falsafah politik

29
Berpandukan hujah dua pemikir yang dibincangkan dalam kursus ini mengapakah kemerosotan negara berlaku? 1.0 Pengenalan Setiap negara dalam sejarah manusia mengalami zaman kemerosotan masing-masing. Menurut pendapat Ibn Khaldun, kemerosotan sesebuah tamadun adalah disebabkan oleh putaran sejarah. Pada awalnya, ia berjaya kerana mengamalkan nilai- nilai murni tetapi selepas mencapai kejayaan, nilai-nilai tersebut merosot kerana limpahan kemewahan dan penyelewengan. Tetapi ada juga sarjana yang berpendapat bahawa sesebuah tamadun merosot bukanlah disebabkan oleh hukum sejarah. Kemerosotan boleh dielakkan sekiranya mereka belajar dari sejarah dengan mengekalkan nilai-nilai yang baik. 1.1 Biodata Pemikir 1.1.1 Aristotle 1

Upload: nooriani

Post on 27-Jun-2015

877 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Falsafah Politik

Berpandukan hujah dua pemikir yang dibincangkan dalam kursus ini mengapakah

kemerosotan negara berlaku?

1.0 Pengenalan

Setiap negara dalam sejarah manusia mengalami zaman kemerosotan masing-

masing. Menurut pendapat Ibn Khaldun, kemerosotan sesebuah tamadun adalah

disebabkan oleh putaran sejarah. Pada awalnya, ia berjaya kerana mengamalkan nilai-nilai

murni tetapi selepas mencapai kejayaan, nilai-nilai tersebut merosot kerana limpahan

kemewahan dan penyelewengan. Tetapi ada juga sarjana yang berpendapat bahawa

sesebuah tamadun merosot bukanlah disebabkan oleh hukum sejarah. Kemerosotan boleh

dielakkan sekiranya mereka belajar dari sejarah dengan mengekalkan nilai-nilai yang baik.

1.1 Biodata Pemikir

1.1.1 Aristotle

Aristotle merupakan anak didik Plato dan beliau dianggap ahli sains moden

yang pertama. Beliau lebih cenderung menjadi pemikir yang bercorak

idealism dan a priori. Beliau terkenal sebagai pencipta dan penentu suatu

hukum alam umum mengenai gerak laku dan pegerakan yang berlaku dalam

alam fizikal dan alam manusia.

1

Page 2: Falsafah Politik

Dalam bukunya yang bertajuk ‘Politics’ Aristotle mengajar suatu etika

kompromi atau kesederhanaan. Beliau berpendapat bahawa kehidupan yang

baik adalah kehidupan yang bermasyarakat dan berhaluan. Bagi Aristotle

masyarakat dan negara merupakan suatu gabungan daripada kumpulan-

kumpulan kecil yang telah sediada. Aristotle membincangkan beberapa jenis

perkembangan atau sistem kerajaan bukanlah dalam satu rangka normatif –

idealis tetapi melibatkan perkembangan yang berbeza. Kajian ini adalah

membahagikan perlembagaan kepada dua kriteria, iaitu bilangan pemerintah

dan mutu pemerintahan. Menurut konsep ini, sesuatu kerajaan boleh

diketuai olah seorang, sekumpulan kecil atau ramai orang.

Mutu perlembagaan boleh wujud untuk manafaat pemerintah atau

kepentingan seluruh masyarakat. Semua bentuk kerajaan diklasifikasikan

mengikut kriteria seperti monarki iaitu pemerintahan oleh seorang raja,

aritokrasi iaitu pemerintahan oleh sekumpulan pembesar dan politi iaitu

pemerintahan oleh ramai yan juga meliputi ciri-ciri terbaik daripada kedua-

dua bentuk pemerintahan monarki dan , aritokrasi. Setiap jenis ini juga

mempunyai ‘bentuk pencemaran’ masing-masing. Ini bermakna, jika

monarki sudah rosak, ia akan menjadi tirani dan jika , aritokrasi berubah

menjadi oligarki dan politik menjadi demokrasi.

2

Page 3: Falsafah Politik

1.1.2 Confucious

Nama sebenar Confucious ialah Kon Qiu tetapi beliau juga lebih dikenali

sebagai Kong Fuzi atau Master Kong atau Kongzi. Dia dilahirkan di Daerah

Lu (kini lebih dikenali sebagai Daerah Shantung) pada tahun 551 S.M.

MenurutTao’s Commentary, Confucious berasal daripada golongan

bangsawan. Bapanya, Tse Shu Le pernah bertugas sebagai pegawai tentera

dan meninggal dunia sebelum Confucious dilahirkan. Selepas kematian

bapanya, kehidupan Confucious bersama ibunya, seorang wanita

berpendidikan tinggi dan berbudi pekerti, semakin sukar dengan menempuh

pelbagai pancaroba yang mana telah mematangkan dirinya .

Confucius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal pada

Dinasti Chou. Beliau juga sangat mahir tentang "Li", iaitu susunan tingkah

laku yang baik. walaupun keluarganya dalam kesusahan, Confucius tetap

belajar dengan tekun dan berjaya memasuki perkhidmatan kerajaan semasa

berusia 17 tahun. Setiap jabatan yang dibawa jagaannya semua berjalan

dengan lancar. Beliau telah dilantik menjadi ketua hakim dan Perdana

Menteri di negeri Lu. Oleh sebab pemerintahan Lu itu sangat puas hati

dengan kerja-kerja beliau, beliau telah dinaikkan pangkat dengan cepat.

Akan tetapi, pemerintahan Lu itu tidak dapat menerima ajaran-ajaran

Confucius.

3

Page 4: Falsafah Politik

1.2 Faktor Kemerosotan Negara

1.2.1 Pengenalan

Berdasarkan kepada sejarah, sesebuah negara merosot disebabkan oleh

faktor-faktor seperti wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara yang miskin

dan kaya. Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga hak-hak asasi

manusia diketepikan. Keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama di

kalangan pemimpin. Wujud sikap tertutup dan tidak mahu menerima perubahan

terutamanya dari segi sains dan teknologi, struktur politik, ekonomi dan sosial. Ini

kerana sikap tertutup ini menghalang kepada peningkatan daya kreativiti dan

seterusnya menyebabkan masyarakat tersebut hidup dalam kemunduran.

Ketidakstabilan politik iaitu perpecahan di kalangan negara dan wilayah-

wilayah yang dijajah. Contohnya Maharaja Rom dipuja sebagai tuhan. Adalah

diketahui bahawa rejim-rejim empayar tidak dapat dikekalkan selama-lamanya.

Kemerosotan dan kejatuhan berlaku pada akhirnya disebabkan kelemahan dan

gagalnya para pemimpin untuk mengekalkan struktur empayarnya, teknik-teknik

dan idea-idea pentadbiran yang ketinggalan zaman, kemerosotan ekonomi serta

pemberontakan dan serangan luar.

4

Page 5: Falsafah Politik

1.2.2 Kemerosotan negara menurut Aristotle

Menurut Aristotle kemerosotan negara berlaku kerana beberapa faktor

seperti hilangnya keadilan dan wujudnya kekuasaan mutlak. Pemerintah

mengutamakan kepentingan peribadi daripada kepentingan bersama. Keadaan ini

dapat dilihat berdasarkan klasifikasi pemerintahan oleh Aristotle. Perubahan bentuk

pemerintahan akan berlaku jika keadaan yang sepatutnya diselewengkan.

Contohnya, pemerintahan bercorak monarki (raja) yang menguasai seluruh kerajaan

akan bertukar kepada tirani (kuku besi) jika dia mementingkan diri dan menindas

kepentinan bersama rakyat. Rakyat akan bangkit menentang raja tersebut.

Ketiadaan unsur keadilan di kalangan rakyat akan mendorong sesebuah

Negara itu merosot. Ini kerana tugas sesebuah negara adalah untuk memastikan

keadilan yang sama rata di nikmati oleh semua rakyat. Jika tiada unsur keadilan ini,

matlamat negara untuk member kebahagiaan kepada semua anggota negaranya

tidak akan tercapai. Masalah ini timbul akibat daripada penguasaan segelintir ahli

masyarakat dalam memerintah anggota negara yang lain sekaligus menyebabkan

mereka memberontak dan akan menyebabkan sesebuah negara itu runtuh begitu

sahaja. Ketidakadilan yang berlaku seperti wujudnya jurang perbezaan yang ketara

antara golongan kaya dan miskin juga menjadi kemerosotan sesebuah negara.

Contohnya di Yunani tersapat golongan hamba abdi yang hidup melarat yang

ditindas dan dikerah untuk mengusahakan tanah golongan berharta telah

menyebabkan pemberontakan di kalangan masyarakat bawahan.

5

Page 6: Falsafah Politik

Kelemahan kepimpinan/ undang-undang perlembagaan di mana pemimpin

tidak mampu untuk menyediakan keperluan rakyat kerana itulah tujuan pemimpin

dan pelembagaan wujud. Kekekalan negara bergantung kepada pemimpin yang

diyakini untuk menguatkuasakan peraturan. Manakala undang-undang atau

perlembagaan yang lemah pula akan menyebabkan matlamat negara tidak dapat

dicapai, aturcara mengenai penetapan jawatan-jawatan rasmi pemerintahan tidak

dapat dilaksanakan.

Kelemahan pemerintah dalam memerintah negara merupakan antara faktor

kemerosotan negara berlaku. Pengekalan sesebuah negara itu bergantung kepada

pemimpin pada dasarnya. Kemerosotan negara yang berlaku adalah kerana

ketidakcekapan pemimpin melaksanakan tanggungjawab dalam memerintah negara.

Pemimpin yang diyakini adalah mampu untuk melaksanakan undang-undang

peraturan. Oleh itu pemimpin yang lemah dalam melaksanakan undang-undang

peraturan menyebabkan masyarakat tidak dapat mengikuti undang-undang tersebut.

Negara akan merosot apabila tujuan kewujudan negara tidak dapat tercapai. Negara

yang tidak dapat menyediakan keperluan material rakyat, kebahagian tidak dapat

dinikmati. Apabila kuasa negara menjadi semakin lemah dan tidak dapat mengawal

dan mengawasi tindakan dan tingkahlaku rakyat. Keadaan ini memungkinkan

munculnya seorang penakluk.

6

Page 7: Falsafah Politik

1.2.3 Kemerosotan Negara menurut Confucious

Sepanjang sejarah penubuhan negara China, falsafah telah banyak

memainkan peranan dalam membentuk etika, niai-nilai, moral, adat dan

kepercayaan masyarakat setempat. Antara ahli falsafah China yang terkenal ialah

Confucious. Confucious adalah orang yang telah mengasaskan falsafah Confucious

(Confucianism ). Berasaskan sejarah China, pada abad ke-6 Confucious telah

muncul sebagai ahli falsafah yang giat berusaha untuk menjana kebijaksanaannya

dalam membentuk satu sistem yang lebih teratur dan sistematik dari segi politik,

sosial dan ekonomi di Negara China.

Menurut Confucious adalah manusia bertanggungjawab kepada prinsip asas

yang telah ditetapkan dan harus cuba membentuk struktur sosial yang

bertanggungjawab dan berakhlak. Jika prinsip ini gagal dipenuhi, manusia akan

dipengaruhi oleh suatu prinsip yang tidak baik dan akan berlaku keburukan. Dalam

mentafsirkan falsafah Confucious ianya terbahagi kepada dua bahagian iaitu

mengenai etika atau moral politik dan mengenai keadilan. Kewibawaan politik

terletak kepada rajanya dan raja harus mengamalkan prinsip – prinsip yang baik

untuk menjamin kemajuan. Raja tidak berhak menindas dan tidak berhak

menentukan hala tuju rakyat kerana rakyat mempunyai kebolehan untuk berfikir

dan menentukan siapa yang akan menjadi pemerintah mereka.

7

Page 8: Falsafah Politik

Ajaran-ajaran Confucius adalah berkenaan dengan Li atau Rukun Bangsa.

Antaranya ajaran Confucius ialah bagaimana keamanan dan kepatuhan boleh

dibawa kepada negaranya. Dalam ajaran Confucius, terdapat lima jenis

perhubungan baik yang menetapkan peranan individu dalam masyarakat iaitu

pemerintah kepada rakyat, ibu bapa dan anak, suami dengan isteri, abang dengan

adik dan kawan dengan kawan.

Menurut beliau, setiap individu mempunyai tugas dan tanggungjawab

terhadap pihak lain. Sekiranya setiap tanggungjawab dipatuhi, masyarakat serta

negara akan bersatu, tenteram dan harmoni. Beliau menegaskan bahawa seseorang

anak harus menghormati ibu bapa mereka dan juga harus menjaga ibu bapa apabila

mereka sudah tua. Dari segi ibu bapa pula, beliau mengatakan bahawa kasih saying

patut diberi kepada anak-anak mereka termasuklah membimbing dan

mendisiplinkan anak. Seseorang juga harus menjaga negerinya, negeri adalah

disamakan dengan sebuah keluarga yang besar.

Dari segi politik pula, Confucius menganggap raja yang jujur dan adil

adalah seorang raja yang dapat disanjung tinggi. Rakyat perlu hormat dan taat

kepada kerajaan. Confucius menegaskan bahawa raja adalah ketua keluarga dan

rakyat adalah ahli-ahli keluarganya. Raja harus memberi contoh dan teladan yang

baik kepada rakyat. Dalam sesebuah negara, kerajaan harus menimbulkan

8

Page 9: Falsafah Politik

keyakinan rakyat, rakyat harus dijaga dengan makanan yang mencukupi, kedaulatan

negara mesti dipertahankan dengan mempunyai pasukan tentera yang kuat.

Confucius mengatakan bahawa raja harus melindungi rakyatnya dan harus

berperanan sebagai Shang-Ti. Bagi masyarakat China. Mereka sangat

mementingkan tradisi dan nilai-nilai murni hasil daripada ajaran Confucius. Beliau

menggalakkan pengikutnya memsaudarang ke zaman silam untuk mendapat

pengajaran supaya masalah dapat diselsaikan. Beliau yang mewujudkan

Confucianisme, juga memetingkan penyembahan kepada nenek moyang.

Meng Tze, pengikut Confucius, telah menambah ajaran tentang pemerintah

kerajaan. Raja yang zalim boleh digulingkan kerana Tuhan akan memberi restu

kepada rakyat yang ditindas. Selain Meng Tze, Hsun Tzu pula menekankan bahawa

manusia pada dasarnya adalah jahat dan raja bertanggungjawab untuk menyekat

kejahatan ini dengan merangka undang-undang yang ketat dan hukuman keras

kepada pesalah.

Sikap raja yang menganggap diri mereka sebagai tuhan dan sering

melakukan perkara-perkara di luar prinsip asas manusia menyebabkan rakyat

bangun untuk menberontak. Raja seharusnya sedar bahawa mereka hanya menjadi

wakil pada suatu kuasa syurga ( heaven will). Jika raja-raja ini melanggar kuasa

syurga ini, bermakna raja-raja ini telah melanggar kehendak rakyat dan demokrasi

tidak akan kekal di sesebuah Negara tersebut. Bagi Confucious raja perlu

9

Page 10: Falsafah Politik

memerintah dengan adil dan saksama, pemerintah perlu menjamin keselamatan

masyarakat negaranya dan dunia amnya. Sesebuah sistem politik hanya akan

bermakna jika politik keadilan dilaksanakan.

Pemerintah dan pegawai-pegawai pemerintah memiliki kekayaan yang besar

dan ini merupakan punca ketidak puasaan hati rakyat dalam sesebuah negara.

Semua pembesar menjadi tuan tanah atau pemegang tanah. Mereka mewujudkan

sistem birokrasi dengan menubuhkan jabatan-jabatan seperti kewangan, undang-

undang dan pasukan bersenjata bagi memudahkan pentadbiran.

Pada zaman Chun Chiu (722 S.M – 481 S.M), negara China berada daam

keadaan huru hara. Zaman itu disebut sebagai Zaman Purba Pada zaman itu,

gejala-gejala korupsi politik selalu berlaku, keadaan penguasaan anarki wujud

begitu ketara. Imperialisme yang hanya mengutamakan diri sendiri kian berleluasa.

Perebutan kuasa pemerintah, kemerosotan sistem feudral telah mengancam

keharmonian dan keamanan negeri China . Keadaan ini telah mendorong

Confucious untuk bertekad dan berusaha mengembalikan keamanan dan

keharmonian antara manusia dengan manusia; manusia dengan alam dan

mengembalikan kestabilan negara China.

Walaupun ada pengkaji yang berpendapat bahawa falsafah Confucious ini

berbentuk konservatif, namun kita tidak boleh menafikan bahawa fahaman ini telah

banyak membantu dalam pembentukan masyarakat yang aman dan harmoni.

10

Page 11: Falsafah Politik

Kerana itulah pengaruh dan falsafah Konfusius dapat dilihat dari aspek politik,

sosial dan ekonomi sejak dari zaman dahulu hingga ke zaman moden ini.

Yang pasti, falsafah Confucious ini memberikan satu pengajaran yang

bersifat baik dalam menggariskan pembentukkan peribadi, sifat-sifat kemanusiaan

dan hubungan yang perlu ada pada diri seseorang semasa berinteraksi dengan orang

di sekelilingnya (Azmi Aziz & Wan Ramli, 2002 ).

Pemerintahan Dinasti Qin mengamalkan falsafah legalisme. Shih Huang-Ti

mengamalkan undang-undang yang ketat. Shih Huang-Ti berpendapat bahawa

rakyat mesti diperintah dan dikawal melalui kekerasan dan undang-undang yang

tegas. Undang-undang Qin adalah meluas, ketat dan rapi, termasuk perkara-perkara

yang berkenaan dengan jenayah, cukai, kerahan, aktiviti pertanian, sistem pengairan

serta perlindungan alam sekitar. Hukuman undang-undang Qin adalah amat kejam,

seperti hukuman mati.

Selain dari hukuman mati, ada lagi banyak hukuman yang lain termasuk

yang mencacatkan anggota pesalah dan turut membunuh ahli keluarga dan kerabat

pesalah Selain itu, Shih Huang-Ti telah menanam hidup-hidup pengikut

Confucious, bertujuan untuk menyekat pemikiran masyarakat dan menyatukan

pemikiran supaya dapat menyekat idea-idea dan pepatah golongan intelektual yang

akan menentang kerajaan berkuasa pusat. Akan tetapi, pembakaran buku dan

menanam hidup pengikut Konfusianisme telah memusnahkan pusaka budaya dan

11

Page 12: Falsafah Politik

menbunuh banyak gologan intelektual yang mungkin boleh menbawa jasa kepada

negara. Hal ini telah menyebabkan kekurangan golongan intelektual yang berupaya

dalam sistem pemerintahan Dinasti Qin.

Oleh itu, pengawai istana yang khianat seperti Zhao Kao telah menguasai

pentabiran secara sepunuhnya. Perkara-pekara tersebut telah menyebabkan sistem

pemerintahan semakin hari semakin merosot dan menbawa kepada keruntuhan

Dinasti Qin.

Berdasarkan keruntuhan Dinasti Qin, golongan pemerintah Dinasti Han

telah menyedari bahawa pemerintahan tegas berasaskan ideologi Legalisme tidak

harus diamalkan. Oleh itu, Confucious telah diambil berat oleh raja-raja Dinasti

Han dan semasa pemerintah Wu Ti, Dong Zhong Shu telah mengambil aspek

Taoisme, Legalisme dan Confuciousme yang berfaedah dan diaplikasikan terhadap

pemerintahan kerajaan dan undang- undang. Pentadbiran Confuciousme yang

dijalankan oleh Han Wu Di sebenarnya mengandungi unsur-unsur Legalisme di

dalamnya.

Sebelum pemerintah Wen Ti, Jing Ti dan Han Wu Ti, dasar-dasar yang

terbabit dengan Confucious me juga dapat dilihat semasa pemerintah Hui Ti . Pada

masa pemerintah Hui Ti, baginda telah membatalkan undang-undang Qin iaitu

menyimpan buku- buku haram . Semasa Dinasti Qin yang berada di bawah

pemerintah Shih Huang- Ti, segala buku-buku yang mengandungi unsur-unsur

Konfusianisme seperti kitab-kitab konfusianisme adalah buku yang haram dan

12

Page 13: Falsafah Politik

rakyat tidak boleh memilik buku-buku tersebut, jikalau rakyat didapati menyimpan

atau memilik buku-buku tersebut akan diberikan hukuman yang zalim.

Hui Ti telah menbatalkan undang-undang tersebut dan memberi kebenaran

kepada rakyat untuk mempunyaidan menbaca buku-buku tersebut. Maharaja Wen

Ti dan Jing Ti juga menggalakkan rakyat menyerahkan dan buku-buku yang

mengandungi unsur-unsur Confucious. Oleh itu, pemikiran Confucious telah

dibangkitkan semula dan tersebar luas di kalangan rakyat mulai pemerintahan Hui

Ti.

Walaupun, Undang-undang Qin telah mempengaruhi pengubalan Undang-

undang Han tetapi ideologi yang digunakan oleh pemimpin semasa menjalani

pentabiran adalah berlainan. Dinasti Qin menggunakan ideologi legalisme yang

ketat manakala Dinasti Han lebih cenderung kepada ideologi Confucious yang

mementingkan berperikemanusiaan dan lebih bertimbang rasa terhadap rakyat.

Pentabiran Dinasti Qin yang menggunakan ideologi legalisme yang ketat telah

menpercepatkan kejatuhan Dinasti Qin kerana kehilangan perasaan cinta rakyat

terhadap kerajaan Qin dan kekurangan orang yang berbakat yang dapat memberi

jasa kepada pembangunan kerajaan.

Manakala pemerintahan pemimpin Han yang menolak hukuman kejam dan

bertimbang rasa terhadap rakyat yang berteraskan ideologi Confuciousme telah

menekankan dalam perasaan cinta kepada rakyat dan golongan intelektual juga

diberi peluang untuk memberi jasa kepada Dinasti Han dengan lebih berusaha. Oleh

13

Page 14: Falsafah Politik

itu, ideologi yang diamalkan oleh Dinasti Qin dan Dinasti Han turut menyebabkan

kejatuhan Dinasti Qin dan kejayaan Dinasti Han.

Perebutan kuasa dan persaingan pemerintah merupakan antara faktor yang

menyebab kemerosotan Negara berlaku. Semasa pemerintahan Raja Qin, beliau

telah menjalankan pelbagai usaha mengukuhkan kuasa pemerintahannya, tetapi

kurang berjaya kerana Raja Qin telah menyerangkan dan menyatukan enam negeri

zhuhou dalam masa yang sangat singkat. Oleh itu, telah menimbulkan perasaan

tidak puas hati di antara bangsawan enam negeri zhuhou.

Perasaan dengki terhadap permunashan negeri zhuhou telah menyatukan 6

negeri zhuhou. Pada masa yang lalu, tujuh negeri zhuhou tidak menjalinkan

hubungan antara negeri dengan rapat disebabkan pertimbangan kepentingan

pentadbiran dan negeri sendiri. Negeri-negeri zhuhou tidak bekerjasama antara satu

sama lain. Tetapi selepas negeri Qin menewaskan negeri-negeri zhuhou yang lain,

sisa kuasa 6 negeri zhuhou telah mempunyai hubungan manfaat yang sama . Ini

adalah syarat permintaan kepada enam negeri zhu hou untuk membalas dendam.

Perasaan dengki yang mengakibatkan kerjasama 6 negeri zhuhou telah menjadi

ancaman kepada Dinasti Qin dan telah menimbulkan keadaan yang tegang pada

awal pembentukan Dinasti Qin.

Sebagai contohnya, pemberontakan Chen Yi yang mendapat sokongan

rakyat ramai dan keadaan bangsawan 6 negeri zhuhou yang mengelar diri sebagai

wang telah menjelaskan bahawa keinginan enam negeri zhuhou untuk

14

Page 15: Falsafah Politik

membangkitkan negara adalah sangat teguh dan juga besarnya bunyi yang dilantang

oleh rakyat 6 negeri zhuhou.

Keadaan tersebut diakibatkan oleh perasaan dengki terhadap permunashan

negeri zhuhou mereka. Oleh itu, cita-cita kebangkitan negara telah mendorong

perikatan enam negeri zhuhou menjadi lebih rapat dan menjadi lebih kuat.

Justerunya,perikatan 6 negeri zhuhou telah mengancam Dinasti Qin dan secara

tidak langsung mengakibatkan kejatuhan Qin.

Tafsiran secara objektif, selepas Liu pang berjaya meruntuhkan Dinasti Han,

perasaan dengki terhadap Dinasti Qin daripada rakyat enam negeri zhuhou telah

dihilangkan akibat keruntuhan pemerintahan Dinasti Qin. Pada masa yang sama,

perikatan dan kuasa-kuasa enam negeri zhuhou yang akan mengancam kekukuhan

pemerintah Dinasti Han juga dihapuskan secara keseluruhan. Oleh itu,

pemerintahan Dinasti Han dapat dijalankan dengan lancar dan menyeluruh tanpa

menghadapi sebarang halangan.

Selain itu, golongan pemerintahan Dinasti Han adalah daripada kalagan

rakyat yang mempunyai sikap berkecuali. Oleh itu, Dinasti Han mendapat sokongan

rakyat enam negeri zhuhou dengan mudahnya dan mendapat daya penarikan pusat

dan tulus ikhlas rakyat terhadap Dinasti Han yang sebenarnya. Dengan syarat syarat

tersebut, Dinasti Han secara langsung telah menyatukan China. Untuk

memperkukuhkan lagi kuasa pemerintahan Dinasti Han, Han Gao Zhu Liu Pang

telah menbunuh tujuh raja yang kelainan nama keluarga yang berjasa dalam

15

Page 16: Falsafah Politik

mendirikan Dinasti Han supaya dapat menghapuskan bencana yang mungkin akan

menimbulkan perebutan kuasa dalam pemerintahan baginda.

Pemantauan untuk memperkukuhkan pengawalan kerajaan berkuasa pusat

terhadap wilayah dan mengubahkan sistem pembesar. Contohnya Wu Ti telah

melemahkan kuasa Perdana Menteri dan menambahkan kuasa tentera Jeneral Besar

serta membenarkan sida-sida yang memegang jawatan yang lebih tinggi menjadi

setiausaha untuk bertanggungjawab kerja-kerja menyampaikan perintah maharaja

serta segala urusan yang sulit. Selain itu, baginda juga melantik penasihat dan

pegawai kerajaan kepada pembesar feudal. Pegawai-pegawai ini bertindak sebagai

pemerhati bagi pihak maharaja. Pembaharuan pentadbiran yang dijalankan oleh

Han Wu Ti merupakan langkah untuk mengukuh lagi pentadbiran baginda.

Ideologi Confuciousme menyatakan bahawa maharaja merupakan mandat

Tuhan dan memerintah rakyat atas nama Tuhan, maka Han Wu Ti telah memerima

cadangan Dong Zhong Shu yang menggunakan teras Confuciousme iaitu

mewujudkan sebuah kerajaan yang kuasa tertingginya terletak pada maharaja dan

ideologi Confuciousme telah dipraktikkan ke dalam pentadbiran Han Wu Ti. Oleh

itu, seluruh rakyat negara harus mematuhi segala perintah raja. Zhuhou juga

dikehendaki menberi taat setia yang sepenuhnya kepada raja. Tindakan Han Wu Ti

ini telah berjaya menyekat perkembangan kuasa zhuhou dan mengukuhkan lagi

keagungan dan kewibawaan raja.

16

Page 17: Falsafah Politik

1.3 Kesimpulan

Sebagai satu kesimpulan, Confucianisme yang berasaskan ajaran Confucius

memetingkan kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan seseorang. Tabiat yang terpuji

serta kelakuan yang baik, terutama sekali hormat kepada ibu bapa, orang tua dan negara

adalah perkara yang dituntut daripada penganut ajaran Confucius. Idea peperiksaan awam

untuk memilih pegawai kerajaan adalah hasil daripada pengaruh Confucianisme supaya

negara dapat dipimpin oleh pegawai yang berkebolehan dan bukan kerana keturunannya.

Aristotle berpendapat bahawa negara akan hanya wujud kerana manusia inginkan

kehendak hidup yang berbeza. negara adalah asas pada kehendak semulajadi manusia dan

kehidupan individu adalah sama dengan kehidupan negara. Aristotle juga berpendapat

bahawa sistem pemerintahan yang unggul akan menerapkan perlembagaan yang baik dan

perubahan sosial yang diperkenalkan olehnya adalah mengenai peralihan kuasa melalui

proses revolusi dan percaya bahawa keadilan akan membantu sesebuah negara terus kekal

dan berakhlak.

17

Page 18: Falsafah Politik

Bibliografi

Azmi Aziz & Wan Ramli. (2002). Tokoh Falsafah Dunia, Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd.

Ahmad Sunawari Long (2006). Sejarah Fasafah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

David Miller, Larry Siedentop (1994), Politik dalam prespektif pemikiran , falsafah dan

teori,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Lok Chong Hoe ( 2000), Tamadun Cina: Corak Pemikiran, Sains dan Kesusasteraan,

Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Modul XXXXXXXX

18