jenis2 ujian

23
44 OUM JENIS UJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 3 TAJUK 3 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN PENGENALAN Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru juga merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilainya, melapor dan menjalankan tindakan susulan, seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan. Ujian ialah satu kaedah atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan sifat atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995). Ujian adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menempatkan calon dalam kumpulan pelajar tertentu dan juga mengenal pasti kelemahan-kelemahan mereka. Bab ini akan mendedahkan anda kepada jenis-jenis ujian dan penilaian serta kaedah pengukuran yang biasanya digunakan dalam bidang pendidikan, khususnya berkait dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. OBJEKTIF Diakhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. menyenarai dan menghuraikan enam jenis ujian; 2. membezakan ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria; 3. merumuskan tiga daripada empat jenis penilaian; 4. mengenal pasti dan membezakan penilaian formatif dan penilaian sumatif; dan 5. membicarakan tiga daripada lima kaedah pengukuran.

Upload: eilla-sabri

Post on 13-Jun-2015

9.715 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: JENIS2 UJIAN

44 OUM

JENIS UJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 3

TAJUK 3 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN

PENGENALAN

Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuandan pencapaian murid. Guru juga merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian,merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilainya, melapor dan menjalankantindakan susulan, seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan. Ujian ialah satukaedah atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematikberkaitan sifat atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (MokhtarIsmail, 1995).

Ujian adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatupeperiksaan. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menempatkan calon dalam kumpulan pelajartertentu dan juga mengenal pasti kelemahan-kelemahan mereka. Bab ini akan mendedahkananda kepada jenis-jenis ujian dan penilaian serta kaedah pengukuran yang biasanya digunakandalam bidang pendidikan, khususnya berkait dengan pengajaran dan pembelajaran di bilikdarjah.

OBJEKTIF

Diakhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1. menyenarai dan menghuraikan enam jenis ujian;

2. membezakan ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria;

3. merumuskan tiga daripada empat jenis penilaian;

4. mengenal pasti dan membezakan penilaian formatif dan penilaian sumatif; dan

5. membicarakan tiga daripada lima kaedah pengukuran.

Page 2: JENIS2 UJIAN

OUM 45

TAJUK 3 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN

PETA MINDA TAJUK

3.1 JENIS-JENIS UJIAN

Renung sejenak dan berfikir tentang penglibatan anda sebagai seorang guru,pernahkah anda membuat statistik berhubung dengan jenis-jenis ujian yangtelah anda lakukan ke atas para pelajar anda setiap tahun. Apakah jenis ujianyang paling kerap anda gunakan. Kenapa?

Dalam pengajaran dan pembelajaran, pencapaian sesuatu objektif pengajaran boleh dilihatdaripada beberapa aspek, seperti kognitif, afektif dan psikomotor. Jenis-jenis ujian dan penilaianditunjukkan dalam Rajah 3.1. Kebanyakan ujian yang dijalankan di sekolah tertumpu kepadaaspek kognitif. Bagaimanapun, aspek-aspek afektif dan psikomotor juga wajar diberipertimbangan, untuk menghasilkan pendidikan yang seimbang, selaras dengan FalsafahPendidikan Kebangsaan. Ujian domain kognitif yang lazim digunakan guru dalam bilik darjahialah kuiz, ujian bulanan atau ujian penggal; tetapi ujian IQ dan ujian kecerdasan lain jarangdigunakan.

Page 3: JENIS2 UJIAN

46 OUM

JENIS UJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 3

Bagi domain afektif pula, kita hanya mendengar pandangan guru terhadap pelajar sepertikurang personaliti yang baik, kurang berminat untuk belajar atau tidak berminat terhadapmata pelajaran tertentu. Pandangan ini dibuat secara tidak formal, iaitu hanya melaluipemerhatian guru berkenaan. Ujian untuk mengukur personaliti, sikap dan nilai amat kurangdigunakan. Bagaimanapun, selaras dengan perkembangan dalam bidang pendidikan, kiniterdapat alat yang boleh mengukur aspek-aspek afektif, misalnya ujian personaliti Cattel atauEyenseck. Bagi aspek psikomotor pula, penekanan yang lebih diberikan kepada ujiankecergasan dan pergerakan fizikal, seperti kemampuan berlari, melompat dan lain-lain. Ujianaspek psikomotor ini banyak digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

Rajah 3.1: Konsep pengujian dan penilaian

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, ujian dan penilaian merupakankomponen penting, yang perlu diberi perhatian sewajarnya oleh guru. Bagi jenis penilaianpula, ia boleh dibahagikan kepada dua (2) kategori, iaitu Penilaian Formatif dan PenilaianSumatif. Jenis penilaian bagi Penilaian Formatif termasuklah Penilaian Rujukan Kriteria (PRK)dan Penilaian Diagnostik. Jenis penilaian bagi Penilaian Sumatif termasuklah Penilaian RujukanNorma (PRN), Penilaian Penempatan dan Penilaian Penggredan.

1. Ujian PencapaianUjian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur sejauh manaseseorang pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang telah diajar oleh guru, yang meliputipengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Ujian ini juga dapat menentukan kesediaan pelajar

Page 4: JENIS2 UJIAN

OUM 47

TAJUK 3 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN

untuk memulakan tajuk baru dan mengenal pasti masalah yang dihadapi pelajar bagitajuk-tajuk yang diuji. Ujian pencapaian boleh dibahagikan kepada dua (2) jenis, iaituujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria. Ujian rujukan norma dibina untukmembandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar-pelajar lain, yangbiasanya meliputi sukatan pelajaran yang lebih luas, seperti UPSR. Ujian rujukan kriteriadibina untuk membandingkan pencapaian pelajar dengan beberapa kriteria tertentu,seperti kemahiran menyelesaikan masalah matematik bagi tajuk pecahan.

Pada peringkat bilik darjah/sekolah, ujian pencapaian biasanya dibina oleh guru/kumpulanguru, manakala pada peringkat kebangsaan, ujian ini disediakan oleh institusi tertentu,seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).Contoh ujian pada peringkat bilik darjah/sekolah ialah ujian diagnosis, ujian bulanan danujian penggal. Contoh ujian pada peringkat kebangsaan pula ialah Ujian PencapaianSekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Rajah 3.2 : Ujian pencapaian

Anda digalakkan untuk melihat Laman Web Lembaga Peperiksaan Malaysia dialamat berikut http://apps.emoe.gov.my/lpm/perkembangan.htm untukmengetahui sejarah perkembangan peperiksaan di Malaysia. Maklumat ini bolehmemberi anda tentang peranan yang dimainkan oleh negara bagi membolehkansatu paiwai yang dapat mengukur dan mengiktiraf pencapaian pelajar.

2. Ujian KecerdasanUjian kecerdasan, yang juga dikenali sebagai ujian mental, ialah ujian yang digunakanuntuk mengukur kecerdasan mental seseorang individu atau perbezaan antara individu.Ujian ini banyak berubah mengikut perkembangan ilmu psikologi dalam bidang ini. Bidang

Page 5: JENIS2 UJIAN

48 OUM

JENIS UJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 3

pengujian kecerdasan bermula pada tahun 1796. Ujian ini terus berkembang apabilaGalton, pada tahun 1969, cuba mengukur ketajaman deria, gambaran mental danpencapaian intelektual antara pelajar-pelajar genius. Tokoh-tokoh lain yang turut terlibatdalam pengukuran kecerdasan mental termasuklah Wundt, Cattell dan Binet (Abu Bakar,1986). Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah ujian Binet-Simon.

Ujian kecerdasan mental bagi kanak-kanak tidak menekankan aspek kebahasaan, tetapimenggunakan gambar rajah, oleh sebab aspek ini belum mereka kuasai. Ujiankecerdasan memberikan bukti, secara tidak langsung, tentang potensi yang ditunjukkanoleh murid-murid berdasarkan prestasi mereka dalam ujian tersebut. Ujian ini kerapdigunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi.Contoh ujian kecerdasan lain ialah Ujian Skala Stanford-Binet, Ujian Weschler dan UjianLorge-Thorndike.

Latihan 3.1

Nyatakan perbezaan antara tujuan ujian pencapaian dan tujuan ujian kecerdasan.

3. Ujian Prestasi

Pencapaian pelajar setiap akhir penggal peperiksaan sering menjadi perhatiandan ukuran para ibu bapa dalam menentukan prestasi anak-anak mereka.Bagaimanakah anda rasa paradigma pemikiran ibu bapa ini dapat diubah agartidak terlalu bersifat pebcapaian akademik semata-mata. Apakah langkah-langkah yang anda rasakan mampu anda lakukan untuk merubah semua inisama ada dalam jangkamasa pendek atau dalam jangka masa panjang?

Ujian prestasi ialah ujian yang digunakan untuk mengukur keupayaan/kecekapan pelajarmelakukan sesuatu tugas yang melibatkan manipulasi objek yang kongkrit dan iamemerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai ukuran tambahan.Lazimnya, ujian ini melibatkan penggunaan alat yang konkrit, seperti penggunaan gambardan radas, yang tidak semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa dan ujian kertas-pensel. Contohnya ialah ujian pada peringkat prasekolah yang meminta pelajar membinasemula gambar dengan lengkap daripada potongan-potongan gambar yang diberi ataumereka bentuk geometri daripada blok-blok yang diberikan. Mereka juga boleh dimintauntuk menjalankan uji kaji kecil dengan menggunakan radas tertentu.

Pada umumnya, ujian prestasi adalah rumit. Guru bebas menggunakan apa sahajakaedah seperti pemerhatian atau laporan kendiri untuk mendapatkan maklumat daripadapelajar. Pemerhatian boleh dilaksanakan semasa pelajar melaksanakan tugas yangdiberikan, misalnya perbincangan berkumpulan atau peranan pelajar dalam aktiviti.Manakala melalui laporan kendiri, pelajar akan menilai diri sendiri melalui soal selidiktertentu, yang dapat menilai prestasi dirinya. Selain menguji pelajar-pelajar biasa, ujianprestasi menggunakan objek adalah sesuai untuk menguji prestasi pelajar-pelajar yangbermasalah pertuturan. Mereka lebih mudah diuji menggunakan objek yang konkritdaripada menggunakan penulisan atau pertuturan.

Page 6: JENIS2 UJIAN

OUM 49

TAJUK 3 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN

4. Ujian Diagnostik

Pernahkan anda berhadapan dengan pelajar-pelajar yang menghadapi masalahmenulis dalam keadaan terbalik? Apakah yang anda faham dengan fenomenayang dihadapi oleh golongan seperti ini?. Bagaimanakah anda lakukan dalamjangkamasa pendek untuk membantu pelajar yang mengalami masalah ini?

Ujian diagnostik ialah ujian yang digunakan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapipelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk menentukan punca-punca yang menyebabkan masalah itu berlaku. Apabila sesuatu sebab dapat dikenalpasti, maka tindakan lanjutan untuk mengatasi masalah ini dapat dirancang dandilaksanakan oleh guru. Ujian diagnostik biasanya ditumpukan kepada tajuk tertentu danitemnya dibina secara terperinci supaya masalah yang dihadapi setiap pelajar dapatdikenalpasti bagi tajuk tersebut. Contoh ujian diagnostik ialah ujian bacaan untuk mengenalpasti masalah pelajar mengenal dan menyebut huruf.

Ujian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan murid dan ini memberikanpeluang kepada guru untuk menjalankan langkah pemulihan kepada murid-muridberkenaan. Di samping mengadakan secara formal iaitu melibatkan pensel dan kertas,ujian ini juga boleh dijalankan secara soal jawab, inventori, pemerhatian dan tugasandari semasa ke semasa. Ciri-ciri ujian diagnostik ialah:

• Ujian ini tidak memberikan skor atau gred kepada pelajar.

• Ujian ini dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan.

• Laporan ujian dibuat dalam bentuk profil perkara yang belum dikuasai pelajar.

Anda digalakkan melihat laporan dalam Utusan Malaysia bertarikh 22/09/2004di alamat berikut yang http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 01.htm&arc=hiveDalam laporan tersebut dimaklumkan bahawa Setiasuaha Parlimen,Kementerian Pendidikan, P. Komala Devi, didapat lima peratus kes disleksiadikesan pada mana-mana komuniti atau satu bagi setiap 20 orang kanak-kanak.

Rajah 3.3 Ujian diagnostikSumber : http://www.das.org.sg/malay/malay.htm

Page 7: JENIS2 UJIAN

50 OUM

JENIS UJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 3

5. Ujian BakatUjian bakat ialah ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat ataukeistimewaan yang dimiliki oleh pelajar. Pada umumnya, ujian bakat ini dapat dibahagikankepada dua kumpulan, iaitu:

(i) ujian bakat yang berasaskan kepada kajian besar-besaran, misalnya kajian yangdijalankan oleh Universiti Minnesota pada tahun 1930 tentang bakat mekanikalseseorang; dan

(ii) ujian bakat yang berasaskan kepada keperluan tertentu.

Pada umumnya, ujian ini bertujuan untuk memberikan maklumat asas untuk membuattelahan tentang prestasi masa depan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang. Ujian inilazimnya digunakan untuk memilih calon yang sesuai dengan tugas tertentu, kemasukanke program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya. Contoh ujian bakat ialahUjian Kemasukan Ke Maktab Perguruan (UKELP). Ujian bakat juga boleh digunakanuntuk tujuan mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehannya.

Berdasarkan kepada keenam-enam jenis ujian ini, manakah yang anda rasakanboleh diaplikasikan dengan kadar yang segera oleh anda di sekolah. Pernahkahanda terfikir untuk mengadakan ujian-ujian seperti ini?

6. Ujian PersonalitiPersonaliti ialah sifat-sifat yang dimiliki oleh individu pelajar, seperti sikap, pendirian,nilai, minat dan motivasi. Ujian personaliti ialah ujian yang digunakan untuk mengukurpersonaliti pelajar, seperti sikap, pendirian, nilai, minat dan motivasi. Ciri-ciri ini diukurmelalui alat-alat psikologi yang berbentuk ujian, inventori, indikator atau indeks. Terdapattiga (3) alat yang dapat digunakan guru untuk mengukur personaliti pelajar, iaitu (1) inventorilaporan kendiri (apa yang pelajar kata tentang dirinya); (2) inventori sosiomerik (apayang pelajar lain/orang lain kata tentang seseorang pelajar); dan (3) teknik pemerhatian(apa yang dibuat oleh pelajar dalam situasi tertentu).

Inventori laporan kendiri dan inventori sosiometrik ini boleh ditadbirkan sama ada secaralisan atau secara bertulis menggunakan borang soal selidik atau senarai semak. Contohsenarai semak ialah senarai semak berkaitan dengan masalah yang dihadapi pelajar.Senarai ini memberikan segala masalah yang mungkin dihadapi pelajar, misalnya, yangmenyebabkan dia tidak selesa belajar. Ini mungkin meliputi masalah kewangan, keluargaatau kesihatan. Jawapan seseorang pelajar itu mungkin dapat memberikan punca kepadatingkah laku/personaliti pelajar yang berubah. Selain inventori-inventori ini, terdapat jugaujian personaliti yang dibina melalui hasil penyelidikan atau berdasarkan teori-teori tertentu,seperti Keirsey Temperament Test (KTT) dan Edwards Personal Preference Schedule(EPPS).

Page 8: JENIS2 UJIAN

OUM 51

TAJUK 3 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN

3.2 JENIS-JENIS PENILAIAN

Rajah 3.4 : Jenis-jenis ujian

Pernahkah anda terlintas dengan kata-kata seperti ini, “Belajar tanpa berfikir,sia-sia, Berfikir tanpa belajar merbahaya”. Apakah yang boleh anda nilai dengankata-kata seperti ini kepada anda sebagai seorang guru dan juga sebagaiseorang pelajar diinstitusi pengajian tinggi?

Penilaian ialah proses menilai sesuatu konstruk berasaskan kepada ukuran-ukuran yangdiperoleh daripada pengukuran-pengukuran yang dijalankan. Tujuan penilaian dalam kontekspersekolahan atau di bilik darjah adalah berkait rapat dengan penilaian hasil pengajaran danpembelajaran. Dari segi pengajaran, maklumat yang diperoleh daripada penilaian akan dapatmembantu guru untuk memperbaiki pengajarannya. Sekiranya penyampaian guru didapatikurang berkesan, maka guru tersebut boleh membuat keputusan untuk menggunakanpendekatan/kaedah lain yang difikirkan lebih berkesan.

Dalam konteks pembelajaran pula, maklumat daripada penilaian dapat membantu guru untukmembuat diagnosis tentang kelemahan dan kekuatan pelajar bagi tajuk-tajuk yang diajar.Maklumat ini seterusnya dapat membantu guru untuk merancang dan melaksanakan programpemulihan atau pengkayaan untuk pelajar-pelajarnya. Selain itu, penilaian juga boleh membantuguru untuk memberi gred pencapaian kepada pelajar, menentukan kumpulan pelajar mengikutkeupayaan mereka, atau menempatkan pelajar kepada bidang pengajian tertentu mengikutkeupayaan mereka dalam bidang tersebut.

Penilaian yang dijalankan oleh guru boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti PenilaianRujukan Norma, Penilaian Rujukan Kriteria, Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif. Ini dapatdilihat dalam Rajah 3.5 di bawah.

Page 9: JENIS2 UJIAN

52 OUM

JENIS UJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 3

Rajah 3.5 : Jenis-jenis penilaian

Latihan 3.2

Apakah yang harus guru lakukan dengan maklumat yang diperoleh daripadaujian atau penilaian yang dijalankan?

Ujian untuk PRN perlu dibina untuk menghasilkan perbezaan pencapaian yang maksimum dikalangan pelajar. Bagi memastikan tujuan ini tercapai, tahap kesukaran soalan perlu dikawal.Sekiranya soalan terlalu mudah, maka semua pelajar akan dapat menjawabnya, sebaliknyajika soalan itu terlalu susah, maka semua pelajar tidak dapat menjawabnya. Seterusnya, jikasoalan itu sederhana susah, sebahagian pelajar lemah dan sebahagian besar pelajar pandaidapat menjawabnya. Justeru, ketiga-tiga keadaan tersebut tidak dapat menghasilkanperbezaan pencapaian yang maksimum. Jadi, lazimnya, kesukaran ujian adalah berdasarkankepada 25% soalan mudah, 50% soalan sederhana dan 25% soalan susah (taburan skorujian ditunjukkan dalam Rajah 3.2). Ini diharapkan dapat memaksimumkan perbezaanpencapaian antara pelajar lemah dan pandai. Keputusan ujian ini juga dapat menentukankedudukan seseorang pelajar dalam bilik darjah atau tahun/tingkatannya seperti dalam Rajah3.6 di bawah.

3.2.1 Penilaian Rujukan Norma

Keputusan ujian/peperiksaan yang diperolehi pelajar-pelajar memberikanbeberapa maklumat kepada guru. Pertama, keputusan yang diperolehiseseorang pelajar itu boleh dibandingkan dengan keputusan yang diperolehipelajar lain, yang mengambil ujian/ peperiksaan yang sama. Penilaian secaraperbandingan ini dikenali sebagai Penilaian Rujukan Norma (PRN), iaitupenilaian yang dibuat dengan membandingkan pencapaian seseorang pelajardengan pencapaian pelajar/kumpulan pelajar lain yang mengambil ujian yangsama. Contohnya, bagaimanakah pencapaian seseorang pelajar dalam satuujian kecerdasan jika dibandingkan dengan pencapaian pelajar-pelajar lain yangsama umur dengannya. Oleh sebab PRN bertujuan untuk membandingkanpencapaian pelajar, ujian untuk PRN biasanya meliputi kandungan pelajaranyang luas, dan dengan demikian, ia tidak dapat memberikan maklumat tentangpengetahuan/kemahiran seseorang pelajar bagi tajuk pelajaran tertentu.

Page 10: JENIS2 UJIAN

OUM 53

TAJUK 3 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN

Rajah 3.6 : Taburan skor ujian rujukan norma

Menurut Popham (1981), PRN diguna untuk menentukan status seseorang pelajarberpandukan kepada prestasi pelajar lain dalam sesuatu ujian tertentu. Misalnya, seorangpelajar dapat menjawab 50 item dengan betul daripada 60 item ujian. Skor mentah pelajar iniialah 50. Kedudukan pelajar ini berbanding dengan pelajar-pelajar lain boleh didapati daripadajadual norma bagi satu kumpulan yang ditetapkan. Andaikan skor mentah tadi memberikanbacaan pangkat peratusan ke-83 mengikut jadual norma tersebut. Ini bermakna pelajar tersebutmempunyai pencapaian lebih baik daripada 82 peratus pelajar-pelajar lain dalam kumpulannorma ini. Dalam konteks ini, jika ramai pelajar mendapat skor yang rendah, maka markahlulus lazimnya akan rendah juga dan sebaliknya. Dengan demikian, ada kemungkinanseseorang pelajar yang lemah akan lulus ujian/peperiksaan sebab terdapat pelajar-pelajarlain yang lebih lemah.

3.2.2 Penilaian Rujukan Kriteria

Menurut Popham (1981), ujian rujukan kriteria (URK) diguna untuk menentukan statuspencapaian individu pelajar dalam domain tingkah laku yang ditetapkan. Justeru, ujian inidibina berpandukan kepada kriteria/tingkah laku yang telah ditetapkan. Ujian ini juga adalahlebih terperinci/mendalam dan meliputi kandungan pelajaran tertentu sahaja. Maklumat yang

Ujian/Penilaian Rujukan Kriteria (PRK) mempunyai tujuan yang berbezadaripada ujian/ Penilaian Rujukan Norma (PRN). Matlamat PRK bukanlah untukmembandingkan pencapaian pelajar dengan pelajar lain, tetapi ditumpukankepada membandingkan pencapaian pelajar dengan kriteria tertentu, iaitu samaada kriteria tersebut dapat dikuasai pelajar atau tidak. Pendekatan ini dipeloporiGlaser pada tahun 1963 (Popham, 1971). Menurut Glaser (1973), kriteria yangdigunakan tidak bermaksud kemahiran tertinggi yang perlu dikuasai pelajar,tetapi lebih kepada kriteria yang ditetapkan oleh guru, iaitu pada aras manasepatutnya pelajar perlu capai.

Page 11: JENIS2 UJIAN

54 OUM

JENIS UJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 3

terperinci ini boleh membantu guru mengenal pasti kelemahan setiap orang pelajarnya bagitajuk pengajaran tertentu. Daripada maklumat ini, guru boleh merancang dan melaksanakanprogram pemulihan untuk pelajar-pelajarnya atau memperbaiki/mengubah kaedah pengajaransupaya pelajar mudah menguasai/mencapai sesuatu objektif pengajaran.

Latihan 3.3

Adakah ujian diagnostik boleh dianggapkan sebagai ujian rujukan kriteria?Berikan sebab-sebabnya.

3.2.3 Perbezaan antara Penilaian Rujukan Norma dan Kriteria

Perbezaan antara Ujian Rujukan Norma (URN) dan Ujian Rujukan Kriteria (URK) ditunjukkandalam Jadual 3.1. Sebagaimana yang kita ketahui, URN bertujuan untuk membandingkanpencapaian pelajar dengan pelajar/kumpulan pelajar lain; sementara URK bertujuan untukmembandingkan pencapaian pelajar dengan kriteria tertentu. Seterusnya, soalan-soalan URNmempunyai aras kesukaran yang mudah, sederhana dan susah; sementara soalan-soalanURK mempunyai aras kesukaran yang hampir sama, bergantung kepada objektif pengajaran.URN juga digubal untuk menentukan gred pencapaian pelajar; sementara URK tiadamenetapkan sebarang gred, tetapi menyatakan lulus/gagal sahaja. Dari segi cakupankandungan, URN terdiri daripada soalan-soalan berbentuk am dan mencakupi sukatanpelajaran yang luas; sementara URK terdiri daripada soalan-soalan yang lebih mendalamdan tertumpu kepada tajuk-tajuk tertentu.

Jadual 3.1 : Perbezaan antara Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria

Perkara Ujian Rujukan Norma Ujian Rujukan KriteriaKonsep Ujian yang membandingkan Ujian yang membandingkan pencapaian pelajar

pencapaian pelajar dengan dengan kriteria tertentu yang telah ditetapkan.pelajar/kumpulan pelajar lain.

Tujuan • Membandingkan pencapaian antara • Menentukan tahap penguasaan sesuatupelajar/kumpulan pelajar. kemahiran yang telah dipelajari mengikut

• Menentukan pencapaian sama kriteria yang telah ditetapkan.ada lulus/gagal, lemah/ sederhana/ • Memperbaiki pengajaran dan pembelajarancemerlang. berdasarkan keputusan ujian.

• Memilih pelajar untuk tujuanpengiktirafan – memberi sijil.

Ciri-ciri Bermula dengan soalan yang mudah Soalan yang hampir sama peringkat kesukaranSoalan kepada sederhana dan lebih sukar dengan berpandukan kepada kriteria/objektif

dan mempunyai indeks diskriminasi pelajaran tertentu.yang tinggi.

Ciri-ciri Penentuan gred bagi menentukan Tiada gred ditetapkan, tetapi memadai denganujian pencapaian pelajar dalam pelbagai penyataan lulus/ gagal sahaja.

peringkat.Cakupan Meliputi tajuk/kandungan Tertumpu kepada tajuk-tajuk tertentu yang lebihkandung pembelajaran yang lebih luas. khusus.Contoh Peperiksaan akhir penggal, UPSR, Ujian pendek, tugasan, latihan, soal jawabujian PMR, SPM, STPM dalam bilik darjah.

Page 12: JENIS2 UJIAN

OUM 55

TAJUK 3 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN

Guru sepatutnya memberi penerangan kepada pelajar dan ibu bapa tentang tujuan penilaianformatif, iaitu sebagai ujian diagnostik yang dapat mengesan masalah yang dihadapi pelajardalam pembelajaran. Maklumat yang diperoleh seharusnya terus digunakan untuk memperbaikiproses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, guru dapat mengenal pasti kelemahanpenyampaian pengajarannya, manakala pelajar akan mengetahui kelemahan mereka.Daripada kelemahan ini, guru dan pelajar dapat mengubah kaedah pengajaran danpembelajaran, yang akhirnya akan membantu pelajar meningkatkan pencapaian mereka dalampeperiksaan penggal atau akhir tahun.

Bagi memastikan pelaksanaan penilaian formatif ini berkesan, prosedur berikut perlu diberiperhatian oleh guru:

1. Menentukan tajuk pengajaranGuru perlu menentukan tajuk-tajuk pengajaran yang perlu dihabiskan dalam satu tahunpersekolahan. Langkah yang terbaik ialah menyusun tajuk-tajuk ini mengikut peringkatkesukaran. Sekiranya sesuatu tajuk itu mempunyai cakupan yang luas, maka ia perludipecahkan kepada beberapa tajuk kecil supaya pelajar-pelajar dapat menguasai semuatajuk kecil terlebih dahulu, sebelum meneruskan pengajaran ke tajuk lain. Sekurang-kurangnya, sebelum beralih ke tajuk lain, guru perlu mengadakan ujian formatif untukmenilai penguasaan pelajar bagi tajuk yang telah diajar.

2. Menentukan aspek dan tahap penguasaanGuru perlu menentukan aspek-aspek tertentu bagi setiap tajuk pengajaran yang perludikuasai pelajar. Misalnya, pelajar dapat mengenal warna, simbol dan membacamengikut keperluan tajuk berkenaan. Setelah aspek-aspek berkenaan ditentukan, makaguru perlu pula menentukan tahap penguasaan pelajar terhadap aspek-aspek yangditentukan itu. Misalnya, apabila 80% hingga 90% pelajar menguasai sesuatu tajuk, inimenunjukkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai tajuk tersebut.

3. Menghubungkaitkan elemen-elemen dalam tajukGuru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam setiap tajuk pengajaran padaperingkat perlakuan berdasarkan taksonomi objektif pengajaran. Setelah penyusunanelemen mengikut tahap perlakuan dibuat, guru seterusnya mengaitkan semua elementersebut agar ia saling bertautan dan tidak terpisah.

4. Membina soalan ujianSelepas menghubungkait elemen-elemen berkenaan, misalnya, ada sepuluh elemendalam sesuatu tajuk, maka setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar

3.2.4 Penilaian Formatif

Penilaian formatif ialah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitusepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesananpengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.Penilaian lazimnya mewujudkan ketegangan di kalangan pelajar, guru atauibu bapa, disebabkan penilaian melibatkan perbandingan pencapaian antarapelajar dan guru. Bagaimanapun, penilaian formatif dapat mengurangkanketegangan ini, sebab penilaian ini adalah PRK yang tidak membandingkanpencapaian pelajar. Contoh ujian formatif ialah soal jawab, latihan yangdiberikan guru dan ujian mingguan.

Page 13: JENIS2 UJIAN

56 OUM

JENIS UJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 3

5. Mencadangkan tindakan susulanDi samping menilai penguasaan pelajar bagi sesuatu tajuk pengajaran, penilaian formatifdapat mengesan masalah pembelajaran. Justeru, selepas ujian dibuat, tindakan susulanperlu dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian ini. Misalnya, jika pelajar-pelajar masihlemah dalam sesuatu tajuk, sebagai tindakan susulan, guru perlu mengulang semulatajuk berkenaan, atau mengubah pendekatan pengajaran agar pelajar dapat menguasaitajuk tersebut.

Sebagai kesimpulannya perlaksanaan penilaian formatif ini dalam dirumuskan melalui Rajah3.8 di bawah.

Rajah 3.7 : Contoh bentuk-bentuk soalan ujian

Rajah 3.8 : Perlaksanaan penilaian formatif

sekurang-kurangnya satu soalan. Soalan ujian yang sesuai perlu dibina untuk mengukurpenguasaan pelajar terhadap elemen-elemen ini. Antara contoh bentuk-bentuk soalanujian yang boleh dilakukan adalah seperti dalam Rajah 3.7 di bawah.

Page 14: JENIS2 UJIAN

OUM 57

TAJUK 3 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN

Rajah 3.9 : Perlaksanaan penilaian sumatif

Secara amnya, tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu pelajar meningkatkanpencapaian, tetapi untuk memberikan gred kepada mereka. Gred yang diperoleh pelajar bolehdigunakan untuk membuat perbandingan pencapaian di kalangan pelajar. Penilaian sumatifjuga dapat dijadikan petunjuk, sama ada pelajar akan berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaranbaru atau tidak. Sebelum memulakan mata pelajaran baru, pelajar dikehendaki mendudukiujian untuk menentukan sama ada mereka telah menguasai kemahiran asas yang diperlukan.Sekiranya mereka sudah mencapai peringkat tertentu, barulah mereka dibenarkan untukmengambil mata pelajaran baru.

Bagi memastikan keberkesanan penilaian sumatif, langkah-langkah berikut harus diberipenekanan semasa menggubal ujian sumatif seperti dalam Rajah 3.9 di bawah.

3.2.5 Penilaian Sumatif

Latihan 3.4

Adakah ujian formatif boleh dianggapkan sebagai ujian rujukan kriteria? Berikansebab-sebabnya.

Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran (akhirpenggal/akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar.Berbeza dengan penilaian formatif, yang lebih menumpukan kepada penilaianpenguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untukmenentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan/akhir tahun,yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum. Contohpenilaian sumatif ialah penilaian pada akhir tahun, peperiksaan percubaan,UPSR dan PMR.

Page 15: JENIS2 UJIAN

58 OUM

JENIS UJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 3

1. Membentuk Jadual Penentuan Ujian (JPU)Jadual ini mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan tajuk pengajaran, objektifpengajaran dan bilangan soalan. Jadual ini juga dapat memastikan kesahan ujian darisegi cakupan sukatan pelajaran dan objektif pengajaran yang ingin disampaikan.

2. Membina soalanSoalan-soalan hendaklah dibina berpandukan kepada JPU, dan haruslah menguji objektifpengajaran yang telah ditetapkan. Ketas soalan perlu mengandungi arahan yang jelastentang bilangan soalan yang perlu dijawab.

3. Mengumpul soalan secara sistematikSoalan perlu dikumpul mengikut bentuknya, misalnya soalan objektif diasingkan daripadasoalan mengisi tempat kosong, atau esei berjawapan pendek. Soalan ini juga bolehdisusun mengikut tajuk atau kesukarannya.

4. Menguji soalan melalui kajian rintisMengkaji kesesuaian soalan kepada sampel pelajar dan membaiki soalan-soalan bagimemastikan ujian mempunyai kesahan yang tinggi. Selain itu, aras kesukaran dan dayadiskriminasi soalan perlu juga dikira.

5. Menyiapkan skema pemarkahanSkema ini terdiri daripada jawapan kepada soalan ujian dan markahnya. Ia menjadipanduan semasa memeriksa jawapan, yang dapat menyelaras permarkahan supayatidak berlaku bias dalam pemberian markah.

3.2.6 Perbezaan antara Penilaian Formatif dan Sumatif

Perbezaan antara Penilaian Formatif (PF) dan Penilaian Sumatif (PS) ditunjukkan dalamJadual 3.2. Sebagaimana yang kita ketahui, PF bertujuan untuk mengesan penguasaan/kelemahan pelajar bagi tajuk pengajaran tertentu yang dibuat sepanjang proses pengajaran.PS pula bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada penghujung penggal/akhir tahunpersekolahan. PF boleh dibuat secara formal atau tidak formal; sementara PS pula dibuatsecara formal. Tujuan utama PF ialah untuk mengatasi masalah yang dihadapi pelajar denganmengadakan aktiviti pemulihan atau mengubah kaedah/pendekatan pengajaran (mengadakanaktiviti pengayaan bagi pelajar yang tiada masalah). Tujuan utama PS ialah untuk memberigred pencapaian kepada pelajar, menempatkan pelajar ke dalam kumpulan yang sesuai,memberi pengiktirafan (sijil, hadiah) atau membaiki kurikulum.

Page 16: JENIS2 UJIAN

OUM 59

TAJUK 3 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN

Rajah 3.10 Contoh skema permakahanSumber : www.tutor.com.my/bank/SPM/MAT/SPM_MAT_BS_3_2.PDF

Page 17: JENIS2 UJIAN

60 OUM

JENIS UJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 3

3.3 KAEDAH PENGUKURAN

Sebagaimana yang telah dijelaskan terlebih awal, pengukuran sesuatu konstruk/pembolehubah (seperti pencapaian akademik, personaliti, sikap, kemahiran) boleh dibuatmelalui kaedah pemerhatian, lisan, penulisan, pertimbangan profesional (professionaljudgement) atau potfolio. Salvia dan Ysseldyke (2004) menjelaskan dengan terperinci tentangteknik-teknik yang digunakan bagi kaedah yang disebutkan.

1. Kaedah PemerhatianKaedah pemerhatian ialah kaedah pengumpulan maklumat, yang kemudian dijadikanukuran, secara memerhati dan merekod apa yang dilakukan oleh seseorang dan orang-orang lain yang berkenaan serta keadaan di sekelilingnya. Kaedah pemerhatian ini bolehdibahagikan kepada dua (2) bentuk, iaitu pemerhatian tidak-sistematik dan pemerhatiansistematik.

Jadual 3.2 : Perbezaan antara Penilaian Formatif dan Sumatif

Perkara Penilaian Formatif Penilaian Sumatif

Konsep Penilaian yang boleh dibuat secara Penilaian yang dijalankan secara formalformal/tidak formal untuk mengesan bagi menentukan pencapaian pelajar dipenguasaan/ kelemahan pelajar bagi akhir pengajaran, seperti pada hujungsetiap tajuk pengajaran. penggal/akhir tahun.

Waktu Sepanjang proses pengajaran dan Pada akhir penggal atau akhir tahunpenilaian pembelajaran berlansung. persekolahan.Kaedah Formal: Ujian pensel-kertasTidak Formal: Ujian pensel-kertas, ujian lisan.

formal: Pemerhatian, soal jawab, Ditadbir secara berkumpulantugasan, latihan.Dibuat secaraindividu/kumpulan.

Tujuan Selepas tahap kemajuan/ penguasaan Selepas pencapaian pelajar ditentukan bagipelajar ditentukan, tindakan susulan tempoh persekolahan tertentu, gredperlu diambil untuk mengatasi pencapaian diberikan kepada pelajar.kelemahan pelajar.

Selepas Mengatasi kelemahan pelajar dengan Menempatkan murid mengikutpenilaian mengulang semula topik atau pencapaian.Memberi pengiktirafan – sijil,dijalankan mengadakan pemulihan. hadiah dan sebagainya.Membaiki

Menjalankan aktiviti pengayaan kurikulum.bagi pelajar yang tiada masalah.

Latihan 3.5

Apakah perkaitan antara ujian sumatif dengan Penilaian Sumatif? Adakah ujianpencapaian boleh dianggapkan sebagai ujian sumatif? Jelaskan.

Page 18: JENIS2 UJIAN

OUM 61

TAJUK 3 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN

• Pemerhatian tidak-sistematik merujuk kepada pemerhatian secara rawak/terbuka,iaitu yang tidak ditumpukan kepada tingkah laku tertentu. Ia biasanya tidak bolehdiulang dan maklumat yang diperoleh boleh dijadikan panduan untuk pemerhatiansistematik.

• Bagi pemerhatian sistematik, pemerhati terlebih dahulu menetapkan tingkah lakuyang ingin diperhati sebelum membuat pemerhatian. Pemerhati kemudiannya akanmengira kekerapan dan lama sesuatu tingkah laku itu berlaku.

• Kaedah pemerhatian mempunyai batasan tersendiri, seperti pentafsiran terhadaptingkah laku mungkin tidak tepat, pemerhatian memerlukan masa yang panjangdan wujud kesan pemerhatian itu sendiri kepada orang yang diperhatikan(expectancy).

2. Kaedah LisanKaedah lisan ialah kaedah pengumpulan maklumat secara lisan dan merekod apa yangmaklumkan oleh individu yang menjadi subjek dan oleh orang-orang lain yang berkenaantentangnya . Kaedah lisan ini boleh dibahagikan kepada dua (2) bentuk, iaitu temu bualdan skala penaksiran (rating scale).

Rajah 3.11 : Kaedah pemerhatian

Rajah 3.12 : Kaedah lisan

• Temu bual terbuka merujuk kepada teknik mendapatkan maklumat melalui perbualanyang tidak tertumpu kepada set soalan tertentu; manakala temu bual berstrukturcuba mendapatkan maklumat melalui perbualan tertumpu kepada set soalantertentu.

• Skala penaksiran merujuk kepada teknik mendapatkan maklumat denganmenggunakan satu set soalan yang memerlukan seseorang memberi jawapandalam skala tertentu, seperti skala Likert atau anggaran kekerapan.

Page 19: JENIS2 UJIAN

62 OUM

JENIS UJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 3

• Contoh skala Likert ialah respons Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju, SederhanaSetuju, Setuju dan Sangat Setuju. Contoh anggaran kekerapan ialah respons TidakPernah, Kadang-kadang, Sederhana Kerap, Kerap dan Sangat Kerap.

• Selain berkongsi batasan kaedah pemerhatian, kaedah lisan mempunyai duabatasan lain, iaitu ingatan menjadi tidak tepat apabila jarak masa adalah lama antaraperistiwa yang berlaku dengan temu bual, dan kedua maklumat yang diberi mungkintidak benar.

3. Kaedah Penulisan

Pernahkah anda mengisi borang soal selidik yang diminta oleh kumpulan-kumpulan tertentu atas tujuan-tujuan tertentu?. Bentuk-bentuk soalan yangterdapat dalam borang soal selidik tersebut mempunyai beberapa kriteriatertentu. Sekiranya anda ingin membuat soal selidik berhubung denganpencapaian para pelajar anda, apakah objektif utama yang ingin anda lihat?

Kaedah penulisan ialah kaedah pengumpulan maklumat yang biasa digunakan untukmendapatkan ukuran bagi sesuatu konstruk. Kaedah ini mengunakan teknik penulisansebagai respons kepada satu set soalan ujian atau satu set pernyataan soal selidik.Respons yang ditulis menjadi rekod kepada maklumat yang diberikan oleh subjek tentangdirinya atau orang-orang lain yang berkenaan. Kaedah penulisan ini boleh dibahagikankepada dua (2) bentuk, iaitu ujian dan soal selidik/inventori.

Rajah 3.13 : Kaedah penulisan

• Ujian merujuk kepada teknik mendapatkan maklumat daripada jawapan kepadasatu set soalan untuk mengukur pencapaian tertentu; manakala soal selidik/inventoriadalah teknik mendapatkan maklumat daripada jawapan kepada satu set pernyataantertentu.

• Maklumat daripada ujian dapat dibahagikan kepada dua (2) jenis, iaitu kuantitatifdan kualitatif. Maklumat kuantitatif ialah markah ujian, sementara maklumat kualitatifialah bagaimana pelajar mendapat markah tersebut (seperti soalan mana yangdijawab).

• Maklumat kuantitatif ini boleh ditafsir berasaskan kepada dua rujukan, iaitu pertama,membandingkan markah pelajar dengan markah pelajar lain (Penilaian RujukanNorma) atau, kedua, membandingkannya dengan kriteria tertentu (Penilaian RujukanKriteria).

Page 20: JENIS2 UJIAN

OUM 63

TAJUK 3 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN

4. Kaedah Pertimbangan ProfesionalKaedah pertimbangan profesional ialah kaedah pengumpulan maklumat melalui pendapatahli/kumpulan profesional yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu, apabilaorang yang bertanggungjawab untuk menilai, tidak mempunyai kepakaran tersebut.Kepakaran yang diperlukan mungkin dalam bidang pendengaran, penglihatan, masalahpembelajaran, pemulihan bacaan dan sebagainya. Contoh-contoh pertimbanganprofesional serta kekuatan dan kelemahan kaedah ini diberikan di bawah.

• Pertimbangan daripada pakar neorolgi perlu dijadikan asas apabila guru inginmembuat keputusan sama ada seseorang pelajar boleh dikategorikan sebagaipelajar khas terencat akal.

• Pertimbangan daripada pakar kaunseling kerjaya perlu dijadikan asas apabila guruingin membuat keputusan sama ada seseorang pelajar itu sesuai mengikuti sesuatualiran pengajian.

• Kaedah ini adalah terbaik sekiranya pakar bidang memberi pertimbangan secarajujur/profesional, tetapi akan memberi kesan yang buruk sekiranya mereka memberipertimbangan yang tidak tepat/tidak jujur.

5. Kaedah PotfolioPendekatan baru dalam penilaian ialah pendekatan yang dikatakan kurang objektif, analitikdan kuantitatif; iaitu ia lebih subjektif, kualitatif dan holistik. Antaranya ialah penilaian potfolio(portfolio evaluation). Kaedah potfolio ialah kaedah pengumpulan maklumat melaluipendapat penilai terhadap satu set hasil kerja pelajar. Potfolio melibatkan pengumpulanhasil kerja pelajar yang berkait dengan pengetahuan/kemahiran yang ingin dinilai. Ia muladigunakan untuk menilai kemahiran seni, seperti seni lukis, pemodelan, fotografi danseni muzik. Sekarang kaedah ini digunakan untuk menilai pengetahuan/kefahaman,seperti penulisan, pembacaan dan matematik. Kekuatan dan kelemahan penilaian potfolioini diberikan di bawah.

• Penilaian biasanya dibuat bagi objektif pengajaran yang lebih tinggi (analisis, sintesis,penilaian). Bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk menilai pencapaian padaperingkat yang lebih rendah (pengetahuan, kefahaman, aplikasi), terutama bagipelajar khas.

• Penilain ini juga sesuai untuk menilai kecekapan/keberkesanan strategi yang dipilihdan kemahiran yang diguna untuk menghasilkan sesuatu objek, yang biasanyamerupakan sebuah karya asli (penilaian ini dipanggil juga penilaian autentik).

• Penilaian ini menggalakan kerjasama/kerja berkumpulan antara pelajar dan jugadengan guru yang bertujuan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik serta melatihpelajar untuk berfikir dan membuat refleksi tentang kerja yang mereka lakukan.

• Penilaian ini menjadi tidak sah disebabkan oleh beberapa perkara seperti hasil kerjayang dikumpul tidak sesuai dengan aspek yang hendak dinilai, hasil kerja tersebutbukan karya asli pelajar, atau penilainya bukan pakar dalam aspek yang hendakdinilai.

Sebagai kesimpulannya, didapati bahawa terdapat 5 teknik-teknik kaedahpengukuranyang boleh dinyatakan dalam kedah pengukuran seperti dalam Rajah 3.14di bawah.

Page 21: JENIS2 UJIAN

64 OUM

JENIS UJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 3

RUMUSAN

Tajuk ini telah membincangkan tentang jenis ujian dan jenis penilaian. Jenis ujian meliputiujian pencapaian, kecerdasan, prestasi, diagnostik, kecekapan, bakat, personaliti, rujukannorma dan rujukan kriteria. Jenis penilaian pula meliputi Penilaian Rujukan Norma, PenilaianRujukan Kriteria, Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif. Seterusnya, tajuk ini jugamenjelaskan tentang kaedah pengukuran melalui pemerhatian, lisan, penulisan, pertimbanganprofesional dan potfolio. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, selain Penilaian Sumatif,Penilaian Formatif yang diadakan sepanjang proses pengajaran adalah amat penting kepadaguru dan juga pelajar.

Penilaian formatif dapat menentukan kelemahan dan kekuatan pelajar bagi setiap tajuk yangdiajar. Maklumat yang diperoleh daripada penaksiran formal dan tidak formal dapat membantuguru untuk mengadakan aktiviti/program pemulihan, termasuk mengubah pendekatan/kaedahpengajaran, untuk membantu pelajar lemah agar mereka terus maju. Bagi pelajar yang berjayapula, mereka boleh diberi aktiviti/program pengayaan agar mereka mencapai kejayaan yanglebih baik/cemerlang. Maklumat daripada Penilaian Formatif juga penting kepada pelajar, keranamelaluinya pelajar mengetahui kelemahan mereka, dan seterusnya, mereka akan cubamengatasi kelemahan ini sendiri.

Rajah 3.14 : Teknik-teknik kaedah pengukuran

Latihan 3.6

Berikan satu contoh pertimbangan profesional seseorang guru terhadappelajarnya. Jelaskan mengapa tindakan ini dianggapkan sebagai pertimbanganprofesional guru.

Page 22: JENIS2 UJIAN

OUM 65

TAJUK 3 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN

GLOSARI

Ujian Pencapaian ialah ujian yang digunakan untuk mengukur sejauh manaseseorang pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang telah diajarguru, yang biasanya ujian ini diberikan pada hujung penggalatau akhir tahun persekolahan.

Ujian Kecerdasan yang juga dikenali sebagai ujian mental, ialah ujian yangdigunakan untuk mengukur kecerdasan mental seseorangindividu atau perbezaan antara individu.

Ujian Prestasi ialah ujian yang digunakan untuk mengukur keupayaan/kecekapan pelajar melakukan sesuatu tugas yang melibatkanmanipulasi objek yang kongkrit dan ia memerlukan para pelajarmembuat beberapa tugasan lain sebagai ukuran tambahan.

Ujian Diagnostik ialah ujian yang digunakan untuk mengenal pasti masalah yangdihadapi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajarandan juga untuk menentukan punca-punca yang menyebabkanmasalah itu berlaku.

Ujian Kecekapan ialah ujian yang digunakan untuk mengukur keupayaan ataukecekapan seseorang pelajar melaksanakan sesuatu tugas.

Ujian Bakat ialah ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakatatau keistimewaan yang dimiliki oleh seseorang pelajar dan hasildaripada ujian ini boleh digunakan untuk pelajar memilih bidangpengajian yang sesuai baginya.

Ujian Personaliti ialah ujian yang digunakan untuk mengukur personaliti pelajar,seperti sikap, pendirian, nilai, minat dan motivasi; yang diukurmelalui alat-alat psikologi yang berbentuk ujian, inventori,indikator atau indeks.

Ujian Rujukan Norma ialah ujian yang digunakan untuk membanding pencapaianseseorang calon/pelajar dengan pencapaian calon/pelajar lainyang mengambil ujian yang sama.

Ujian Rujukan Kriteria ialah ujian yang digunakan untuk membanding pencapaianseseorang calon/pelajar dengan kriteria yang telah ditetapkan,tanpa melibatkan perbandingan antara calon/pelajar.

Penilaian Formatif ialah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjangproses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilaikeberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagisetiap tajuk yang diajar.

Penilaian Sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran (akhir penggal/akhir tahun persekolahan), yang bertujuan untuk menilaipencapaian akhir pelajar.

Page 23: JENIS2 UJIAN

66 OUM

JENIS UJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 3

UJIAN 1

1. Jelaskan apakah ujian bakat dan tujuannya.

2. Adakah ujian kecerdasan boleh dianggap sebagai ujian sumatif? Berikan sebabnya.

3. Berikan beberapa keadaan yang boleh menyebabkan penilain potfolio tidak sah.

UJIAN 2

1. Jelaskan maksud ujian formatif.

2. Berikan beberapa tujuan ujian ini.

3. Pilih satu tujuan ujian ini dan jelaskan prosedur membina soalannya.

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin. (1987). Developing scale in affective domain. Occasional papers no.5.Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bloom, B.S. (1989). Taksonomi objektif pendidikan, buku pedoman 1: Domain kognitif (ed.).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bloom, B.S., Hasting, J.T., Madaus, G.F. (1971). Handbook on formative and summativeevaluation of student learning. New York: Harper and Row Publisher.

Grondlund, N. E. (1971). Measurement and evaluation in teaching. New York: MacmillanCompany.

Hanna, G.S. & Dettmer, P.A. (2004). Assessment for Effective Teaching: Using Context-Adaptive Planning. Boston:Pearson-Allan & Allyn and Bacon.

Krathwohl, D.R., Bloom, B.S., Masia, B.B. (1965). Classroom testing: Construction. Illinois:F.E Peacock Publisher Inc.

Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Perkembangan Kurikulum.( 1996). Penilaian kendalian sekolah. Kementerian PendidikanMalaysia.

Raminah Haji Sabran. (1991) penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya padaperingkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Popham, W.J. (1981). Modern educational measurement. Englewood Cliffs NJ: Printice Hall.

Glaser, R. (1973). “A Creterion-Referenced Test”, dlm. Popham, W.J (ed.) Criterion-referencedmeasurement, An introduction. New Jersey: Educational Technology Publication.

Salvia, J. & Ysseldyke, J.E. (2004). Assessment In Special and Inclusive Education (NinthEdition). Boston: Houghton Mifflin Company.