laporan pengembaraan usim giso 2017: tarikh: destinasi...

16
Laporan Pengembaraan USIM GISO 2017: REHLAH ILMU TOUR EMPIRER GROUP KE KOTA SEMI ABADI KUNMING , CHINA Tarikh: 27 OKTOBER -2 NOVEMBER 2017 Destinasi: Kunming, China Fakulti/Badan Pelajar: Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Bilangan Pelajar: 21 Orang Pengarah Program: NUR HAZIQAH BINTI ZAINAL ABIDIN 013-6433876 Nama Pegawai Pengiring: Dr Nidzamuddin bin Zakaria 019-6969991

Upload: others

Post on 28-Oct-2019

30 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Laporan Pengembaraan USIM GISO 2017:

REHLAH ILMU TOUR EMPIRER GROUP KE KOTA SEMI ABADI KUNMING , CHINA

Tarikh:

27 OKTOBER -2 NOVEMBER 2017

Destinasi: Kunming, China

Fakulti/Badan Pelajar:

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah

Bilangan Pelajar: 21 Orang

Pengarah Program:

NUR HAZIQAH BINTI ZAINAL ABIDIN 013-6433876

Nama Pegawai Pengiring:

Dr Nidzamuddin bin Zakaria 019-6969991

1.0 LAPORAN PROGRAM

CHINA, 27 OKTOBER – Seramai 21 orang mahasiswa dan mahasiswi tahun empat Pengajian Quran dan Sunnah, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) telah bersama- sama berganding bahu dalam menjayakan misi GISO yang bertemakan Rehlah Ilmu Tour Empirer Group Ke Kota Semi Abadi Kunming, China. Rehlah ini Global Islamic Students Outreach (GISO) ini telah berlangsung selama 7 hari bermula 27 Oktober sehingga 2 November 2017 yang diketuai oleh saudari Nur Haziqah binti Zainal Abidin dan diiringi oleh pensyarah fakulti Pengajian Quran dan Sunnah(FPQS), Ustaz Nidzamuddin bin Zakaria.

Antara tujuan GISO kali ini ialah tidak lain dan tidak bukan untuk menyahut

matlamat asal GISO dalam memberi khidmat masyarakat diperingkat antarabangsa,

seterusnya menjadi mahasiswa yang prihatin dengan kebajikan masyarakat Islam

seluruh dunia.

Pada 27 Oktober, kami berangkat ke Kunming dari Lapangan Terbang

Antarabangsa Kuala Lumpur dan selamat tiba di Kunming setelah menempuh

perjalanan selama 4 jam.

Pada hari kedua, 28 Oktober, kami memulakan hari kami dengan solat subuh

berjemaah di Masjid Nancheng. Setelah selesai berjemaah dan beramah mesra di

sana, kami meneruskan misi kami ke Masjid Yixigong. Kami memulakan aktiviti GISO

kami disini. Di masjid ini kami telah dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kami

mengasingkan mahasiswa dan mahasiswi. Kumpulan mahasiswa telah mengedarkan

beberapa buah mathurat dan buku kecil yang mengandungi juz Amma kepada jemaah

yang berada disekitar masjid tersebut selebihnya mereka meletakkan dirak-rak buku

yang ada dimasjid itu.manakala kumpulan mahasiswa melakukan aktiviti “Hijab Makes

You Beautiful”. Mereka telah melakukan aktiviti tutorial tudung mengikut cara

pemakaian di Malaysia yang berlandaskan syariah. Selain itu, kami juga memberi

hadiah tudung tersebut sebagai tanda ikatan persaudaraan sesame muslim. Aktiviti

kami tidak terhenti disini. Kami telah meneruskan aktiviti kami pada malam hari dengan

memberi sumbangan kepada gelandangan yang ada sepanjang jalan di Bandar

Kunming.

Pada hari ketiga, 29 Oktober, kami memulakan hari dengan berjemaah di Masjid

Suncheng. Masjid ini merupakan Pusat Komuniti Islam di Bandar Kunming. Sepanjang

hari kami berada dimasjid berkenaan. Aktiviti yang kami lakukan adalah kami

memulakan denganaktiviti “Hijab Makes You Beautiful”. Ternyata, aktiviti ini telah

mendapata sambutan yang memberangsangkan oleh komuniti disini. Mereka sangat

gembira dengan apa yang kami lakukan. Setelah selesai, kami diminta oleh

jawatankuasa tertinggi masjid itu untuk menolong bergotong-royong membersihkan

kawasan sekitar masjid. Kami berbesar hati menyahut pertolongan itu. Setelah selesai

bergotong-royong, kami beramah mesra bersama kanak-kanak yang ada disana. Kami

telah memberikan mereka alat tulis dan pensel warna. Kanak-kanak disana sangat

gembira dengan pemberian kami dan membalas pemberian kami dengan menyanyi

lagu kanak-kanak tradisi disana. Dan seterusnya, pada malam hari, kami meneruskan

aktiviti kami seperti malam sebelum ini iaitu memberi sumbangan kepada gelandangan

yang ada.

Pada hari keempat, 30 Oktober, seperti biasa kami memulakan hari kami dengan

berjemaah subuh di Masjid Nancheng. Selesai berjemaah, kami meneruskan aktiviti

kami dengan memulakan perjalanan ke Yunnan Culture dan Etnik Village yang

memakan masa lebih kurang seam 30 minit. Setelah sampai disana, kami memulakan

misi kami dengan aktiviti “Outfit Of The Day” (OOTD). Kami memperkenalkan pakaian

tradisi melayu kepada pengunjung disana. Aktiviti kami mendapat sambutan oleh

penyelia disana, mereka juga bertukar budaya dengan memperkenalkan pakaian tradisi

masyarakat disana. Kami berpeluang memakai pakaian tradisi masyarakat Yunnan. Di

sini juga kami telah memperkenalkan makanan tradisi malayu iaitu ‘nasi impit’ dan

‘serunding’ kepada pengunjung disana. Setelah selesai aktiviti kami di Yunnan Cukture

dan Etnik Village, kami sempat singgah di Masjid Youning untuk meneruskan aktiviti

disana. Kami telah berjumpa Imam di Masjid berkenaan dan telah mendapat respon

positif oleh Jemaah disana.kami telah memberikan beberpa sumbangan untuk masjid

itu.

Pengembaraan giso disambung semula pada 31 oktober : Kami solat zohor di

masjid nancheng dan telah bertemu dengan en. Arshad dan en. Nazri, selaku pegawai

di consulate di kunming. Di masjid nancheng, kami telah bertemu dengan imam masjid

iaitu imam ahmad dan pembantunya saudara ibrahim untuk memberikan sumbangan

dan infaq kepada masjid. Mereka boleh berbahasa arab dan kami menyatakan hasrat

untuk pergi ke shadian. Tetapi tiada kenderaan dan kenalan. Imam ahmad dan akhi

ibrahim sedia menolong kami. Kami disuruh untuk tunggu di masjid nancheng pada

waktu subuh untuk berangkat ke Shadian. Selepas perbincangan selesai, en arshad

dan en. Nazri telah membawa kami ke consulate malaysia di kunming. Apabila

setibanya kami di sana, kami telah disambut penuh penghormatan oleh Dato' Siow

Chen Pin, General Konsulate Malaysia di Kunming. Selepas itu, en nazri dan en arshad

membawa kami berjumpa dengan saudara Sulaiman, orang tempatan yang boleh

berbahasa melayu kerana Sulaiman telah berkahwin dengan orang Cina Malaysia dan

anak2 nya tinggal di Kuala Lumpur. Saudara Sualaiman mengajak kami ke kedainya

dan dalam masa yang sama, kedai makannya juga adalah sebuah muzim ketenteraan.

Kerajaan China memberi kepercayaan Sulaiman untuk menjaga muzium tersebut.

Pada 1 November : Subuh di masjid nancheng. Seperti di janjikan, bro akhi telah

menunggu kami untuk meneruskan perjalanan ke Shadian. Perjalanan ke Shadian

selama 4 Jam. Kami telah menaiki kenderaan saudara ibrahim. Sepanjang perjalanan

tersebut kami telah melihat pemandangan yang sangat indah. Sebelum sampai ke

shadian, kami singgah di ناقو بلدة , @Shilin. Di sana kami singgah di masjid naajayin. Kami

sempat berjumpa dengan Imam Luqman iaitu imam masjid naajayin yang fasih

berbahasa arab. Imam Luqman telah membawa kami ke sekitar masjid dan terdapat

sekolah @ madrasah di sebelah masjid. Kemudian kami dibawa ke masjid yang khas

untuk wanita. Asal nya masjid wanita tersebut adalah masjid lama sebelum berpindah

ke masjid baru. Madrasah tersebut menerapkan pendidikan al quran dan sunnah dalam

silibus mereka. Kami meneruskan perjalanan ke Shadian. Setelah sampai di Shadian,

kami di bawa ke Madrasah Al Hidayah. Kami telah berjumpa dengan mudir atau

pengetua madrasah iaitu ustaz yusuf. Kami telah di bawa ke sekitar madrasah.

Kemudian kami telah di bawa ke madrasah Shadian. Kami disambut bagaikan VIP

disana. kami telah di bawa ke sekeliling madrasah dan sempat melihat cara pengajaran

di dalam kelas. Kami beramah mesra dengan guru dan pelajar di sana. Sangat seronok

kerana mereka fasih berbahasa arab. Kami solat maghrib di masjid Shadian.

Subhanallah, masjid Shadian sangatlah indah dan ini adalah kemuncak pengembaraan

kami di bumi China. Selepas solat isyak, kami sempat berjumpa dengan imam majid,

imam yunus dan memberikan sumbangan kepada masjid tersebut.

Pada 2 November : Kami subuh di masjid Shadian. Bertolak ke Stone forest @

hutan batu di Kunming. Setibanya kami di sana, kami telah melakukan aktiviti hiking @

tadabbur alam di Stone Forest. Sungguh indah dan udara yang segar. Kami berjalan di

dalam hutan selama 1 jam. Kemudian kami telah melihat hutan batu yang sangat cantik

dan indah. Hanya terdapat di kunming. Selepas itu, kami terus bertolak ke airport

Kunming. Pulang ke Malaysia.

2.0 LAPORAN KEWANGAN

2.1 LAPORAN PENDAPATAN

2.2 LAPORAN PERBELANJAAN

2.3 LAPORAN AKTIVITI KEUSAHAWANAN

PENDAPATAN

Bil Perkara Jumlah (RM)

1 Peruntukan dari HEP RM 4,000.00

2 Sumbangan dan tajaan RM 1500,00

3 Kutipan daripada peserta RM 1900.00 x 21 RM 39,900.00

JUMLAH BESAR RM 45, 400.00

PERBELANJAAN

Bil Perkara Jangkaan

Perbelanjaan

Jumlah (RM)

1 Pakej program (Makan, Pengangkutan,

Penginapan)

RM 2100 x 21 RM 44,100.00

2 Insurans Takaful RM 25 x 21 RM 725.00

3 Alatan RM 116.00 RM 116.00

4 Cenderahati RM 285.00 RM 285.00

5 Publisiti RM 184.00 RM 184.00

6 Sumbangan RM 1,500.00 RM 1,500.00

Kontigensi RM 1,500.00 RM 1,500.00

JUMLAH

BESAR

RM 48,410.00

KEUSAHAWANAN

Bil. Perkara Modal Keuntungan

1 Penjualan t-shirt dan perkhidmatan

membaiki laptop

-

RM 535

2 Program kepimpinan di sekolah RM 300 RM 900

3 Pembukaan gerai jualan di fakulti (FPQS&FEM)

RM 600 RM 2000

HASIL PENJANAAN RM 3435

JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL. NAMA PELAJAR JAWATAN NO. MATRIK

1. NUR HAZIQAH BINTI ZAINAL ABIDIN PENGARAH 1142632

2. FATIN MARYAM BINTI MOHD FIZAL TIMBALAN PENGARAH 1141038

3. NURUL SUHADA BINTI MOHD ADNAN SETIAUSAHA 1141023

4. NURUL ASYIRAH BINTI ABU BAKAR BENDAHARI 1141032

5. ABDUL MUSTAQIM BIN ABU BASHAR UNIT KESELAMATAN 1141028

6. EZZAH ZAHIRAH BINTI DZULKAFLI UNIT LOGISITIK 1141039

7. NURUL HANANI BINTI MOHD BAHARAN UNIT PENGISIAN 1142630

8. NOR NAJWA ADAWIYAH BIN YASSIN UNIT PENGISIAN 1142628

9. AHMAD LUQMAN HAKIMI BIN ADNAN UNIT TAJAAN 1141040

10. NAJAH AFIQAH BINTI MOHD YASIN UNIT PENGANGKUTAN 1141045

11. MOHD AMALUDDIN BIN MOHD HANAPI UNIT KESELAMATAN 1141051

12. AMIRUL SHAKIRIN BIN JAMALUDIN UNIT PENGANGKUTAN 1141035

13. RAJA MAHIRAH BINTI RAJA YUSOF UNIT MEDIA 1141029

14. MUHAMMAD SHUKOR BIN AHMAD TUGE UNIT PENGANGKUTAN 1141037

15. KHADIJAH MUNIRAH BINTI SUHAIMI UNIT TAJAAN 1141050

16. NUR AINI BINTI MOHAMAD RASHID UNIT KESELAMATAN 1141027

17. FATIN FARHANA BINTI MAT KARIM UNIT PERHUBUNGAN 1141036

18. ABDUL MUHAIMIN MAJDI BIN ISMAIL UNIT LOGISTIK 1142629

19. KHAIRUL ROZIKIN BIN ABU KASIM UNIT TAJAAN 1141033

20. WAN MOHAMAD SHAKIR BIN ARIFFIN UNIT MEDIA 1141031

21. ‘AININ QANITAH BINTI AB HALIM UNIT KESELAMATAN 1141044

3.0 – LAMPIRAN RESIT

Disediakan oleh:

(NURUL SUHADA BINTI MOHD ADNAN)

Setiausaha, GISO 2017 : Pelayaran Ilmu Tour Empirer Group Ke Kota Semi Abadi Kunming , China. No. Tel : 013-7178171 Emel : [email protected]

Disemak oleh:

(NUR HAZIQAH BINTI ZAINAL ABIDIN)

Pengarah, GISO 2017 : Pelayaran Ilmu Tour Empirer Group Ke Kota Semi Abadi Kunming , China. No. Tel: 013-6427932 Emel: [email protected] Tarikh :31/5/2017

Disahkan oleh,

(Dr Nidzamuddin bin Zakaria) Pegawai Pengiring, Pesyarah : Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah No.Tel : 019-6969991