tujuan pentaksiran psv

18
TUJUAN PENTAKSIRAN PSV • Kemahiran Bahasa Visual • Kefahaman Seni Visual • Kesedaran tentang kepercayaan dan nilai budaya diri Farah, Julia, Hayati, Yuhanis

Upload: attoae-ochre

Post on 04-Aug-2015

1.379 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: TUJUAN PENTAKSIRAN PSV

TUJUAN PENTAKSIRAN PSV• Kemahiran Bahasa Visual• Kefahaman Seni Visual

• Kesedaran tentang kepercayaan dan nilai budaya diri

Farah, Julia, Hayati, Yuhanis

Page 2: TUJUAN PENTAKSIRAN PSV

Kemahiran Bahasa VisualPendidikan Seni Visual yang diajarkan guru di sekolah merangkumi 2 elemen penting iaitu Unsur Seni dan Prinsip Rekaan yang diharapkan dapat dikuasai oleh murid dengan baik.

Kemahiran bahasa visual penting dalam pentaksiran PSV agar sesuatu karya yang dihasilkan oleh murid dinilai berdasarkan pengetahuan dan aplikasi media dalam kedua-dua elemen, bukan sekadar penilaian cantik atau tidak cantik.

Page 3: TUJUAN PENTAKSIRAN PSV

UNSUR SENI

Page 4: TUJUAN PENTAKSIRAN PSV

UNSUR SENI

GARISAN RUPA BENTUK• Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu. • Garisan diolah untuk mencipta rupa jalinan, ton, corak dan untuk menimbulkan bentuk, ruang dan pergerakan.

• Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula. • Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garis luar serta terbahagi kepada dua iaitu :a)rupa geometri - rupa bersudutb) rupa organik – rupa tidak bersudut

• Bentuk merupakan objek yang mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan mempunyai permukaan yang lebih daripada satu.• Terbahagi kepada dua iaitu :a)Bentuk konkritb)Bentuk ilusi

Page 5: TUJUAN PENTAKSIRAN PSV

UNSUR SENI

JALINAN RUANG WARNA• Jalinan bermaksud kesan yang terdapat dalam seseuatu permukaan objek.• Jalinan terbahagi kepada dua iaitu :

a) Jalinan sentuhb) Jalinan tampak

• Ruang ialah kawasan kosong yang terdapat dalam sesuatu objek ataupun jarak yang ada pada di antara kedua-dua objek dalam sesebuah karya seni.• Terbahagi kepada :a)Ruang terbukab)Ruang tertutup

• Warna ialah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan.• Warna dapat menunjukan perasaan seseorang pelukis semasa menggunakan jenis-jenis warna dalam penghasilan lukisan.• Terbahagi kepada :a)Warna asas b)Warna sekunderc)Warna tertiar

Page 6: TUJUAN PENTAKSIRAN PSV

PRINSIP REKAAN

Prinsip rekaan adalah kaedah atau

pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni

visual.

HARMONI

KONTRA

PENEGASAN

KESEIMBANGAN

IRAMA & PERGERAKAN

KEPELBAGAIAN

KESATUAN

Page 7: TUJUAN PENTAKSIRAN PSV

PRINSIP REKAAN

Page 8: TUJUAN PENTAKSIRAN PSV

PRINSIP REKAAN

Page 9: TUJUAN PENTAKSIRAN PSV

Bagaimana menilai kemahiran bahasa visual murid?

• mempelbagaikan bahanpelbagai alat dan bahan memberikan kesan garisan yang berlainan jenis.

Page 10: TUJUAN PENTAKSIRAN PSV

• Mempelbagaikan teknikpelbagai teknik dalam penghasilan garisan juga akan memberi kesan garisan dan corak dalam objek alam

Page 11: TUJUAN PENTAKSIRAN PSV

• Mampu mengaplikasi dan mengolah rupa menjadi lambang, simbol atau jenama sesebuah syarikat, persatuan atau pertubuhan

Page 12: TUJUAN PENTAKSIRAN PSV

• Mampu mengolah bahasa visual untuk menghasilkan pelbagai gaya dalam karya

Page 13: TUJUAN PENTAKSIRAN PSV

KEFAHAMAN SENI VISUAL• Jika kemahiran bahasa visual melihat kepada

unsur seni dan prinsip rekaan, kefahaman seni visual pula melihat kepada pemahaman murid dalam 4 bidang utama kegiatan Pendidikan Seni Visual.

• Bidang utama kegiatan Pendidikan Seni Visual terbahagi kepada 4 iaitu :

Page 14: TUJUAN PENTAKSIRAN PSV

• Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu :a)pemerhatian secara aktifb) interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahanc) apresiasi seni visual d) menghargai nilai baik.

Page 15: TUJUAN PENTAKSIRAN PSV

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik. 1.1 Lukisan1.2 Catan1.3 Kolaj1.4 Montaj1.5 Cetakan1.6 Resis1.7 Gosokan1.8 Stensilan1.9 Percikan1.10 Gurisan1.11 Capan1.12 Mozek1.13 Poster

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain.2.1 Corak tidak terancang secara:2.1.1 Pualaman2.1.2 Tiupan2.1.3 Titisan2.1.4 Ikatan dan celupan2.1.5 Renjisan dan percikan

2.2 Corak terancang secara:2.2.1 Lukisan2.2.2 Catan2.2.3 Cetakan2.2.4 Capan2.2.5 Lipatan dan guntingan2.2.6 Resis2.2.7 Kolaj

1. MENGGAMBAR 2. MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Page 16: TUJUAN PENTAKSIRAN PSV

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.

Merangkumi aktiviti seperti:3.1 Arca timbul3.2 Asemblaj3.3 Mobail3.4 Stabail3.5 Model3.6 Diorama3.7 Boneka3.8 Topeng3.9 Origami

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun.

Murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:4.1 Alat domestik4.2 Alat permainan4.3 Alat pertahanan diri4.4 Perhiasan diri (ornamen)4.5 Batik4.6 Tekat4.7 Ukiran4.8 Tenunan4.9 Anyaman4.10 Tembikar

3. MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 4. MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Page 17: TUJUAN PENTAKSIRAN PSV

Kesedaran tentang kepercayaan dan nilai budaya diri

• Kepercayaan tentang kepercayaan dan nilai budaya diri melihat kepada aspek kognitif, psikomotor dan sosial-afektif.

• Dalam hal ini, pengalaman seni dalam sesi P & P PSV diambil kira selari dengan pengalaman sekeliling murid. Guru mengambil kira aspek tahap murid, latar belakang murid, kebolehan dan kemampuan murid serta lokasi sekolah.

• Aspek yang ditekankan :

‡- pemikiran logik perkara yang benar untuk disampaikan kepada umum dalam imej visual- murid dapat membezakan perkara yang patut dan tidak patut ada dalam karya mereka- contoh : elak karya menyentuh sensitiviti kaum dan agama‡

Kognitif

Page 18: TUJUAN PENTAKSIRAN PSV

• Psikomotor - menilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan oleh pelajar semasa sesi P & P PSV- melihat penguasaan kemahiran motor murid semasa menghasilkan karya seni

• Sosial - penilaian berdasarkan kriteria seperti perkembangan murid, kebolehan dan tahap murid.- penerapan nilai murni seperti bekerjasama, sikap bersaing secara sihat dan meningkatkan kreativiti murid.- galak interaksi bersemuka secara aktif

Sosial-Afektif

Psikomotor