politik perbandingan

36
Isi Kandungan Muka Surat. 1.0. Pengenalan. 1 2.0. Kerangka Teoritikal Almond dan Powell Dalam Kajian 2 - 5 Politik Perbandingan. 3.0. Perbezaan Sistem Politik Amerika dan Britain. 6 - 13 4.0. Perbandingan Sistem Politik Amerika dan Britain Berdasarkan 14 - 15 Kerangka Teoritikal Struktur-Fungsi Almond & Powell (1966). 5.0. Sistem Politik Amerika 16 - 19 6.0. Sistem Politik Britain 20 - 23 7.0. Kesimpulan. 24 8.0. Bibliografi. 25 - 26

Upload: mohd-haffiszul-bin-mohd-said

Post on 29-Jun-2015

1.848 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Politik Perbandingan

Isi Kandungan Muka Surat.

1.0. Pengenalan. 1

2.0. Kerangka Teoritikal Almond dan Powell Dalam Kajian 2 - 5

Politik Perbandingan.

3.0. Perbezaan Sistem Politik Amerika dan Britain. 6 - 13

4.0. Perbandingan Sistem Politik Amerika dan Britain Berdasarkan 14 - 15

Kerangka Teoritikal Struktur-Fungsi Almond & Powell (1966).

5.0. Sistem Politik Amerika 16 - 19

6.0. Sistem Politik Britain 20 - 23

7.0. Kesimpulan. 24

8.0. Bibliografi. 25 - 26

9.0. Rujukan 27

i

Page 2: Politik Perbandingan

1.0. Pengenalan

Sistem-sistem politik boleh dianalisa dan dibandingkan dari segi bagaimana

setiap sistem tersebut memainkan peranan bagi fungsi-fungsi tertentu yang

terdapat pada sistem-sistem politik yang lain. Easton (1953, 1965) telah

membina satu model sistem politik yang berdasarkan kepada input dan output.

Beliau mendakwa bahawa sesebuah sistem politik itu wujud di dalam satu

persekitaran yang bukan sahaja memerlukannya tetapi juga sumber kepada

sokongan yang diperlukan. Keperluan dan sokongan ini adalah dikenali sebagai

input. Daripada input ini, sistem tersebut menghasilkan output di dalam bentuk

keputusan dan tindakan. Apabila persekitaran tersebut menyerap atau menerima

output yang dihasilkan maka tindakbalas yang berbentuk sokongan dan

keperluan-keperluan baru akan wujud.

Berdasarkan daripada model Easton yang berfokus kepada fungsi dan

keupayaan sistem politik, Almond & Powell (1966) telah membina teori sistem

dan teori ‘fungsi-struktur’ yang merupakan satu kerangka teoritikal dalam kajian

politik perbandingan. Pendekatan fungsi-struktur ini menganalisa sesebuah

sistem politik dari segi bagaimana ia memainkan peranan di dalam fungsi-fungsi

tertentu yang terlibat di dalam proses menyerap input dan menghasilkan output.

Almond and Powell (1966) mendifinisikan politik sebagai aktiviti-aktiviti yang

berkait rapat dengan kawalan berautoriti terhadap tingkah laku satu kumpulan

manusia di sesebuah kawasan geografi.

1

Page 3: Politik Perbandingan

2.0. Kerangka Teoritikal Almond dan Powell Dalam Kajian

Politik Perbandingan

Dalam kerangka teoritikal ini, sistem politik tidak terhad kepada sesebuah

wilayah atau negeri sahaja malahan wilayah atau negeri tersebut adalah

sebahagian daripada satu sistem politik yang lebih besar. Almond dan Powell

mendefinisikan konsep ini sebagai “...a set of institutions concerned with

formulating and implementing collective goals of a society or of groups

within it.” (Almond & Powell, 1966). Definisi ini mengandungi tiga konsep yang

kritikal iaitu:

i. Sistem : objek yang mempunyai bahagian-bahagian bergerak dan

berinteraksi di dalam persekitarannya

ii. Struktur : institusi-institusi yang ditubuhkan bagi melaksanakan

aktiviti-aktiviti yang spesifik

iii. Fungsi : jenis-jenis aktiviti.

Bagi menganalisa sistem, Almond dan Powell menggunakan pendekatan

struktur-fungsi. Mereka mendefinisikan sesebuah sistem politik generik dari segi

fungsi-fungsi yang perlu dilakukannya. Bagi sistem-sistem tertentu kaedah yang

digunakan ialah dengan menentukan apakah struktur-struktur yang perlu

2

Page 4: Politik Perbandingan

memainkan peranan di setiap fungsi. Fungsi-fungsi tersebut adalah terbahagi

kepada tiga kategori iaitu:

1. Fungsi-fungsi Proses :

i. Penyuaraan Kepentingan – iaitu penyuaraan kepada permintaan

pengubahan atau pengekalan

polisi.

ii. Pengumpulan Kepentingan – iaitu transformasi permintaan kepada

alternatif polisi.

iii. Pembentukan Polisi – iaitu pemilihan polisi-polisi alternatif yang

ada.

iv. Aplikasi – iaitu pengimplementasian polisi yang dipilih.

v. Adjudikasi – iaitu penyelesaian konflik yang timbul daripada polisi.

2. Fungsi-fungsi Sistem:

i. Sosialisasi – iaitu penerapan nilai dan norma kepada ahli-ahli di

dalam masyarakat.

ii. Rekrutmen – iaitu pemilihan dan penempatan individu-individu bagi

mengisi atau memainkan peranan khas di dalam

sistem politik.

3

Page 5: Politik Perbandingan

iii. Komunikasi – iaitu sistem penyampaian maklumat, isu dan idea

politikal.

3. Fungsi-fungsi Polisi:

i. Ekstraksi – iaitu pengumpulan sumber-sumber daripada ahli-ahli

kumpulan atau masyarakat.

ii. Pengagihan – iaitu penggunaan sumber-sumber yang ada bagi

kepentingan ahli-ahli kumpulan atau

masyarakat.

iii. Peraturan – iaitu penguatkuasaan peraturan.

iv. Simbol – iaitu ekspresi atau pengukuhan nilai-nilai yang dipegang

oleh ahli-ahli kumpulan atau masyarakat.

Seperti yang didefinisikan olah Almond dan Powell, sistem-sistem politik

wujud dan berinteraksi dengan persekitaran. Oleh kerana politik adalah berkaitan

dengan tingkah laku manusia, maka persekitaran yang dimaksudkan adalah

masyarakat di mana sesebuah sistem politik itu berada. Salah satu daripada ciri-

ciri relevan pada sesebuah masyarakat ialah budaya politiknya di mana ini

didefinisikan oleh Almond dan Powell sebagai “... collective political attitudes,

values, feelings, information and skills of the people in a society...” (Almond

& Powell, 1966).

4

Page 6: Politik Perbandingan

Tiga aspek utama pada budaya politik yang penting dalam usaha

menganalisa sistem politik adalah;

i. Propensiti Sistem – iaitu penerimaan nilai-nilai sistem dan organisasi.

ii. Propensiti Proses – iaitu tingkah laku atau perlakuan terhadap penyertaan

sama ada sebagai peserta, subjek atau sektarian.

iii. Propensiti Polisi – iaitu jangkaan-jangkaan terhadap matlamat dan

kaedah kerajaan.

Pemahaman yang mendalam tentang propensiti-propensiti masyarakat di

dalam sesebuah sistem politik ini adalah penting bagi memahami sejauh mana

desakan permintaan atau keperluan masyarakat di dalam sistem politik tersebut

selain melihat bagaimana sistem memberi tindak balas.

5

Page 7: Politik Perbandingan

3.0. Perbezaan Sistem Politik Amerika dan Britain

Sebelum membandingkan sistem politik Amerika dan Britain menurut kerangka

teoritikal Almond dan Powell, adalah mustahak bgai melihat terlebih dahulu

perbezaan secara am sistem politik di antara kedua-dua negara ini. Walaupun

kedua-dua negara ini mengamalkan sistem politik demokrasi namun menurut

sumber [ http://bucknakedpolitics.typepad.com/buck_naked_politics/2007/08/t-

13-8-thirteen.html ] secara amnya, terdapat 13 perbezaan di antara sistem

politik Amerika dan Britain.

Perbezaan yang pertama ialah negara Amerika adalah negara Republik

sementara Britain adalah negara Raja Berperlembagaan. Republik merujuk

kepada sejenis kerajaan (negara) yang diperintah oleh ketua negara yang dipilih

rakyat seperti Presiden dan bukannya beraja atau monarki. Perkataan ini berasal

dari bahasa Latin res publica, atau "urusan awam", dan ia bermaksud kerajaan

dimilik serta dikawal oleh rakyat. Namun demikian republik tidak boleh disama

ertikan dengan konsep demokrasi. Terdapat kes dimana negara republik

diperintah secara kukubesi atau totalitarian. Misalnya, Afrika Selatan telah

menjadi republik sejak 1961, tetapi disebabkan dasar apartheid lebih kurang

6

Page 8: Politik Perbandingan

80% penduduk kulit hitamnya dilarang mengundi. Di dalam sistem politik Britain

Raja atau Ratu adalah ketua negara yang mengamalkan demokrasi yang

diwakili.

Perbezaan yang kedua ialah kerajaan Britain tidak terbahagi kepada

cabang. ‘The House of Commons’ atau Dewan Rakyat mempunyai kuasa mutlak

dan parti yang mempunyai ahli terbanyak di dalam dewan tersebut adalah parti

yang menjadi pemerintah. Ketua parti memerintah pula akan menjadi Perdana

Menteri di mana kuasa bagi jawatan ini adalah hampir serupa dengan Raja.

Seseorang Perdana menteri di Britain boleh mengisytihar perang, mencari

sekutu, meluluskan penggunaan senjata nuklear dan memilih orang-orang bagi

memegang jawatan di kabinet termasuklah juga di pelbagai kementerian dan

pejabat-pejabat kerajaan. Perlantikan-perlantikan ini adalah sepenuhnya di

bawah kuasa beliau dan tidak tertakluk kepada seliaan atau persetujuan mana-

mana pihak. Perdana Menteri juga mempunyai kuasa memecat mana-mana

menteri atau setiausaha kerajaan.

Kongres Amerika Syarikat adalah dwidewan dan terdiri dari Dewan

Perwakilan Rakyat dan Senat. Dewan Rakyatnya terdiri dari 435 anggota

Kongres yang dipanggil "congressmen" atau "congresswomen", yang dipilih oleh

rakyat dari kawasan pilihan raya atau "congressional district" masing-masing.

Mereka akan memegang jawatan ini selama satu penggal (dua tahun). Bilangan

kawasan bagi setiap negeri bergantung kepada saiz penduduk di negeri

7

Page 9: Politik Perbandingan

tersebut, dan setiap negeri-negeri mempunyai sekurang-kurangnya satu wakil

rakyat. Menurut banci Amerika Syarikat 2000, setiap kawasan pilihan raya

mempunyai purata penduduk seramai 640,000 orang.

Senat pula terdiri dari 100 ahli dipanggil Senator. Mereka juga dipilih oleh

rakyat daripada setiap negeri tetapi berbanding dengan wakil rakyat, tempoh

satu penggal mereka adalah lebih lama iaitu enam tahun. Bilangan Senator

adalah sama bagi semua negeri iaitu dua Senator bagi setiap negeri. Ahli-ahli

Perwakilan Rakyat dan Senator dipilih melalui sistem pilihan raya majoriti mudah.

Dipuncak cabang eksekutif ialah Presiden Amerika Syarikat. Presiden

merupakan Panglima Besar angkatan tentera; semua staf militari berada di

bawah bidangkuasanya, dan hanya beliau boleh melancarkan serangan senjata

nuklear. Presiden berkuasa untuk meluluskan undang-undang, dan memberi

pengampunan dan perintah eksekutif. Beliau juga mempunyai tugas-tugas lain di

bawah perlembagaan, antara lain memberi ucapan "State of the Union" kepada

Kongres pada setiap tahun. Di bawahnya pula ialah Naib Presiden yang

berperanan sebagai penasihat pertamanya dan penyokong atau "backup"

Presiden, dan merupakan ketua atau Presiden Senat, dengan kuasa untuk

menentukan undian apabila ianya terikat (tiebreaking vote). Kedua-dua jawatan

tersebut dipilih oleh rakyat setiap empat tahun. Pemilihan Presiden Amerika

adalah agak rumit kerana ia membabitkan pemilihan rakyat melalui sistem

"Electoral College" atau perwakilan bagi setiap negeri di Amerika Syarikat. Oleh

8

Page 10: Politik Perbandingan

itu, seorang calon Presiden mesti mendapat sokongan lebih 50% dari perwakilan

negeri di Amerika Syarikat. Sejak kemenangan George W. Bush yang

kontroversial pada pilihan raya 2000, keberkesanan sistem pilihan raya Amerika

telah banyak dipertikaikan.

Perbezaan ketiga ialah sistem politik Britain tidak mempunyai pilihanraya

awal seperti di Amerika. Kempen-kempen pilihanraya biasanya berakhir di antara

tiga atau empat minggu. Semua parti politik di Britain lebih suka kepada kempen

pilihanraya yang pendek kerana mereka berpendapat pihak awam akan merasa

bosan dengan propoganda jika tempoh kempen terlalu lama. Selain itu, kempen

yang terlalu lama boleh memberi kesan kepada jumlah pengundi yang hadir

semasa hari pengundian.

Perbezaan yang keempat ialah sistem politik Britain tidak mempunyai

tarikh khas bagi pilihanraya umum. Apa yang nyata adalah sesebuah kerajaan di

Britain akan berakhir dalam tempoh lima tahun dan pilihanraya umum boleh

diadakan pada bila-bila masa dalam tempoh tersebut. Perdana Menteri

mempunyai kuasa penuh bagi menentukan tarikh pilihanraya umum. Namun

demikian, pilihanraya lazimnya tidak dilakukan terlalu awal atau terlalu lewat.

Dalam tradisi Britain hari pilihanraya umum selalunya diadakan pada hari

Khamis.

Perbezaan yang kelima ialah calon Presiden Amerika mesti berusia 35

tahun dan lahir di Amerika. Bagi Britain pula calon Perdana Menteri mesti

9

Page 11: Politik Perbandingan

berusia sekurang-kurangnya 21 tahun dan warganegara Britain. Namun

demikian, mana-mana rakyat dari negara-negara Komawel juga layak menjadi

calon Perdana Menteri. Sebagai contoh, Andrew Bonar Law yang telah menjadi

Perdana Menteri Britain pada tahun 1922 hingga 1923 adalah warganegara

Kanada. Dalam politik Britain, tidak ada had masa atau penggal bagi mana-mana

Perdana Menteri atau ahli parlimen memegang jawatan tersebut asalkan

seseorang Perdana Menteri atau ahli parlimen senantiasa diundi semula dan

menang. Bekas Perdana Menteri Britain seperti Tony Blair, John Major dan

Margaret Thatcher masing-masing memegang jawatan tersebut selama sepuluh,

enam dan sebelas tahun. Seseorang Perdana Menteri Britain yang kalah dalam

pilihanraya umum juga boleh memegang semula jawatan tersebut jika beliau

menang semula dalam pilihanraya yang seterusnya. Sebagai contoh, Harold

Wilson yang menjadi Perdana Menteri Britain pada tahun 1964 hingga 1970

telah memegang semula jawatan Perdana Menteri pada tahun 1974 hingga

1976.

Perbezaan yang keenam ialah pilihanraya umum di Britain adalah

ditentukan oleh sistem ‘First-Past-The-Post’ (FPTP). Sistem FPTP adalah

berdasarkan kepada kemenangan majoriti mudah tanpa mengambil kira jumlah

sebenar pengundi yang tidak menyokong calon yang menang. Sebagai contoh,

jika terdapat 3 calon dari tiga parti politik yang berbeza bertanding di sebuah

kawasan yang mempunyai 52 ribu orang pengundi dan berakhir dengan

keputusan calon A mendapat 22 ribu undi, calon B mendapat 17 ribu undi dan

10

Page 12: Politik Perbandingan

calon C mendapat 13 ribu undi, maka jelas bahawa pemenang bagi kawasan

tersebut ialah calon A. Apa yang menjadi persoalan ialah walaupun calon A

menang dengan jumlah undi terbanyak 22 ribu tetapi jumlah sebenar yang

menentang atau tidak mengundi beliau ialah 30 ribu orang [

http://www.historylearningsite.co.uk/first_past_the_post.htm. ]. Lazimnya, proses

pengiraan undi akan dilakukan sebaik sahaja pusat mengundi ditutup pada jam

10.00 malam. Selepas proses pengiraan undi, mana-mana parti politik

bertanding yang menguasai lebih 50 % kerusi di dalam Dewan Rakyat akan

diisytiharkan sebagai pemenang pilihan raya tersebut. Ketua parti yang menang

akan menjadi Perdana Menteri tetapi pada masa yang sama beliau juga adalah

ahli parlimen yang mewakili kawasannya.

Perbezaan yang ketujuh ialah zon masa pengundian. Berbeza dengan

negara Amerika yang besar dan menggunakan tiga zon masa, negara Britain

yang agak kecil hanya menggunakan satu zon masa. Ini bermakna kesemua

pusat mengundi dibuka pada masa yang sama iaitu pada jam 7.00 pagi dan

berakhir pada jam 10.00 malam. Berbeza dengan Amerika, di Britain tidak ada

keputusan pilihanraya yang diketahui selagi terdapat pengundi yang sedang

mengundi. Keputusan terawal hanya dapat diketahui beberapa jam selepas

pusat mengundi ditutup dan keputusan keseluruhan akan dapat diketahui pada

keesokan harinya. Oleh itu, kerajaan sementara atau tempoh peralihan tidak

diperlukan kerana keputusan keseluruhan akan berkuatkuasa serta merta.

Sebagai contoh, jika seseorang Perdana Menteri itu kalah dalam pilihanraya

11

Page 13: Politik Perbandingan

umum, beliau perlu keluar dari pejabat Perdana Menteri di 10 Downing Street

secepat yang mungkin supaya pengganti beliau dapat mengambil alih tugas

dengan segera.

Perbezaan yang kelapan ialah dalam politik Britain Speaker di Dewan

Rakyat adalah juga ahli parlimen namun beliau wajib bersifat neutral dan tidak

boleh menyebelahi mana-mana pihak walaupun pada parti beliau sendiri.

Perbezaan yang kesembilan ialah disebabkan oleh sifat unitarian kerajaan

Britain, Perdana Menteri bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa jua yang

berlaku di dalam negara termasuklah perkara-perkara yang berada di bawah

bidang kuasa kerajaan tempatan. Setiap minggu Perdana Menteri wajib berada

di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan-soalan daripada ahli-ahli parlimen.

Soalan-soalan boleh berkisar pada sebarang subjek seperti pemanasan global,

industri perikanan, masalah sosial, undang-undang, pengangkutan, latihan

pegawai perubatan dan sebagainya. Kebanyakan ahli-ahli parlimen yang

mengemukakan soalan adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan

meminta Perdana Menteri menetapkan polisi bagi isu-isu tertentu. Tetapi tidak

kurang juga ahli-ahli parlimen di barisan pembangkang yang bertujuan untuk

mencari kelemahan beliau dari segi maklumat. Kegagalan Perdana Menteri

menjawab atau mengetahui isu-isu terkini dalam semua hal boleh menjejaskan

kredibiliti beliau.

12

Page 14: Politik Perbandingan

Perbezaan yang kesepuluh ialah di dalam politik Britain, ketua parti

pembangkang yang terbesar di Dewan Rakyat adalah secara rasminya ketua

pembangkang. Peranan ketua pembangkang yang memberi tentangan kepada

kerajaan adalah diiktiraf sebagai tugas yang penting dan selain menerima gaji

sebagai ahli parlimen ketua pembangkang juga menerima gaji tambahan.

Perbezaan yang kesebelas ialah berbeza dengan Perdana Menteri

Britain, Pressiden Amerika adalah ketua kerajaan yang menerima gaji yang

paling tinggi di dunia. Perdana Menteri Britain hanya menduduki tempat keempat

selepas Chancellor Jerman dan Perdana Menteri New Zealand. Namun

demikian, berbanding dengan ketua-ketua korporat, bintang filem, jaguh sukan

dan lain-lain lagi gaji yang diterima oleh ketua-ketua kerajaan adalah jauh lebih

kecil memandangkan tugas mereka 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.

Perbezaan yang kedua belas ialah kedudukan Tuhan di dalam sistem

politik. Berbeza dengan sistem politik Amerika, perlembagaan dan ahli-ahli politik

Britain tidak menyebut Tuhan sebagai kuasa yang paling teratas.

Perbezaan yang ketiga belas ialah panggilan bagi Presiden Amerika

adalah ‘Mr. President’ (Mister President), manakala panggilan bagi Perdana

Menteri Britain adalah ‘Prime Minister’ tanpa menggunakan gelaran “Mr.” (Mister)

atau “Madam”.

13

Page 15: Politik Perbandingan

4.0. Perbandingan Sistem Politik Amerika dan Britain

Berdasarkan Kerangka Teoritikal Struktur-Fungsi Almond

& Powell (1966)

Menurut laman web [ http://homepages.udayton.edu/~aherndaw/almnpowl.htm ],

kerangka teoritikal fungsi-struktur perbandingan yang dibina oleh Almond dan

Powell (1966) menggariskan tujuh fungsi yang perlu dilaksanakan oleh sistem

politik iaitu;

i. Rekrutmen politik – berkenaan mengumpul dan menyusun individu-

individu bagi memegang dan memainkan peranan politik di dalam sesebuah

sistem politik bermula daripada pengundi sehinggalah kepada pemimpin-

pemimpin kerajaan.

ii. Sosialisasi politik – berkenaan menanam dan menerapkan serta

membentuk tingkah laku positif, nilai-nilai positif, kepercayaan dan pendapat

yang boleh mengukuhkan dan mengekalkan sistem politik.

iii. Komunikasi politik – berkenaan menyalurkan maklumat-maklumat

berunsur politik kepada masyarakat

14

Page 16: Politik Perbandingan

iv. Penyuaraan kepentingan – berkenaan menyuarakan permintaan atau

keperluan kepada sistem politik

v. Penyatuan kepentingan – berkenaan memilih permintaan-permintaan dan

kesemua permintaan tersebut disatukan bagi tujuan memudahkan pengurusan

alternatif-alternatif utama.

vi. Pembinaan polisi – berkenaan menerima permintaan-permintaan dan

menukarkan kesemua permintaan tersebut kepada keputusan berautoriti

daripada sistem politik.

vii. Pengimplementasian polisi - berkenaan mentadbir atau

mengimplementasikan keputusan-keputusan secara berkesan.

15

Page 17: Politik Perbandingan

5.0. Sistem Politik Amerika

i. Rekrutmen politik.

Pada ketika ini terdapat dua parti polititik yang dominan di Amerika iaitu

Republican dan Democrats. Semasa Presiden Bill Clinton dari parti Democrats

memegang jawatan Presiden Amerika selama dua penggal iaitu pada tahun

1993 hingga 1997 dan 1997 hingga 2001 sebahagian besar daripada pegawai

yang memegang jawatan utama di dalam pentadbiran Amerika adalah daripada

parti Democrats sendiri. Sebagai contoh Setiausaha Negara Amerika bagi

penggal pertama ialah Warren Christopher dan penggal kedua ialah Madeline

Albright.

Apabila parti Republican memenangi pilihanraya umum pada akhir tahun

2000, Presiden George W. Bush telah menggantikan pegawai-pegawai yang

memegang jawatan utama di dalam pentadbiran Amerika dengan individu-

individu dari parti Republican sendiri di mana Setiausaha Negara Amerika telah

dipegang oleh Colin Powell dari 2001 hingga 2005 dan digantikan oleh

Condoleezza Rice dari 2005 sehingga kini. Berdasarkan kepada senario ini

maka jelas bahawa sistem politik Amerika menjalankan fungsi rekrutmen.

16

Page 18: Politik Perbandingan

ii. Sosialisasi politik.

Di dalam sistem politik Amerika, penekanan bagi penerapan serta

membentuk tingkah laku positif, nilai-nilai positif, kepercayaan dan pendapat

yang boleh mengukuhkan dan mengekalkan sistem politik sentiasa dititik

beratkan. Contohnya, undang-undang ‘No Child Left Behind Act of 2001’ yang

diluluskan dan diwartakan sebagai undang-undang bagi memperkuatkan

‘Elementary and Secondary Education Act of 1965 (ESEA)’ serta ‘Medicare Act

of 2003’ menunjukkan kesungguhan sistem politik Amerika untuk memainkan

peranan dalam sosialisasi politik.

iii. Komunikasi politik.

Dalam soal menyalurkan maklumat-maklumat berunsur politik kepada

masyarakat, sistem politik Amerika telah menggunakan sepenuhnya kepesatan

dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang jauh lebih pantas

dan luas seperti media cetak, elektronik dan Internet. Sebagai contoh, apa jua

maklumat berkaitan dengan kerajaan atau politik ianya dapat diketahui oleh

seluruh rakyat serta-merta.

iv. Penyuaraan kepentingan.

17

Page 19: Politik Perbandingan

Dengan sistem politik Amerika yang mengamalkan perwakilan di dua

dewan iaitu Kongres dan Senat, usaha menyuarakan permintaan atau keperluan

kepada sistem politik bukanlah satu masalah. Ini adalah kerana sebarang

permintaan atau keperluan kepada sistem politik boleh disuarakan di kedua-dua

dewan.

v. Penyatuan kepentingan.

Di dalam sistem politik Amerika, pihak pemerintah yang diketuai oleh

Presiden dan dibantu oleh kabinetnya serta disokong oleh kedua-dua dewan

memainkan peranan yang aktif dalam mengurus alternatif-alternatif utama bagi

menyelesaikan masalah-masalah rakyat seperti ekonomi, pendidikan, kesihatan,

keselamatan dan sebagainya.

vi. Pembinaan polisi.

Boleh dikatakan setiap Presiden yang memerintah negara Amerika telah

memperkenalkan pelbagai polisi yang bertujuan mencari jalan terbaik dalam

menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Sebagai contoh, ‘The Digital

Millennium Copyright Act’ yang diluluskan oleh Presiden Clinton pada 21 Oktober

1998, merupakan pindaan pertam yang signifikan terhadap ‘The Copyright Act’

semenjak tahun 1976.

18

Page 20: Politik Perbandingan

vii. Pengimplementasian polisi.

Memandangkan politik di Amerika telah mencapai usia 231 tahun, pihak

yang memerintah tidak kira apa jua parti cukup faham tentang kesungguhan

mentadbir atau mengimplementasikan keputusan-keputusan secara berkesan.

Ini adalah kerana dalam jangka masa yang panjang ini rakyat juga telah cukup

faham apa sebenarnya peranan kerajaan. Apatah lagi dengan kemajuan

teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini, sedikit kesilapan dalam

pengimplementasian polisi kerajaan akan memberikan kesan yang negatif

kepada kepada kerajaan itu sendiri.

19

Page 21: Politik Perbandingan

6.0. Sistem Politik Britain

i. Rekrutmen politik.

Di dalam politik Britain, rekrutmen yang bertujuan mengumpul dan

menyusun individu-individu bagi memegang dan memainkan peranan politik di

dalam sesebuah sistem politik bermula daripada pengundi sehinggalah kepada

pemimpin-pemimpin kerajaan telah diamalkan sekian lama. Sama ada parti

pemerintah atau pembangkang rekrutmen politik ini tetap diberi kepentingan

kerana sistem politik Britain bukan sahaja mempercayai keupayaan parti

pemerintah untuk memimpin negara tetapi juga keupayaan parti pembangkang

menegur parti pemerintah. Sebagai contoh, John Major yang menggantikan

Margaret Thatcher sebagai Perdana Menteri Britain dari tahun 1990 hingga

tahun 1997 adalah ketua dan anggota yang aktif dalam parti Konservetif. Dalam

tempoh yang sama Tony Blair dari parti Buruh yang menjadi pembangkang di

dalam parlimen agak lantang mengkritik kerajaan John Major dalam banyak hal.

Hasil kritikan tersebut menyebabkan parti Konservetif kalah di dalam pilihanraya

umum 1997 dan digantikan oleh parti Buruh yang diketuai oleh Tony Blair.

ii. Sosialisasi politik.

20

Page 22: Politik Perbandingan

Dengan satu-satunya negara di dunia yang bergelar ‘Great Britain’ sistem

politik di negara ini tentunya amat mementingkan penanaman dan penerapan

serta pembentukan tingkah laku positif, nilai-nilai positif, kepercayaan dan

pendapat yang boleh mengukuhkan dan mengekalkan sistem politik. Sebagai

contoh kewujudan parti Konservetif di Britain jelas menunjukkan terdapat

keperluan yang mendesak bagi pengekalan nilai-nilai positif yang telah sekian

lama dipegang oleh rakyat Britain.

iii. Komunikasi politik.

Sama seperti negara Amerika, sistem politik Britain juga mengeksplotasi

sepenuhnya kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi dalam menyalurkan

maklumat-maklumat berunsur politik kepada masyarakat. Sebagai contoh, di

dalam media elektronik, politik Britain telah sekian lama menggunakan BBC atau

British Broadcasting Corporation untuk menyalurkan maklumat kepada

rakyatnya.

iv. Penyuaraan kepentingan.

Sesi ‘Prime Minister’s Questions’ selama 30 minit pada setiap hari Rabu

selain persidangan-persidangan biasa di Dewan Rakyat menunjukkan sistem

politik di Britain amat mementingkan penyuaraan permintaan atau keperluan

kepada sistem politik.

21

Page 23: Politik Perbandingan

v. Penyatuan kepentingan.

Dengan amalan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja

Berperlembagaan, politik Britain secara automatik arif dengan tanggungjawab

mendengar dan menerima permintaan-permintaan rakyat yang bertujuan

memberikan kebaikan kepada semua pihak. Dalam hal penyatuan kepentingan,

suara rakyat senantiasa diberi keutamaan kerana setiap ahli parlimen di Dewan

Rakyat adalah wakil rakyat di kawasan-kawasan tertentu. Sebagai contoh Bekas

Perdana Menteri Britain Tony Blair juga adalah wakil rakyat bagi kawasan

parlimen Sedgefield.

vi. Pembinaan polisi.

Di dalam politik Britain, ‘The House of Commons’ atau Dewan Rakyat

adalah tempat bagi mengusul, mengetengah, membincang dan mencari jalan

terbaik bagi menyelesaikan pelbagai masalah dan isu bukan sahaja di peringkat

domestik tetapi juga di peringkat antarabangsa. Daripada perbincangan ini maka

terhasillah pelbagai polisi atau dasar seperti pendidikan, ekonomi, hubungan

luar, sosial, pertanian dan sebagainya.

vii. Pengimplementasian polisi.

22

Page 24: Politik Perbandingan

Setelah pihak pemerintah menetapkan polisi atau dasar terhadap sesuatu

masalah atau isu, langkah seterusnya adalah mentadbir atau

mengimplementasikan keputusan-keputusan berkaitan polisi tersebut secara

berkesan. Sebagai contoh, semasa Tony Blair menjadi Perdana Menteri Britain

pelbagai polisi telah ditetapkan dan diimplementasikan secara berkesan seperti

Gaji Minimum Kebangsaan, Peningkatan Perbelanjaan Awam bagi Kesihatan

dan Pendidikan, Pengekalan Cukai Pendapatan dan sebagainya.

23

Page 25: Politik Perbandingan

7.0. Kesimpulan

Pada kesimpulannya, berdasarkan kerangka teoritikal fungsi-struktur

perbandingan politik Almond dan Powell (1966), politik Amerika dan Britain jelas

menuruti tujuh fungsi politik yang ditetapkan. Walaupun kedua-dua sistem politik

ini pada dasarnya adalah sistem politik demokrasi namun apa yang

membezakan politik Amerika dan Britain adalah model demokrasi [

http://www.opinionjournal.com/extra/?id=110006691 ] yang diamalkan di mana ini

secara langsung mempengaruhi kaedah, pendekatan dan teknik dalam

perlaksanaan fungsi-struktur.

24

Page 26: Politik Perbandingan

8.0. BIBLIOGRAFI

1. Almond, Gabriel A., and G. Bingham Powell, Jr. (1966). Comparative

Politics: A Developmental Approach. Boston: Little Brown.

2. Gerardo L. Munck (2006). The Past And Present Of Comparative Politics

Working Paper #330.

3. ______(2007). The Functions of Political Systems.

Online: http://homepages.udayton.edu/~aherndaw/almnpowl.htm

4. ______(2005). It's the Third Way, Old Chap. The similiarities and

differences between American and British politics.

Online: http://www.opinionjournal.com/extra/?id=110006691

5. ______(2000-2007). American vs British Election.

Online:http://www.historylearningsite.co.uk/

american_v_british_elections.htm

25

Page 27: Politik Perbandingan

6. ______(2007). Buck Naked Politics. We Strip Off the Gloss : 13

Differences Between the American and British Political Systems.

Online:http://bucknakedpolitics.typepad.com/buck_naked_politics/

2007/08/t-13-8-thirteen.html

7. ______(2007). UK Political Parties.

Online: http://www.intersites.co.uk/10653/

8. ______(2007). Creation Of The Political Party System In The Usa.

Online: http://www.theusgov.com/partysyst.htm

9. ______(2007). The  United States of America Political Parties.

Online: http://www.solcomhouse.com/usapolitcs.htm

10. ______(2007). The Government of The United States of America.

Online: http://www.solcomhouse.com/governmentusa.htm

11. ______(2000-2007). First Past The Post.

Online: http://www.historylearningsite.co.uk/first_past_the_post.htm

12. David Easton (1953). The Political System. An Inquiry into the State of

Political Science, New York.

26

Page 28: Politik Perbandingan

13. David Easton (1965). A Framework for Political Analysis, Englewood

Cliffs.

RUJUKAN

27