kepimpinan politik

45
Kepimpinan Politik dan Tanggongjawab Ust Hj Abdul Ghani Samsudin

Upload: abdul-ghani

Post on 11-Jun-2015

200 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

Huraian tentang ilmu kepemimpinan politik

TRANSCRIPT

  • 1. Ust Hj Abdul Ghani Samsudin

2. Allah Berfirman Dalam Surah Al Anbia ayat 73 Dan kami jadikan mereka para pemimpin yangmemimpin dan membimbing menurut arahan kami dan kami wahyukan kepada mereka agar berbuat kebajikan, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan mereka sentiasa beribadat menyembah dan mematuhi Kami 3. Allah berfirman (Isra 71 Ingatlah, pada Hari Pembalasan nanti setiapkumpulan manusia akan dipanggil bersama dengan para pemimpin mereka. Bagi mereka yang diberikan buku catatan amalan kepada tangan kanannya, maka mereka akan membacanya dengan gembira kerana mereka sedikit pun tidak akan dianiaya dengan segala perbuatan baik mereka diberikan ganjaran yang baik. 4. Rasulullah bersabda: Pada zaman dahulu Bani Israel dipimpin dan diperintaholeh para Nabi .Setiap meninggal seorang Nabi diganti oleh Nabi yang lain . Ketahuliah bahawa tidak ada Nabi selepasku, tapi yang ada adalah para khalifah yang ramai. Sahabat bertanya ketika itu apa yang engkau perintahkan kepada kami . Baginda menjawab sempurnakan baiah kepada yang pertama dilantik dan barulah seterusnya dan seterusnya. Serahkan hak mereka kepada mereka. Allah pasti akan menyoalsiasat mereka tentang apa yang telah diamanahkan kepada mereka untuk mengelolakannya. 5. Rasulullah bersabda 6. Maksudnya Tidak ada pemimpin walau sekadar memimpinsepuluh orang melainkan semuanya akan ditampilkan dipengadilan tuhan pada hari kiamat dengan tangannya terikat. Yang akan membebaskannya ialah sifat adilnya dalam memimpin atau dia akan celaka kerana kepimpinannya yang zalim. 7. Maksud Kepimpinan dan Kepemimpinan Kata pimpin mengandung pengertianmengarahkan, membina atau mengatur, membimbing dan juga menunjukkan ataupun mempengaruhi. Pemimpin mempunyai tanggung jawab baik secara fizikal maupun spiritual terhadap keberhasilan aktiviti kerja dari yang dipimpin, sehingga menjadi pemimpin itu tidak mudah dan tidak akan setiap orang mempunyai kesamaan di dalam menjalankan kepemimpinannya. 8. Kepimpinan adalah proses mempengaruhi aktiviti-aktiviti sekumpulan orang dalam organisasi ke arah penentuan dan pencapaian matlamat organisasi. (Stogdill 1958, dipetik oleh Prof Dr. A.L. Ramaiah, 1992) 9. Pemimpin-pemimpin yang berkarisma amatdiperlukan untuk melakukan Reformasi dan "transformasi" atau perubahan-perubahan dalam struktur organisasi yang pernah melalui zaman kemelesetan dan juga transformasi dalam pemikiran individu dan petugas-petugas dalam organisasi berkenaan. Kepimpinan Transformational, Transactional dan berpusatkan kepada perubahan adalah merupakan corak kepimpinan yang berupaya untuk melakukan berbagai bentuk perubahan. 10. John W. Gardner (1990) mendefinisikan kepimpinansebagai proses Pemujukan di mana individu-individu meransang kumpulannya meneruskan objektif yang ditetapkan oleh pemimpin dan dikongsi bersama oleh pemimpin dan pengikutnya. 11. Pemimpin dan Konsep Khalifah Sebagai manusia yang telah dilantik jadi khalifah didunia ini mereka umumnya adalah pemimpin dalam tahap-tahap tertentu. Ini disebutkan dalam hadith Rasulullah (Riwayat Termizi): 12. Khalifah dan Penghayatan NilaiNilai Ketuhanan Oleh kerana dimandatkan untuk mewakilipengelolaan dunia oleh Allah maka manusia perlu memahami, menguasi, mengamalkan nilai-nilai kebenaran, tauhid, dan hukum hakam agama Allah. Nilai-nilai ini mesti diinternalize diserap dan diamalkan dalam kehidupan sehari-hari agar dia tidak terpesong dalam menunaikan tugas sebagai pemimpin. Sebab itu ciri berilmu sangat penting khasnya yang berkaitan dengan kehendak Allah menyibarkan kebenaran, keadilan, kebaikan dan kesejahteraan dalam perspektif ketuhanan. 13. Ayat Ayat Yang Menggambarkan Penghayatan Nilai Ini Amat Banyak( Al Ahzab 35 Sesungguh para lelaki dan perempuan yang muslim,yang mukmin, taat, benar, sabar, khusyuk, bersedekah, berpuasa, memelihara kehormatannya dan banyak mengingati Allah pasti Allah akan berikan kepada mereka pengampunan dan ganjaran yang tidak ternilai 14. Pemimpin dan Amanah Menerima tugas memimpin adalah memikul amanah .Allah berfirman (Al Ahzab 72-73 15. Maksudnya Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanatkepada langit, bumi dan gunung-ganang. Semuanya enggan memikul amanat tersebut kerana bimbang akan mengkhianatinya. Lalu amanat itu dipikul oleh manusia. Namun manusia itu zalim dan jahil. 73. Allah akan menyeksa orang-orang munafik serta musyrikin lelaki dan perempuan. Sebaliknya taubat orang-orang mukmin lelaki dan perempuan diterima oleh Allah. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 16. Menunaikan Amanah Allah Adalah Kewajipan Pemimpin Selain Amanah Rakyat Seluruh kandungan al Quran membayangkan hariperhitungan terhadap amanah Allah ini samada dilaksanakan oleh manusia atau tidak. Allah berfirman dalam surah al Anbia 97-106: 17. Al Anbia :97-106 18. Ketika hampir tiba janji berlakunya Hari Kiamat yang benar itu, maka tiba-tiba mata orang kafir akan terbeliak. Mereka mengeluh: Alangkah celakanya kami! Sebelum ini kami benar-benar lalai terhadap hal ini. Bahkan memang kami ialah orang-orang yang zalim. 98. Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah merupakan bahan-bahan bakar Neraka Jahanam. Kamu pasti akan masuk ke dalamnya. 99. Sekiranya mereka itu tuhan, tentulah mereka tidak akan masuk ke dalam neraka. Bahkan setiap mereka akan kekal di dalamnya. 100. Di dalam neraka mereka hanya mendengar dengusan dan rintihan kesakitan. 101. Sesungguhnya orang yang telah memperoleh kebaikan daripada Kami, mereka akan dijauhkan daripada neraka. 19. 102. Mereka tidak akan mendengar bunyi desiran api neraka di syurga, sebaliknya mereka akan kekal selama-lamanya menikmati apa sahaja yang diingini oleh mereka. 103. Huru-hara yang dahsyat pada Hari Kiamat tidak merunsingkan hati mereka. Sebaliknya mereka disambut oleh para malaikat dengan kata-kata: Inilah hari yang telah dijanjikan kepada kamu dahulu. 104. Pada hari tersebut Kami gulungkan langit seperti menggulung lembaran kertas catatan. Sebagaimana Kami memulakan penciptaan pada kali pertama, Kami ulangi penciptaannya semula. Ini ialah suatu janji Kami dan janji ini Kami pasti menunaikannya. 105. Memang Kami sudah mencatatkannya di dalam Zabur, sebagaimana juga tercatat di Loh Mahfuz: Bahawa bumi ini akan diwarisi oleh para hamba-Ku yang soleh. 106. Sesungguhnya kandungan al-Quran ini merupakan petunjuk bagi mereka yang menghambakan diri kepada Allah. 20. Allah berfirman lagi Di Awal Surah Al Anbia: Hari perhitungan amal manusia semakin hampir tapimanusia tetap berpaling dalam kelalaian. Tiap kali tiba peringatan dari tuhan mereka mereka dengar sambil bermain-main. Hati mereka lalai 21. Jenis Pemimpin PEMIMPIN KARISMATIK Hunsaker P.L. (1986) mendefinisikan Pemimpin Karismatikadalah seorang pemimpin yang tingkahlakunya menunjukkan intipati apa yang sesebuah organisasi atau kumpulan sosial perjuangkan untuk dicapai. Pemimpin jenis ini berusaha untuk mencernakan nilai-nilai dalam organisasi dan menterjemahkan, memulihara dan mengubah nilai-nilai tersebut. [ A Charismatic leader is one whose behaviour exemplifis the essence of what the organization or social movement is strive to become. This type of leader "in effect perfoms the function of crystallizing the values of the organization and also interpreting, conserving, changing these values." ] 22. KONSEP KARISMA DAN KEPIMPINAN KARISMATIK Apakah dia Karisma dan bagaimanakah seseorang itudapat memilikinya? Karisma sebenarnya adalah satu konsep yang agak tersisih: ianya mudah dikenali tetapi sukar ditafsirkan. Menurut Bass (1984), Karisma mengikat dan mengurung anjakan kuat emosi pengikut-pengikut, melampaui aras kendiri yang biasa, kasih sayang, kekaguman dan kepercayaan. Pemimpin Karismatik adalah satu idola, pembebas dan penyelamat dari bencana Berdasarkan pernyataan ini, Karisma lebih banyak diperhatikan pada pemimpin-pemimpin. 23. Longman Dictionary of Contemporary English pulamemberikan maksud Karisma sebagai satu kuasa peribadi atau daya tarikan yang kuat yang membolehkan seseorang itu mempengaruhi orang lain atau menjadikan mereka mengkaguminya. [ the strong personal charm or power to attract that makes a person able to have great influence over people or win their admiration ] 24. Kepimpinan Karismatik ini kerap muncul dalamsuasana krisis sebagai individu penyelamat (Bass, 1974). Jika mereka berjaya, Kepimpinan Karismatik ini akan menghasilkan transformasi (Stark, 1969, menyebutnya sebagai inovasi) yang radikal tetapi adakalanya ia membawa akibat yang negatif atau memudharatkan (Davies, 1954) 25. Ciri Karismatik Konger & Kanungo (1988) telah menyenaraikantingkahlaku seorang pemimpin Karismatik sebagai: -bersifat radikal. -tidak konvensional (unconventional) -berani mengambil risiko -bersifat keusahawanan -menjadi contoh kepada orang lain. 26. PEMIMPIN TRANSFORMATIONAL Burns (1978) mendefinisikan KepimpinanTransformational sebagai " Pemimpin Transformational mengenalpasti dan mengekploitasikan keperluan sedia ada atau kemahuan pengikut-pengikut yang berpotentensi. Tetapi, lebih daripada itu, Pemimpin Transformational sebenarnya melihat potential moives pada pengikutpengikutnya, berusaha untuk memenuhi keperluan aras tinggi dan mengikat seluruh jiwa pengikutnya. Hasil dari Kepimpinan Transformasi ini adalah suatu perhubungan yang saling meransang dan mempertingkatkan yang akan mengubah pengikut-pengikut menjadi pemimpin dan mungkin mengubah pemimpin-pemimpin menjadi agenagen moral." 27. . PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN TRANSFORMATIONAL Kepimpinan Transactional dan Transformational telah diperkenalkan olehJames MacGregor Burns dalam tahun 1978. Kenudian idea kepimpinan jenis ini diperluaskan lagi oleh Bernard dan Bass. Teori Dan Konsep Kepimpinan Transformational Teori Kepimpinan Transformational ini juga dikenali sebagai Kepimpinan Karismatik (Max Weber, 1968), Kepimpinan Inspirational atau Institutional (Hunsaker, 1986). Asas kepada teori ini adalah pemimpin-pemimpin mengilhamkan / menginspirasikan para pengikutnya untuk mengenalpasti minat mereka dan melihat ke arah tujuan yang berfokus atau berpusat. Pemimpin-pemimpin yang dianggap tranformational menumpukan usahausaha mereka kepada matlamat jangka panjang, meletakkan nilai-nilai dan memberikan penekanan kepada pembangunan dan menginspirasikan para pengikutnya untuk mengejar visi, mengubah dan menyelaraskan sistem untuk memenuhi visi. Mereka bukannya bekerja dalam sistem yang sedia ada atau melatih para pengikutnya untuk mengambil tanggung-jawab terhadap pembangunan diri sendiri dan juga orang lain. (Howell & Avolio, 1993). 28. Kebanyakan kajian berkenaan Kepimpinan Tranformational hari iniadalah berlandaskan kepada kajian penerokaan oleh James MacGregor Burns. Burns (1978) dan kajian emperikal yang telah dijalankan oleh Bass (1985) dan rakan-rakannya ke atas Teori Burns adalah dianggap sebagai titik permulaan. Melalui kajiannya, Bass (1996) memerhati gelagat perhubungan seseorang Pemimpin Transformasi melalui empat stail tranformasi, iaitu: ` Keunggulan gelagat ` Menumpu kepada setiap individu ` Motivasi yang berinspirasi ` Meransang secara intelek. 29. Ciri-Ciri Kepimpinan Transformational Hasil daripada sintesis ciri-ciri yang terdapat pada pemimpin danpengikut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3, maka dapatlah disimpulkan bahawa Kepimpinan Transformational adalah: satu perhubungan antara manusia bersifat karismatik atau inspirasi (inspirational) personal merangsang secara intelek bersifat transactional dan transformational 30. untuk komuniti (communal) berlandaskan konteks (context bound) Kepimpinan Transformational juga mempunyai: * tujuan, visi dan berfokus * satu struktur perancangan * satu proses pemuafakatan dalam membuat keputusan * satu budaya yang dikongsi bersama 31. PEMIMPIN TRANSACTIONAL Philip L. Hunsaker (1986) menyatakannya sebagai kepimpinan yang diamalkan melalui perhubungan secara bersemuka dengan orang lain. [ Leadership which is exercised through face-to-face contact with others.] Menurut Salleh Lebar (2000) Kepimpinan Transactional memfokuskan kepada keperluan motivasi luaran untuk menggerakkan pekerja bawahan. Ia bukan saja boleh dilaksanakan di dalam sesebuah organisasi tetapi juga diluar organisasi terutama pada masyarakat yang lebih besar atau politik kepimpinan. 32. Dalam Kepimpinan Transactional, pemimpin menawarkanpengikut-pengikutnya ganjaran berdasarkan pencapaian mereka. Dalam Kepimpinan Transactional wujud persetujuan antara pemimpin dan pengikutnya berkaitan dengan tahap pencapaian yang sepatutnya diberikan ganjaran. Oleh itu, Kepimpinan Transactional juga dikenali sebagai Kepimpinan Ganjaran Secara Kontingensi (Contigent Reward Leadership) kerana ianya lebih dikaitkan secara positif kepada pencapaian dan mungkin juga kepuasan kerja. Walaubagaimanapun, dalam keduadua jenis kepimpinan tersebut, pemimpin mestilah benarbenar jelas tentang matlamat mereka dan apa yang dijangkakan daripada para pengikutnya. 33. KEPIMPINAN BERPUSATKAN PERUBAHAN Lunenberg (1995) mendefinisikan pemimpin yang berpusatkan perubahan sebagai pemimpin yang memodifikasikan sesuatu atau lebih elemen dalam organisasi. Hunsaker (1986) menyatakan bahawa agen perubahan adalah individu yang memulakan dan mengurus proses perubahan yang terancang.[ A change agent is one who seeks to initiate and manage a planned change process] 34. Pemimpin Politik Politik adalah bidang yang berkaitan dengankekuasaan memerintah negara. Oleh itu pemimpin politik khasnya yang menjadi pemimpin negara dalam berbagai hairakinya mempunyai bebanan amanah dan tanggongjawab yang lebih berat kepada Allah dan rakyat 35. Menurut D.MUHAMMAD ALI HASHIM Politik berdemokrasi seperti yang kita amalkan di Malaysia padaasasnya bercirikan persaingan parti politik memburu dan merebut kuasa menerusi peti undi. Mengikut kaedah demokrasi, parti terpilih dengan undi majoriti diberi kuasa dan mandat oleh rakyat menerajui pemerintahan merealisasikan agenda politiknya, selain memenuhi aspirasi besar rakyat amnya untuk kepentingan jangka panjang bangsa dan negara. Sistem demokrasi memberi kuasa sepenuhnya kepada rakyat memilih pemerintah. Sekalipun bukan satu sistem paling sempurna, umumnya sistem demokrasi jauh lebih baik, misalnya berbanding sistem pemerintahan raja tanpa berperlembagaan atau diktator berkuasa tanpa batasan. Malangnya, ketidaksempurnaan demokrasi itu sendiri kerap menimbulkan banyak masalah yang perlu ditangani dengan bijaksana dan berhikmah. 36. Peranan Menjadi Ketua Negara (PM dalam negara P.Demokrasi) Selain Daripada akan digiring dengan tangan terikat diakhirat dia mempunyai tugas khusus untuk memstikan keadilan dan nilai-nilai lohor lain berlaku dalam masyarakat. 37. Apakah Amanah Pemerintahan Dalam Konteks Malaysia ia merujuk kepada nilai dankesepakatan sosial dan amalan politik murni dalam masyarakat majmuk sepertimana yang tertera dalam perlembagaan negara, dasar yang disepakati oleh parti politik masyarakat madani dan juga seperti perjanjian yang yang disepakati oleh parti-parti PR: Demokrasi Bersih dan Beretika : Menolak fitnah, amalan politik lucah, menolak amalan budaya samseng, menolak amalan rasuah dan perasugut, 38. Perjuangan BERSIH dan Manifesto PR 1. 2.3. 4.5.Mengembalikan amalan demokrasi tulin dan pilihan raya bebas, adil dan bersih Mempertahankan keluhuran dan kedaulatan undang-undang dengan mengembalikan integriti institusi kehakiman. Memulihkan maruah dan integriti negara dengan membenteras rasuah dan penyalahan kuasa. Mengembalikan semula pemberian biasiswa pendidikan sebagaimana yang dijamin di bawah perlembagaan Persekutuan Pendidikan percuma di semua peringkat 39. 6. Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional (SPKN) akan di sediakan kepada setiap rakyat yang tidak mempunyai Skim Perlindungan Kesihatan daripada majikan masingmasing agaar dapat menikmati perkhidmatan kesihatan yang berkualiti di semua hospital kerajaan atau pun swasta. 7. Menghapuskan tunggakkan PTPTN. 8. Penghapusan yuran pendidikan . 9. Penurunan harga minyak kepada satu tahap munasabah. 10. Khidmat kesihatan percuma 40. 11. Penghapusan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 12. Meletakkan Petronas di bawah Parlimen bukan di bawah Perdana Menteri. 13. Rapatkan jurang kaya miskin dan melaksanakan akta gaji minimun RM 1,200. 14. Menghapuskan kutipan tol bagi meringankan bebanan rakyat. 15. Memperkenalkan undang-undang bagi mengelakan golongan wanita dieksploitasi untuk tujuan komersial. 41. 16. Waktu kerja anjal akan terus diperkasa bagi memanfaat serta tiadak mengobankan kepentingan institusi kekeluargaan. 17. Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari tanpa had bilangan anak. 18. Menyediakan elaun khas buat ibu tunggal dengan memperkenalkan Takaful Armalah. 19. Pusat Sukan dan Rekreasi khas untuk kaum wanita 20. Memperkenalkan konsep kerja dari rumah khas buat kaum wanita 42. 21. Melebarkan golongan kelas menengah kepadasemua kaum bagi memperkukuh ekonomi rakyat. 22. Pertumbuhan munasabah dalam sektor yang menjanji pekerjaan. 23. Dasar makanan yang memelihara kemerdekaan dan keselamatan negara. 24. Menolak Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang mengancam perbagai industri dan pentadbiran dalam negara 43. 25. Tamatkan pemberian AP makanan seperti gandum, beras dan gula bagi mengelakan monopoli yang mendera pengguna. 26. Tingkatkan kualiti hidup nelayan dengan bantuan kerajaan dan persatuan nelayan capai pendapatan melebihi RM 1,200. 27. Membuka ladang-ladang baru untuk di tawarkan kepada generasi kedua Felda dan mana-mana rakyat yang memerlukan. 44. Keperluan Merangka Etika Berpolitik Di Malaysia Yang Disepakati Ramai Antaranya: 1. Niat bertanding dalam pilihan raya hendaklah semata-mata kerana Allah demi berkhidmat kepada negara. 2. Mengutamakan kepentingan jamaah berbanding kepentingan peribadi,mengutamakan kepentingan negara berbanding parti, mengutamakan kepentingan agama berbanding kepentingan kumpulan. 3. Tidak menganggap diri lebih mulia dari calun lain. 4. Keperluan penyelarasan antara parti-parti dan kumpulan untuk memilih calun yang lebih kuat dan lebih amanah. 5. Calon perlu menarik diri jika ada pesaing dalam parti sendiri yang lebih berkaliber, berpengalaman dan lebih layak 45. Etika Berpolitik 6. Pertandingan dalam pilihan raya janganlah disertai dengan kelakuan tidak bermoral, ganas dan lucah. 7. Menghindari, rasuah membeli undi dan janji-janji yang tidak di tepati sebelum, semasa sesudah masa kempen. 8. Mengelakkan politik fitnah, perasugut, pukul dan bunuh. 9. Mengelakkan perbuatan mengganggu kempen parti lain. 10. Mengelakkan perbuatan mencuri dan memusnahkan dokumen di pejabat awam untuk tujuan menggelapkan rekod awam dan negara apabila kalah dalam pilihanraya