tujuan pengembaraan

9
Mengajar pengembara sikap bertanggungjawab, tegas, berani dan berdikari. Mempraktikkan segala ilmu berkaitan dengan hutan dan akademik yang dipelajari. Menambahkan pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan mematangkan diri pengembara. Memberi latihan kecekapan pancaindera kepada pengembara. Melatih semangat ketabahan dan kesabaran pengembara dalam menghadapi kesusahan. Memberi kesempatan kepada pengembara untuk menikmati keindahan alam. Memberi pengalaman baru kepada pengembara. TOPIK 6 : P!"M#$%$$! A. TUJUAN B. C. PERATURAN & PERSEDIAAN DISEDIAKAN OLEH KUMPULAN TERATAI : Rathana, Rubeeny, Lisamini, Paith!aah, Reathi, Then M"#i TUJUA N PENG EMBA RAAN

Upload: lum

Post on 03-Nov-2015

249 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

TUJUAN PENGEMBARAAN

TRANSCRIPT

TOPIK 6 : PENGEMBARAANA. TUJUAN

B. TUJUAN PENGEMBARAAN

C. PERATURAN & PERSEDIAAN

DISEDIAKAN OLEH KUMPULAN TERATAI : Rathana, Rubeeny, Lisamini, Pavithraah, Revathi, Then MoliD. PROSEDUR PENGEMBARAANE. MEMBACA PETA TOPO & KEGUNAAN1. Maksud Peta Topografi Sejenis peta yang mengandungi maklumat tentang sesuatu kawasan. Maklumat ini dipersembahkan dalam bentuk simbol tertentu. Simbol-simbol dalam peta topografi terdiri daripada simbol titik, simbol garisan, simbol kawasan, dan simbol singkatan perkataan. Terbahagi kepada dua : Pandang Darat Fizikal

Pandang Darat Budaya

2. Membaca Peta Topografi

2.1Elemen-elemen lain dalam Peta Topografi :a) Garisan kontur Penafsiran garisan kontur yang menggambarkan keadaan rupa bumi sesuatu kawasan sama ada berbukit, permatang, lurah, tanah rata, ataupun sungai. Keadaan rupa bumi diterangkan dengan garisan kontur di mana jarak kenaikan antara garis kontur dipanggil selang koritur biasanya sama ada 25 kaki, 50 kaki atau 100 kaki. lanya menggambarkan kenaikan ketinggian mengikut jarak menegak dan bukan mengikut cerun atau lereng bukit. Selain menggambarkan ketinggian, kontur juga menggambarkan bentuk dan keadaan cerun. Jika keadaan kontur rapat-rapat, ini berertibahawa cerun adalah curam. Jika jarak antara garisan kontur sama, maka ia menggambarkan cerun yang seragam. Selalunya garis kontur berbentuk "V" menunjukkan lurah dan "U" menunjukkan permatang. Arah "V" selalunya menuju ke atas bukit.

b) Skala Skala adalah nisbah satu unit sukatan di atas peta dengan unit sukatan yang sama di atas tanah. Dalam lain perkataan ianya adalah kaitan di antara jarak di atas peta dengan jarak di permukaan bumi yang sebenarnya yang ditunjukkan oleh skala peta itu. Contohnya skala peta 1 : 50,000 bermaksud setiap satu unit sukatan di atas peta mempunyai persamaan jarak 50,000 kali pembesaran di atas tanah seperti 1 Cm di atas peta bersamaan dengan 50,000 em (5 km) di atas tanah.c) Garisan Grid Semua peta mempunyai garisan grid yang membahagibahagikan peta itu dengan garis-garis melintang dan membujur. Tiap-tiap garisan melintang (Utara) dan membujur (Timuran) mempunyai nilai masing-masing yang diwakili oleh dua angka sahaja. Angka yang terkecil ialah 00 sementara yang terbesar ialah 99. Garisan girid ini dibuat bagi membantu kita menentukan dengan cepat dan tepat lokasi di mana kita berada. Pembacaan garisan grid ini dibuat dengan menyebut angka timuran dahulu dan diikuti dengan angka utara contohnya 98-99 garis bujur (timuran) dan 48-49 garis lintang (utara).d) Utara peta Dalam aktiviti pandu arah, arah utara di dalam peta adalah merupakan arah magnetik utara yang ditunjukkan oleh kornpas. Untuk mendapat arah utara atas peta seseorang itu hanya diperlukan meletakkan kompas di atas peta sehingga jarum magnetik utaranya selari dengan tanda utara di dalam peta tersebut.

e) Mengukur Jarak Sukatan jarak yang lurus di atas peta boleh diukur dengan menggunakan kayu pembaris skil kompas dan mendarabkan jarak mendatar 200 m dari atas peta.

3. Kegunaan peta topografi1. Membolehkan seseorang mengetahui keadaan muka bumi dari satu tempat ke suatu tempat.2. Mambolehkan memahami maklumat dalam peta.3. Untuk menyenangkan dan membantu kita menjalankan tugas.4. Amat berguna jika sesat.F. LAPORAN PENGEMBARAAN

FORMAT PENYEDIAAN LAPORAN AKTIVITI

Muka Hadapan (Kulit laporan) Tajuk Aktiviti Tarikh & Lokasi Nama Penganjur Tarikh Laporan Disediakan Laporan Eksekutif 1.0 Pengenalan Secara ringkas nyatakan tujuan program dilaksanakan. 2.0 Latar Belakang Bila dan dimana aktiviti dilaksanakan. Bilangan peserta yang hadir. Matlamat yang ingin dicapai. Kaedah pelaksanaan. Bahan-bahan peralatan yang digunakan. Aktiviti-aktiviti yang diikuti. Pengendali/fasilitator yang terlibat. 3.0 Huraian Penilaian Maklumbalas peserta. Maklumbalas daripada pihak luar (jika berkaitan). 4.0 Pencapaian Aktiviti Hasil yang dicapai dari pelaksanaan aktiviti. Perbandingan hasil dengan matlamat.

5.0 Kemajuan/Masalah Secara ringkas huraikan kemajuan/masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan aktiviti. 5.1 5.2 5.3 6.0 Cadangan Huraikan cadangan untuk penambahbaikan. 6.1 6.2 6.3 7.0 Gambar Aktiviti (Lampiran) 6 keping gambar asal (saiz 4R) berserta kapsyen. 6 keping gambar berserta 6 keping gambar asal (saiz 4R) beserta kapsyen dilampirkan sekiranya mendapat peruntukan gambar dan laporan. 8.0 Penutup Rumusan aktiviti. Ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit.