kertas kerja sepak takraw2013 tugasan 2 qgj3053

23
KERTAS KERJA SEPAK TAKRAW SEKOLAH RENDAH DAERAH KERIAN TAHUN 2013 1.0 PENDAHULUAN Pertandingan sepak takraw adalah disertai oleh murid sekolah berumur 10 dan 12 tahun. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat Standard Ko-Kurikulum untuk melahirkan murid yang sempurna dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek ( JERI ). 2.0 MATLAMAT Membolehkan murid-murid menguasai kemahiran sepak takraw dengan menghargai cara hidup sihat dan membina ketrampilan diri yang positif. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai 3.2 Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan. 3.3 Membina insan yang aktif, kreatif dan inovatif. 3.4 Meningkatkan disiplin dalam diri murid. 4.0 KUMPULAN SASARAN 4.1 5 Kelompok Daerah yang terdapat dalam PPD Kerian. 4.2 12 orang murid lelaki dari setiap kelompok yang bertanding di peringkat Daerah Kerian. 5.0 PERLAWANAN 1

Upload: mirul-kimi

Post on 30-Dec-2014

196 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Sepak Takraw2013 Tugasan 2 Qgj3053

KERTAS KERJA SEPAK TAKRAW

SEKOLAH RENDAH DAERAH KERIAN

TAHUN 2013

1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan sepak takraw adalah disertai oleh murid sekolah berumur 10 dan 12 tahun. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat Standard Ko-Kurikulum untuk melahirkan murid yang sempurna dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek ( JERI ).

2.0 MATLAMAT

Membolehkan murid-murid menguasai kemahiran sepak takraw dengan menghargai cara hidup sihat dan membina ketrampilan diri yang positif.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai3.2 Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan.3.3 Membina insan yang aktif, kreatif dan inovatif.3.4 Meningkatkan disiplin dalam diri murid.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 5 Kelompok Daerah yang terdapat dalam PPD Kerian.4.2 12 orang murid lelaki dari setiap kelompok yang bertanding di peringkat

Daerah Kerian.

5.0 PERLAWANAN

5.1 Dijalankan selama 2 hari iaitu :i- Dewan Pasar Awam, Bagan Serai ( 7 – 8 Mac 2013 )

5.2 Johan dan Naib Johan akan mewakili Daerah Kerian ke Peringkat Negeri

6.0 SUMBER KEWANGAN

1

Page 2: Kertas Kerja Sepak Takraw2013 Tugasan 2 Qgj3053

6.1 Yuran penyertaan dari setiap sekolah yang menyertai kedua-dua pertandingan :RM 100.00 X 5 kelompok = RM 500.00

6.2 Sumbangan MGB Kerian =RM200.00

6.3 Sumbangan Penaja = RM200

7.0 PERBELANJAAN

7.1

Bil. Perkara Jumlah Catatan

1. Bayaran Pengadil RM 20.00 X 8 orang

RM 160.00

2. Hadiah Tempat Pertama Plak RM 10.00 X 12 orang

RM 100.00

3. Hadiah Tempat Kedua Plak RM 5.00 X 12 orang

RM 50.00

4. Hadiah Tempat Ketiga Plak RM 5.00 X 12 orang

RM 50.00

5. Saguhati (untuk semua peserta) RM 1.00 X 70 orang

RM 70.00

6. Jamuan Guru dan Pegawai RM 3.00 X 20 orang

RM 60.00

7. Jamuan Murid RM 2.00 X 70 RM 140.00

8. Lain-lain RM 200.00

JUMLAH RM 900.00

7.0 PELAKSANAAN

8.1 PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW

-seperti lampiran

2

Page 3: Kertas Kerja Sepak Takraw2013 Tugasan 2 Qgj3053

8.2       NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Daerah Kerian 2013

8.3       BILANGAN PEGAWAI/PESERTA

Bilangan Pegawai dan Peserta bagi Pertandingan  Sepak Takraw ialah seperti berikut:-

Pengurus Pasukan           1 orang ( setiap pertandingan )

Jurulatih Pasukan            1 orang ( setiap pertandingan )

Peserta                             12 orang ( setiap pertandingan )

8.4 PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid Daerah Kerian

Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap kontinjen hanya boleh

mendaftarkan satu 1 pasukan sahaja setiap pertandingan.

Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan

ini.

Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas mesyuarat pengurus

pasukan adalah tidak dibenarkan.

Borang pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap dan diserahkan

kepada pengelola bersama-sama dengan salinan Surat Beranak tiga

hari sebelum pertandingan.

8.5 TEMPOH PERLAWANAN

Jangkamasa perlawanan adalah seperti berikut:

Kiraan kemenangan kumpulan “Game Best Of 3”.

8.6       SISTEM PERTANDINGAN

Liga Kumpulan

A Pusingan Permulaan

Pasukan mengambil bahagian, dibahagikan kepada 4 kumpulan A,B,C dan D dan pertandingan dijalankan secara liga.

B. Pusingan Suku Akhir

3

Page 4: Kertas Kerja Sepak Takraw2013 Tugasan 2 Qgj3053

i.   Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati

ii.  Johan A lawan Naib Johan C dan Johan C lawan Naib Johan A. Pemenang

sebagai kumpulan X1 dan X2

iii Johan B lawan Naib Johan D dan Johan D lawan Naib Johan B.

Pemenang  sebagai kumpulan Y1 dan Y2

C. Pusingan Separuh Akhir

i.          Pusingan separuh akhir secara kalah mati.

ii.        Separuh akhir pertama X1 lawanY2 dan pemenang sebagai Z1

iii.        Separuh akhir  kedua Y1 lawan X2 dan pemenana sebagai Z2.

D. Pertandingan akhir

i. Menentukan Johan dan Naib Johan, Z1 lawan Z2.

ii.   Tempat ketiga dan keempat, kalah X1 lawan Y2 dan kalah Y1 lawan

X2.

8.7       MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN

8.7.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan secara Liga adalah

seperti berikut :-

Menang       -         3 Mata

Kalah          -         0 Mata

9.0       PERTUKARAN PEMAIN

Mana-mana pemain yang telah bermain atau disenaraikan sebagai

pemain simpanan dalam mana-mana regu, tidak dibenarkan bermain

dalam regu yang lain di dalam pertandingan yang sama.

Gantian pemain boleh dibenarkan pada bila-bila masa dengan

permintaan Pengurus Pasukan / Jurulatih Rasmi kepada Pengadil

semasa bola tidak di dalam permainan.

4

Page 5: Kertas Kerja Sepak Takraw2013 Tugasan 2 Qgj3053

Dalam acara Regu, setiap regu boleh menamakan maksimum dua

(2) orang pemain simpanan bagi setiap perlawanan di samping 3

pemain yang sedia ada. Setiap Regu dibenarkan membuat

maksimum dua (2) kali pertukaran bagi setiap set.

Dalam acara Berpasukan , setiap regu boleh menamakan

maksimum (1) seorang pemain simpanan bagi setiap perlawanan di

samping 3 pemain yang sedia ada . Setiap Regu dibenarkan

membuat maksimum dua (2) kali pertukaran bagi setiap set.

Semua pertukaran pemain hendaklah mendapat kebenaran

daripada Pengadil Rasmi dan pertukaran hendaklah dilakukan di

tepi gelanggang di mana Pengadil bertugas nampak semasa

pertukaran pemain dilakukan. Pertukaran pemain boleh dilakukan

apabila antara kiraan mata telah dijalankan atau semasa permulaan

set.

Satu (1) atau lebih pertukaran pemain boleh dilakukan dalam masa

yang sama ( bagi acara regu sahaja )Jika Regu memulakan set

dengan pemain yang berbeza dari set yang sebelumnya, maka

dianggap pertukaran telah dilakukan untuk set yang baru.

Setiap regu dibenarkan membuat pertukaran pemain atas

sebab kecederaan. Sekiranya kedua-dua pertukaran pemain

belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua

pertukaran pemain telah dilakukan , maka perlawanan

dihentikan dan regu ini dianggap kalah.

Mana-mana regu yang mempunyai kurang daripada 3 orang

pemain tidak dibenarkan meneruskan perlawanan dan dianggap

kalah.

Jika pemain diperintah keluar gelanggang (dikenakan kad

merah) maka regu tersebut dibenarkan membuat pertukaran

pemain sekiranya kedua-dua pertukaran masih belum 

dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran

telah dilakukan dalam set tersebut, maka perlawanan akan

ditamatkan dan regu pemain yang dikenakan kad merah

dianggap kalah.

10.0       PAKAIAN

5

Page 6: Kertas Kerja Sepak Takraw2013 Tugasan 2 Qgj3053

Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri

kejohanan sepaktakraw. Mana-mana peralatan yang boleh menolong

melajukan bola atau mempercepatkan pergerakan pemain dan membahayakan

pemain adalah dilarang sama sekali.

Bagi mengelakkan kekeliruan, pasukan yang bertanding hendaklah memakai

warna jersi yang berlainan.

Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set Jersi/T-

shirt, yang berwarna cerah dan berwarna gelap. Jika kedua-dua pasukan yang

bertanding memakai warna jersi yang sama maka jersi pasukan tuan rumah

hendaklah ditukar. Jika dari pasukan yang berlainan negara maka mana-mana

negara yang dinamakan dahulu dalam pendaftaran hendaklah menukar jersi.

Pemain hendaklah memakai Jersi / T-Shirt, seluar pendek, stoking, dan kasut

sukan bertapak getah dan tidak bertumit tinggi. Pakaian adalah merupakan

sebahagian daripada anggota badan. Jersi / T-Shirt hendaklah dimasukkan ke

dalam seluar. Sekiranya cuaca sejuk, pemain dibenarkan memakai ‟track-

suits‟.

Semua pakaian pemain hendaklah bernombor dibahagian depan dan

belakang. Setiap pemain hendaklah memakai nombor jersi ( dari 1 hingga

36 ) yang sama untuk keseluruhan kejohanan.

Nombor hendaklah berukuran 19 cm tinggi di bahagian belakang dan

berukuran tidak kurang 10 cm di bahagian depan ( bahagian tengah

dada ).

Nama pemain hendaklah berada di belakang bahagian atas nombor

pakaian di mana bersesuaian saiz dan nampak jelas semasa siaran untuk

tatapan televisyen .

Pakaian pemain boleh mempunyai logo penaja dibahagian hadapan

pakaian pemain dimana haruslah mengikut peraturan pertandingan.

6.6 Ketua regu hendaklah memakai „Arm Band‟ di lengan kiri.

6.7 Mana – mana pakaian yang tidak mempunyai spesifikasi yang dinyatakan

di dalam Undang – Undang Permainan ini, hendaklah mendapat kelulusan

daripada pihak Teknikal ISTAF terlebih dahulu.

6

Page 7: Kertas Kerja Sepak Takraw2013 Tugasan 2 Qgj3053

11.0 GELANGGANG DAN PERALATAN

Gelanggang Sepak Takraw

1. Gambaran ukuran Gelangang Sepak Takraw.

3.       Peralatan Sepak Takraw

2 biji bola bersaiz sekolah rendah berjalur biru.

Jaring cap gajah bersaiz standard.

12.0    KELEWATAN

Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit

sebelum perlawanan dimulakan.

Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah

dijadualkan tanpa alasan yang munasabah dianggap memberi

kemenangan percuma kepada pihak lawan dengan jaringan 5-0.

Pemain yang lewat hadir selepas permainan bermula tidak dibenarkan

mengambil tempat pemain yang telah mengisi posisinya, tetapi boleh di 7

Page 8: Kertas Kerja Sepak Takraw2013 Tugasan 2 Qgj3053

jadikan sebagai pemain gantian seperti mana yang di peruntukkan

dalam Undang-Undang Penggantian dan Pertukaran Posisi.

Jika posisi pemain yang lewat itu tidak di isi oleh pemain lain, pemain

berkenaan tidak boleh masuk bermain  semasa permainan sedang

berlangsung, tetapi selepas memberitahu pengadil, pemain itu boleh

masuk ke gelanggang apabila :-

i. Sebaik sahaja gol di jaringkan. Dalam keadaan ini, pemain mestilah

bermain di posisi yang di biarkan kosong dalam pasukan itu.

ii. Semasa pemberhentian untuk kecederaan atau sakit.

ii.Sebaik sahaja selepas rehat

13.0    BANTAHAN DAN RAYUAN

Bantahan atau rayuan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus

pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau

wakilnya tidak lewat dari satu (1) jam selepas tamat perlawanan.

Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan Wang Pertaruhan

sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)

Wang pertaruhan akan luput jika bantahan atau rayuan yang

dikemukakan itu didapati tidak wajar.

14.0    JURI RAYUAN

Ahli juri rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7

orang (maksimum) dengan sekurang-kurangnya 3 wakil daripada Kelas

Prasekolah berkecuali.

Ahli juri rayuan terdiri daripada:

i.          Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya   sebagai

Pengerusi.

ii.          Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan atau

8

Page 9: Kertas Kerja Sepak Takraw2013 Tugasan 2 Qgj3053

wakilnya.

iii.         Pengerusi Teknik Permainan berkenaan.

iv.       Dua hingga empat orang wakil daripada Kelas Prasekolah yang

berkecuali.

Keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.

15.0    KEHILANGAN DAN KESELAMATAN

Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan

barang-barang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di

dalam kawasan kejohanan dan tempat penginapan  sebarang

kemalangan, kecederaan dan kematian semasa pertandingan

dijalankan.Walau bagaimanapun, beberapa persediaan dan langkah

keselamatan akan diadakan bagi mengelakkan kehilangan dan

kemalangan semasa kejohanan berlangsung. Setiap Pasukan

dikehendaki menyediakan “First Aid Kit” sendiri.

16.0    PENANGGUHAN PERLAWANAN

Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan

diteruskan seperti hujan lebat, petir dan kilat, keadaan padang yang

becak dan licin, cuaca gelap dan sebagainya, maka Pengadil dengan

persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal  berhak

menangguhkan perlawanan.

Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut :-

1. Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang  sama, maka

perlawanan akan disambung mengikut baki masa yang tinggal.

2. Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain, maka perlawanan

hendaklah dimainkan semula.

9

Page 10: Kertas Kerja Sepak Takraw2013 Tugasan 2 Qgj3053

3. Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau

mengubah sesuatu jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu

memberitahu atau diputuskan secara serta merta.

4. Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik Futsal dan Bola Jaring akan

menetapkan semula perlawanan yang   tertangguh itu.

17.0    PENGADIL-PENGADIL/PENGERUSI TEKNIK

Sekolah Pengelola akan melantik Pengerusi Teknik Pertandingan Sepak

Takraw pengadil-pengadil dan pegawai teknikal akan disediakan oleh

Pejabat Pelajaran Daerah yang menganjurkan permainan tersebut untuk

menyediakan borang pendaftaran pemain dan borang-borang

perlawanan, penyediaan gelanggang, jaring, kerusi rehat pemain,

pemungut bola dan minuman.

18.0 CADANGAN PERALATAN BAGI SATU GELANGGANG-

PENGELOLAAN

Bangku - 2 buah (pengurus pasukan, jurulatih, pemain dan pemain simpanan)

Kerusi -6 buah (2 pengadil, 2 pencatat papan skor, 1 penjaga masa dan 1

pencatat skor)

Meja - 2 buah (1 pencatat skor dan 1 penjaga masa)

Borang pertandingan - borang skor, borang pertukaran dan borang

keputusan

Jam randik - 2 buah

Papan skor - 1 unit

Bola pertandingan - 2 biji (dibawa oleh setiap pasukan bertanding) setiap

pertandingan

10

Page 11: Kertas Kerja Sepak Takraw2013 Tugasan 2 Qgj3053

19.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan

sengaja daripada pertandingan, maka semua keputusan pertandingan

yang dijalankan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak

dibenarkanmemasuki sebarang pertandingan seterusnya. Mata yang

diperolehi pasukan lain yang terlibat dalam perlawanan yang terdahulu

dengannya tidak diambil kira untuk menentukan keputusan kumpulan.

20.0 JAWATANKUASA KERJA

Penasihat : Puan Ommi Kalsom bt. Mohamad (PPD)

Pengerusi : Tn. Hj Tarmizi bin Ali ( PTPS Sepak Takraw Daerah )

Naib Pengerusi : Imaran bin Mat Ismail ( SK Gunung Semanggol ( K )

Setiausaha : Ismail bin Idris ( SK Hutan Percha )

Naib Setiausaha : Ahamd bin Zammeri ( SK Sri Laksamana )

Bendahari : Aziz bin Ayob ( SK Dato’ Masod )

Naib Bendahari : Mohammad Shah Abu Bakar ( SK Parit Hj. Aman )

Ahli Jawatankuasa :

i. Pendaftaran dan Borang

Jumri binti Saad ( SK Tanjung Piandang )

Yahya bin Ali ( SK Dato Alaudin )

ii. Persiapan Tempat / Gelanggang

Rohaimizan bin Che Mat Hassan @ Hussain ( SK Rantau

Panjang )

Izzat Izudin bin Amat ( SK Telok Berembang )

iii. Teknikal / Peralatan

Mohd Maizon bin Waham ( SK Alor Pongsu )

Mohd Khari bin Amir ( SK Matang Jelutung)

11

Page 12: Kertas Kerja Sepak Takraw2013 Tugasan 2 Qgj3053

iv. Jamuan

Rosli bin Kamaruddin ( SK Pulau Sebang )

Hassan bin Hamid ( SK Simpang Empat )

v. Hadiah dan Cenderahati

Halim bin Abdul Rahman ( SK Gangsa )

Idrus bin Idrus ( SK Sungai Tuang )

vi. Buku Program / Jemputan

Nordin bin Zammeri ( SK Seri Laksamana )

Mohamad Ali bin Osman ( SK Kuala Gula )

vii. Juruacara

Masri bin Aliman ( SK Jeram )

viii. Penyelia Peserta

Kamarudin bin Ishak ( SK Dato Alaudin )

21.0 LAPORAN KEJOHANAN

Perlawanan berlangsung selama 2 hari. Ia berlangsung di pasar awam Bagan

Serai, Perak. Permainan secara liga dijalankan memandangkan hanya 5

kelompok sahaja yang mengambil bahagian. Permainan diputuskan bermain

secara “best of 3” iaitu dijalan secara set. Sekiranya dua regu menjadi menang

regu yang ketiga tidak akan bermain. Kelompok 4 telah menjadi johan dan

kelompok 2 menjadi naib johan manakala kelompok 5 mendapat tempat ke 3.

Seramai 18 pemain dipilih untuk latihan pusat.

22.0 LAMPIRAN

12

Page 13: Kertas Kerja Sepak Takraw2013 Tugasan 2 Qgj3053

1. Jadual Perlawanan

2. Jadual Pungutan Mata Perlawanan Mengikut Kumpulan

3. Borang Penyertaan Pertandingan

4. Borang Senarai Nama Pasukan

5. Keputusan Kejohanan

1. Jadual Perlawanan.

13

Page 14: Kertas Kerja Sepak Takraw2013 Tugasan 2 Qgj3053

2. Jadual Pungutan Mata

14

Page 15: Kertas Kerja Sepak Takraw2013 Tugasan 2 Qgj3053

3. Borang Pendaftaran.

15

Page 16: Kertas Kerja Sepak Takraw2013 Tugasan 2 Qgj3053

4. Borang Keputusan.

16

Page 17: Kertas Kerja Sepak Takraw2013 Tugasan 2 Qgj3053

5. Surat Lantikan Pegawai

17

Page 18: Kertas Kerja Sepak Takraw2013 Tugasan 2 Qgj3053

7. Kelompok 4 Menjadi Johan Kerian 2013

18

Page 19: Kertas Kerja Sepak Takraw2013 Tugasan 2 Qgj3053

19