politik group

26
GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN 1.0 PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada lebih 200 kumpulan etn Terdiri daripada kaum Melayu, Cina,India, Kadazan-Dusun, Iban dan lain-lain. Dengan penduduk yang pelbagai budaya ini, perpaduan etnik atau sebaliknya sentiasa dalam pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara ini.leh kerana !ujudnya kepelb budaya, agama dan bahasa dalam kalangan rakyat di negara ini, maka timbulah pelbag yang melibatkan hubungan etnik. "#leh dikatakan baha!a perkauman akan sentiasa menj batas pemisah antara rakyat pelbagai kaum. Keadaan ini seterusnya b#leh melahirkan dan k#n$lik antara kaum dan seterusnya b#leh menyebabkan berlakunya pertumpahan dar "erdasarkan kepada peristi!a %& Mei, beberapa perkara penting perlu dipandang dalam membina negara bangsa yang bersatu padu. Dalam hal ini, ternyata $akt#r hubun yang harm#nismenjadianak kun'i bagi keseimbangan antara kekukuhan ek#n#mi dan kestabilan p#litik. (ubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat s negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. )akyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu mengangga mereka sebagai bangsa Malaysia yang ber$ikir dan bertindak ke arah men'apai satu ma *ejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu d lagibagi me!ujudkan suasananegara yang lebihaman, maju, selamatdan makmur. Kepelbagaian etnikini se'ara langsungatau tidaklangsungtelah meran'akkanagenda p#litik dalam negara. *e'ara p#siti$nya, situasi ini telah berjaya me!ujudka sihat dalam kalangan masyarakat. *ehingga ke hari ini, semangat perjuangan yang ada setiap indi+idu telah memberi kesan yang unik terhadap imej p#litik negara Malaysia PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 1

Upload: alamsyah

Post on 04-Nov-2015

249 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

GMGA1024 POLITIK DAN PENTADBIRAN

1.0PENGENALANMalaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada lebih 200 kumpulan etnik. Terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Iban dan lain-lain. Dengan penduduk yang pelbagai budaya ini, perpaduan etnik atau sebaliknya sentiasa menjadi agenda dalam pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara ini.Oleh kerana wujudnya kepelbagaian budaya, agama dan bahasa dalam kalangan rakyat di negara ini, maka timbulah pelbagai masalah yang melibatkan hubungan etnik. Boleh dikatakan bahawa perkauman akan sentiasa menjadi batas pemisah antara rakyat pelbagai kaum. Keadaan ini seterusnya boleh melahirkan ketegangan dan konflik antara kaum dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya pertumpahan darah.

Berdasarkan kepada peristiwa 13 Mei, beberapa perkara penting perlu dipandang serius dalam membina negara bangsa yang bersatu padu. Dalam hal ini, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Kepelbagaian etnik ini secara langsung atau tidak langsung telah merancakkan agenda politikdalam negara. Secara positifnya, situasi ini telah berjaya mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan masyarakat. Sehingga ke hari ini, semangat perjuangan yang ada dalam diri setiap individu telah memberi kesan yang unik terhadap imej politik negara Malaysia.Bermula daripada zaman penjajahan, pemimpin-pemimpin pada ketika itu telah berusaha keras dalam memenangi kemerdekaan tanah air. Ditambah juga dengan semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum yang pada ketika itu begitu utuh dan tebal demi membebaskan diri daripada belenggu penjajah. Juga, buruh-buruh asing yang pada ketika itu merasakan kelompok mereka teraniaya dan ingin memperjuangkan hak yang lebih saksama telah mencorakkan politik semasa yang lebih kuat berbanding sekarang. Secara teorinya, Malaysia telah lama mengamalkan demokrasi. Namun, satu yang masih menjadi persoalan dan tunjang utama kepada politik tempatan adalah ketelusan dan sejauh manakah pengaplikasian sistem ini dalam pengurusan negara. Di negara ini terdapat pelbagai parti politik yang berasaskan kumpulan etnik dan setiap parti politik akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya. Politik perkauman ini boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi dibangkitkan, maka tindakan ini tidak akan menyumbang kearah masyarakat yang bersatu padu. 2.0REALITI POLITIK DALAM NEGARA

2.1SEMENANJUNG MALAYSIA

2.1.1SEBELUM MERDEKAZaman pendudukan Jepun dan penjajahan British telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap hubungan etnik dan corakpembangunan politik di Malaysia. Ianya bermula daripada dasar British yang telah membawa masuk buruh dari China dan India bagi menjana ekonomi tempatan serta kekayaan hasil bumitanah Melayu. British jugatelah mengasingkan mereka dari segi pekerjaan, tempat tinggal dan sistem pendidikan. Sebagai contoh, Masyarakat Cina telah ditempatkan di lombong-lombong, bandar dan pekan bagi menjalankan sektor perniagaan. Masyarakat India pula telah ditempatkan di estet-estet sebagai buruh estet. Manakala masyarakat Melayu telah ditempatkan di kampung-kampung bagi menjalankan kegiatan pertanian sara diri dan tradisional seperti pertanian dan menangkap ikan. Hal ini telah menyebabkan terdapat jurang perkauman antara semua etnik yang ada di Tanah Melayu pada ketika itu.2.1.2MALAYAN UNIONMalayan Union merupakan sebuah konfederasi negeri-negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat. Ia ditubuhkan untuk memudahkan pentadbiran tanah jajahan British di Semenanjung Melayu. Rakyat menolak penubuhan Malayan Union malah juga ditentang oleh Raja-raja Melayu. Britih telah menubuhkan Malayan Union pada 1 April 1946 sebagai persediaan Tanah Melayu ke arah pembentukan kerajaan sendiri. Melalui penggabungan ini, Tanah Melayu akan diberi latihan ke arah berkerajaan sendiri sesuai dengan Piagam Atlantik 1945. Piagam tersebut menganjurkan masa depan sesebuah negara ditentukan oleh rakyatnya sendiri. Selain itu, penubuhan Malayan Union juga adalah untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang cekap dan seimbang di antara negeri. Pelaksanaan Malayan Union telah menimbulkan penentangan orang Melayu terhadap sistem pemerintahan tersebut. Antara sebab penentangan ialah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut raja-raja Melayu. Sultan turut tidak diberi masa yang secukupnya untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri. Orang Melayu juga menentang kerakyatan mudah kepada kaum imigran secara jus soli. Dasar terbuka British ini dilihat akan mengancam status quo orang Melayu sebagai penduduk peribumi. Gabungan 29 buah pertubuhan Melayu bangun menentang Malayan Union menunjukkan wujud perpaduan kebangsaan untuk menentang Malayan Union.

2.1.3UNITED MALAYS NATIONAL ORGANIZATION (UMNO)Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya membubarkan diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi memperjuangkan hak-hak mereka. Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato Onn Bin Jaafar sebagai pemimpinnya yang pertama, dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang begitu deras dan menguntungkan golongan-golongan lain yang lebih maju. Usaha-usaha dibuat bagi mengeratkan kerjasama di antara kaum sehingga tertubuhnya Perikatan UMNO-MCA pada awal 1952, bila kedua-dua parti ini bertanding dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur. Kemenangan telah diperolehi oleh kedua-duanya dan ini membawa kepada kerjasama yang lebih jauh menjelang kemerdekaan. Pada tahun 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan kerjasama yang rapat antara kaum-kaum. Dengan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, kemenangannya yang cemerlang telah diperolehi. Maka jelaslah kepada pihak penjajah bahawa kaum-kaum di Tanah Melayu adalah bersatu hati dan boleh merdeka.2.1.4 JAWATANKUASA PERHUBUNGAN KAUM / COMMUNITIESLIAISON COMMITTEE (CLC)Atas usaha Dato Onn Jaafar dan Malcom Mac Donald (Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara), CLC telah ditubuhkan untuk mewujudkan kesefahaman dan kerjasama yang lebih baik dalam kalangan pelbagai etnik di Tanah Melayu pada ketika itu. CLC merupakan pertubuhan separa politik kerana perkambangan CLC adalah di bawah pengawasan British. Perjumpaan CLC dan ahli-ahli CLC terdiri daripada pemimpin politik dan ahli pentadbir. CLC juga memberi perhatian kepada hubungan politik orang Melayu dan bukan Melayu. Pengambilan orang bukan Melayu dalam perkhidmatan kerajaan serta pengenalan pilihan raya tempatan dan berkerajaan sendiri adalah antara usaha-usaha yang dijalankan bagi mewujudkan lagi hubugan etnik yang harmoni. Dalam isu pilihan raya pula, CLC telah mencadangkan satu peralihan kerajaan secara berperingkat-peringkat di Tanah Melayu. Hal ini dilaksanakankan dengan cara mewujudkan pilihan raya secara berperingkat.

2.1.5MALAYSIAN CHINESE ASSOCIATION (MCA)Parti ini dianggotai oleh masyarakat Cina dalam memperjuang serta mempertahahankan kepentingan orang Cina. Selain itu, hasrat parti ini juga untuk mewujudkan hubungan berbaik-baik dan kerjasama antara orang Cina dengan etnik lain di Tanah Melayu. Tambahan pula, parti ini berhasrat untuk membersihkan imej orang Cina yang sering dikaitkan dengan Parti Komunis Malaya (PKM).

2.1.6INDEPENDENT MALAYAN PARTY (IMP)Parti ini telah ditubuhkan pada 16 September 1951 oleh Dato Onn Bin Jaafar. Beliau ingin membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu. Ini sekaligus mencetuskan kemarahan orang-orang Melayu pada ketika itu. Namun penubuhan parti ini telah mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin bukan Melayu seperti H.S. Lee, Heah Joo Siang, Tan Cheng Lock, P.P Narayanan dan K.L. Devaser. Mereka berpendapat bahawa langkah ini merupakan satu usaha untuk menjalin kerjasama pelbagai etnik pada ketika itu.

2.1.7PERIKATAN UMNO-MCA-MICPada Januari 1952, perkongsian kuasa antara dua buah parti terbesar di Tanah Melayu antara UMNO dan MCA telah berlaku. Perikatan ini telah memenangi sembilan kerusi dalam Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada 16 Februari 1952. Pada Oktober 1954 Parti Perikatan UMNO-MCA ini telah disertai olah MIC. Parti ini telah bertanding dalam Pilihan Raya Persekutuan yang pertama pada 27 Julai 1955. Hasil daripada kerjasama ini, parti ini telah memenangi 51 buah kerusi daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan.2.2SELEPAS MERDEKA2.2.1.BARISAN NASIONAL (BN)

Menurut Sejarah, Barisan Nasional mempunyai perbezaan yang jelas dengan Perikatan. Parti Perikatan lahir hasil daripada keperluan untuk bekerjasama antara tiga kaum (Melayu, Cina dan India) sebagai syarat yang diletakkan oleh pihak British dalam perundingan untuk kemerdekaan Melayu. Manakala Barisan Nasional wujud bagi menyelamatkan negara yang berada dalam situasi bahaya akibat perpecahan kaum. Kerajaan Perikatan yang telah memenangi pilihanraya pada tahun 1955 telah diberi mandat oleh British untuk berkuasa memerintah negara. Namun, keadaan itu tidak lama kerana tercetusnya tregadi 13 Mei 1969 yang telah menjadi titik hitam Negara ini. Berlatar belakangkan tragedi hitam tersebut, kerajaan Barisan Nasional pada tahun 1973 telah ditubuhkan untuk menggantikan Perikatan yang bertujuan untuk menyatukan kembali rakyat pada masa itu. Barisan Nasional telah menggantikan Kerajaan Perikatan pada tahun 1974 yang mana idea penubuhan ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri yang kedua iaitu TunAbd. Razak Hussein. Tujuannya ialah untuk mengurangkan permainan politik perkauman yang begitu meruncing pada waktu itu. Barisan Nasional telah mendapat mandat daripada rakyat Malaysia untuk menjalankan sistem pemerintahan yang adil dan saksama bagi memenuhi tuntutan kemajuan setiap etnik di negara ini. Barisan Nasional telah disertai oleh beberapa parti yang mewakili kaum-kaum seperti UMNO, MCA, MIC, PAS, PPP, GERAKAN, SUPP, Parti Pesaka Bumiputera dan USNO. Kerjasama daripada parti-parti komponen Barisan Nasional amat penting bagi melancarkan pentadbiran di Malaysia. 2.2.2.PAKATAN RAKYATPakatan Rakyat merupakan satu perikatan baharu parti-parti politik Malaysia. Perikatan ini terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia serta Parti Tindakan Demokratik (PKR-PAS-DAP), yang merupakan pihak pembangkang dalam Parlimen Malaysia. Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan Ketua Pembangkang sebelum ini, namun kemudiannya digantikan oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas beliau memenangi pilihan raya Permatang Pauh pada tahun 2008. Pakatan Rakyat juga menerajui kerajaan empat buah negeri Malaysia. Pembentukan Pakatan Rakyat diumumkan pada 1 April 2008 berikutan mesyuarat antara pihak ketiga-tiga parti di Petaling Jaya. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, gabungan tidak formal PKR-PAS-DAP berjaya memenangi 82 daripada 222 kerusi dalam Parlimen Malaysia, dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga kerusi yang dipegang Barisan Nasional (BN) sejak kemerdekaan negara itu. Pakatan ini juga berjaya membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Perak dan Selangor. Pakatan Rakyat berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

2.2.3.SABAH

Kerajaan negeri sabah dikuasai oleh Barisan Nasional (BN), sebuah parti campuran yang terdiri daripada pelbagai parti etnik utama, iaitu UMNO, United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization (UPKO), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) Malaysian Chinese Association (MCA), Liberal Democratic Party (LDP) Parti Gerakan Sabah (Gerakan). Satu ciri daripada politik Sabah yang luar biasa ialah dasar yang diasaskan oleh Barisan Nasional pada 1994. Parti politik yang pertama di Sabah ialah United National Kadazan Organisation (UNKO) yang ditubuhkan pada Ogos 1961, diikuti dengan United Sabah National Organisation (USNO) pada Disember 1961, United National Pasok Momogun Organisation (Pasok Momogun) pada tahun 1962 dan Borneo Utara National Party (BUNAP) yang ditukar kepada Sabah National Party (SNAP). Parti Perikatan Sabah dianggotai UNKO, USNO, Pasok Momogun dan SNAP. Pada Jun 1964, UNKO dan Pasok Momogun telah bersetuju dalam membentuk United Pasok Momogun Kadazan Organization (UPKO) bagi mempertahankan kepentingan kaum bumiputera bukan Islam di Sabah. Jawatan Ketua Menteri digilir antara parti-parti komponennya setiap dua tahun, tidak mengira mana satu parti yang berkuasa pada sesuatu masa. Oleh sebab itu, setiap kelompok etnik akan mendapat tempoh yang sama untuk memerintah negeri. Penyusunan ini juga melemahkan kuasa kerajaan negeri yang dahulunya sentiasa bertentangan dengan kerajaan pusat di Kuala Lumpur. Sistem ini juga memberi kuasa yang lebih banyak kepada kaum Melayu yang merupakan kaum minoriti untuk memansuhkan undang-undang tempatan yang diperkenalkan oleh pihak Kadazan-Dusun yang merupakan kaum majoriti. Walaubagaimanapun, penyusunan ini telah ditamat semasa UMNO memegang jawatan itu dengan kuasa sekarang dipegang olehnya. Ini telah menimbulkan pertentangan pendapat dan oleh sebab itu, terdapatnya perasaan kecewa yang meluas. Dewan Undangan Negeri sekarang didominasi oleh Barisan Nasional dengan cuma satu kerusi pembangkang sahaja yang dipegang oleh calon bebas. UMNO telah mencapai kuasa dengan pantas sejak kemasukannya ke Sabah pada tahun 1991. Sebelum ini, UMNO tidak mengambil bahagian dalam kedua-dua negeri di Malaysia Timur. 2.2.4.SARAWAK

Parti politik yang pertama di Sarawak ialah United Peoples Party (SUPP) yang ditubuhkan pada Jun 1959 oleh kaum Cina dan selepas itu muncul pula Parti Negara Sarawak (PANAS) pada tahun 1960. Parti Bumiputera bukan Islam yang pertama ialah Sarawak Nasional Party (SNAP) yang ditubuhkan pada tahun 1961. Pada tahun 1962, orang Melayu dan Melanau dari Lembah Rejang menubuhkan pula parti Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) seterusnya diikuti dengan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) yang ditubuhkan oleh beberapa orang pemimpin Iban dan Sarawak Chinese Association (SCA). Parti Parikatan Sarawak telah dibentuk diantara PANAS, SNAP, PESAKA,BARJASA dan SCA pada 22 Oktober 1962. Penerimaan SUPP dalam menubuhkan kerajaan campuran Sarawak selepas pilihan raya oleh golongan bumiputera pada tahun 1970 mencerminkan kompromi politik antara etnik telah bermula dalam proses politik di Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak yang pertama ialah Stephen Kalong Ningkan dari SNAP pada tahun 1963. Namun, pelbagai masalah telah timbul separti pengenalan undang-undang yang membenarkan kaum Cina membeli tanah masyarakat Bumiputera, isu pengantian pegawai British dan pegawai dari Semenanjung dan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Sarawak. Hal ini berakhir apabila beliau dipecat dan digantikan dengan Penghulu Tawi Sli pada tahun 1966. Selepas pilihanraya pada tahun 1970, Tun Abdul Rahman Yakub dari Parti Bumiputera telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang memperlihatkan kenaikan hegemoni Bumiputera Islam (Melayu dan Melanau). Bermula pada Mac 1981 sehingga kehari ini, peralihan kuasa kepada Tun Abdul Taib Mahmud.Perpaduan etnik Iban tergugat apabila terbentuknya Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) pada Julai 1983 kerana SNAP dipimpin oleh James Wong Kin Min seorang pemimpin yang bukan orang Iban.

PBDS ingin mewujudkan sebuah parti baru yang memperjuangkan untuk memulih semula hegemoni orang Iban di Sarawak. Walaubagaimanpun, masalah perpecahan etnik ini dapat diselesaikan oleh Tun Abdul Taib Mahmud. Pada hari ini, SNAP, PBB dan SUPP telah bernaung di bawah Barisan Nasional. Kewujudan Barisan Nasional di Sarawak sedikat sebanyak telah dapat menyelesaikan masalah mengenai hubungan etnik di Sarawak.3.0PENGLIBATAN ETNIK DALAM BIDANG POLITIKSepanjang lebih 50 tahun Malaysia mempertahankan kemerdekaan yang telah diperjuangkanoleh golongan terdahulu, pelbagai parti politik telah ditubuhkan. Dalam tempoh ini juga,banyak parti yang ditubuhkan terpaksa dibubarkan atas pelbagai aspek yang mengekangkelangsungan pertumbuhannya. Walau bagaimanapun, perkembangan ini masih dianggappositif kerana dasar perlembagaan negara yang mengamalkan sistem demokrasi parlimenserta penubuhan parti-parti baru yang tidak kurang banyaknya. Terkini, sebanyak 29 buahparti politik telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta bergiat aktif dalammasyarakat. Berikut adalah parti-parti yang berdaftar:-1. Barisan Nasional Of Malaysia (BN)

2. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu/United Malays National Organization (UMNO)

3. Parti Persatuan Cina Malaysia /Malaysian Chinese Association (MCA)

4. Parti Kongres India Malaysia/The Malaysian Indian Congress (MIC)

5. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)

6. Parti Liberal Demokratik /The Liberal Democratic Party (LDP)

7. Parti Progresif Malaysia Penduduk People's Progressive Party Of Malaysia (PPP)

8. Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan dusun Murut Bersatu /United Pasokmomogun Kadazan dusun Murut Organization (UPKO)

9. Parti Maju Sabah (PMS) /Sabah Progressive Party (SAPP)

10. Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBBS)

11. Parti Rakyat Malaysia (PRM)

12. Parti Reformasi Negeri Sarawak State Reform Party Sarawak (STAR)

13. Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia All Malaysian Indian Progressive Front(AMIPF)

14. Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA)

15. Parti Rakyat Bersatu Sarawak / Sarawak United Peoples Party (SUPP)

16. Kongress Indian Muslim Malaysia (KIMMA)

17. Parti Punjabi Malaysia Malaysian Punjabi Party (PPM)

18. Parti Demokratik Progresif Sarawak Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP)

19. Parti Keadilan Rakyat20. Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM)

21. Parti Setia Rakyat Sabah (PSRS) /Sabah People's Party (SPP)

22. Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu/Federation Sabah People Front Party (Bersekutu)

23. Parti Kongres Ceyclonese Malaysia Malaysian Ceyclonese Congress (MCC)

24. Parti Sosialis Malaysia (PSM)

25. Parti Islam Se Malaysia (PAS)

26. Parti Tindakan Demokratik/Democratic Action Party,Malaysia (DAP)

27. Parti Bersatu Sabah Sabah United Party (PBS)

28. Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia Worker's Party Of Malaysia

29. Parti Kebangsaan Sarawak/Sarawak National Party (SNAP)

3.1POLITIK SEMASAMalaysia merupakan sebuah Negara yang mengamalkan sistem demokrasiberpalimen. Sistem ini telah diamalkan sejak tanah melayu mencapai kemerdekaan. Sistemini berada di bawah pentadbiran raja berperlembagaan Malaysia yang diketuai oleh SeriPaduka Baginda yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada Sembilan sultan negeri Melayu. Baginda akan bekhidmat selama lima tahun sebagi Ketua Negara dan Pemerintahan Tertinggi Angkatan Tentera.

Sistem demokrasi yang diamalkan membolehkan rakyat memilih tampuk pemerintahan yang disukai secara undian. Kebebasan rakyat untuk berpolitik menyebabkansemakin banyak parti politik di Malaysia. Mengikut senarai parti politik yang di keluarkanoleh SuruhanJaya Pilihanraya Malaysia, terdapat 29 parti politik yang berdaftar di Malaysia antara parti politik yang berdaftar dengan SuruhanJaya Pilihan Malaysia:-

3.2PERKEMBANGAN

Membincangkan tentang perkembangan politik semasa, pemerhatian tentang corak pemerintahan dalaman dan kecenderungan pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam parti politik tersebut. Penelitian akan memberikan gambaran tentang situasi politik sekarang yang boleh dikatakan tidak stabil, hangat dan mencabar. Berbicara tentang politik sekarang dapat dilihat tentang pertikaian antara setiap parti. Baik parti tersebut adalah sesama bangsa atau pun dengan kaum lain. Masing-masing mula mahu menegakkan hak masing-masing.

Mereka mahu lebih. Masing-masing mahu kelihatan mereka itu dominan. Kaum Y berkompromi dengan Kaum Z untuk menjatuhkan Kaum X bagi membolehkan, mungkin, Kaum Y menguasai negara ini. Jika Kaum Y tidak berkuasapun mereka mahu diberi peranan yang lebih lagi. Situasi ini mewujudkan pertikaian dalam pembentukan antara kaum. Ketidakstabilan ini telah menyekat pembentukan antara etnik yang cuba dicapai dalam pembentukan Negara. Politik kini pula boleh dikatakan semakin panas kerana banyak isu-isu semasa yangdapat dikaitkan dengan ahli politik kini. Pihak pemerintah (iaitu parti politik yang memegang tampuk pemerintahan) mahupun parti lain dilihat semakin tidak stabil disebabkan pelbagai perkara yang membelenggu parti tersebut. Antara perkara yang dapat dilihat kini adalah isurasuah. Amalan rasuah ini bukan perkara baru dalam sesebuah parti. Hal ini diakui sendiri oleh Pengarah Bahagian Kecemerlangan dan Professional Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),Abdul Wahab Abdul Aziz, bahawa kebanyakan kespenyelewengan wang di Negara ini terjadi dikalangan ahli politik.

Mengikut kajian yangtelah dijalankan sebanyak 42% parti politik yang telibat dalam gejala rasuah di Malaysia.Politik sekarang dikatakan semakin mencabar kerana semakin hari semakin banyak usah yang dilakukan oleh parti bukan melayu melalui medium politik bagi menggugat kelebihan orang melayu. Contohnya hari ini, ada sahaja tuntutan dan cadangan yang dibuat oleh pihak tertentu yang bertujuan memastikan kuasa orang Melayu semakin berkurangan.Oleh itu, kaum melayu seharusnya tidak terus leka dengan kaum lain.

Jika orang Melayu terus leka dan berbalah sesama sendiri serta sanggup melakukan apa sahaja demi kuasapolitik maka tidak mustahil mereka akan kehilangan segala-galanya termasuklah kuasa politik iaitu satu-satunya yang dipegang oleh orang Melayu di negara ini.Namun, dalam keadaan politik yang semakin rapuh, masih terdapat kekuatan yang cuba dipertahankan. Seperti masih utuhnya gabungan tiga parti politik yang berlainan kaumiaitu UMNO(melayu), MIC(india) dan MCA(cina) dalam mentadbir negara. Penyatuan ketiga-tiga parti ini perlu untuk terus mewujudkan penyatuan kaum sekaligus menyujudkan etnik yang berbilang kaum yang hidup dengan aman dalam satu Negara.3.3CABARANMalaysia terdiri daripada berbilang bangsa dan agama dan bagi mencapai kedudukan politik yang stabil, negara kita perlulah mengambil kira kepentingan semua kaum dan bertindak adil dalam pentadbiran. Walaupun kestabilan politik dan perpaduan kaum terhasil di Malaysia ekoran daripada hubungan etnik yang mantap dan utuh serta adanya penyatuan pelbagai parti politik dalam setiap parti komponen, namun pada umumnya politik perkauman masih mewarnai politik Malaysia yang dapat dilihat dalam tuntutan-tuntutan dan isi hati yangdisuarakan oleh etnik-etnik tertentu melalui wakil mereka daripada parti pemerintah atau pembangkang.

Terdapat beberapa cabaran penting dalam menstabilkan politik negara kita dan juga bagi memelihara kedudukan orang melayu di negara kita sendiri,. Antaranya ialah menyatukan perpaduan antara kaum, menyatukan orang melayu, menyelesaikan tuntutan danmemorandom kaum-kaum lain yang mempertikaikan isu-isu pokok dan mengembalikan kembali kepercayaan warga cina dan india yang beralih sokongan pada pihak pembangkang.3.3.1.MENYATUKAN PERPADUAN ANTARA KAUMPada masa kini, pergolakan di antara kaum dapat dilihat semakin menjadi-jadi dan membuatkan perasaan perkauman itu semakin menebal di kalangan masyarakat. Sebagai contoh, perbezaan agama dijadikan isu untuk berbalah. Antara contoh isu yang timbul ialah pembakaran beberapa buah gereja dan menconteng surau. Perkara ini terjadi apabila terdapa tsesetengah pihak yang mempunyai kepentingan peribadi sengaja menimbulkan isu-isu sensitive ini bagi menimbulkan perpecahan antara kaum.3.3.2.MENYATUPADUKAN ORANG MELAYUCabaran politik kini bukan sahajabukan sahaja menyatukan perpaduan antara kaum malah orang melayu juga perlu disatukan. Bangsa melayu menghadapi pelbagai cabaran kecil dan besar, terutamanya cabaran perpecahan di kalangan orang orang melayu sendiri. Contoh yang jelas ialah wujudnya dua parti politik Melayu terbesar iaitu PAS dan UMNO. Jurang perbezaan pendapat antara dua parti ini amat besar dan turut menjadi punca perbalahan antarak aum Melayu.3.3.3.MEMORANDOM KAUM-KAUM LAIN YANG MEMPERTIKAIKAN ISU-ISU POKOKCabaran yang ketiga ialah tuntutan masyarakat bangsa lain yang mahukan hak sama rata dalam kebanyakan aspek pentadbiran. Sebagai contoh, tuntutan kaum cina yang mahu menghapuskan DEB (Dasar Ekonomi Baru), pertikaian mengenai diskaun bagi bumiputera, kuota kemasukan ke IPTA dan lain-lain lagi. Melalui tuntutan-tuntutan ini, tertubuhlah pelbagai persatuan bagi menyokong tindakan mereka sekaligus banyak menimbulkan huruhara dengan melakukan demonstrasi jalanan dan berbagai cara lagi. Antara contoh persatuan yang ditubuhkan bagi menyokong tindakan ini ialah HINDRAF. Persatuan ini menuntut hak supaya member perhatian kepada kaum India yang berasa tersisih dari segi ekonomi dantidak mendapat hak yang sama rata.3.3.4.MENGEMBALIKAN KEPERCAYAAN WARGA CINA DAN INDIA YANG BERALIH SOKONGAN KEPADA PEMBANGKANGPergolakan di dalam parti Barisan Nasional (BN) dan kerajaan seperti amalan rasuah dan politik wang menyebabkan kurangnya kepercayaan rakyat terhadap parti pimpinan kerajaan ini. Kekalahan BN pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu menunjukkan ketidakstabialn politik di Negara kita. Rakyat sudah ilang kepercayaan dan mahukan pembaharuan dengan beralih sokongan pada parti pembangkang. Jadi cabaran politik Malaysia kini ialah mengembalikan semula kepercayaan rakyat khususnya masyarakat Cina dan India. Mereka haruslah mengembalikan kembali maruah dan meningkatkan prestasi sebagai parti yang mentadbir kerajaan Malaysia. Perkara-perkara di atas merupakan antara cabaran politik yang di hadapi oleh Negara kita dan perlu diatasi segera bagi menstabilkan Negara. Masyarakat dan pemimpin sendiri haruslah memikirkan langkah dan strategi bagi memulihkan kembali prestasi politik Malaysia.

4.0ISU-ISU HANGAT

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik, anutan agama dan kepercayaan, bahasa pertuturan serta amalan adat yang berbeza antara mereka serta kumpulan etnik dan lainnya. Penduduknya terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu Melayu, Cina dan India di samping kaum-kaum lain yang tergolong dalam kumpulan etnik minoriti. Dianggarkan terdapat sekitar 80 kaum wujud di Malaysia yang menuturkan sekitar 60 bahasa (J. S. Furnival dalam Muhammad Agus, 1993). Ia sebenarnya bermula setelah penghijrahan orang-orang Cina dan India ke Tanah Melayu sebaik pembukaan lombong bijih timah dan ladang-ladang getah pada awal tahun 1900.

Perkongsian kuasa dalam politik Tanah Melayu. Terbukti dengan wujudnya gabungan UMNO, MCA dan MIC dan membentuk parti perikatan dalam pilihanraya 1955. Pada tahun 1951 memperlihatkan gabungan ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk membentuk Sistem Ahli. Ini membuktikan wujudnya sistem perkongsian kuasa dalam politik Malaysia. Wujudnya parti berasaskan kaum seperti UMNO Melayu, MCA Cina, MIC India, Pasok Kadazan Dusun , AMCJA gabungan pertubuhan dan keahlian yang terdiridaripada orang-orang bukan Melayu yang memerjuangkan kesejahteraan kaum masing-masing.

Takrif-takrif politik ialah hal ehwal dan kegiatan yang terlibat di dalam mentadbir sebuah negara atau kerajaan, perhubungan sosial termasuk persepakatan untuk mendapatkan wala ataupun kuasa, pengendalian atau penyertaan dalam hal -ehwal politk dan kaedah atautaktik yang digunakan termasuk yang berhelah dan juga yang tidak berprinsip. Ini menepati bagaimana politik telah menerbitkan pergolakan sosial. Pergolakan politik telah menyebabkan peristiwa-peristiwa hatta pembunuhan-pembunuhan seperti kematian JuliusCaesar (44SM), Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali, Kahlifah Umar AbdAziz dan rami lagi. Pembunuhan-pembunuhan bersifat politik juga terjadi kepada John FKenedy, Martin Luther King Jr, Benazir Bhuto dan lain-lainnya. Termasuk juga sebab-sebab peperangan adalah politik.

Berikut adalah beberapa isu yang hangat diperkatakan kebelakangan ini:-

4.0.1.5 November 2009, krisis politik di negeri Perak

Krisis yg berlaku ialah krisis perlembagaan dan banyak tuntutan hukum dan masalah-masalah politik.

Isu yang berlaku ialah antara pihak Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Pihak Pakatan Rakyat berpendapat isu ini hanya boley di selesaikan dengan mengadakan semula pilihan raya dengan rakyat Perak turun padang untuk memilih semula pemimpin mereka.

Manakala bagi pihak Barisan nasional menegaskan yang mana peralihan pemerintahan di negeri Perak di lakukan dengan mengikut lunas dan undang-undang negeri Perak.

4.0.2.16 Julai 2009, Kematian Teoh Beng Hock (tkt 14 Plaza Mazalam, Shah Alam)

Pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri Selangor.

Merupakan saksi dalam siasatan Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri Selangor yang diperintahkan oleh Pakatan Rakyat.4.0.3.PKR dan Suara Keadilan

Saman ini timbul apabila Suara Ke Adilan memaparkan fitnah bahawa Felda telah bankrap pada Jun lepas dan pemimpin PKR menggunakan laporan palsu ini sebagai modal politik fitnah dan politik kebencian bagi menaburkan tohmahan agar rakyat, terutama orang Melayu hilang keyakinan kepada Kerajaan bawah kepimpinan PM Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak.

PKR terlalu nyata mengamalkan politik kebencian dan perpecahan sehingga DYMM Sultan Johor menarik kembali darjah kebesaran DPMJ dan SPMJ Chua Jui Meng kerana cuba memecah belahkan masyarakat Cina Johor.

4.0.4Antara isu-isu lain yang hangat diperkatakan adalah:-

Pembangkitan nilai-nilai yang dianggap sensitive seperti agama, dan status kerakyatan.

Pengelompokan masyarakat mengikut kaum termasuk generasi muda khususnya bakal pemimpin, pentadbir dan golongan kelas pertengahan masih terus berlaku termasuk di institusi pengajian tinggi bertunjangkan kebangsaan.

Tindakan sebahagian pemimpin-pemimpin politik yang memainkan sentiment perkauman bagi meraih populariti dan simpati.

Fahaman politik yg melampau dan taksub.

5.0KEMAJMUKAN ETNIK MALAYSIA

Kemajmukan etnik dalam proses politik di Malaysia lebih diklasifikasikan kepada aspek demogrfi. Aspek demografi ini penting dalam mencorakkan kemajmukan masyarakat di Malaysia kerana aspek ini dapat memperlihatkan keunikan Malaysia dari segi komposisietnik, sosiobudaya, demografi politik dan proses politik di Malaysia. Malaysia ialah negara yang pluralistik dengan jumlah penduduknya sekurang-kurangnya 26.6 juta orang. Etnik Melayu merupakan kelompok majority di Semenanjung Malaysia tetapi tidak di setiap wilayah atau negeri seperti di Pulau Pinang di mana etnik Melayu dan Cina hampir sama jumlahnya. Negeri-negeri semenanjung seperti Kelantan, Terengganu dan Perlis di dapati etnik Melayu ialah penduduk majoriti. Bagi negeri-negeri seperti Melaka, Johor dan Selangor pulaetnik Melayu hanya 51% daripada keseluruhan jumlah penduduk. Umumnya Malaysia negarayang kaya dengan kepelbagaian budaya.

Di semenanjung wujudnya budaya dan cara hidup Melayu, Cina, India, Baba-Nyonya, Portugis, Serani dan Thai. Di Sabah pula, ada 32 golongan etnik dan Sarawak terdapat lebih daripada 20 golongan etnik. Oleh yang demikian, kepelbagaian etnik ini telah melahirkan kepelbagaian perayaan seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Wesak,Gawai, Pesta Keamatan dan Krimas.Secara lazimnya, orang Melayu adalah beragama Islam. Perkara ini telah berlakusejak tahun 1970-an kerana ramai di antara masyarakat melayu yang berhijrah ke bandar. Namun begitu masih terdapat sebahagian masyarakat melayu yang masih tinggal di luar Bandar dan terlibat dalam aktiviti ekonomi pertanian dan perikanan samada dalam skala yangkecil atau komersial. Di kawasan bandar pula masyarakat melayu lebih terlibat dalam sector perkhidmatan awam, sektor swasta, perdagagan dan perniagaan.

Di Sabah, antara etnik yang menetap di negeri tersebut ialah bumiputera Kadazan dusun di mana masyarakat ini menganut agama asal mereka dan Kristian. Namun begitu, ada segelintir daripada mereka yang menganut Islam terutama masyarakat yang menetap di Ranau. Etnik Bajau, Murut dan pribumi lain juga ada yang menganut agama Islam dan disamping itu terdapat juga yang beragama asal dan beragama Kristian. Purata bil penduduk yang menganut Islam dan Kristian dalam etnik Bumiputera adalah hampir sama jumlahnya. Kebanyakkan mereka tinggal di luar bandar dan terlibat dalam pertanian sara diri di samping mencari hasil hutan.

Di bandar-bandar, masyarakat lebih tertumpu kepada sektor perkhidmatan awam walaupun bilangan dan peratusan antara etnik berbeza-beza serta berubah-ubah dari semasa ke semasa. Masyarakat Cina di Sabah tertumpu di pusat-pusat bandar utama. Ramai di Antara masyarakat tersebut terlibat dalam aktiviti perdagagan dan sektor komersial. Masyarakat etnik ini juga menganut agama yang pelbagai. Di Sarawak juga wujudnya pluraliti dalam kalangan penduduk. Secara umumnya tidak terdapat satu kelompok etnik yang majoriti secara mutlak di Sarawak. Jabatan Perangkaan Malaysia telah membuat kajian penduduk Sarawak meliputi:

i. Dayak

ii. Melayu

iii. Melanauiv. Cina

v. India

Di Sabah pula tidak terdapat kelompok yang terbesar daripada segi saiz penduduknya. Kebanyakan Kadazan Dusun, Bajau, Murut dan peribumi lain di mana penduduk luar bandardan persisiran manakala etnik Cina menduduki bandar-bandar utama. Aspek demografi mempunyai pengaruh terhadap demografi politik dan proses politik negara.

Misalnya jumlah pengundi di kawasan tertentu dan jumlah penduduk yang menganggotai sesuatu parti politik. Dominasi etnik Melayu dalam politik negara jelas dapat dilihat daripada Dewan Rakyat yang kini mempunyai lebih daripada 219 wakil/kerusi dimana Melayu dan Bumiputera lebih mendominasi Dewan Rakyat tersebut. Dalam perjalanan sejarah pembentukan negara bangsa Malaysia, amalan kerjasama politik dan perkongsian kuasa sudah lama diamalkan dan masih diteruskan sehingga kini.

5.1KE ARAH PENGUKUHAN PERPADUAN ETNIK DAN PEMBENTUKAN NEGARA

5.1.1.RUKUN NEGARA

Sebelum meletusnya peristiwa 13 Mei 1969, pihak kerajaan hanya memberikan tumpuan pada usaha-usaha untuk pembangunan negara dari segi fizikal sehingga tidak menyedari kekurangan yang masih wujud dalam kalangan masyarakat dan setiap kaum masih lagi hidup terpisah antara satu sama lain tanpa adanya satu ideologi kebangsaan yang boleh menyatupadukan mereka.

Selepas peristiwa 13 Mei tersebut terjadi, kerajaan telah mula berusaha ke arah merangka dasar-dasar pembangunan dan pendekatan yang boleh menghapuskan jurang perbezaan antara kaum bagi meingkatkan perpaduan dalam kalangan penduduk Malaysia. Dalam usaha untuk membina satu bangsa Malaysia yang mempunyai ikatan perpaduan yang kuat di samping membangkitkan semangat cintakan tanah air, ideologi negara yang di kenali sebagai rukun negara telah diperkenalkan.Draf rukun negara telah di bincangkan dan dibuat pindaan beberapa kali oleh Majlis Perundangan Negara, sebelum diluluskan oleh Majlis Gerakan Negara dan kemudiannya diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 semasa ideologi nasional Malaysia telah menggariskan lima prinsip utama, iaitu:1) Kepercayaan kepada Tuhan2) Kesetiaan kepada Raja dan Negara.3) Keluhuran perlembagaan.4) Kedaulatan undang-undang.5) Kesopanan dan kesusilaan.

Rukun negara telah menjadi rujukan dan garis panduan yang penting bagi sebarang dasar dan keputusan yang hendak dibuat oleh kerajaan. Pihak kerajaan telah menggunakan rukun negara sebagai instrument bagi mengatasi garis pemisah antara etnik dalam membentuk dan membimbing masyarakat Malaysia kea rah menujudkan perpaduan berdasarkan hak, peranan, dan tanggungjawab yang digariskan dalam rukun negara yang perlu dihormati oleh setiap rakyat.

Di Sabah pula kerajaan campuran telah disertai oleh Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Demokratik Sabah dan Parti Kemajuan Sabah (SAPP) selepas tahun 1970. Gabungan Perikatan dengan parti-parti pembangkang tersebut telah meluaskan perkongsian politik hingga melibatkan 12 parti politik dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai Barisan Nasional (BN) dan telah didaftarkan pada 1 Jun 1974.

5.1.2OBJEKTIF PENUBUHAN BARISAN NASIONAL ADALAH:

1. Memupuk dan mengekalkan satu bangsa Malaysia yang harmoni dan bersatu padu

2. Berusaha untuk mencapai pembangunan jasmani dan rohani serta mengekalkan Islam sebagai agama Persekutuan tetapi agama-agama lain masih boleh diamalkan dengan aman dan tenteram.

3. Berusaha untuk mewujudkan satu masyarakat yang adil dan saksama.

4. Berusaha untuk mengeratkan lagi perhubungan dalam kalangan parti anggota.

5.1.3.PAKATAN RAKYATPakatan rakyat telah terbentuk pada 1 April 2008 setelah melihat hasil perjuangan mereka dan sokongan rakyat kepadanya. Pakatan politik ini terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mencapai persetujuan bekerjasama sebagai Barisan Rakyat semasa Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008. Setiap komponen parti yang pada mulanya mempunya ideologi perjuang tersendiri namun akhirnya telah berjaya mencapai pakatan bagi memperjuangkan dan mempertahankan kepentingan semua kumpulan etnik di Malaysia.

Bagaimanapun part-parti tersebut telah bersetuju mencapai kerjasama politik bagi menetang Barisan Nasional dalam Plihan RayaUmum ke-12. Pakatan parti-parti tersebut telah berjaya memenangi sokongan rakyat berbilang kaum sekaligus mengakibatkan BN hilang majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya2 008. Ideologi Pakatan Rakyat ialah:

1. Keadilan social.

2. Kemajuan.

3. Demokrasi social.

4. Kebajikan awam.

6.0SARANAN KE ARAH PEMANTAPAN POLITIK ANTARA ETNIK

Kepelbagaian penubuhan parti politik dalam bilangan etnik yang bukan sedikit dimalaysia, memungkingkan bermacam bentuk anasir negatif meresap secara halus lalu meruntuhkan integriti antara etnik. Lantas, jaminan kemerdekaan yang selama ini dipertaruhkan akan tergadai dalam sekelip mata. Justeru, pelbagai pihak perlulah berganding bahu bagi memastikan tiada satu pun anasir ini berjaya menembusi benteng permuafakatan yang telah terbina sejak sekian lama.

Jika hal ini tidak dibendung sedari awal lagi, tidak mustahil peristiwa 13 Mei 1969 akan berulang dan mencipta sejarah yang lebih buruk. Berikut merupakan beberapa saranan yang boleh dipraktikkan oleh semua pihak bagi memastikan kelangsungan objektif ini dan memantapkan lagi kesepaduan antara kaum serta mewujudkan budaya politik yang lebih sihat dalam kalangan masyarakat:-

1. Menerapkan nilai-nilai murni dalam berpolitik.

2. Mengukuhkan politik sosialisasi dalam kalangan rakyak- melahirkan pemikiran politik matang.

3. Memperbetulkan objektif penubuhan parti politik.

4. Tidak terlalu taksub dgn parti2 politik yg disokong.

5. Mengaplikasikan kaedah konsesus (persetujuan) sepenuhnya.

6. Mewujudkan lebih byk pelan-pelan integrity.

7.0KESIMPULAN

Seperti yang diperjelaskan sebelum ini, perkembang politik dalam negara perlu dipantau dengan sebaik-baiknya bagi mengelakkan unsur-unsur negatif berjaya menembusi benteng permuafakatan antara etnik. Justeru, isu politik tidak boleh dipandang remeh dan tenteng kerana secara holistiknya, isu-isu politik yg telah dibangkitkan sebelum ini begitu berkait rapat dengan isu-isu teras yang lain bermula daripada isu pendidikan sehingga mencakupi isu-isu kenegaraan yang penting seperti ekonomi dan undang-undang.

Oleh itu, tindakan-tindakan yang lebih dinamik dan berkesan perlu dijana bagi menambahbaikkan sistem politik antara etnik lantas mengukuhkah lagi integriti antara kaum sebagaimana pepatah melayu ada menyebut, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Dalam erti kata yang lebih mudah, perbezaan fahaman politik dalam kalangan setiap etnik tidak menjadi isu yang besar sekiranya setiap komponen dalam organisasi bangsa Malaysia yg majmuk ini sendiri saling bertoleransi dan bekerjasama untuk memelihara kemerdekaan Negara serta tidak menyalahgunaan kebebasan yang ada pada kita.8.0RUJUKAN

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 21