ucapan perasmi majlis penutup kejohanan hoki

4
TEKS UCAPAN PERASMIAN PENUTUP PENOLONG PENGARAH KANAN BIDANG SUKAN, JPN SELANGOR SEMPENA KEJOHANAN HOKI MSS SELANGOR 2015 Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Semua Pegawai Jabatan Pendidikan Selangor, Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah, Barisan Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan Guru Pengiring, Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Kejohanan Hoki, Ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola, Seterusnya pasukan-pasukan hoki yang telah selesai beraksi dalam kejohanan dan hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Syukur kerana dapat bersama dalam Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah Selangor pada tahun ini. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa pengelola Kejohanan yang kerana sudi menjemput saya untuk hadir pada majlis pada hari ini dan seterusnya menutup dengan rasminya kejohanan ini. Sesungguhnya saya berasa amat gembira dapat bersama-sama dengan anda semua dalam majlis ini. Para hadirin sekalian, Dengan rasa bangga dan semangatnya, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan penganjur yang telah berjaya memastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar sehingga pada saat

Upload: lia-osman

Post on 25-Sep-2015

582 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

TEKS UCAPAN PERASMI BAGI MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN HOKI MSSS 2015

TRANSCRIPT

  • TEKS UCAPAN PERASMIAN PENUTUPPENOLONG PENGARAH KANAN BIDANG SUKAN, JPNSELANGOR SEMPENA KEJOHANAN HOKI MSS SELANGOR 2015

    Bismillah Hirrahman NirrahimAssalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh DanSalam Sejahtera.Yang Berbahagia Semua Pegawai Jabatan Pendidikan Selangor,Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah,Barisan Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan Guru Pengiring,Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Kejohanan Hoki,Ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola,Seterusnya pasukan-pasukan hoki yang telah selesai beraksi dalamkejohanan dan hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.Syukur kerana dapat bersama dalam Majlis Perasmian PenutupanKejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah Selangor pada tahun ini.Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepadaJawatankuasa pengelola Kejohanan yang kerana sudi menjemputsaya untuk hadir pada majlis pada hari ini dan seterusnya menutupdengan rasminya kejohanan ini. Sesungguhnya saya berasa amatgembira dapat bersama-sama dengan anda semua dalam majlis ini.

    Para hadirin sekalian,

    Dengan rasa bangga dan semangatnya, saya ingin mengucapkantahniah dan syabas atas kejayaan penganjur yang telah berjayamemastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar sehingga pada saat

  • ini. Ini menunjukkan semangat kerjasama dan saling berganding bahubarisan jawatankuasa yang amat saya kagumi. Saya pasti, kejohananpada masa akan datang akan menjadi lebih gah dengan adanyabarisan tenaga jawatankuasa yang pakar dan saling menyumbangtenaga.

    Hadirin yang dihormati sekalian,

    Kejohanan ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenangbagi sesuatu acara, perkara yang lebih penting ialah kejohanan inimemberikan pendidikan secara tidak langsung kepada pelajarbahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan,perancangan yang rapi dan pengorbanan. Tidak ada kejayaan yangmudah dicapai melainkan melalui perjuangan yang berterusan.Kejohanan ini juga adalah landasan ke arah perpaduan, menjalin sifathormat-menghormati dan semangat kerjasama yang tinggi. Matlamatakhirnya nanti adalah untuk membentuk sebuah masyarakat danwarganegara yang berjiwa kental, patriotik dan saling berkasihsayang.

    Kegiatan sukan yang berterusan akan menjadi satu daripada bentengyang menjadi penghalang kepada murid-murid daripada terlibat dalampelbagai aktiviti yang tidak sihat. Melalui latihan persiapan mental danspiritual, seseorang atlet itu dilatih agar mempunyai daya saing dansemangat yang tinggi. Kita harus sedar bahawa melalui kegiatansukan, kita mampu membangun modal insan yang berkualiti daninsan yang memiliki minda kelas pertama yang menjadi peneraju

  • negara pada masa hadapan .Melalui kegiatan sukan bukan sahajaakan melahirkan pelajar yang sihat fizikalnya tetapi pelajar yangmemiliki cergas mindanya.

    Hadirin yang dikasihi

    Saya percaya, kejohanan seperti ini juga berupaya memupukperpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk diMalaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hinggadikenali di peringkat antarabangsa. Rakyat tidak harus alpa dengankepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysiayang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu ialah melaluisukan. Semangat kerjasama dan bertoleransi amatlah penting dalammenjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli sukan mesti bersatupadu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, danagama. Harapan saya agar pemain yang lahir dalam kejohanan iniakan membawa nama negeri Selangor ke peringkat yang lebih tinggiseterusnya ke peringkat antarabangsa. Dengan pimpinan danjurulatih yang pakar dan berkemahiran dalam bidang hoki ini, sayayakin lebih banyak bakat yang berpotensi tinggi akan lahir danmengharumkan nama negeri ini di peringkat seterusnya.

    Para hadirin sekalian, Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkanterima kasih dan syabas Jawatankuasa Pengelola Kejohanan HokiMajlis Sukan Sekolah Selangor 2015 ini kerana menjemput saya danatas kejayaan penganjurannya. Kepada pasukan- pasukan yang

  • menang, saya ingin mengucapkan tahniah dan kepada pasukan yangbelum bernasib baik jangan putus asa, tingkatkan usaha, cuba dancuba lagi. Dengan kata-kata itu, saya dengan sukacitanyamerasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Hoki Majlis Sukan SekolahSelangor 2015.

    Sekian, terima kasih.