahan bukan pengalir.d) Perlindungan dengan penahan dan penutup.e) Perlindungan dengan penebatan ke atas

bahagian-bahagian hidup.

Sambungan….

Page 10: 08 ujian ujian keterusan

Turutan pengujian

Pengajian mestilah dijalankan mengikut turutan ini yang bertujuan bagi mengelakkan bahaya pada orang yang menguji dan untuk keselamatan pemasangan serta alat-alat penguji. Berikut adalah senarai pengujian yang perlu dijalankan mengikut turutan :

a) Ujian keterusan.b) Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang.c) Ujian pengalir perlindungan, ini termasuklah pengalir ikatan

utama dan tambahand) Ujian kekutuban.e) Ujian rintangan penebatan.f) Ujian rintangan elektrod bumi.g) Ujian galangan gelung kerosakan ke bumi.h) Ujian kendalian pemutus litar bocor ke bumi.

Page 11: 08 ujian ujian keterusan

Ujian keterusanUjian ini bertujuan untuk memastikan setiap pengalir mempunyai keterusan di sepanjang litar. Terdapat dua kaedah ujian keterusan yang dicadangkan. Alat penguji yang digunakan adalah jangka ohm dan loceng penguji (D.C).

Tatacara menjalankan ujian :i. Suis utama hendaklah di OFFkan.ii. Beban hendaklah ditanggalkan, jika tidak boleh ditanggalkan

suis kawalan hendaklah di OFFkan.iii. Suis kawalan hendaklah di Onkan sekiranya lampu atau

beban dapat ditanggalkan.iv. Fius atau pemutus litar akhir hendaklah di cabut atau di

OFFkan.v. Jalankan ujian sebagaimana rajah di bawah.

Page 12: 08 ujian ujian keterusan
Page 13: 08 ujian ujian keterusan
Page 14: 08 ujian ujian keterusan

Semasa ujian ini dilakukan lampu tidak perlu dicabut dari pemegang lampu dan suis hendaklah di ONkan.Meter menunjukkan bacaan bagi beban tersebut.

Ujian keterusan litar gelang.

Ujian ini dijalankan adalah bertujuan untuk memastikan setiap pengalir mempunyai keterusan disepanjang litar gelang. Terdapat dua kaedah ujian keterusan litar gelang yang dicadangkan. Alat-alat penguji yang digunakan ialah multimeter (ohm meter) dan loceng penguji (d.c)

Sambungan….

Page 15: 08 ujian ujian keterusan

Tatacara menjalankan ujian kaedah pertama.

1. Ujian keterusan di antara penghujung akhir bagi setiap pengalir litar gelang, sambungkan lead penguji seperti gambarajah di bawah:

Page 16: 08 ujian ujian keterusan

2. Ulang tatacara seperti di atas bagi ujian keterusan pengalir fasa dan neutral.

3. Meter akan menunjukkan bacaan mestilah kurang daripada satu ohm menunjukkan keterusan pengalir adalah baik.

Sambungan….

Page 17: 08 ujian ujian keterusan

Tatacara menjalankan ujian kaedah kedua.

1. Ujian keterusan di antara penghujung bagi setiap pengalir litar gelang, sambungkan plambam penguji seperti rajah di bawah. Satu pengalir digunakan untuk pintaskan ketiga-tiga pangalir iaitu bumi, neutral dan hidup.

2. Meter akan menunjukkan bacaan mesti kurang daripada satu ohm menunjukkan keterusan pengalir adalah baik.

3. Ujian keterusan ini dijalankan dengan pengalir iaitu N - L, L - E dan N - E

Page 18: 08 ujian ujian keterusan
Page 19: 08 ujian ujian keterusan

Ujian keterusan pengalir perlindungan

Tujuan ujian keterusan pengalir perlindungan dijalankan adalah untuk memastikan ia disambung secara betul dan berkesan. Alat penguji yang digunakan adalah jangka ohm. Terdapat dua jenis kaedah untuk menjalankan ujian keterusan pengalir perlindungan.

Tatacara menjalankan ujian keterusan pengalir perlindungan kaedah pertama.

1. Bekalan utama diputuskan jika perlu.2. Bagi menguji keterusan pengalir perlindungan sambungkan

plambam penguji mengikut gambarajah dibawah.3. Meter akan mesti menunjukkan bacaan kurang daripada satu

ohm menunjukkan keterusan pengalir perlindungan adalah baik.

Page 20: 08 ujian ujian keterusan
Page 21: 08 ujian ujian keterusan

Tatacara menjalankan ujian keterusan pengalir perlindungan kaedah kedua

1. Bekalan utama diputuskan jika perlu

2. Bagi menguji keterusan pengalir perlindungan satu pengalir tambahan diperlukan untuk pintaskan pengalir perlindungan dengan pengalir fasa atau neutral sebagai pengalir panduan.

3. Meter mesti menunjukkan bacaan kurang daripada satu ohm bagi menunjukkan keterusan pengalir perlindungan yang baik.

Page 22: 08 ujian ujian keterusan