laporan pengembaraan usim giso 2017: travelog...

14
Laporan Pengembaraan USIM GISO 2017: Travelog Ghuraba’ D-Malé, Maldives Tarikh: 2-9 September 2017 Destinasi: Male, Maldives Fakulti/Badan Pelajar: Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Bilangan Pelajar: 27 Orang Pengarah Program: Muhammad Zulhilmi Syazwan bin Mohamed Nazri 011-12453842 Nama Pegawai Pengiring: Encik Syed Ahmad Tarmizi bin Syed Omar 019-2191690

Upload: dinhanh

Post on 21-Aug-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pengembaraan USIM GISO 2017: Travelog Ghuraba’hep.usim.edu.my/wp-content/uploads/2019/02/LAPORAN-GISO-MALDIVES-2017.… · mahasiswa bersama masyarakat di peringkat antarabangsa

Laporan Pengembaraan USIM GISO 2017:

Travelog Ghuraba’ D-Malé, Maldives

Tarikh: 2-9 September 2017

Destinasi: Male, Maldives

Fakulti/Badan Pelajar: Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah

Bilangan Pelajar: 27 Orang

Pengarah Program: Muhammad Zulhilmi Syazwan bin Mohamed Nazri

011-12453842

Nama Pegawai Pengiring: Encik Syed Ahmad Tarmizi bin Syed Omar

019-2191690

Page 2: Laporan Pengembaraan USIM GISO 2017: Travelog Ghuraba’hep.usim.edu.my/wp-content/uploads/2019/02/LAPORAN-GISO-MALDIVES-2017.… · mahasiswa bersama masyarakat di peringkat antarabangsa

1.0 Laporan Program (mengikut format Berita)

MALDIVES, 10 SEPT – menyingkapi roh Islam di bumi berpendudukan 100% muslim,

27 orang mahasiswa tahun tiga Pengajian Quran dan Sunnah bijak menelusuri peluang

yang diberi untuk mengutip mutiara berharga di bandar kepulauan ini. Kembara GISO

Maldives selama lapan hari bermula 2 September ini dikenali sebagai ‘Travelog

Ghuraba’ D-Malé’, terinspirasi daripada Bandar Malé yang merupakan pusat bagi 200

pulau penempatan.

Republik Maldives yang mempunyai kepadatan penduduk di Bandar Malé

menstrukturkan binaannya yang tinggi dan rapat. Rata-rata penduduk disini menaiki

motorsikal atau berjalan kaki, manakala pengangkutan awam seperti teksi dan lori

angkut juga menjadi pengangkutan utama. Negara yang menjadikan mata wang

Maldivian Rufiyaa(MVR) dan US Dollar(USD) dalam urusan jual beli ini kebanyakkannya

mengimport barang makanan dan keperluan dari negara luar seperti Indonesia,

Malaysia, Thailand, Turki dan sebagainya. Komunikasi utama di negara ini adalah

menggunakan Bahasa Dhivehi seterusnya Bahasa Inggeris yang majoritinya digunakan

dalam urusan pelancongan.

Global Islamic Student Outreach (GISO) yang mensasarkan matlamat libatsama

mahasiswa bersama masyarakat di peringkat antarabangsa memberi peluang kepada

kami untuk berkongsi kasih bersama anak-anak yatim di Darr Zaid Al-Khair Lilaitam dan

Kudakudhinge Hiya. Keterujaan menaiki bot sekitar 20 minit seakan tidak terasa kerana

disajikan dengan pemandangan lautnya yang indah. Pengarah program, Muhammad

Zulhilmi Syazwan mengakui bahawa aktiviti yang menyentuh aspek intelektual dan

fizikal ini menyuntik tindakan kami dalam berhadapan dengan pelajar yang aktif seiring

bijak dalam mengawal suasana. Tambahnya lagi, keseronokkan yang terzahir pada

wajah mereka akan kehadiran kami menunjukkan bahawa golongan ini harus terus

diberi perhatian.

Perbincangan dan perkongsian dua hala secara ilimah adalah matlamat lain

program ini. Justeru, pembelajaran asas braille secara teori dan praktikal telah

dilaksanakan bersama warga Islamic University of Maldives dan Maldives National

University. Sesi perkongsian yang berjalan sekitar 2 jam ini diakhiri dengan

persembahan Bahasa Isyarat Malaysia(BIM) daripada wakil pelajar USIM. Selain itu,

perkenalan tentang Malaysia Sehati Sejiwa melalui pakaian dan makanan tradisional

berjaya menambat keterujaan warga universiti untuk mencuba dan merasa sendiri

pakaian dan makanan yang disediakan. Encik Syed Ahmad Tarmizi selaku pensyarah

pengiring pada ucapannya di majlis penutup berbesar hati menjemput pihak universiti ke

USIM agar hubungan ilmiah 2 benua ini tidak terhenti di situ sahaja bahkan diteruskan

lagi ke delegasi seterusnya.

Kunjungan ke Ministry of Islamic Affairs yang berdiri teguh bersama Masjid

Sultan Muhammad Thakurufaanu Al-Auzam memberi peluang kepada kami untuk

Page 3: Laporan Pengembaraan USIM GISO 2017: Travelog Ghuraba’hep.usim.edu.my/wp-content/uploads/2019/02/LAPORAN-GISO-MALDIVES-2017.… · mahasiswa bersama masyarakat di peringkat antarabangsa

mengetahui sejarah kedatangan Islam lebih 800 tahun dahulu. Difahamkan, raja

pertama ketika itu mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam diikuti oleh

rakyatnya selepas terkesan dengan seorang ulama’ iaitu Abu Barakath Yoosuf

AlBarbari, yang telah membebaskan kepercayaan tahyul masyarakat setempat ketika

itu. Demi memelihara tindakan raja yang murni ini, kerajaan kini komited dalam

memantau masjid-masjid di seluruh Maldives, tidak terkecuali juga di pulau-pulau yang

terletak jauh dari Bandar Malé. Pengurusan sistem zakat, haji dan umrah, masjid, imam,

khatib dan sebagainya juga di bawah kelolaan kerajaan sehingga memerlukan kepada

lebih 200 pegawai. Malah, Islamic University of Maldives yang merupakan universiti di

bawah kerajaan juga menyediakan pengkhususan dalam hafazan quran yang telah

melahirkan ramai graduan Al-Hafiz.

Menghayati Hadith Nabi SAW “sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-

quran dan mengajarkannya”, kerajaan Maldives menubuhkan Markaz Al-Quran pada

tahun 2000 bagi menghimpunkan penduduk yang berkeinginan untuk belajar dan

mendalami Al-Quran. Mempunyai lebih 22 cawangan di sekitar Maldives, pengusaha

Markaz Al-Quran ini berhasrat untuk melahirkan Al-Hafiz dalam tempoh 1 tahun

pengajian pada masa akan datang. Kami berkesempatan mendengar bacaan Al-Quran

daripada salah seorang penuntut dan memperdengarkan bacaan salah seorang dari

kumpulan kami. Sebahagian daripada kami juga sempat berkunjung ke Institute of Holy

Quran yang merupakan institusi di bawah badan bukan kerajaan. Ini menunujukkan

bahawa Islam di negara kepulauan ini masih utuh seiring kemajuan yang dicipta.

. Saudara Arushad Asyraf yang menemani sepanjang kembara ilmiah ini dan

juga merupakan wakil kesatuan pelajar Maldives National University mengharapkan

agar jalinan mahabbah yang terbina selama lapan hari ini tidak terhenti begitu sahaja.

Beliau berbesar hati agar ada lagi generasi seterusnya dari USIM pada masa akan

datang. Sebelum meninggalkan bandar kepulauan ini, kami sempat berkongsi cara-cara

membuat layang-layang dan mengajar asas perbualan seharian dalam Bahasa Arab

kepada penduduk dengan memberi penanda buku dan ‘button badge’ sebagai tanda

kenang-kenangan.

Sehubungan dengan itu, kumpulan travelog kecil ini dan semua yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung berharap agar segala usaha yang dicurahkan

diterima masyarakat secara positif. Gerak kerja proaktif seperti ini diimpikan agar

diteruskan sehingga ke delegasi terkemudian oleh mahasiswa USIM. Moga usaha dan

niat murni ini ada nilainya dimata manusia dan disisi Allah hendaknya.

Page 4: Laporan Pengembaraan USIM GISO 2017: Travelog Ghuraba’hep.usim.edu.my/wp-content/uploads/2019/02/LAPORAN-GISO-MALDIVES-2017.… · mahasiswa bersama masyarakat di peringkat antarabangsa

2.0 Laporan Kewangan Program:

2.1.Laporan Pendapatan 2.2 Laporan Perbelanjaan 2.3 Laporan Aktiviti Penjanaan dan Keusahawanan

2.1 Pendapatan

Bil Perkara Jumlah (RM)

1 Peruntukan dari HEP RM 4,000.00

2 Yuran Antarabangsa RM 450.00 x 25 RM 11,250.00

3 Kutipan daripada peserta RM 1,000.00 x 27 RM 27,000.00

4 Sumbangan RM 25,328.40

5 Penajaan RM 4,128.50 JUMLAH BESAR RM 71,706.90

2.2 Perbelanjaan

Bil Perkara Jangkaan

Perbelanjaan

Jumlah (RM)

Tiket Penerbangan RM 975 x 28 RM 27,300.00

Pengangkutan RM 70 x 28 RM 1,960.00

Penginapan RM 974 x 28 RM 27,272.00

Makanan RM 257 x 28 RM 7,196.00

Insurans Takaful RM 290.00

Aktiviti RM 419.00

Cenderahati RM 395.50

Banner RM 36.00

Kontigensi RM 1,624.00

Lebihan RM 5,214.40 JUMLAH BESAR RM 71,706.90

2.3 Aktiviti Penjanaan dan Keusahawanan

Bil Perkara Keuntungan

1 Kem Smart Solat Kafa Integrasi Ar-Raihan, Sepang RM 946.00

2 Kem Kepimpinan Pelajar SRA Klanang, Banting RM 659.20

3 Kem Kepimpinan Pelajar SK Sri Lanang, Banting RM 521.35

4 Kem SRA Sg. Kantan, Kajang RM 350.00

5. Kursus Pengurusan Jenazah Taman Desa Vista, Sepang RM 630.00

6. Diskusi Ilmiah : Hedonisme Racun Generasi Islam RM 137.50

7. Diskusi Isu Semasa : Membongkar Jarum Femenisme Barat RM 38.05

8. Wacana Ilmu : قالوا بلى شهدنا Dimanakah Janji Kita? RM 94.00

9. Jualan Baju RM 127.00

10. Jualan Niaga RM 625.40 HASIL PENJANAAN RM 4,128.50

Page 5: Laporan Pengembaraan USIM GISO 2017: Travelog Ghuraba’hep.usim.edu.my/wp-content/uploads/2019/02/LAPORAN-GISO-MALDIVES-2017.… · mahasiswa bersama masyarakat di peringkat antarabangsa

3.0 Rakaman Softcopy Foto:

(Hanya foto aktiviti beserta ‘’caption’’ yang diperlukan)

(Sila Lekatkan CD atau DVD Disc di sini)

Page 6: Laporan Pengembaraan USIM GISO 2017: Travelog Ghuraba’hep.usim.edu.my/wp-content/uploads/2019/02/LAPORAN-GISO-MALDIVES-2017.… · mahasiswa bersama masyarakat di peringkat antarabangsa

4.0 Rakaman Softcopy Video:

(Hanya Video aktiviti diperlukan)

(Sila Lekatkan CD atau DVD Disc di sini)

Page 7: Laporan Pengembaraan USIM GISO 2017: Travelog Ghuraba’hep.usim.edu.my/wp-content/uploads/2019/02/LAPORAN-GISO-MALDIVES-2017.… · mahasiswa bersama masyarakat di peringkat antarabangsa

5.0 Ringkasan Aktiviti:.

Program

Berunsur

Akademik

Bil

Tarikh &

Tempoh

(jam)

Tempat

Jenis Program

(Libatsama

Masyarakat,

Khidmat

Masyarakat dan

Kelestarian Alam)

Tajuk Program

1.

5 September

2017

(1 jam 30

minit)

8.00-9.30

pagi

Islamic University of

Maldives, Malé

Libatsama

Masyarakat

Dialog ‘Give

and Take’

2.

5 September

2017

(2 jam)

9.30-11.30

pagi

Islamic University of

Maldives, Malé

Libatsama

Masyarakat

Perkongsian

asas teori dan

praktikal Braille

& persembahan

Bahasa Isyarat

Malaysia(BIM)

3.

5 September

2017

(1 jam)

11.30-12.30

tengahari

Islamic University of

Maldives, Malé

Libatsama

Masyarakat

Jaulah Ilmiah di

sekitar Islamic

University of

Maldives

4.

5 September

2017

(1 jam)

12.30-1.30

petang

Ministry of Islamic Affairs

Maldives

Libatsama

Masyarakat

Jaulah

Mahabbah

5.

7 September

2017

(1 jam 30

minit)

8.00-9.30

pagi

Markaz Al-Quran, Malé Libatsama

Masyarakat

Jaulah

Mahabbah

6.

7 September

2017

(1 jam)

9.30-10.00

pagi

Institute of Holy Quran, Malé

Libatsama

Masyarakat

Jaulah

Mahabbah

Page 8: Laporan Pengembaraan USIM GISO 2017: Travelog Ghuraba’hep.usim.edu.my/wp-content/uploads/2019/02/LAPORAN-GISO-MALDIVES-2017.… · mahasiswa bersama masyarakat di peringkat antarabangsa

7.

7 September

2017

(1 jam 30

minit)

10.00-11.30

pagi

Maldives National

University, Malé

Libatsama

Masyarakat

Dialog ‘Give

and Take’

8.

7 September

2017

(1 jam 30

minit)

11.30-1.00

petang

Maldives National

University, Malé

Libatsama

Masyarakat

Perkongsian

asas teori dan

praktikal Braille

& persembahan

Bahasa Isyarat

Malaysia(BIM)

9.

7 September

2017

(1 jam 30

minit)

1.00-2.30

petang

Maldives National

University, Malé

Libatsama

Masyarakat

Malay Culture

Carnival &

Jaulah Ilmiah

Program

Berunsur

Libatsama

Komuniti

Bil

Tarikh &

Tempoh

(jam)

Tempat

Jenis Program

(Libatsama

Masyarakat,

Khidmat

Masyarakat dan

Kelestarian Alam)

Tajuk Program

1.

3 September

2017

(3 jam 30

minit)

8.30-12.00

tengahari

Darr Zaid Al-Khair

Lilaitam, Hulhumalé

Libatsama

Masyarakat Child To Care

2.

6 September

2017

(3 jam 30

minit)

8.30-12.00

tengahari

Kudakudhinge Hiya,

Villingili

Libatsama

Masyarakat Smile To Share

3.

8 September

2017

(1 jam 30

Sekitar Pulau Maafushi Libatsama

Masyarakat

Malaysian

Sports

Page 9: Laporan Pengembaraan USIM GISO 2017: Travelog Ghuraba’hep.usim.edu.my/wp-content/uploads/2019/02/LAPORAN-GISO-MALDIVES-2017.… · mahasiswa bersama masyarakat di peringkat antarabangsa

minit)

8.00-9.30

pagi

4.

8 September

2017

(1 jam)

2.00-3.00

petang

Sekitar Pulau Maafushi

Khidmat

Masyarakat dan

Kelestarian Alam

Keep Clean

5.

9 September

2017

(2 jam)

8.00-10.00

pagi

Sekitar Bandar Malé

Libatsama

Masyarakat dan

Kelestarian Alam

I Believe I Can

Fly

6.

9 September

2017

(1 jam 30

minit)

10.00-11.30

pagi

Sekitar Bandar Malé Libatsama

Masyarakat Lughatul Jannah

Page 10: Laporan Pengembaraan USIM GISO 2017: Travelog Ghuraba’hep.usim.edu.my/wp-content/uploads/2019/02/LAPORAN-GISO-MALDIVES-2017.… · mahasiswa bersama masyarakat di peringkat antarabangsa

6.0 Senarai Nama Pelajar

BIL NAMA JAWATAN NO MATRIK NO TEL

1 MUHAMMAD ZULHILMI SYAZWAN BIN MOHAMED

NAZRI PENGARAH 1141144 011-12453842

2 NOOR HIDAYAH PUTRI BT MUHAMMAD SHARONI TIMBALAN PENGARAH 1141141 019-2456587

3 NURIZZAH ZAFIRAH BT MOHAMMAD NASSARUDDIN SETIAUSAHA 1141143 019-2985798

4 NOR NADZIRAH BT ABDUL HANIF@HARUN BENDAHARI I 1141139 019-4887636

5 NURUL FARAH AFIQAH BT MAS FADILAH BENDAHARI II 1141136 019-3013529

6 WAN MUHAMMAD FADHLI BIN WAN IBRAHIM UNIT PENGISIAN DAN

PROTOKOL 1141124 017-3996553

7 NURUL ‘ASYIQIN BT AMINUL RASHID UNIT PENGISIAN DAN

PROTOKOL 1141119 013-3001435

8 NURUL MUNAWARAH NABILA BT ISMAIL UNIT PENGISIAN DAN

PROTOKOL 1141131 014-2938465

9 IZYAN BT AHMAD FUAD UNIT PENGISIAN DAN

PROTOKOL 1142800 013-4662996

10 MUHAMMAD SHAHRUL AKMAL BIN SHAMSUDDIN UNIT PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

1141135 019-3421610

11 MUHAMMAD KHAIRI AZIZI BIN ROSLAN UNIT PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

1142868 017- 3590262

12 FATIN NURFATINI ATHIRA BT AMIR UNIT PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

1141117 017-4804438

13 NUR SABRINA BT MOHD ATAA VIJEYAN UNIT PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

1141121 012-3915503

14 MUHAMMAD NUR FATHI BIN MOHD@MOHAMAD UNIT PENGINAPAN DAN

MAKANAN 1141133 019-9790400

Page 11: Laporan Pengembaraan USIM GISO 2017: Travelog Ghuraba’hep.usim.edu.my/wp-content/uploads/2019/02/LAPORAN-GISO-MALDIVES-2017.… · mahasiswa bersama masyarakat di peringkat antarabangsa

15 NUR MUNIRAH BUSYRA BT TAKIUUDDIN UNIT PENGINAPAN DAN

MAKANAN 1141122 019-4408932

16 NOR FAIZATUL ATIRAH BT FADZIL ZABIDEE UNIT PENGINAPAN DAN

MAKANAN 1141653 014-8484207

17 NURALIA MUNIRAH HAFIZAH BT MOHAMED UNIT PENGINAPAN DAN

MAKANAN 1142872 017-2194129

18 MOHAMMAD FAQIRRUL BIN MOHD ZAILAN UNIT DANA DAN TAJAAN 1142869 012- 6504038

19 SITI NUR AIN BT MOHD TILAL FITRI UNIT DANA DAN TAJAAN 1141125 013-6960263

20 NUR SHAZEERA ELIA BT MOHAMAD RAMZI UNIT DANA DAN TAJAAN 1141137 017-4584239

21 NUR SALSABILA BT MOHAMMAD SALEH UNIT DANA DAN TAJAAN 1142871 013-5270684

22 MUHAMMAD NOR AIDIL BIN AHMAD RADZI UNIT KEBAJIKAN DAN

KESELAMATAN 1141116 013-3751984

23 FATIN NADHIRAH BT MUHAMAD MUFASIR UNIT KEBAJIKAN DAN

KESELAMATAN 1141134 011-23098527

24 MUHAMAD RIDAUDDIN AMIN BIN MUHAMAD NORDIN UNIT PUBLISITI DAN

TEKNIKAL 1141142 011-32416472

25 RABI’ATUN ADAWIYAH BT MASKETAR UNIT PUBLISITI DAN

TEKNIKAL 1142870 011-39203103

26 RAJA NUR SYAFIQA BT RAJA OTHMAN UNIT CENDERAHATI 1141118 011-19971410

27 NURFAIHA HANIN BT MUHAMED REZILAN UNIT CENDERAHATI 1141132 014-5174830

Page 12: Laporan Pengembaraan USIM GISO 2017: Travelog Ghuraba’hep.usim.edu.my/wp-content/uploads/2019/02/LAPORAN-GISO-MALDIVES-2017.… · mahasiswa bersama masyarakat di peringkat antarabangsa

Disediakan oleh,

(NURIZZAH ZAFIRAH BT MOHAMMAD NASSARUDDIN)

Setiausaha

GISO 2017: Travelog Ghuraba’ D-Male, Maldives

No. Tel : 019-2985798

Emel : [email protected] Tarikh : 15 September 2017

Disemak oleh,

(ENCIK SYED AHMAD TARMIZI BIN SYED OMAR)

Pegawai Pengiring

GISO 2017: Travelog Ghuraba’ D-Male, Maldives

No. Tel : 019-2191690

Emel : [email protected]

Tarikh : 15 September 2017

Disahkan oleh,

(DR. ROBIATUL ADAWIYAH BINTI MOHD@AMAT)

Timbalan Dekan (Pembangunan Pelajar & Pengurusan Prestasi)

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS)

Universiti Sains Islam Malaysia

Page 13: Laporan Pengembaraan USIM GISO 2017: Travelog Ghuraba’hep.usim.edu.my/wp-content/uploads/2019/02/LAPORAN-GISO-MALDIVES-2017.… · mahasiswa bersama masyarakat di peringkat antarabangsa

Lampiran

1) Resit Tiket Kapal Terbang

2) Resit Makanan

Page 14: Laporan Pengembaraan USIM GISO 2017: Travelog Ghuraba’hep.usim.edu.my/wp-content/uploads/2019/02/LAPORAN-GISO-MALDIVES-2017.… · mahasiswa bersama masyarakat di peringkat antarabangsa

3) Resit Keperluan Aktiviti