5.mengesan tanda dan simbol & laporan pengembaraan

18
 MENGESAN TANDA & SIMBOL 

Upload: sky-milo

Post on 05-Oct-2015

1.870 views

Category:

Documents


129 download

DESCRIPTION

hhi

TRANSCRIPT

Slide 1

MENGESAN TANDA & SIMBOL

Tanda atau simbol digunakan semasa pengembaraan di dalam hutan atau mendaki bukit. Kita perlu mempelajari supaya apabila sesat di dalam hutan, kita boleh memberikan isyarat supaya ahli yang lain boleh menjejaki dengan mudah. Isyarat boleh dibuat menggunakan batu, rumput, ranting kayu, lorekkan pada tanah dan sebagainya.

Ikut jalan ini. Boleh digaris pada tanah atau menggunakan ranting kayu atau batu-batu kecil yang disusun mengikut bentuk anak panah.

Jangan ikut jalan ini. Ia juga boleh digunakan sebagai tanda merbahaya. Boleh dibuat dengan menggunakan ranting kayu, daun, batu-batu kecil ataupun diconteng dengan kapur.

Lima langkah dari sini ada surat tertanam. Isyarat ini boleh dilukis atau digariskan dengan kapur ataupun dibentuk dengan menggunakan batu-batu kecil, ranting dan sebagainya.

Ada air ke arah ini. Seperti isyarat-isyarat di atas. Ia boleh dilukis atau dibentuk dengan menggunakan ranting kayu, batu-batu kecil, tali dan sebagainya.

Ikut arah ranting kayu yang patah. Dibuat dengan mematahkan ranting atau anak kayu. Bahagian yang dipatahkan itu direbahkan ke arah yang dimaksudkan.

Ikut arah hujung rumput ini. Dibuat dengan menyimpul rumput atau lalang dengan hujungnya dihalakan ke arah yang dimaksudkan.

Ikut arah batu kecil ini. Menggunakan batu yang disusun berderet, dimulakan dengan batu yang lebih besar dan semakin kecil ke hujungnya. Hujung batu kecil menunjukkan arah yang dimaksudkan.

Ada perkhemahan di kawasan ini. Boleh dibuat dengan garisan pada tanah, melukisnya dengan kapur pada tembok dan lain-lain ataupun menyusun daun-daun di atas tanah. Anak panah menunjukkan arah kawasan yang dimaksudkan.

Jalan terus. Bermaksud arah yang diikuti mesti diteruskan. Boleh dibuat dengan meletakkan sebutir batu kecil di atas batu besar atau melukis rajah yang serupa dengan kapur.

Ikut kiri. Memberi arahan supaya membelok atau mengikut jalan ke sebelah kiri. Boleh dibuat dengan meletakkan sebutir batu kecil di atas batu besar dan menyusun beberapa butir batu kecil bagi menghala ke kiri.

Ikut kanan. Arahan supaya mengikut jalan ke sebelah kanan. Dibuat menggunakan susunan batu-batu besar dan kecil seperti isyarat ikut kiri tetapi disusun menghala ke kanan. Kedua-dua isyarat ini juga boleh dilukis.

Saya sudah pulang. Pesanan yang menunjukkan pembuat isyarat telah balik ke rumah, ke kem atau ke sekolah. Boleh dibuat dengan menggunakan batu-batu kecil, ranting kayu ataupun dilukis.

Tunggu di sini. Arahan supaya berhenti dan tunggu atau berehat sementara di tempat yang ditandakan. Ia boleh dibuat dengan ranting atau dilukis. Batu juga boleh digunakan. Batu besar diletakkan di bawah sekali dan dua butir atau lebih batu yang semakin kecil disusun berlapis di atasnya.

CONTOH LAPORAN PENGEMBARAAN

Selamat sepanjang pengembaraan!!