tugasan projek

6

Click here to load reader

Upload: jeya-devi

Post on 03-Jul-2015

220 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan projek

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

TUGASAN PROJEK

TARIKH MULA 15/2/2014 TARIKH HANTAR 31/3/2014

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menunjukkan kefahaman terhadap amalan utama yang berkaitan dengan geometri, ukuran serta pengendalian data

2. Merancang secara berkesan perkembangan dalam pengajaran geometri, ukuran dan pengendalian data.

3. Membuat refleksi terhadap amalan bilik darjah bagi tajuk berkenaan.

4. Mengaplikasikan pengetahuan geometri, ukuran dan pengendalian data dalam kehidupan

seharian.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3,dan 4

Objektif Projek:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Menjawab soalan ujian yang berkaitan dengan topik geometri, ukuran dan pengendalian

TAJUK PROGRAM : PPG NAMA PELAJAR :

KOD DAN NAMA KURSUS : MTE3111 PENGAJARAN GEOMETRI, UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA

SEMESTER : ENAM

Page 2: Tugasan projek

data2. Menghasilkan satu Rancangan Pengajaran Harian dan membina bahan bantu mengajar multimedia yang sesuai berdasarkan topik geometri, ukuran dan pengendalian data.3. Mensimulasikan penggunaan bahan bantu mengajar yang telah dihasilkan.4. Menulis refleksi mengenai pelaksanaan keseluruhan tugasan.

TUGASAN PROJEK(100%)

BAHAGIAN A (20%)

Anda dikehendakki menjawab soalan ujian berkaitan tajuk geometri, ukuran dan pengendalian data pada 8 Mac, 2014.

BAHAGIAN B (20%)

1. Dalam kumpulan bertiga, sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (masa: 1jam) untuk mengajar konsep asas dalam salah satu topik berikut:

• Bentuk 3-dimensi

• Bentuk 2-dimensi

• Ukuran panjang/berat/isipadu cecair

Page 3: Tugasan projek

• Masa

• Purata

• Pengendalian Data

BAHAGIAN C (20%)

2. Hasilkan dua bahan bantu mengajar berasaskan multimedia untuk menyokong Rancangan Pengajaran Harian anda.

BAHAGIAN D (20%)

3. Laksanakan pengajaran mikro selama 20-30 minit di sekolah anda untuk mensimulasikan bahan bantu mengajar yang telah dihasilkan

Buat janji temu dengan ketua panitia matematik sekolah anda untuk memerhati dan menilai pelaksanaan pengajaran ini dengan menggunakan Borang Penilaian Aktiviti yang disediakan. Anda perlu melampirkan gambarfoto sebagai bahan bukti.

BAHAGIAN E (20%)

Tuliskan satu refleksi individu mengenai keseluruhan pelaksanaan tugasan kerjakursus, termasuk pengalaman yang dilalui, pengajaran mikro, penyediaan bahan multimedia, keberkesanan bahan multimedia yang anda gunakan dan pengetahuan baharu yang telah anda perolehi. Bincangkan kekuatan dan kelemahan yang ada serta cadangan untuk penambahbaikan

Panduan Pelaksanaan Projek

1. Tugasan Bahagian A, C,D dan E ialah secara individu. Tugasan Bahagian B ialah dalam kumpulan bertiga.

2. Anda perlu menyusun hasil tugasan anda seperti berikut:

• Muka depan (seperti templat terkini)

Page 4: Tugasan projek

• Borang markah kerja kursus• Borang maklumbalas kerja kursus• Arahan tugasan kerja kursus projek• Isi kandungan• Laporan kerja kursus mengandungi:

- Pendahuluan- Rancangan pengajaran harian

- Lampiran “soft-copy dan hard-copy” bahan bantu multimedia yang

digunakan

- Refleksi individu

- Gambarfoto semasa sesi pengajaran mikro

• Bibliografi bahan rujukan

• Lampiran (jika ada)

2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

2.1 Tugasan perlu ditaip dengan fon Arial

2.2 Saiz huruf 12, jarak baris 1.5 .

2.3 Rujukan mengikut Format APA

2.4 Dalam Bahasa Melayu

3. Keseluruhan tugasan membawa markah 100% dan wajaran 50%.

4. Hantar tugasan kerjakursus ini pada 5 April, 2014

Kriteria pentaksiran:

Tugasan Bahagian A akan dinilai berdasarkan skema pemarkahan,

Tugasan Bahagian B, C, dan E akan dinilai berdasarkan rubrik pemarkahan, dan

Tugasan Bahagian D akan dinilai berdasarkan Borang Penilaian Aktiviti yang disediakan.

Page 5: Tugasan projek

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:

_________________________ _____________________________

(ZALENA BT. ABD. RAZAK) (DR.FAIZAH BT. MOHD. GHAZALI)

Penyelaras Kursus MTE3111, Pakar Bidang (SME)

Jabatan Matematik Jabatan Matematik

IPGK PM IPGK PM

Disahkan oleh:

__________________________

(ZALENA BT. ABD. RAZAK)

Ketua Jabatan

Jabatan Matematik

IPGK PM

Page 6: Tugasan projek

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:

_________________________ _____________________________

(ZALENA BT. ABD. RAZAK) (DR.FAIZAH BT. MOHD. GHAZALI)

Penyelaras Kursus MTE3111, Pakar Bidang (SME)

Jabatan Matematik Jabatan Matematik

IPGK PM IPGK PM

Disahkan oleh:

__________________________

(ZALENA BT. ABD. RAZAK)

Ketua Jabatan

Jabatan Matematik

IPGK PM