mslh sosial.docx

26
KONSEP ISU SEMASA Sebelum melangkah jauh dalam mengupas satu persatu isu –isu semasa dalam bidang pendidikan ini, konsep isu dan cabaran pendidikan perlu diselusuri terlebih dahulu. Mengikut Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Semasa pula pada ketika yang sama (Kamus Dewan, 2007). Pernyataan ini bermaksud terdapat perkara atau unsur yang mencabar kemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amnya dan guru khasnya dalam melaksanakan tanggungjawab demi mencapai misi KPM. KONSEP MASALAH SOSIAL Masalah adalah sesuatu yang memerlukan penyelesaian atau juga didefinisikan sebagai perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran. Sosial pula bererti segala yang berkaitan dengan masyarakat. Oleh itu, masalh sosial dapatlah disimpulkan maksudnya sebagai perkara, keadaan atau kesukaran yang berlaku dalam masyarakat hasil interaksi antara anggota masyarakat. (Naresah binti Saharam (1996) Kamus Dewan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka h:863) PENGENALAN MASALAH SOSIAL Masyarakat adalah dinamis, karena masyarakat merupakan sekumpulan dan sekaligus individu, keluarga, kelompok dan organisasi yang saling berinteraksi dan berindepandensi untuk mencapai tujuan. Aktivitas pencapaian tujuan tersebut hendaknya dilakukan sesuai

Upload: shasha-mazlan

Post on 16-Nov-2015

40 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

KONSEP ISU SEMASASebelum melangkah jauh dalam mengupas satu persatu isu isu semasa dalam bidang pendidikan ini, konsep isu dan cabaran pendidikan perlu diselusuri terlebih dahulu. Mengikut Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Semasa pula pada ketika yang sama (Kamus Dewan, 2007). Pernyataan ini bermaksud terdapat perkara atau unsur yang mencabar kemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amnya dan guru khasnya dalam melaksanakan tanggungjawab demi mencapai misi KPM.KONSEP MASALAH SOSIALMasalah adalah sesuatu yang memerlukan penyelesaian atau juga didefinisikan sebagai perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran. Sosial pula bererti segala yang berkaitan dengan masyarakat. Oleh itu, masalh sosial dapatlah disimpulkan maksudnya sebagai perkara, keadaan atau kesukaran yang berlaku dalam masyarakat hasil interaksi antara anggota masyarakat. (Naresah binti Saharam (1996) Kamus Dewan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka h:863)PENGENALAN MASALAH SOSIALMasyarakat adalah dinamis, karena masyarakat merupakan sekumpulan dan sekaligus individu, keluarga, kelompok dan organisasi yang saling berinteraksi dan berindepandensi untuk mencapai tujuan. Aktivitas pencapaian tujuan tersebut hendaknya dilakukan sesuai dengan norma dan nilai yang ditetapkan. Bervariasinya menyebabkan di antara mereka melakukan aktivitas menyimpang dari norma dan nilai, sehingga masalah sosial selalu ada dan terjadi dalam masyarakat.Selain itu, masalah sosial juga menunjukkan ketidakharmonisan atau disorganisasi sistem-sistem sosial yang ada dalam masyarakat, baik sistem keluarga, sistem sosial lokal hingga negara. Sistem-sistem sosial tersebut tidak mampu melaksanakan perananya dengan baik, sehingga sekelompok individu dalam masyarakat terlempar dari sitem sosial yang normatif. Masalah sosial terjadi karena struktur dari sistem masyarakat tidak berjalan sesuai dengan yang diharapkan. Contoh masalah sosial tersebut antara lain adalah pengangguran, kemiskinan, daerah kumuh, pengungsi, perdagangan anak dan wanita.Era modenisasi dan globalisasi memberikan impak yang besar kepada golongan pelajar di sekolah sama ada di bandar atau luar bandar. Pengaruh media massa yang mengambil peranan guru dan ibu bapa dengan memaparkan budaya yang berbeza dengan masyarakat tempatan telah menyebabkan pelajar membentuk sistem nilai yang tersendiri dan nilai-nilai tradisi berasaskan budaya semakin terhakis kerana desakan luar kawalan media massa yang turut mempengaruhi sosio budaya pelajar. Oleh itu, pelajar merupakan golongan yang sering terdedah dengan pelbagai masalah sosial. Antara gejala sosial di sekolah yang sering kita dengar ialah gengsterisme, buli, vandalisme, merokok, berjudi, melepak dan ponteng sekolah. Masalah ini mencabar kewibawaan dan kredibiliti guru dalam menangani sikap dan tingkah laku pelajar yang negatif ini.GENGSTRSMESedih rasanya apabila melihat remaja pada masa kini yang semakin banyak terlibat dalam masalah sosial. Salah satunya ialah gengsterisme. Seorang ibu akan sedih melihat anaknya yang berubah daripada seorang yang penyanyang, tekun, dan taat kepada seseorang yang suka menyakiti,suka membuli, bising, biadap,agresif kasar dan tidak mengambil berat pada orang lain. Biasanya anak lelaki lebih mudah terpengaruh dengan gejala sosial. Secara teknikalnya,sesiapa saja tidak kira jantina, mempunyai risiko untuk terpengaruh memasuki kumpulan gengster atau samseng. Pada beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan berita tindakan seorang pelajar menampar guru besar akibat menegur kesalahan yang dilakukan. Perbuatan yang dilakukan pelajar tersebut di rekod oleh seorang individu lain yang turut berada dalam bilik tersebut. Kini video tersebut tersebar luas dan boleh dimuat turun melaluiYou Tube.Gengsterisme adalah sejenis tingkah laku yang sudah lama wujud di kalangan pelajar dan masih berterusan sehingga kini. Keadaan menjadi bertambah serius apabila pelajar perempuan dan murid sekolah rendah di kesan terlibat dengan gejala samseng yang dikenali sebagai gengsterisme. Peningkatannya kelihatan seiring degan kemajuan dan pembangunan negara. Thrasher (1961) mendefinisikan gang sebagai satu kumpulan yang mempunyai ciri-ciri seperti mengikut tingkah laku yang sama,perjumpaan secara bersemuka,gerakan secara berunit,konflik dan mempunyai perancangan.Biasanya terdapat beberapa tanda penglibatan dalam kumpulan samseng. Sesetengah daripadanya jelas dan ada di antaranya yang memerlukan siasatan. Setiap kumpulan samseng mempunyai simbol dan ikonnya sendiri. Tidak kira sama ada mereka masih baru atau tidak penting dalam dunia gengsterisme ini, mereka mempunyai logo, tanda, atau isyarat mereka tersendiri.Faktor Faktor Mempengaruhi GengsterismeKeluarga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi gengsterisme. Keluarga adalah satu unit(kumpulan) yang terdiri daripada ahli-ahli yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Keluarga juga merujuk kepada kombinasi ibu bapa yang tinggal serumah dan mempunyai anak. Kegagalan ibu bapa memberikan bimbingan dan perhatian terhadap anaknya merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi gejala gengsterisme ini. Kesibukan ibu bapa mencari rezeki untuk menampung keluarga mengakibatkan sesetengah remaja hidup dalam keadaan terbiar. Terdapat ibu bapa yang menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik kepada guru dan pihak sekolah. Sesetengah ibu bapa langsung tidak ambil kisah tentang kegiatan anaknya dengan kawan-kawan anaknya.

Faktor yang kedua ialah media. Media ialah satu proses komunikasi berasaskan usaha mengatur persefahaman antara manusia yang pada mulanya menerusi bahasa yang diucapkan. Perkembangan teknologi maklumat dan siber telah membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain tidak memerlukan ruang dan masa. Namun begitu, media juga banyak memberikan kesan negatif sehingga ia menjadi faktor yang mempengaruhi gengsterisme. Media massa yang berbentuk cetak atau elektronik kini semakin sukar di kawal. Remaja terpengaruh dengan filem yang tidak bermoral dan ganas yang diimport dari negara-negara barat. Budaya dan gaya orang barat yang tidak beretika iaitu sedikit sebanyak telah merubah cara hidup remaja kita.Faktor yang ketiga ialah pengaruh rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan rakan seumur dan dikategorikan rakan sepermainan, seperjalanan,dan rakan seperjuangan. Semakin kuatnya pengaruh rakan sebaya yang sebilangan kecil menjurus kepada pembentukan kumpulan geng atau samseng. Pembentukan kumpulan ini, telah membawa kepada pembentukan budaya sendiri dalam kalangan remaja. Dalam kalangan remaja tersebut, mereka ingin memelihara budaya khususnya kumpulan masing-masing.

Faktor yang terakhir ialah pencapaian akademik yang rendah. Pelajar yang lemah dalam bidang akademik mempuyai risiko yang tinggi untuk menyertai kumpulan gengster. Terdapat pelajar yang lemah menggabung diri dengan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti yang negatif itu. Penglibatan pelajar tersebut adalah untuk mendapatkan sokongan moral yang membolehkan diri mereka mempunyai identiti yang tersendiri. Sesetengah pelajar pula untuk mendapatkan perhatian,pengiktirafan dan mempunyai kuasa untuk memenuhi cita rasa masing-masing.Kesan- kesanKewujudan kumpulan samseng ini akan membawa kesan negatif pada pihak sekolah. Ahli ahli kumpulan sering melakukan kegiatan-kegiatan ganas di sekolah. Sekiranya ahli kumpulan ini dapat menubuhkan satu jaringan aktiviti yang kuat di sekolah ia akan menganggu dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah. Selain itu, gejala samseng ini juga akan menggangu proses pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan - kumpulan ini akan mencurahkan perasaan benci dan tidak puas hati dengan menganggu proses P&P di sekolah. Selain itu juga, gejala gengsterisme ini akan mewujudkan budaya takut dalam masyarakat. Kehadiran gengster ini akan menyebabkan orang ramai berasa takut untuk melakukan aktiviti harian. Contohnya mereka akan di paksa memberi wang, diperas ugut dan dipukul jika tidak mengikut kemahuan mereka. Kewujudan gejala gengsterisme ini juga akan menyebabkan berlakunya vandalisme dan merosakkan harta benda awam. Jenis vandalisme yang dilakukan dengan melakukan contengan grafik pada harta benda awam seperti di tandas awam, bangunan-bangunan di tepi jalan dan telefon awam. Grafik tersebut sukar dipadam dan memerlukan kos yang banyak untuk membersihkannya.Langkah-langkah mengatasiPihak sekolah perlu diberikan peruntukan kuasa yang lebih besar untuk mengambil tindakan yang setimpal terhadap kesalahan dan masalah yang dilakukan oleh pelajar. Selain itu, kerjasama antara semua pihak adalah amat penting bagi membanteras gejala ini. Kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa,pelajar, serta tidak terkecuali pihak media dan pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) diperlukan. Kerjasama tersebut akan mewujudkan satu persekitaran yang bebas dari unsur-unsur keganasan dan gengsterisme. Langkah seterusnya ialah peranan dan pemantauan ibu bapa. Ibu bapa perlu perlu melakukan pemantauan dan pengawalan terhadap gerak-geri anak-anaknya. Ibu bapa juga perlu mengambil berat terhadap segala aktiviti yang dilakukan oleh anaknya sama ada di sekolah dan di luar sekolah. Oleh itu pihak berwajib perlu memandang serius terhadap masalah sosial ini.KesimpulanGejala gengsterisme ini perlulah dibendung dengan segera supaya ia tidak akan mendatangkan masalah yang lebih teruk pada masa akan datang. Dalam mengatasi masalah ini kerjasama antara kesemua pihak adalah sangat penting. Justeru pihak berwajib sentiasa bersiap sedia untuk menangani masalah ini dengan lebih efisen dan komited.PONTENG SKOLHPonteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Seseorang pelajar dianggap memonteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari-hari persekolahan. Sejak akhir-akhir ini masalah ini didapati semakin menjadi-jadi dan telah sampai ke peringkat yang agak serius. Pihak media juga sering menyiarkan berita tentang masalah ini sehingga pada masa ini pihak guru serta ibu bapa berasa sesuatu tindakan yang tegas perlu dilakukan segera sebelum gejala negatif ini sampai ke peringkat yang lebih kronik lagi. Menurut laporan yang pernah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, peratus pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng didapati semakin meningkat dari semasa ke semasa terutama bagi sekolah-sekolah di kawasan bandar. Pada hemat saya punca-punca sebenar masalah ini haruslah dikenal pasti dengan segera supaya langkah-langkah untuk mengatasinya dapat dijalankan demi masa depan generasi pelajar kita pada masa depan. Ini kerana mereka adalah terdiri daripada bakal pemimpin Negara kelak.Antara punca pelajar ponteng yang telah dikenal pasti ialah kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran kita yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, geografi, pendidikan Islam dan sebagainya. Di samping itu, pelajar juga kurang berminat kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas.

Pelajar juga mungkin ponteng kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan. Pelajar seperti ini juga tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan pelajaran bagi menjamin masa depan mereka. Oleh itu, mereka lebih mengutamakan unsur-unsur hiburan yang tidak terdapat di sekolah.

Terdapat juga para pelajar yang memberikan alasan yang tidak munasabah seperti takut didenda, guru yang garang, malu, dan sebagainya. Pelajar yang berkenaan mengambil keputusan untuk ponteng kerana mereka takut didenda kerana tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru. Terdapat juga pelajar yang datang lewat lalu mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan mereka itu. Selain itu, Pelajar yang berasa malu sekiranya didenda dan dimarahi guru itu biasanya akan ponteng dan bersembunyi atau melepak di kawasan-kawasan yang sukar dikesan. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil.

Di antara langkah-langkah yang wajar di ambil untuk menangani masalah ini ialah, biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon yang diharap-harapkan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka tidak dapat hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga pelajar yang berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak mereka. Keadaan ini juga memberikan rangsangan kepada pelajar yang berkenaan untuk terus memonteng sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan persekolahannya. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa yang tidak mengambil berat akan amaran pihak sekolah turut menyumbang ke arah masalah ini.

Selain itu, terdapat juga pelajar yang ponteng kerana bekerja secara sambilan. Oleh sebab taraf ekonomi keluarga yang rendah, terdapat pelajar yang bekerja secara sambilan sebagai kedi di padang golf, dan tidak kurang pula yang bekerja sebagai buruh di tapak binaan. Malah masih ramai di kalangan pelajar yang bekerja secara sambilan di pasar raya dan mereka terlalu keletihan sehingga tidak berdaya untuk bangun awal terutamanya yang bekerja pada waktu malam.

PETIKAN KRONOLOGI MASALAH SOSIALDalam petikan yang ditulis oleh Fatimah Bt Ali, memberi contoh kronologi masalah sosial iaitu perbuatan melepak yang menyebabkan wujud bohsia dan diantara kesan menjadi bohsia ialah ada di kalangan mereka yang mengandung tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Akibat daripada tidak ada ikatan perkahwinan yang sah, maka ada diantara mereka yang terlibat tidak bersedia untuk mempunyai anak atau pasangan mereka tidak mahu bertanggungjawab terhadap bayi yang dikandung. Justeru itu, berlakulah pembuangan bayi di tempat pembuangan sampah, perhentian bas, di hadapan masjid ataupun di kawasan-kawasan perumahan dan sebagainya sering dipaparkan dalam media massa. ( Vani Appalasami,2001)Permasalahan yang timbul daripada satu perbuatan akan menyebabkan berlakunya masalah-masalah sosial yang lain dan menyebabkan ianya mempunyai perkaitan di antara satu sama lain.ADABSaudara saya, Azrul Jaini, menulis tentang kebiadaban pelajar pada hari ini di dalam blog beliau melalui artikel yang bertajuk Adab Budak Dahulu & Sekarang. Sungguh, memang tidak dapat dinafikan bahawa para pelajar pada hari ini sudah semakin kehilangan adab. Kes kebiadaban pelajar sekolah terhadap guru mereka seperti kes murid meninggi suara terhadap guru, murid tidak mengendahkan guru yang berada di hadapan kelas, murid mencaci-maki guru, murid merosakkan kenderaan guru, murid yang memukul guru dan sebagainya seolah-olah semakin merupakan satu kebiasaan dewasa ini. Saya mempunyai rakan-rakan yang bertugas sebagai guru, dan seringkali saya mendengar keluhan mereka tentang sikap para pelajar sekolah pada hari ini (secara umum).

Ada juga beberapa orang yang bertanya bagaimana caranya hendak mengendalikan para pelajar yang semakin biadab ini. Mungkin memang ada caranya untuk mendekati para pelajar yang sebegitu; namun, kaedah dan pendekatan untuk mendekati para pelajar yang biadab ini seringkali bersifat tidak konvensional dan malah kadang-kadang bercanggah dengan etika dan praktis perguruan atau persekolahan. Sistem pendidikan kita yang agak rigid mungkin agak sukar untuk menerima pendekatan-pendekatan yang seperti itu. Apa contohnya? Contohnya, kalau di sekolah berasrama penuh, pelajar-pelajar yang enggan menghadiri sesi belajar malam (prep) diberikan kebebasan untuk berbuat sedemikian! Saya pasti kalau cadangan seperti ini dikemukakan kepada pentadbir-pentadbir sekolah berasrama penuh, akan melenting mereka! Seorang rakan saya, Zeal Zainuddin, juga ada menyusun satu sistem pembelajaran yang dinamik dan non-konvensional yang mungkin sangat efektif dalam mendekati para pelajar yang biadab. Apapun, saya tidak ingin menghurai panjang tentang kaedah atau pendekatan di dalam penulisan ini kerana kaedah dan pendekatan seperti itu lebih bersifat superficial (tetapi perlu ada juga) dan bukan substantial di dalam konteks mengatasi permasalahan kebiadaban pelajar sekolah.

Apa yang ingin saya tekankan adalah bahawa betapa masalah kebiadaban para pelajar sekolah pada hari ini sebenarnya bertitik-tolak daripada permasalahan yang mungkin lebih mendasar yakni masalah kehilangan adab di kalangan para pemimpin dan di dalam masyarakat. Adab, seperti yang telah dihuraikan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dan telah beberapa kali juga saya nukilkan, merujuk kepada pengenalan dan pengiktirafan akan kedudukan segala sesuatu di dalam sistem kewujudan ini dalam hubungkaitnya dengan Tuhan. Pengenalan dan pengiktirafan akan kedudukan segala sesuatu ini berkait dengan ilmu dan akhlak.

Apakah pula masalah adab yang saya maksudkan, yang menatijahkan sikap biadab para pelajar sekolah pada hari ini? Jawapannya, merujuk kepada aspek pembangunan dan pendidikan. Para pemimpin kita (walaupun tidak semua) dan masyarakat di negara ini secara umumnya, memahami pembangunan melalui pandangan alam yang salah, yakni pandangan alam yang dipengaruhi fahaman-fahaman yang datangnya daripada Barat, lantas menyebabkan mereka memahami pembangunan sebagai kemajuan dalam aspek material dan fizikal semata-mata. Sedangkan kemajuan dalam aspek material dan fizikal semata-mata adalah perkara yang tidak menjamin kebahagiaan hakiki manusia, malah tidak juga membantu ke arah pembinaan tamadun manusia yang cemerlang.ARTIKEL MURID BIADAPMelalui artikel Berita Harian ( 18 Oktober 2008) Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau tidak akan berkompromi atau berlembut dengan pelajar yang biadap terhadap guru.Beliau yang amat marah dengan kejadian guru di Kangar, Perlis dibelasah pelajar Tingkatan Dua termasuk diterajang berkali-kali pada perut, kelmarin, berkata tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka. "Saya marah dengan kejadian ini. Saya tidak akan kompromi dengan pelajar kurang ajar dan biadab terhadap guru," katanya kepada Berita Harian.Sebelum kejadian jam 10 pagi di Sekolah Menengah Perlis (SMP), guru terbabit, Azahana Ibrahim, 27, dikatakan menegur pelajar perempuan berkenaan berhubung kelewatan menghantar tugasan, terutama kandungan perkataan 'gila babi' yang diconteng pada kerja kursus.Pelajar itu yang tidak puas hati dengan teguran Azahana kemudian membelasah guru terbabit sebelum menendang perutnya beberapa kali.KAJIAN MASLAH SOSIAL N KMROSOTN PMBLJRNPelbagai kaedah telah dilakukan bagi mengenalpasti hubungan antara masalah sosial pelajar terhadap kemerosotan pembelajaran. Antara kajian lain adalah kajian yang dibuat oleh Azizah Lebai Nordin yang diperolehi daripada petikan yang ditulis oleh Fatimah Ali iaitu kajian mengenai masalah disiplin remaja. Beliau menyentuh tentang faktor-faktor penyumbang kepada masalah disiplin pelajar. Pengkaji lain yang meninjau mengenai disiplin pelajar ialah Salmah Bt Husin. Beliau juga telah menjelaskan tentang pelbagai jenis disiplin yang terdapat di sekolah. Manakala Zool Hilmi Hj Suhaimi pula membuat kajian tentang gejala sosial remaja dan penyelesaianya. Beliau membuat perbandingan antara remaja dulu dan kini.

LANGKAH2 GURU ATASIDalam langkah mengatasi masalah sosial ini, guru memainkan peranan penting. Antara langkah yang boleh diambil oleh guru dalam mengatassi masalah sosial ini adalah, mengadakan bimbingan dan kaunseling di peringkat sekolah terhadap murid-murid. Bimbingan dan kaunseling di peringkat sekolah memainkan peranan yang amat penting dalam membantu murid untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Program ini akan menjadi lebih berkesan sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakkan dan berpengalaman dilantik bagi memantapkan pelaksanaan serta keberkesanan kaunseling tersebut.Selain itu, guru juga boleh mengatasi masalah ini dengan menggunakan pendekatan akademik yang menarik. Pendekatan akademik juga memainkan peranan dalam mengatasi masalah sosial dalam kalangan murid di sekolah. Pendekatan akademik ini dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti yang berteraskan akademik serta separa akademik contohnya, kegiatan kokurikulum di peringkat sekolah. Selain itu uga, perubahan-perubahan teknik dan strategi pembelajaran dilakukan seperti pelaksanaan kelas komputer, kelas bantuan alat pandang dengar dan lain-lain.Tambahan lagi, dalam langkah mengatasi masalah sosial ini daripada terus menular, seorang guru perlulah mendidik murid secara lebih tersusun dan terarah. Jangan terlalu menekan dari segi kecemerlangan akademik hingga meninggalkan kecemerlangan sahsiah. Berperananlah sebagai ibu bapa kedua kepada murid. Guru juga berfungsi melahirkan insan dan bukannya robot. Selain itu, guru juga perlu memerhatikan murid walaupun selepas waktu sekolah. Selain menitik beratkan akademik, guru juga seharusnya lebihkan masa dengan aktiviti kokurikulum agar murid dapat merehatkan sebentar minda mereka daripada hanya tertumpu kepada akademik semata-mata. Hal ini dapat membantu murid dalam membina otak yang cergas dan minda yang cerdas. Di dalam kelas pula, guru perlu memberikan tumpuan lebih terhadap murid bermasalah, berikan kaunseling kepada murid tersebut dan bantu mereka dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru juga perlu menganggap murid seperti anak sendiri, libatkan murid dengan hobi yang positif, wujudkan kejelekitan antara guru dan murid. Dalam mengatasi masalah sosial, guru perlu membina hubungan mesra bersama murid-murid agar mereka merasakan bahawa diri mereka dihargai, diterima dan disayangi. Hal ini dapat membantu dalam mencegah masalah sosial daripada berlaku. -->Hubungan guru-murid amat dititikberatkan di sekolah rendah. Hal ini adalah kerana murid sekolah rendah hanya akan mendengar ajaran daripada seseorang yang mereka mempercayai. Oleh itu, para guru membina hubungan yang erat dengan para murid. Para guru memberi kasih sayang dan dorongan kepada semua murid tanpa mengira kaum. Lama-kelamaan, kepercayaan diwujudkan antara guru dengan murid. Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dijalankan dengan berkesan. Malahan, guru yang baik sentiasa dijadikan teladan bagi murid. Oleh itu, guru amat berpengaruh dalam membina sikap positif murid.Antara lain dalam mengatasi masalah sosial ini daripada terus menjadi penyakit kepada murid-murid, guru juga boleh mengadakan program yang berbentuk motivasi, ceramah mahupun program sukan yang melibatkan masyarakat setempat. Generasi muda merupakan penyumbang kepada tenaga penggerak masyarakat dan negara pada masa akan datang. Murid ialah komponen masyarakat yang muda dan masih mentah. Oleh sebab itu, bimbingan dan pemantauan terhadap mereka sangat diperlukan. Guru boleh bekerjasama dengan ibu bapa dan masyarakat umumnya dalam mengadakan aktiviti kemasyarakatan yang bermanfaat. Hal ini bagi mengelakkan aktiviti kemasyarakatan yang memudaratkan dalam kalangan murid. Gerakan aktiviti peringkat taman, kampung, surau, dan masjid adalah sangat baik dilaksanakan bagi mewujudkan aktiviti kanak- kanak setempat dan merapatkan perhubungan antara generasi muda dengan tua. Dalam merancangkan sesuatu program itu juga, guru boleh memberikan tumpuan terhadap golongan muda yang bermasalah, rancangkan aktiviti yang dapat memberikan bimbingan dan harapan kepada golongan muda yang terpesong untuk berubah.Langkah seterusnya yang boleh diambil oleh guru dalam mengatasi masalah sosial adalah mewujudkan suasana yang kondusif di dalam bilik darjah. Hal ini sangat penting kerana bilik darjah merupakan persekitaran yang mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran. Dari segi susunan fizikal bilik darjah, meja dan kerusi murid-murid perlu disusun dengan kemas dan rapi mengikut kumpulan. Meja dan kerusi dalam bilik darjah tahap satu disusun mengikut kumpulan manakala kerusi dan meja dalam bilik darjah tahap dua disusun secara berpasangan. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam pengurusan bilik darjah ini. Selain itu, ruang-ruang pembelajaran juga perlu dibekalkan bagi memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran. Hasil-hasil kerja murid juga perlu diletakkan atau digantungkan di tempat atau di rak yang sesuai dalam bilik darjah. Keadaan ini akan membangkitkan semangat belajar murid-murid dalam bilik darjah. Di samping itu, guru juga memainkan peranan yang penting dalam pengurusan rutin bilik darjah. Guru menyediakan jadual tugas untuk murid-murid mengikut kebolehan atau fizikal mereka. Jika murid tersebut tinggi, guru akan memberikan dia tugas mengelap tingkap atau pintu. Bagi murid-murid yang bertenaga, guru akan memberikan tugas seperti mengambil sebaldi air untuk kawan-kawan yang bertugas mengelap tingkap dan pintu. Bagi murid-murid yang berbadan kecil,guru akan memberi tugas seperti menyapu lantai, membuang sampah, menyusun kerusi dan meja dan lain-lain lagi kepada mereka. Tujuan pembahagian tugas seperti ini akan mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa serta keadaan fizikal bilik darjah yang bersih dan teratur.

IMPLIKASI PNPAntara implikasi masalah sosial terhadap pdp adalah, proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Sebagai contoh, masalah sosial iaitu wujudnya samseng di sekolah, sekiranya ahli kumpulan ini dapat menubuhkan satu jaringan aktiviti yang kuat di sekolah ia akan menganggu dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah. Kumpulan - kumpulan ini akan mencurahkan perasaan benci dan tidak puas hati dengan menganggu proses pdp di sekolah. Hal ini juga turut menyebabkan murid-murid yang lain akan mengalami kejutan dalam emosi mereka. Selain itu , murid juga terpaksa belajar dalam persekitaran yang tegang dan tidak aman kerana merasa terancam. Murid ini mungkin berasa terancam kerana rakan rakan mereka menunjukkan perilaku yang negatif seperti berlawan dengan guru dan murid tidak membuat kerja yang diarahkan. Tumpuan mereka juga terjejas kerana terdapat segelintir murid yang membuat bising, menyanyi, dan mungkin juga berlari lari di dalam kelas. Implikasinya semua murid tidak berasa tenang untuk menerima pembelajaran yang akan diajar oleh guru.Tambahan pula masalah sosial juga akan mewujudkan peluang dan ruang kepada kegiatan salah laku seperti peras ugut, pergaduhan, membuli dan sebagainya. Akhir sekali risiko yang tinggi kepada murid-murid lain untuk menjadi mangsa mereka. Menilai aspek-aspek yang telah diketengahkan, maka adalah penting bagi guru menangani permasalahan sosial di kalangan murid sekolah demi menjamin keutuhan sekolah sebagai agen sosial yang berwibawa dan dihormati.Sepertimana yang kita sedia maklum, apabila tingkah laku bermasalah atau masalah sosial berlaku dalam bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas. Intensiti gangguan terhadap persekitaran pengajaran dan pembelajaran mempunyai perkaitan dengan jenis kekerapan dan tempoh berlaku tingkah laku tersebut. Selain itu, ia juga mempengaruhi keselamatan psikologikal murid-murid, kesediaan mereka untuk belajar, dan tingkah laku masa depan mereka. Tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah akan menyebabkan banyak masa P&P terbuang di sebabkan perkara yang amat kecil sahaja.

IMPLIKASI THDP GURUMasalah sosial turut memberikan implikasi terhadap guru. Contohnya, dalam masalah ponteng sekolah, seringkali kita dengar bahawa guru-guru merasa tertekan dengan perlakuan murid yang terlibat dengan gejala ponteng sekolah ini. Guru merasa kerugian kerana tidak dapat memberi ilmu setaraf dengan murid lainnya kepada murid yang kerap ponteng sekolah dan akibatnya memberi kesan kemerosotan terhadap corak pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, masalah ini turut menganggu proses pembelajaran murid-murid lain dan merumitkan lagi tugas seorang guru kerana terpaksa mencuri masa untuk mengulang kembali pelajaran yang tertinggal serta tidak difahami oleh murid yang ponteng.Tambahan lagi, murid yang ponteng ini sering menganggu kelas dan murid lain serta memburukkan pencapaian mata pelajaran iaitu melibatkan keseluruhan tahap pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran tertentu. Hal ini sangat membimbangkan para guru.Selain itu, implikasi masalah sosial terhadap guru juga adalah banyak masa terpaksa dihabiskan oleh guru untuk menangani masalah sosial didalam bilik darjah sehingga menyebabkan guru itu tidak dapat menumpukan sepenuh masa dan perhatian kepada proses pembelajaran dan pengajaran. Kekangan masa atau waktu yang diberi contohnya 30 minit untuk satu waktu menyebabkan guru mengajar murid dengan cepat untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mengabaikan aspek pemahaman dan penguasaan murid terhadap subjek mata pelajaran tersebut. Menurut hasil penyelidikan melaporkan bahawa ada sesetengah guru menghabiskan sebanyak 30 hingga 80 peratus masa pengajaran dan pembelajaran untuk menangani masalah sosial. Contohnya pelajar yang suka berkumpul dan bersembang sebelum guru masuk mereka akan bersembang sehingga memakan masa sedalam lima minit atau lebih masa pembelajaran, dalam tempoh tersebut guru akan mengarahkan pelajar agar berada di tempat duduk masing-masing. Sebaliknya jika mereka segera bersurai sebaik sahaja guru masuk guru tersebut boleh memulakan proses pengajaran dan pembelajaran enggan segera.Masalah sosial dalam bilik darjah juga mempunyai kesan ke atas keberkesanan guru. Kebanyakan guru adalah komited terhadap tugas dan tanggungjawab mereka di mana mereka menghabiskan banyak masa dalam membuat persediaan mengajar yang rapi. Oleh itu, apabila usaha mereka dibalas dengan sifat murid-murid yang tidak berminat dan enggan menyiapkan tugas yang diberi, sudah pasti mereka akan berasa kecewa. Kekecewaan tadi boleh melahirkan sikap negatif yang mempengaruhi layanan yang mereka berikan kepada dua jenis murid, iaitu mereka yang bermasalah dan yang berkelakuan baik. Layanan yang berbeza akan meningkatkan lagi tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid yang bermasalah tadi. Akhirnya, guru akan tidak menghiraukan pelajar yang bermasalah tadi yang akan menyebabkan masalah murid meningkat. Pengabaian ini boleh menjadi serius sehingga ke tahap guru mahu membalas dendam.Tambahan lagi, masa dan tenaga yang digunakan oleh guru untuk menangani tingkah laku bermasalah amat meletihkan guru dari segi fizikal dan emosi. Tekanan yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah merupakan satu faktor utama dalam menentukan sama ada guru permulaan berhenti atau kekal dengan profesion perguruan. Selain itu, masalah sosial juga dkatakan sebagai pemangkin kepada keadaan putus asa dalam kalangan guru. Guru perlulah mempunyai sikap yakin dengan kebolehan mereka untuk meningkatkan prestasi murid-murid mereka. Perasaan sedemikian akan membawa penambahbaikan kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta kepuasan kerja yang akhirnya akan membawa kepada peningkatan terhadap pencapaian akademik murid-murid.

PENGENALAN IMPLIKASIMasalah sosial dalam kalangan murid pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam diri individu , masyarakat dan Negara. Murid pada hari ini merupakan aset utama dan sangat penting dalam pembangunan Negara pada masa akan datang. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Sekiranya seseorang itu mempunyai akhlak yang buruk, maka peribadi seseorang individu itu juga akan menjadi buruk.Pelbagai usaha yang drastik dan efektif hendaklah diusahakan agar tidak menjadi seperti pepatah melayu mengatakan sudah terhantuk baru tengadah dan jangan membiarkan masalah ini menjadi duri dalam daging dan terus bernanah dalam masyarakat berpaksikan prinsip di mana ada kemahuan , di situ ada jalannya agar masalah ini dapat dibasmi hingga ke akar umbinya.

RUMUSANKesimpulannya masing-masing memainkan peranan penting dalam menangani gejala sosial ini sebagai contohnya pihak kerajaan haruslah lebih efektif dalam merencanakan program untuk masyarakat kearah memulihkan akidah Islam yang kukuh supaya menjadi benteng yang utuh berteraskan keiamanan dan ketakwaan kepada Allah. sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan kadar segera, peratus masalah sosial pasti akan meningkat dan akan menggugat cita-cita pihak kerajaan untuk mewujudkan rakyat yang berpendidikan tinggi, cerdas, dan pintar. Sekali gus masalah ini akan membantutkan kemajuan negara kita. Peranan ibu bapa, pihak sekolah serta Kementerian Pendidikan amat penting untuk memastikan gejala ini tidak berterusan sehingga menjadi lebih serius.

Semua anggota masyarakat tidak kira peringkat bawahan atau atasan perlu mengambil inisiatif untuk membendung gejala sosial ini dari terus menular dengan lebih serius. Setiap individu, keluarga & masyarakat di satu-satu kawasan perlu bekerjasama & mempunyai peranan dalam pencegahan gejala ini & memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial ini. masyarakat juga perlu menyokong usaha pihak lain seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan dalam melaksanakan program-program untuk remaja. Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat tentang bahayanya gejala sosial ini jika tidak dibendung. Didikan agama perlu dititik beratkan dalam keluarga agar ia dapat dijadikan panduan.

RUJUKANhttp://zanathetrainer.blogspot.com/2012/08/gejala-sosial.htmlNoriatiA. Rashidetl(2010).BukuGurudanCabaranSemasa.TerbitanOxfordFajarSdn. Bhd.SyedIsmail binSyedMustapa& AhmadSubkibin Miskon(2010).BukuGurudanCabaranSemasa. TerbitanPenerbitanMultimediaSdn.BhdBukuAktaPendidikan(Akta550),Peraturan-peraturan& Kaedah-kaedahTerpilih.TerbitanInternational Law Book Servishttp://pimpinanpena.blogspot.com/p/konsep-dan-isu-cabaran.htmlhttp://bicaraguruprasekolah.blogspot.com/2012/07/jenis-jenis-gejala-sosial.htmlhttp://www.ukm.my/penerbit/akademika/ACROBATAKADEMIKA78/akademika78[01]A4.pdfhttp://masalahsosialdimalaysia.blogspot.com/http://88karangan.com/masalah-sosial-di-negara-kita/http://paidrompin.blogspot.com/2011/01/gejala-sosial-di-kalangan-remaja.htmlhttp://gejala-sosial.blogspot.com/http://brahimnyior.blogspot.com/2014/01/budaya-biadab-semakin-menular.htmlhttp://www.bom321.com/2010/05/pelajar-tumbuk-muka-cikgu.htmlhttp://akhienaim.blogspot.com/2010/04/masalah-adab-pelajar.htmlhttp://www.eek.my/2014/09/luahan-hati-pesara-guru-mengenai-sistem-pendidikan-yang-teruk-mediaonline-0112.htmlhttp://skpoliskem.wordpress.com/utama/hem/salah-laku-murid/http://qulim.blogspot.com/2008/10/tiada-kompromi-pelajar-biadab.htmlhttp://mejakerusi.wordpress.com/2010/08/06/pelajar-sekolah-rasa-bangga-bila-terlibat-jenayah/http://ehwalmurid.blogspot.com/2012/04/apakah-peranan-anda-dalam-menangani.htmlhttp://berryviolet-miszaza.blogspot.com/2012/04/pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif.htmlhttp://treebuilder.blogspot.com/2010/11/5-ciri-bilik-darjah-yang-kondusif.htmlhttp://smktelokkerang.blogspot.com/2013/04/bilik-darjah-yang-kondusif-merangsang.htmlhttp://nowieyieda.wordpress.com/kandungan/kesan-ponteng-sekolah/http://ismajohor.com/gejala-sosial-dalam-kalangan-remaja/http://www.ukm.my/penerbit/jpend.htmhttp://ummicikguadda.blogspot.com/p/gejala-sosial.htmlhttp://pearlyap.blogspot.com/2012/06/kesan-kesan-masalah-sosial.htmlartikelhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0803&sec=Rencana&pg=re_09.htmhttp://www2.bharian.com.my/articles/PeningkatangejalasosialbabitkanpelajardiKelantanmembimbangkan_Polis/Article/http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Masalahsosialresahkanibubapa/Article/index_html