maklumat tugasan seni

Upload: cikgu-lanz

Post on 16-Jul-2015

168 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ALAM MELAYU Sejarah Kesenian Alam Melayu Sejarah telah membuktikan pengislaman masyarakat di dalam alam Melayu ini melalui catatan-catatan sejarah yang telah dikatakan berlaku sekitar kurun permulaan hijrah lagi. Buktinya ialah, terdapat satu batu nisan diukir dengan huruf-huruf arab yang bertarikh tahun Masihi 1082 hingga 1102 telah dijumpai di Gerisik Jawa. Namun begitu, perselisihan berlaku untuk menentukan dari mana asal kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu ini. Kebanyakkan ahli sejarah menetapkan kedatangan Islam dari Perlabuhan Cambay daerah Gujerat berdasarkan batu-batu nisan yang mula-mula ditemui. Batu nisan yang terdapat di perkuburan Sultan Malikus Salleh ( 1297M ) di Pasai, batu nisan Waliullah, Abdullah bin Muhammad (1407M) adalah hasil pertukangan tangan orang Islam di Gujerat(Dasuki Ahmad.1982). Manakala dakwaan sesetengah pendapat lain mengatakan agama Islam ini datang dari negeri China yang terus ke Terengganu berdasarkan sebuah batu bersurat bertulis yang membuktikan bahawa sekumpulan orang Islam telah mendiami Terengganu sekitar tahun 702H/1303M, Tempat tersebut ialah di Kuala Berang lebih kurang dua puluh batu ke Hulu Sungai Terengganu. Buktinya masih dapat dilihat di Muzium Negara Kuala Lumpur, iaitu Batu Bersurat Terengganu, batu yang tertulis dalam bahasa Melayu jawi. Dalam tulisan itu antara lain terdapat susunan peraturan tentang undang-undang kekeluargaan dan hukuman terhadap perzinaan. Namun pendapat ini tidak dapat diterima oleh para sejarawan berdasarkan beberapa sebab antaranya Terengganu bukanlah tempat yang menjadi tumpuan para pedagang China untuk menjalankan perniagaan di Tanah Melayu. Selain itu,juga ditemui batu bersurat Islam yang dijumpai di daerah Sungai Ujong Negeri Sembilan iaitu batu nisan yang ganjil di Pengkalan Kempas, Sungai Linggi. Batu nisan ini menunjukkan kubur seorang yang bernama Ahmad telah meninggal dunia pada tahun 1467M . Selain itu, terdapat juga ukiran yang tertulis di wang dinar milik seorang syeikh dari Patani yang datang berdakwah ke negeri Kelantan. Pada wang tersebut telah tertulis angka arab 577 yang mungkin bermaksud 557H telah dijumpai di sana. Manakala terdapat juga ukiran di batu nisan sultan Pahang yang pertama bernama

Sultan Muhammad yang telah meninggal pada tahun 1475M. Batu nisan tersebut dapat dilihat di Makam Langgar dan batu inilah batu bertulis yang terawal di temui di Pahang(Dasuki Ahmad.1982). Ukiran Kayu Melayu Tradisional Seni ukiran tidak dapat dipisahkan daripada seni rupa kerana satu bentuk seni dalam bidang yang sama. Bidang ini juga tidak dapat dipisahkan daripada kebudayaan Melayu yang berterusan sepanjang zaman.Pada masa lampau, titik permulaan dari peralihan zaman prasejarah ke era zaman sejarah terdapat satu zaman yang penuh dengan cabaran bagi orang Melayu, iaitu zaman yang digelar zaman kebudayaan batu hidupatau megalitik. Pada ketika itu, manusia telah mendirikan tugu-tugu batu yang mempunyai nilai spiritual yang berhubung dengan kepercayaan yang berbentuk anamisme dan pemujaan leluhur yang mereka anuti ketika waktu tersebut. (Abdul Halim Nasir 1986). Bertempat di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan yang terletak kira-kira 30km ke tenggara bandar Seremban terdapat tugu-tugu 22 batu megalitik yang berbagai-bagai bentuk seperti pedang, dayung, sudu, kura- kura dan lain-lain lagi. Batu yang berbentuk pedang itu terdapat ukiran-ukiran yang dipahat timbul menggambarkan haiwan yang menyerupai ular atau naga. Pada batu megalitik yang disebut Batu Kemudi terukir bentuk beberapa ekor haiwan yang menyerupai anak rusa atau kijang(Abdul Halim Nasir 1986). Contoh-contoh yang terukir pada batu megalitik di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas itu membuktikan bahawa nenek moyang orang-orang Melayu pada zaman sebelum tercipta tulisan merupakan pencipta ukiran yang mempunyai kebolehan dan menghayati seni ukiran(Abdul Halim Nasir 1986). Persejarahan mengenai seni rupa yang menjadi induk kepada lain-lain bentuk seni akan mengingatkan kita kepada beberapa peninggalan sejarah purba di Gua Tambun, Ipoh Perak. Pada salah sebuah batu kukup ( rock shelter ) yang condong ke arah luar itu masih terdapat lakaran-lakaran lukisan yang merupakan hasil karya manusia di zaman kuno. Tidak dapat dibuktikn sama ada itu adalah keturunan kita atau tidak, namun demikian lakaran itu membuktikan kepada generasi masa kini yang mereka juga sudah berminat terhadap bidang seni dan peneroka bidang terebut lebih awal daripada yang kita sangkakan. Peninggalan warisan yang sedemikian itu

merupakan karya seni yang tidak ternilai dan menjadi khazanah yang terpenting(Abdul Halim Nasir 986). Melalui artifak-artifak sama ada yang ditemui secara tidak sengaja atau secara penggalian oleh ahli-ahli arkeologi di tempat-tempat tertentu seperti di muka-muka gua, tanah-tanah lapang, di pinggir sungai, kita dapat melihat hasil kemahiran mereka dalam mencipta seni ukiran bagi menghiasi alat-alat keperluan seperti tembikar-tembikar yang dibuat daripada tanah untuk keperluan memasak atau alat-alat yang digunakan dalam amalan-amalan yang bersifat rohaniah(Abdul Halim Nasir 1986).

Seni Bina Alam Melayu

1. Seni bina Melayu dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti cara hidup alam sekitar, iklim dan faktor ekonomi. Faktor persekitaran yang kaya dengan hutan hujan tropika membekalkan jenis-jenis kayu keras untuk bahan binaan. 2. Iklim panas dan lembab mempengaruhi reka bentuk rumah yang dibina. Contohnya rumah dibina tinggi untuk menggalakkan pengudaraan. Cara hidup dan adat resam , nilai, anutan agama mempengaruhi seni bina terutama dari segi konsep ruang dan bilangan ruang dalam rumah. 3. Kegunaan ruang rumah juga mempunyai kaitan dengan kegiatan ekonomi pemilik rumah sama ada sebagai petani atau nelayan. 4. Rumah berpanggung ialah jenis rumah yang mula-mula didirikan oleh orang Melayu di semenanjung. 5. Rumah berpanggung ialah bertiang, mempunyai lantai yang tinggi dari permukaan tanah serta bumbung berbentuk V terbalik yang dikenali sebagai lipat kijang. Pada pertemuan bumbung terdapat kayu keras panjang lurus yang dipanggil tulang bumbung. 6. Dalam catatan Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin , terdapat penjelasan tentang peraturan adat istiadat yang melarang orang awam mendirikan rumah beranjung dan bertingkat.

7.

Rumah limas (Johor) dipengaruhi Bugis, Banjar dan Belanda.Orang Bugis mengumpamakan rumah sebagai tubuh badan manusia, jika mempunyai tulang selangka, rumah juga terdapat jenang-jenang. Tiang rumah juga dianggap sebagai kaki yang menyokong tubuh manusia. Rumah Minangkabau (Negeri Sembilan) dipengaruhi seni bina Minangkabau. Rumah Serambi (Melaka) mempunyai cirri-ciri seni bina Bugis, Jambi Riau dan Minangkabau. Pengaruh seni bina Cina terdapat pada tangga batu yang berjubin.

8.

9.

Ragam hias seni bina Melayu 1. Dipenuhi dengan pelbagai jenis ukiran kayu. Bentuk ukiran kayu yang terdapat pada rumah tradisional ialah ukiran tebuk tembus atau ukiran pola pemidang atau pola bingkai. 2. Motif ukiran pola pemidang yang dihasilkan ialah motif itik pulang petang, semut beriringan, lebah bergantung, tampuk manggis dll. Ukiran ini menghiasi tangga, penutup bendul dll. 3. Ukiran tebuk tembus biasanya terdapat pada bahagian selasar dan sebelah atas dinding. Ukiran silat dibuat pada bahagian pintu, manakala ukiran kerawang terdapat pada cucur atap 4. Ukiran kayu berfungsi sebagai laluan pengudaran di dalam rumah.

Contoh : Rumah Melayu Tradisional

Ukiran kayu

Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya. Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayukayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita.Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Dalam bidang ini, fokus akan ditumpukan kepada seni ukiran masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat orang asli.

Sejarah Ukiran Kayu Melayu

Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung.Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu.Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman.Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran.Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istanaistana tersebut.Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.

Contoh : Ukiran Tebuk Tembus Teknik dan Gaya Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Bentuk ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang

Bentuk Bujang Bentuk ini berdiri terasing, bebas, dan tidak terikat, berkait atau bersambungsambung.Biasanya bentuk ini menampilkan motif bulan, bintang, matahari, kuntuk bunga ataupun putik buah.

Bentuk Pemidang Bentuk ini menampilkan motif yang menggambarkan pergerakan sederhana dan tidak berbelit-berbelit.Bentuk ini mempunyai bingkai atau pemidang. Ukiran-ukiran yang dibuat dalam bentuk ini diberi nama-nama yang menarik seperti itik pulang petang, badak mudik, setampuk manggis dan lain- lain.Biasanya Bentuk pemidang digunakan untuk jala-jala rumah serta benda-benda yang terdapat di dalam rumah seperti tepak sirih, almari dan dulang kayu.

Bentuk Lengkap Bentuk ini menggabungkan ciri-ciri bentuk bentuk bujang dan bentuk pemidang.Bentuk ini menitikberatkan unsur tumbuh-tumbuhan, merangkumi akar, batang, buah, dahan, daun, putik dan sulurnya. Alat Alat-alat yang digunakan untuk seni ukiran adalah seperti gergaji, ketam, tukul besi dan paling penting pahat.

MotifMotif makhluk halus, contohnya ayam, badak dan itik (ayam berlaga, badak mudik dan itik pulang petang) Motif angkasa atau kosmos yang menerapkan gambaran awan larat seperti bintang, matahari, bulan dan bukit bukau Motif Geometri menampilkan bentuk bulatan dan bentuk segitiga yang disusun berderet. Kadangkala bentuk segitiga ini dicantum dengan sulur-sulur tumbuhan. Biasanya, motif-motif ini terdapat pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepak sirih dan barang-barang tembaga. Motif seni khat atau kaligrafi, menggunakan huruf Arab, terutamanya petikan Quran dan tulisan Jawi.Motif ini banyak terdapat di ambang pintu rumah, masjid dan surau serta pada alat-alat keagamaan seperti rehal.

Fungsi Ukiran KayuSeni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumahrumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan mimbar, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alatalat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu.

Seni IslamSeni Islam membenarkan umatnya berimaginasi dan berkreativiti dalam

pemikiran mereka, perlu dijaga dan disuburkan dalam ruang dan batasan syariat. Kesenian Islam berteraskan konsep tauhid dan bertujuan untuk mempertingkatkan agama.Seni harus menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah.Kesenian Islam hendaklah memaksimumkan kesedaran tentang keesaan Allah.Tiada pemisahan antara seni dan agama. Elemen dalam kesenian Islam yang diulang-ulang berbentuk geometri.Tiada elemenelemen figura kesenian Islam berteraskan konsep tauhid dan bertujuan untuk mempertingkatkanagama.Seni harus menjurus kepada pengabdian diri kepada Tuhan.Kesenian Islam hendaklah memaksimumkan kesedaran tentang keesaan Allah.Tiada pemisahan antara seni dan agama.

Perkaitan antara Islam, seni dan estetika adalah erat dan rapat sekali.Sifat dinamik ajaran Islam membolehkan penganut-penganutnya menghayati keindahan dalam pelbagai bidang; tidak tertumpu hanya dalam bidang seni sahaja.Dalam mendiskusikan tajuk ini perlu didefinisikan apakah Islam, seni dan estetika secara berasingan sebelum boleh dilihat perkaitan yang berfaedah dan yang tidak berfaedah. Ini penting dari kita menolak secara melulu menurut dogma semata-mata, bertaklid buta atau menerima tanpa diskusi mendalam. Secara amnya, Islam adalah agama yang diwahyukan Allah s.w.t semenjak Nabi Adam a.s sehingga ke nabi dan Rasul terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. Islam dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bermaksud beriman kepada Allah s.w.t., mengimani para Nabi dan Rasul, para Malaikat, hari akhirat, qadha dan qadar dan kitab-kitab yang diwahyukan Allah s.w.t. Manusia diberi amanah melalui Islam bahawa mereka dan para jin dijadikan semata-mata untuk menyembah Allah s.w.t. Islam juga adalah penyerahan secara mutlak melalui hati, pengucapan lisan dan tingkah laku melalui refleksi amalan dan ibadat.Seni pula punya pelbagai definisi dan tafsiran.Namun secara umumnya seni boleh didefinisi sebagai satu manifestasi dan pancaran rasa keindahan, pemikiran, kesenangan dan perasaan yang lahir daripada

seniman atau pengkarya.Kebanyakkan takrif seni lebih menekan dan menjurus mengenai keinginan manusia untuk menghasilkan sesuatu aktiviti.Estetik membawa maksud kepekaan.Estetik ialah kajian tentang keindahan (science of beauty) iaitu penghujahan tentang persepsi atau pengamatan tentang bidang seni.Justeru dapat dilihat perkaitan erat antara Islam sebagai petunjuk dan wahyu dengan seni yang memaparkan rasa keindahan dan estetik yang menghuraikan rasa keindahan tersebut.

Ini amat bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w bahawa "Allah itu indah dan sukakan keindahan." Namun apa yang penting ialah apakah tugas seseorang pengkarya Islam? Bagaimanakah seseorang pengkarya Islam dapat mengaitkan rasa kesenian dan estetik keindahan dengan cara hidup Islam? Persoalan ini teramat penting kerana sebagai individu Islam, selain dari menunaikan kewajipan dan suruhan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w, umat Islam turut bertanggungjawab memaparkan rasa keindahan tersebut agar kehidupan di dunia ini dapat dilestarikan sehingga ke akhirat.Rasa keindahan itu juga seharusnya selari dengan tuntutan dan perintah syariat dengan menunaikan segala kewajipan dan meninggalkan segala laranganNya. Umat Islam juga diperintahkan agar menunjukkan segala perbuatan dan amar makruf yang baik dan terpuji selari dengan ajaran Al-Quran.Ini dapat melahirkan penseni Islam yang bertanggungjawab terhadap karya-karya mereka dan tidak terbawabawa oleh arus teori-teori Barat tanpa menyaring dan mengkajinya.Bagaimana yang dikatakan bertanggungjawab terhadap karya-karya mereka?Apakah penseni Islam yang memaparkan kebobrokan dan kejelikan sikap dan nilai hidup dapat

dipertanggungjawabkan? Apakah nilai yang akan dibawa oleh penghayat yang menghayati karya-karya sebegitu? Apakah karya-karya mereka akan menambah nilai positif, murni dan baik dalam kehidupan bermasyarakat atau semakin menambahparah lagi keadaan sosial dan akhlak masyarakat? Inilah persoalan yang seharusnya difikir terlebih dahulu oleh penseni Islam sebelum mereka melahirkan sesebuah karya agar selari dengan tuntutan Islam. Pengkarya Islam seharusnya menjadi pemangkin terhadap segala persoalan hidup bermasyarakat dan bersosial agar selari dengan tuntutan murni Islam dan bukan membelakanginya apatah lagi mencemuh. Justeru dapat mengaplikasikan tanggungjawab sebenar Muslim iaitu

menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar dalam konteks kepatuhan penuh kepada Allah s.w.t. mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Wallahu'alam. Zaman Keemasan kesenian Islam berlangsung dari tahun 750 hingga abad ke16, apabila seni tembikar, kaca, seni logam, tekstil, manuskrip berhias dan pertukangan kayu berkembang maju. Sepuh berkilat merupakan sumbangan Islam yang terunggul kepada seni tembikar. Manuskrip berhias menjadi suatu seni yang penting dan amat dihormati, dan lukisan potret kenit berkembang maju di Parsi. Seni khat,salah satu aspek tulisan Arab yang penting, berkembang dalam manuskrip dan perhiasan seni bina.

Peranan Kesenian Islam Seseorang seniman perlu memahami ajaran Islam yang hendak disampaikan melalui seni sama ada seni lukisan, muzik, seni bina, seni pentas. Kesenian Islam perlu mempunyai mesej yang jelas.Kesenian boleh mendidik manusia supaya menjadi insan yang baik dan hampir kepada Allah.Para seniman mempunyai tanggungjawap sosial dalam konteks syariah Islamiah.

Bidang Kesenian Islam1. Kaligrafi

Bermaksud tulisan yang indah.Kaligrafimempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian.Seni khat mempunyai kaitan rapat dengan jiwa Islam, memandangkan penulisannya menggunakan huruf-huruf al-Quran.Antara ciri-ciri kaligrafi ialah

menekankan tentang perlunya keseimbangan pola negatif dengan pola positif

Jenis-jenis kaligrafi Islam: (a) Khat Rayhani : Menyerupai khat thuluth, huruf lebih lebar dan panjang dan mempunyai tandatanda shakl.

(b)

Khat Nasakh : Diperindah oleh Ibn Muqlah. Beliau menentukan panjang, pendek dan jarak huruf serta gaya dan irama dgn rapi. Banyak digunakan dalam menulis bukubuku akademik terutama Al Quran, hadis, tafsir.

(c)

Khat Farsi : Mula dikembangkan oleh ahli-ahli khat Parsi. Banyak digunakan utk penulisan buku2 kesusasteraan, nama dan tajuk karangan majalah & surat khabar.

(d)

Khat Riq'ah : Tulisan arab yang dapat ditulis dengan cepat & sesuai dengan gerakan tangan.

(e)

Khat Diwani : Catatan atau antologi karangan.inspirasi dari model khat lain. Hanya digunan untuk hiasan sahaja.

Contoh: Kaligrafi Khat Diwani

2. (a)

Arabesque Penekanan terhadap pergerakan dan pengulangan serta kesinambungan objekobjek

(b) (c)

Menolak bentuk-bentuk konkrit yang melambangkan ketuhanan Objek manusia tidak menjadikan subjek kerana insan Kamil tidak menampilkan dirinya kepada tuhan secara tampak

Contoh: Corak Arabesque

2. (a) (b)

SENI BINA ISLAM (MASJID) Struktur masjid terdiri dari menara, mihrab dan mimbar masjid. Menara menara digunakan sebagai ruang untuk muazim atau bilal melaungkan azan .

(c)

Pembinaan menara yang tinggi membolehkan laungan azan kedengaran dan tersebar luas dalam radius atau lingkungan yang jauh.

(d)

Mihrab anjung masjid yang menganjur kea rah kiblat. Ia merupakan satu ruang paling hadapan dalam dewan sembahyang.

(e) (f)

Mihrab ialah tempat imam memimpin sembahyang. Mimbar pentas atau panggung di dalam masjid untuk berkhutbah . Umumnya mimbar merupakan tempat untuk menyampaikan maklumat atau mesej yang bermakna kepada pendengar seperti berpidato, berbahas dll.

(g)

Mimbar dibina tinggi untuk membolehkan para pendengar melihat dengan jelas individu yang menyampaikan ucapan.

Masjid Putrajaya, Putrajaya

Prinsip Seni Islam

(a) (b) (c)

Al Tawhid (Devine Unity) Ruang Kosong (Void) Anikonism

Al Tawhid (a) (b) Tiada yang kekal melainkan Allah Hakikat bahawa Allah tidak mungkin dapat ditanggap melalui daya fikir dan daya lihat manusia, adalah realiti sebenar (c) (d) Tiada yang kekal melainkan Allah Hakikat bahawa Allah tidak mungkin dapat ditanggap melalui daya fikir dan daya lihat manusia, adalah realiti sebenar

Ruang kosong (a) (b) (c) (d) Bayangan palsu objek Kewujudan objek-objek Simbol positif Simbol mutlak - Bentuk, warna, rupa dan lain-lainasas seni reka sebagai manifestasikuasa Allah

Anikonism (a) (b) Menjauhkan lambang / simbol perantaraan antara manusia dengan tuhan Menghalang terjemahan sifat wujudnya Allah