edu 3063 minggu 2 - pantang larang orang india

23
EDU 3063 Minggu 2: (Pantang Larang Kaum India ) Ahli Kumpulan :Chan Pau Mei Lee Sook Teng Liew Hui Hui Loo Shuan San Teo Xue Ting

Upload: cheok-e-jin-sasa

Post on 12-Jan-2016

167 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

adadaada

TRANSCRIPT

Page 1: EDU 3063 Minggu 2 - Pantang Larang Orang India

EDU 3063 Minggu 2: (Pantang Larang Kaum

India )

Ahli Kumpulan :Chan Pau Mei Lee Sook Teng

Liew Hui Hui Loo Shuan San Teo Xue Ting

Page 2: EDU 3063 Minggu 2 - Pantang Larang Orang India

Pantang larang orang India semasa perkahwinan

• Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut oleh kaum india semasa perkahwinan .

• Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan.

Page 3: EDU 3063 Minggu 2 - Pantang Larang Orang India

• Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar .

• Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu.

• Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang ramai kaum india juga terus mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini membuktikan tradisional budaya dan unik terhadap kaum india .

Page 4: EDU 3063 Minggu 2 - Pantang Larang Orang India

Pantang Larang Semasa Deepavali

• Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan.

Page 5: EDU 3063 Minggu 2 - Pantang Larang Orang India

Patang Larang hari-hari perayaan

• khususnya yang beragama Hindu – percaya bahawa pada hari-hari perayaan seperti Tahun Baru, Deepavali, Ponggal, Onam dan Ugadi, setiap individu perlu membuka mata pada waktu subuh dan memandang apa-apa objek yang dianggap suci. Tindakan itu dikatakan akan membuatkan hidup mereka diberkati dengan kebahagiaan, kemewahan dan segala macam kebaikan.

Page 6: EDU 3063 Minggu 2 - Pantang Larang Orang India

Pantang Larang semasa mengandung

• Bagi masyarakat India,terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seorang ibu yang mengandung.

• Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam

• Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.

• Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya.

Page 7: EDU 3063 Minggu 2 - Pantang Larang Orang India

• Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang berat.

• Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh hari yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan dia terkejut.

Page 8: EDU 3063 Minggu 2 - Pantang Larang Orang India

Waktu kelahiran bayi• Waktu akan dicatat dengan tepat bagi

menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu.

• Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa.

• Sebaik sahaja bayi dilahirkan,sami/sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi tentang agama Hindu akan membisikkan “Gayatri Mantiram”,iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong.

Page 9: EDU 3063 Minggu 2 - Pantang Larang Orang India

• Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang.

• Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir.

• Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu pada lidahnya. Air gula juga boleh digunakan.

• Madu digunakan untuk melembutkan lidah bagi memudahkan pertuturan bayi.

Page 10: EDU 3063 Minggu 2 - Pantang Larang Orang India

• Bayi juga akan dibawa pulang pada hari pertama, hari kedua dan hari ketiga.

• Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah,upacara “aalati”dilakukan. Upacara ini bertujuan mengelakkan bala atau sebarang malapetaka berlaku.

• Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka akan diasingkan daripada ahli keluarga yang lain di sebuah khas yang sentiasa dijaga kebersihannya.

• Bagi dua minggu pertama, orang luar dilarang melawat.

• Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan.

Page 11: EDU 3063 Minggu 2 - Pantang Larang Orang India

• Upacara ini dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga tertua yang arif tentang agama dan perkara berkaitan dengan dewa-dewa.

• Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi.

• Nama-nama tokoh sejarawan,nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi kerana nama yang dipilih akan mempengaruhi perwatakannya kelak.

Page 12: EDU 3063 Minggu 2 - Pantang Larang Orang India

Pantang larang kematian• gambar si mati tidak boleh digantung secara

formal tetapi terbalik.• barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang

tamu.- ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3 kali lawan jam sebagai tandapenghormatan.

• sedikit makanan berupa beras disuapkan sebagai pemberian terakhir.

Page 13: EDU 3063 Minggu 2 - Pantang Larang Orang India

Contoh-contoh pantang larang kehidupan seharian orang India

• Dilarang bermain batu serembang di kawasan pintu masuk utama rumah.

• Dilarang memakai baju hitam sepenuhnya kerana hitam hanya digunakan untuk upacara kematian.

• Dilarang makan beras kerana dikhuatiri akan hujan lebat pada hari perkhawinan.

Page 14: EDU 3063 Minggu 2 - Pantang Larang Orang India

• Dilarang memotong kuku pada waktu malam.

• Dilarang memetik bunga pada waktu malam kerana dipercayai ia akan tidur pada waktu tersebut.

• Barang gelas tidak harus pecah pada hari jumaat kerana ia merupakan satu tanda buruk.

Page 15: EDU 3063 Minggu 2 - Pantang Larang Orang India

Pantang larang ketika tetamu berkunjung ke rumah

• tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama kali datang menziarahi melakukan kerja seperti membasuh pinggan. Ini kerana dipercayai akan membawa sial.Ini kerana tetamu sepatutnya dilayan oleh tuan rumah.

Page 16: EDU 3063 Minggu 2 - Pantang Larang Orang India

Pantang jangan bersiul waktu malam ular masuk

• Bising, menganggu

Page 17: EDU 3063 Minggu 2 - Pantang Larang Orang India

Jangan makan di tempat gelap, jika tidak makanan dikongsi bersama hantu• takut-takut termakan benda lain atau

bersepah.

Page 18: EDU 3063 Minggu 2 - Pantang Larang Orang India

Jangan asah pensel di kedua-dua belah, dipercayai ibu bapa akan

sentiasa bergaduh• nanti tercucuk ke mata atau tangan

Page 19: EDU 3063 Minggu 2 - Pantang Larang Orang India

• Jangan goyang kaki ketika makan, kerana makanan yang dimakan tidak akan dihadam dengan baik

• Jangan goyang kaki ketika belajar, kerana apa yang belajar tidak akan faham dengan baik.

• Lintasan kucing hitam sewaktu perjalanan ke sesuatu tempat dipercayai bahawa ia adalah satu tanda amaran agar lebih berhati-berhati dalam perjalanan kita

Page 20: EDU 3063 Minggu 2 - Pantang Larang Orang India

Kepercayaan orang India• Kabanyakan kepercayaan orang India adalah

berasal dari niat untuk melindungi mereka dari roh-roh yang jahat.

• Kebanyakan kepercayaan tradisional orang India berkait dengan binatang, burung dan reptiles.

• contoh: bertemu dengan seekor gajah semasa bertolak adalah dianggap bertuah.Ini adalah gajah mewakili Lord Ganesha, Tuhan yang membawa nasib baik dan menolong mengelakkan rintangan.

Page 21: EDU 3063 Minggu 2 - Pantang Larang Orang India

• Panggilan dari burung gagak bermakna ada kedatangan tetamu, tetapi jika nada suara burung adalah tinggi, bermakna sesuatu yang tidak baik akan berlaku.

• Pembinaan sarang oleh burung sparrow dekat rumah baru membawa makna bahawa kekayaan akan tiba.

• Jika seseorang membunuh seekor kucing, dia perlu hadiahkan sesuatu barang emas kepada priest. Ini adalah kerana kucing dianggap binatang yang berguna yang boleh membantu dalam menghapuskan tikus.

Page 22: EDU 3063 Minggu 2 - Pantang Larang Orang India

• Orang India menggunakan carta astrologi untuk memilih masa yang sesuai untuk menentukan masa bertolak dari rumah selepas perkahwinan atau sebelum melakukan sesuatu tugas penting.

• Ternampak bijian, padi, kapas, rumput kering atau pasangan baru berkahwin sebelum bertolak bermakna seseorang itu akan bernasib baik dan bertemu dengan perkara yang baik.

• Orang India mengelakkan diri bercukur pada hari Isnin dan mencuci rambut pada hari Khamis.

Page 23: EDU 3063 Minggu 2 - Pantang Larang Orang India

Thank You