tutorial 3 mslh bahasa

10
Tutorial 3 Noor Syamilah Bt Md Maliki Najwa bt Mohd Rozmi ‘Afifah Bt Mohd Rosli Secara terperinci huraikan masalah-masalah dalam kehidupan harian seorang kanak-kanak yang mengalami masalah perkembangan bahasa dalam aspek a)kandungan b)bentuk c)penggunaan Dalam kehidupan seharian, penggunaan bahasa dalam komunikasi seharian amat penting. Pakar bahasa berpendapat bahawa perkembangan kemahiran bahasa berubah dan berkembang mengikut peringkat – peringkat tertentu iaitu bahasa dalaman, penerimaan auditori, pelahiran auditori, penerimaan visual dan pelahiran visual. Sekiranya kanak-kanak itu mengalami masalah bahasa, dia tidak akan dapat melalui peringkat perkembangan bahasa tersebut dengan baik. The National Information Centre For Children and Youth with disabilities (1996), USA telah mendefinisikan masalah bahasa sebagai kelemahan dalam keupayaan untuk memahami dan atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks, sama

Upload: bakri-firdaus-jr

Post on 16-Dec-2015

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Secara terperinci huraikan masalah-masalah dalam kehidupan harian seorang kanak-kanak yang mengalami masalah perkambangan bahasa dalam aspek

Tutorial 3

Noor Syamilah Bt Md Maliki

Najwa bt Mohd Rozmi

Afifah Bt Mohd Rosli

Secara terperinci huraikan masalah-masalah dalam kehidupan harian seorang kanak-kanak yang mengalami masalah perkembangan bahasa dalam aspek

a)kandungan

b)bentukc)penggunaan

Dalam kehidupan seharian, penggunaan bahasa dalam komunikasi seharian amat penting. Pakar bahasa berpendapat bahawa perkembangan kemahiran bahasa berubah dan berkembang mengikut peringkat peringkat tertentu iaitu bahasa dalaman, penerimaan auditori, pelahiran auditori, penerimaan visual dan pelahiran visual. Sekiranya kanak-kanak itu mengalami masalah bahasa, dia tidak akan dapat melalui peringkat perkembangan bahasa tersebut dengan baik.

The National Information Centre For Children and Youth with disabilities (1996), USA telah mendefinisikan masalah bahasa sebagai kelemahan dalam keupayaan untuk memahami dan atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks, sama ada secara verbal dan bukan verbal. Antara cirri masalah bahasa termauklah penggunaan perkataan dan maknanya yang kurang sesuai. Tidak upaya menyampaikan idea,bentuk tatabahasa yang kurang sesuai,kurang perbendaharan kata,dan tidak upaya mengikut arahan.

The American Speech-Language-Hearing Association(ASHA)(1982) telah memberikan definisi dan jenis masalah bahasa yang lebih terperinci seperti berikut masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan pemahaman yang menyimpang atau kandungan bahasa atau penggunaan dalam petuturan,tulisan(atau kedua-duanya),atau system symbol yang lain. Masalah tersebut mungkin melibatkan satu atau gabungan mana mana aspek bahasa berikut : (1) bentuk bahasa (system fonologi, morfologi), (2) Kandungan bahasa (system semantic), atau (3) fungsi bahasa dalam komunikasi (system pragmatic) Dari segi bentuk bahasa, terdapat tiga komponen utama yang terkandung dalam bentuk bahasa iaitu, fonologi, morfologi dan sintaksis. Fonologi adalah sisitem bunyi bahasa dan peraturan linguistic yang menentukan kombinasi bunyi. 70 % kanak kanak bermasalah bahasa mengalami masalah mengeluarkan kata-kata (Frister dan Llyod, 1979). Ia juga berkait rapat dengan asapek pendengaran dan system saraf mulut iaitu kanak-kanak ini mengalami masalah untuk menyebut perkataan dengn jelas dan bunyi yang betul.Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan oleh masalah artikulasi,kognitif,masalah auditori,atau system saraf mulut yang tidak normal.Kebiasaanya masalah ini berlaku kepada kanak-kanak cerebral palsy.Dengan demikian kanak-kanak ini mengalami masalah untuk menyebut perkataan dengan jelas dan bunyi yang betul.Kanak-kanak yang menghadapi masalah bahasa juga menggunakan bacaan bibir untuk memahami pertuturan.Bunyi-bunyi vocal dan konsonan juga,sukar untuk dibezakan dan kebolehan untuk memahami bacaan bibir bergantung kepada tahap penguasaan bahasa dan pengetahuan tentang konteks bahasa.Mereka juga mengalami masalah penerimaan input auditori dan visual yang menyebabkan timbul masalah kesukaran memahami dan mempelajari pertuturan.Masalah ini dialami oleh kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran.

Bagi kanak-kanak autisme pula,mereka tidak dapat menggunakan intonasi dan ritma dengan kadar yang sesuai.Kadang-kadang mereka bercakap dengan nada yang terlalu tinggi dan tidak sesuai dengan konteks ayat.Ini kerana mereka tidak dapat membezakan ciri-ciri prosidi. Bagi morfologi pula,ianya bermaksud peraturan linguistic yang menentukan struktur perkataan dan pembentukan perkataan daripada unsur makna yang asas(morfem).Kanak-kanak bermasalah bahasa kebanyakannya tidak boleh menggunakan bahasa atau penggunaan perkataan yang betul dalam pertuturan seharian mereka.Mereka juga akan mengambil masa yang lama untuk menguasai kemahiran menyebut kata-kata.Keadaan ini pada dasarnya adalah disebabkan oleh perbendaharaan kata yang terkumpul pada kanak-kanak tersebut amat kurang.Mereka juga menghadapi masalah untuk menggunakan ayat yang panjang kerana kadar penambahan purata panjang ujarannya amat lemah.Kanak-kanak bermasalah bahasa juga mengalami masalah kelewatan di dalam pemerolehan bentuk kata kerja yang betul.Kanak-kanak ini juga kurang menggunakan imbuhan akhirandan bertindak menggugurkannya di dalam penggunaan ayat.Conthnya,makanan akan jadi makan sahaja dan minuman akan jadi minumsahaja.Di samping itu,mereka juga mengalami kelewatan di dalam memulakan kombinasi perkataaan.Kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa antara lain turut bermasalah untuk membuat ujaran terhadap ayat-ayat yang kompleks.Mereka juga menghadapi masalah untuk memberi penjelasan,menerangkan sesuatu atau menggulung ayat.Dari aspek penulisan pula,mereka tidak dapat menulis dengan baik berbanding dengan peraturan.

Manakala bagi sintaksis pula ianya bermaksud,peraturan linguistic yang menentukan susunan dan gabungan perkataan-perkataan bagi membentuk ayat dan hubungan di antara unsure dalam lingkungan ayat tersebut.

Daripada Abbeduto 1991,dalam kajiannya yang telah dijalankan,walaupun kanak-kanak bermasalah bahasa boleh memberi kefahaman kepada mereka yang bercakap dengannya,namun begitu mereka selalunya gagal dalam memberikan maklumat yang dikehendaki.Kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami masalah bahasa mengalami masalah kesukaran dalam pertuturan dan perbualan.Mereka jarang-jarang sekali ingin bertanya atau meminta penjelasan yang lebih lanjut.Mereka lebih suka mendiamkan diri daripada melibatkan diri di dalam perbualan.Kanak-kanak bermasalah bahasa akan dapat menguasai kemahiran ini apabila mereka masuk ke alam dewasa,namun untuk menjawab atau memperkatakan tentang sesuatu tajuk yang lebih rumit mereka lebih suka mendiamkan diri.

Dari segi kandungan bahasa pula terdapat satu komponen iaitu semantic.Semantik adalah system psikolinguistik yang mencorak kandungan pertuturan,kehendak,dan makna perkataan dan ayat.

Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk memahami makna perkataan mengikut kategori,kuantiti,ruang,dan masa.Mereka juga sukar memahami perkataan yang mengandungi pelbagai makna,menggunakan perkataan yang berhubung seperti antonym,sinonim, serta penggunaan sesuatu konsep yang abstrak seperti peribahasa.Mereka juga mengalami maalah untuk menggunakan perkataan yang telah dipelajari akibat kelemahan memahami makna perkataan secara umum.Kanak-kanak ini juga mengalami masalah kekurangan perbendaharaan kata secara kualitatif dan kuantitatif.Masalah ini akan semakin serius dengan peningkatan usia kanak-kanak tersebut. Masalah kekurangan perbendaharaan kata juga turut mengundang masalah untuk mempelajari konsep-konsep yang berkait seperti saiz dan ruang.

Penggunaan bahasa juga terlalu berstruktur dan berbentuk stereotaip menyebabkan kurangnya variasi bahasa.Di dalam situasi harian mereka terlalu bergantung kepada konteks dan penggunaan perkataan yang telah diketahui sahaja menyebabkan mereka menghadapi maslah untuk memahami bahasa yang digunakan di dalam buku teks atau buku akademik.Kebiasaanya masalah ini dihadapi oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran.

Bagi kanak-kanak yang bermasalah penglihatan,mereka mengalami masalah kesukaran untuk mempelajari konsep-konsep perkataan yang melibatkan penglihatan.Contohnya seperti kotor-bersih,buka-tutup,dan atas-bawah.Konsep dan perkataan yang dipelajari melalui deria-deria lain seperti mendengar bunyi,rasa panas atau manis lebih mudah difahami.Kata kerja pula hanya digunakan apabila melibatkan diri sendiri sahaja dan tidak melibatkan orang lain.Masalah dalam penggunaan ganti nama akan berubah mengikut perspektif penutur serta perkataan yang menunjukkan lokasi sana,sini,itu dan ini.Pragmatik pula adalah satu komponen dalam fungsi atau penggunaan bahasa.Pragmatik adalah system sosiolinguistik yang mencorak penggunaan bahasa dalam komunikasi,yang mungkin disampaikan secara pergerakan atau percakapan.

Menurut Martin&Miller,(1996) dalam perbualan yang normal,seseorang akan bercakap dan seorang lagi akan mendengar kemudian baru menjawab mengikut giliran(turn taking) tanpa menyampuk di tengah-tengah perbualan. Bagi kanak-kanak bermasalah bahasa mereka menghadapi masalah di dalam menentukan giliran di dalam perbualan mereka.

Pragmatik dapat dibahagikan kepada tujuh aspek utama.Iaitu kebolehan untuk memperkatakan tentan sesuatu tajuk.Menurut Abbeduto (1991),mendapati kanak-kanak bermasalah bahasa ini dapat belajar bagaimana untuk meneruskan perbualan dengan tajuk yang diberikan bukan lari daripada tajuk yang dibualkan dengan memberi isyarat seperti ya, uhuh, baiklah.Hal ini menunjukkan kanak-kanak tidak dapat mengupas tajuk yang diberikan dengan baik disebabkan oleh kekurangan kognitif.Aspek kedua ialah generalisasi,iaitu penggunaan bahasa secara umum.Bagi kanak-kanak bermsalah bahasa mereka mempunyai masalah dalam mengaplikasikan apa yang dipelajari daripada persekitaran pengajaran ke situasi lain.

Manakala aspek ketiga pula ialah pemahaman iaitu memproses maklumat.Pakar jiwa mendapati kanak-kanak bermasalah bahasa memerlukan masa yang agak lama untuk menganalisa apa yang disampaikan kepada mereka secara lisan.

Aspek keempat ialah kemahiran linguistic.Menurut Miller dan Chapman(1984),hanya 25% daripada kanak-kanak bermasalah bahasa ini mempunyai keselarasan berbahasa bersesuaian dengan keupayaan kognitif mereka.Oleh itu,semakin teruk kognitif mereka,semakin teruk keupayaan mereka untuk menguasai bahasa.

Pemahaman secara konteks adalah aspek pragmatic yang kelima.Ianya bermaksud kanak-kanak ini tidak dapat diramal dengan tepat bagaimana mereka berkomunikasi dalam situasi sebenar.Selain itu masalah gagap termasuk juga dalam aspek pragmatic.Gagap adalah bentuk gangguan kelancaran pertuturan yang paling biasa.Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan berulang-ulang,tersekat-sekat dan diikuti ketegangan otot tekak.Gagap berlaku secara berselang-seli di antara pertuturan normal dan gagap mengikut kelonggaran dan ketegangan otot pertuturan.Sebagai contoh gagp pada perkataan buku samada akan menjadi b-b-b-b-buku atau bu-bu-bu-bubuku.Ia juga merupakan proses luar sedar yang membantutkan komnikasi biasa.

Aspek terakhir ialah maslah kelancaran,bermaksud seseorang yang mempunyai masalah dalam menghabiskan struktur perkataan yang diperkatakan.Contohnya perkataan pensel akan menjadi sebutan pen..sel.Perkataan pen akan menjadi lebih panjang.Ia biasanya berlaku pada kanak-kanak yang baru mengenal benda yang baru dilihat.