ucapan politik

Upload: matahatijohor

Post on 30-May-2018

233 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 UCAPAN POLITIK

    1/12

    PERSIDANGAN PERWAKILAN 2004

    Tarikh : 10hb. Jun 2004

    Tempat: Desaru Golden Beach,

    Bandar Penawar

    BismillahirRahmanirRahim

    Assalamualaikum wbt.

    Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta 'inuhu wanastargfiruh, wana'u zubillahiminsyururi amfusinaa waminsaiyi'ati'a'malina, manyah dihillahu falamuthillalah,

    wamanyuthlil falahaadiyalah, waashaduanlaillahaillallah wahdahulaa syarikalah,

    waashaduanna muhammadan abduhu wa rasuluh.

    Segala puji bagi Allah, kita memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-

    Nya kita berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kita dan keburukan amalan-amalan

    kita, barangsiapa yang Allah tunjuki maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, danbarang siapa yang Allah sesatkan maka tidak ada yang dapat memberinya hidayah. Saya

    bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya kecuali

    Allah, dan saya bersaksi bahawa Nabi Muhammad saw. adalah hamba dan utusan Allahswt.

    Rabbisrohli sodri wayassirliamri wahlul'ukhdatan minlisani yafqohul qauli

    Robbizitni 'ilma warzukni fahma wa'amalan soliha

    Saudara Sidang Perwakilan Sekelian,

    1. Bagi pihak seluruh Ahli Jawatankuasa Penaja Pergerakan Pemuda, Pertubuhan

    Kebangsaan Melayu Bersatu, PEKEMBAR atau UMNO, Bahagian Pengerang, saya

    mengalu-alukan kehadiran saudara-saudara sidang perwakilan ke Persidangan Perwakilan

    Pergerakan Pemuda Penaja UMNO Bahagian Pengerang bagi tahun 2004. Sesungguhnyakehadiran kita di sini pada petang ini adalah merupakan cerminan kepada komitmen kita

    kepada perjuangan Parti kita UMNO, bagi menunaikan dan menjayakan kewajipan dan

    tanggungjawab kita serta selaras dengan kehendak parti menurut Peraturan danPerlembagaan UMNO. Mudah-mudahan kehadiran kita pada hari ini juga akan

    mendalamkan kesedaran, membangkitkan semangat dan menyemarakkan kegigihan kita

    untuk meneruskan perjuangan dalam UMNO demi bangsa, agama dan negara, danseterusnya mendapat taufik dan hidayah daripada Allah swt terhadap segala usaha dan

    pengorbanan yang telah dan bakal kita lakukan, InsyaAllah.

    2. Untuk makluman saudara-saudara, Persidangan kita ini adalah persidangan kitayang pertama setelah kita dipisahkan dari Bahagian Kota Tinggi beberapa bulan yang

    lalu. Bermula dengan 29 buah cawangan pada asalnya, kini kita mempunyai 30 buah

    cawangan Pergerakan Pemuda dengan kelahiran semula sebuah lagi cawangan yangterbongsu iaitu Pergerakan Pemuda Cawangan Kampung Baru Teluk Ramunia. Sama-

    1

  • 8/14/2019 UCAPAN POLITIK

    2/12

    sama kita doakan semoga cawangan ini akan terus maju dan mampu menyumbangkan

    kepada kekuatan Pergerakan Pemuda khasnya dan UMNO Bahagian Pengerang amnya.Insya Allah.

    3. Saya juga ingin memanjatkan rasa penuh kesyukuran kepada Allah swt. kerana

    dengan izinnya Persidangan Pergerakan Pemuda di Peringkat Cawangan - Cawangan

    telah berjalan dengan sempurna dan jayanya tanpa ada sebarang masalah yang besar.Cuma kita ingin melahirkan rasa sedikit terkilan kerana Pergerakan Pemuda Cawangan

    Kampung Sungai Buntu dan Tanjung Surat tidak dapat menjalankan persidangannya padatahun ini. Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi

    terima kasih kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Penaja Pemuda Bahagian Pengerang

    khususnya Saudara Salleh Buyamin selaku Setiausaha serta seluruh Ketua-KetuaPergerakan Pemuda Cawangan yang telah memberikan kerjasama di dalam memastikan

    perjalanan Persidangan Pemuda cawangan dapat dijalankan dengan lancar.

    4. Kepada yang telah menerima perlantikan sebagai Ketua Pemuda Cawangan, AhliJawatankuasa Pemuda Cawangan serta menjadi Perwakilan Pemuda Cawangan, saya

    suka ingin mengucapkan setinggi-tinggi Syabas dan Tahniah. Gunakanlah setiapkesempatan yang ada untuk menaburkan bakti kepada masyarakat. Penyertaan dalamparti politik seperti UMNO yang bertujuan untuk berkhidmat dan membawa kejayaan

    kepada masyarakat, terutamanya bangsa Melayu, memberi banyak peluang kepada kita

    semua untuk menunaikan kewajipan kita. Yang bertanggungjawab di antara kita haruslahbersedia untuk berkhidmat, walaupun kita tidak dapat memenuhi kehendak hati kita dari

    segi tempat dan ganjaran di dunia.

    Saudara Sidang Perwakilan,

    5. Persidangan Pergerakan kita pada hari ini adalah persidangan yang bersejarah dan

    istimewa. Bersejarah kerana inilah kali pertama kita bersidang di atas nama PergerakanPemuda UMNO Bahagian Pengerang. Kepada Bahagian Kota Tinggi yang telah kita

    tinggalkan, Saya mewakili Seluruh Ahli Pergerakan Pemuda mengucapkan selamat maju

    jaya dan insyaAllah segala pengalaman dan pengajaran yang kita terima selama ini akansentiasa menjadi ingatan sepanjang zaman. Yang baik akan jadi panduan dan pedoman -

    yang buruk akan jadi sempadan. Yang pasti marilah kita bersama-sama meningkatkan

    semangat dan iltizam kita untuk memupuk budaya murni dan bermoral dalam berpolitikdemi memastikan keutuhan dan kekuatan parti kita UMNO.

    Saudara sidang Perwakilan,

    6. Persidangan kita kali ini juga merupakan Persidangan yang istimewa. Istimewa

    kerana kita baru sahaja mencapai kejayaan yang cukup cemerlang pada Pilihanraya

    Umum yang lalu. Selaku Ketua Pergerakan ini, saya sesungguhnya merasa kagum danbegitu berbangga dan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah

    kepada saudara-saudara semua kerana telah menunjukkan semangat yang tinggi, penuh

    disiplin, sanggup berkorban, berkerja kuat dan tidak mementingkan upah dan ganjaran didalam melaksanakan tanggungjawab saudara sebagai jentera parti. Sebagai manusia yang

    hanya makhluk tuhan, kita dituntut supaya sentiasa bersyukur. Sebagai Ketua Pergerakan

    Pemuda Bahagian, sesungguhnya saya amat bersyukur kerana ahli-ahli saya telah

    menjalankan tugas dan tanggungjawabnya selaras dengan kehendak parti. Saya juga

    2

  • 8/14/2019 UCAPAN POLITIK

    3/12

    berbangga kerana dengan semangat yang kental dan mendalam terhadap perjuangan

    UMNO, Pergerakan kita telah menyumbang di dalam menentukan kerusi DUN TanjungSurat tetap diwakili oleh Calon dari parti kita UMNO dan bukan dari parti komponen

    BN yang lain.

    7. Sebagai ahli UMNO, kita berhak merasa berbangga di atas kejayaan parti kita.

    Lebih-lebih lagi kita berbangga kerana kita turut memainkan peranan menyumbangterhadap kejayaan tersebut. Tetapi setakat berbangga dengan kejayaan lalu belum boleh

    menjamin kejayaan UMNO pada masa hadapan. UMNO perlu bergerak setiap masa.Perjuangannya tiada berkesudahan manakala pengorbanan perlu berterusan. Setiap hari

    kita bergerak dalam UMNO adalah langkah permulaan yang mesti diteruskan jika kita

    mahu sampai ke matlamat kita. Dalam setiap langkah perjuangan UMNO, ianya hanyaboleh berjaya jika ia terus diberikan sokongan khususnya oleh orang-orang Melayu. Lagi

    ramai orang Melayu menyokong UMNO, lagi pantas, lagi mudah dan lagi cepat UMNO

    bergerak memberi pembelaan dan perjuangan kepada orang-orang Melayu. Orang

    Melayu tidak menyokong UMNO hanya kerana nama pertubuhan kita adalah UMNO.Orang Melayu akan hanya memberikan sokongan berterusan kepada kita jika kita

    berjuang untuk memelihara kekuasaan politik, kesejahteraan ekonomi dan martabat sosialserta mempertingkatkan kesucian agama islam dan keagongan bangsa kita.

    8. Kepada yang telah bergelar Yang Berhormat, Pergerakan Pemuda ingin

    mengucapkan setinggi-tinggi tahniah khususnya kepada Ahli Parlimen kita, YangBerhormat Datuk Azalina Othman Said kerana telah diberikan kepercayaan untuk

    menerajui Kementerian Belia Dan Sukan sebagai Menteri. Bagi saya, mahu atau tidak

    mahu, Datuk Azalina sudah menjadi sebahagian daripada kita, orang Pengerang. Sebagai

    orang muda, kita merasa sungguh yakin dan penuh percaya bahawa Datuk Azalinamampu memikul segala tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan baik dan

    cemerlang. Sebagai sebahagian dari warga Pengerang, kita tumpang merasa bangga

    dengan perlantikan tersebut dan akan sentiasa mendoakan agar Yang Berhormat Datukakan terus berjaya pada masa-masa yang akan datang. Pergerakan Pemuda akan terus

    memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi di dalam menentu dan mewujudkan

    prasarana politik yang kondusif bagi kemudahan Yang Berhormat Datuk melaksanakantanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Pengerang dengan efektif.

    9. Cuma sebagai peringatan kepada kita semua, sejarah telah membuktikan bahawacalon-calon UMNO memang sering memenangi pilihanraya sejak kita mula mengenal

    sistem pilihanraya di dalam amalan demokrasi sehinggalah ke hari ini. Tetapi sejarah juga

    telah menunjukkan bahawa apabila kejayaan tidak diuruskan dengan sepatutnya, UMNO

    boleh juga dikalahkan seperti yang telah berlaku di Kelantan dan di Terengganu.Walaubagaimana pun, sejarah juga telah membuktikan bahawa UMNO masih boleh

    menang dan mencapai semula kejayaan, boleh merebut semula kuasa pemerintahan

    setelah perubahan dilakukan dan segala kesilapan lalu diperbetulkan seperti yang berlakudi Terengganu pada pilihanraya yang lalu.

    10. Saya ingin menarik perhatian kita semua bahawa Pergerakan Pemuda BahagianPengerang akan mengambil segala jalan yang ada untuk membantu parti kita di Bahagian

    Pengerang ini menguruskan kejayaannya dengan sebaik mungkin agar sejarah di negeri

    Kelantan dan Terengganu tidak berlaku di bahagian Pengerang ini. Untuk itu Pemuda

    akan sentiasa menjadi sayap kanan parti yang berjasa, memberikan pandangan apabila

    3

  • 8/14/2019 UCAPAN POLITIK

    4/12

    diperlukan, menegur dan mengkritik di dalam menyatakan kebenaran walaupun terpaksa

    menelan kepahitan dan berhadapan dengan "ROTAN" dan duri ranjau perjuangan.Pendek kata, Pemuda tidak akan menjadi Pak Turut sahaja. Fahamkan baik-baik, kita

    berpendirian sebegini adalah kerana kita terlalu sayangkan UMNO sebagai satu-satunya

    wadah perjuangan orang Melayu. Pergerakan Pemuda Bahagian Pengerang akan terus

    memainkan peranan sejajar dengan amalan demokrasi dalam parti dan negara, sebagai

    kuasa terpenting mendesak, memberi fikiran, membuat cadangan, menyokong danmenentukan haluan perjuangan UMNO dalam apa sahaja perkara atau isu yang

    memerlukan pandangan atau cadangan kita. Kita akan menunjukkan kesanggupan dankesediaan kita untuk terus menjadi tenaga dan penggerak di barisan hadapan parti. Kita

    akan dengan tegas dan berani memberikan pandangan dan pendapat kita kerana

    kefahaman dan kesedaran kita terhadap prinsip dan falsafah perjuangan bangsa. Kitaharus menjadi tegas dan berani kerana kita tahu tindakan kita itu benar-benar

    mencerminkan kehendak dan melindungi kepentingan masyarakat umum, bukan

    kepentingan pribadi ataupun kepentingan khusus sesuatu golongan.

    11. Kepada Wakil-Wakil Rakyat, Berterima kasihlah kepada parti dan rakyat yang

    telah memberikan peluang dan sokongan sehingga kini. Laksanakanlah tanggungjawabyang ada dengan cara yang bijaksana. Masih banyak pembangunan yang diharapkan olehpenduduk Pengerang ini dan yang boleh dan belum dilaksanakan. Kampung Baru Sungai

    Mas : masih belum mendapat kemudahan elektrik. Masih terdapat keluarga yang

    menggunakan air perigi di Kampung Sungai Buntu. Setiap tahun ramai pelajar diKampung Linting dan Tanjung Surat yang tercicir dari meneruskan persekolahan ke

    tingkatan satu kerana ketiadaan sebuah jambatan sebagai penghubung ke pulau tersebut.

    Pengerang sebagai sebuah daerah kecil belum memiliki Hospitalnya sendiri. Kepada

    Yang Berhormat Datuk Azalina, kita tidak hanya mahu acara-acara sukan bertarafantarabangsa diadakan di sini kerana itu hanya bersifat sementara. Apabila Yang

    Berhormat Datuk berubah Kementerian, kemungkinan acara-acara tersebut akan

    dipindahkan ke kawasan lain pula mengikut selera Menteri Belia & Sukan pada ketikaitu. Usaha haruslah dimulakan daripada sekarang untuk membangunkan identiti

    Pengerang sebagai sebuah kawasan Pendidikan dan pembangunan sumber manusia yang

    cemerlang dan gemilang serta sebagai destinasi pelancongan yang terbilang. SebagaiMenteri kita yakin YB Datuk boleh menarik dan mencadangkan agar Kerajaan membina

    lebih banyak pusat-pusat pengajian dan latihan seperti MRSM, Kolej dan Universiti,

    Pusat Latihan Koperasi, Pusat Latihan Perindustrian, dan lain-lain pusat latihan yangtentunya akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan, dan

    seterusnya akan menambahkan lagi kemakmuran di kawasan kita ini.

    12. Kawasan Pengerang yang belum dibangunkan sepenuhnya ini memberikanpeluang yang begitu baik kepada wakil-wakil rakyat kita untuk menaburkan khidmat,

    idea dan jasa bagi faedah seluruh penduduk yang begitu dahagakan pembangunan. Kami

    sebagai sebahagian daripada penduduk Pengerang akan sentiasa menilai siapakah diantara mereka yang berjuang mendapat tempat sebagai wakil rakyat untuk menjayakan

    ideanya @ sebaliknya hanya untuk menggunakan kedudukan sebagai YB bagi

    kepentingan keluarga, kumpulan atau diri sendiri sahaja. Pergerakan Pemuda akansentiasa menyokong pembangunan yang membawa kemakmuran kepada penduduk

    Pengerang keseluruhannya

    .

    4

  • 8/14/2019 UCAPAN POLITIK

    5/12

    SOAL PERTANDINGAN13. Persidangan pada kali ini juga istimewa kerana saudara semua akan menunaikanhak dan tanggungjawab untuk menentukan barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda

    UMNO Bahagian Pengerang yang baru serta arah matlamat perjuangannya bagi masa-

    masa yang akan datang. Sebelum itu suka saya menginggatkan, janganlah sekali-kali kita

    lupa bahawa tujuan pertandingan dan amalan demokrasi yang wujud di dalam UMNOadalah suatu proses yang sengaja diwujudkan oleh parti untuk mengukuhkan parti, bukan

    pertarungan untuk mencari juara. Setiap ahli pemuda yang mendukung cita-cita dan

    perjuangan parti dan prinsip demokrasi, tidak kira apa pun jawatannya, adalah juarasebenarnya. Ini kerana dalam UMNO tidak ada sesiapa yang lebih berhak dari yang lain.

    Jawatan-jawatan yang dipegang adalah amanah sementara untuk kepentingan parti,

    kepentingan agama, bangsa dan negara. Pengajaran yang harus kita sematkan dalam hatikita ialah pertandingan boleh mengakibatkan perpecahan jika kita mengutamakan calon

    tertentu atau penaja calon tertentu dan tidak mengutamakan parti. Perjuangan parti jauh

    lebih penting daripada calon atau mana-mana pemimpin @ penaja. Berhubung dengan

    hal ini, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang ingin menyatakan pendirian

    menyokong penuh jawatan Presiden dan Timbalan Presiden serta Ketua PergerakanPemuda Malaysia agar tidak dipertandingkan. Ini adalah berikutan kejayaan ketiga-tiga

    pemimpin tertinggi kita itu yang telah berjaya mengembalikan semula keyakinan dankepercayaan rakyat terhadap UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional yang dapat kita lihat

    pada Pilihanraya Umum yang lalu.

    Saudara Sidang Perwakilan,

    14. Saya sedar ada rakan-rakan yang risau kerana pada musim pemilihan kali ini, sayatidak berkempen, tidak menubuhkan kumpulan yg bergerak ke cawangan-cawangan

    untuk berkempen dan mendesak cawangan supaya mencalonkan dan mengundi saya.

    Sebenarnya saudara, saya tidak mahu menjadi penganjur kepada perpecahan kerana sayaadalah ketua pergerakan ini, itulah yang membezakan niat di antara saya dan mereka.Pemimpin agong kita, Tun Dr Mahathir ada mengingatkan:anganlah pilih mereka yangberhempas pulas untuk merebut sesuatu jawatan kerana pasti ada niat tertentu disebalik

    keghairahan mereka itu. Agama kita juga ada menyeru ahawa jika datang suatukumpulan tertentu yang bersungguh-sungguh mengajak kamu kepada sesuatu perkara,

    maka selidikilah dahulu kerana dikhuatiri ada maksud jahat disebalik keghairahan mereka

    itu. Pesanan siapa lagi yang wajar kita ikut jika bukan dari pemimpin-pemimpin kita,lebih-lebih lagi bila jika seruan itu datangnya dari agama kita sendiri. Berasaskan kepada

    tujuan pertandingan seperti yang saya nyatakan tadi, terus terang saya katakan bahawa

    saya tidak gentar langsung apabila mendapat tahu bahawa saya akan dicabar walaupun

    baru memberikan kepimpinan kepada Pergerakan kita selaku Ketua Pergerakan ini kira-kira tujuh bulan sahaja dan masih pun berstatus Penaja. Kerana bagi saya tujuan

    pertandingan adalah untuk mengukuhkan parti, mencari yang terbaik untuk memimpin

    parti bukan untuk menggunakan kedudukan dalam parti bagi kepentingan sendiri, bukanjuga untuk membalas dendam atau untuk menjadi alat kepada mereka yang tidak berniat

    baik dan mahu melihat pemuda berada di dalam keadaan berpecahbelah dan lemah agar

    mudah diperkotak-katikkan. Jika benar unsur terakhir yang saya sebutkan tadi wujud,saya mohon biarlah Pemuda menentukan kepimpinannya sendiri. Pemuda hari ini sudah

    cukup matang untuk membezakan yang mana kaca dan permata, yang mana baik dan

    5

  • 8/14/2019 UCAPAN POLITIK

    6/12

    yang mana buruk.

    15. Sebenarnya saya amat sedar bahawa apabila di peringkat awal tidak ada

    pertandingan bagi jawatan Ketua, ada anasir pengacau di dalam dan di luar parti yang

    tidak suka dan tidak senang jawatan Ketua Pemuda dimenangi secara percuma. Justeru

    saya dimaklumkan terdapatnya usaha oleh pihak tertentu untuk menaja individu tertentu

    dan mengadu domba pemuda di peringkat cawangan-cawangan. Perpaduan erat yang berjaya kita bina dan pupuk semasa menghadapi pilihanraya cuba dirobak-robekkan.

    Benarlah sejarah telah membuktikan bahawa, berlakunya perpecahan dalam UMNOadalah disebabkan kepentingan diri orang-orang tertentu. Isu sebenarnya tidak ada, tetapi

    isu telah dicipta dan diada-adakan bagi menyokong perjuangan diri sendiri. Saya

    menyeru kepada saudara-saudara, sayangi dan cintailah UMNO dan bukan kepada orang-orang tertentu di dalamnya, termasuk saya. Jangan sekali-kali kerana begitu sayang atau

    takut kepada seseorang sehingga kita sanggup memecahbelahkan perpaduan yang ada

    didalam UMNO. Takut yang saya maksudkan seperti takut tidak dapat projek-projek

    khususnya bagi kontraktor-kontraktor dari kalangan pemuda. Percayalah, rezeki di tanganTuhan. Ingatlah, Pemimpin yang kuat belum tentu boleh menjamin kelangsungan

    perjuangan bangsa - tetapi parti yang kuat telah terbukti mampu menjadi sandaran bagikelangsungan perjuangan bangsa Melayu.

    Saudara Rakan Seperjuangan Sekelian,

    16. UMNO adalah sebuah parti yang sungguh bertuah. Dibandingkan dengan parti

    yang menuntut kemerdekaan di negara-negara lain yang sudah tidak lagi wujud atau

    mendapat sokongan, UMNO masih kuat dan masih mendapat sokongan ramai.

    Perjuangannya berkesinambungan dari satu generasi ke satu generasi dan insyaAllahsehingga ke akhir zaman. Tetapi ini semua tidak berlaku secara otomatis atau bergolek

    dengan sendiri. Satu daripada sebab mengapa UMNO menghadapi keadaan ini dengan

    jayanya ialah kerana UMNO sentiasa memikirkan soal pelapis atau pengganti.Pendekkata, UMNO sentiasa mencari dan memberi galakan supaya wujudnya barisan

    pelapis yang akhirnya boleh dan mampu mengambil alih kepimpinan menerajui UMNO.

    Dalam menentukan soal pelapis dan pengganti, janganlah difikirkan soal sokonganpribadi terhadap seseorang pemimpin tetapi kesinambungan perjuangan parti untuk

    membaiki dan membela nasib serta kedudukan orang Melayu.

    17. Kerana tanggungjawab, cabaran dan dugaannya adalah besar, barisan pelapis dan

    pengganti perlu diberikan pendedahan, pengalaman dan ilmu pengetahuan supaya mereka

    berkemampuan mengambilalih kepimpinan. Barisan pelapis dan pengganti perlu sentiasa

    beringat dan berwaspada bahawa UMNO adalah parti politik terbesar di Malaysia, partiyang ditubuhkan atas himpunan semangat kebangsaan Melayu yang jitu, yang digerakkan

    atas semangat, keringat dan airmata orang melayu, lahir di atas perpaduan bangsa Melayu

    yang tulin, lahir untuk menentang Malayan Union dan lahir untuk membawa pembangunan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada bangsa, agama dan negara.

    Mereka tidak perlukan penajaan apatah lagi jika penajaan itu datangnya dari luar. Barisan

    pelapis yang menggunakan tajaan dari luar tidak percaya kepada kewibawaan merekasendiri. Justeru itu, akhirnya, tentulah ahli-ahli sendiri akan hilang kepercayaan dan

    keyakinan mereka.

    18. Kejayaan sesuatu kepimpinan tidak diukur semasa kemenangannya dalam

    6

  • 8/14/2019 UCAPAN POLITIK

    7/12

    pertandingan. Sepanjang masa ia memimpinlah yang akan menjadi ukuran kejayaan

    kepimpinannya. Seseorang pemimpin atau pelapis yang mahu diangkat menjadipemimpin mestilah mempunyai kredibiliti dan kewibawaan. Dia mestilah mempunyai

    kesedaran dan sentiasa berwaspada bahawa dia tidak diperalatkan oleh orang lain .

    Dia mampu melaksanakan segala tanggungjawab yang diberikan dan sentiasa bergerak

    untuk kepentingan ramai. Kepimpinannya mestilah boleh dipertanggungjawabkan.

    Kepimpinannya perlu berteraskan nilai-nilai unggul seperti keilmuan, integriti moral,keadilan dan sebagainya. Inilah asas-asas yang hendak kita lahirkan di kalangan pelapis

    UMNO. Janganlah kita menggunakan asas yang tidak betul untuk melahirkan pemimpinpelapis kita. Tindakan yang salah hanya akan menyusahkan kita semua.

    19. Tidak dinafikan, keadaan di mana pelapis yang ditaja mendapat kejayaan. Tetapi,kerana kepimpinan tidak disertai dengan persiapan melengkapkan diri, apatah lagi tidak

    mendalam kefahaman mengenai perjuangan, kurangnya kesedaran dan sentiasa

    diperalatkan berasaskan kepada penajaan, maka akhirnya akan lahirlah kepimpinan yang

    tidak berkesan, yang tidak dapat menggerakkan parti, yang tidak membantumengukuhkan kedudukan parti. Akhirnya, mereka akan hilang sokongan dan tamatlah

    riwayat politik mereka. Sejarah telah menunjukkan kepada kita, sokongan atas prinsip perjuangan adalah sokongan yang kekal dan abadi. Sebaliknya, sokongan yangberasaskan penajaan dan kepentingan pribadi tidak akan bertahan lama kerana semua

    manusia mempunyai kepentingan pribadi yang berbeza. Tidak ada sesuatu yang boleh

    menyatukan mereka. Lagi lama mereka bersama, lagi jelas jurang yang terdapat dalamkumpulan mereka.

    20. Ingatlah saudara, Pemimpin tajaan tidak akan mampu membawa idealisme

    pemuda. Pemimpin tajaan akan menjadi lembu yang dicucuk hidung. Pemimpin tajaan

    tidak akan berani menyatakan kebenaran. Pemimpin tajaan tidak akan berani sama sekaliuntuk mengkritik penajanya walaupun penajanya melakukan penyelewengan dalam

    perjuangan Umno. Akhirnya, idealisme pemuda akan dipinggirkan. Akhirnya tuntutan

    agama agar kita berani menyatakan kebenaran akan diketepikan, sebaliknya pemuda akanmemperjuangkan kebatilan dan kedangkalan... Kerana apa? Kerana pemimpin pemuda

    adalah pemimpin tajaan, pemimpin yang di taja oleh orang lain. Jika ini dibiarkan

    berlaku, Pergerakan kita akan lemah. Pergerakan Pemuda yang lemah tidak akan dapatmemperjuangkan nasib dan masa depan kita semua sebagai ahlinya.

    Saudara-saudara sahabat seperjuangan sekelian,

    21. Pergerakan Pemuda adalah diibaratkan sebuah kilang yang bertanggungjawab

    melahirkan pemimpin-pemimpin pelapis bagi parti kita UMNO. Hal ini diakui sejak dari

    dahulu lagi. Kebanyakan pemimpin UMNO hari ini adalah pemimpin yang telahmendapat latihan dari kilang pemuda. Secara berterus terang saya mengakui, sehingga

    kini saya adalah salah seorang ahli pemuda yang telah dan sedang melalui proses di

    dalam kilang pemuda ini. Bermula dengan menawarkan diri sebagai Ahli Jawatankuasa,Naib Ketua dan kini sebagai Ketua Pemuda Penaja, saya berada di sini, di depan saudara

    sekelian adalah dengan sokongan saudara semua. Tanpa sokongan saudara tidak mungkin

    saya dapat mencapai sehingga ke tahap ini. Saya amat bersyukur dan berterima kasih di

    atas sokongan yang telah saudara berikan selama ini.

    7

  • 8/14/2019 UCAPAN POLITIK

    8/12

    22. Setiap kali saya menawarkan diri untuk bertanding, saya tidak pernahmenawarkan apa-apa imbuhan kepada mereka yang menyokong saya melainkan

    menawarkan khidmat yang ikhlas untuk berjuang demi kepentingan agama, bangsa dan

    negara. Saya bertanding untuk memastikan saya berpeluang untuk menjayakan idea-idea

    yang saya miliki hasil dari pembelajaran, pengamatan dan pengalaman saya untuk

    dilaksanakan melalui wadah Pergerakan Pemuda. Saya sedar, dalam masa tujuh bulansebagai Ketua Pergerakan ini, saya lebih memfokaskan kerja saya kepada usaha untuk

    mempersiapkan jentera pilihanraya bagi membantu parti memenangi pilihanraya umumyang lalu. Segala perancangan yang telah saya siapkan untuk Pergerakan Pemuda belum

    sempat pun untuk saya jayakan dalam masa tujuh bulan ini. Saya sedar, untuk

    memberikan kepimpinan secara berkesan memerlukan masa yang secukupnya. Tujuhbulan tentunya mustahil untuk seseorang pemimpin menunjukkan kepimpinannya yang

    sebenar lebih-lebih lagi sebahagian besar daripada masa itu terpaksa ditumpukan kepada

    membantu parti menyediakan jentera untuk menghadapi pilihanraya.

    23. Saya juga sedar, terdapat suatu usaha yang terancang untuk menjatuhkan

    pemimpin-pemimpin tertentu di dalam UMNO Bahagian Pengerang ini. Padahal kitasemua baru sahaja selesai bekerja bersama-sama di dalam menyumbangkan kemenangancemerlang pada pilihanraya yang lalu. Saudara bayangkan, Yang Berhormat Dato

    Azalina, seorang Menteri dan Ketua Puteri UMNO Malaysia pun cuba dicabar. Inikan

    pula yang tidak berjawatan. Nasib baiklah, masih ramai ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua wanita cawangan dalam bahagian Pengerang ini yang masih waras lagi dan masih

    boleh berfikir.

    24. Sesungguhnya saya amat sedar, ada pihak yang tidak senang dengan kedudukansaya sebagai Ketua Pemuda. Hak saya selaku Naib Ketua Pemuda Bahagian Kota Tinggi

    untuk menjadi Ketua Pemuda Penaja Bahagian Pengerang cuba dinafikan pada proses

    pembentukan UMNO Bahagian Pengerang sejak pemecahan sempadan lagi. Mereka iniberusaha dengan pelbagai cara dan tipu helah serta fitnah untuk memastikan jawatan ini

    disandang oleh kroni mereka, orang yang boleh mengikut telunjuknya, iaitu orang yang

    pernah kalah kepada saya dalam pertandingan jawatan Naib Ketua Pemuda BahagianKota Tinggi sebelum ini. Pelbagai fitnah dan fakta yang salah telah disogokkan kepada

    Yang Berhormat Dato Hishamuddin Tun Hussein, Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

    Mereka menipu Yang Berhormat Dato Hisham dengan mengatakan orang ini tidakpernah kalah kepada saya. Alangkan malunya perbuatan mereka ini. Kita bernasib baik

    kerana Yang Berhormat Dato Hishamuddin adalah seorang pemimpin muda yang adil dan

    bijaksana, jauh sekali bersifat zalim. Saya dipanggil untuk membela diri bagi

    membuktikan semua tohmahan yang dilemparkan oleh mereka ini adalah palsu danfitnah. Surat dari Saudara Sutan Shahril, Pengerusi Tetap Pemuda Bahagian Kota Tinggi

    membuktikan saya berada di pihak yang benar sehinggalah saya diberikan kepercayaan

    untuk memikul amanah bagi memimpin Pergerakan ini. Inilah wajah mereka sebenarnya,sanggup melakukan apa sahaja demi untuk merebut jawatan termasuk memfitnah,

    mengugut dan perbuatan-perbuatan keji yang lain. Kenapa mereka sanggup dan

    bersungguh-sungguh benar melakukan semua ini. Wallahualambissawab. Tepuk dadatanya hati.

    25. Usaha buruk ini masih terus dilakukan oleh mereka pada pemilihan kali ini. Berat

    8

  • 8/14/2019 UCAPAN POLITIK

    9/12

    juga untuk saya mendedahkan hal ini kepada saudara semua bahawa calon dihantar dan

    yang ditaja untuk menyingkirkan saya kali ini merupakan orang yang akan habis umurpemudanya pada bulan hadapan. Bulan tujuh bertanding jawatan ketua pemuda, bulan

    lapan habis umur pemuda. Tak sampai sebulan pun. Saya ulangi, biarlah pemuda

    dipimpin oleh pemuda sendiri. Jangan kita cuba mengambil risiko dengan membiarkan

    pemuda dipimpin oleh orang yang tidak boleh dipertanggungjawabkan di atas

    kepimpinannya, sedangkan kita tahu bahawa setiap pemimpin itu bertanggungjawab diatas kepimpinannya. Kalaulah orang ini mengabaikan tanggungjawabnya pun pemuda

    tidak boleh menghukumnya kerana bagi beliau, tidak ada apa-apa kepentingannya lagiuntuk menjaga pemuda kerana mungkin orang ini boleh berkata: saya tidak akan boleh

    bertanding apa-apa jawatan lagi dalam pemuda, buat apa saya hendak bersusah payah

    untuk pemuda lagi. Kesannya, pemuda keseluruhannya yang akan rugi. Janganlah cubamengambil risiko yang sebegini besar untuk masa depan pemuda. Ingatlah sejarah.

    Janganlah sampai pisang berbuah dua kali. Begitulah mereka ini, apa sahaja dilakukan

    asal saja matlamat mereka tercapai. Bagi mereka, matlamat menghalalkan segala cara.

    26. Saya berharap Saudara sidang perwakilan sekelian sedar akan perkara ini dan

    menggunakan hak saudara untuk membuktikan bahawa pemuda mempunyai pendiriantersendiri. Pemuda bukannya pengecut dan penakut dan tunduk terhadap tindakan yangtidak baik yang sedang dilakukan oleh pihak tertentu ini. Saya sendiri tidak berhasrat

    untuk menjadi ketua kepada pergerakan pemuda yang ahli-ahlinya adalah penakut dan

    pengecut. Kerana, kalau ahli-ahli pemuda terdiri dari penakut dan pengecut, tentunyaKetuanya adalah bapak kepada segala pengecut dan penakut. Ingatlah saudara,

    berpeganglah kepada prinsip perjuangan UMNO yang tulin. Bahawa alam politikUMNO kita tidak akan bertuankan sesiapa pun. Tuan kita yang sebenar adalah

    PERJUANGAN MELAYU: Perjuangan mengangkat martabat bangsa, agama dan negara.Yang sama perjuangan adalah sahabat perjuangan kita. Yang jelas menyeleweng dari

    prinsip perjuangan UMNO adalah musuh dalam selimut yang lebih berbahaya dari segala

    musuh yang sebenar. Semangat prinsip ini harus meresap ke dalam jiwa dan sanubari kitasebagai ahli pemuda, sebagai pelapis perjuangan UMNO pada masa depan.

    Saudara Perwakilan sekelian,

    27. Di dalam keghairahan untuk merebut jawatan pada pemilihan parti pada kali inijuga, ada pihak yang mendendangkan semula isu-isu lama yang telah terbukti negatif dan

    pernah membantut dan menyebabkan perjuangan Melayu kurang berkesan. Isu yang saya

    maksudkan adalah isu kesukuan (primordial) dan kedaerahan (parochial), isu kampung

    tradisional dan FELDA, serta yang agak merbahaya, isu Orang Luar. Bagi saya, merekayang membangkitkan isu ini sebenarnya kurang idea dan kurang ilmu. Kurang idea

    kerana mereka tidak mampu untuk mencari idea baru yang lebih bernas untuk dijadikan

    isu. Kurang ilmu kerana mereka ini tidak mampu untuk mengkaji sejarah yang lalu.Mungkin kerana mereka tidak sempat menikmati zaman persekolahan yang indah seperti

    saudara-saudara sekelian. Kekurangan ilmu ini menyebabkan mereka tidak sedar bahawa

    mereka telah mengajak semula kita semua ratusan tahun kebelakang. Sebab itu sayasering tekankan bahawa kepimpinan memerlukan ilmu pengetahuan. Sepatutnya

    pertandingan untuk menjadi pemimpin dalam parti adalah pertandingan idea, siapa

    mempunyai idea yang lebih besar, bukan membngkitkan isu-isu yang negatif seperti ini.

    9

  • 8/14/2019 UCAPAN POLITIK

    10/12

    28. Izinkan saya menghuraikan kekeliruan ini. Sebagai contoh, sejarah telah

    membuktikan, revolusi rakyat Indonesia untuk menentang penjajahan Belanda telahmelalui beberapa peringkat. Peringkat pertama adalah di peringkat kesukuan

    (primordial). Banjar dengan banjarnya, Bugis dengan bugisnya, Sunda dan Batak dengan

    suku masing-masing. Madura berjuang untuk suku Madura sahaja. Di dalam peringkat ini

    juga terdapat sekalinya bersamanya semangat kepulauan (Parochial). Rakyat di pulau

    Jawa hanya berjuang untuk pulau Jawa dan tidak sanggup untuk memperjuangkankemerdekaan pulau-pulau yang lain. Sumatera dan yang lain-lain berjuang bersendirian

    untuk membebaskan pulau masing-masing dari pada penjajahan. Ratusan tahun merekaberjuang tetapi tidak mampu menghalau penjajah keluar dari negara segantang lada itu..

    Perjuangan menerusi kaedah ini telah menemui jalan buntu malah sebenarnya adalah

    factor yang melambatkan usaha mencapai kemerdekaan. Menyedari bahawa tiadanyakesatuan menyukarkan mereka mencapai matlamat untuk mendapatkan kemerdekaan,

    tercetus idea untuk berjuang secara lebih besar dengan mengambil konsep perjuangan

    bangsa Indonesia. Pemuda-Pemuda di Indonesia pada pada 28hb Oktober 1928 telah

    bersumpah bagi menyatukan perjuangan seluruh bangsa Indonesia dengan sebuahdeklarasi yang termashur: Kami Setanahair; TANAHAIR INDONESIA, Kami Sebangsa;

    BANGSA INDONESIA, Kami Sebahasa; BAHASA INDONESIA. Melalui deklarasi @sumpah keramat ini, segala usaha, segala fikir dan segala tenaga disatukan di bawahsuatu gagasan perjuangan dan akhirnya Indonesia berjaya mencapai kemerdekaannya 20

    tahun kemudian iaitu pada 17hb Ogos 1948. Sukarno, pemimpin Agong Revolusi

    Indonesia itu, menyedarkan bangsa Indonesia tentang pentingnya kesatuan dalamperjuangan ini kira-kira 76 tahun yang lalu. (75 tahun 8 Bulan dan 11 hari) Tahun ini

    tahun 2004.

    29. Di Tanah Melayu juga pernah berlaku hal yang serupa, perjuangan orang Melayuyang pernah dijajah ratusan tahun hanya berjaya apabila ianya disatukan dibawah satu

    wadah: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, PEKEMBAR @ UMNO. Sebelum itu

    Melayu berjuang secara terpisah-pisah kerana mementingkan semangat primordial danparochial, semangat kesukuan dan kedaerahan. Melayu Kelantan berjuang untuk orang

    Kelantan. Melayu Perak berjuang untuk orang Perak. Begitu juga Melayu dari negeri-

    negeri yang lain termasuk Melayu Johor. Lahirlah bermacam-macam persatuan sepertiAPI (Angkatan Pemuda Insaf), KMM (Kesatuan Melayu Muda), PETA (Pembela

    Tanahair), LKMJ (Lembaga Kesatuan Melayu Johor), PMSJ (Pergerakan Melayu

    Semenanjung Johor dan banyak lagi. Masing-masing perjuangan mempunyai matlamatyang sama iaitu untuk menentang penjajahan tetapi mereka terpisah kerana semangat

    negatif, yang mengecilkan perjuangan mereka iaitu semangat kesukuan dan kedaerahan.

    Dato Onn Jafar adalah tokoh pemimpin Melayu yang telah berjaya menyatu dan

    memperkasakan perjuangan Melayu melalui suatu sahaja wadah Perjuangan iaituUMNO. Walaupun UMNO telah ditubuhkan pada tahun 1946, masih ada persatuan

    Melayu seperti SABERKAS dan Persetiaan Melayu Kelantan yang degil dan enggan

    membenarkan ahlinya menjadi ahli UMNO secara terus. Dengan kebijaksanaanAllahyarham Dato Onn Jaafar, melalui sebuah ucapannya pada tarikh 27hb Disember

    1947, beliau telah berjaya menyedarkan orang Melayu tentang kesilapan ini dan

    perjuangan Melayu dapat disatukan melalui parti UMNO yang unggul dan kesannya,sepuluh tahun sahaja kemudian daripada itu, iaitu pada tahun 1957, Tanah Melayu telah

    mencapai kemerdekaannya setelah melalui zaman penjajahan selama ratusan tahun kira-

    kira selama 450 tahun. Peringatan Dato Onn ini kepada orang Melayu telah dilafaskannya

    kira-kira 57 tahun yang lalu. (56 tahun, 6 bulan dan 12 hari)

    10

  • 8/14/2019 UCAPAN POLITIK

    11/12

    30. Hari ini terdapat dari kalangan kita yang berjuang mengajak dan menyeru pemudaagar kembali semula ke era kelemahan perjuangan Melayu. Mereka ini berkempen ke

    cawangan-cawangan berusaha untuk melemahkan UMNO, mengajak kita kebelakang 57

    tahun, membongkar kubur pejuang kesukuan dan kedaerahan dan cuba menghidupkan

    tulang-tulang yang telah reput itu. Saya telah mengenalpasti siapa mereka ini dan saya

    merasa sungguh-sungguh kasihan kepada mereka ini. Kekurangan ilmu pengetahuantelah menyebabkan mereka keliru dan melakukan kesilapan. Saya mencadangkan agar

    mereka ini terus belajar dan perbanyakkan membaca tentang sejarah perjuangan bangsaMelayu, bangsa kita sendiri, agar dapat mengelakkan diri dari terus melakukan kesilapan

    yang boleh menyebabkan UMNO musnah. Mereka sepatutnya sedar bahawa sesiapa pun

    yang memimpin, ia bertanggungjawab terhadap semua ahli tak kira dari mana ia berasal.

    31. Menyentuh tentang mereka ini, saya teringat akan sebuah pesanan Lukmanul

    Hakim yang terkenal itu kepada anaknya. Katanya Lukman Hakim :wahai anakku, Jika

    kamu tidak dapat menjadi garam yang boleh menahan ikan dari menjadi busuk,

    maka janganlah sekali-kali kamu menjadi langau yang menyebabkan dan

    mempercepatkan ikan itu menjadi busuk. Moral atau pengajaran yang boleh kita dapatdari pesanan Lukman Hakim itu adalah : Jika kita tidak dapat atau tidak mampu untukmenyumbang kepada memastikan UMNO terus utuh dan kuat bagi menjayakan

    perjuangan bangsa Melayu, maka janganlah pula kita menjadi orang yang beria-ia dan

    bersungguh-sungguh berusaha untuk merosak dan menjahanamkan UMNO yang keramatini.

    PENUTUP

    32. Akhir sekali saudara-saudara, tidak ada apa yang dapat saya tawarkan kepada

    Pergerakan Pemuda dan kepada parti kita UMNO melainkan khidmat yang ikhlas, yang

    masih boleh saya berikan. Selagi ada hayat dan kemampuan dan selagi saya dikehendaki,saya akan terus berkhidmat kepada Pergerakan Pemuda, kepada Parti UMNO, kepada

    bangsa Melayu dan kepada negara. Bagi saya, jawatan ketua pemuda ini tidak berguna

    dan tidak ada apa-apa ertinya, melainkan untuk menentukan kepentingan Pemuda,kepentingan UMNO dan kepentingan Melayu terus terpelihara bersama dengan

    kepentingan Agama dan Negara.

    33. Undi memang penting, tetapi saya tidak rela memfitnah dan memburukkan rakan

    sendiri. Undi memang penting, tetapi saya tidak sanggup menipu dan membohongi

    rakan-rakan dan diri sendiri. Undi memang penting dalam amalan politik demokrasi,

    tetapi saya tidak rela kerana undi kita sanggup menjual bangsa dan keturunan sendiri.Ingatlah, tidak ada seorang pun daripada kita, termasuk diri saya sendiri, yang penting.

    Tidak ada seorang ahli UMNO atau pemimpin-pemimpin UMNO yang penting walau apa

    pun jawatan yang mereka sandang. Yang penting adalah pertubuhan ini, PertubuhanKebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau UMNO, sebagai sebuah badan politik

    untuk mengubah nasib orang Melayu.

    34. Justeru itu, saya mengharapkan kepada saudara-saudara rakan-rakan seperjuangan

    sekalian, tunaikanlah hak saudara dengan penuh rasa tanggungjawab kepada tuhan dan

    rasul yang menyeru kita agar berani menyatakan kebenaran, bertanggungjawablah kepada

    ahli-ahli saudara di cawangan, kepada agama, bangsa dan negara, dan dengan penuh rasa

    11

  • 8/14/2019 UCAPAN POLITIK

    12/12

    tanggungjawab kepada sejarah Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang itu

    sendiri. Mudah-mudahan, Allah yang maha kuasa, Maha Pemimpin yang memimpin danmembimbing semua niat, yang memimpin dan membimbing semua gerak, yang

    memimpin dan membimbing semua rasa, yang memimpin dan membimbing semua fikir,

    memimpin dan membimbing fikiran dan perasaan saudara-saudara tetap di jalan yang

    benar, tetap dijalan yang diredhainya. InsyaAllah melayu dan bangsa melayu akan terus

    selamat dan terselamat. Ya Allah, Selamatkanlah Bangsaku. Sekian.

    12