tugasan seni

Upload: jiljungjug

Post on 06-Jan-2016

216 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

b

TRANSCRIPT

TUGASAN A PENGHASILAN PRODUK

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANBAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Mata Pelajaran: Bahasa MalaysiaTarikh: 8 April 2015Hari: RabuKelas: 1 MerahMasa: 9.00 10.00 Pagi ( 30 minit )FokusUtamaa) Standard Kandungan : 1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.b) Standard Pembelajaran : 1.2.3 Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata tertutup dengan betul dan tepat.

Fokus Sampingana) Standard Kandungan : 2.1 Asas membaca dengan sebutan yang betul. b) Standard Pembelajaran : 2.1.3 Mengeja dan membatangkan suku kata tertutup dengan sebutan yang betul.

Hasil Pembelajaran: Pada akhir PDP, murid dapat;1. Membezakan bunyi-bunyi haiwan.2. Mengeja suku kata tertutup dengan betul.3. Membaca perkataan dengan sebutan yang betul.Bahan Bantu Mengajar: komputer riba,LCD,video ,audio, gambar binatang,kad gambar dan perkataan,lembaran kerja

Nilai: bekerjasama , hormat-menghormati,tolong- Menolong, berkeyakinan

Fasa Pengajaran /MasaIsi KandunganAktivitiBBM/Catatan

Set Induksi(5 minit)Klip video(bunyi haiwan)1. Murid ditayangkan dengan klip video mengenai nyanyian lagu bunyi haiwan.2. Guru tanyakan beberapa soalan tentang klip video yang ditayangkan.3. Guru mengaitkan video dengan tajuk pengajaran dan pembelajaran.

BBM :Video

KBKK:

KBT: pengetahuan sedia ada,Nilai: keyakinan diri

Langkah 1(15 minit)

Nama-nama haiwan peliharaana) Ayamb) Lembuc) Burungd) Kambinge) Monyet1. Murid murid ditayangkan slide yang mengandungi bunyi- bunyi haiwan.2. Murid murid meneka bunyi haiwan dan tampal gambar mengikut audio yang didengar. 3. Murid-murid diminta berlakon sambil mengajuk bunyi-bunyi haiwan yang berkenaan.BBM :Gambar haiwanABM : AudioKBKK:

KBT: kecerdasan pelbagaiNilai:berkeyakinan,kerjasama

Langkah 2Mengeja nama-nama haiwan peliharaan a) Ayamb) Lembuc) Burungd) Kambinge) Monyet

1. Guru meminta murid-murid untuk mengeja perkataan bagi nama-nama haiwan yang dipelajari.2. Guru mengedarkan kad puzzle haiwan yang mengandungi perkataan.3. Murid-murid diarahakn mencantumkan kad puzzle tersebut dalam kumpulan.4. Murid-murid mengeja perkataan tersebut.BBM : Kad perkataan ,kad gambarKBKK:

KBT: Kemahiran berfikirNilai:kerjasama

Langkah 3Mengeja dan membatangkan perkataan suku kata tertutup bagi nama-nama haiwan1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.2. Murid dikehendaki mengeja dan membatangkan suku kata tertutup dengan betul.

BBM : Lembaran kerja

KBKK: KBT:kemahiran belajar

PenutupRumusan1. Guru membimbing murid untuk membuat rumusan terhadap pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.Guru mengedarkan latihan kepada murid-murid sebagai kerja rumah.

Nilai :Kerjasama ,keyakinan diri,bersopan santun