tugasan projek pkd 3063 2014

Upload: adzmin-adenin

Post on 10-Mar-2016

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tugasan Projek Pkd 3063 2014

TRANSCRIPT

Hasil Pembelajaran Kursus : 1.Menerangkan perkembangan yang signifikan dalam sejarah pendidikan orang pekak di

dalam dan di luar negara dan impaknya terhadap amalan pendidikan sekarang.

2.Menghuraikan ciri-ciri kaedah-kaedah komunikasi yang diguna dalam pendidikan kanak-kanak masalah pendengaran.

3.Membanding-beza antara kaedah-kaedah komunikasi dari segi kelebihan dan kekurangannya.

4.Membincangkan isu dan trenda dalam pendidikan khas masalah pendengaran masa kini.

5.Membuat rumusan mengenai impak sejarah pendidikan orang pekak terhadap amalan pendidikan masa kini.

Kerja kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, dan 3. Objektif Projek : 1. Menjelaskan perkembangan aspek sejarah pendidikan orang pekak di Malaysia dan

impaknya terhadap amalan pendidikan masa kini. 2. Menghasilkan ulasan kritis mengenai kaedah komunikasi orang pekak. 3. Menghasilkan satu risalah mengenai kaedah komunikasi orang pekak.Ulasan Kritis (40%)Anda dikehendaki merakam penggunaan Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) seorang rakan anda semasa sedang mengajar murid-murid masalah pendengaran di dalam kelasnya. Tulis satu ulasan kritis tentang prinsip amalan, matlamat, kelebihan dan kelemahan penggunaan KTBM yang digunakannya.Penghasilan Produk (60%) Anda dikehendaki menghasilkan satu risalah yang berlipat tiga yang mengandungi dua kaedah komunikasi (kaedah komunikasi oral serta kaedah komunikasi kombinasi oral dan manual) dalam kalangan kanak-kanak masalah pendengaran. Jelaskan secara terperinci tentang kaedah-kaedah komunikasi itu dari aspek prinsip amalan, kelebihan serta kekurangannya Panduan Pelaksanaan Projek :1. Tugasan ini adalah tugasan individu. 2. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh enam minggu.3. Format penulisan adalah seperti berikut :i. Font Arial

ii. Saiz huruf ialah 11

iii. Langkau 1.5 baris

iv. Rujukan mengikut format APA

v. Ilustrasi seperti gambar, rajah dan lain-lain yang sesuai

vi. Lampiran4. Muka hadapan tugasan merangkumi :

Nama Pelajar

Angka Giliran

No.Kad pengenalan

Kumpulan / Unit

Kod dan Nama Kursus

Tajuk tugasan Projek

Nama Pensyarah Akademik

Tarikh Hantar 5.Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut:

Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan hasil kajian dan sokongan ilmiah. Format dan organisasi buku skrap perlu jelas dan koheren. Penulisan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.6. Sila rujuk kepada Panduan Tugasan.

7. Sila rujuk kepada rubrik pemarkahan.

8. Amalan plagiat tidak dibenarkan.

Tugasan disediakan oleh:

Disemak oleh:

(ANITA SAPURA BT SHAARI) (SHAHRUL ARBAIAH OTHMAN)

Penyelaras Kursus PKD3106,

Pakar Bidang Masalah Pendengaran,Jabatan Pendidikan Khas,

Jabatan Pendidikan Khas,IPGK Ilmu Khas.

IPGK Ilmu Khas.Tarikh : 07 Julai 2014

Tarikh : 07 Julai 2014

Disahkan oleh:

(ABD RAHIM TALIB)

Ketua Jabatan Ilmu Khas,Jabatan Pendidikan Khas,IPGK Ilmu Khas.Tarikh : 07 Julai 2014INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

TUGASAN PROJEK

NAMA PELAJAR :

TAJUK PROGRAM : PISMP

SEMESTER : 02 TAHUN 03

(Ambilan Januari 2012)

NAMA KURSUS: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK MASALAH PENDENGARAN

KOD KURSUS : PKD3063

TARIKH HANTAR: 25 OGOS 2014

TARIKH MULA : 14 JULAI 2014